Sunteți pe pagina 1din 6

Tajuk

: PROGRAM MEMBUDAYAKAN MASYARAKAT PENYAYANG

Nama Penulis

: NOR AFIDAH BINTI SULAIMAN

Disediakan untuk

: BAHAGIAN HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR USM.

Tarikh

: 20 OKTOBER 2014

Abstrak
.
Dalam menjamin keharmonian masyarakat, beberapa ciri asas yang menjadi dasar pembentukan
masyarakat perlu ditekankan. Islam mengaitkan pembentukan masyarakat penyayang dengan tiga
hubungan dasar iaitu hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia sesama manusia dan
hubungan manusia dengan alam. Keperibadian yang mulia dan pegangan agama yang mantap
adalah faktor penting dalam mewujudkan masyarakat penyayang. Walau bagaimanapun tahap
kesedaran

masyarakat

terhadap

konsep

masyarakat

penyayang

masih

rendah.

Masalah

penganiayaan kanak-kanak dan penderaan isteri masih menjadi isu serius yang diperkatakan oleh
media massa dan masyarakat. Begitu juga dengan kes pengabaian terhadap orang-orang tua.
Keadaan ini memerlukan perhatian serius dari setiap anggota masyarakat. Kasih sayang merupakan
suatu fitrah yang amat bernilai dalam diri manusia. Ia adalah suatu aktiviti mental yang rasional dan
logikal. Setiap individu hendaklah mengendalikan hubungan dengan penuh tanggungjawab sehingga
tercapai matlamat kebahagiaan di dalam kehidupannya. Kasih sayang sangat penting untuk menjamin
kesejahteraan masyarakat. Kesediaan mengambil berat, memberi perhatian, tolong-menolong,
bertolak ansur dan menjaga kebajikan adalah antara ciri-ciri penting untuk melahirkan masyarakat
dan keluarga yang harmoni. Kasih sayang adalah antara sifat yang dituntut oleh Islam. Jika
masyarakat kita kurang mengamalkan sikap penyayang bererti mereka tidak mengamalkan Islam
secara keseluruhannya.

1.0

Pengenalan
Pengwujudan masyarakat penyayang ialah untuk mewujudkan sebuah negara yang
stabil kerana asas kestabilan sesebuah negara ialah terletak pada kestabilan
masyarakatnya. Kestabilan masyarakat penting untuk kestabilan ekonomi dan politik
sesebuah negara. Rakyat yang stabil dari segi jasmani, emosi, rohani dan mental
serta peka pada tanggungjawab bersama akan melahirkan negara yang aman dan
harmoni.

Kekuatan

ini

akan

dapat

mengelakkan

negara

pencerobohan kuasa-kuasa asing.

2.0

Tujuan
Kertas kerja ini disediakan untuk mencapai maksud yang berikut:

menjadi

mangsa

2.1

:
Menerangkan

2.2

penyayang.
Menerangkan kepentingan menerapkan nilai-nilai kasih sayang di kalangan

2.3

pelajar.
Membentuk suatu entiti hubungan antara mahasiswa dan mahasiswi USM

2.4

dengan masyarakat setempat


Membentuk mahasiswa yang membudayakan program kesukarelawanan

2.5

sekaligus menabur bakti kepada komuniti pilihan


Mengemukakan cadangan untuk mengadakan Program membudayakan

peranan

masyarakat

untuk

membentuk

masyarakat

mahasiswa penyayang bagi melahirkan golongan mahasiswa yang


bertanggungjawab dan berketrampilan,

3.0

Isi Perbincangan
3.1
Peranan masyrakat untuk membentuk masyarakat penyayang.
3.1.1.

Semua

pihak

terutamanya

institusi

pendidikan

haruslah

menyemai sifat penyayang kepada para pelajar sejak mereka kecil lagi seperti
kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Seterusnya
pendekatan-pendekatan

yang

bersifat

penyayang

semasa

pembelajaran dan pengajaran seharusnya dikreatifkan. Dengan ini,

proses
para

pelajar dapat membesar dengan persekitaran yang penyayang dan harmoni


sekali

gus

impian

untuk

melahirkan

masyarakat

penyayang

dapat

direalisasikan. Bukan itu sahaja, impian negara untuk melahirkan modal insan
bermentaliti kelas pertama dapat dilahirkan.
3.1.2

Peranan

masyarakat

yang

seterusnya

ialah

aktiviti-aktiviti

kemasyarakatan perlu diperbanyakkan. Melalui aktiviti kemasyarakatan yang


diadakan, setiap anggota masyarakat akan bersatu padu dan sebulat suara
untuk menjayakan aktiviti yang dijalankan Penyertaan masyarakat setempat
dalam aktiviti gotong-royong dan kerja sukarela juga perlulah diperbanyakkan.
Aktiviti-aktiviti sosial ini sudah pasti dapat mengeratkan hubungan silaturahim
antara satu sama lain di samping memupuk sikap pemurah, ikhlas, sentiasa
sanggup membantu dan menghulurkan tenaga untuk golongan yang tidak
berkemampuan.
3.2.

Kepentingan penerapan nilai-nilai kasih sayang


3.2.1.

Memelihara maruah negara.

