Sunteți pe pagina 1din 16

1.

0 Pendahuluan
Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah satu perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah bagi memastikan penjagaan kesihatan
yang optimum. Keutamaan diberikan kepada murid-murid sekolah bantuan kerajaan di seluruh
Malaysia. Perkhidmatan kesihatan telah dimulakan di negara ini pada tahun 1967 dan mulai tahun
1975, pasukan kesihatan sekolah ditubuhkan bagi membolehkan lawatan dibuat ke sekolah rendah dan
sekolah menengah di Malaysia.
Kumpulan sasar
Secara umumnya, setiap tahun hampir 1.8 juta murid sekolah rendah dan menengah di Malaysia
mendapat faedah langsung melalui perkhidmatan kesihatan sekolah ini. Kategori murid yang diberi
pemeriksaan kesihatan adalah:
Pra sekolah.
Tahun 1.
Tahun 6 dan.
Tingkatan 3.
Pakej perkhidmatan kesihatan
Perkhidmatan kesihatan di sekolah boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama. Tiga komponen
tersebut terdiri daripada:
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.
Perkhidmatan Pergigian Sekolah.
Perkhidmatan Alam Sekitar Sekolah.
Perkhidmatan kesihatan sekolah
Di bawah perkhidmatan kesihatan sekolah, murid-murid menerima perkhidmatan pencegahan
penyakit, saringan kesihatan, rawatan ringan dan rujukan ke klinik atau hospital. Perkhidmatan ini
adalah bertujuan seperti berikut:
Mengekalkan tahap kesihatan murid di paras paling optimum melalui promosi kesihatan,
pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan.

Mengesan masalah kesihatan yang boleh menghalang pencapaian akademik murid di sekolah
dan seterusnya membuat rujukan awal bagi membolehkan intervensi awal dan penempatan murid
dalam sistem pendidikan khas.
Menggalakkan penglibatan masyarakat bagi membentuk sekolah sebagai institusi yang sihat
dan selamat bagi membolehkan pembelajaran yang berkesan.
Buku Rekod Kesihatan Murid
Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM1) adalah dokumen yang mencatatkan semua maklumat kesihatan
yang diperoleh semasa alam persekolahan. Buku ini adalah buku rujukan yang mencatatkan proses
pertumbuhan dan perkembangan murid semasa alam persekolahan. Buku ini diberi secara percuma
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi setiap murid sekolah semasa tahun 1 persekolahan. Ibu
bapa dikehendaki mengisi maklumat murid di dalam buku tersebut dan mencatatkan kebenaran untuk
petugas kesihatan menjalankan pemeriksaan kesihatan dan memberi pelalian kepada anak mereka.
Seterusnya buku ini perlu di serah kepada sekolah yang baru untuk simpanan. Ibu bapa boleh minta
buku ini daripada pihak sekolah sekiranya ingin melihat rekod kesihatan anak mereka.
Pendidikan kesihatan
Pendidikan kesihatan di sekolah terbahagi kepada pendidikan kesihatan secara berkelompok dan
individu.
Pendidikan kesihatan secara berkelompok adalah pendidikan kesihatan yang dijalankan melalui
kempen atau kem-kem kesihatan di sekolah. Murid-murid mendapat pengetahuan melalui pameran,
ceramah dan tunjuk cara oleh anggota kesihatan. Pendidikan kesihatan secara berkelompok
mengutamakan masalah kesihatan awam yang berkaitan dengan golongan murid sekolah contohnya
saringan talasemia, 'tak nak merokok' dan gaya hidup sihat.
Pendidikan kesihatan individu diberi sebagai khidmat nasihat dan kaunseling semasa sesi pemeriksaan
kesihatan. Isu-isu yang lazim didapati adalah berkaitan dengan pemakanan, penyakit kulit, kebersihan
diri dan lain-lain .

