Sunteți pe pagina 1din 4

PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan
kerja kursus Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia saya yang telah diusahakan selama ini.
Keberhasilan tugasan ini adalah datangnya daripada dorongan dan sokongan daripada
pelbagai pihak. Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah mata pelajaran saya
iaitu En. Salim

bin Md Amin. Beliau

telah banyak membantu saya dalam menyelesaikan

tugasan ini. Beliau sentiasa memberi kata-kata semangat dan sentiasa memberikan maklumat
yang saya perlukan.

Selain itu, saya juga turut ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan
kepada kedua ibu bapa saya kerana telah memberikan sokongan dan dorongan khususnya
dalam menberikan sedikit peruntukan yang diperlukan dalam menyempurnakan tugasan ini.
Dorongan serta sokongan moral yang diberikan mereka menyemarakan lagi semangat saya
untuk menghasilkan sebuah tugasan yang berkualiti dan supaya tidak mudah berputus asa
apabila menghadapi kekangan dalam menyelesaikan tugasan ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya untuk mencari maklumat atau
buntu fikiran. Malahan, mereka banyak membantu saya dengan memberikan idea-idea yang
efektif dan bernas yang dapat saya gunakan dalam menyelesaikan tugasan ini.

Ahkir sekali, penghargaan juga ditujukan khasnya kepada IPG Kampus Dato Razali
Ismail kerana menyediakan infrastruktur yang lengkap seperti kemudahan pusat sumber yang
membolehkan kami mencari sumber maklumat di pusat sumber yang serba indah ini serta
menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan mudah

Sekian, terima kasih.

1.0

PENGENALAN
Dewasa ini, sistem pendidikan di Malaysia berkembang dengan begitu pesat seiring

perkembangan global seantero dunia dalam kalangan negara maju. Oleh itu, kerajaan
menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai panduan utama dalam memajukan
Sistem Pendidikan Malaysia. Untuk menetukan haluan, asas dan inprisasi kepada usaha dan
rancangan dalam memajukan bidang pendidikan maka Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah
digubal. Salah satu perkara yang ditekankan oleh kerajaan dalam membangunkan pendidikan
ialah Pembangunan Modal Insan ini adalah kerana kerajaan memerlukan kepakaran hasil
daripada sistem pendidikan untuk membawa negara ke arah negara maju menjelang tahun
2020. Bagi menjana pembangunan modal insan yang seimbang, aspek jasmani, emosi, rohani
dan interlek sangat diberikan penekanan seperti mana yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Laporan Razak dan Penyataan Rahman Talib serta Akta Pelajaran 1961 dijadikan asas
bagi pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu Pendidikan di Malaysia adalah suatu
usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan hormonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
(Kamarudin Hj Husin & Kamarul Azhar, 1994).
Seperti yang kita sedia maklum, Negara kita Malaysia adalah sebuah negara yang
sedang membangun setelah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Justeru itu, agak
penting bagi kita mempunyai falsafah pendidikan kita sendiri. Setelah menyedari hakikat
tersebut, maka pada tahun 1988, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berdasarkan
dokumen-dokumen dasar dan ideology negara. Kini, FPN dikenali sebagai Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).
Secara ringkasnya (FPK) menggariskan segala istilah, pemikiran, dan prinsip berkaitan
dengan bidang pendidikan negara di negara kita. Dengan kata lain, ia menggabungkan
matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entity keseluruhan yang
tekal, jelas dan logik.

2.0

PENULISAN AKADEMIK-1

PENDAPAT,

PANDANGAN,

HUJAH,

ANALISIS

DAN

RUMUSAN

MENGENAINYA

RELEVENNYA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN(FPK)


Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia
dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Dengan adanya FPK, maka sistem
pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan
mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem
pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi
iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara.
Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan
bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik.
Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik,
seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling
penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. FPK melihat individu dalam beberapa
lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan
kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan
hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan
negara.
Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik,
seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling
penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. FPK melihat individu dalam beberapa
lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan
kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan
hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan
negara.
Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat
memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia
secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat
dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti. Berikut
merupakan perincian yang dihuraikan oleh pengkaji mengenai FPK.

2.0.1 Pendidikan merupakan suatu usaha berterusan


Pendidikan merupakan suatu proses dalam memperoleh ilmu, yang mana pemindahan
kemahiran serta unsur unsur seperti nilai-nilai murni dalam diri setiap individu cuba untuk
diterapkan semasa dalam proses menerima pendidikan. Proses ini mungkin sahaja berlaku
secara langsung atau tidak langsung kerana manusia sentiasa menerima pendidikan secara
berterusan sejak dari kecil lagi hingga ke akhir hayat. Pendidikan boleh dibahagikan kepada
dua iaitu Pendidikan Tidak Formal dan Pendidikan Formal. Pendidikan Tidak Formal bermula di
rumah manakala pendidikan formal pula merupakan satu bentuk pendidikan yang mempunyai
sukatan pelajaran, mempunyai sistem peperiksaan serta lain-lain lagi.
Usaha kerajaan yang mengalakkan guru-guru untuk terus belajar bagi memberi peluang
kepada mereka untuk menyambung pelajaran ke tempat yang lebih tinggi menunjukkan bahawa
kerajaan sangat menekankan budaya belajar sepanjang hayat. Pendidikan yang berterusan
adalah sangat penting kerana ia dapat membantu individu dalam menyesuaikan diri dengan
sesuatu perubahan yang berlaku di dalam kehidupan. Bukan itu sahaja, pendidikan awal
kanak-kanak adalah amat penting bagi membentuk sahsiah dalam diri individu. Hal ini kerana,
pendidikan yang baik sejak kanak-kanak adalah sangat membantu dalam membina sahsiah
seseorang individu. Bertitik tolak daripada itu, sahsiah seseorang akan terus berkembang dari
semasa ke semasa sehingga membawa kepada kelahiran individu yang berpendidikan serta
mempunyai sahsiah yang baik.

S-ar putea să vă placă și