Sunteți pe pagina 1din 26

AMALAN PENGURUSAN ISLAM DI MALAYSIA1

Oleh
Roslan Abd Jelani
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

Pendahuluan

Sebelum kita dapat membincangkan perkara di atas, perlulah jelas dalam pemikiran kita
tentang apakah sebenarnya yang cuba kita perkatakan. Ini memandangkan tajuk di atas
kelihatan begitu umum dan dari satu segi, tidak begitu releven untuk dihuraikan jika yang
hendak disentuh di sini adalah pengurusan Islam itu sendiri sebagai satu korpus ilmu baru
yang telah dibangunkan dengan rapi dan sistematik lalu dijadikan sebagai premis utama
dalam pengamalan pengurusan di Malaysia.
Sebenarnya, semenjak negara kita mengecapi kemerdekaan sehinggalah pada alaf baru
ini, belum banyak lagi usaha yang dilakukan dengan giat dan sistematik oleh mana-mana
pihak sama ada pusat pengajian tinggi awam atau mana-mana institusi kerajaan bagi
membangunkan disiplin pengurusan yang benar-benar dilandaskan kepada kesatuan dua

Tajuk di atas merupakan salah satu topik utama yang dibincangkan dalam Konvensyen
Pengurusan Islam bertemakan Pengurusan dan Islam: Wahana ke Arah Memartabatkan
Pembangunan Negara Abad 21 yang diadakan di Aseania Resort, Langkawi pada 18 19
November 2000, anjuran Universiti Utara Malaysia. Dalam membentangkan isu yang berkaitan,
saya menampilkan semula sebahagian artikel yang ditulis oleh Tuan Hj. Mohd Affandi Hassan
yang bertajuk Pendekatan Tauhid dalam Pengurusan dan Pentadbiran Awam: Konsep, Prinsip,
dan Model Alternatif untuk direnung dan difikir oleh para peserta konvensyen. Artikel ini telah
dimuatkan dalam buku Kecemerlangan Pentadbiran: Dasar dan Amalan dalam Islam,
diselenggarakan oleh Shafie Hj. Mohd. Salleh dan Mohd. Affandi Hassan (Kuala Lumpur: INTAN,
1991), m.s. 26 71. Tulisan yang saya usahakan ini tidak lain hanyalah sebagai syarah kepada
tulisan beliau.

bentuk ilmu iaitu ilmu naqli dan ilmu aqli2 yang boleh dicapai melalui empat saluran
ilmu3 yakni:
i.

Pancaindera (kaedah empirikal);

ii.

Khabar Sadiq (al-Quran, al-Hadith, dan Khabar Mutawatir);

iii.

Aql Salim; dan

iv.

Ilham (penampakan tentang hakikat sesuatu yang dipancarkan oleh Allah atas
jiwa yang mutmainnah).

Usaha-usaha Awal Pembangunan Disiplin Pengurusan Islam


Dalam aspek membangunkan disiplin pengurusan Islam, Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN) misalnya telah memulakan langkah awalnya dalam hal ini dengan menerbitkan
buku yang berjudul Kecemerlangan Pentadbiran: Dasar dan Amalan dalam Islam pada
tahun 1990 yang diselenggarakan oleh Shafie Hj. Mohd. Salleh dan Mohd. Affandi
Hassan; disusuli kemudiannya pada tahun 1992 dengan penerbitan buku The Tawhidic
Approach in Management and Public Administration: Concepts, Principles and an
Alternative Model yang dikarang oleh Mohd. Affandi Hassan, dan penerbitan Buletin
Pengurusan Islam; muncul selepas itu buku Citra Karya: Falsafah, Nilai dan Etika
dalam Perkhidmatan Awam yang diterbitkan pada tahun 1994; dan kemuncaknya apabila
diadakan satu bengkel di peringkat kebangsaan pada 21 hingga 22 September 1995 yang
dihadiri oleh wakil-wakil penting dari semua institusi-institusi latihan kerajaan dan
institusi-institusi pengajian tinggi awam bagi tujuan membincangkan tiga perkara penting
yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran dari perspektif Islam iaitu:

Usaha yang dinyatakan di atas hanya dilakukan secara individu oleh tokoh pentadbir dan tokoh
akademik seperti Tuan Haji Mohd Affandi Hassan yang sering menghuraikan tentang pendekatan
Tawhid dalam pengurusan, Profesor Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud yang sering memperkatakan
tentang prinsip adab pengurusan, Profesor Dr. Muhammad Kamal Hassan yang sering
menjelaskan tentang aspek perbandingan pengurusan, dan Saudara Mohd Zaidi Ismail yang
acapkali secara bersungguh-sungguh menarifkan istilah tadbir dan adab sebagai inti pati utama
teori pengurusan.
3

Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Oldest Known Malay Manuscript: A 16 th Century Malay
Translation of the Aqaid of al-Nasafi (Kuala Lumpur: Dept. of Publications, The University of
Malaya, 1988), p. 101.

i.

cadangan mewujudkan kurikulum kursus pentadbiran dan pengurusan dari


perspektif Islam;

ii.

usaha-usaha

bagi

meningkatkan

tahap

kepakaran/kemahiran

tenaga

pengajar/pensyarah di institusi-institusi latihan di seluruh negara dalam bidang


yang berkaitan; dan
iii.

penubuhan sebuah pusat sumber maklumat pengurusan dan pentadbiran Islam.

Ekoran daripada bengkel tersebut, beberapa siri kursus pengurusan dan pentadbiran Islam
yang berbentuk latihan untuk jurulatih dan beberapa seminar umum telah diadakan.
Kursus dan seminar yang diadakan ini lebih menjurus ke arah memberi pendedahan awal
kepada para peserta tentang kerangka dasar pentadbiran dan pengurusan Islam yang
menyentuh perkara-perkara penting seperti prinsip al-Tawhid sebagai teras pembangunan
organisasi, muamalat Islam sebagai asas dalam metodologi pengurusan, kepemimpinan
Islam berlandaskan hakikat iman, ilmu, amal dan ihsan, pemupukan semangat syura, dan
konsep ikhtiar sebagai asas pembinaan kreativiti.
Walau bagaimanapun, usaha yang kelihatan dilakukan secara bersungguh-sungguh di
peringkat awal ini akhirnya mulai malap, mungkin disebabkan oleh beberapa faktor:
i.

usaha ini, walaupun berlaku di peringkat organisasi, tetapi ia lebih merupakan


inisiatif perorangan yang penuh ikhlas, beristiqamah, bersemangat ilmu,
berani, dan yakin bahawa prinsip Islam dapat diolah untuk dilahirkan sebagai
satu sistem pengurusan yang beradab. Patut diingat bahawa tidak sekelumit
pun timbul dalam jiwa orang yang sebegini matlamat yang berkepentingan
peribadi yakni sama ada untuk mengejar kedudukan, kuasa dan pangkat.
Contoh usaha dan keperibadian yang dipancarkan oleh individu-individu ini
sebenarnya tidak dipupuk dengan sewajarnya dalam diri pegawai-pegawai
awam yang lain, ditambah pula dengan kurangnya pengiktirafan organisasi
terhadap hasil usaha yang sebegini hingga mengakibatkan terbantutnya
perjalanan program tersebut;

ii.

kurangnya keutamaan yang diberikan oleh peringkat pengurusan terhadap


aspek pembinaan disiplin pentadbiran dan pengurusan Islam lalu program

yang sebegini dibiarkan dalam keadaan terumbang-ambing. Akibatnya,


amanah bagi melaksanakan program tersebut diletakkan atas bahu orang yang
tidak beradab terhadap ilmu, selekeh dari segi mengolah bidang yang diceburi,
atau melaksanakan tanggung jawab tersebut dengan ala kadar sahaja sehigga
mengakibatkan usaha yang bersepadu dalam hal yang berkaitan tidak dapat
dilaksanakan;
iii.

terpahatnya budaya kerja kebendaan yang bersifat anti ilmu yang berpaksikan
hawa dan zann atau rasa agak-agak di peringkat individu; tuntutan sosiopolitik dan desakan ekonomi jangka pendek di peringkat institusi dan negara. 4
Ini sebenarnya menjadi punca kepada lahirnya pemimpin organisasi yang
rakus jiwanya yang hanya berlumba-lumba mengejar kedudukan dan pangkat
hinggakan komitmen yang jitu tidak dapat diberikan kepada program di atas
yang secara zahirnya seolah-olah tidak dapat menjanjikan apa-apa keuntungan
kebendaan; dan

iv.

lahirnya kelompok pentadbir dan pengurus yang begitu pragmatik terhadap


sistem pemikiran Barat yang sekular yang bilangan mereka lebih ramai
berbanding dengan kelompok yang mempunyai ilmu dan keyakinan yang
kukuh terhadap Islam. Kelompok tersebut sebenarnya mengendong pemikiran
beku , bebal dan penuh keraguan (sceptic) hinggakan tidak terbit pada jiwa
mereka hakikat dan kebenaran sesuatu. Bagi mereka, perkara seperti
metafizik, tasawwuf, tawhid, dan prinsip fiqhiah amat tidak releven untuk
diketengahkan dalam konteks pengurusan masa kini.