2.0 KESIHATAN PERGIGIAN

MODEL KESIHATAN SEKOLAH


2.1 PROMOSI
Program Penggalakan & Promosi Kesihatan Pergigian
Program ini dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap Kesihatan
Pergigian
Aktiviti-aktiviti promosi dan penggalakan Kesihatan Pergigian dijalankan oleh Pegawai dan
Jururawat Pergigian sama ada di klinik pergigian (chairside), di sekolah (ceramah kesihatan dan
latihan memberus gigi) atau lokasi tertentu seperti kempen dan pameran kesihatan.

Promosi kesihatan pergigian turut dijalankan di bawah Program Khidmat Masyarakat dan
Program NBOS 7.
Antara aspek yang ditekankan ialah kesedaran mengamalkan diet yang seimbang,
kepentingan memberus gigi dan membuat pemeriksaan berkala, juga kepentingan menjaga gigi
susu kanak-kanak.

Mulakan Awal - Mulut Sihat Hidup Lebih Sihat


Kenapa perlu dimulakan awal?
Kesihatan pergigian yang baik adalah penting pada semua peringkat umur, lebih-lebih lagi pada tahuntahun awal kehidupan kanak-kanak.
Pertumbuhan badan dan perkembangan minda yang sihat dan sempurna memerlukan
pemakanan yang sihat.
Gigi yang sihat bukan sahaja membolehkan kanak-kanak mengunyah makanan dengan selesa
tetapi juga menyumbang kepada pencapaian potensi hidup mereka sepenuhnya.
Penyusuan yang sesuai dan amalan pemakanan sihat meningkatkan status pemakanan kanakkanak serta tahap kesihatan pergigian mereka.

Kanak-kanak memerlukan gigi


susu yang sihat untuk menikmati
buah-buahan kegemaran!
Karies gigi adalah penyakit
kronik yang sering dihidapi
kanak-kanak.

Pertumbuhan kanak-kanak mungkin terjejas di kalangan mereka yang mempunyai kesihatan


pergigian yang tidak baik. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang mengalami kerosakan gigi
yang teruk didapati lebih rendah berat badan berbanding dengan mereka yang tiada karies gigi.
Kanak-kanak yang mengalami karies gigi pada set gigi desidus (gigi susu) didapati lebih
cenderung untuk mendapat / menghidapi karies gigi pada gigi kekal mereka di masa akan datang.
Mulut yang sihat adalah hasil daripada penjagaan yang rapi.
Penjagaan gigi perlu dilakukan daripada peringkat awal mulai daripada masa bayi. Ibu bapa/ penjaga /
pengasuh perlu peka tentang risiko-risiko kepada kesihatan pergigian dan harus mengambil langkahlangkah pencegahan yang tertentu supaya kesihatan pergigian kanak-kanak kekal dalam keadaan sihat.
Bagaimana mulut yang sihat menyumbang kepada kehidupan yang lebih sihat?
Kesihatan pergigian yang optimum membolehkan kita menikmati pelbagai jenis makanan
sihat serta memberikan keyakinan diri terutamanya semasa berinteraksi sosial dalam kehidupan
harian.
Pemeliharaan kesihatan pergigian yang baik sepanjang hayat memanfaatkan kesihatan badan
secara menyeluruh serta mengurangkan risiko kejadian penyakit yang serius. Kini, semakin
banyak bukti mengaitkan penyakit seperti penyakit jantung, strok, diabetes dan kelahiran bayi
yang kurang berat badan dengan kesihatan pergigian yang tidak baik.
Kesihatan pergigian sepanjang hayat bermula daripada gigi desidus yang sihat.
Gigi desidus perlu dijaga dengan baik supaya dapat berfungsi dengan sempurna. Gigi yang
sihat membolehkan kanak-kanak mengunyah makanan dengan selesa serta bertutur dengan jelas.
Ia juga memberikan mereka keyakinan diri dalam pergaulan dengan kawan-kawan.
Penjagaan gigi susu juga penting kerana membantu pembentukan paras muka yang sempurna
dan menyediakan ruang untuk gigi kekal tumbuh dengan teratur.
Pertumbuhan gigi kekal yang sihat dan teratur akan meningkatkan potensi gigi untuk kekal
berfungsi di sepanjang hayat.

