Sunteți pe pagina 1din 2

Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah

1. Solat Tahajud di waktu malam sekurang-kurangnya 2rakaat & solat sunat Witirsekurangkurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang
soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.
2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x
istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber
makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan
dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan
minuman.
3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.
4. Kemudian selepas 15 min naik matahari, solat sunat Isyra q 4 rakaat- Allah janji akan
menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.
5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan di antara jam 8-12 tghari. Nabi SAW bersabda:
Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan org2 yg lalai
dan lupa. Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.
6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: Segala sesuatu itu
mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman. Surah Ar-Rahman
menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah
Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.
7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan
takbir], 100x selawat & 100x istighfar}
8. Kemudian baca Surah An-Naba Nabi SAW bersabda: Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya
pahala membaca surah An-Naba, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu
mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya.
Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya
selain dosa syirik.
9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap
dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.
10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya
pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.
11. Selepas Isya bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi
SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.
12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan Amanar-Rasul hingga habis. Sangat-sangat
penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan
13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.
14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah
diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.

15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwaperistiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.
16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ain. Latihan tilawah
sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati.
Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali
setiap tahun.
17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habskan seluruh surah, bacalah
seberapa banyak yang boleh- Allah janji cahaya di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua
Jumaat. Nabi SAW bersabda: Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah
cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.
18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada
berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah Lailahailallah sebagai amalan tetap dan berkekalan.
19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam.
Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.
20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu. Sabda Nabi SAW: Wudhu adalah
senjata orang-orang mukmin. Faedah wudhu sangat besar.
21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan
melayukan cahaya rohaniah bagi hati.
22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati.
Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia
menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat

S-ar putea să vă placă și