Usaha bagi membangunkan disiplin pengurusan Islam ini juga turut dilaksanakan oleh
Akademi Pengurusan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) dengan
menggunakan prinsip al-Tawhid sebagai teras dalam latihan. Usaha yang baru dimulakan
ini dan berterusan sehingga kini lebih tertumpu kepada soal menerapkan semangat
keIslaman sejati dalam konteks pengurusan dan pembangunan organisasi. Program yang
sebegini, walaupun pada dasarnya tidak lagi bersifat apologatik atau akomodatif terhadap
4

Wan Mohd. Nor Wan Daud, Budaya Kerja Bersepadu , Kecemerlangan Pentadbiran: Dasar
dan Amalan dalam Islam, diselenggarakan oleh Shafie Hj. Mohd. Salleh dan Mohd. Affandi
Hassan (Kuala Lumpur: INTAN, 1992), m.s. 130.

sistem pengurusan Barat tetapi masih di peringkat permulaan kerana

subjek-subjek

utama dalam kursus yang ditampilkan ini hanya berkisar pada elemen-elemen teras yang
menjadi tunjang kepada pembinaan disiplin pengurusan Islam. Banyak lagi usaha yang
perlu dilakukan dalam hal ini misalnya menyenaraikan istilah-istilah dan konsep-konsep
utama pentadbiran Islam sambil pada masa yang sama membina teori dan sistem
pentadbiran dan pengurusan Islam.
Amat malang sekali, usaha sedemikian masih belum dapat dilakukan secara kolektif atau
secara gabungan dengan institusi-institusi unggul yang lain kerana program sebegini
lahir bukan atas dasar minat dan kesedaran bersama tetapi masih dalam lingkungan
inisiatif individu yang begitu yakin dan berazam tinggi bagi menampilkan prinsip
pentadbiran

Islam

sebagai

landasan

utama

sistem

pengurusan.

Keadaan

ini

menggambarkan betapa ceteknya fahaman para pengamal pengurusan tentang Islam;


hanya memberi perhatian terhadap aspek ritualnya semata-mata sehingga Islam sanggup
dijadikan sebagai alat untuk bersandiwara. Mereka alpa terhadap hakikat dan kebenaran
kukuh yang menandai Islam yang secara batin menghendaki kita supaya menyuburkan
satu bentuk kehidupan yang membolehkan kita, pada setiap detik dan ketika,
menghadirkan diri ke hadrat Illahi.
Kehidupan subur yang dinyatakan di atas, pada hakikatnya, perlu dimulakan di peringkat
diri terlebih dahulu. Keaiban, kadaifan, dan kemaksiatan diri hendaklah senantiasa
diperhitungkan (muhasabah); kemahabesaran mujizat Illahi yang ditajallikan dalam diri
hendaklah tidak boleh tidak direnung dan difikirkan (tafakkur); dan, pengawasan diri
dalam maksud diri aqali mengawali dan seterusnya menakluki diri hayawani sudah
semestinya setiap masa dilakukan (muraqabah). Perlu diingat bahawa amal-amal yang
terkandung dalam aspek pengurusan dan pentadbiran jika dilakukan bukan atas tujuan
untuk menyucikan jiwa, membaiki laku perangai dan budi pekerti, serta mencapai rasa
dan pengalaman rohani yang boleh menghampirkan diri kepada Allah, kelak ia akan
menfasadkan diri dan membutakan mata hati. Berwaspadalah! Barang siapa yang buta
(mata hati kerohaniannya) dalam dunia ini akan butalah juga ia di akhirat kelak, bahkan

lebih sesat lagi jalannya. 5Oleh itu kita dapat perhatikan bahawa ramai pengurus dan
pentadbir yang asyik menyuarakan slogan kecemerlangan dan kemajuan organisasi
sebaliknya diri mereka semakin terbantut dan jiwa mereka pula semakin keroh;banyak
melakukan helah terhadap hukum agama dan banyak mengeluarkan dalil-dalil palsu;
sering merobek kesusilaan dan kesopanan insaniah; hinggakan hakikat iman, Islam dan
ihsan ditanggapi sebagai tiada kaitan dan keserasian dengan sains pengurusan moden.
Hakikat Sistem Pengurusan Moden
Akibat daripada pengabaian terhadap pembangunan disiplin pentadbiran dan pengurusan
Islam maka apa yang terhidang kepada kita pada masa kini hanyalah sistem pengurusan
yang diwarisi dari Barat yang secara zahirnya kelihatan enak tetapi terselit dalamnya
racun yang bakal mengundang bencana pada jiwa dan kefasadan pada aqal. Jika
dinukilkan sebagai satu misalan, disiplin pengurusan Barat itu ibarat sebatang pohon
palsu yang dihiasi dengan daunan yang indah warnanya dan buah-buahan yang rupanya
mempersonakan tetapi sayang, isinya tidak dapat dikecapi malah jauh sekali daripada
memberi kelazatan pada batin. Kebaikannya hanya semata-mata terhad sebagai hiasan
belaka yang bakal diubah-ubah rupanya dan kedudukannya sejajar dengan keinginan
nafsu yang jahil tentang batasan mana keindahan kerana butanya terhadap maksud ilmu.
Sains pengurusan Barat serta sistem yang turut serta bersamanya, jika direnung melalui
hati nurani yang hening, menampilkan penafian secara halus terhadap beberapa prinsip
teras agama. Ini diakibatkan oleh beberapa faktor:

i.

Faktor Pandang Alam (Worldview)

Sains pengurusan itu lahir dalam kerangka pandang alam sekular yang biasa digelar
dengan nama humanisme. Faham inilah yang menobatkan manusia sebagai penentu
5

Rujuk Surah al-Isra: 73

utama nilai kehidupan dunyawi ini dan pada masa yang sama meletakkan kebendaan
pada satu kedudukan yang paling istimewa. 6 Proses menduniakan manusia ini dilakukan
dengan keadaan yang begitu licik melalui perancanaan disiplin pengurusan yang bersifat
rasional dan liberal sehingga sampai pada tahap mematikan iman lalu pengurusan itu
muncul dalam keadaannya yang bebas dari petunjuk ilmu wahyu. Walaupun perkaraperkara yang menyangkut tentang agama munkin diperkatakan, tetapi ianya berlaku atas
dasar utiliti dalam kaitannya dengan faedah ekonomi dan politik dan agama itu sendiri
hanya dianggap sebagai salah satu cabang budaya yang senantiasa perlu disesuaikan
dengan order baru kehidupan.
Perkembangan yang tidak sihat ini berlaku sejajar dengan peringkat kematangan yang
kononnya dicapai oleh Barat dalam faham mereka tentang Tuhan. Peringkat kematangan
ini mengandaikan bahawa manusia telah berupaya untuk mengetahui segala rahsia yang
terkandung di sebalik kejadian alam ini melalui pendekatan yang bersifat empirik dan
rasional yang boleh terhasil daripada penggunaan panca indera. 7 Peringkat inilah yang
menandai kemunculan doktrin yang menyisihkan manusia daripada kekangan agama,
mengandaikan bahawa tidak ada alam lain kecuali alam nyata ini, menetapkan bahawa
manusialah yang layak menentukan nasibnya sendiri, berpegang bahawa prinsip taqdir
Illahi tidak berlaku atas manusia, dan menthabitkan bahawa tanggung jawab kepada
Tuhan telah beralih sepenuhnya kepada tanggung jawab kepada manusia.8
Kematangan inilah yang digunakan oleh Barat bagi mematangkan disiplin-disiplin ilmu
yang lain, salah satunya adalah pengurusan. Ini terbukti melalui kemunculan pemikiran
dan teori pertama dalam pengurusan yang dianggap sebagai klasik yang tertumpu kepada
pendekatan yang bersifat saintifik dan rasional. Teori ini mulai diperkenalkan oleh
Frederick Taylor (1856 1915), seorang jurutera daripada Amerika Syarikat. Teori
pengurusan yang diperkenalkan oleh Taylor ini telah secara nyata merendahkan martabat
kemanusiaan dengan mengandaikan manusia sebenarnya tidak lebih daripada faktor
6