Gigi desidus terdedah kepada risiko karies gigi sebaik sahaja gigi tumbuh dalam mulut. Karies gigi
yang terjadi pada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun dinamakan karies awal kanak-kanak atau early
childhood caries (ECC). Biasanya ECC bermula dengan melibatkan gigi insisor atas (kacip).

Tabiat penyusuan dan pemakanan yang kurang sesuai kebiasaannya dikaitkan dengan
kejadian karies gigi di kalangan kanak-kanak.

Plak gigi (lapisan bakteria yang lekit pada

permukaan gigi) menghasilkan asid akibat tindak balas dengan gula dalam mulut. ECC terjadi
apabila gigi seorang kanak-kanak sering terdedah kepada serangan asid setiap kali
makanan/minuman yang manis diambil. Sakit gigi, kebengkakan gusi dan akhirnya kehilangan
gigi akibat infeksi gigi dan gusi akan terjadi sekiranya ECC dibiarkan dan tidak mendapat rawatan
yang sewajar dengan segera.
Ibu bapa/penjaga/pengasuh boleh menjadi sumber jangkitan bakteria (mutans streptococci)
yang merupakan punca masalah karies gigi kepada bayi. Jangkitan ini meningkatkan risiko
kejadian karies kepada kanak-kanak.

Bakteria dijangkiti melalui air liur. Oleh itu, elakkan

daripada berkongsi sudu atau perkakas makan/minum dengan bayi atau kanak-kanak. Ibu bapa,
ahli keluarga yang lain serta pengasuh kanak-kanak perlu juga mendapatkan rawatan pergigian
untuk sebarang penyakit pergigian. Ini akan mengurangkan tahap bakteria tersebut dalam mulut
mereka.
Kebersihan mulut yang terabai juga sering dikaitkan dengan kejadian karies gigi di
kalangan bayi dan kanak-kanak.

2.2 PENCEGAHAN
Apakah langkah-langkah awal yang harus diambil untuk memastikan kesihatan pergigian yang
baik?
Yang penting kita haruslah mulakan dari awal.
Ibu bapa / penjaga / pengasuh memainkan peranan penting
dalam mengasuh, mendidik dan menggalakkan kanak-kanak

tentang penjagaan kesihatan pergigian supaya gigi dan gusi


mereka kekal dalam keadaan yang sihat. Penjagaan gigi
perlulah dilakukan ketika masih bayi sehinggalah mereka
boleh memberus dan menjaga kesihatan pergigian mereka
sendiri dengan berkesan.

Galakkan kanak-kanak
menjaga kesihatan
pergigian mereka dari awal

4 Langkah Mudah Penjagaan Awal Kesihatan Pergigian


1

Pupuk tabiat pemakanan sihat dari kecil.

Pastikan mulut dan gigi anak dibersihkan setiap hari.

Periksa gigi anak dengan kerap.


Bawalah anak anda untuk pemeriksaan gigi seawal usia satu tahun.

Pupuk tabiat pemakanan sihat dari kecil.


Jangan biarkan anak tertidur dengan botol yang mengandungi susu atau air manis di dalam mulutnya.
Penyusuan ibu adalah yang terbaik untuk bayi. Sekiranya botol susu terpaksa digunakan, tabiat ini
harus diberhentikan apabila anak meningkat umur 12 hingga14 bulan. Ini adalah kerana semakin
banyak gigi tumbuh dalam mulut bayi pada masa itu. Gigi akan terdedah kepada risiko karies gigi
ketika anak mula berumur 6 bulan apabila gigi desidus yang pertama muncul dalam mulut bayi.

