Sunteți pe pagina 1din 8

DEFINISI

Hibah merupakan salah satu prinsip dalam muamalat Islam yang diamalkan
di institusi-institusi kewangan Islam. Hibah merupakan perkataan Arab yang berasal
daripada kata kerja wahaba yang

bermaksud pemberian tanpa balasan.

Perkataan hibah sebenarnya telah diterima pakai sebagai perkataan Melayu yang
dipinjam dari bahasa Arab. Dalam Kamus Dewan , hibah ditakrifkan sebagai
pemberian hak (harta) secara sukarela kepada orang lain dengan tujuan baik.
Menghibahkan bermaksud meberikan (pada masa si penghibah masih hidup). Hibah
pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh
seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada
masa hidupnya tanpa balasan (iwad )
Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta
daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan semasa hidup secara
sukarela, bukan mengharapkan pahala di akhirat dan memuliakan seseorang,
dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya.
Hibah bermaksud pemberian pemilikan sesuatu barang kepada seseorang
tanpa

sebarang balasan.1 Ia merupakan kontrak satu pihak (unilateral) dan

merupakan satu amal kebajikan. Pada asasnya, hukum hibah adalah sunat. Dalam
sistem kewangan Islam, institusi perbankan Islam lazimnya mengamalkan konsep
hibah untuk memberikan ganjaran kepada pendeposit wadi`ah dan qard. Terdapat
juga amalan pemberian hibah kepada pelanggan dalam kes-kes tertentu seperti
hibah kepada pelanggan yang membuat pembayaran mengikut jadual. Dalam
industri takaful pula, penggunaan konsep hibah terdapat dalam beberapa produk
takaful keluarga, iaitu peserta boleh menghibahkan manfaat takaful kepada penama
atau penerima hibah.

Hukum Hibah
1

Dari segi hukum, hibah adalah suatu amalan yang sunat dan digalakkan
dalam Islam terutama sekali kepada kaum keluarga terdekat. Amalan ini adalah
berdasarkan kepada al-Quran, al-Sunnah dan ijmak. Antara ayat al-Quran yang
menggalakkan amalan hibah ialah sebagaimana firman Allah S.W.T yang
bermaksud:
Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada
mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu
(sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya (Surah al Nisa ayat 4).
... dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak -anak
yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan
orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya
(Surah al-Baqarah ayat 177).

Rukun Hibah
Sesuatu akad hibah tidak akan terbentuk melainkan setelah memenuhi rukun
dan syarat seperti berikut:
1) Pemberi hibah (al-Wahib)
Pemberi hibah hendaklah seorang yang berkeahlian seperti sempurna
akal, baligh dan rushd. Pemberi hibah mestilah tuan punya barang yang
dihibahkan. Oleh kerana pemilik harta mempunyai kuasa penuh ke atas
hartanya, hibah boleh dibuat tanpa had kadar serta kepada sesiapa yang
disukainya termasuk kepada orang bukan Islam, asalkan maksudnya tidak
melanggar hukum syarak.

2) Penerima hibah (al-Mawhub lahu)

Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja asalkan dia


mempunyai keupayaan memiliki harta sama ada mukallaf atau bukan
mukallaf. Sekiranya penerima hibah bukan mukallaf seperti masih belum akil
baligh atau kurang upaya, hibah boleh diberikan kepada walinya atau
pemegang amanah bagi pihaknya. Penerima hibah mestilah menerima harta
yang

dihibahkan

dan

berkuasa

memegangnya.

Dengan

kata

lain,

penguasaan dan kawalan terhadap harta mestilah diberikan kepada penerima


hibah.

3) Barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub)


Barang atau harta yang hendak dihibahkan itu perlu memenuhi syarat-syarat
berikut:
a) Ia hendaklah barang atau harta yang halal.
b) Ia hendaklah sejenis barang atau harta mempunyai nilai di sisi syarak.
c) Barang atau harta itu milik pemberi hibah.
d) Ia boleh diserah milikkan.

e) Ia benar-benar wujud semasa dihibahkan. Contohnya, tidak sah hibah


barang yang belum ada seperti menghibahkan anak lembu yang masih
dalam kandungan atau hibah hasil padi tahun hadapan sedangkan
masih belum berbuah dan sebagainya.

f) Harta itu tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang tidak
boleh dipisahkan seperti pokok-pokok, tanaman dan bangunan yang
tidak termasuk tanah. Mengikut mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali,
hibah terhadap harta yang berkongsi yang tidak boleh dibahagikan
adalah sah hukumnya. Dalam Islam, barang yang masih bercagar

(seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan dari


penggadai atau peminjam.
4) Sighah iaitu ijab dan kabul
Sighah hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna
pemberian dan penerimaan hibah. Ia tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
a) Ada persambungan dan persamaan di antara ijab dan qabul.
b) Tidak dikenakan syarat-syarat tertentu.
c) Tidak disyaratkan dengan tempoh masa tertentu. Hibah yang disyaratkan
dengan tempoh tertentu seperti yang berlaku dalam al-ruqba adalah sah
hukumnya tetapi syarat tersebut adalah terbatal. Di antara contoh lafaz
ijab secara terang ( sarih) ialah seperti kata pemberi Aku berikan barang
ini kepadamu atau secara kinayah seperti kata pemberi Aku telah
menyerahkan hakmilik kepadamu atau Aku jadikan barang ini untukmu
. Sementara contoh lafaz qabul (penerimaan) pula ialah seperti aku
terima, aku redha dan sebagainya.

PELAKSANAAN PRINSIP HIBAH DALAM PRODUK KEWANGAN MASA KINI


Semua aktiviti kewangan Islam di Malaysia diselia secara berpusat oleh Majlis
Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (MPSBNM). Segala keputusan yang
dikeluarkan oleh MPSBNM akan mengikat institusi kewangan Islam. Hal ini
bermakna, amalan institusi kewangan tidak boleh menyalahi keputusan yang
dikeluarkan oleh MPSBNM. Dari sudut ini, Majlis Penasihat Syariah yang ditubuhkan
di institusi kewangan seperti bank hanya berfungsi untuk membantu dan sebagai
pelengkap kepada MPSBNM. Walau bagaimanapun, mereka dibenarkan untuk
mengeluarkan suatu keputusan baru yang belum pernah dikeluarkan oleh MPSBNM
dalam konteks operasi produk-produk syariah di institusi masing-masing. Perlu
ditekankan bahawa keputusan MPSBNM yang mengikat institusi-institusi lain adalah
keputusan dalam bentuk larangan dan ketidakpatuhan sesuatu struktur atau produk

terhadap kehendak syarak. Sebaliknya, keputusan yang berupa kebenaran dan


keharusan terhadap sesuatu struktur mengikut prinsip syarak tidaklah mengikat
institusi kewangan untuk mengguna pakai keputusan tersebut dalam produk mereka.
Secara umumnya, pelaksanaan hibah bukanlah satu prinsip utama dalam
pembinaan produk-produk kewangan Islam. Prinsip atau kontrak yang dianggap
sebagai prinsip utama dalam membentuk produk perbankan Islam adalah seperti
kontrak-kontrak jual beli, sewaan, gadaian, syarikat, perkongsian untung rugi dan
simpanan (Abdul Halim el-Muhammady 2005 : 89).

PELAKSANAAN HIBAH DALAM TAKAFUL


Hibah merupakan salah satu konsep Syariah yang digunakan dalam produkproduk takaful dan diamalkan oleh syarikat takaful dalam kebanyakan pelan takaful
keluarga seperti produk pelan takaful pendidikan. Dalam pelan takaful pendidikan
misalnya, peserta takaful akan menghibahkan manfaat takaful kepada anak mereka
bagi membiayai kos pendidikannya pada masa hadapan. Sekiranya peserta takaful
meninggal dunia, seluruh manfaat takaful tersebut akan menjadi hak milik yang
dinamakan dan harta ini tidak akan diagihkan kepada waris lain berdasarkan faraid.
Walau bagaimanapun, sekiranya peserta takaful masih hidup apabila sijil takaful
matang, manfaat tersebut akan diserahakan kepada peserta takaful. MPSBNM
dalam mesyuarat ke-34 pada 21 April 2003 berhubung dengan penggunaan hibah
dalam

pemberian manfaat takaful telah memutuskan sepertimana di bawah

( Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam 2007 : 85) :

