Sunteți pe pagina 1din 22

IPGK IPOH AMBILAN FEBRUARI 2012

1.0 Pendahuluan

Pendidikan bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta


berkembang secara menyeluruh dan bersepadu daripada segi intelek, rohani,
emosi

dan

jasmani

(JERI)

selaras

dengan

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira


(3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid
berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Dalam pembelajaran dan
pengajaran terdapat murid tidak mencapai objektif yang telah ditentukan maka
Program Pemulihan Khas diadakan. Program ini bertujuan mengawal
masalah 3M supaya tidak sampai hingga ke tahap dua atau peringkat
persekolahan menengah rendah.
Murid-murid yang dapat menguasai (3M) atau objektif yang telah
ditetapkan semasa pembelajaran dan pengajaran akan menjalani aktiviti
pengayaan. Pengayaan melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi
sederhana atau murid-murid pintar cerdas. Murid-murid yang pintar cerdas
adalah cepat dalam menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan
kepada mereka.
Konsep ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada
aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar bilik
darjah. Pada kebiasaannya aktiviti pengayaan dijalankan ke atas kumpulan
murid yang telah mencapai tahap yang memuaskan atau telah menguasai
kemahiran asas.
Aktiviti pengayaan mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan
pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang
dipelajari oleh murid. Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada
murid untuk mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat
kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri,
kumpulan dan juga masyarakat.

BMM3106

IPGK IPOH AMBILAN FEBRUARI 2012

1.1 Konsep Pemulihan


Pemulihan merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu muridmurid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas
membaca, menulis, dan mengira.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246)Pulih
bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). Pemulihan bermaksud
perbuatan memulihkan dan pengembalian kepada keadaan semula. Dalam
konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi
masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan
dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul
sesuatu.
Blair (1956) pula menyatakan pemulihan ialah program khas
berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang
menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang
menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu kepada
penguasaan kemahiran.
Syarifah Alawiah Alsagoff (1983) Pemulihan ialah satu tindakan yang
diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami
kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di
pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk
pengajaran pembelajaran biasa
Ishak Harun dan Koh Boh Boon (1983) Pemulihan merupakan
perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak- kanak yang
menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.
Pringle (1966) Pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang
diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran
serta berkemahuan dan berkebolehan belajar,melalui latihan yang sistematik
dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka.

BMM3106

IPGK IPOH AMBILAN FEBRUARI 2012

Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan (NARE) UK


(1975):..satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi
keprluan

pendidikan

bagi

murid-murid

yang

menghadapi

masalah

pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa.


Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia (1984):...langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu
murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran
asas membaca, menulis dan mengira...hendaklah dipulihkan sebaik sahaja
masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.
Bahagian

Sekolah-sekolah,

Kementerian

Pelajaran

Malaysia (1986): ...satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah


pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya
ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di
bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam
bidang ini.
Albertwhite (1977), pula menyatakan bahawa pengajaran pemulihan
ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang
bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi. Beliau
menegaskan bahawa; by remedial teaching is meant teaching which is based
in a different diagnosis which forms the basis for scientific remedial
procedures.
Bagi Evans (1955) pula, pengajaran pemulihan dianggap sebagai the
ambulance of educational system. Oleh itu pengajaran ini tidak boleh diambil
kira sebagai satu pekerjaan atau pengajaran yang dilakukan secara mengejut,
mendadak atau digunakan pada waktu kecemasan sahaja. Pengajarannya
perlu dirancang dan disusun dengan rapi berdasarkan aspek-aspek
kelemahan murid dan guru pula telah menerima latihan khas dalam bidang ini.

BMM3106

IPGK IPOH AMBILAN FEBRUARI 2012

1.2 Objektif Program Pemulihan


Antara objektif strategi pemulihan ini adalah untuk membolehkan
murid:
a. Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti yang
sesuai dengan mereka.
b. Mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan
kemampuan dan perkembangan mental individu.
c. Mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru.
d. Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke
peringkat yang lebih maju.
e. Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti
sosial sama ada di dalam atau di luar kelas.
f. Membina, memperoleh, dan mengembangkan sikap percayakan diri
sendiri dan berdikari.
g. Meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa
yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.
1.3 Rasional Pemulihan
Murid-murid mempunyai perbezaan daripada segi pengalaman, minat, dan
kebolehan. Perbezaan-perbezaan tersebut jika tidak diberi perhatian boleh
menjadi punca masalah yang utama kepada kegagalan pencapaian objektifobjektif pembelajaran yang telah ditetapkan.
Rasional program pemulihan khas adalah untuk memastikan semua
murid Tahap 1 menguasai kemahiran asas 3M seperti yang terdapat dalam
buku Garis Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Berdasarkan kepada buku garis panduan tersebut, ia lebih menjurus
kepada memenuhi keperluan murid-murid yang gagal mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas biasa. Dalam erti kata lain semua
murid Tahap 1 harus dan mampu menguasai kemahiran asas iaitu membaca,
menulis dan mengira. Ini bermakna murid-murid Tahap 1 mesti mencapai
kompetensi yang disasarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

BMM3106

IPGK IPOH AMBILAN FEBRUARI 2012

Setelah menguasai kemahiran asas tersebut, murid-murid yang lemah


ini dapat meneruskan pembelajaran mereka di kelas biasa. Mereka akan
bersaing dengan rakan mereka bagi mencapai tahap kompetensi yang
terbaik. Di dalam kelas biasa ini mereka perlu dibantu oleh guru-guru mata
pelajaran dan rakan sebaya mereka bagi mengekalkan tahap pencapaian
penguasaan kemahiran asas. Keupayaan mereka menguasai kemahiran asas
3 M akan mengurangkan kritikan masyarakat.
Di dalam sebuah kelas yang mengandungi ramai murid ,perbezaanpebezaan ini memang kurang mendapat perhatian dan layanan oleh guru.
Lebih-lebih lagi, dalam kekalutan guru

untuk menghabiskan sukatan

pelajaran dalam pembelajaran dan pengajaran mengikut arus perdana .Guru


terpaksa mengguna kaedah kelas dalam aktiviti pengajaran mereka.Dalam
keadaan ini murid-murid yang rendah kemampuannya tidak boleh menerima
apa yang diajarkan oleh guru.
Akibatnya, murid-murid ini ketinggalan kerana tidak dapat menguasai
kemahiran-kemahiran asas. Program pemulihan

disediakan untuk murid-

murid dengan segera agar masalah masalah pembelajaran tidak berhimpun


hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi.
Rasional pemulihan mengikut:
i.

