Sunteți pe pagina 1din 16

KEBUDAYAAN MELAYU

1. Pengenalan
Setiap bangsa mempunyai bahasa dan budaya hidup yang tersendiri. Budaya ini muncul akibat
proses manusia menyesuaikan diri dengan persekitarannya. Manusia sebagai makhluk yang
dianugerahkan akal fikiran akan bertindak balas dengan persekitaran yang dihuninya. Dalam
proses penyesuaian inilah manusia akan menerbitkan gaay kehidupan yang bersesuaian
dengan tuntutan persekitaran. Kemudian gaya persekitaran tersebut diterjemahkan melalui
beberapa cara dan bentuk, sama ada dalam bentuk boleh dilihat dengan mata kasar atau yang
sebaliknya. Gaya kehidupan inilah yang disebut sebagai budaya. Budaya yang dapat dilihat
dengan mata kasar disebut sebagai budaya material, manakal budaya yang tidak dapat dicerap
disebut sebagai budaya bukan benda. Budaya akan sentiasa berubah mengikut peredaran
masa. Perubahan dan percampuran antara entiti budaya yng berbeza ini akan menyebabkan
berlakunya asimilasi, akulturasi dan akomodasi budaya. Sesungguhnya budaya yang diamalkan
dalam sesuatu kelompok masyarakat mempunyai ciri-ciri perbezaan antara satu sama lain.
Budaya masyarakat yang tinggal di selatan tanah air tidak sama dengan budaya kelompok
masyarakat yang tinggal di utara tanah ai disebabkan oleh faktor persekitaran yang berbeza.
Keragaman budaya inilah yang membezakan manusia sebagai makhluk ciptaan Tuhan yang
paling sempurna proses kejadiaannya.

1.1. Definisi dan Konsep Budaya


Pelbagai tafsiran telah diberi tentang budaya. Orang yang pertama memberi definisi budaya
ialah Edward Bernard Tylor (1871). menurut E.B. Tylor, budaya atau peradaban adalah suatu
kesatuan yang kompleks, mengandungi pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila,
undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan manusia sebagai anggota sesebuah
masyarakat ( Mohd taib Osman, 1988). Menurut Brown pula, kebudayaan diertikan sebagai
idea cultivation, yang bermaksud satu proses kehidupan yang diperolehi seseorang melalui
hubungan dengan orang lain, melalui benda-benda, buku-buku, karya seni, pengetahuan,
kemahiran, idea dan kepercayaan ( Radclif,1980).
Dari segi konsepnya, budaya bererti satu gelagat, kepercayaan, sikap, nilai dan idea yang
dikongsi bersama oleh setiap individu dalam satu-satu kumpulan. Fungsinya adalah
menyediakan cara semula jadi untuk ahli organisasi atau masyarakat melakukan sesuatu
1

perkara (Ember & Ember, 1993; Busher & saran, 1992). Pengkaji tempatan, Ahmad Fawzi dan
Abdul Rahman (1996) pula mentakrifkan "budaya" sebagai warisan sosial sesuatu masyarakat,
sistem idea, nilai kepercayaan, pengetahuan, norma dan adat yang dikongsi bersama oleh
semua orang dalam masyarakat. Seorang lagi tokoh budaya tempatan, iaitu Siti Zaiton Ismail
(2003) pula menyatakan bahawa budaya adalah merujuk kepada keseluruhan sistem dan gaya
hidup sesebuah masyarakat yang bertamadun.
Berdasarkan pendapat di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa budaya merupaka satu
proses perkembangan kelakuan, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesebuah
kelompok masyarakat. Denagan kata lain, budaya merujuk kepada cara hidup manusia yang
membawa kepada pembinaan tamadun sesebuah masyarakat yang diwarisi dan bersifat
dinamik.

