Sunteți pe pagina 1din 17

AMALAN

KESELAMATAN
BENGKEL

PROGRAM KESELAMATAN
BENGKEL
Sebagai pendidik kita perlu menekankan
tentang amlan keselamatan bengkel kepada
pelajar.

MERANCANG PROGRAM KESELAMATAN BENGKEL

a.) MENETAPKAN OBJEKTIF


PROGRAM
i. Memastikan keadaan bengkel
yang selamat untuk pelajar
bekerja.
ii.Menerapkan dalam diri pelajar
pengetahuan disamping
membentuk sikap dan juga rasa
hormat kepada prinsip-prinsip
pencegahan kemalangan sebagai

b.) KANDUNGAN PROGRAM KESELAMATAN


Kenyataan falsafah program iaitu satu pernyataan
yang menyebut kepentingan program keselamatan
yang berkesan.
Arahan keselamatan yg merangkumi semua aspek
keselamatan termasuk keselamatan persekitaran
sekolah dan bengkel dan juga maklumat terperinci
berkaitan penggunaan peralatan dan
penyelenggaraan.
Program pemeriksaan keselamatan sbg langkah
pencegahan kemalangan, termasuk laporan
pemeriksaan yg dilaporkan oleh guru, pelajar,
pentadbir atau mereka yg bertanggungjawab utk
menilai keselamatan bengkel.

Jawatankuasa keselamatan bengkel


sekolah yang juga melibatkan pelajar.
Jawatankuasa membuat cadangan dan
keputusan berkaitan keselamatan.
Rancangan tindakan segera iaitu
prosedur terperinci yg perlu dipatuhi
oleh setiap individu sekiranya berlaku
kecemasan spt kecederaan,kebakaran
dll.
Kempen kesedaran keselamatan
supaya semua warga sekolah sentiasa
brewaspada dgn keselamatan , adakan
aktiviti spt pertandingan,memasang
poster,menyediakan papan buletin dan
peti cadangan.

Program Keselamatan Secara


Pendekatan Sistem.
Menurut V. William DeLuca danW. James
Haynie,iii(1989) , pengaplikasian teori sistem dan
teknologi kawalan merupakan satu perubahan yang
amat signifikan dalam teknologi moden.
Teori sistem memperakui kesan komponen atau subsistem ke atas prestasi keseluruhan sistem, kerana
setiap sub- sistem memainkan peranan yang
menyumbang kepada operasi keseluruhan sistem.
Sebenarnya wujud hubungan yang interaktif antara
semua sub - sistem. Sekiranya satu sub- sistem gagal
berfungsi dengan baik, maka keseluruhan sistem akan
gagal. Untuk memaksimumkan keberkesanan
sesebuah sistem, kawalan perlu diwujudkan untuk
mengoptimumkankeberkesanan setiap sub- sistem.

Pemantauan proses keselamatan dilakukan melalui


lingkaran - lingkaran maklum balas, dan keputusan
yang dibuat harus mengoptimumkan fungsi setiap subsistem di samping mengambil kira kesan keseluruhan. ke
atas sistem. Sesebuah sistem keselamatan mesti direka
bentuk supaya boleh meminimumkan kecederaan.
Komponen-komponen dalam sistem pula harus
merangkumi faktor-faktor dalam persekitaran yang
berpotensi untuk menyebabkan kecederaaan.Bagi
memudahkan kita untuk memahami program
keselamatan secara pendekatan ini, maka Model Sistem
Keselamatan yang telah dibentuk oleh DeLuca dan
Haynie(1989) dijadikan contoh.
Model yang dibentuk untuk bengkel Pendidikan
Teknologi adalah seperti dalam Rajah c.

Persekitaran (environment)

Program Pendidikan Teknologi terdiri daripada empat


bidang atau sistem teknologi iaitu pembuatan,
pembinaan, komunikasi dan pengangkutan.
Persekitaran merangkumi kemudahan - kemudahan
fizikal yang wujud dalam setiap bengkel program
tersebut. Walaupun terdapat banyakperalatan yang
sama, namun setiap bengkel memiliki keunikan
tersendiri yangmembezakan antara bengkel-bengkel
tersebut. Antara faktor-faktor yangmempengaruhi
keselamatan sesebuah bengkel adalah
pengcahayaan,kebisingan, suhu, zon keselamatan dan
kod warna, penyimpanan, prosedurpencegahan

Manusia (human factor)

Tahap pembangunan seseorang pelajar akan menentukan


keadaan keselamatan sesebuah bengkel.Semua pelajar
mesti memiliki pengetahuan mengenai peraturan dan
prosedur keselamatan (domain kognitif), dan memiliki
sikap dan nilai yang diperlukan untuk mengaplikasikan
pengetahuan tersebut (domain afektif). Tahap kemahiran
pelajar akan memastikan aktiviti-aktiviti dilakukan
dengan selamat (domain psikomotor).
Walau bagaimanapun, guru memainkan peranan penting
dan bertanggungjawab untuk merancang,mengawal dan
mewujudkan suasana selamat dalam bengkel.
Faktorutama yang menyebabkan kecederaan adalah
perlakuan manusia yang tidak mematuhi arahan-arahan

Peralatan dan Kelengkapan (tools &


equipment)
Semua peralatan dan kelengkapan bengkel dibentuk
untuk memudahkan dan membantu manusia membuat
kerja-kerja amali dan menggunakan bahan-bahan
seperti kayu,logam atau plastik. Namun, peralatanperalatan ini boleh membawa bahaya dan
menyebabkan kecederaan jika tidak digunakan dengan
betul, maka peralatan dan kelengkapan turut menjadi
fokus keselamatan dalam bengkel. Antara peralatan
yang membawa bahaya adalah peralatan tangan
manual, peralatan tangan berkuasa elektrik/ motor

