Sunteți pe pagina 1din 7
UNIVERSITI MALAYA PEPERIKSAAN IJAZAH SARJANA MUDA JURISPRUDENS (EKSTERNAL) SES! AKADEMIK 2009/2010 LXEC 2104:EKUITI DAN AMANAH Julai 2010 MASA: 3 Jam 15 Minit Calon-calon dinasihatkan supaya menggunakan masa 15 minit yang pertama untuk membaca soalan-soalan dengan teliti. Jawab EMPAT (4) soalan. Satu (1) SOALAN daripada Bahagian A, SATU (1) soalan daripada Bahagian B, SATU (1) soalan daripada Bahagian C dan SATU (1) soalan daripada mana-mana Bahagian. Statut-statut berikut akan dibekalkan kepada calon-calon: Akta Pemegang Amanah 1949. The Trustees Act 1949 Akta Wasiat 1959. Wills Act 1959. een > (Kertas soalan ini mengandungi 8 soalan di dalam 7 halaman yang dicetak) LXEC 2104:02 1. “We have as a matter of fact adopted freely in these states a great mass of English rule of law and equity ... either directly or derivatively”. Per Sproule J in the Re The Will of Yap Kim Seng (1924) 4 FMSLR 313 Bincangkan kenyataan di atas dengan merujuk kepada seksyen 3 dan 6 Akta Undang-Undang Sivil 1956 dan kes-kes yang relevan yang telah di putuskan. (100 markah) 2. “Ekuiti memandang kepada niat dan bukan bentuk rupa’. Terangkan kepentingan maksim ini dalam undang-undang amanah. (100 markah) 3. Julia, mempunyai suatu butik yang menjual pakaian wanita di City Point, di Kuala Lumpur. Julia berhutang kepada Purple Velvet Suppliers Sdn Bhd (“PVS”) sejumlah RM1 juta untuk kain-kain yang telah dibelinya dalam tempoh beberapa bulan yang lalu. Dia mendapat suatu kontrak untuk mereka bentuk dan membekal gaun-gaun malam wanita dengan harga RM1 juta bagi sebuah syarikat bernama Supreme Beauty Sdn Bhd, untuk dipakai oleh calon-calon pertandingan ratu cantik di China Town. Dia telah menyiapkan tugas itu mengikut jadual tetapi masih belum dibayar lagi. Untuk memulakan perniagaannya, Julia telah meminjam wang daripada kakak sepupunya Renai pada tahun 1999, Pada awal tahun ini, apabila Renai meminta pembayaranbalik pinjaman itu, Julia telah menyerahak kepadanya secara bertulis, wang yang akan di bayar padanya oleh Supreme Beauty. Esok harinya, PVS juga mendesak untuk dibayar, dan Julia menyerahak sekali lagi kepada syarikat itu, hutang yang sama. PVS dengan serta merta mengeluarkan notis penyerahakan itu, dan menghantarkannya dengan tangan kepada Supreme Beauty suatu notis penyerakkan itu. PVS telah dibayar wang itu dengan serta merta. Dua hari kemudian, Supreme Beauty menerima melalui pos biasa, notis penyerahakan itu daripada Renai. Renai meminta nasihat daripada anda sama ada Supreme Beauty Sdn Bhd boleh diarahkan untuk membayar wang itu kepadanya, memandangkan bahawa dia mempunyai penyerahakan statutori, dan hutang itu telahpun di serahhak kepadanya secara bertulis. Nasihatkan Renai. (100 markah) LXEC 2104:03 BAHAGIAN B 4, Jawab SAMA ADA (a) ATAU (b). (a) Arnold adalah seorang akauntan yang bertindak bagi pihak pemegang-pemegang amanah sebuah amanah hartanah. Maklumat yang diperolehinya semasa bertanya bagi pihak amanah, menunjukkan bahawa_ sekiranya seorang menawar untuk memperolehi kepentingan mengawal syer dalam Goldhill Bhd., dan seterusnya mengikiskan daripada Goldhill semua aset-aset cair syarikat itu, keuntungan yang lumayan boleh didapati. Arnold mengetahui bahawa pemegang-pemegang amanah, secara polisi biasa, tidak akan melibatkan diri dalam pengikisan harta. Arnold menjalankan pelan itu bagi faedahnya sendiri, tanpa berunding dengan pemegang- Ppemegang amanah. Selepas merancang dan berusaha bersungguh-sungguh, dia telah menghasilkan keuntungan yang lumayan. Pemegang-pemegang amanah sekarang