Sudut Falsafah, program pemulihan memenuhi keperluan setiap


murid yang ketinggalan kerana tidak dapat belajar sepenuhnya dalam
kelas biasa selaras dengan konsep Pendidikan Untuk Semua.

ii. Sudut Teori, Pendekatan pengajaran seperti Prescriptive-Diagnostic


Teaching, Precision Teaching, dan Clinical Teaching telah terbukti
berjaya yang merupakan asas kepada pelaksanaan program ini.
iii. Sudut Pencegahan, masalah yang dialami oleh setiap murid akan
bertambah dan semakin menyulitkan jika tidak ditangani dengan segera.
Rumusan
Pendidikan pemulihan ialah suatu program aktiviti pengajaran dan
pembelajaran alternatif untuk membantu murid-murid yang menghadapi
masalah di dalam kelas. Pelaksanaan program pemulihan ini bertujuan
supaya jurang perbezaan pencapaian antara murid dapat dikecilkan atau

BMM3106

IPGK IPOH AMBILAN FEBRUARI 2012

dihapuskan agar mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana


pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa.
Program pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang
dijalankan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah
pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan
mengira). Mereka patut dipulihkan sebaik sahaja masalah yang dihadapi itu
dapat dikesan dan ditentukan oleh guru bilik darjah atau guru mata pelajaran
dengan langkah-langkah yang berbeza bergantung kepada jenis masalah.
Pemulihan merupakan satu usaha dalam pendidikian untuk mengatasi
masalah pembelajaran murid-murid lemah di di sekolah rendah yang
menumpukan khusus kepada kemahiran asas membaca, menulis, dan
mengira dan dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas yang telah
menerima latihan khas dalam bidang ini.
2.0 Pengayaan
Para pendidik perlu sedar bahawa pembelajaran dan pengajaran yang
baik adalah mengikut kemampuan dan kebolehan individu iaitu murid-murid
yang berbeza. Pada umumnya dalam situasi pengajaran dan pembelajaran,
terdapat tiga kumpulan murid iaitu kumpulan cerdas, kumpulan sederhana
dan kumpulan lembam. Kemampuan setiap kumpulan ini berbeza mengikut
tahap

penguasaan mereka terhadap sesuatu kemahiran atau pengetahuan

yang disampaikan kepada mereka.

Maka para pendidik perlu tahu

kesesuaian aktiviti kepada setiap kumpulan ini terutama yang cerdas.


Sewajarnya, murid kumpulan cerdas akan berasa bosan jika aktiviti yang
kurang mencabar kebolehan mereka.

Jesteru, wajarlah satu program

pengayaan yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan aktiviti tambahan yang
menarik dan mencabar disediakan sesuai dengan keupayaan murid tersebut.
2.1 Konsep Pengayaan
Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran
yang mengandungi unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman
serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.

BMM3106

IPGK IPOH AMBILAN FEBRUARI 2012

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 693) mentakrifkan


pengayaan sebagai perihal (usaha, proses, dsb) mengayakan, misalnya
mengayakan atau meluaskan kosa kata. Pengayaan merupakan aktiviti
tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada
semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan.
Mok Soon Sang (1990: 55) pula menjelaskan bahawa aktiviti
pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di
peringkat sekolah rendah, menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas,
sederhana, atau lambat. Menurutnya lagi, melalui aktiviti pengayaan, muridmurid akan dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan
kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu.
Pengayaan adalah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas
pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar waktu sekolah.
Aktiviti pengayaan memberi peluang kepada murid mengembangkan
minat , daya kreativiti, sifat ingin tahu, sikap berdikari, bakat kepimpinan serta
melibatkan diri dalam membuat satu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan
dan masyarakat.
Program pengayaan adalah satu rancangan pembelajaran yang
disediakan untuk semua murid sama ada cerdas, sederhana atau lemah.
Mereka boleh mendapat pengalaman dan pengetahuan yang berbaga-bagai
berdasarkan aktiviti yang sesuai untuk mereka. Aktiviti- aktiviti ini dibentuk
supaya menarik dan mencabar selaras dengan peringkat pembelajaran muridmurid.
Penekanan program ini adalah untuk memberi aktiviti tambahan
kepada murid-murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam
jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Aktiviti tambahan
kepada aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk meluaskan
pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang
dipelajari.

BMM3106

IPGK IPOH AMBILAN FEBRUARI 2012

Aktiviti pengayaan adalah berlainan daripada aktiviti pembelajaran


kemahiran asas. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka berjaya
menguasai kemahiran asas tertentu. Murid menggunakan kemahiran yang
telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan akan
meluaskan pengalaman dan pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan
dan minat mereka dalam bidang tertentu.
Pengayaan

