Sunteți pe pagina 1din 15

PENDAHULUAN

Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan
kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara
kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Di
harapkan langkah mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP akan
dapat menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan peringkat antarabangsa
terutama dalam pentaksiran Programme for International Student Assessment (PISA)
dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) yang dinyatakan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015.

2.0

KONSEP & TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan melibatkan
merujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa,
menilai dan mencipta.

KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logical,
pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau
maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai
bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.
Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas
dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri.
Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai
bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya
pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di kalangan murid.

KBAT ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan
kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur
pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih

produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan
memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti.

Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka peranan guru
sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Sebenarnya
kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah didedahkan tentang
konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan perguruan di maktab atau
universiti suatu ketika dahulu. Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan keupayaan
kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid dalam
pengajaran mereka. Antara cara berkesan yang boleh dilakukan untuk menerapkan KBAT
dalam PdP ialah dengan mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan KBAT semasa
proses PdP dijalankan. Soalan dikemukakan adalah soalan yang membolehkan murid untuk
mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada sekadar
menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah dipelajari.

4.2

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Di Dalam Bilik Darjah


Definisi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi telah dijelaskan sebelum ini. Walau

bagaimanapun, definisi ini telah menimbulkan pelbagai masalah operasi di dalam bilik darjah.
Sememangnya sukar bagi menentukan samada seseorang itu terlibat dalam proses KBAT atau
tidak. Guruguru yang berinteraksi dengan pelajar pada satu-satu masa mempunyai ruang
yang amat terhad untuk menganalisis daya pemikiran mereka. Oleh itu, guru harus membuat
andaian tentang pengetahuan sedia ada dan bagaimana cara kumpulan pelajar itu berfikir.
Kepentingan definisi kemahiran berfikir perlu diambil berat oleh guru-guru
berlandaskan kepada dua sebab. Pertama, untuk mengenalpasti kemahiran yang telah diajar
atau dipelajari di dalam bilik darjah samada kemahiran kritikal, kemahiran kreatif atau
kemahiran analitikal. Hal ini perlu diteliti kerana kemahiran ini amat jarang digunakan
terutamanya kategori yang tipikal. Biasanya aktiviti-aktiviti yang disediakan atau kemahiran
yang diajar adalah lebih daripada satu kategori. Misalnya, bila pelajarpelajar diminta

mencari bukti terhadap pernyataan yang mereka buat, pelajar-pelajar ini mungkin mendalami
pernyataan tersebut dengan menggunakan kemahiran analitikal yang mana mereka mungkin
juga memecahkan pernyataan itu kepada komponen-komponen yang lebih kecil. Setelah itu,
barulah mereka menguji komponen-komponen tersebut dan menentukan hubungan antara
komponen-komponen kecil itu secara keseluruhannya. Pada masa yang sama juga mungkin
pelajar-pelajar ini menggunakan kemahiran sintesis yang mana mereka perlu menggabung
idea- idea atau bahan -bahan bagi mencipta sesuatu yang baru.
Kedua, KBAT digunakan untuk merealisasikan usaha-usaha untuk mengajar
kemahiran seseorang berfikir. Dalam erti kata lain, soalan yang dikemukakan adalah dalam
bentuk kemahiran kritikal, kreatif, analitikal, logik atau dalam bentuk penaakulan di dalam
bilik darjah. Walau bagaimanapun, didapati hal ini kurang diberi penekanan terhadap
kemahiran berfikir yang spesifik untuk diajar di dalam bilik darjah. Namun, kebanyakan
program adalah bertujuan untuk membangunkan cara pelajar berfikir supaya pemikiran
berlaku secara analitikal dan logikal. Walau bagaimanapun, masih terdapat perbezaan
pendapat mengenai hal ini dan kepelbagaian ini berlaku di merata tempat. Berdasarkan
kepada situasi tersebut, harus diwujudkan satu definisi yang lebih meluas berkenaan dengan
kemahiran berfikir yang digunakan di dalam bilik darjah.
Para bijak pandai ada mencadangkan supaya tidak terlalu risau dengan istilah-istilah
yang digunakan di dalam kemahiran berfikir. Dalam hal pengajaran KBAT di dalam bilik
darjah, adalah penting bagi guru-guru untuk mengetahui teori-teori yang menjurus kepada
pembangunan berfikir, pendekatan, strategi-strategi, teknik-teknik dan alat-alat untuk berfikir.
Kesemua ini harus digunakan secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Tidak ada
mana-mana strategi yang boleh dianggap terbaik kerana pengajaran dan pembelajaran adalah
pelbagai. Gabungan pelbagai aspek yang dinyatakan di dalam buku ini boleh digunakan
sebaik mungkin keran ia boleh menghasilkan keputusan yang terbaik. Pada masa akan datang
guru-guru juga perlu menggunakan kreativiti masing-masing untuk memilih dan
menggunakan pendekatan, strategi, teknik atau alat berfikir yang sesuai bagi kegunaan di
dalam bilik darjah.

RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN KSSR TAHUN 4


Mata Pelajaran

: Pendidikan Kesihatan

Tarikh

Masa

: 11.45pg 12.15tgh ( 30 minit )

Tahun

: 4 Genius

Bil.Murid

: 30 orang

Tajuk

: Makanan berkhasiat, badan sihat

Sub tajuk

: Piramid Makanan

Standard pembelajaran

: 1.3.1 Melakar dan melabel Piramid Makanan Malaysia.

Hasil pembelajaran

: Pada akhir pengajaran ini, murid-murid dapat

Bahagian /

Aktiviti

Butiran mengajar

Masa
Permulaan

Menunjukkan gambar tunggal tentang makanan 1. Guru menunjukkan gambar makanan di Mala

( 5 minit )

di Malaysia.

2. Murid memberikan respon terhadap gambar.

3. Murid perlu menyatakan tentang makanan ter


Soalan :
1. Apa yang boleh kamu nyatakan pada gambar

Perkembangan

Menyenaraikan makanan berkhasiat dan tidak 1. Guru meminta untuk menyatakan makana
berkhasiat.

secara lisan.

2. Murid menyenaraikan makanan berkhasia

berkhasiat yang dipaparkan melalui LCD denga


guru.

Perkembangan

Menerangkan

tentang

piramid

Malaysia mengikut urutan yang betul.

makanan 1. Guru menunjukkan model piramid makanan M

2. Murid menyatakan makanan mengikut uruta


ditunjukkan kepada murid.

Kemuncak

Melakar dan melabelkan piramid makanan di 1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk
Malaysia.

melabelkan piramid makanan mengikut kreativi

2. Guru membimbing murid untuk melaksan


Penutup

yang diberikan.
Membentangkan dan merumuskan hasil yang 1. Murid membentangkan hasil kerja daripada
telah diperolehi.

didalam kumpulan.

2. Guru dan murid merumuskan tentang pembe


telah dipelajari.

LAMPIRAN
MODEL GAMBAR MAKANAN BERKHASIAT

LAMPIRAN
MODEL GAMBAR MAKANAN BERKHASIAT DAN TIDAK BERKHASIAT

LAMPIRAN
MODEL PIRAMID MAKANAN DI MALAYSIA

LEMBARAN KERJA
Lakarkan Piramid Makanan di Malaysia dan labelkan dengan betul mengikut tatatingkat yang
sesuai.

S-ar putea să vă placă și