Sunteți pe pagina 1din 8

Soalan: Berkaitan pendidikan pengguna, sila berikan pengisian dan modul serta

langkah-langkah yang sepatutnya diambil bagi menubuhkan kelab pendidikan pengguna


di sekolah anda
1.0

Pengenalan
Kelab Pengguna Sekolah ataupun singkatannya KPS merupakan satu pendekatan

pendidikan kepenggunaan yang digunakan oleh kementerian perdagangan dalam negeri koperasi
dan kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
dalam usaha meningkatkan kesedaran kepenggunaan khususnya di peringkat sekolah.
KPS merupakan entiti kumpulan yang berstruktur, berperlembagaan, berperaturan dan
berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat dan
kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu-membantu dan
berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan
dan dipersetujui bersama.
Tambahan pula, golongan pelajar merupakan kumpulan pengguna generasi baru (New
Consumer Group) yang bakal mempunyai kuasa beli sendiri dan berupaya mempengaruhi
permintaan serta penawaran barang dan perkhidmatan suatu hari nanti. Sehubungan dengan itu,
salah satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK) dengan Kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah menubuhkan
Kelab Pengguna Sekolah (KPS) sejak tahun 1992 yang berfungsi sebagai nadi penggerak
pendidikan kepenggunaan di peringkat sekolah.
Tujuan penubuhannya untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan
generasi muda mengenai hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna seterusnya
mempengaruhi corak penggunaan, pemikiran, gaya hidup dan tindakan mereka berkaitan aspekaspek kepenggunaan.

1 | Page

Antara objektif penubuhannya seperti meningkatkan kesedaran dan pengetahuan


kepenggunaan di kalangan pelajar. Selain itu, kelab ini juga dapat menggalakkan pelaksanaan
program atau aktiviti kepenggunaan di peringkat sekolah. Di samping itu,kelab ini dapat
mengukuhkan jaringan kerjasama di kalangan pelajar dan membentuk generasi muda yang
rasional dalam membuat keputusan pembelian barangan atau perkhidmatan dengan mengambil
kira faktor harga, kualiti, keselamatan, penggunaan sumber, ekologi dan keadaan ekonomi
semasa. Maka lahirlah kumpulan pengguna generasi baru yang bermaklumat, bijak dan
bertanggungjawab.

2.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENUBUHKAN SEBUAH KELAB PENGGUNA


2.1

Melantik seorang guru penasihat dan membentuk Jawatankuasa Penaja.


Guru penasihat yang dilantik bertanggungjawab menguruskan kelab yang ingin
ditubuhkan dan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya pengetahuan asas berkenaan
pengguna dan kepenggunaan. Kemudian, guru tersebut dikehendaki untuk membentuk
Jawatankuasa Penaja yang terdiri daripada pengerusi, setiausaha, dan beberapa orang ahli
jawatankuasa yang lain dalam kalangan pelajar.
Dengan bimbingan guru penasihat, Jawatankuasa Penaja ini hendaklah
mengadakan perbincangan untuk mendapatkan kata sepakat menubuhkan kelab. Dalam
keadaan biasa, mereka lazimnya membincangkan tentang tujuan untuk menubuhkan
sebuah kelab. Hasrat dan tujuannya mestilah kukuh dan akan memberi manfaat serta
faedah kepada bakal-bakal ahli yang menjadi kelab kelak. Setelah mendapat persetujuan,
maka Jawatankuasa Penaja akan mengadakan perjumpaan untuk menyusun rang undangundang dan Perlembagaan Kelab. Sebuah dokumen yang mengandungi tujuan dan
matlamat, aktiviti dan kegiatan, peraturan, dan perlembagaan akan dibentuk.

2 | Page

2.2

Jawatankuasa penaja menulis permohonan rasmi kepada Pengetua dengan menyertakan

dokumen yang telah ditetapkan.


Satu permohonan rasmi perlu dibuat dan dihantar kepada pengetua/guru besar
untuk kelulusan penubuhan kelab. Permohonan rasmi yang dihantar perlu disertakan
dengan dokumen yang mengandungi tujuan dan matlamat penubuhan, aktiviti dan
kegiatan, peraturan dan perlembagaan.
2.3

Mendaftarkan ahliahli kelab yang telah diluluskan oleh Pengetua


Setelah mendapat kelulusan daripada pengetua/guru besar, kelab berhak
menjalankan kegiatan yang telah dirancangkan selagi tidak bertentangan dengan
peraturan dan perlembagaan. Kelab berhak untuk mendaftarkan ahli-ahli kelab untuk
menyertai kelab tersebut.

