Sunteți pe pagina 1din 6

Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan hakim dan seterusnya hadirin sekalian.

Tujuh pemuda yang beriman,


Digelar ASHABUL KAHFI,
Merana hidup di zaman Daqyanus,
Terdapatnya raja yang zalim.
(nasyid)
Pada zaman Daqyanus di Kota Apsus terdapatnya seorang raja Daqyanus yang tidak
beriman kepada Allah. Beliau sangat zalim dan sering melakukan kemungkaran,
penindasan dan kebathilan. Hal ini membuatkan tujuh orang pemuda yang beriman
kepada Allah tidak menyenangi dengan perbuatan raja zalim itu.


Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda Yang beriman kepada Tuhan
mereka, dan Kami tambahi mereka Dengan hidayah petunjuk.
Surah al-Kahfi ayat 13
Hadirin sekalian,
Marilah kita contohi tujuh pemuda yang bertaqwa ini. Hal ini kerana, dunia
kini memerlukan pemuda harapan bangsa dan pemudi tunggak utama.
Dengan ini, pemuda dan pemudi dapat menjauhi perbuatan merempit yang
tiding mendatangkan faedah kepada Negara.

Diberi dua pilihan kepada tujuh pemuda,

Meninggalkan agama dan diugut memenggal kepala,


Atas dasar keimanan tujuh pemuda,
Agama Allah menjadi pilihan utama
(pantun)

Raja zalim itu mengetahui keimanan tujuh pemuda tersebut. Mereka


diberikan dua pilihan. Pilihan yang pertama adalah dengan meninggalkan
agama Allah. Yang kedua diugut untuk memenggalkan kepala mereka.
Tujuh pemuda turut berbincang bersama-sama,
Apakah tindakan yang seterusnya,
Raja zalim memberi tempoh cuma sehari,
Demi keimanan mereka bersembunyi di gua.
(nasyid)
Di dalam surah al-Kahfi ayat 10 yang berbunyi :


"Wahai Tuhan kami! kurniakanlah Kami rahmat dari sisimu, dan berilah
kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada Kami untuk keselamatan
agama kami".
Kawan-kawan yang saya sayangi,
Pengajarannya disini adalah usaha dan bertawakal. Marilah kita contohi
kecemerlangan Nik Nur Madihah yang mendapat 20A di dalam peperiksaan
SPM 2008. Walaupun beliau mempunyai latar belakang keluarga yang sudah
tetapi hasil usaha,berdoa dan bertawakal akhirnya membuahkan hasil yang
cemerlang akademik dan pembentukan akhlak yang mulia.

Kekuasaan Allah tidak terbatas,


Memberi pertolongan kepada orang yang beriman,
Tujuh pemuda beradu mimpi lamanya,
Bersama anjing Qitmir sebagai peneman.
(sajak)
Dengan

kesungguhan

tujuh

pemuda

tersebut

berdoa

maka

Allah

memberikan perlindungan dengan menutup pendengaran mereka yakni


Allah telah memberikan mereka tidur sehingga 309 tahun. Anehkan kawankawan? Namun itulah kekuasaan Allah yang Maha Berkuasa. Mereka juga
ditemani bersama-sama seekor anjing yang bernama Qitmir. Allah telah
menjaga mereka dengan tubuh tidak dimakan oleh tanah dan dengan
keadaan mereka sedang berjaga. Sungguh pelik kita mendengarnya tetapi
itulah kebesaran Allah yang hendak ditunjukkan kepada kita.


Maksudnya: jika Engkau melihat mereka, tentulah Engkau akan berpaling
melarikan diri dari mereka, dan tentulah Engkau akan merasa sepenuhpenuh gerun takut kepada mereka.
Surah Al-Kahfi ayat 18
Hadirin sekalian,
Seekor anjing pun dapat memberi sumbangan kepada sejarah Islam, inikan
pula kita yang sempurna?. Oleh itu, contohilah Dr.Sheikh Muzaffar Syukur
yang merupakan angkasawan Islam yang pertama.
Pancaran matahari terjagalah tujuh pemuda,
Masing-masing kehairanan tak terhingga,
Merasakan beradu hanya sekejap cuma,
Apabila zaman bertukar zaman rupanya

(pantun)
Berapa lama kita tidur ya? Mereka kehairanan.
Di dalam surah Al-Kahfi ayat 19:


Maksudnya: dan Demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya),
supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri.

Disebabkan lapar, seorang wakil dalam kalangan mereka telah ke kota


dengan

membawa

wang

perak.

Alangkah

terkejutnya

beliau

apabila

mendapati semuanya berubah dan wang peraknya tidak digunakan lagi.


Barulah pemuda tersebut sedar bahawa mereka sudah tidur terlalu lama.
Kawan-kawan,
Hikmahnya disini adalah hari kebangkitan selepas Kiamat. Sesungguhnya
janji Allah itu pasti. Oleh itu, jadilah kita insane yang taat kepada Allah dan
menghindari diri daripada mempercayai musuh Islam tentang ramalan hari
Kiamat yang direka-reka cerita oleh mereka.
Legalah kini Ashabul Kahfi,
Raja soleh pula memerintah.
(Pantun)
Tujuh pemuda merasa bersyukur kerana dikurniakan Raja soleh dan rakyat
yang

beriman

kepada

Allah.

Apabila

raja

memberikan

layanan

istimewa,mereka menolak kerana pemuda tersebut sudah bersyukur dapat


menyaksikan seluruh kota tersebut beriman kepada Allah.


Maksudnya: dan Demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang
ramai supaya orang-orang itu mengetahui Bahawa janji Allah menghidupkan
semula orang mati adalah benar,
Surah Al-Kahfi ayat 21
Sujud memohon perkenan Allah
Agar kembali ke rahmatullah
Doa diperkenan berakhirlah kisah
Dirakam Al-Quran menjadi sejarah
(syair)
Hadirin sekalian,
Iktibar daripada kisah Ashabul Kahfi ini adalah bersyukur dan redha di atas
ketentuan

Allah.

Tujuh

pemuda

ini

meninggal

dunia

bukan

kerana

membunuh diri tetapi atas permintaan mereka sendiri. Dengan ini, janganlah
kita mengambil langkah membunuh diri tanpa meletakkan agama Allah
dihadapan dalam membuat keputusan seperti mana kes bunuh diri yang
berlaku sejak akhir-akhir ini.

S-ar putea să vă placă și