membolehkan

murid

mendapat

pengalaman

dan

pengetahuan yang pelbagai berdasarkan aktiviti yang sesuai dengan


kebolehan dan keupayaan mereka. Selain daripada itu, aktiviti-aktiviti ini juga
boleh memperkayakan dan memperkembangkan daya kreativiti murid kerana
program ini memberi peluang dan merangsang murid menggunakan daya
pemikiran mereka, sesuai dengan minat dan kemahiran yang telah mereka
kuasai.
Aktiviti pengayaan boleh berfungsi tanpa guru, aktiviti pengayaan
memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti secara kendiri dan aktif.
Program pengayaan bukan sahaja dapat memenuhi keperluan setiap individu
daripada segi memperluaskan pengetahuan dan pengalaman, tetapi juga
merangsang pemikiran luas murid-murid.
Dalam program pengayaan, adalah diharapkan setiap murid bukan
sahaja dapat mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan
menyeronokkan malah dapat memperkembangkan aspek fizikal, emosi,
minat, kebolehan daya cipta dan bakat individunya secara menyeluruh sesuai
dengan kehendak dan keperluan Falsafah Pendidikan Negara dan perakuan
57(b) Laporan Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran
Kebangsaan(1983) yang menyatakan...Kurikulum yang ada sekarang ini
hendaklah disusun semula... bukan sahaja untuk memenuhi keperluan muridmurid yang lemah bahkan juga membolehkan murid-murid cerdas terus maju
kerana itu, seharusnya kita memahami dan melaksanakan program
pengayaan KBSR.
Dalam KBSR, pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti
asas pembelajaran yang boleh dijalankan sama ada dalam atau luar waktu
persekolahan. Melalui aktiviti ini murid-murid akan berpeluang untuk
mengembangkan lagi minat kraetif, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat

BMM3106

IPGK IPOH AMBILAN FEBRUARI 2012

kepimpinan di samping melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan


untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.

2.2 Objektif Pengayaan


Pengayaan mempunyai beberapa objektif antaranya:
a) Murid dapat menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam

pembelajaran biasa agar dapat memperluaskan lagi pengetahuan dan


pengalaman mereka.
b) Murid menjalani aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar kebolehan

mereka.
c) Murid dapat menggunakan masa lapang yang berfaedah mengikut

keperluan, minat dan bakat.


d) Murid yang minat dan menguasai bacaan luas dengan membuat

rujukan

terhadap

berbagai-bagai

bahan

dan

sumber

untuk

menambahkan lagi pengetahuan.


e) Menimbulkan minat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari

bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup.


f) Melahirkan murid berdaya cipta menerusi pemikiran dan kegiatan serta

berkebolehan untuk menilai sesuatu hasil kerja sendiri.


g) Memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid kumpulan cerdas

dan sederhana melalui suatu program membaca dalam bentuk


pengayaan dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan.
h) Memperkembang bakatmurid dalam bidang ciptaan serta keupayaan

menilai sesuatu hasil kerja mereka melalui aktiviti-aktiviti pengayaan


seperti kerja projek, lukisan, ukiran, binaan dan sebagainya.
i) Mempunyai

asas

kepimpinan

murid-murid

agar

dapat

diperkembangkan kepada peringkat yang lebih tinggi sesuai dengan


kemampuan mereka.

BMM3106

IPGK IPOH AMBILAN FEBRUARI 2012

2.3 Rasional Pengayaan


Pada peringkat permulaan pembelajaran dan pengajaran murid-murid
biasanya melakukan aktiviti pembelajaran yang sama. Oleh sebab setiap
individu dalam satu

kelas mempunyai kebolehan, minat dan bakat yang

berbeza, maka kadar keupayaan untuk menguasai sesuatu kemahiran juga


berbeza. Justeru itu , murid-murid yang mempunyai kebolehan yang berainan
haruslah diajarkan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan
keupayaan dan perkembangan mental mereka.
Kesilapan dalam memberikan perhatian dan menyediakan aktiviti yang
sesuai dengan ciri-ciri murid dan tahap kemampuan mereka boleh menjadi
punca masalah kerana ini berkemungkinan akan membantutkan minat belajar
murid. Murid kumpulan cerdas dan sederhana akan berasa bosan kerana
corak pembelajaran yang sama. Aktiviti

yang dijalankan

sama untuk

keseluruhan kelas akan membantut minat untuk terus belajar. Maka, adalah
wajar bagi para guru menyediakan program pengayaan sebagai aktiviti
tambahan yang menarik dan mencabar kepada murid-murid
Bagi murid-murid dalam kumpulan lambat, selain aktiviti pemulihan,
mereka juga harus diberi program pengukuhan dan pengayaan yang sesuai
dengan kebolehan mereka. Melalui program pengayaan, mereka akan samasama berpeluang menikmati pengalaman baru , seterusnya menimbulkan
minat mereka dalam aktiviti pembelajaran.
Adalah diharapkan setiap idividu bukan sahaja dapat mengalami
suasana pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan malah dapat
juga mengembangkan aspek fizikal emosi, minat, kebolehan, daya cipta dan
bakat.

BMM3106

10

IPGK IPOH AMBILAN FEBRUARI 2012

Rumusan
Pengayaan adalah program yang diharapkan oleh setiap orang murid
tidak kira sama ada kumpulan cerdas, sederhana atau lemah. Sama ada
murid itu mendapat sedikit atau banyak pengalaman pengayaan bergantung
pada kebolehan dan keupayaan masing-masing dalam menguasai sesuatu
kemahiran yang ditetapkan. Dalam hubungan ini, tidak dapat dinafikan
bahawa murid-murid cerdas akan mendapat lebih baanyak aktiviti pengayaan
jika dibandingkan dengan murid-murid sederhana dan lemah.
Pengayaan merupakan satu aktiviti yang banyak membantu untuk
cekap dan menguasai sesuatu pembelajaran dengan lebih bermakna.Jika
aktiviti pengayaan ini di jalankan dengan cara yang berkesan,murid akan
dapat banyak manfaatnya.Ini kerana mereka bukan sahaja didedahkan
dengan pelbagai bahan dan aktiviti yang dapat mengukuhkan pengetahuan
sedia ada mereka malah mereka juga didedahkan dengan pelbagai
pengetahuan baharu yang boleh meningkatkan rasa minat dan lebih
bermotivasi untuk belajar mencari pengetahuan baru.
RANCANGAN PENGAJARAN KELAS PEMULIHAN KHAS
Mata Pelajaran
Tarikh
Hari
Kelas
Bil. Murid
Umur
Masalah
Kemahiran
Objektif

Bahasa Melayu
4 April 2013
Isnin
4 Cerdas
6 Orang
10 Tahun
Keliru Perkataan Yang Terdapat Huruf ddan huruf b
Kemahiran 5-Perkataan Kv + Kvk
1)Menulis suku kata awalan atau akhiran yang
tertinggal berdasarkan gambar.
2)Membaca sekurang-kurangnya lima perkataan
KVKVK dengan betul.