2.4

Mengadakan Mesyuarat Agung penubuhan


Setelah pendaftaran ahli kelab selesai, mesyuarat agung penubuhan pertama perlu
diadakan untuk memilih Ahli Jawatankuasa bagi tempoh setahun (mengikut peruntukan
dalam Perlembagaan), merancang aktiviti tahunan kelab atau persatuan, membuat
pengesahan dokumen kelab dan seterusnya menjalankan kelab seperti yang dirancangkan.

3 | Page

3.0

Fokus dan modul kelab pengguna sekolah.

Program/aktiviti pendidikan kepenggunaan melibatkan pelajar sekolah dan intitusi pengajian


tinggi (IPT) memberi tumpuan kepada tiga fokus utama yang praktikal dan mudah diaplikasikan
oleh pelajar-pelajar iaitu perbelanjaan berhemat, pemakanan seimbang dan pemeliharaan alam
sekitar.
Modul perbelanjaan berhemat
Di dalam modul ini terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan bagi memudahkan pelajar
memahaminya dan mengaplikasi dalam dunia realiti. Antara aktiviti yang dijalankan seperti
ku mahu, tabungan dan pelaburan dan wang dan inflasi.
Contoh aktiviti
Nama program : Ku mahu
Objektif:
-

Menerangkan perbezaan antara barang keperluan dan kehendak, barang penggenap

dan barang yang berfungsi sebagai pengganti.


Menghuraikan konsep beli apabila perlu
Membuat pilihan berasaskan keutamaan semasa berbelanja.
Belanja secara sederhana.

Perlaksanaan aktiviti:
Tempoh : 1 jam.
Keperluan atau alat bantuan : jadual penilaian barangan.
Langkah-langkah :
1. Andaikan anda telah dipilih menyertai kem perkhemahan.
2. Berdasarkan senarai yang diberikan, anda dekehendaki memilih sepuluh jenis
barang yang akan dibeli dengan menggunakan wang sebanyak rm50.00.
3. Anda dikendaki mengenal pasti antara barang keperluan dan barang kehendak.
Kemudian anda dikehendaki membuat catatan pada ruang yang disediakan.
4. Anda perlu membuat rumusan mengenai kepentingan membuat pilihan semasa
berbelanja.

4 | Page

Jadual : penilaian barangan berdasarkan kriteria pemilihan.

Bil.

Barangan

Harga

Barang yang

(RM)

Dipilih

Jeans

20

T-Shirt

15

Kasut

30

Beg Perkhemahan

20

Syampu

2.50

Alat Tulis

5.00

Minuman Berkarbonat

1.60

Air Mineral

2.80

Makanan ringan (Kit Kat, kerepek,


Chipsmore)

5.80

10 Permainan Papan Sahiba

10.00

11 Sabun Pencuci Baju

2.00

12 Telefon bimbit top up

Keperluan/Kehendak

30

13 Racun serangga (ubat nyamuk)

3.00

14 Lampu Suluh

5.00

Jumlah Harga

Catatan :
-

Unit ini membincangkan perbezaan antara barang keperluan dengan barang


kehendak. Barang keperluan merujuk kepada barang yang mesti digunakan untuk
kelangsungan hidup seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian. Manakala barang
kehendak ialah barang yang mesti menjadi pelengkap dalam kehipudan seperti
televisyen, pakaian berjenama, kereta mewah dan banglo.

5 | Page

Unit ini juga membincangkan perbezaan antara barang penggenap dan barang
pengganti. Barang penggenap ialah barang yang digunakan bersama-sama seperti
teh dan gula, kereta dengan tayar dan sebagainya. Manakala, barang pengganti ialah
yang saling berganti fungsi seperti kopi menggantikan milo dan sebagainya.

Modul pemakanan seimbang


Di dalam modul ini diajar bagaimana pengguna memilih makanan yang seimbang,
menjalankan aktiviti yang sihat dan paling penting, modul ini mengajar pelajar bagaimana
memilih tempat makanan yang bersih dan hak sebagai pengguna. Didalam modul ini pihak
sekolah bekerjasama dengan kementerian kesihatan Malaysia (kmm) dan poliklinik daerah
yang menjadi wakilnya.
Contoh aktiviti :
Nama program : win, lose or draw game.
Objektif :
-

Mengenalpasti cirri-ciri tempat makan yang bersih.