Syed Muhammad Naquib al-Attas, Risalah Untuk Kaum Muslimin (Kuala Lumpur: ISTAC, 2001),
para 9, ms. 18 22.
7
Ibid, para 15 ms. 42. Lihat juga Nicola Abbagnano, Humanism, The Encyclopedia of
Philosophy, reprint edition 1972, vol. 4: 66 72.
8
Bagi memahami selanjutnya tentang aspek dasar Sekularisme,sila rujuk Syed Muhammad
Naquib al-Attas, Islam and Secularisme (Kuala Lumpur: ABIM, 1978).

pengeluaran seperti mesin dan modal yang tenaganya perlu dimanipulasikan supaya
sesuai dengan aspirasi dan matlamat industri.
Teori ini dimantapkan kemudiannya oleh Henry Fayol dengan menggariskan beberapa
rangka dasar pengurusan saintifik yang berkisar pada fungsi perancangan, penyusunan,
urusan kakitangan, kepimpinan,

dan pengawalan. Dalam perkembangan ini, akan

terzahir pada pandangan akal-budi kita bahawa golongan pragmatis dalam disiplin
pengurusan ini semakin menonjolkan keangkuhan mereka dengan mencanangkan unsur
kenisbian (relativity) dalam persoalan nilai. Ini disebabkan persoalan nilai dalam rangka
penyusunan sistem pentadbiran, bermula daripada peringkat perencanaan hinggalah ke
peringkat pelaksanaan, dihuraikan dalam konteks perkadaran (kuantitatif) yang banyak
bergantung kepada faktor-faktor keberhitungan (quantifiable factors), yang pada
hakikatnya lebih bersifat fungsian (functional). Oleh sebab itu, nilai yang diletakkan pada
setiap aspek pengurusan itu tidak lagi mengandungi makna yang mutlak sebaliknya
makna-makna itu senantiasa diubah suai mengikut ciri dan suasana perubahan sesuatu
industri.
Pada tahap akhir pembentukan teori pengurusan yang dianggap klasik ini, Max Weber
muncul bagi memperkenalkan teori organisasi yang berasaskan birokrasi. Teori ini
sebenarnya muncul sejajar dengan usaha yang dilakukan oleh para pemikir Barat ke arah
mengubah sepenuhnya (transformation) ideologi Kristian supaya sesuai dengan
rasionaliti teknologi dan ekonomi. Rasionaliti inilah nanti yang dipakai sebagai asas
dalam kajian dan pembentukan organisasi sambil pada masa yang sama mengenakan
pengaruh saintisme dan modernisme. Nilai kerohanian tidak lagi dijadikan kriteria utama
dalam mengukur kemanusiaan seseorang sebaliknya banyak bergantung kepada
pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan teknikal. Ekoran daripada itu, lahirlah satu
bentuk hubungan dalam organisasi yang bersifat vertikal yang menampakkan penyataan
kehendak golongan atasan bagi mengukuhkan kuasa mereka yang perlu dilaksanakan
oleh golongan bawahan. Akibatnya, beberapa fenomena yang tidak menyenangkan jiwa
kelihatan muncul dalam persekitaran organisasi seperti pergelutan mencari kuasa,
semangat puak atau kelompok (cronisme), paksaan pendapat tanpa pensahihan, konflik

kepentingan, kecenderungan melakukan fasad sama ada pada aspek rohani dan jasmani,
cemburu dan berhasad ke arah menghilangkan peluang yang dikecapi oleh seseorang,
pengaturan dan perundangan yang menjurus ke arah memuaskan nafsu kelompok
minoriti yang memegang autoriti tertentu (oligarchy), dan pembentukan wawasan dan
matlamat yang menghanyutkan.
Secara umum, kita dapat menthabitkan bahawa teori-teori pengurusan yang dihasilkan
pada fasa pertama ini pada hakikatnya tertumpu pada dua aspek dasar sekularisme, iaitu:
i.

penyuburan semangat positivisme yang membawa kepada penafian hakikat


kerohanian daripada alam semesta. Semangat ini kemudiannya dibangunkan
dalam akal manusia yang terbukti melalui teori-teori pengurusan yang
dibentuk lalu dinyatakan melalui amalan-amalan pengurusan yang berkaitan;
dan

ii.

pemantapan aspek existencialisme dalam erti kata menyatakan maksud


kewujudan manusia di atas muka bumi ini tanpa dikaitkan dengan akhirat.
Akibatnya, ketetapan agama dan adab kerohanian telah dipinggirkan lalu
diganti dengan prinsip kebebasan dan autonomi yang berteraskan akal
hayawani. Hakikat ini terpampang pada setiap nilai yang disandarkan pada
faham- faham dan sistem-sistem pengurusan yang ditampilkan.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah pada ketika itu, muncul tokoh-tokoh birokrat yang berperi
laku songsang, tidak bermaruah, dan tidak berjiwa, tetapi pada pandangan Weber, sifat
sebegini amat berfaedah kepada organisasi.9 Apa yang cuba ditekankan hanyalah
kecenderungan diri hayawani ke arah mencapai keselesaan tubuh, mengisi kepuasan
nafsu, dan memperolehi kuasa. Kesemua keinginan ini terangkum dalam prinsip
hedonisme (inti pati kepada budaya hawa nafsu) yang tertumpu pada aspek utilitarian
bagi tujuan memaksimumkam atau mengoptimumkam keuntungan ekonomi. Pendekatan
pengurusan ini juga menerbitkan satu budaya kerja yang bersifat total-empirical yang
9

Kenyataan Weber ini telah ditentang oleh Merton, sarjana Barat yang terkenal dalam bidang
pengurusan, dengan menyimpulkan bahawa budaya organisasi yang dibangunkan berdasarkan
impersonal behaviour ini akan mengakibatkan lahirnya anggota organisasi yang tidak dapat
memahami makna yang tersirat pada sesuatu fenomena dan situasi (tunnel vision) dan akan
terikat dengan tradisi red-tape. (Rujuk Robert K. Merton et al. (eds.), Reader in Bureaucracy
(New York: The Free Press, 1952), m.s. 364 371.

mengenepikan unsur-unsur non-factoral seperti maruah dan adab insani. Budaya


pengurusan yang sebegini disuburkan sampailah ke peringkat di mana fungsi akal
manusia dianggap semata-mata sebagai gerak balas kimia yang terangsang melalui
keinginan terhadap kebendaan.
Di sinilah mulanya bertapak pemikiran pengurusan yang kedua sebagai satu
kelangsungan daripada pendekatan saintifik dalam pengurusan. Pada peringkat ini,
tumpuan utama dialihkan kepada aspek tingkah laku dan motivasi yang dipengaruhi oleh
teori-teori hasilan ahli psikologi Barat yang bergelar behaviourist, antaranya B.F.
Skinner, A.H. Maslow, dan Sigmund Freud. Pendekatan humanistik dalam pengurusan ini
dimulai dengan uji kaji yang dilakukan oleh Elton Mayo dan rakan-rakannya di
Hawthorne (the Hawthorne Experiments) pada akhir tahun 1920-an, yang merumuskan
bahawa kepentingan sosial dalam organisasi perlulah lebih diutamakan berbanding
dengan kepentingan individu manakala para pengurus hendaklah bertindak sebagai
perantara dalam hubungan pekerja dengan pihak pengurusan.
Rumusan ini membawa kepada lahirnya kajian-kajian seterusnya dalam pengurusan yang
menumpukan aspek dorongan manusia yang berdasarkan prinsip rangsangan (stimulus
response) dan gerak balas lazim (conditioned reflexes) terhadap perkara-perkara yang
menyenangkan dan menimbulkan keghairahan pada nafsu. Kesemuanya ini dibincangkan
dalam skop kebahagiaan jasadiah dan kebahagiaan emosi sebagai faktor utama bagi
membangkitkan motivasi para pekerja. Keperibadian yang kukuh sama ada bagi pekerja
atau bagi mana-mana manusia hanya digambarkan dalam bentuk perasaan keamanan
yang mencukupi, hubungan yang berkesan dengan faktor-faktor zahiriah, dan kepuasan
jasmaniah,10 yang secara umumnya, ke arah melahirkan manusia saintifik. Di sekitar
perkembangan idea inilah, banyak sekali teori yang dihasilkan melalui uji kaji makmal
terhadap haiwan telah dialihkan untuk dipakai pada manusia. Sebagai mana yang
dijelaskan oleh J.B. Watson,

10

Untuk keterangan lanjut tentang hal ini, sila rujuk A.H. Maslow dan B.Mitteman, Principles of
Abnormal Psychology (New York: Harper, 1957).