Proses (processes)
Penggunaan peralatan melibatkan pelbagai proses
atau prosedur penggunaannya yang memiliki bahaya
tersendiri. Makapelajar mesti diajar dan belajar
melaksanakan sesuatu proses dengan betul untuk
menghindari kecederaan.
Bahan-bahan (materials)
Terdapat banyak bahan-bahan dalambengkel apabila
tidak diselenggara dengan betul, akan membawa
kesankumulatif yang boleh menyebabkan penyakit
berbahaya. Oleh itu, bahan-bahan yang digunakan
mestilah diselenggara dan disimpan
dengansempurna. Pembuangan sisa bahan pula harus

Pengaruh Luar (outside influences)


Sama seperti pihak industri, dalam pendidikan teknologi ,
keselamatan, turut dipengaruhi oleh polisi- polisi daerah dan
kebangsaan. Pengaruh luar merangkumi pengaruh agensiagensi awam, pentadbiran sekolah dan juga masyarakat

Maklumbalas(feedback)
Kaedah mengajar dan aktiviti-aktiviti pengajaran adalah
bahagian penting bagi komponen maklum balas
dalamsistem keselamatan ini. Enam komponen,pertama
dalam sistem ini mewujudkan wadah kandungan bagi
merancang sistem. komponen maklumbalas
mengintegrasikan, kandungan ke dalam sistem,
pengajaran berasaskan aktiviti yang melibatkan pelajar
dalam merancang dan mengekalkan sistem keselamatan

Di dalam setiap komponen terdapat faktor-faktor


yang boleh menjadi punca kepada kemalangan. Dalam
program ini, guru dan pelajar bersama-sama harus
dapat mengenalpasti dan menilai faktor-faktor yang
bahaya. Seterusnya mewujudkan sistem maklum balas
untuk mengawal sistem keselamatan bengkel

Faedah Amalan Keselamatan


i.Dapat membendung dan mencegah risiko kemalangan,
keracunan dan penyakit pekerjaan yang boleh menyebabkan
gangguan pada kesihatan, kecederaan malah kematian.
ii.Mengelakkan kerugian akibat kerosakan dan kemusnahan
harta benda.
iii.Pekerjaan dapat dilakukan dengan tekun, efisien dan
produktif.
iv.Produk dan perkhidmatan berkualiti dapat dihasilkan.
v.Industri dapat beroperasi secara berterusan tanpa
gangguan.
vi.Produktiviti boleh ditingkatkan.

TANGGUNGJAWAB GURU BENGKEL


A. PERLAKSANAAN OBJEKTIF KESELAMATAN
. Menanam rasa tanggungjawab menjaga keselamatan diri, orang lain
dan harta benda.
. Membantu pelajar memahami kaedah yang selamat untuk bertindak.
. Membantu pelajar membiasakan diri dengan keadaan yangboleh
merbahayakan
. Membantu pelajar belajar mengenai amalan keselamatan bagi
aktiviti seharian.
. Menggalakkan pelajar menyertai program keselamatan.
B. MERANCANG PENGAJARAN KESELAMATAN.
. Baca dan fahami kandungan arahan keselamatan yang hendak
disampaikan kepada pelajar.
. Pastikan langkah keselamatan am bengkel ditetapkan.
. Tetapkan langkah keselamatan yg spesifik utk setiap bengkel
. Merancang arahan dan tunjukcara supaya cara kerja yng betul
ditunjukkan kpd pelajar.
. Membuat salinan arahan keselamatan supaya boleh digunakan oleh
pelajar utk mengulangkaji
. Edarkan arahan keselamatan kepada semua pelajar baru.

C.

PENYEDIAAN ARAHAN KESELAMATAN


Langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kemalangan.
Tunjuk cara penggunaan alatan perlindungan diri dengan betul.
Penyelenggaraan peralatan bengkel, mesin dan lain-lain kelengkapan.
Kaedah yang selamat untuk mengangkat dan memindahkan
kelengkapan yang berat
Peraturan keselamatan bengkel yang ditandatangani oleh semua
pelajar menandakan pelajar memahami.
Alat bantuan mengajar yang menunjukkan penggunaan mesin atau
peralatan yang betul.
Menyediakan papan buletin , poster atau peti cadangan untuk
kegunaan pelajar
Memberi salinan rancangan keselamatan bengkel kepada
pengetua/guru besar utk makluman.

D. PERLAKSANAAN PERATURAN KESELAMATAN.


kemalangan boleh dielakkan jika peraturan dipatuhi.
Guru bertanggungjawab utk melaksanakan peraturan yang telah
dibuat , dan menujukkan contoh teladan yang baik untuk
melaksanakan peraturan keselamatan bengkel.
E. PENILAIAN PENGAJARAN KESELAMATAN
Penilaian pengajaran keselamatan boleh dilaksanakan dalam
bentuk bertulis dan praktis.
Peraturan membolehkan guru:
Guru mengetahui keberkesanan dirinya menyampaikan
maklumat mengenai keselamatan.
Pelajar memahami semua aspek keselamatan dan dapat
bertindak membetulkan kesalahan atau kesilapan diri.
Keputusan penilaian dijadikan laporan bertulis bahawa guru
telah mengajar keselamatan kepada pelajar dan dijadikan
bahan bukit sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan.

S-ar putea să vă placă și