1.3. Persiapan Untuk Merpetahankan Budaya Melayu Untuk Terus Diwarisi Generasi Masa
Hadapan.
1.3.1.

K e k a lk a n
m akanan
t r a d is io n a l
M e n g g a la k k
a n p a k a ia n
t r a d is io n a l

Ke
lu a
rg
a

C o n to h
d a r ip a d a
Ib u b a p a

K e k a lk a n
p e r m a in a n
t r a d is io n a l

1.3.2.

P e
ndi
d ik
an

A dakan
a k tiv iti
kebuday
aan
M e n g e k a lk a
n s u b je k
b u d a y a :s e j &
s iv ik

M e n itik
b e ra t
te n ta n g
kebudayaa
n

1.3.3.

M e m b in a
p u s a tp u s a t
K e b u d a y
Pa r ao ng r
a m
k e b u
d a y a
a n

K
e r
a j
a a
n

H a ri
k e b
u d a
y a a
n

K e m
p e n
k e b u
d a y a
a n

1.3.4.

M
d
i
M
t e
e
f od
a
p
i
T
e
a
r
e
v
s
y
e
n

e
a
l e
ni
n
t
l
i

M
e
d
i M
ae

i a
i n
t
e
r
n
e
t

I
k
l
a
n

1.3.5.

P e n g li
b a ta n
M a s y a
ra k a t
G a la k k a
n d a ri
s e t ia p
k e lu a r g a

M a
s y
a r
a k
a t

P
a
K
K
u

e ra n
n
e tu a
a m p
n g
5

P ro g r
a m
k e b u
d a y a
a n

1.3.6.

G e
ner
M e n e ru s k a a s i
n a k tiv iti
Y
kebudayaa
n

Rasa
ta n g
gu n
g ja w
ab

M e n ja d i
''r o le
m o d e l''

Soalan 2
6

Tubuhkan
p e rs a tu a n
K ebudaya
an

Amalan-amalan Yang Masih RelevanUntuk Dijadikan Sebagai Ikutan Dan


KebangganSehingga Kini
Di Negara kita terdapat pelbagai amalan-amalan yang masih relevan untuk diajadikan sebagai
ikutan dan kebanggaan sehingga masa kini .Antaranya ,dukun/bomoh ,pertunangan , pantang
larang dan pelbagai lagi .
1) Dukun /bomoh
Dukun atau bomoh ini serig dijadikan buah mulut pada orag melayu apabila seseorang individu
mengalami penyakit spiritual seperti dirasuk,santau dan sebagainya. Orang melayu juga sering
dikaitkan dengan amalan-amalan kepercayaan yang berbeza bergantung pada tempat Sebagai
contoh , bomoh . Bomoh atau dukun ini sering dikaitkan dengan spiritual atau merawat orang
yang sakit tetapi di diagnoskan tidak mempunyai apa-apa penyakit oleh doktor.Bergantung
pada sesetengah kawasan , masyarakat lebih percayakan bomoh yang dapat merawat pelbagai
penyakit zahir mahupun batin .Keberkesanan rawatan ini bergantung pada seseorang individu
yang mana secara fisiologinya mereka mungkin merasa lega atau sembuh selepas
mendapatkan rawatan daripada bomoh atau dukun ini .Amalan ini secara tidak langsung
memberi kesan kepada masyarakat melayu yang beragama islam kerana amalan ini
bercanggah dengan agama .

2) Pertunangan
Orang Melayu juga sering mengamalkan amalan atau adat sebelum berkhawin ..Contohnya
,amalan pertunangan yang di adakan bagi memberi masa atau tempoh bagi kedua-dua
pasangan untuk lebih mengenali sesama mereka .Terdapat beberapa adab merisik
bertunang.Sebagai contoh, bakal menantu harus juga dirisik. Adat ini juga dipanggil meninjau
atau menengok.Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati
oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya.Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu
dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik
latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa
serta pengetahuan agamanya. Kadang-kadang secara berjenaka kebolehan seseorang
memasak juga ditanya. Jika seorang perempuan itu diketahui sudah tidak dara lagi, nilai
hantaran belanja kahwinnya akan terjejas. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara

mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Sebelum datang biasanya jumlah
rombongan pihak lelaki akan ditetapkan dengan pihak wanita.
Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum
menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar
belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik serta mampu menyara wanita terbabit.
Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya
berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk
peminangan dan juga perkahwinan. Ada kalanya hantaran untuk perkahwinan juga
ditetapkan.Ada sesetengahnya juga membawa beberapa dulang hantaran.Merisik ini biasanya
dilakukan oleh mereka yang berasal dari utara Semenanjung.Sesetengah pihak menganggap
upacara ini tidak perlu diadakan kerana kadangkalanya pasangan telah keluar bertahun-tahun
dan amat dikenali oleh ibubapa masing-masing. Oleh sebab itu adat merisik jarang dilakukan
lagi, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan
masa.Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan
menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Urusan peminangan akan
dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan
mereka yang sebenarnya secara rasmi. Jika tidak dibincangkan di majlis merisik atau majlis
merisik tidak dilakukan, hantaran, tarikh dan jumlah rombongan yang akan datang untuk
upacara akad nikah akan dibincangkan.
Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara
bertunang. Pada hari tersebut, majlis kenduri/jamuan ringkas akan diadakan bersempena
pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih
atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga
rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada
pihak perempuan

Akan tetapi ,orang-orang lama sering berkata hubungan atau status pertunangan ini memberi
impak yang mendalam seperti pasangan tersebut akan naik seri yang mana orang-orang luar
akan terpikat dengan salah seorang pasangan ini yang boleh memporak perandakan hubungan
pasangan tersebut.Tambahan pula , amalan pertunangan ini memberi kesan masa yang lama
untuk pasangan ini untuk membina masjid sedangkan perkara yang baik harus dipercepatkan

3) Bersanding/Perkhawinan/Akad Nikah
Bersanding bermaksud duduk bersebelah-sebelahan di satu tempat yang istimewa.Amalan ini
dianggap sebagai kemuncak majlis perkahwinan dalam adat resam kahwin Melayu.
(Wikipedia).Orang Melayu juga sering mengamalkan amalan atau adat sebelum berkhawin
..Contohnya ,amalan pertunangan yang di adakan bagi memberi masa atau tempoh bagi
kedua-dua pasangan untuk lebih mengenali sesama mereka . Akan tetapi ,orang-orang lama
sering berkata hubungan atau status pertunangan ini memberi impak yang mendalam seperti
pasangan tersebut akan naik seri yang mana orang-orang luar akan terpikat dengan salah
seorang pasangan ini yang boleh memporak perandakan hubungan pasangan
tersebut.Tambahan pula , amalan pertunangan ini memberi kesan masa yang lama untuk
pasangan ini untuk membina masjid sedangkan perkara yang baik harus dipercepatkan .