10

(behaviorism) attempts to do one thing: to apply to the experimental study of man the
same kind of procedure and the same language of description that many research men had
found useful for so many years in the study of animals lower than man. We believe then,
as we believe now, that man is an animal different from other animals only in the types of
behavior he displays.11
Sebagai rumusan, secular reductionist view yang menjadi tunjangan dalam pemikiran
pengurusan di peringkat ini akhirnya mengakibatkan kejatuhan pada martabat
kemanusiaan (dehumanisation). Pendekatan yang dianggap objektif dan tidak berat
sebelah dalam memahami persoalan tingkah laku ini sebenarnya disejajarkan dengan
ideologi Barat yang bersifat kebendaan dan menganggap agama sebagai satu khayalan
yang perlu dibuang kerana ia dianggap menyekat kebebasan akal. 12 Tidak hairanlah
ketika berleluasanya gejala behaviorisme dalam pemikiran pengurusan ketika itu,
perkataan-perkataan seperti kesedaran, kepercayaan, dan roh dianggap sebagai
sebahagian daripada perkataan yang menjijikkan. 13 Oleh sebab itu, segala teori sama ada
yang menyentuh tingkah laku atau motivasi pekerja hanya berkisar pada gejala yang
dapat dikesan oleh panca indera semata-mata sehinggakan aspek nilai yang terbentuk
dalam diri seseorang pekerja itu dianggap berlaku atas dasar kemungkinan yang
didokong oleh faktor pengukuhan positif atau pun negatif.
Agenda pembentukan manusia saintifik sebagaimana yang terkandung dalam faham
behaviorisme dan yang kemudiannya disebatikan dengan pendekatan tingkah laku dalam
pengurusan, kelihatannya semakin dimajukan pada tahap ketiga pemikiran pengurusan
yang menggunakan pendekatan sistem. Dalam pendekatan ini, manusia bukan sahaja
dianggap saintifik tetapi pada masa yang sama, dianggap sebagai pemproses maklumat.
11

J.B. Watson, Behaviourism (London: W.Norton & Co., 1970), m.s. ix.
H.F. Ellenberger, The Discovery of the Unconscious (London: Allen Lane, the Penguine Press,
1970), m.s. 525.
13
Dalam menggambarkan era berleluasanya behaviorisme di Barat, John Eccles menyatakan,
words like mind, consciousness, thoughts, purposes and belief were considered dirty
words..Ironically, the most prominent philosophical obscenities were a new class of four-letterwords mind, self, soul, will. Evolution of the Brain: Creation of the Self (London: Routledge
Publishers, 1991) m.s. 225.
12

11

Andaian yang dipakai pada ketika itu ialah perkembangan setiap organisasi bukan sahaja
bergantung kepada faktor dalaman tetapi juga saling berkait dengan rangsangan yang
ditonjolkan oleh sesuatu faktor luaran khususnya faktor pembangunan sosio-budaya yang
berlaku sejajar dengan perkembangan teknologi. Kesalingberkaitan antara faktor dalaman
dan faktor luaran bagi sesuatu organisasi dimisalkan seperti interaksi yang berlaku antara
unsur karbon, hidrogen dan oksigen dalam proses photosynthesis tumbuh-tumbuhan.
Oleh sebab itu, setiap faktor luaran hendaklah turut diberi tumpuan dan perlu dianggap
sebagai fakta yang perlu difikirkan,diklasifikasikan dan disaring sebagai manfaat bagi
melancarkan fungsi dan mengembangkan lagi sumber dalam organisasi.
Ahli-ahli teori pengurusan yang muncul ketika itu telah mengkritik pendekatan saintifik
yang diperkenalkan oleh Taylor, sistem birokrasi Weber, dan pendekatan humanistik
kerana mengandaikan organisasi sebagai sistem yang tertutup sehingga menyebabkan
sesuatu objektif, prosedur, dan proses dibangunkan hanya berdasarkan pemboleh ubah
dalaman (internal variables) semata-mata. Oleh itu, mereka menetapkan bahawa
organisasi perlulah dianggap sebagai sistem yang terbuka yang perlu mengambil kira
tentang kesan yang turut dibawa oleh pemboleh ubah luaran (external varibles)14 walau
pun pada hakikatnya sistem itu lebih tertutup kerana masih tidak memberi pengiktirafan
yang sewajarnya terhadap unsur kerohanian yang menjadi pendorong utama pada tingkah
laku manusia.
Dalam mengaitkan setiap pemboleh ubah dengan sesuatu masalah yang timbul dalam
organisasi, muncullah aspek pengurusan operasi yang tertumpu kepada kaedah saintifik
dan matematik . Ekoran daripada itu,pendekatan kuantitatif dalam pengurusan mula
diberi penekanan utama. Segala penyelesaian masalah bersifat kebetulan (contingency)
kerana berdasarkan semata-mata kepada hasil penyelidikan yang bertunjangkan hipotesis
yang diandaikan.

14

Bagi mengetahui keterangan lanjut tentang hal ini, lihat David Easton, A System Analysis of
Political Life (Chicago: University of Chicago Press,1979). Lihat juga Charles W. Churchman,
The System Approach (New York: Delacorte Press, 1968).

12

Di samping itu, skop pengurusan yang sedemikian lebih banyak tertumpu kepada aspek
perkhidmatan berteraskan pelanggan (consumer-driven services), peningkatan imej
(image-based campaigning), autoriti yang bersifat sementera dan mengikut konteks
(temporal-contextual and rule-bound authority), dan persekitaran sama ada mikro atau
makro serta transformasi yang perlu dilakukan ke atasnya. Oleh sebab itu, kita akan
dapati bahawa teori-teori pengurusan yang muncul ketika itu amat mementingkan soal
menghasilkan makna15 pada sesuatu objek dan tindakan serta soal hubungan kuasa yang
terzahir dalam sesuatu proses dan sistem pengurusan. Tindakan manusia hanya
dimisalkan seperti teks sastera yang tertakluk kepada analisis dan kaedah kritikan yang
terhasil melalui sesuatu teori sastera (literary theory). Ini menunjukkan bahawa spekulasi
berperanan sebagai faktor penting dalam aspek penilaian sesuatu tindakan, manakala
pada masa yang sama, persoalan yang paling utama yang perlu senantiasa difahami iaitu
hakikat amal semakin tidak diendahkan.
Hasil daripada fungsi meletakkan makna pada setiap objek dan tindakan, maka dalam dua
dekad kebelakangan ini, kita dapat perhatikan bahawa persoalan nilai mula dibincangkan
dengan serius dalam pengurusan. Persoalan nilai yang dibincangkan ketika itu sering
dikaitkan dengan matlamat untuk melahirkan budaya korporat yang nampaknya menepati
ciri-ciri post-capitalist . Ini disebabkan budaya korporat dengan nilai-nilai yang ditanam
bersamanya itu didorong oleh cita rasa stakeholder yang bersifat eclectic16 dan senantiasa
ingin menyerlahkan apa yang boleh dipanggil sebagai expressive individualism. Walau
pun apa yang dilakukan itu bertujuan untuk menjamin kelangsungan (survival) organisasi
tetapi apa yang terhasil akhirnya adalah suasana yang tidak tenteram bukan sahaja dalam
ruang lingkup organisasi tetapi juga luar organisasi. Anasir yang sering muncul dalam
suasana yang sedemikian adalah eksploitasi oleh peneraju sesebuah organisasi bagi
15

Perlu diingat bahawa makna yang cuba diberi terhadap setiap objek dan tindakan itu adalah
bersifat relatif kerana ia dilahirkan melalui kerangka pemikiran secular-humanism dan
merangkumi konsep tragedi yang menggambarkan kekecewaan terhadap agama. Dalam hal ini,
keraguan telah dipakai dengan meluasnya bagi mencapai kebenaran yang sudah tentu
merupakan satu perkara yang mustahil. Akibatnya, sesuatu makna yang diberi itu telah
menimbulkan kacau-bilau pada adab terhadap diri, bahasa dan alam.Bagi melihat tentang makna
tentang makna (mana), lihat Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam and the Philosophy
of Science (Kuala Lumpur: ISTAC, 1989), m.s. 15.
16
Menurut J.F. Lyotard dalam bukunya The Postmodern Condition: A Report on Knowledge
(Manchester: Manchaster University Press, 1984): Eclecticism is the degree zero of
contemporary general culture (m.s. 76).

