Sunteți pe pagina 1din 17

ESEM5433: ANALYSIS AND DESIGN OF CURRICULUM FOR YOUNG

CHILDREN
Tugasan 1 dan tugasan 2

Tugasan 1: Pebandingan KSPK dengan Negara lain


Tugasan 2: Pilih satu tokoh dan bagaimana teori tersebut mempengaruhi Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan Malaysia

NAMA

: SITI ZALEHA BINTI ABDUL HAMID

NO.MATRIK

: KS1401MD0090

NO.IC

: 870908-08-6190

Contents
No table of contents entries found.

TUGASAN 1: PERBANDINGAN KSPK DENGAN KURIKULUM


PRASEKOLAH NEGARA JEPUN
Compare and contrast the Malaysian Preschool Curriculum Standard (KSPK) with any other Preschool
Curriculum of other countries you know. Analyze and write your comments on the aspects in which these
two curriculum are designed.

1.1 PENDAHULUAN
Kurikulum seperti yang tercatat dalam Akta Pendidikan Malaysia 1996 dan Peraturanperaturan Kurikulum Kebangsaan Pendidikan 1997 merujuk kepada suatu program
pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
Berdasarkan tugasan yang diberikan, pelajar perlu membanding beza Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan yang terdapat di Malaysia dengan mana-mana Negara.
Tugasan ini secara tidak langsung menambahkan lagi pengetahuan saya terhadap kurikulum
prasekolah di Negara-negara luar.
Oleh hal yang demikian, saya telah memilih untuk membandingkan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan(KSPK) Malaysia dengan Kurikulum Prasekolah di negara Jepun
bagi mengenalpasti persamaan dan perbezaan kurikulum tersebut.

1.2 PERBANDINGAN KSPK DENGAN KURIKULUM PRASEKOLAH NEGARA


JEPUN
Perbandingan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan(KSPK) dan Kurikulum Prasekolah
negara Jepun yang dikenali sebagai Hoiku dapat dilihat melalui beberapa aspek seperti berikut:

a) Aspek pembentukan falsafah kurikulum


Dalam aspek ini, terdapat persamaan dalam falsafah pembentukan kurikulum peringkat
prasekolah di Malaysia dan Jepun. Ini kerana pendidikan prasekolah di Malaysia dan Jepun
dipengaruhi oleh falsafah pendidikan dari barat seperti Froebel, Dewey, Montessori dan Reggio
Emilia. Berdasarkan falsafah dan method daripada tokot-tokoh tersebut, kerajan telah merangka
Kurikulum Stantadard Prasekolah Kebangsaan bersesuaian dengan masyarakat di Malaysia.
b) Peringkat Umur
Pembelajaran prasekolah di Jepun adalah bermula seawal usia tiga hingga 6 tahun.
Berbanding Malaysia, terdapat pekeliling yang menyatakan kanak-kanak boleh menyertai
pendidikan Prasekolah bermula umur empat hingga 6 tahun.
c) Pembahagian Tunjang
Berdasarkan KSPK secara jelas telah dinyatakan terdapat enam tunjang utama iaitu
Tunjan Komunikasi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, Tunjang Fizikal dan Estetika, Sains
dan Teknologi, Tunjang kerohanian, Tunjang Keterampilan Sosioemosi serta Tunjang
Kemanusiaan. Keenam-enam tunjang ini dibentuk bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu pendidikan yang menyeluruh merangkumi aspek JERIS (jasmani, emosi,
rohani, sosial dan intelek)
Berbeza pula dengan Kurikulum Standard Prasekolah Jepun; menurut Muto (2006)
pendidikan prasekolah menekankan perkembangan intelek dan emosi atau sosial secara
menyeluruh. Walaupun pendidikan literasi dan numerasi tidak dinyatakan dengan jelas namun
daya saing yang diterapkan melalui aktiviti bermain secara berkumpulan atau berpasang
dipercayai merupakan asas kestabilan emosi kanak-kanak di prasekolah.
d) Tempoh pembelajaran serta nisbah pelajar dan guru
Tempoh pembelajaran prasekolah di Malaysia dan Jepun adalah sama iaitu 4 jam sehari.
Purata bilangan pelajar prasekolah di Jepun adalah 24 orang. Mereka juga mempunyai seorang
guru prasekolah dan seorang pembantu bagi menguruskan murid sepanjang proses pengajaran
dan pembelajaran.

e) Kaedah pengajaran dan pembelajaran


Di Malaysia kaedah pengajaran dan pembelajaran di prasekolah turut dijalankan melalui
bermain serta berpusatkan pelajar. Namun konteks bermain di prasekolah Malaysia adalah lebih
terkawal dan terancang di mana guru akan merancang aktiviti pembelajaran sambil bermain bagi
mencapai objektif yang ditetapkan. Aktiviti berpusatkan pelajar di Malaysia turut memberi
peluang kepada semua kanak-kanak melibatkan diri secara aktif dengan bimbingan guru serta
rakan-rakan di prasekolah.
Berbeza dengan negara Jepun, menurut Zhang Yan yang bersetuju dengan pemerhatian
J.Tobin(1991) menyatakan aktiviti bermain secara bebas di prasekolah Jepun adalah lebih lama
tempohnya berbanding di China. Guru memainkan watak secara senyap dengan bermain bersama
kanak-kanak di dalam bilik darjah. Guru juga tidak terlalu menitik beratkan keselematan mereka
di bilik darjah tetapi sekiranya berlaku kecederaan guru berhubung dengan ibu bapa
menggunakan buku nota.
1.3 KESIMPULAN
Kesimpulannya walaupun kurikulum prasekolah setiap negara berbeza, namun matlamat
utama setiap pendidik adalah sama iaitu kemenjadian murid. Secara keseluruhannya tugasan ini
telah memberi peluang kepada saya untuk mengenali sesebuah kurikulum prasekolah dari negara
lain. Perkongsian dari rakan-rakan juga membuka minda dalam merancang kaedah serta strategi
pengajaran yang berkesan di dalam bilik darjah.