Pilih makanan yang kurang mengandungi gula. Galakkan pengambilan snek yang sihat seperti buahbuahan dan sayur-sayuran untuk menggantikan konfeksi dan biskut. Pupuk tabiat pemakanan yang
sihat.

Pastikan mulut dan gigi anak dibersihkan setiap hari.


Gunakan tuala kecil untuk membersihkan mulut bayi semasa mandi. Gunakanberus gigi yang sesuai
apabila giginya muncul. Jadikan sebagai amalan membersihkan mulut bayi dengan air setiap kali
perbuatan selepas menyusu atau makan.

Periksa gigi anak dengan kerap.


Kenali gigi anak anda dari awal apabila giginya dalam keadaan sihat. Angkat bibirnya setiap bulan.
Ini adalah prosedur yang ringkas untuk memastikan bahawa giginya bersih dan tiada tanda-tanda awal
penyakit pergigian.
Perhatikan tanda-tanda awal karies gigi. Ini merupakan garisan/ tompok-tompok putih bersebelahan
garisan gusinya.

Periksalah gigi di klinik pergigian apabila mencapai umur satu tahun.


Lawatan yang pertama ke klinik pergigian harus dijadikan sesuatu peristiwa yang manis - tanpa
perasaan sakit atau takut. Jadikan anggota kesihatan pergigian sahabat karib dalam penjagaan
kesihatan pergigian sepanjang hayat.
Mulut yang sihat memberi manfaat kepada kesihatan badan kita. Kita boleh mengambil langkahlangkah mudah yang tertentu untuk mencegah penyakit pergigian. Gigi kekal seharusnya dapat
berfungsi sepanjang hayat kita sekiranya dijaga dengan baik dari peringkat awal, risiko-risikonya
diawasi dan pemeriksaan pergigian secara berkala dilakukan.

2.3 INTERVENSI AWAL DAN RAWATAN


Program ini diperkenalkan pada tahun 1957.Perkhidmatan Pergigian sekolah adalah teras utama dalam
perkhidmatan pergigian awam. Perkhidmatan pergigian sekolah rendah dan menengah adalah
dilaksana melalui perkhidmatan pergigian sekolah secara incremental yang sistematik dan menyeluruh
supaya matlamat kesihatan gigi kanak-kanak tercapai sepenuhnya.
Rawatan dijalankan melalui klinik pergigian sekolah ,pasukan pergigian bergerak dan juga klinik
pergigian bergerak. Pasukan bergerak menggunakan peralatan mudahalih untuk menjalankan rawatan
pergigian di kawasan pedalaman. Program ini telah berkembang kepada 98.2% pelajar sekolah rendah
dan 84% pelajar sekolah pada tahun 2009.
Perlaksanaan
PRA-SEKOLAH
Rawatan pergigian yang dijalankan adalah rawatan pergigian asas dengan kaedah ART (Atraumatic
Restorative Technique). Tujuannya ialah memupuk kesedaran tentang kepentingan penjagaan
Kesihatan Pergigian di kalangan kanak-kanak pra sekolah termasuk ibu bapa dan penjaga,
mempertingkatkan pengetahuan, mengawal kejadian penyakit pergigian dan meningkatkan
pengetahuan guru serta penjaga mengenai pemilihan makanan seimbang
Murid sekolah rendah
Dilaksanakan melalui program Incremental Dental Care (rawatan untuk tampalan, penskaleran, dan
cabutan) meliputi perkhidmatan pencegahan dan rawatan
Objektif : meningkatkan taraf Kesihatan Pergigian melalui program perkhidmatan Incremental Dental