13

memenangi persaingan dan menyerlahkan kehebatan organisasinya. Tenaga dan


perbelanjaan organisasi banyak dihabiskan secara tidak wajar untuk membentuk imej,
menampilkan daya penarik (glamour), dan supaya menjadi tarikan media atau awam
(media or public figure) manakala istilah yang sering disalahgunakan untuk
menjustifikasi perkara ini adalah objektif strategik. Keadaan sebegini tidak ubah seperti
menjadikan organisasi sebagai sebuah sarkas yang ahlinya sentiasa berada dalam tragedi
untuk menyempurnakan pertunjukannya dan mendapat tepukan gemuruh dari para
penonton.17 Apa yang penting untuk kita perhatikan di sini adalah maruah manusia dalam
organisasi masih belum dikembalikan, yang terbukti melalui apa yang dikatakan oleh
Charles Handy,
..people are regarded as a competative asset to be led, motivated, deployed and
developed, together with the firms other resources.18
Secara umumnya, perkembangan budaya korporat yang berlaku itu berkait rapat dengan
perkembangan yang pesat dalam bidang sosial, ekonomi, politik, dan teknologi.
Perubahan pesat ini disebut oleh J.F. Lyotard sebagai postmodern condition19 yang
membawa perubahan yang fundamental dari segi pengalaman manusia bukan sahaja
kepada negara-negara Barat tetapi juga kepada negara-negara yang sedang membangun.
Postmodern condition ini juga dianggap oleh J. Habermas 20 sebagai melengkapkan lagi
agenda Enlightenment yang dirasakan tidak dapat disempurnakan dalam era kemodenan.
Jika pengaruh pengurusan yang sebegini, menurut Tuan Haji Mohd. Affandi Hassan,
berjaya melahirkan tiga kelompok penjawat awam iaitu kolonial-pragmatik, birokratiknasionalis, dan tradisional-moralis,21 maka saya ingin mengukuhkan lagi kenyataan
beliau itu dengan merangkumkan ketiga-tiga kelompok tersebut sebagai new petit
17

Organisasi sebagai sebuah sarkas ini dihuraikan dengan begitu menarik sekali oleh Tuan Haji
Mohd. Affandi Hassan dalam artikelnya Citra Organisasi: Nilai dan Etika dalam Pentadbiran,
Buletin Nilai dan Etika, Jld. 1 Bil. 1/1992.
18
Charles Handy (ed.), The Making of Managers (London: NEDC/BIM/MSC, 1987), m.s. 13.
19
J.F. Lyotard, ibid.
20
J.Habermas, Modernity an Incomplete Project dalam H.Foster (ed), Postmodern Culture
(London: Pluto Press, 1983).
21
Lihat kenyataan dan penjelasan beliau ini dalam artikelnya Pendekatan Tauhid dalam
Pengurusan dan Pentadbiran Awam: Konsep, Prinsip, dan Model Alternatif, Kecemerlangan
Pentadbiran: Dasar dan Amalan dalam Islam. Diselenggarakan oleh Shafie Hj. Mohd Salleh dan
Hj. Mohd Affandi Hassan (Kuala Lumpur: INTAN, 1990) m.s. 29 31.

14

bourgeoisie.22 Bagi kelompok ini, imej merupakan perkara yang amat dipentingkan
sehingga kadangkala sampai pada peringkat mengorbankan matlamat dan inti pati utama
organisasi malah agama sekalipun. Dari satu segi, kelompok ini sebenarnya
memancarkan simbol postmodern yang memuja dan mendewakan keinginan hawa nafsu
(hedonisme) dan pada masa yang sama mewakili satu klas elit masyarakat antarabangsa
sebagaimana yang dihasratkan dalam proses globalisasi. Akibatnya, keseluruhan proses
pengurusan yang dikendalikan oleh kelompok ini, bermula daripada peringkat matlamat
sehinggalah ke peringkat pelaksanaan, semuanya bersifat artificial dan palsu. Apa yang
jelas kelihatan di sini ialah terkongkongnya amalan pengurusan itu pada tiga bentuk
keutamaan yang berteraskan keinginan hawa nafsu yang sentiasa meluap-luap iaitu:
i.

keutamaan untuk merebut autonomi tertentu dalam sistem pentadbiran


sehingga membolehkan lahirnya kebebasan untuk bertindak sepenuhnya bagi
mencapai matlamat yang berteraskan hedonisme;

ii.

keutamaan ke arah mengukuhkan kuasa dalam bentuk penyataan kehendak


pengurusan atasan yang senantiasa dipaksakan untuk dilaksanakan oleh
golongan bawahan walaupun kehendak tersebut mengandungi unsur-unsur
syubahah dan kadang-kadang bertentangan secara jelas dengan prinsip Islam;
dan

iii.

keutamaan pada soal pengagihan kuasa, fungsi dan sumber sehingga


melalaikan aspek yang lebih penting untuk sentiasa dititikberatkan iaitu
bagaimana kuasa, fungsi dan sumber tadi, dari segi penggunaannya, berupaya
menepati prinsip keutamaan yang telah digariskan dalam Syariah supaya
kemuliaan manusia di sisi Allah S.W.T. akan terus dapat dipelihara manakala
fitrah kemanusiaan akan dapat diisi dengan sebaik-baiknya.

Secara jelas juga boleh dikatakan di sini bahawa inti pati pengurusan Barat yang
disajikan dalam sistem pengurusan negara ini lalu dimamah dengan lahapnya oleh
sebahagian pentadbir yang menduduki tampuk pentadbiran kerajaan, sebenarnya
membawa satu aspek kebebasan dalam amalan pengurusan yang bertentangan samasekali dengan makna sebenar kebebasan dalam Islam yang dapat difahami melalui
22

Sekadar meminjam istilah yang digunakan oleh P.Bordieu dalam bukunya Distinction: a Social
Critique of the Judgement of Taste (London: Routledge & Kegan Paul).

15

konsep ikhtiyar. Kebebasan dalam Islam merujuk kepada keadaan bebasnya diri natiqah
daripada cengkaman dan penguasaan diri hayawaniyyah yang cenderung mengajak
kepada kejahatan; bebasnya aql daripada dikuasai oleh nafsu yang lazimnya jahil tentang
had kebenaran; dan pada masa yang sama bebas daripada sebarang bentuk keraguan sama
ada zann, syakk dan wahm. Penghuraian yang jelas tentang makna kebebasan ini telah
diberikan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas sebagaimana berikut:
The activity that is called freedom is in ikhtiyar, which is an act, not in hurriyah, which
is a condition. The act that is meant in ikhtiyar is that of making a choice, not between
many alternatives, but between two alternatives: the good or the bad. Because ikhtiyar is
bound in meaning with khayr, meaning good, being derived from the same root khara
(khayara), the choice that is meant in ikhtiyar is the choice of what is good, better, or best
between two alternatives. This point is most important as it is aligned to the philosophical
question of freedom. A choice of what is bad of two alternatives is therefore not a choice
that can be called ikhtiyar, in fact it is not a choice, rather it is an act of injustice (zulm)
done to one self. Freedom is to act as ones real and true nature demands --that is, as
ones haqq and ones fitrah demands and so only the exercise of that choice which is of
what is good can properly be called a free choice. A choice for the better is therefore an
act of freedom, and it is also an act of justice (adl) done to oneself.23
Ekoran daripada ketidakfahaman tentang makna kebebasan, kebanyakan amalan
pengurusan yang dilaksanakan telah mencerminkan kesempurnaan manusia sebagai
haiwan yang semakin ghairah ditunggangi oleh syaitan. Ini mengakibatkan dunia
pengurusan dipenuhi dengan nilai-nilai palsu yang bertunjangkan nafsu, emosi, dan
khayalan yang tidak menampakkan lagi kesederhanaan dan keadilan manakala pada masa
yang sama menyisihkan nilai-nilai iman, ilmu dan amal saleh. Apabila nilai-nilai ini
tersisih, maka hati akan menjadi keras dan mula terpalam dengan wajah syirik, kufur dan
nifaq. Oleh itu, tidak hairanlah jika kebanyakan amalan pengurusan ditampilkan dengan
pola dan gaya yang bersesuaian dengan nilai yang ditetapkan oleh masyarakat umum atau

23

Syed Muhammad Naquib al-Attas, Prolegomena to The Metaphysics of Islam: An Exposition of


the Fundamental Elements of the Worldview of Islam (Kuala Lumpur: ISTAC, 1995), m.s. 33 34.