BMM3106

11

IPGK IPOH AMBILAN FEBRUARI 2012

Isi Pelajaran

badak,darah,badan, darat, badam, balak,todak,

Pengetahuan Sedia Ada

lobak,buruh, gaduh,roboh,jubah ,hodoh, bedak


Murid telah mengenal dan dapat membunyikan suku

Penerapan Nilai
Bahan Bantu Mengajar

kata KVK
Rajin dan Gigih
Slaid power point
Kad perkataan
Kad gambar
Kad suku kata
Petikan
Huruf daripada plat kereta
Lembaran kerja

Alat Bantu Mengajar

Langkah /
Masa
Induksi Set

Lomputer Riba

Isi pelajaran
Teka-tekiKenali Saya

(5 minit)

Aktiviti

pengajaran

dan Catatan

pembelajaran
1 Guru mengedarkan sampul
surat kepada setiap

Teknik : bersoal
jawab

murid.Murid
(rujuk lampiran)

2 murid dikehendaki membuka

BBM : kad huruf

sampul dan menyatakan


huruf tersebut secara idividu
mengikut giliran.
Langkah 1
(10 minit )

Menerangkan

1 Guru memanggil murid untuk

tentang huruf d dan memegang ,merasa dan

Huruf bdan d (plat

b.

kenderaan)

mengikut bentuk huruf


b dan d daripada plat

- menyebut huruf d kereta.


dan b

yang

dibeli.
Kad huruf (power

Murid memegang dan merasa point)


huruf tersebut.

BBB

Guru memapar huruf

riba LCD

(menggunakan slaid power


point) dan memilih murid
BMM3106

Nilai : yakin diri ,

12

komputer

IPGK IPOH AMBILAN FEBRUARI 2012

untuk menyebut huruf d dan


b .
3 Guru membimbing murid
dengan membunyikan huruf
ddan b.
Langkah 2
(15 minit )

4
Memadankan suku1Guru memaparkan slaid

Teknik : soal jawab

kata

Nilai : berani

awalan

atau gambar dan perkataan.

akhiran berdasarkan

Guru meminta murid

BBB : kad suku

gambar.(rujuk

memadankan suku kata pada

kata.

lampiran)

kad gambar secara individu.

Kad gambar

Murid mencatumkan kad suku


kata pada kad gambar.
Langkah 3

Mengedarkan

Guru mengedarkan lembaran

lembaran kerja

kerja.

(rujuk lampiran)

Murid menulis jawapan dalam

Nilai : Usaha dan

lembaran kerja yang

rajin.

diberikan.

Pemulihan dan

Guru membimbing murid

Pengayaan

Perbincangan

semasa aktiviti .
Murid membaca jawapan

Teknik : Penilaian

jawapan

mereka.

lembaran kerja

Guru meneguhkan jawapan

BBB

Penutup

Bersoal jawab

murid.
Guru memaparkan huruf b

kerja
BBB : LCD

(5 minit)

tentang pelajaran

dan d seperti langkah

yang telah dipelajari

pertama.

Teknik :

oleh murid.

Guru dan merumuskan isi

Imbas kembali

Membuat rumusan

pelajaran dan menerap nilai

tentang isi pelajaran

murni.

( 15 minit )

Langkah 4
( 10 minit )

BMM3106

13

Teknik : penilaian

lembaran

IPGK IPOH AMBILAN FEBRUARI 2012

3.0 Menganalisis Masalah Pengajaran Pemulihan dan Pengayaan


Setiap manusia dilahirkan berbeza bukan semuanya dilahirkan
sempurna. Begitu juga dengan anak didik kita.Di dalam kelas pemulihan yang
seramai enam orang dari Kelas 4 Cerdas saya dapati bukan mudah untuk
guru arus perdana seperti saya mengajar Kelas Pemulihan Khas murid yang
perlahan.Cara pembelajaran sistem pembelajaran arus perdana yang lebih
pantas serta aras yang lebih tinggi berbanding aras pemulihan.
Setelah selesai melaksanakan aktivit pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu Kelas Pemulihan (4 Cerdas) pada hari Isnin bertarikh 4 April
2013 selama 60 minit .Saya berpuas hati kerana pengajaran saya berjalan
lancar seperti yang dirancangkan.
Set induksi teki-teki huruf menarik perhatian murid. Ini disebabkan
sampul surat bersaiz A4 yang mengisi huruf menimbulkan rasa ingin tahu
murid apa yang terkandung dalam sampul surat tersebut.Bahan bantu belajar
yang sesuai iaitu dengan huruf ,warna latar menarik dan gambar yang jelas
telah menjadikan permulaan pembelajaran dan pengajaran berlangsung
dengan sempurna.
Dalam langkah pertama saya menggunakan huruf plat kenderaan b
dan d sebagai bahan bantu mengajar agar murid merasa perbezaan antara
kedua-dua huruf tersebut.