Care, meningkatkan jumlah bilangan orally fit dan meningkatkan tahap kesedaran kesihatan
pergigian yang tinggi.
Program Kesihatan Mulut
Kesihatan mulut adalah berkaitan dengan penjagaan gigi dan mulut yang sangatpenting.
Program kesihatan mulut ini seharusnya dibuat bagi memberikan kesedaran kepada muridmurid di sekolah betapa pentingnya penjagaan mulut dan gigi. Programini mendedahkan
kepada murid-murid mengenai penjagaan gigi yang lebih baik dan bukan hanya dengan
memberus gigi dua atau tiga kali sehari malahan banyak lagi perkara yang perlu
dititikberatkan sebagai langkah penjagaan gigi.
Program sedemikianbukan sahaja mengenai penjagaan gigi tetapi juga merangkumi
kesihatan mulut yang tanpa disedari boleh membawa gejala penyakit mulut yang kronik. Hal
ini kerana,masyarakat sekarang terdedah dengan makanan yang mengandungi kandungan
kimia yang tinggi dan tanpa kita sedari penjagaan gigi tidak terurus boleh mendatangkan
masalah sakit gigi atau di bahagian mulut yang berpanjangan.
Dengan adanya kempen seperti ini di setiap sekolah, kanak-kanak akan lebih peka
dengan memulakan penjagaan gigi sejak kecil.Rawatan pergigian biasanya dibuat setahun
sekali di sekolah. Perkhidmatan pergigian sekolah ini telah diperkenalkan pada tahun 1985.
Penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberikan untuk
memastikan agar murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila
mereka tamat zaman persekolahan. Jururawat pergigian akan merawat dan memeriksa
murid-murid tersebutdi bawah penyeliaan dan pengawasan doktor pergigian. Manakala
rawatan pergigian ini dilaksanakan secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran
kepada murid-murid.

Perkhidmatan

ini

dijalankan

dengan

tiga

cara

iaitu

Klinik

Pergigian

Sekolah.Klinik-klinik pergigian sekolah ini terletak dalam bilik khas di sekolahsekolah rendah dan menengah tajaan kerajaan yang terpilih. Kebanyakan

sekolah yang mempunyai perkhidmatan ini adalah sekolah yang berada di


kawasan bandar dan sekolah-sekolah khas.
Oleh itu, ini memudahkan bagi murid-murid yang menghadapi masalah gigi
atauingin

mencabut

gigi

mereka.

perkhidmatan

ini

sekali

gus

dapat

mengurangkan masalah kerosakan gigi dalam kalangan murid-murid sekolah


lebih-lebih lagi kanak-kanak sekolah rendah.Selain itu, perkhidmatan pergigian
juga dijalankan melalui Pasukan Pergigian Bergerak. Pasukan ini memberikan
perkhidmatan kesihatan pergigian kepada murid-murid sekolah termasuk yang
tinggal di kawasan pedalaman.
Biasanya mereka akan datang setahun sekali. Klinik pergigian sementara akan
diadakan di tempat yang sesuaidi sekolah dengan menggunakan peralatan mudah alih.
Kemudian setiap rekod kesihatan ini akan disimpan oleh guru kelas atau guru kesihatan
setiap sekolah. Oleh itu, murid-murid di luar bandar juga tidak terkecuali daripada menjaga
gigi dan mulut mereka. tambahan lagi, rawatan pergigian ini juga dijalankan melalui Klinik
Pergigian Bergerak.
Klinik ini merupakan sebuah kenderaan yang diubahsuai serta dilengkapi dengan kerusi
dan peralatan pergigian. Klinik ini memberikan perkhidmatan kepada murid-murid di sekolah
yang mempunyai ruang terhad. Klinik bergerak ini memudahkan sekolah yang kecil dan
memiliki bilik yang terhad memberi perkhidmatan pergigian. Oleh itu, melalui tiga cara
perkhidmatan pergigian ini disampaikan menunjukkan tidak ada sekolah yang tidak diberikan
rawatan pergigian dan tidak ada alasan untuk kanak-kanak memiliki gigi yang cantik serta
mempunyai gigi yang cantik dan bersih ketika mencecah usia dewasa.