16

stakeholder yang sebahagiannya berintipatikan prasangka dan kepura-puraan terhadap


agama.
Akibatnya, ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya yang wajib dijadikan sebagai tunjang
dalam segenap aspek pengurusan seolah-olah dianggap sebagai perkara yang bersifat
sampingan, yang ditekankan hanyalah aspek ritualnya sahaja. Pengorbanan semata-mata
kerana Islam dalam setiap khidmat yang ditaburkan telah beralih kepada pengorbanan
untuk mendapat nama, pangkat, dan kedudukan. Penghormatan kepada al-Quran, alHadith, dan pendapat para ulama yang mutawatir sebagai sumber ilmu terutama dalam
aspek pengurusan dan pentadbiran, telah mula lenyap. Karya-karya para ulama yang
mutabar yang pada satu ketika dulu menjadi landasan dalam pembangunan tradisi ilmu
Islam yang begitu cemerlang telah tidak dijadikan rujukan utama oleh para pengurus kini,
kononnya tidak praktikal dan pada pendapat mereka, perlu ditafsirkan semula.
Pengiktirafan yang sewajarnya tidak diberikan kepada para ulama dan ilmuwan Islam
masa kini, dengan anggapan bahawa mereka hanya pandai berteori dan tidan layak untuk
dilibatkan dalam mana-mana perencanaan pengurusan dan pentadbiran negara kecuali
yang hanya menyangkut dengan agama semata-mata. Akhirnya, para pengurus ini
menjalankan setiap urusan pentadbirannya dalam keadaan seolah-olah Tuhan itu tidak
wujud atau Tuhan seperti tidak mengetahui apa yang dilakukannya atau yang
difikirkannya.
Keadaan yang digambarkan di atas berlaku dalam dunia pengurusan masa kini kerana
sebahagian daripada para pengamal pengurusan di negara ini tidak sedar betapa palsunya
gagasan Pengurusan Barat yang menjadikan hawa nafsu sebagai asas peri laku manusia.
Hal ini terpampang jelas dalam kata-kata seorang ahli psikologi, Abraham Maslow,
dalam bukunya Eupsychian Management, yang besar pengaruhnya dalam disiplin
pengurusan Barat:

17

My work on motivations came from the clinic, from a study of neurotic people. I
would like to see lot more studies of this kind before feeling finally convinced that this
carry-over from the study of neurosis to the study of labour in factories is legitimate.24
Hakikat pengurusan yang sedemikian rupa nampaknya telah menghalang manusia
daripada mencapai pengertian yang sebenar tentang matlamat ia dizahirkan di atas muka
bumi ini. Jika aspek kegilaan inilah yang menjadi asas dalam pengurusan, terutama dalam
mengisi keinginan shahwat yang tidak mengerti suatu pun akan batas kebenaran, tidak
hairanlah jika semakin ramai manusia telah menghumban jauh kemuliaan martabat
kejadian yang dianugerahi oleh Allah S.W.T. padanya. Tidak hairan juga jika semakin
ramai manusia telah berubah kedudukannya daripada al-hayawan al-natiq kepada
hayawan hedonistik sehingga ghaflah akan maksud ubudiyyah kerana ashiq dan khayal
dalam kemashghulannya mengejar kebendaan. Dalam keadaan yang sebegini, manusia
akan mula ditunggangi oleh unsur shahwaniyyah dan ghadabiyyah yang lepas bebas yang
bakal menjunamkannya ke dalam jurang kecelakaan lalu akan terus membiarkan jiwanya
duduk dalam keadaan murung (huzn) dan menderita (ghummah). Penderitaan jiwa ini
kemudiannya akan terjelma dalam reaksi-reaksi yang bersifat neurotic dan psychotic
sehingga menakibatkan seseorang itu akan terus diselubungi dengan zulm dan fasad.
Punca kepada berlakunya tragedi yang sebegini sekurang-kurangnya telah dinyatakan
oleh Scott Peck, seorang ahli psychiatrist Amerika, seperti berikut:
The major reason for this strange state of affairs is that the scientific and religious models
have hitherto been considered totally immiscible like oil and water, mutually
incompatible and rejecting.25
Kenyataan sebegini dapat didokong seterusnya oleh kenyataan Benson yang mengaitkan
masalah ini dengan keadaan dunia moden yang didominasi dengan semangat saintisme.
Menurutnya:
24

Petikan ini dipinjam daripada petikan yang dibuat oleh Hj. Mohd. Affandi Hassan, Pujangga
Melayu (Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1977), m.s. 636.
25
M. Scott Peck, Denial of the Soul: Spiritual and Medical Perspectives on Euthanasia and
Mortality (Hemel Hempstead, UK: Simon & Schuster, 1997), m.s. 129 dan 131.

18

Even when we (as scientist) acquire new information, even when we conquer mysteries,
we feel empty and unfulfilled. And faith is the only long-term solace.26
Ciri-ciri pengurusan sebagaimana yang dinyatakan di atas, jika dipakai dalam konteks
pembangunan, adalah bertepatan dengan apa yang telah dinyatakan oleh Prof. Dr. Wan
Mohd. Nor Wan Daud, akan menghasilkan zero-sum development27 yakni pembangunan
yang semakin melambangkan keangkuhan manusia.

Walaupun amalan pengurusan

tersebut menerbitkan satu bentuk pembangunan yang berjaya dari segi kebendaan tetapi
ia semakin menjauhkan manusia daripada kesederan keberhutangan28 kepada Allah
S.W.T.; menjadikan nafsu al-ammarah

29

semakin bermaharajalela; dan melahirkan peri

laku yang diistilahkan sebagai schizophrenia atau split personality ( yakni keadaan
fikiran atau emosi yang kacau-bilau akibat tidak mempunyai tujuan yang sehala)
sehingga membawa kepada konflik kejiwaan yang disebut oleh Emile Durkheim sebagai
anomie atau normlessness30. Bencana yang sebeginilah yang mungkin mengakibatkan
penyakit yang dinamai oleh Dr. V.E. Frankl sebagai noogenic neurosis31 iaitu sejenis
penyakit mental yang berlaku disebabkan oleh konflik di antara jiwa dengan nilai yang
pelbagai. Ini berpunca daripada kegagalan manusia mengenali makna sebenar kehidupan
atau mengenali hakikat diri yang sebenar.32

26

Herbert Benson, Timeless Healing (London: Simon & Schuster, 1996), m.s. 202 dan 208.
Pandangan beliau yang amat menarik ini boleh dirujuk dalam artikelnya Some Basic Issues of
Development, Malaysian Development Experience: Changes and Challenges (Kuala Lumpur:
INTAN, 1994), m.s. 875 878.
28
Prinsip keberhutangan yang dimaksudkan di sini adalah salah satu inti pati utama yang dapat
menyatakan konsep al-Din. Perkara ini dihuraikan dengan terperinci oleh Prof. Syed Muhammad
Naquib al-Attas dalam buku beliau Islam: The Concept of Religion and the Foundation of Ethics
and Morality (Kuala Lumpur: ABIM, 1976).
29
Keadaan ini merujuk kepada diri yang sentiasa terdorong untuk melakukan perkara-perkara
keji (mazmumah) dan munkar dalam agama atau perkara-perkara yang melanggari fitrah
insaniyyah.
30
Robert K. Merton, Social Theory and Social Structure, edisi semakan dan penambahan
(Glencoe: Free Press, 1957), m.s. 136 nota 6.
31
Sila rujuk V.E. Frankl, Mans Search for Meaning (London: Holder and Stoughton, 1964).
32
Dalam Surah al-Hasyr 59:19, Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, Dan janganlah kamu
menjadi seperti orang yang melupai Allah, lalu Dia menjadikan mereka lupa kepada diri mereka
sendiri. Mereka itulah orang yang fasiq. Dalam ayat sebelum ini, Allah memerintahkan kita
supaya menilai dan memerhatikan dengan pandangan mata hati kita sama ada setiap usaha
yang kita lakukan itu membawa manfaat atau tidak kepada kita pada Hari Akhirat.
27