Hari langsung atau hari bensanding merupakan kemuncak istiadat perkahwinan.Pada hari inilah
pengantin digelar 'raja sehari'. Sebelum sampai waktu bersanding, pengantin lelaki dan
perempuan akan dijaga dengan ketat. Sebelum persandingan berlangsung beberapa perkara
akan dilalui pengantin. Di sesetengah tempat, kedua-dua pengantin diandam manakala di
sesetengah tempat hanya pengantin perempuan sahaja diandam.Pada waktu pagi, sebelum
bersanding, pengantin perempuan akan bersalin-salin pakaian. Bermacam-macam fesyen
pakaian digayakan kemudian dibawa duduk di atas pelamin.Antara jenis pakaian yang sering
dikenakan ialah pakaian Minangkabau, Sari, Ceongsam, Cik Siti Wan Kembang dan lain-lain
lagi.Semasa bersanding pula, pelbagai bentuk sumbangan diberikan daripada bahan makanan
hinggalah sumbangan tenaga seperti mendirikan bangsal, penanggah dan mendirikan khemah.
Jika sumbangan itu besar, ibu bapa pengantin perempuan akan diberitahu awal-awal lagi, untuk
membuat anggaran sumbangan bunga telur. Kalau sumbangannya berjumlah 1000, manakala
jemputan 1500, tuan rumah akan menyediakan 500 bunga telur sahaja. Ini supaya tidak
membazir.Selain daripada sumbangan ini, ada sejenis sumbangan lagi yang diberi ketika
bersalam kepada ibu bapa pengantin.Adat ini disebut 'salam berisi'. Mengikut adat ini, selalunya
jumlah keseluruhan sumbangan salam berisi mencukupi atau sekurang-kurangnya dapat
menampung perbelanjaan untuk majlis hari langsung.
Adat ini harus dipuji kerana ia membantu mengelakkan ibu bapa si gadis daripada bergadaibergolok semata-mata untuk mengadakan majlis perkahwinan anak mereka. Suatu perkara
yang menarik, kaum wanita yang menuju ke rumah pengantin perempuan akan membawa
bekas beri gula, tepung, beras pulut dan sebagainya. Sebagai balasan bekas-bekas itu
9

akandiisikan dengan pulut kuning atau apa sahaja makanan yang ada sewaktu hari langsung.
Adat memberi sumbangan ini juga diamalkan di negeri-negeri yang kebanyakan masyarakatya
adalah orang Jawa atau orang Minangkabau seperti di Negeri Sembilan, Johor dan negerinegeri lain.
Selepas mempelai ditabur 'beras kunyit', kedua-dua mempelai akan didudukkan di atas kerusi
berhadapan dengan khemah tetamu. Jadi semua orang yang hadir akan dapat menyaksikan
mempelai yang berpakaian baju melayu songket.
Kerusi pengantin hanyalah kerusi tetamu sahaja tetapi di alas dengan 'kain batik lepas'.Keduadua kerusi ini diletak atas tikar yang lebar.Sekeping tikar lagi diletakkan sebelah
hadapan.Sejambak bunga telur diletakkan hadapan mempelai. Bunga telur akan dihadiahkan
kepada mereka yang sudi mempersembahkan silat pulut.
Silat pulut ialah istilah umum yang dipersembahkan semasa majlis persandingan di luar
rumah.Orang sekampung mungkin belajar Silat Pedang iaitu ilmu pertempuran menggunakan
senjata.Tetapi semasa majlis persandingan, 'ilmu pertempuran' tidak dipersembahkan kecuali
yang ringkas dan mudah sahaja.

4) Pantang Larang Kelahiran


Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami
isteri.Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah dipercayai setiap
anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran itu perlu
disyukuri.Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat
tertentu yang diwarisi sejak turun temurun.Ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung,
bersalin dan selepas lahir.
A. Melenggang Perut (Sewaktu Mengandung)
Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung
Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada
wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau
lapan bulan.Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang

10

mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di
dalam perut.
Peralatan untuk upacara ini termasuk :

Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan


Segantang beras
Sebiji kelapa
Beberapa urat benang mentah
Damar
Minyak kelapa atau minyak urut
Lilin
Tepak sirih yang lengkap isinya
Pengeras sebanyak RM1.25

Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita hamil
tadi. Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur.
Seterusnya adat mandi sintuk limau dan air buyung dilakukan.Sebiji telur diselitkan di kain
basahan iaitu di bahagian perutnya dan sebuah cermin kecil dibawa bersama.Wanita itu
didudukkan di atas kerusi di mana pada kaki kerusi itu ditambat seekor ayam. Kemudian air
buyung dijiruskan ke badannya manakala telur tadi dilepaskan atau dijatuhkan dengan
kepercayaan ia akan memudahkan wanita tadi bersalin.
Setelah membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan anak yang bakal
lahir nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu selesai bidan akan
membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atas sehelai yang lain.
Ibu yang hamil dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut. Bidan akan mengurut ibu yang
hamil dengan menggunakan minyak kelapa atau minyak urut. Bidan mengambil buah kelapa
yang telah dibersihkan lalu menggulingkannya perlahan-lahan di atas perut terus ke hujung
kakinya sebanyak tujuh kali.Adalah dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek dengan
matanya ke atas, anak yang dikandungnya adalah lelaki dan perempuan jika sebaliknya.
Akhirnya bidan akan melenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut wanita hamil itu.
Mengikut adatnya, kain yang di bawah sekali diberikan kepada bidan beserta dengan peralatan
upacara tadi. Lazimnya pada hari tersebut, kenduri doa selamat akan diadakan dan ibu yang
menjalani upacara ini dipakaikan dengan pakaian baru. Adalah dipercayai adat ini mengandungi
unsur-unsur budaya Hindu.
11

B. Sewaktu Bersalin
Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga berkenaan.
Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari.Tetapi
adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas bulan yang
dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan
digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam
rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Di
samping itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan semasa menyambut kelahiran
ini.
C.Potong Tali Pusat
Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah lalu
disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong dengan
menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. Di
sesetengah tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Baki tali pusat di perut bayi
akan dibubuh kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih yang telah dilayukan di atas
bara api sehinggalah tali pusat itu tanggal sendiri.

D. Azan/Qamat
Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya manakala bayi
perempuan akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan melakukan
upacara ini. Ia bukanlah satu adat, sebaliknya lebih merupakan amalan berunsur keagamaan.

E. Membelah/Mulut

12

Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia juga terdapat dalam agama
Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat demikian. Upacara bermula dengan
membacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas.Ia diikuti dengan langkah mencecap atau
merasakan sedikit air madu atau kurma dan ada juga yang menggunakan emas yang
dicelupkan ke dalam air pinang pada mulut bayi yang baru lahir tersebut. Sewaktu menjalankan
upacara ini, jampi mentera dibacakan.Namun demikian, adat ini sudah tidak diamalkan lagi oleh
masyarakat Melayu hari ini.
F. Berpantang
Dalam masyarakat Melayu, wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa berpantang yang
bermaksud larangan. Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang, mereka akan mengalami
bentan atau sakit sampingan. Tempoh berpantang lazimnya berlangsung selama empat puluh
empat hari dikira dari hari mula bersalin dan ada juga yang berpantang selama seratus hari.
G.Tempoh Berpantang
Dalam tempoh ini wanita tersebut dilarang dari makan sebarang makanan mengikut
kehendaknya atau berbuat apa-apa kerja yang memerlukan banyak pergerakan. Antara
makanan yang dilarang keras ialah yang boleh mengakibatkan kegatalan di seluruh anggota
badan seperti udang, kerang, ketam dan ikan pari serta memakan ikan yang mempunyai
sengat seperti ikan keli, sembilang dan baung kerana ia boleh menyebabkan bisa-bisa pada
badan. Sebaliknya mereka digalakkan memakan nasi dengan ikan haruan yang dibakar,
direbus dan dibenarkan minum air suam atau susu.
H. Bertungku
Selama berpantang mereka diberi makan ubat-ubat tradisi dan bertungku.Bertungku dipercayai
dapat membantu perut wanita bersalin kembali normal. Biasanya tungku diperbuat dari batu
yang dipanaskan di atas bara. Kemudian tungku itu dibalut dengan kain yang di lapik dengan
beberapa helai daun yang tebal seperti daun lengkuas yang dipercayai dapat mengimbangi
kepanasan tungku di samping berfungsi sebagai ubat.
Tungku kan dituam pada bahagian perut dan bahagian lain bertujuan untuk mengatasi masalah
kesakitan selepas bersalin. Selesai bertungku, si ibu akan menyapu perutnya dengan air limau
yang dicampur dengan kapur sebelum memakai bengkung. Amalan berbengkung ini bertujuan
13

untuk mengatasi perut buncit atau pinggul yang turun selepas bersalin di samping memberi
keselesaan kepada wanita selepas bersalin.