Perkhidmatan yang disediakan di sekolah adalah penjagaan pergigian asas


termasuk pendidikan kesihatan pergigian, pemeriksaan tampalan, penskaleran
dan penggilapan gigi. Jika rawatan yang kompleks diperlukan, murid-murid
sekolah tersebutakan dirujuk kepada pegawai pergigian atau pakar pergigian. Di
samping itu, semua murid sekolah rendah dan menengah tajaan kerajaan yang
diberi keizinan oleh ibubapa atau penjaga layak menerima rawatan.Di samping

itu, Program Senyuman Ceria, Masa Depan Gemilang yang dijalankan oleh
Colgate adalah usaha kesihatan membabitkan penjagaan gigi dan mulut
dijalankan secara global. Pada tahun 2010, program berkenaan membabitkan
100peratus sekolah rendah kerajaan di Malaysia iaitu sebanyak 7500 sekolah.
Matlamat program ini adalah berkongsi maklumat kepada kanak-kanak dan
keluarga mereka yang membabitkan usaha penjagaan gigi dan mulut. Program ini juga
selaras dengan objektif Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi membantu mengurangkan
masalah gigi dikalangan kanak-kanak. Masalah yang sering berlaku adalah masalah kaviti
yangmenjadi masalah kesihatan mulut yang paling utama di dunia.
Program ini mengajar mereka prinsip asas penjagaan gigi. Oleh itu, murid-murid, ibu
bapa dan guru-gurudapat menyedari kepentingan kebersihan mulut yang baik. Tambahan
pula, di negaraini, Colgate menyokong program berkenan di sekolah rendah kerajaan sejak
1965. Program terbabit kini meliputi lebih daripada 630 000 kanak-kanak di 7500
sekolahrendah kerajaan di seluruh negara dengan sokongan Kementerian Pelajaran
danKementerian Kesihatan. Sasaran program adalah kanak-kanak berusia antara
enamhingga lapan tahun, di samping memberikan risalah interaktif untuk ibu bapa
yangdibawa pulang oleh kanak-kanak berkenaan.
Oleh itu, program ini dapat disampaikan terus ke rumah bagi memudahkan mereka
mengamalkan cara penjagaan gigi dengan betul.Hasil program ini memberi kesan yang
positif kepada kanak-kanak. Penjagaan gigi tersebut
memang baik dan memberikan faedah kepada kanak-kanak. Kanak-kanakakan belajar
untuk menjaga gigi mereka terutama apabila mengetahui manfaatnya untuk jangka panjang.
Program ini juga menjadi sumber pengetahuan untuk ibu bapa termasuk ibu bapa muda
yang mahu mengajar anak mereka memberus gigi dengan betul. Akhir sekali, program ini
memberi implikasi dalam keyakinan kanak-kanak. Mereka akan yakin untuk bergaul dengan
rakan mereka apabila mereka mempunyai gigi yang cantik dan senyuman yang cerai.

2.4 PEMULIHAN

Pelaksanaan Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan ialah:
Pendidikan Kesihatan Pergigian
Pemeriksaan kesihatan pergigian
Pameran
Demonstrasi Latihan Memberus Gigi (LMG)
Pendidikan Kesihatan Pergigian
Pendidikan Kesihatan Pergigian dijalankan sebagai latihan untuk menyerapkan
maklumat kesihatan pergigian dalam mata pelajaran tertentu. Ceramah
Kesihatan
Pergigian kepada guru pelatih mesti disampaikan oleh Pakar / Pegawai
Kesihatan
Awam Pergigian selari dengan perubahan Panduan Sukatan Maklumat
Kesihatan
Pergigian.
Kandungan Pendidikan Kesihatan Pergigian meliputi perkara berikut:
a. Maklumat Asas Kesihatan Pergigian
b. Perkhidmatan Pergigian Sekolah dan Peranan Guru
Pemeriksaan Kesihatan Pergigian
Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran murid mengenai kepentingan
kesihatan pergigian. Pemeriksaan harus dijalankan di ruang yang khas bagi
menjaga privacy murid (rujuk Appendix A). Dicadangkan pemeriksaan kesihatan
pergigian dilaksanakan selepas Pendidikan Kesihatan Pergigian.
Periksa semua murid yang terlibat dan rekod dalam kad kesihatan
Rujuk untuk rawatan ke klinik berdekatan jika perlu.