19

Kegagalan ini telah mengakibatkan faham liberal demokrasi Barat terpampang jelas
dalam matlamat pengurusan yang memberi perhatian kepada sains dan teknologi dalam
membina masyarakat. Hakikat sebegini akan dapat dilihat dengan jelas jika kita sedari
bahawa sains pengurusan Barat sebenarnya telah dan semakin hebat mendakyahkan satu
pandangan hidup yang mengutamakan tragedi dan nilai kebangsaan yang menepati jiwa
Barat dan kebudayaannya lalu dipaksakan untuk dialami oleh bangsa-bangsa lain melalui
ilmu-ilmu baru yang dibentuk bermula dari terpancarnya anasir saintisme di Barat.
Disiplin-disiplin baru yang dimunculkan oleh Barat juga, tidak terkecuali pengurusan,
secara halus menyatakan kekecewaan mereka dalam pengalaman beragama dan
menggambarkan rasa tidak senang serta prasangka mereka terhadap prinsip kewujudan
Tuhan.
ii.

Faktor Epistemologi

Kebatilan sains pengurusan Barat juga dapat diselami melalui falsafah ilmu yang
dijadikan sebagai landasan dalam penggubalan disiplin tersebut. Kita perlu sedar bahawa
pembinaan disiplin pengurusan berlaku dalam keadaan pemikiran para pemikir
pengurusan Barat mengendong sikap saintifik yang secara jelas menentang ilmu wahyu
dan meragui sepenuhnya terhadap mana kerohanian. Landasan pemikiran yang tidak
bertitik tolak daripada kesedaran tentang hakikat wujud dan kewujudan ini kemudiannya
telah menerbitkan pelbagai bentuk kejahilan yang bermula daripada zann, syakk dan
berakhir dengan wahm.
Bentuk-bentuk kejahilan inilah yang mewarnai segala teori dan prinsip pengurusan,
lalu jika dipegangi, akan meranapkan kemuliaan dan martabat kemanusiaan. Oleh itu,
akan terlihatlah dalam dunia pengurusan khususnya, ramai manusia yang tubuhnya atau
rupa zahirnya sahaja manusia tetapi jawhar diri yang dikendongnya itu, yang pada
asalnya bersifat kemalaikatan, telah bertukar sifat sama ada sebagai hayawan, syaitan,
atau taghut (pewaris utama sifat fasad Firaun, Hamman, Qarun dan Namrud). Tidak
hairanlah jika amalan pengurusan itu dijalankan dengan penuh bernafsu yang bercapurbaur dengan perasaan dengki, dendam, hasad, iri hati, angkuh, riya, ujub, takabbur dan

20

penuh dengan matlamat peribadi. Asas ketenangan dan kedamaian dalam organisasi yang
berteraskan semangat jihad dan pengorbanan jiwa raga bagi melaksanakan keadilan
dalam setiap aspek pengurusan mula diabaikan. Prinsip mewaqafkan seluruh hidup dan
tenaga bagi mencapai maslahah ummah melalui amalan pengurusan tanpa rasa terikat
kepada sesiapa kecuali kepada hukum Allah dan sunnah Rasul-Nya, telah tidak
dipegangi. Maqam yaqin kelihatannya tidak banyak dicapai oleh para pengurus masa
kini. Maqam yaqin ini pada hakikatnya terpancar melalui kesediaan seseorang pentadbir
dan pengurus itu bertaubat apabila ia sedar telah membuat keputusan yang salah; sabar
jika belum sampai maksud yang dihajati; shukur setelah mencapai sesuatu kejayaan;
ridha dengan natijah yang diperolehi; takut (khauf) akan melakukan kebatilan dan
kezaliman; berkeadaan mengharap (raja) untuk senantiasa dapat melaksanakan
kebenaran dan menyempurnakan ubudiyyahnya kepada Allah S.W.T.; dan tidak putus
bermunajat dan bertawakkal kepada Allah S.W.T. dalam melakukan sesuatu ikhtiyar.
Dalam hal ini, benarlah sebagaimana yang sering diungkapkan oleh Profesor Syed
Muhammad Naquib al-Attas dalam tulisan-tulisan dan syarahan-syarahan beliau tentang
ilmu bahawa kekacauan dan kefasadan yang dilakukan dalam aspek keilmuan akan
mengakibatkan keadaan kacau-bilau dari segi adab sehingga sesuatu itu tidak disusun
dengan tertib dalam sistem kewujudan berdasarkan martabat dan darajatnya masingmasing sebagaimana yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.. Dalam disiplin pengurusan
yang banyak berkisar pada pengkajian tentang tingkah-laku manusia dalam kehidupan
berorganisasinya, kebenaran ini terbukti apabila teori-teori pengurusan itu dihasilkan
melalui kaedah sains tabii (natural scientific method) yang penuh dengan ideologi
saintismenya ke arah melahirkan kebenaran yang bersifat objektif. Apabila terpakainya
kaedah ini, maka dengan jelas terjadinya pemisahan antara fenomena kerohanian dan
jasmani. Keadaan ini sinonim dengan gerakan logical positivism yang menobatkan akal
hayawani manusia sebagai sumber untuk mencapai ilmu dan pada masa yang sama
menghancurkan wibawa ilmu wahyu sebagai sumber utama ilmu. Inilah juga yang
dinyatakan oleh Syed Hossein Nasr sebagai reductionist , iaitu label kepada sains Barat
kerana ia bukan sahaja memisahkan antara akal dan wahyu bahkan menolak sama sekali
wahyu sebagai punca dasar ilmu.

21

Berdasarkan kepada suasana ilmu yang sebegini, Barat menetapkan bahawa kebenaran
sesuatu teori itu bergantung kepada sejauh mana teori tersebut menepati skala akal
hayawani manusia dan sejauh mana teori tersebut berjaya membuahkan faedah-faedah
kebendaan yang menyeronokkan hawa nafsu(hedonisme). Dalam kata lain, hujah bagi
menetapkan kebenaran sesuatu teori itu bergantung kepada khayalan dan emosi yang
penuh dengan kepalsuan nilai. Bagi Barat juga, teori pengurusan yang dihasilkan melalui
kaedah ini dianggap begitu pragmatik dan begitu unggul kerana berjaya menggabungkan
dalamnya kaedah logical dan empirical. Bagi kita pula sebagai orang Islam, kita
sewajibnyalah menetapkan kaedah ini sebagai kaedah shirik kerana ternyata wujudnya
pemisahan antara kaedah naqli dengan kaedah aqli.
Cabaran dalam Pelaksanaan Pengurusan Islam
Melalui kenyataan di atas dan berdasarkan pengalaman pengurusan yang dilalui oleh
negara kita semenjak kemerdekaan sehinggalah kini, sememangnyalah mustahil bagi kita
untuk memperkatakan amalan pengurusan Islam yang telah dan sedang dilaksanakan di
Malaysia. Cuma yang boleh difikirkan di sini adalah amalan pengurusan yang
bermiripkan Islam yang tidak semestinya Islam, atau pun amalan pengurusan yang
berperspektifkan Islam tetapi masih diletakkan dalam dominasi pemikiran pengurusan
Barat yang akibat akhirnya, beberapa prinsip Islam diubah suai dengan tidak beradab
sekali supaya menepati semangat sains pengurusan Barat tadi.
Usaha yang dilakukan oleh kerajaan dengan mengenengahkan Dasar Penerapan Nilainilai Islam dalam Pentadbiran pada tahun 1985 dan menggubal Pekeliling Am tentang
Garis Panduan bagi Mengadakan Ceramah Penerapan Nilai-nilai Islam dalam
Perkhidmatan Awam pada tahun 2001 bukanlah boleh dijadikan sebagai justifikasi
utama bagi kita menthabitkan bahawa kita telah mengamalkan pengurusan Islam. Walau
pun usaha tersebut merupakan usaha murni kerajaan bagi memastikan semua tanggung
jawab dilaksanakan dengan sebaik-baiknya oleh semua penjawat awam, namun terdapat