Seterusnya tayangan slaid yang memaparkan

huruf b dan ddalam langkah pengajaran pertama. Semasa tayangan slaid


ini ada diselitkan irama muzik yang sesuai dalam slaid power point. Irama
muzik ini telah memberi motivasi kepada murid untuk belajar.
Langkah kedua saya membina bahan bantu mengajar iaitu slaid
gambar dan perkataan serta kad suku kata. Slaid gambar dan perkataan
yang dibina ini merangsang minda murid untuk mengeja dan menyebut
perkataan berdasarkan gambar rangsangan.Manakala kad suku kata bahan
yang dibina dapat dilihat,dipegang dan dirasai oleh murid.Selain itu, kad suku
kata yang dibina memberi peluang kepada semua murid mengambil bahagian
secara aktif seterusnya membantu untuk mencapai objektif saya .
Langkah ketiga aktiviti menulis dengan menggunakan lembaran kerja.
Tujuannya untuk mengesan sejauh manakah murid telah mengenal huruf b
dan d yang menjadi punca masalah. Semasa aktiviti ini sedang dilaksanakan
BMM3106

14

IPGK IPOH AMBILAN FEBRUARI 2012

bagi murid kelas pemulihan yang dapat menyiapkan dengan cepat, guru perlu
memberikan pengayaan iaitu latihan yang lebih sukar daripada yang sedang
dipelajari.
Seterusnya, langkah keempat iaitu perbincangan jawapan. Minta murid
baca jawapan.Betulkan kesalahan bacaan yang dilakukan murid sekiranya
ada. Rangsang murid untuk membaca bersama-sama.Jika murid dapat
membaca kelima-lima baris ayat yang mengandugi huru d dan b dengan
betul , bermakna objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari berkenaan
telah tercapai.Aktiviti bacaan jawapan akan memberi keseronokan,keyakinan
diri, dan murid berasa dihargai apabila jawapan mereka betul dengan pujian
yang diberikan oleh guru.
Akhir sekali, aktiviti penutup saya memapar semula slaid huruf b dan
d sebagai langkah mengukuhkan ingatan murid dengan menyoal huruf yang
dipaparkan. Sebelum mengakhiri pengajaran saya membatu murid-murid
saya merumus isi pelajaran dan menerapkan nilai murni rajin dan berusaha
akan membuahkan kejayaan.
Selepas sesi pembelajaran dan pembelajaran tamat saya berasa
cukup berpuas hati kerana semua aktiviti berlangsung dengan lancar.Namun
begitu murid pemulihan bukan seperti murid biasa mereka mempunyai
masalah masalah yang perlukan perhatian dan tidakan guru.
Antara masalah lain murid pemulihan antaranya ialah masalah
pendengaran. Sekiranya seseorang guru itu peka, semasa guru mengajar ada
segelintir murid suka bercakap dengan nada suara yang kuat. Bukan menjerit
atau terpaksa bercakap kuat kerana kelas bising, sebaliknya murid itu
terpaksa bercakap kuat kerana dia tidak dapat mendengar apa yang
dituturnya.Malah murid tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh
gurunya. Sekiranya guru perihatin, murid ini perlu dirujuk kepada pakar
dengan segera.
Murid murid pemulihan ini tidak boleh memberikan tumpuan dalam
masa yang lama. Mereka hanya dapat memberi tumpuan disekitar 20 minit
awal interaksi sahaja. Mereka akan mudah bosan dan akan membuat bising
di dalam kelas. Apabila keadaan ini terjadi secara tidak langsung akan
mengganggu perjalanan proses pembelajaran dan pengajaran.

BMM3106

15

IPGK IPOH AMBILAN FEBRUARI 2012

Selain itu, murid-murid pemulihan ini lebih suka sesuatu aktiviti yang
seronok, seperti menyanyi, permainan, dan sebagainya. masalah berat mulut
itu bukan perkara biasa. Rata-rata murid pemulihan yang tidak berminat, tidak
ada keyakinan, jemu atau tak suka dipaksa selalunya akan bersikap
sedemikian.Jadi, mengajar bahasa kepada murid-murid pemulihan bukan
dengan teori semata-mata. Murid-murid ini selalunya suka bermain. Ubah
cara belajar anak murid kita daripada

teori (cakap dan sebut) kepada

permainan.Pegang tangan murid jika masalah tulisannya terlalu buruk.Jika


kesalahan yang sangat teruk perlulah diberi latih tubi ejaan.
Pengajaran dan Pembelajaran atau kaedah dan pendekatan guru
yang berbeza. Sesetengah kaedah sesuai bagi pelajar namun mungkin tidak
sesuai bagi sebilangan kecil murid-murid . Maka guru perlu pelbagaikan
kaedah dan teknik pembelajaran dan pengajaran.
Masalah fizikal dan deria,keadaan fizikal yang buruk, kurang makanan,
dan penyakit dikaitkan dengan masalah pembelajaran yang menyebabkan
keadaan fizikal yang lemah akan menggangu penumpuan terhadap
pembelajaran.
Kawalan motor yang lemah serta penglihatan atau pendengaran yang
kurang

baik

menambahkan

lagi

masalah

pembelajaran.

Kecacatan

penglihatan berlaku dalam dua bentuk iaitu rabun dekat dan rabun jauh.
Masalah pendengaran pula akan menjejaskan kebolehan pelajar untuk
membaca.Pendengaran yang baik akan membantu pelajar untuk mendengar
sebutan dan intonasi bacaan guru. Selain itu, masalah pertuturan ini akan
menjejaskan perkembangan bahasa pelajar daripada segi lisan. Kebolehan
bertutur dengan baik adalah disebabkan oleh alat artikulator yang
sempurna.Kecacatan alat ini akan menyebabkan pelajar gagal menyebut
sesuatu perkataan dengan tepat, sebutan bunyi tidak jelas, pic yang berubah
serta tidak konsisten dan intonasi yang tidak jitu.Oleh itu, pelajar akan gagal
membaca dengan sempurna.Kesihatan murid adalah sangat penting bagi
menentukan keberkesanan pembelajaran.
Seterusnya masalah seperti kekurangan makanan berzat akan
menyebabkan pelajar keletihan dan tidak bermaya semasa di dalam
kelas.Pelajar-pelajar yang letih tidak dapat menumpukan perhatian di dalam
kelas.
BMM3106

16

IPGK IPOH AMBILAN FEBRUARI 2012

Faktor mental sangat penting dan jika mental bermasalah maka


keseluruhan

pencapaian

akademik

seseorang

pelajar

akan

terganggu.Masalah mental mungkin disebabkan oleh faktor- faktor seperti


kelahiran awal bulan, kecederaan akal akibat kemalangan atau terjatuh dari
tempat tinggi dan faktor penyakit yang menyebabkan bengkak pada sesuatu
kawasan otak seperti demam yang menyebabkan seseorang individu
mengalami suhu yang tinggi untuk tempoh yang lama.
Masalah emosi selalunya berlaku di rumah yang berpunca dari
keluarga yang tidak harmonis.Ibu bapa yang kerap bergaduh juga akan
menggangu

emosi

pelajar.Faktor-faktor

yang

menyebabkan

pelajar

mengalami kesukaran dalam pembelajaran adalah terlalu kompleks.Ini akan


menjejaskan

pembelajaran

pelajar

dan

guru

perlu

berusaha

untuk

mengurangkan faktor-faktor penghalang itu demi kepentingan pelajar.