Mengenalpasti cirri-ciri pengendali makanan yang mengamalkan kebersihan,
Memilih makanan bersih dan selamat.

Tempoh : 1 jam
Keperluan atau alat bantuan :
-

Slaid power point


Kertas mahjung
Pen marker

Langkah-langkah :
1. Bahagikan peserta kepada beberapa kumpulan.
2. Wakil setiap kumpulan perlu melukis gambar situasi di kantin berdasarkan situasi yang
dilihat.
3. Pada pusingan pertama, setiap kumpulan perlu menyelesaikan lima petunjuk dalam masa
dua minit.
4. Kumpulan yang Berjaya, layak ke pusingan kedua. Kumpulan yang layak perlu
menyelesaikan lima petunjuk dalam masa satu minit.
5. Kumpulan yang paling pantas menyelesaikan tugasan dikira pemenang.
6. Setiap kumpulan diminta memberikan pandangan mengenai ciri-ciri tempat makan yang
bersih dan selamat.
7. Penerangan mengenai kepentingannya dan menekankan konsep lihat, bau dan rasa.
8. Di akhir aktiviti ini, peserta perlu membuat rumusan dan ringkasan keseluruhan latihan.

6 | Page

Modul pemeliharaan alam sekitar


Didalam modul ini pelajar dilatih untuk menghargai alam sekitar. Hal ini kerana kita yang
menggunakan alam sekitar juga dianggap sebagai pengguna. Maka, menjadi satu
tanggungjawab untuk memeliharanya bagi generasi akan datang. Didalam modul ini jiga,
para pelajar diajar untuk menggunakan semula sistem pepejal organik.
Contoh aktiviti.
Nama program : menghasilkan baja kompos.
Objektif :
-

Mengetahui cara-cara penggunaan semula atau pelupusan sisa pepejal


Mengurangkan pembuangan sisa pepejal
Menggalakkan perkembangan inovasi.

Tempoh : 1 jam
Penghasilan produk : 3 bulan
Keperluan :
-

Daun kering
Sisa makanan
Rumput atau daun segar
Bekas tertutup dan ditebuk lubang udara.

Langkah-langkah :
1.
2.
3.
4.
5.

Sediakan bekas untuk menghasilkan baja kompos.


Masukkkan daun kering.
Masukkan sisa makanan.
Selang-seli lapisan daun kering dan sisa makanan sehingga bekas hampir penuh.
Untuk mengurangkan bau busuk, gunakan bahan buangan yang masih segar seperti

rumput yang baru dipotong atau daun tumbuhan sebagai lapisan terakhir.
6. Tempatkan bekas ditempat yang teduh.
7. Selepas tiga bulan, baja kompos sedia digunakan.
(Nota tambahan) kelebihan baja kompos :
4.1

Meningkatkan kesuburan tanah.


Menjimatkan kos dan tenaga.
Produk mesra alam.

Penutup

7 | Page

Kelab pengguna sekolah bukan lagi sekadar keperluan tetapi kewajipan bagi semua sekolah
untuk mewujudkan kelab tersebut di sekolah. Hal ini demikian kerana ramai pengguna kini
mempunyai pengetahuan yang sangat sedikit berkenaan pengguna dan kepenggunaan.
Memandangkan tiada subjek penggunaan di sekolah, penubuhan kelab merupakan idea yang
terbaik.
Antara sebab kelab pengguna perlu ditubuhkan adalah untuk mendidik anak-anak untuk
memahami pengguna dan kepenggunaan di peringkat awal. Kelab penggunaan di sekolah bukan
sahaja boleh disertai oleh pelajar-pelajar sekolah malah ibu bapa juga turut boleh terlibat sama.
Selain itu, pihak sekolah juga boleh mengambil inisiatif dengan melibatkan masyarakat sekitar
untuk menyertai aktiviti yang ingin dilakukan.
Jelaslah, penubuhan kelab pengguna di sekolah sangat berfaedah baik untuk pelajar
khususnya, guru-guru, ibu bapa serta masyarakat sekitar.

8 | Page

S-ar putea să vă placă și