Sunteți pe pagina 1din 1

Amalkan petua, Jauhkan Doktor

Kebelakangan ini hidup terasa amat sukar dengan kenaikan harga barang-barang keperluan dan kos
sara hidup. Inflasi di rasai oleh semua walaupun kerajaan dan ejen-ejen nya menyatakan sebaliknya.
Keresahan yang sudah lama terasa oleh kebanyakan rakyat Malaysia ialah kenaikan harga kos
perubatan.
Bagi mereka yang di lindungi insurans mungkin tidak terasa akan kepayahan ini, tetapi bagi mereka
yang tidak dilindungi insurans, keperitan ini amat sukar untuk di bendung. Lebih-lebih lagi mereka yang
tidak di lindungi insurans itu adalah mereka-mereka yang berkerja sendiri dan berpendapatan
rendah.Tatkala mereka bertungkus lumus untuk menyara hidup, terpaksa pula membayar kos perubatan
yang tinggi jika berlaku musibah kepada mereka.
Dalam keperitan yang di tanggungi, mereka pula menyaksikan para doktor yang mereka temui, ratarata hidup dalam kemewahan. Jurang antara mereka dan para doktor begitu jauh sekali, pun begitu
mereka yang dalam kesempitan hidup perlu membayar doktor yang mewah itu atas perkhidmatan yang
di berikan.
Apakah doktor perlu di persalahkan dalam hal ini? Tidak, mereka memberi perkhidmatan untuk
menyembuh dan menyelamatkan nyawa pesakit yang datang menemui mereka. Para doktor juga perlu
bertungkus lumus menimba ilmu sebelum mereka perolehi apa yang mereka ada sekarang.
Bayangkan apa akan terjadi kepada para doktor ini jika tiada manusia di mukabumi ini yang jatuh sakit
atau tidak memerlukan perkhidmatan doktor. Rasanya bukan saja mereka akan merempat malah
mungkin doktor juga tidak akan ujud lagi.
Adalah mustahil jika langsung tidak ada orang sakit atau orang yang memerlukan perkhidmatan doktor
tetapi tidak mustahil jika bilangan pesakit boleh di kurangkan. Jika pesakit yang mungunjungi hospital
dan pusat-pusat perubatan berkurangan, bilangan dan pendapatan doktor juga dengan sendirinya akan
berkurangan dan akhirnya jurang ekonomi antara para doktor dan mereka yang berpendapatan rendah
juga akan berkurangan.
Perlukah kita menanggung kesakitan atau mengorbankan nyawa hanya kerana kita ingin mengurangkan
keperluan perkhidmatan doktor dan memakan ubat-ubatannya? Rasanya semua orang sudah
mendengar kata-kata ini " Mencegah adalah lebih baik dari mengubati" Ini lah kenyataannya, kita perlu
menjaga dan mencegah diri kita dari sebarang penyakit untuk mengelak diri kita dari terpaksa meminta
perkhidmatan doktor dan membeli ubat-ubatan yang mahal. Tetapi bagaimanakah mampu kita
mencegah sedangkan kita tidak tahu apa yang bakal menimpa kita.
Bagaimana pula agaknya orang-orang yang terdahulu dari kita hidup dalam dunia mereka yang serba
kekurangan dari apa yang kita ada sekarang. Semasa mereka kekurangan dengar pakar, perubatan dan
teknologi, nenek moyang kita dahulu banyak menggunakan petua-petua dari nenek moyang mereka
samada untuk menjauhi penyakit mahupun mengubatinya.Petua-petua inilah yang kita perlukan untuk
mencegah, mengubati dan seterusnya mengurangkan bilangan pesakit dan penyakit dari mukabumi ini.
Senario inilah yang membuat saya rasa terpanggil untuk membuka blog untuk bekongsi, mengumpul
dan menyebarkan segala petua yang kita tahu kepada pembaca-pembaca blog ini terutamanya dan
menyebarkan kepada semua yang memerlukan untuk di manafaatkan.
Saya dengan ini menjemput semua pembaca yang mengunjung blog ini mengirimkan apa-apa saja
petua yang mereka tahu dan di rasakan berguna ke blog ini agar dapat di manafaatkan oleh semua.
semuga blog ini dapat memberi manafaat kepada semua pembacanya.

S-ar putea să vă placă și