Masalah kemahiran lisan dengan kosa kata yang terhad, menggunakan
dialek,menggunakan bahasa ibunda dan lemah ingatan pendengaran.
Masalah kemahiran membaca contohnya

keliru pada huruf yang

hampir sama : b-d, m- w.Keliru pada huruf-huruf besar dan kecil yang berubah
: a-A, b-B. Masalah disleksia : (kail) (kali), (dada) (baba).Tidak dapat
membatangkan suku kata tertutup. Tidak dapat membatangkan perkataan
yang mengandungi lebih daripada dua suku kata. Membaca secara
berlagu.Lemah ingatan penglihatan. Tidak faham bahan yang dibaca. Sukar
membuat hubung kait. Tidak dapat membuat urutan.
Kemahiran menulis seperti

kecondongan dan bentuk huruf tidak

tekal.Huruf besar dan kecil yang bercampur aduk,salah ejaan,kosa kata yang
terhad.
Aliran pemikiran tidak lancar seperti lupa format penulisan. Lemah
dalam penyampaian idea.danlemah dalam penggunaan tanda baca.Dalam
pembelajaran dan pengajaran. Maka guru perlu bijak dalam memilih bahan
pengajaran agar sesuai dengan masalah dan tahap murid-muridnya.Jika
masalah yang serius guru perlukan merujuk doktor untuk memastikan tahap
perkembangan konigtif murid yang bermasalah.
Seiring pembangunan ICT yang semakin maju di negara kita, Abdul
Rahim Razalli, Noor Aini Ahmad dan Kamaliah Ahmad (2005),
memperlihatkan menerusi kajian mereka bahawa teknologi komputer mampu
BMM3106

17

IPGK IPOH AMBILAN FEBRUARI 2012

memudahkan pelajar-pelajar khas, terutamanya pelajar-pelajar bermasalah


tingkah-laku dan bermasalah pembelajaran, mempelajari kemahiran
membaca, menulis, dan mengira.
Penggunaan multimedia dalam pendidikan banyak menarik minat
pelajar dalam pembelajaran kerana ia menarik, senang digunakan, terdapat
kepelbagaian seperti penambahan muzik, video, demonstrasi, malah
pemahaman mereka menjadi lebih berkesan melalui penerangan melalui
gambar-gambar dan tayangan secara langsungSebagai guru membuat bahan
bantu mengajar yang menggunakan ICT untuk bahan yang baik dan cantik
perlunya kemahiran yang tinggi dalam komputer. Saya guru yang bukan
dilatih dalam era melineum ini, agak perlahan untuk memiliki kemahiran
tersebut. Maka saya mengambil inisiatif untuk membina bahan-bahan
pengajaran yang tidak seberapa berasaskan daripada maklumat yang ada
daripada berbagai sumber. Matlamatnya supaya murid faham isi pelajaran
yang disampaikan.Bahan bantu belajar haruslah menarik dan mudah
difahami.Guru perlu bijak dalam memilih bahan pengajaran agar sesuai
dengan masalah dan aras murid-muridnya .
4.0 Memilih dan Menganalisis Bahan Bantu Belajar Pemulihan
Setiap individu mempunyai keperluan, minat, bakat dan
kemampuan mental serta kesediaan belajar yang berbeza .Untuk
mencapai objektif pembelajaran dan pengajaran
perkara mudah kerana

bukanlah satu

memerlukan kesungguhan, kebijaksanaan dan

ketabahan kedua belah pihak iaitu guru dan murid itu sendiri.Keberkesanan
guru yang mengajar di bilik darjah pula tidak akan tercapai dengan baik tanpa
sokongan dan bantuan bahan bantu mengajar yang menarik dan kreatif .
Bahan bantu belajar ialah bahan yang digunakan oleh guru
dan murid untuk membantu guru dalam menyampaikan pengajaran di
dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-bukuteks, papan
hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda
yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua
pancaindera melihat, mendengar, rasa,hidu dan sebagainya,
merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.Atan Long

BMM3106

18

IPGK IPOH AMBILAN FEBRUARI 2012

( 1981: 179-203 ) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga


kumpulan iaitu alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat
pandang-dengar.
Kamus

Dewan Edisi Keempat mendefinisikan bahan sebagai

sesuatu atau beberapa benda yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu


atau untuk sesuatu tujuan. Bahan juga berkaitan dengan hal-hal yang akan
dibincangkan seperti dalam pengajaran dan pembentangan. Kamus Longman
Dictionary of Contemporary English telah memberikan definisi bahan sebagai
information from which a (written) work is to be produced. Pada asasnya,
perkataan bahan dapat diertikan sebagai merangkumi sebagai segala benda,
alat, maklumat dan media yang dapat memenuhi sesuatu tujuan dan bahan.
Alat bantu mengajar berbeza dengan bahan bantu mengajar. Menurut
Abd Ghafar Md Din, alat bantu mengajar merupakan kelengkapan

atau

perkakasan untuk menyampaikan maklumat manakala bahan bantu mengajar


bermaksud bermaksud perisian atau

isi kandungan maklumat yang

disampaikan.Contohnya : OHP ialah alat bantu mengajar (ABM) untuk


menyampaikan isi .Maklumat yang ditulis di atas transparensi ialah bahan
bantu mengajar (BBM) .
Kepentingan bahan bantu mengajar menurut Kamarudin Hj. Hussin seperti
berikut:
memberi rangsangan dan minat murid-muird.
menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak
pemikiran danmengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan
daripada murid-murid.
membekalkan dasar perkembangan pembelajaran
menjadikan pembelajaran lebih kekal
menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah
oleh

cara-cara

lain,menjadikan

pembelajaran

murid-murid

lebih

mendalam dan beragam.


dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan
perbendaharaankata.
mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat
menambahkanlagi bacaan murid-murid.

