Sunteți pe pagina 1din 4

AEEA 3343: SEJARAH PERISIKAN DALAM ERA PERANG DUNIA KE-2

30/10/2014
RIAN NORDIANSYAH BIN RAMLI (AEE120044)

Soalan 2: Bincangkan peranan yang dimainkan oleh Nakano Spy


School dalam sejarah perkembangan perisikan
Jepun.
PENGENALAN

Sejarah perisikan atau pengintipan seb agai asas pengkajian dan


merujuk kajian sejarah yang menjadikan perisikan sebagai subjek
kajiannya
Meliputi organisasi perisikan, tokoh-tokoh perisikan, malahan segala
hal berkaitan perisikan
Risikan atau intellingence merujuk keupayaan sesuatu pihak untuk
memahami dan menjangka sesuatu perkara berbentuk ketenteraan,
pertahanan, kekuatan musuh dan kemudiannya mengambil
tindakan susulan berdasarkan maklumat tersebut
Perkembangan perisikan Jepun bukan bermula dengan Nakano Spy
School, sebaliknya akademi tersebut menyambung legasi perisikan
Jepun yang terdahulu
Penggabunggan tradisi silam iaitu Ninjitsu dan perisikan moden
melahirkan sebuah akademi khas untuk perisikan iaitu Nakano Spy
School (Rikugun Nakano Gakko)
Tentera Empayar Jepun (IJA) menubuhkan Nakano School sekitar
tahun 1938 untuk melatih perisik bagi tujuan ketenteraan serta
konflik dengan negara-negara asing
Sepanjang 7 tahun, NSC mengeluarkan hampir 3000 orang pegawai
perisikan dimana sebahagian memasuki Staf Jeneral Angkatan
Tentera (AGS) dan sebahagian lagi menjalankan beberapa operasi
perisikan di China, Asia Tenggara termasuk Burma
Lulusan akademik ini, pada asalnya diharapkan untuk mengumpul
maklumat di seluruh dunia dalam jangka masa panjang kemudian
diperintahkan untuk memimpin kumpulan-kumpulan gerila sebagai
sebahagian pertempuran akhir sekiranya kepulauan Jepun diserang

ISI

Penubuhan Nakano Spy School


Tentera Jepun pada akhir 1937 bersiap sedia untuk berperang di
China dan akan menentang salah satu kuasa besar di negara
tersebut

Setahun kemudiannya, Jepun berjaya menawan Manchuria sebagai


kawasan jajahan dan juga persediaan bagi menghadapi serangan
Rusia
Oleh itu, pemimpin tertinggi ketenteraan di Tokyo membincangkan
cara bagi memperkuatkan Tentera Emperial Jepun
Biro Pentadbiran Tentera Kementerian Peperangan Jepun melantik
sebuah suruhanjaya khas bagi menubuhkan dan menguruskan
Nakano Spy School (NSC):
i. Lt. Col. Akikusa Shun, seorang pegawai perisikan yang
aktif di Siberia dan merupakan Pengarah Pertama NSC
ii.
Lt. Col. Iwakuro Hideo, seorang pegawai tentera yang
mementingkan perisikan dalam aktiviti ketenteraan dan
juga merupakan orang pertama menyertai suruhanjaya
iii.
Lt. Col. Fukumoto Ryuji, seorang pegawai perisikan
veteran
yang
bertugas
di
pasukan
polis
tentera(Kempeitai) dan timbalan pengarah
Mencerminkan visi saintifiknya, Nakano School melatih pelajarnya
untuk bercakap bahasa asing, memecahkan kod, memakai
penyamaran, menyusup, penggunaan senjata api, bahan letupan
mengendalikan, mengendalikan kereta dan kapal terbang, dan
menggunakan taktik gerila The Inada Factory
Kursus yang turut disediakan seperti falsafah, sejarah, peristiwa
semasa, dan seni mempertahankan diri seperti aikodo dan kendo
serta menjemput guru ninja
Mejar Ito, seorang pahlawan pedang yang mahir dan merupakan
guru yang bertanggungjawab dalam topik spritualpenuntut NSC
Ejen Perisik Nakano Spy School
Seramai 3000 pelajar daripada NSC berjaya menamatkan pengajian
mereka sebagai pegawai perisik profesional untuk tempoh 7 tahun
Kumpulan kelas pertama yang berjaya menghabiskan pelajaran di
NSC pada Julai 1939 diambil sebagai pegawai analisis ketenteraan
di 2nd Bureau's Russia Section dalam angkatan Tentera Empayar
Jepun
Namun kebanyakan lepasan NSC tersebut ditugaskan sebagai ejen
perisik di kawasan-kawasan taklukan musuh seperti Hawaii, Filipina,
sempadan Rusia-Manchuria, Asia Tenggara, India dan juga Eropah
Mereka memasuki kawasan tersebut sebagai wartawan, rakyat
China, sami Buddha, pegawai diplomatik, kelasi dan lain-lain
Antara lepasan NSC yang terkenal seperti Onada Hiro (Filipina),
Inomata Jinye (Rusia), dan Suzuki Kenji (Burma)
Onoda Hiro misalnya merupakan antara perisik Jepun paling setia
dan terkenal kerana persembunyiannya selama 3 dekad di hutan

