Sunteți pe pagina 1din 3

NAMA :

KELAS :
NAMA GURU :
PERKARA : PENULISAN ESEI ( ANALISIS IKTIBAR
DARIPADA PERISTIWA DARURAT
DARI ASPEK POLITIK , EKONOMI DAN SOSIAL )

IKTIBAR PERISTIWA DARURAT DARI ASPEK


EKONOMI , POLITIK DAN SOSIAL .

Pada bulan Jun 1948 , seluruh Tanah Melayu telah diisytiharkan darurat oleh
Pesuruhjaya Tinggi British , Sir Edward Gent . Hal ini berlaku lantaran peristiwa
pengganas komunis telah membunuh tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah di
Sungai Siput , Perak . Peristiwa ini telah menggemparkan pihak British . Tindakan ini
adalah untuk melindungi kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu . Terdapat
beberapa iktibar yang boleh diperoleh daripada peristiwa ini melalui pelbagai aspek
iaitu politik , ekonomi , dan sosial .
Iktibar yang dapat diperolehi dari aspek politik ialah kita mestilah mengikuti dan melibatkan
diri dengan segala aktiviti yang berkaitan dengan usaha untuk mendapatkan kemerdekaan .
Sebagai contoh , melalui penubuhan Malayan Chinese Association ( MCA ) yang merupakan
salah satu usaha menarik minat orang Cina melibatkan diri dalam pertubuhan politik
berhaluan kanan . Selain itu , dapat mengikis pandangan negative penduduk tempatan
terhadap orang Cina yang menganggap semua orang Cina adalah pengganas komunis .
Iktibar dari aspek politik yang kedua ialah , kita haruslah bijak dalam mengatur strategi
untuk mempertahankan kedaulatan negara kita . Selain itu , mematuhi perancangan yang
telah dibuat . Sebagai contoh , kerajaan telah melonggarkan syarat kerakyatan kepada orang
bukan Melayu pada tahun 1952 . Hal ini , dapat menarik minat mereka supaya tidak memihak
kepada pengganas komunis .
Peristiwa Darurat telah memberi iktibar kepada kita untuk mengatur strategi dengan bijak
supaya masalah dapat diatasi dengan cepat . Misalnya , kerajaan British telah
mempercepatkan langkah memberikan taraf berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan
kerana pihak British berjanji akan menyegerakan pemberian kemerdekaan kepada Tanah
Melayu sebelum Pertemuan Baling . Melalui pemberian kemerdekaan , PKM tidak
mempunyai alasan untuk meneruskan perjuangan mereka .
Melalui persitiwa Darurat , iktibar dari aspek ekonomi ialah kita haruslah bersyukur dengan
keamanan dan kemudahan yang telah kita perolehi pada hari ini . Hal ini adalah demikian
kerana , semasa zaman penjajahan di Negara kita , keganasan komunis menyebabkan rakyat

tidak dapat menjalankan kegiatan harian secara aman . Pelbagai kemusnahan yang tercetus
antaranya kemusnahan system perhubungan , jentera melombong , kemudahan awam dan
gangguan terhadap buruh ladang menjejaskan pengeluaran sumber ekonomi Negara.
Selain itu , kita hendaklah menggunakan segala peluang yang ada supaya dapat membantu
Negara kita yang telah menghabiskan wang dan tenaga untuk memperoleh keamanan.
Sebagai contoh , kerajaan telah membelanjakan sebanyak $250 000 hingga $300 000 sehari
semasa darurat . Kerajaan juga telah memperuntukkan $721.9 juta dalam tempoh 12 tahun
hanya untuk membeli peralatan ketenteraan untuk mengukuhkan system pertahanan.
Iktibar yang ketiga dari aspek ekonomi ialah Kerajaan perlulah membahagi dengan
sewajarnya perhatian terhadap setiap tempat perkampungan dan proses pembangunannya .
Hal ini kerana , apabila kerajaan hanya memberi tumpuan kepada perkampungan yang
membangun , kawasan yang lain akan terjejas dari segi kemudahan dan pelbagai lagi .
Sebagai contoh , kesan daripada darurat menyebabkan kerajaan kurang memberi tumpuan
untuk membangunkan kawasan luar Bandar .
Iktibar dari aspek sosial pula ialah kita sewajarnya mematuhi segala peraturan dan undangundang yang telah diberikan dan ditetapkan supaya tidak berlaku sebarang permasalahan .
Sebagai contoh , penduduk menghadapi kesukaran untuk bergerak dan memperoleh bekalan
makanan kerana terpaksa mematuhi pelbagai undang-undang yang dikenakan oleh kerajaan .
Iktibar yang kedua ialah pihak kerajaan haruslah memikirkan jalan penyelesaian bagi
memperkukuhkan perpaduan antara kaum di Negara kita . Hal ini kerana , hanya melalui
perpaduan yang akan mengekalkan keharmonian Negara kita . Misalnya , penubuhan
Community Liaison Committee ( CLC ) pada tahun 1948 merupakan salah satu cara bagi
merapatkan dan menjalinkan hubungan yang erat antara penduduk berbilang kaum di Tanah
Melayu .
Iktibar yang terakhir dari aspek sosial ialah kita mestilah memupuk semangat cinta akan
tanah air dan kerajaan juga haruslah mewujudkan pelaksanaan untuk memupuk semangat
patriotism dalam kalangan remaja . Melalui peristiwa tersebut , kerajaan telah melaksanakan
dasar pelajaran kebangsaan yang berorientasikan Tanah Melayu . Pelaksanaan ini dapat
memupuk persefahaman antara masyarakat berbilang kaum .
Konklusinya , pelbagai iktibar yang boleh kita perolehi dan dapat kita terapkan dalam
kehidupan seharian kita daripada peristiwa Darurat . Kesusahan dan pengorbanan yang
dilakukan oleh para pejuang dan pemimpin dahulu patut kita jadikan sebagai tauladan . Oleh
itu , sebagai rakyat yang tahu mengenang dan menghargai jasa , wajarlah kita bersikap
bertanggungjawab untuk memelihara keamanan dan kemerdekaan yang telah kita kecapi .

S-ar putea să vă placă și