BMM3106

19

IPGK IPOH AMBILAN FEBRUARI 2012

4.1 Bahan Bantu Belajar Aktiviti Lisan


Dalam memilih dan menganalisis bahan bantu belajar pemulihan dan
pengayaan untuk aktiviti lisan. Lisan merupakan satu daripada kemahiran
yang penting dalam menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa.
Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan terdapat dua aspek kemahiran
kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur. Kanak-kanak mula
menguasai bahasa daripada apa yang didengar dan dialaminya. Dia akan
cuba meniru serta menuturkannya berulang- ulang. Sebagai guru kelas
pemulihan yang akan mengelolakan kelas pemulihan bahan bantu belajar
yang hendak dibina atau dibeli mestilah suara daripada DVD atau CD
menyebut dengan jelas,tepat sebutannya,betul jeda,intonasi suara dan boleh
diulang-ulang.

Suara

yang

menarik

pendengar.

Murid-murid

ialah

pendengar.Suara yang merdu dan jelas tentulah menarik minat murid untuk
mendengar.Dalam CD atau DVD yang dibeli atau slaid power point perlu
dimasukkan muzik latar agar murid lebih terangsang untuk belajar.
Mengikut penyelidikan yang telah dibuat oleh pakar-pakar alat pandang
dengar,

konsep

dan

kefahamandan pengetahuan

leh manusia,75%adalah diperolehi melalui

yang diperolehi

deria pandang,13%

daripada

deria dengar,6%daripada deria sentuh,3% daripada deria rasa,3%daripada


deria bau.

4.2 Bahan Bantu Belajar Aktiviti Bacaan


Seterusnya dalam aktiviti bacaan, tulisannya mestilah sain yang besar dan
jenis tulisan Century Gothic yang hurufnya tidak mengelirukan dan mudah
dibaca. Kad bacaan juga salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran
membaca dalam kalangan murid-murid.Apa yang penting dalam kad bacaan
itu adalah pengisian yang tidak terlalu sarat dengan ayat, huruf, gambar atau
corak serta warna yang melampau.
Membina kad bacaan yang cantik memang satu daya tarikan belajar
kepada kanak-kanak. Tetapi ramai yang kerap membuat kesilapan dengan
BMM3106

20

IPGK IPOH AMBILAN FEBRUARI 2012

meletakkan terlalu banyak ayat atau perkataan dalam kad bacaan, dihiasi
dengan corak serta warna yang terlalu ekstrim menjadikan bahan bacaan itu
tidak kepada matlamat asalnya. Warna latar belakang bagi kad bacaan mesti
menarik warna huruf pula terang dan jelas.
Bagi kad gambar dan perkataan gambar mesti jelas latar belakang
gambar tidak berserabut dan mengganggu penglihatan murid-murid.Bahan
yang dibina perlulah mengikutut kesesuaian dan pelbagai guna. Melihat
situasi kad itu sahaja, kanak-kanak sekadar berminat untuk memegang dan
membelek sahaja. Jadi, berhati-hatilah apabila membina kad bacaan.
Sebaiknya

bahan

yang

dihasilkan

kekal

dan

mesra

serta

tidak

membahayakan murid.
4.3 Bahan Bantu Belajar Aktiviti Tulisan
Bahan bantu belajar pemulihan dan pengayaan untuk aktiviti tulisan mesti
jelas arahannya.Aktiviti penulisan pemulihan dan pengayaan memerlukan
arahan jelas, menarik dan aras yang boleh dikuasai murid.Sebagai bahan
yang menarik minat untuk aktiviti menulis guru boleh memasukkan gambar
yang perlu diwarnakan oleh murid setelah mereka menyiapkan aktiviti yang
telah diberikan.Murid bukan sahaja boleh menggunakan lembaran kerja untuk
aktiviti tulisan. Malah boleh menaip menggunakan komputer. Ini akan
menjadikan murid pemulihan rasa seronok dengan peluang yang diberikan.
Jika kita perhatikan murid yang bijak selalunya menguasai komputer semasa
pembelajaran di dalam kelas arus perdana.
4.4 Mutu Bahan Bantu Belajar
Mutu

bahan bantu

mengajar

bergantung kepada pembinaan

dan pemilihannya sebagai bahan pengajaran. Bahan bantu belajar harus


dipilih sesuai dengan bahan yang hendak kita ajarkan dan sesuai juga dengan
murid-murid yang terlibat. Pembinaannya biarlah mengikut kategori

yang

tertentu seperti jelas (bunyi dan rupa sebutan ), intonasi dan nada,
keharmonian warna ( gambar ) kesesuaian saiz, bentuk huruf atau carta dan
keteguhannya. Bahan itu juga harus mudah dibuat, diperbuat dari bahanbahan yang murah dan boleh didapati secara percuma seperti di jabatanjabatan kerajaan, pejabat pos, pusat beli belah, dan sebagainya.
BMM3106

21

IPGK IPOH AMBILAN FEBRUARI 2012

4.5Kos
Kos bahan juga semakin meningkat dan mahal pada hal penggunaannya
cuma

digunakan

beberapa

kali

sahaja.Guru

perlu

kreatif

seperti

dengan

objektif

menggunakan bahan terbuang sebagai bahan bantu belajar.