22

beberapa persoalan utama yang perlu dijawab terlebih dahulu sebelum kenyataan bahawa
kita telah mengamalkan pengurusan Islam dapat dikeluarkan.
Pertama, apakah matlamat kita sebenarnya di sebalik usaha penerapan nilai-nilai Islam.
Adakah semata-mata mahu digunakan sebagai alat bagi mencapai maksud kenegaraan
yang menumpukan kepada kepentingan pragmatik ekonomi dan sosio-politik, atau
sebagai teras bagi melahirkan insan adabi yang senantiasa sedar tentang amanah
keinsanannya. Jika ianya dijadikan sebagai alat dalam maksud utilitarianisme bagi
mencapai keinginan yang bersifat hedonistik, sudah tentu ini akan membantu
menyemarakkan api kefasadan yang bakal merobek kalbu-diri yang selama ini telah
dibekalkan dengan kalimah tawhid. Kelak, akan lahirlah anasir pendewaan diri yang
membayangkan akibat pemikiran humanisme yang menetapkan bahawa Tuhan bersifat
statik dan tidak layak mencampuri urusan-urusan keduniaan kerana kononnya akan
menghilangkan kekudusan Tuhan. Di sinilah punca yang membawa kepada
faham kenisbian (relativeness) nilai lalu mana pada sesuatu nilai itu senantiasa
diubahsuai mengikut dorongan hawa nafsu.
Alangkah baiknya jika pelaksanaan nilai-nilai Islam dalam

pentadbiran kerajaan

sekarang dimulakan atas kesedaran untuk mengembalikan manusia kepada prinsip taklif
yang benar-benar menepati fitrah kemanusiaan yang meliputi dua aspek amanah yakni
amanah sebagai hamba Allah yang setiap detik wajib mengenal dan mengiktiraf
kewujudan-Nya dalam setiap sudut kehidupan dalam konteks menthabitkan tawhid
rububiyyah, dan amanah sebagai khalifah-Nya yang berperanan memakmurkan serta
membangunkan kehidupan dunyawi ini menurut ketetapan Illahi iaitu dalam konteks
menthabitkan tawhid uluhiyyah.
Kedua, adakah kita telah melakukan usaha yang bersungguh-sungguh bagi menyisihkan
(dewesternization) gagasan pemikiran Barat yang berteraskan Sekularisme yang
mendominasi disiplin pengurusan. Adakah kita sudah cukup peka dan memahami setiap
andaian (presupposition) yang dipakai oleh Barat dalam membentuk pelbagai teori

23

pengurusan. Adakah kita sudah cukup sedar tentang akibat akhir yang bakal merundung
kehidupan kita ekoran daripada
sikap kita yang membuta tuli mengikut apa saja pemikiran yang dilambakkan oleh Barat
yang membuaikan kita dengan dendangan lagu kejayaan yang mengalpakan yang
muziknya dimainkan oleh pemusik-pemusik palsu.
Tidakkah kita mahu mengambil itibar daripada peristiwa yang menimpa Sayyidina
Adam alaihi al-salam yang dipesonakan dan dialpakan oleh syaitan tentang buah pohon
khuldi yang jika dikecapi konon-kononnya dapat mengekalkan kehidupan baginda di
shurga, atau tidakkah kita sudah cukup diperingatkan oleh Rasulullah sallahhu alaihi wa
sallam tentang bahana lubang biawak yang kononnya dapat menyelamatkan dan
membebaskan kehidupan kita tetapi sebenarnya bakal menggelapkan kalbu diri dan
membebalkan akal-budi.
Perlulah kita perhati dengan bersungguh-sungguh bahawa organisasi yang semata-mata
digerakkan berteraskan falsafah pengurusan Barat sebenarnya tidak berupaya
menzahirkan manusia sebenar yang benar-benar faham tentang mana dan hakikat insan
sebaliknya hanya berupaya membanyakkan manusia sekular, manusia politik atau
manusia ekonomi yang lalai bertafakkur tentang asal-usulnya, hakikat kejadiannya,
amanahnya di atas dunia ini, kedudukannya yang mulia sebagai makhluk pilihan,
keaiban dirinya, hakikat amalnya, dan kesudahan hidupnya. Organisasi yang sebegini
hanya membayangkan siyasah akliah-hayawaniyyah yang senantiasa dikepungi
kejahilan zann, shakk, dan
wahm yang semakin meneguhkan penjara jiwa manusia yang berada dalamnya: mereka
merasakan sudah cukup mengenali dunia tetapi sebenarnya mereka semakin diperdaya
dan dimudaratkan oleh kehidupannya. Inilah akibat hati yang menjadi kerajaan di dalam
tubuh itu tidak dijaga sebaliknya nafsu diangkat menjadi raja hinggakan agama tidak
dapat dipegang sebaik-baiknya. Inilah api
yang terselindung di dalam sekam pengurusan Barat yang begitu hedonistik matlamatnya
sehingga membuat hati pengamalnya menjadi keras dan terpadam cahayanya, lupa

24

daratan kerana asyik bergelumang dengan prinsip-prinsip pengurusan yang penuh


khurafat, shubahah dan haram, cetek akal, dan hilang semangat pengabdian.
Ketiga, adakah dalam akal kita telah tertunjang pandang alam Islam yang sempurna
sebagai landasan bagi melaksanakan Islamisasi dalam erti kata membebaskan diri
daripada tradisi tahyul, mitos, animis, kebangsaan dan kebudayaan, dan selepas itu
membebaskan akal dan bahasa daripada pengaruh sekularisme lalu kembali kepada
kejadian asalnya yakni kepada fitrah, atau adakah kehidupan kita semakin suram
diselubungi dengan prinsip dualisme, humanisme, dan tragedi yang menjadi inti pati
utama pengurusan Barat yang diwarisi oleh kita selama ini. Haruslah disedari bahawa
walaupun disiplin pengurusan Barat terkandung dalamnya aspek kebijaksanaan
jasmaniyyah
namun kekuatan tersebut tidak berupaya melahirkan kejayaan dalam konteks al-falah jika
disiplin tersebut tidak ditundukkan kepada al-Din.
Pembentukan pandang alam Islam dalam akal amatlah penting kerana ia kelak akan
berfungsi sebagai acuan yang dapat menampilkan perspektif yang jelas dalam setiap
tindak-tanduk yang kita lakukan khususnya dalam mengendalikan soal pengurusan.
Tanpa adanya pandang alam Islam, kita akan cenderung menuruti nafsu dalam setiap
pertimbangan dan keputusan serta sangat kurang
memeliharakan yang sia-sia. Akibatnya, hati akan menjadi buta hinggakan akhirat tidak
akan menjadi nyata. Lebih malang lagi, disiplin pengurusan pada masa kini banyak
mengajar kita supaya masyghul teramat pada dunia sehingga secara tidak sedar terlepas
pegang pada agama, lebih menjadikan kita jahil berbanding marifat, sering menyalah
suruh dan tegah Allah, tidak mengenali hakikat diri kerana asyik bergelumang dengan
cita-cita dunia yang mudarat, dan lupa akan akhirat lalu kepada Islam amatlah khianat.
Persoalan-persoalan yang dibangkitkan di atas perlulah dianggap sebagai cabaran yang
terpaksa dihadapi dalam konteks penggubalan disiplin pengurusan Islam kerana jawapan
kepada setiap persoalan tersebut akan dapat sekurang-kurangnya menzahirkan mana dan

25

maksud asasi tentang aspek pengurusan sebenar yang menepati prinsip dasar al-Din alIslam. Apa yang wajib dielakkan
ialah pengurusan itu janganlah ianya sampai ke peringkat pemujaan diri, akal dan nafsu
sebaliknya hendaklah ia dibataskan sebagai hiasan yang memancarkan lagi keindahan
sistem muamalah Islam dan pada masa yang sama, pelaksanaannya itu hendaklah
dipastikan sejajar dengan hakikat iman, Islam dan ihsan.

26

S-ar putea să vă placă și