Sunteți pe pagina 1din 9

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBLS 2203 : REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK


SEMESTER JANUARI 2010
TUGASAN KURSUS (30%)
________________________________________________________________________
ARAHAN

1.

Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan


persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan
bukti yang tepat dan relevan.

2.

Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font Times New Roman
saiz 12 dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.

3.

Serahkan tugasan anda kepada tutor sebelum/ pada Tutorial ke-4.

4.

Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja.

5.

Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus.

6.

Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan
yang diplagiat tidak akan diterima dan markah (0) akan diberikan.

SOALAN TUGASAN 1 (40%)

Rostrum merupakan satu platform yang digunakan ketika seseorang memberi ucapan
dalam dewan. Biasanya rostrum terletak dalam dewan sekolah atau tempat membuat
ucapan. Kebanyakan rostrum yang digunakan adalah berbentuk tetap, berat dan sukar
dialihkan. Kadangkala rostrum yang ada dalam dewan itu tidak direka bentuk mengikut
ketinggian seseorang.

Sekolah anda memerlukan sebuah rostrum yang serba guna untuk diletak dalam dewan
yang baru siap dibina. Anda telah diminta oleh Guru Besar anda untuk mereka bentuk
rostrum yang baru itu.

Reka cipta anda harus merangkumi aspek-aspek berikut:


(a)

mudah dialih;

(b)

mudah untuk disimpan;

(c)

penggunaan bahan yang sesuai;

(d)

tingginya boleh dilaraskan mengikut orang yang menggunakannya; dan

(e)

ada ruang untuk menyimpan barangan.

Anda hendaklah menyediakan tugasan ini dalam bentuk penulisan dan lakaran. Tugasan
anda harus memberi penerangan perkara berikut:
(a)

Sedia lakaran untuk reka bentuk/ idea anda. Anda digalakkan memberi lakaran
butiran untuk setiap bahagian meja itu. Anda diminta memberi dimensi yang
sesuai untuk reka bentuk anda. Pastikan reka bentuk anda memenuhi aspek-aspek
yang dinyatakan di atas.

(b)

Berikan sebab-sebab/ rasional anda memilih reka bentuk seperti dalam (a),

(c)

Senaraikan langkah-langkah/ proses anda untuk membuat rostrum ini mengikut


reka bentuk anda.

(d)

Senaraikan bahan yang sesuai digunakan

(e)

Senaraikan alat-alat yang diperlukan untuk menyiapkan rostrum ini.

Anda diminta menyediakan tugasan ini dalam 5-6 muka surat (tidak termasuk halaman
tajuk).
2

SOALAN TUGASAN 2 (30%)

(a)

Rajah 1 menunjukkan sebuah bulatan dengan diameter 80 mm. Lukiskan sebuah


pentagon dalam bulatan itu.
[3 markah]

Rajah 1

(b)

Rajah 2 menunjukkan sebuah pencontoh. Dengan kaedah geometri, lukiskan


semula pencontoh itu dengan menunjukkan semua pembinaannya. Anda juga
perlu menunjukkan semua titik tangen dalam lukisan anda.
[7 markah]

Rajah 2
3

(c)

Rajah 3 menunjukkan sebuah blok yang dilukis dalam lukisan isometri. Lukisan
pelan (pandangan atas), pandangan hadapan dan pandangan sisi blok itu mengikut
unjuran sudut ketiga.
Butiran terlindung perlu ditunjukkan.
Setiap petak grid ialah 10 mm X 10 mm.
[10 markah]

Rajah 3

(d)

Rajah 4 menunjukkan pelan (pandangan atas) dan pandangan hadapan sebuah


pendakap dalam unjuran sudut ketiga. Lukiskan lukisan isometri pendakap itu
mengikut arah pandangan yang diberi.
Butir terlindung tidak perlu ditunjukkan.
[10 markah]

Rajah 4

SOALAN TUGASAN 3 (LUKISAN TERBANTU KOMPUTER)


(a)

Dengan menggunakan perisian CAD, lukis semula pencontoh seperti yang


ditunjukkan dalam Rajah 5.
Tunjukkan semua dimensi dalam lukisan anda.
[10 markah]

Rajah 5

Anda diminta mengikut arahan berikut:


i.

Semua objek menggunakan lineweight 0.5

ii.

Dimensi menggunakan lineweight default

iii.

Cetakan anda TIDAK perlu menggunakan warna.

(b)

Rajah 6 menunjukkan sebuah komponen mesin. Lukiskan pelan (arah Z,


pandangan hadapan (arah X) dan pandangan sisi (arah Y) sama ada dalam unjuran
sudut pertama atau ketiga komponen itu.

Semua butiran terlindung perlu ditunjukkan dalam lukisan anda.


Masukkan enam dimensi yang utama dalam lukisan anda
Cetakkan lukisan anda dengan lineweight dan warna berikut:

1.

garisan objek (Black) = 0.6 mm

2.

garisan dimensi (Blue) = default

3.

garisan pusat (Red)

4.

garisan terlindung (Magenta) = default

= default

[20 markah]

Rajah 6

LAMPIRAN A

PANDUAN PELAJAR
1.

Tugasan anda mengandungi TIGA soalan. Anda perlu menjawab SEMUA


soalan.

Soalan 1 Reka Cipta (40%)

Soalan 2 Lukisan Teknik (30%)

Soalan 3 - Lukisan Terbantu Komputer (30%)

2.

Tugasan anda hendaklah ditaip/ dilukis pada kertas bersaiz A4.

3.

Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus.

4.

Untuk soalan 2 dan 3, anda perlu melukiskan kotak tajuk seperti yang
ditunjukkan dalam Lampiran A.

5.

Anda diminta menyediakan halaman tajuk (title page) untuk tugasan ini, berikan
maklumat seperti nama, nama kursus, kod kursus, nama tutor dan pusat
pembelajaran.

6.

Untuk penjilidan, sila gunakan stapler sahaja dan staple pada penjuru
atas kiri sahaja. Anda tidak dibenarkan menggunakan comb binding dan
pembalut plastik. Potongan markah akan dikenakan jika TIDAK mematuhi
arahan ini.

S-ar putea să vă placă și