Rumusan
Pemilihan

bahan

bantu

mengajar

haruslah

selaras

pembelajaran murid pada hari tersebut. Bahan bantu mengajar yang sesuai
dapat membantu murid lebih memahami pengajaran yang diajar pada hari
tersebut. Bahan haruslah mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan
falsafah pendidikan.Seterusnya,bahan bantu mengajar yang di pilih haruslah
yang boleh membantu pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka.
Bahan-bahan yang digunakan mesti mempunyai unsur intelek (pengetahuan)
dan juga mewujudkan nilai-nilai murni. Pembelajaran yang efektif adalah kunci
kejayaan pendidikan bagi generasi baru akan datang mempunyai daya
kreativiti yang kukuh. Guru sebagai tulang belakang modal insan negara,
perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam pelaksaan sesuatu usaha
pemantapan stratergi pengajaran dan pembelajarannya setiap hari.

BMM3106

22

S-ar putea să vă placă și

  • Cerpen Semantik
    Cerpen Semantik
    Document7 pagini
    Cerpen Semantik
    Linda Md Akhir
    Încă nu există evaluări
  • Rujukan - PSV As
    Rujukan - PSV As
    Document1 pagină
    Rujukan - PSV As
    Linda Md Akhir
    Încă nu există evaluări
  • Rujukan - PSV As
    Rujukan - PSV As
    Document1 pagină
    Rujukan - PSV As
    Linda Md Akhir
    Încă nu există evaluări
  • ISIKANDUNGAN
    ISIKANDUNGAN
    Document1 pagină
    ISIKANDUNGAN
    Linda Md Akhir
    Încă nu există evaluări
  • RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Kom
    RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Kom
    Document4 pagini
    RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Kom
    Linda Md Akhir
    Încă nu există evaluări
  • Gambar Pemerhatian Di Dalam Kelas Semasa Proses Hasil Kerja Seni
    Gambar Pemerhatian Di Dalam Kelas Semasa Proses Hasil Kerja Seni
    Document5 pagini
    Gambar Pemerhatian Di Dalam Kelas Semasa Proses Hasil Kerja Seni
    Linda Md Akhir
    Încă nu există evaluări
  • Ayat Majmuk
    Ayat Majmuk
    Document3 pagini
    Ayat Majmuk
    Linda Md Akhir
    Încă nu există evaluări
  • KaranganGambaran 1
    KaranganGambaran 1
    Document21 pagini
    KaranganGambaran 1
    Linda Md Akhir
    Încă nu există evaluări
  • Kesalahan-Kesalahan Umum 012
    Kesalahan-Kesalahan Umum 012
    Document40 pagini
    Kesalahan-Kesalahan Umum 012
    Linda Md Akhir
    Încă nu există evaluări
  • Banding Beza Prinsip
    Banding Beza Prinsip
    Document4 pagini
    Banding Beza Prinsip
    Linda Md Akhir
    Încă nu există evaluări
  • KaranganCatatan 1
    KaranganCatatan 1
    Document21 pagini
    KaranganCatatan 1
    Linda Md Akhir
    Încă nu există evaluări
  • Kes Tata 4
    Kes Tata 4
    Document27 pagini
    Kes Tata 4
    Linda Md Akhir
    Încă nu există evaluări
  • KaranganUcapan 1
    KaranganUcapan 1
    Document21 pagini
    KaranganUcapan 1
    Linda Md Akhir
    Încă nu există evaluări
  • Ass Moral.0
    Ass Moral.0
    Document11 pagini
    Ass Moral.0
    Linda Md Akhir
    Încă nu există evaluări
  • Pantun Nilai
    Pantun Nilai
    Document2 pagini
    Pantun Nilai
    Linda Md Akhir
    Încă nu există evaluări
  • Assigment PSV Sem 4
    Assigment PSV Sem 4
    Document2 pagini
    Assigment PSV Sem 4
    Linda Md Akhir
    Încă nu există evaluări
  • Rancangan Tahunan Tahun 5
    Rancangan Tahunan Tahun 5
    Document10 pagini
    Rancangan Tahunan Tahun 5
    Mitsuzaka Mitsuka
    Încă nu există evaluări
  • Assigment Literasi 7.9
    Assigment Literasi 7.9
    Document24 pagini
    Assigment Literasi 7.9
    Linda Md Akhir
    Încă nu există evaluări
  • Teknik Cerita
    Teknik Cerita
    Document3 pagini
    Teknik Cerita
    Linda Md Akhir
    Încă nu există evaluări
  • Nota Hiponim
    Nota Hiponim
    Document5 pagini
    Nota Hiponim
    Amanda Wilcox
    Încă nu există evaluări
  • Pantun BHG C
    Pantun BHG C
    Document1 pagină
    Pantun BHG C
    Linda Md Akhir
    Încă nu există evaluări
  • AKHLAK
    AKHLAK
    Document39 pagini
    AKHLAK
    Linda Md Akhir
    Încă nu există evaluări
  • Kesalahan Umum Tatabahasa
    Kesalahan Umum Tatabahasa
    Document2 pagini
    Kesalahan Umum Tatabahasa
    briekda
    Încă nu există evaluări
  • Surat Kiriman Cuti
    Surat Kiriman Cuti
    Document1 pagină
    Surat Kiriman Cuti
    Linda Md Akhir
    Încă nu există evaluări
  • Assigment Literasi 6.9
    Assigment Literasi 6.9
    Document22 pagini
    Assigment Literasi 6.9
    Linda Md Akhir
    Încă nu există evaluări
  • Assig Petaksiran
    Assig Petaksiran
    Document34 pagini
    Assig Petaksiran
    Linda Md Akhir
    Încă nu există evaluări
  • Penjodoh B-K
    Penjodoh B-K
    Document29 pagini
    Penjodoh B-K
    Linda Md Akhir
    Încă nu există evaluări
  • Kata Nama
    Kata Nama
    Document5 pagini
    Kata Nama
    Linda Md Akhir
    Încă nu există evaluări
  • Bidalan
    Bidalan
    Document24 pagini
    Bidalan
    Linda Md Akhir
    Încă nu există evaluări