I. Selepas lahir
Selepas kelahiran terdapat beberapa adat tertentu yang dijalankan.
1)Tanggal Pusat/Cuci Lantai
Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu. Pada ketika itu,
adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai kerana
selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur di samping
ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis.
Bahan-bahan yang digunakan untuk adat cuci lantai :

Nasi kunyit dan lauk-lauk


Seekor ayam hidup
Paku, buah keras, asam, garam dan sirih pinang
Hadiah untuk bidan sepersalinan

Kenduri doa selamat akan diadakan pada permulaan adat ini. Selepas itu bidan akan
memulakan jampi serapahnya sambil memegang ayam dengan cara mengais-ngaiskan kaki
ayam ke atas lantai tempat wanita itu bersalin. Seterusnya lantai itu akan dibersihkan. Mak
bidan akan menjalankan keseluruhan upacara ini. Sebelum itu, si ibu dan si bayi akan
dimandikan, diurut dan dibedak. Selesai upacara tersebut, bahan yang digunakan tadi beserta
sedikit wang akan dihadiahkan kepada bidan tersebut.

J. Memberi Nama
Mengikut ajaran Islam, adalah sunat memberi nama yang mempunyai maksud yang baik
kepada bayi. Kebiasaannya jika bayi itu lelaki, nama akan diberi mengikut nama para nabi
manakala untuk bayi perempuan, nama isteri-isteri atau anak-anak nabi akan dipilih.
14

K. Cukur Rambut/ Potong Jambul


Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong jambul.
Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut.
Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan :

Sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar,beras

kunyit dan bertih.


Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku
seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk.
Kemudian kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil. Biasanya kelapa itu dihias,
umpamanya dengan melilitkan rantai emas atau perak di kelillingnya.

L. JejakTanah/TurunTanah

Di sesetengah tempat, adat ini juga dipanggil adat memijak tanah.Ia sebagai meraikan anak
yang baru pandai berjalan. Turun tanah bermakna seorang anak kecil dilepaskan untuk
memijak tanah sebagai lambang meneruskan kehidupannya. Adat ini dijalankan secara
berbeza-beza dari satu tempat dengan tempat yang lain baik dari segi cara mahupun barangan
yang digunakan.
Lazimnya kenduri doa selamat diadakan untuk mengiringi upacara ini. Selepas kenduri
selesai, tikar dibentang di hadapan tangga sebagai alas kanak-kanak berkenaan berjalan.Di
atas tikar disediakan beberapa dulang yang berisi pelbagai jenis barang, termasuk makanan
dan minuman. Antara barangan yang diletakkan di dalam dulang itu ialah cermin, sikat, jam
tangan, gelang, cincin, rantai, bedak, kain, kasut, gunting, bubur, air sejuk dan wang. Lazimnya
jumlah barangan yang diletakkan adalah ganjil. Kanak-kanak tersebut akan dibiarkan bergerak
memilih barang tersebut dan dihadkan mengambil tiga barangan sahaja.
Menurut kepercayaan orang Melayu juga, adat ini dilakukan untuk meramal masa depan kanakkanak itu berdasarkan barangan yang diambil. Umpamanya jika kanak-kanak itu mengambil
gunting, kelak dia kuat bekerja atau pandai membuat kerja tangan. Adat ini jug boleh dilakukan
secara sederhana iaitu dengan memijakkan kaki kanak-kanak itu ke piring-piring kecil yang
15

berisi dengan padi, beras, tanah dan beberapa jenis daun yang telah dijampi oleh mak bidan.
Seterusnya bayi itu dijejakkan ke tanah dan doa dibaca.

Bibliografi

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/5669-warisan-budaya.html

16

S-ar putea să vă placă și