Pulau Lubang, Filipina hanya kerana tidak mahu mengaku kalah dan
tidak percaya Jepun kalah dalam PD2

Perisikan Di Asia
Setelah keputusan untuk mengatur serangan ke atas Pearl Harbour
dan koloni-koloni Eropah di Asia Tenggara, perisik-perisik daripada
NSC mula beroperasi di beberapa kawasan Asia
Stephen C. Mercado dalam nukilannya, menggelarkan bahawa
operasi tersebut sebagai to liberate Asia
Salah satu kumpulan periskan yang terkenal adalah Minami Kikan
(Organisasi Selatan) di Burma
Organisasi tersebut ditubuhkan pada Februari 1941 di bawah
kawalan Col. Suzuki Kenji yang terdahulu memasuki Burma pada
1940 sebagai wartawan Jepun yang bernama Minami Masuyo
Keahlian agensi tersebut dianggotai oleh pegawai NAVY Empayar
Jepun, rakyat Jepun yang berpengalaman luas di Asia Tenggara,
aktivis Burma termasuk juga lepasan NSC sendiri
Sebelum peperangan, organisasi ini melatih orang Burma untuk
menghadapi peperangan dan juga membekalkan bantuan
kelengkapan ketenteraan kepada Tentera Negara Burma
Selain daripada itu, pegawai perisikan daripada NSC juga
membentuk Fujiwara Kikan pada September 1941
Diasaskan oleh Mejar Fujiwara Iwaichi, bertujuan mengesan dan
membantu golongan-golongan anti-British di Tanah Melayu
Golongan tersebut yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan
India didekati oleh Fujiwara Kikan bagi tujuan memudahkan
serangan Jepun terhadap British di Tanah Melayu
Berpusat di Bangkok, Thailand, ahli Fujiwara Kikan menyamar
sebagai pegawai kerajaan, pedagang dan juga penyambut tetamu di
hotel-hotel kenamaan
Seterusnya, Fujiwara Kikan juga berfungsi dalam usaha
menjatuhkan British di India dengan penubuhan Tentera
Kebangsaan India (INA)
Wujud pelbagai operasi di Asia terutama di Indonesia, Filipina,
China, Australia dan juga kawasan kepulauan Laut Pasifik

Alternatif ke Perang Gerila


Setelah tercetusnya peperangan, perisik daripada NSC ditugaskan
kepada tugasan yang berbeza iaitu menggunakan kemahiran
mereka untuk tujuan serangan gerila
Hal ini terjadi kerana peperangan berlaku kurang berpihak kepada
Jepun dan ini menyebabkan pentadbiran tentera mengarahkan

latihan dan aktiviti perisikan ditukar kepada latihan dan aktiviti


gerila
Untuk tujuan itu, NSC membuka cawangan khas untuk melatih
komando pada 1944
Cawangan Futamata ditubuhkan dimana kelas asing dan latihan
yang tidak berkaitan dengan taktik gerila dihapuskan
Turut dikurangkan adalah tempoh latihan yang asalnya dua tahun
kepada 6 bulan seterusnya tiga bulan sahaja
Dalam masa yang singkat, seramai 2000 lepasan yang mempunyai
pengetahuan dan taktik dalam serangan gerila dan ditempatkan di
kawasan Selatan serta seluruh kawasan kepulauan Jepun
NSC merupakan langkah yang penting dalam usaha tentera Jepun
mempertahankan negara itu
Hal ini kerana NSC mempunya rantaian perisikan yang terlatih dan
juga unit komando yang mampu mensabotaj musuh daripada
belakang
NSC ditugaskan sebagai salah satu kompenan penting dalam
kempen terakhir sekiranya Jepun diserang
Malahan pegawai tertinggi tentera Jepun mengarahkan keseluruhan
ahli NSC untuk berjuang mati-matian sebelum mengaku kalah

PENUTUP
Walaupun pelbagai peranan dimainkan oleh NSC dalam
perkembangan perisikan Jepun serta Perang Dunia Ke-2, akhirnya
akademi tersebut musnah di penghujung peperangan
Serangan bom atom terhadap Hiroshima dan Nagasaki telah
menyebabkan tentera Empayar Jepun mengaku kalah pada 15 Ogos
1945
Namun pentadbiran tertinggi tentera telah mengarahkan Mejar
Jeneral Yamamoto Hayashi, Pengarah NSC yang terakhir untuk
melupuskan semua bahan bukti dan menutup Nakano Spy School

Sumber:
i. The Shadow Warriors of Nakano: A History of the Imperial Japanese
Army's Elite Intelligence School. by Stephen C Mercado
ii.
F. Kikan: Japanese Army Intelligence Operations in Southeast Asia
During World War II. By Fujiwara Iwaichi
iii.
No Surrende: My Thirty-Year War. By Hiroo Onoda, translate by
Charles S.Terry
iv.
Sejarah Perisikan Di Malaysia. By Azaharudin Mohamed Dali

S-ar putea să vă placă și