Manfaat takaful boleh dihibahkan kerana tujuan takaful adalah untuk


memberi

perlindungan kepada peserta takaful. Memandangkan

manfaat takaful adalah hak peserta takaful, maka peserta mempunyai


kebebasan untuk menggunakan hak tersebut mengikut pilihannya
selagi ia tidak bercanggah dengan Syarak.

Status hibah yang digunakan dalam pelan takaful tidak akan berubah
menjadi wasiat kerana hibah yang dibuat adalah hibah bersyarat.

Manfaat takaful lazimnya dikaitkan dengan kematian peserta dan


tempoh matang sijil. Sekiranya peserta masih hidup apabila sijil takaful
matang,

manfaat

takaful

akan

dimiliki

oleh

peserta.

Walau

bagaimanapun, jika peserta meninggal dunia sebelum tempoh matang,


maka hibah akan berkuat kuasa.

Peserta mempunyai hak untuk membatalkan hibah yang dibuat


sebelum tamat tempoh matang sijil takaful, kerana hibah bersyarat
hanya sempurna selepas berlakunya penyerahan (qabd )

Peserta mempunyai hak untuk mebatalkan hibah yang dibuat kepada


seseorang

individu

dan

menyerahkan

manfaat

yang

ingin

dihibahkannya kepada orang lain, atau membatalkan penyertaan


dalam takaful jika penerimanya meninggal dunia sebelum tamat
tempoh matang dan

Borang penamaan takaful perlu menyatakan dengan jelas status


penama adalah sebagai benefisiari jika niat peserta adalah hibah.
Berdasarkan keputusan mesyuarat di atas, hibah ke atas manfaat
takaful diharuskan selagi ia adalah hak yang dimiliki oleh peserta
takaful. Hibah tersebut adalah hibah bersyarat, iaitu penama akan
memiliki

manfaat

tersebut

apabila

peserta

meninggal

dunia.

Sebaliknya, jika peserta masih hidup ketika berakhirnya tempoh


matang, sijil takaful tersebut akan menjadi milik peserta dan bukannya
penama.

PENUTUP
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa prinsip
hibah, walaupun tidak dianggap sebagai prinsip utama dalam operasi produk
kewangan Islam, namun ia diaplikasikan sebagai prinsip sokongan dalam aktivitiaktiviti muamalat Islam di institusi-institusi kewangan Islam. Secara umumnya,
prinsip hibah banyak digunakan oleh pihak institusi kewangan ketika memberi
imbuhan atau bayaran kepada pihak pelanggan. Pemakaian prinsip hibah dapat
menjadi

penampung

kepada

keadaan-keadaan

tertentu

yang

diselesaikan melalui transaksi muawadat (kontrak-kontrak pertukaran).

RUJUKAN (HIBAH)

tidak

dapat

Abdul Halim el-Muhammady. 2005. Undang-undang Muamalat dan Aplikasinya


kepada Produk-produk Perbankan Islam . Bangi : Fakulti Undang-undang. K.L
Kamus Dewan. 2007. Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Fadzli Yusof. 2006. Mengenali Takaful . Selangor : IBS Buku Sdn. Bhd.
Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam. 2007. Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Bank
Negara Malaysia.
Rizalman Muhammad, Ishak Suliaman. 2008. Wasiat dan Hibah . Kuala Lumpur :
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Simon Archer, Rifaat Ahmed Abdel Karim, Volker Nienhaus. 2009. Takaful Islamic
Insurance : Concepts and Regulatory Issues. Singapura :

S-ar putea să vă placă și