Pameran
Pameran diadakan untuk menjelaskan maklumat yang disampaikan semasa sesi
pendidikan kesihatan pergigian . Di antara perkara yang perlu diambil perhatian
dalam mengadakan pameran ialah:
Pemilihan tempat dan jenis pameran yang sesuai
Menggalakkan murid melawat pameran
Kehadiran personel pergigian untuk memberi penerangan
Demonstrasi Latihan Memberus Gigi (LMG)
Aktiviti ini membolehkan murid-murid mengetahui cara memberus gigi dengan
berkesan dan bertujuan meningkatkan kemahiran mereka. Aktiviti LMG dilakukan
secara demonstrasi oleh jururawat pergigian. Kit higin mulut dengan panduan
untuk guru dan ibu bapa yang diedarkan (oleh syarikat pembekal yang
dikenalpasti) boleh digunakan sebagai alat bantuan mengajar.
3.0 KESIMPULAN

Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang
diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yangdisasarkan
iaitu pelajar dan warga sekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya
hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan
mengambil berat mengenai kesihatan.
Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat
menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat
mengubahamalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat. Amalan ini perlu dipupuk sejak di
bangku sekolah lagi.

RUJUKAN
1. Bahagian Pendidikan Guru (Jun 2008) Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Falsafah Pendidikan Guru. Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Boyer EM. (1976) Classroom teachers' perceived role in dental health
education.
J. Pub Health Dent 36(4):237-43.
3. Buku Panduan Program Bersepadu Sekolah Sihat (1998) Kementerian
Pelajaran
Malaysia
4. Fauziah G. (2000) Teachers' Potential Role in Promoting Health in Schools.
Dept. of
Community Dentistry, Universitii Malaya, Kuala Lumpur. MCD
dissertation.
5. Glasrud PH, Frazier PJ. (1988) Future Elementary Schoolteachers'
knowledge
and opinions about oral health and community programs. J. Public
Health
Dent.1988 Spring; 48(2):74-80.
6. http://en.wikipedia.org/wiki/Blooms_Taxonomy (catched on 01/09/2010)
7. Junid NZ. (1997) The Impact of a Dental Health Education Programme on
the
Knowledge, Attitude, Behaviour, Perception and Oral Health Status of
Trainee Schoolteachers. Dept. of Community Dentistry, Universiti
Malaya,
Kuala Lumpur. MCD dissertation.
8. Loupe MJ, Frazier PJ. (1983) Knowledge and attitude of schoolteachers
towards
oral health programs and preventive dentistry. J. Am Dent Assoc;
107:229-34.
9. Ministry of Health Malaysia & Ministry of Education Malaysia (1999) . Modul
Latihan
program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS).
10. Nor Haslina M.H. (2004) Sense of Coherence, Oral Health Status and
Behavior of
trainee Teachers. Dept. of Community Dentistry, Universitii Malaya,
Kuala

lumpur. MCD dissertation.

11. Oral Health Division, Ministry Of Health Malaysia (2007) The National Oral
Health
Survey of Preschool Children 2005 (NOHPS 2005) Oral Health Status and
Treatment Needs. MOH/K/gig/1.2007
12. Oral Health Division, Ministry Of Health Malaysia (2009) National Oral
Health Of
School Children Survey 2007. 6-year-olds (NOHSS 2007).
MOH/K/GIG/8.2009(RR)
13. Oral Health Division, Ministry Of Health Malaysia (2010) National Oral
Health Of
School Children Survey 2007. 12-year-old (NOHSS 2007). MOH/K/GIG/23.2010
(RR).
14. Panduan Melaksanakan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS).
Kementerian
Pendidikan Malaysia & Kementerian Kesihatan Malaysia.

S-ar putea să vă placă și