Pengwujudan masyarakat penyayang ialah untuk mewujudkan sebuah negara


yang stabil kerana asas kestabilan sesebuah negara ialah terletak pada
kestabilan masyarakatnya. Kestabilan masyarakat penting untuk kestabilan
ekonomi dan politik sesebuah negara. Rakyat yang stabil dari segi jasmani,
emosi, rohani dan mental serta peka pada tanggungjawab bersama akan
melahirkan negara yang aman dan harmoni.
3.2.2. . Mengekalkan nilai-nilai ketimuran.
Sejak dulu lagi masyarakat Malaysia memang terkenal dengan amalan nilainilai murni masyarakat timur seperti tolong-menolong, peramah, hormatmenghormati, bertimbang rasa serta bekerjasama.Apabila kedatangan kuasa
barat ke negara ini, mereka telah memperkenalkan nilai dari barat seperti sifat
angkuh, materialistik, individualistik dan penindas sehinggakan nilai-nilai murni
yang sedia ada telah terhakis dan dilupai.. Pengenalan konsep masyarakat
penyayang diharapkan akan dapat memupuk kembali nilai-nilai ketimuran
yang semakin ditinggalkan.
.3.2.3

Membentuk sebuah negara maju.

Dr Mahathir Mohammad menyatakan matlamat utama yang patut kita tuju


ialah Malaysia yang menjadi negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.
Kita patut menjadi negara maju mengikut cita rasa kita sendiri bukan mengikut
acuan negara maju yang sedia ada. Oleh itu matlamat Wawasan 2020 ialah
pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju dari segala
segi iaitu ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.
Malaysia akan menjadi sebuah negara perindustrian yang maju tetapi
mengekalkan nilai-nilai murni, menikmati taraf hidup yang tinggi, keamanan
dan keadilan sosial serta bangga terhadap negara.
3.3.

Cadangan Mewujudkan Program membudayakan pelajar penyayang.


.3.3..1 Lawatan ke Rumah Kebajikan warga emas.
Rasional Program

Wujudnya masalah pengabaian golongan tua.Kehidupan masyarakat hari ini


lebih mementingkan kakayaan dan kebendaan daripada kasih sayang kepada
keluarga. Gejala ini menyebabkan nasib warga tua tidak sebaik dahulu.
Masyarakat kini bertanggapan bahawa orang tua tidak produktif, tidak
berguna, membebankan dan banyak karenah. Malah ada yang sanggup
membiarkan mereka hidup merempat dan mengemis. Keadaan ini wujud
kesan daripada tiadanya nilai sayang menyayangi di antara satu sama lain di
kalangan anak-anak, keluarga dan masyarakat
Tujuan Program
Untuk memberikan input yang berguna dalam memahami sifat-sifat warga
tua dengan lebih mendalam dan mengambil cakna cara terbaik dalam
menguruskan warga tua yang mungkin mengalami masalah kesihatan dan
emosi..
3.3.2 .Khidmat masyarakat di Pusat Pemulihan Komuniti
Rasional Program
Program ini diharapkan dapat melahirkan mahasisiwa yang bukan sahaja
kaya dengan ilmu pengetahuan tetapi juga memiliki personaliti diri yang
menarik,

dapat

melambangkan

nilai

diri

dan

seterusnya

dapat

mempersiapkan diri untuk memenuhi keperluan pendidikan orang kurang


upaya di dalam komuniti..
Tujuan Program
Mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga PDK, mahasiswa dan
penduduk setempat melalui aktiviti yang dirancang. Memberi pendedahan
kepada mahasiswa USM dalam menjalankan program khidmat masyarakat.

3.3.3

Kempen Kesedaran Masyarakat Penyayang


Rasional Program
Masyarakat yang penyayang juga dapat dilahirkan melalui kempen
kesedaran yang efektif. Pelaksanaan kempen Penerapan Nilai-nilai
Murni adalah untuk menerapkan budaya penyayang dalam kalangan

masyarakat kita. Kempen-kempen ini akan


berterusan
kepentingan

Sehubungan
amalan

dengan

itu,

penyayang

diadakan secara

masyarakat

dalam

sedar

konteks

akan

kehidupan

bermasyarakat.
Tujuan Program
Memberi kesedaran keada warga universiti kepentingan kasih sayang
dalam sebuah masyarakat Sifat penyayang, bertolak ansur dan saling
menghormati sudah tentu akan menyumbang kepada pembentukan
rakyat Malaysia yang bersatu dan harmoni.
3.3.3

Keperluan Kewangan
Untuk menjayakan program yang dirancang bagi sepanjang tahun ini sudah
tentu memerlukan jumlah perbelanjaan yang agak besar.. Peruntukan ini
adalah untuk perbelanjaan seperti yang tertera dalam penyata perbelanjaan
(Jadual 1) yang berikut:
Jadual (1)

BIL

PRORAM

PERUNTUKAN

Program Lawatan ke rumah warga Emas

RM 2000.

Khidmat Masyarakat di Pusat Pemulihan Komuniti

RM

2200.

Kempen Kesedaran Masyarakat Penyayang

RM

1800

RM

6000

JUMLAH
4.0

Penutup

Peranan setiap anggota masyarakat amat penting untuk melahirkan masyarakat yang
penyayang. . Kasih sayang sangat penting untuk menjamin kesejahteraan masyarakat. Oleh
itu, setiap individu dalam kalangan masyarakat seharusnya mengambil

inisiatif untuk

melakukan anjakan paradigma bagi merealisasikan pembentukan masyarakat penyayang


dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bekerjasama dan
saling membantu serta saling menyayangi ibarat yang tua dihormati, yang muda disayangi.
Kita juga harus mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan.
Dengan cara ini, masyarakat kita akan dipandang tinggi sebagai sebuah bangsa yang bukan
sahaja maju dari aspek kebendaannya justeru kaya dengan budaya penyayang. Secara

tidak langsung juga imej negara akan harum di persada dunia dan masyarakat Malaysia
akan dianggap sebagai masyarakat

kelas pertama kerana ketinggian akhlaknya.

Diharapkan pembentukan masyarakat penyayang dapat merealisasikan visi negara iaitu


Wawasan 2020 dengan mudahnya.

S-ar putea să vă placă și