menuntut keuntungan itu. Nasihatkan Arnold. (100 markah) ATAU (b) “Kategori-kategori amanah-amanah tersirat tidak tertutup.” Dengan merujuk kepada kes-kes yang telah diputuskan bincangkan sama ada ini adalah kenyataan undang- undang yang tepat. (100 markah) LXEC 2104:04 5. — Sebelum dia meninggal dunia pada tahun 1972, Mathavan telah menubuhkan sebuah amanah keluarga di Penang. Dia telah melantik sahabat-sahabatnya Arumugam, Bakar dan Chong, sebagai pemegang amanah. Arumugam yang kini berusia 80an, agak terketar-ketar, dan tidak berapa tahu tentang kewangan dan pelaburan-pelaburan moden. Dia tidak boleh, dan tidak ingin mempelajari apa-apa tentang e- kewangan dan e-perbankan. Walau bagaimanapun, dia amat berhemat dan taatsetia, dan meskipun pemegang-pemegang amanah lain serta semua benefisiari meminta supaya dia bersara, Arumugam masih lagi berhasrat untuk “menunai janji terakhir saya kepada simati, sahabat karib saya yang benar’dan “saya akan menjaga kepentingan keluarga simati selagi saya masih hidup”” Jawab soalan_ berikut, dengan mengolah _ satu-satunya berasingan: (a) Apakah, sekiranya ada, yang boleh dilakukan oleh pemegang-pemegang amanah atau pun benefisiari- benefisiari berkenaan dengan Arumugam? (b) Anggapkan yang nilai amanah keluarga telah naik empat kali ganda semenjak 2004. Benefisiari -benefisiari merasa bahawa sebahagian daripada dana itu seharusnya dibahagikan kepada mereka untuk pembelian rumah kediaman yang baru dan sebahagian besar diberi untuk membeli keahlian dalam kelab-kelab mewah, dan wang lain digunakan untuk pembelian bon-bon kerajaan, tetapi pemegang amanah enggan berbuat demikian. Bolehkah pemegang-pemegang amanah di paksakan untuk berbuat demikian? (c) | Ketiga-tiga pemegang amanah tinggal di Johor Baru. Benefisiari-benefisiari mahu pemegang-pemegang amanah yang sedia ada meletak jawatan supaya orang yang tinggal di Pulau Pinang dapat dilantik. Mereka merungut untuk melucut pemegang-pemegang amanah itu sekiranya mereka tidak meletak jawatan dengan sukarela. Apakah yang harus dilakukan oleh pemegang-pemegang amanah? (d) Chong, seorang ahli perniagaan, mempunyai banyak urusan perniagaan di luar negeri. Dia seringkali berada di luar negeri, Adakah ini suatu alasan yang mencukupi untuk melucutkan dia daripada jawatannya? (100 markah) LXEC 2104:05 6. Kaya adalah seorang pengilang alat mainan kanak-kanak. Yong, ejennya, diupah untuk membeli cat yang tidak beracun untuk alat-alat mainan itu. Yong menerima bayaran komisyen secara rahsia sebanyak RM80,000 daripada Vellu seorang pengilang cat yang tidak beracun. Vellu diberi keutamaan atas pembekal-pembekal lain dan diberi berbagai kontrak. Yong memasukkan wang RM80,000 yang diterimanya itu kedalam akaun banknya yang mengandungi RM20,000 wang nya sendiri dan RM40,000 daripada tabung amanah yang mana dia (Yong) adalah seorang pemegang amanah. Yong kemudian mengeluarkan daripada akaun itu: (a) | RM20,000 yang digunanya untuk membeli syer-syer dalam satu syarikat pelombongan timah; (b) RM60,000 yang digunakan untuk membeli sebidang tanah; dan (c)_ RM60,000 yang digunakan untuk bercuti di Bali Syer-syer tersebut sekarang bernilai RM100,000 dan tanah itu berniai RM70,000. Nasihatkan Kaya dan benefisiari amanah itu (100 markah) LXEC 2104:06 Bahagian C 7 Dr Jim Parker mempunyai sebuah klinik perubatan di Petaling Jaya New Town. Pada 2005, dia meminta kawannya Samy, seorang peguam yang pejabatnya bersebelahan, untuk membuat suatu wasiat paginya. Dalam wasiat itu dia hanya meninggalkan "segala wang, syer- syer dalam syarikat-syarikat, tanah