Sunteți pe pagina 1din 4

Alu-Aluan:

BismillahirahmanirahimAssalamualaikum W.B.T
Yang Dihormati,
Tn. Hj. Syaari bin Rahudin ( Guru Besar SRAJP )
En. Saufi Bin Yusof ( Guru Penolong kanan Pentadbiran )
En Mahfot Bin Rahmat ( Guru Penolong Kanan Hem )
En. Aminuddin Bin A. Samad (Penolong Kanan Ko-Kurikulum.)
Rakan-Rakan Guru , Dan Murid-Murid Sekalian
Alhamdulillah. Bersyukur Kita Ke Hadrat Ilahi ,Kerana Di Pagi Yg Berbahagia
Dan Ceria Ini Kita Dapat Bersama-Sama Berkumpul Bagi Memeriahkan Majlis
Perasmian Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Sekolah Rendah Arab Jaim
Pernu Bagi Tahun 2016.
Seperti Yang Kita Sedia Maklum ,

Program Gerakan Tabiat Membaca

Merupakan Salah Satu Aktiviti Utama Kementeri Pelajaran Malaysia Yang


Diurus Setiakan Oleh Bahagian Teknologi Pendidikan.
Program Ini Bertujuan Membina Tabiat Membaca Dalam Kalangan Murid
Sekolah Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat. Program Dan Aktiviti Gerakan
Tabiat Membaca Telah Dilaksanakan Pada Tahun 2008 Dengan Bertemakan
Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia.

Bacaan Doa
Bagi Memberkati Majlis Kita Pada Pagi Ini, Dijemput Ustaz Muhammad Fadzil
bin Kamarubahrin Untuk Mengetuai Bacaan Doa. Dengan Segala Hormatnya
Dipersilakan........
Amin Ya Rabbal Alamin.
Ucapan Perasmian
Majlis Seterusnya Mempersilakan Tuan Hj Syaari Bin rahudin (Guru Besar
SRAJP ) Untuk Menyampaikan Ucapan Perasmian Kem Membaca 1 Malaysia.
Dengan Hormatnya Majlis Mempersilakan.

Majlis Merakamkan Penghargaan Terima Kasih Kepada Tuan Hj Syaari Bin


rahudin (Guru Besar SRAJP ) Di Atas Ucapan Perasmian Itu Tadi.

Seterusnya Majlis Di Teruskan Lagi Dengan Gimik Perasmian Yang Akan Di


Lancarkan Sebentar Lagi.
Acara mendeklamasikan sajak
Hadirin Sekalian, Aturcara Diteruskan Lagi Dengan mendeklamasikan sajak .
Untuk Itu Dijemput
Adik Nur diyanah Insyirah Binti Yusof dan Adik Sara Zakirah Binti Jamal nahar
Dari Tahun 4 Imtiyaz

Dengan Tajuk .
Dipersilakan.
Terima Kasih Diucapkan Kepada Adik Adik Nur diyanah Insyirah Binti Yusof
dan Adik Sara Zakirah Binti Jamal nahar

Penutup
Dengan Berakhirnya Persembahan SAJAK Itu Tadi, Maka Sempurnalah Sudah
Majlis Perasmian Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Sekolah Rendah Arab
Jaim Pernu Bagi Tahun 2016.
Sebagai Pengakhir Kata ..................
Buku Adalah Kunci Kepada Kebijaksanaan
Buku Adalah Pintu Dunia Keseronokan
Buku Adalah Jalan Menuju Kejayaan
Buku Adalah Sahabat,Ayuh Mari Membaca Terus Membaca
Membaca ,Belajar,Menuntut Dan Berguru Sepatutnya Tidak Pernah
Terhenti Sehingga Nyawa Kita Terhenti.
Dengan Ini Kita Akhiri Majlis Kita Dengan Membaca Tasbih Kifarah Dan Surah
Al-Asr .
Mekar sejambak bunga gubahan,
Jatuh sekuntum di atas peti,
Membaca itu suruhan Tuhan,
Al-alaq diturun menjadi bukti.

Cantik sungguh si bunga kejora,


Buat hiasan di hari raya,
Marilah sahut seruan negara,
Bangsa membaca bangsa berjaya.

Wabilahi taufiq wal Hidayah, assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.

S-ar putea să vă placă și