Sunteți pe pagina 1din 4

Bismillahirahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung tahniah kepada
semua pegawai CFS yang telah hadir pada mesyuarat ProJKRM yang telah berlangsung pada
29 Mac 2010 yang lepas. Kepada yang tidak dapat hadir, tidak mengapa, pihak pertubuhan
CFS juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan yang telah diberikan
dengan menjadi ahli ProJKRM.

Untuk makluman semua, kita telah berjaya mencapai target utama kita untuk menjadi
majoriti dalam pertubuhan ProJKRM ini. Dengan mencapai jumlah keahlian yang tinggi
dalam pertubuhan ini, adalah diharapkan agar nasib kita semua akan lebih terbela dan kita
akan menjadi perhatian utama pihak pertubuhan ProJKRM.

Antara langkah pihak pertubuhan ProJKRM untuk membela nasib pegawai CFS seperti yang
telah diucapkan oleh presiden pertubuhan ialah :

a) Kertas kerja yang telah kita siapkan untuk menyokong usul kita akan dibawa dan
diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri semasa sesi perjumpaan pegawai
professional dengan TPM yang akan diadakan nanti.
b) Ketua Pengarah sudah sedia maklum mengenai permasalahan pegawai kontrak
c) Pihak SPA telah pun meminta senarai nama semua pegawai CFS (berjumlah 663
orang) untuk diambil tindakan susulan.
d) Usul pegawai CFS yang telah dibacakan pada hari mesyuarat tersebut akan
diminitkan dan akan dibawa ke mesyuarat MBJ untuk diperbincangkan dengan lebih
lanjut dengan pihak atasan.

Pihak perwakilan CFS berharap agar lebih ramai pegawai CFS akan menyertai pertubuhan
ProJKRM sebagai salah satu usaha untuk kita bersama-sama terus berjuang dalam
menentukan masa depan kita. Pihak perwakilan sedar perkara ini sedikit membebankan
pegawai-pegawai CFS kerana perlu mengeluarkan sedikit modal untuk menyertai
pertubuhan ini, tetapi apakah nilainya RM60 berbanding masa depan kita semua. Setiap
perjuangan memerlukan pengorbanan. Jadi,pihak perwakilan menyeru kepada semua
pegawai CFS untuk menyertai pertubuhan ProJKRM ini. Jika kita seramai 663 orang ini
menjadi ahli pertubuhan ProJKRM ini, maka kita adalah majoriti dan segala hal-hal yang
ingin disuarakan akan diambil perhatian oleh pihak pertubuhan ProJKRM.
Perjuangan kita ini tidak akan terhenti sampai disini, sebaliknya, perwakilan Pertubuhan CFS
telah bersetuju untuk mengadakan satu lagi perjumpaan bagi membincangkan tindakan-
tindakan kita selanjutnya. Antara perancangan tindakan kita selanjutnya adalah :

1) Kita akan merancang untuk menghantar surat kepada KETUA SETIAUSAHA NEGARA
(KSN) samaada melalui ProJKRM atau pertubuhan CFS sendiri.
2) Kita akan menghantar surat untuk menyuarakan usul kepada pihak CEUPACS

(p/s : Segala tindakan susulan yang akan kita buat ini akan dibincangkan bersama pihak ProJKRM
terlebih dahulu untuk mendapat nasihat dan panduan)

Perjuangan kita ini tidak akan sekali-kali membelakangkan pihak jabatan, kementerian dan
pihak pertubuhan ProJKRM. InsyaAllah, dengan langkah dan cara yang betul, dan juga
melalui saluran yang betul, saya percaya usaha kita semua ini akan mendapat restu dari
semua pihak, InsyaAllah.

Pihak perwakilan Pertubuhan CFS ingin menyatakan disini bahawa keputusan bagi segala
usaha kita ini bukan dapat kita perolehi dalam jangka masa yang terdekat ini, ia akan
mengambil sedikit masa. Jadi pihak perwakilan Pertubuhan CFS berharap agar pegawai-
pegawai CFS sekalian bersabar, dan terus menyokong segala usaha yang kita buat bersama
ini.

Akhir kata, saya, Nurulhakim Faiz Bin Nazir selaku pengerusi Pertubuhan CFS mewakili
seluruh ahli jawatankuasa pertubuhan, menyeru kepada semua pegawai CFS agar kita
semua bersatu dalam memperjuangkan nasib dan masa depan kita bersama.

Jika terdapat sebarang cadangan atau pandangan mahupun luahan rasa bolehlah
berhubung terus kepada ketua disiplin masing-masing atau boleh menghantar secara online
melalui email aduancfs@gmail.com atau terus ke web blog kita c4s.socialgo.com untuk kita
bersama-sama memperjuangkan matlamat kita yang satu ini, iaitu TETAP.

‘Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat’

Yang benar,

Nurulhakim Faiz Bin Nazir


Senarai nama ketua disiplin CFS

1) Arkitek
En. Shah Bani
shahniza72@yahoo.com
017-5732390

En. Nurulhakim Faiz Bin Nazir


HakimFaiz@jkr.gov.my
017-5666640

2) Jurutera Awam
Cik Syuhaida bt. Suaib
Syuhaida@jkr.gov.my
012-3942966

3) Jurutera Mekanikal
En. Mohd Zulkifli Idris
MuhdZul@jkr.gov.my
017-3022515

4) Jurutera Elektrik
En. Norisyam Naseri
Norisyam@jkr.gov.my
012-6858041

5) Ukur Bahan
En. Farhan Hakim
FarhanH@jkr.gov.my
019-2720904
Panduan dan arahan kepada sesiapa yang ingin mengemailkan sebarang cadangan atau
pandangan mahupun luahan rasa ke aduancfs@gmail.com :

1) Pastikan tajuk email disertakan perkara-perkara berikut :


a) Nama
b) Disiplin (eg: arkitek / jurutera awam / ukur bahan)
c) Subjek

Cth :
SYAMSUL BIN BAKAR (UKUR BAHAN) : Mencadangkan agar perjuangan CFS
diteruskan.