pertanian di Sabah dan Sarawak, dan faedah daripada polisi-polisi insuran yang telah saya beli untuk isteri kesayangan saya yang taat setia.” Wasiat itu di saksikan oleh kawan-kawan mereka Joni dan Juli Tidak lama kemudian, Jim telah didiagnos dengan penyakit kanser hidung. Dia telah menjalani terapi sinaran (radiation) di Pusat Perubatan UM, tetapi dia sentiasa merungut tentang “sakit kepala yang amat tenat, dengan kesakitan yang tidak tertahan, yang tenat dan mencucuk-cucuk”. Dia mula memperskripsikan ubat untuk dirinya sendiri. Apabila ubat tahan sakit biasa tidak menghentikan kesakitannya, dia menggunakan dos steroid yang tinggi untuk memberi sedikit kelegaan kepadanya. Walau bagaimanapun dos ubat yang tinggi dan yang berlanjutan itu membawa kepada kelemahan otot, dan kesan-kesan psikatrik termasuk kemurungan, insomnia dan schizophrenia. Oleh kerana kesakitan psikiatrik itu, dia seringkali berkelakuan ganas dan kelakuannya itu telah menimbulkan kontlik dengan isterinya. Pada satu hari, ketika dia banyak naik marah, dia telah keluar daripada rumah kediaman mereka dan berpindah ke rumah ahli keluarganya, supaya jauh daripada “isterinya yang mengome"”. Jim telah meninggal dunia pada bulan Disember tahun yang lepas di rumah adiknya, Max Parker. Atas kematiannya Jessy telah diberi tahu yang suaminya telah membuat satu wasiat yang lain pada awal 2009. Wasiat Itu dikatakan sebagai “wasiat yang terakhir” dimana dia telah meninggal RM1 kepada isterinya, dan bahagiannya dalam rumah kediaman keluarga mereka diberikan kepada ibunya, dan “segala harta-harta saya yang lain dibahagi sama rata, diantara kedua adik saya, yang merupakan keluarga saya yang sebenar.” Wasiat yang baru itu telah ditaipkan. Kedua adiknya Max dan Fred dinamakan sebagai wasi-wasi. Sebagai tandatangan, wasiat itu menggunakan “initial” Jim Parker iaitu “JP”. Wasiat itu disaksikan oleh Jannie, isteri kepada Max dan juga oleh Pete, seorang jururawat lelaki yang menjaga Dr Parker semasa kesakitannya. 8. LXEC 2104:07 Apabila Max dan Fred memohon di mahkamah untuk probel wasiat itu, balu Jim Parker, Jessy, memasukkan sebuah kaveat untuk menghalang mereka mendapat probet tanpa memberi notis kepadanya. Nasihatkan Jessy atas undang-undang mengenai pembuatan wasiat dan sekiranya ada dasar, atas mana dia mungkin boleh menyangkal dan membuktikan bahawa wasiat yang kedua itu tidak sah. (100 markah) Jawab KESEMUA (a), (b) DAN (c). (a) DAN (b) DAN (c) Terangkan jenis-jenis estet dan secara ringkas, huraikan pagaimana estet-estet ditadbirkan. (30 markah) Apakah makna “small estate” di bawah Small Estates Distribution Act 1955? Terangkan bagaimana pentadbiran estet itu berlainan daripada pentadbiran estet lain. (35 markah) Abel berumur 17 tahun. Kakaknya Myryem yang berusia 24 tahun, berkerja sebagai seorang penyelia di sebuah kilang berdekatan dengan rumahnya, tetapi masih tinggal dirumah keluarganya bersama dengan Abel, ibu dan neneknya. Bapa Abel, Cain, telah meninggal dunia enam tahun yang falu dan keluarganya baru sahaja dapat tahu bahawa dia telah meninggalkan semua hartanya kepada gundiknya Eva. Kawan Abel, seorang pelajar undang- undang mengatakan kepada Abel bahawa wasiat ayahnya yang nampaknya telah memenuhi segala formaliti yang perlu, berkuatkuasa atas kematian Cain. Abel merasa bahawa apa yang telah terjadi amat tidak adil dan meminta nasihat daripada anda sama ada ada jalan bagi dia dan ahli-ahli keluarganya masih boleh mendapatkan bahagian yang wajar daripada estet ayahnya. Nasihatkan Abel (35 markah) 00000000

S-ar putea să vă placă și