TUGASAN 2
Select any ONE of the following theorists below and discuss how their work has influenced our
Malaysian Preschool Curriculum Standard (KSPK) .
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Friedrich Frobel
Maria Montessori
John Dewey
Lev Vygotsky
Jean Piaget
Or any other theorists you know

2.0 PENDAHULUAN
Awal kanak-kanak ialah isitlah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari
masa lahir hingga ke umur lapan tahun. Mengikut The National Association for The
Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan
Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala program
pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir hingga
ke umur lapan tahun: Dengan peluang pendidikan awal berkualiti mereka dapat meningkatkan
keupayaan dari segi emosi, sosial, fizikal dan pembangunan kognitif tanpa mengambil kira latar
belakang keluarga dan taraf sosio-ekonomi. Ini merupakan peluang terbaik kepada semua kanakkanak kurang bernasib baik untuk bersama-sama menikmati suasana pembelajaran berkualiti.
Apabila berkata tentang pendidikan prasekolah ia akan menjadi satu topik yang amat
menarik kerana seakan menjadi trend masa kini di mana ibubapa berlumba-lumba untuk
menghantar anak-anak ke institusi pra sekolah atau kindergarten yang menawarkan pelbagai
pakej yang mampu untuk membentuk anak-anak ini menguasai ilmu yang sepatutnya bukan
ditahap mereka.
Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat
berdasarkan tahap umur kanak-kanak iaitu Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan atau
Taska merujuk kepada kanak-kanak yang bawah 4 tahun. Peringkat kedua ialah Prasekolah atau
Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika adalah sebenarnya akronim
untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Bagi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan

Perpaduan, mereka menamakan program awal kanak-kanak sebagai Taman Bimbingan Kanakkanak atau pun Tabika secara ringkas.
Permintaan yang tinggi dikalangan ibubapa yang ingin anak mereka menjadi "brilliant"
telah menyebabkan pelbagai institusi pendidikan prasekolah tumbuh seperti cendawan selepas
hujan. Di samping ia akan menuju ke arah persaingan yang sihat di kalangan institusi ini, ia juga
akan menguntungkan ibubapa kerana mereka mempunyai banyak pilihan dan mampu memilih
yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Tugasan ini memberi peluang kepada saya untuk mempelajari dengan lebih mendalam
pelbagai model dan pendekatan yang turut diaplikasikan oleh tadika swasta yang semakin
popular di Malaysia pada hari ini. Dalam tugasan ini saya telah memilih pendekatan model
Montessori terhadap pendidikan awal kanak-kanak.

Pada tahun ini dapat dilihat model

pembelajaran Montessori sangat popular di dada akhbar serta mendapat perhatian ibu apa kanakkanak di Malaysia. Antaranya ialah Tadika Montessori, Montessori Islamic Kindergarten dan
tadika swasta lain yang turut mengaplikasikan model ini dalam strategi pengajaran dan
pembelajaran mereka.

2.1 PENDEKATAN MODEL MONTESSORI


2.2 Latar belakang model pendidikan Montessori
Model Pendidikan Montessori ini di asaskan oleh Maria Montessori (1870-1952)yang
merupakan seorang tokoh pendidikan di Rome, beliau mempunyai pengalaman mengenai
pendidikan kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899, beliau terlibat dengan penubuhan
sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Di sekolah ini beliau menghabiskan masa selama 2
tahun bersama rakan-rakannya bagi melatih guru-guru dalam kaedah pemerhatian dan
pendidikan kanak-kanak terencat akal. Di samping itu, beliau menghabiskan masa dengan
kanak-kanak dengan membuat pemerhatian dan ujikaji dengan menggunakan pelbagai bahan dan
kaedah serta menggunakan semua idea yang diperolehinya melalui kajian tersebut.
Sumbangannya terhadap kanak-kanak menjadikan Maria Montessori seorang tokoh yang
terkenal lebih-lebih lagi kerana beliau seorang doktor. Melalui kaedah pembelajaran yang

diperkenalkan oleh beliau kepadakanak-kanak cacat, beliau mula menerapkan kaedah ini kepada
kanak-kanak biasa. Beliau yakin bahawa kaedah yang digunakan ini boleh mendatangkan hasil
pencapaian yang lebih baik kepada kanak-kanak istimewa dan boleh memperbaiki kanak-kanak
normal (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).
Model Montessori dalam pendidikan awal kanak-kanak muncul dalam awal abad ke
20. Dr. Maria Montessori adalah wanita pertama yang menerima ijazah dalam perubatan
daripada Universiti Rome. Beliau telah menubuhkan sekolah Montessori yang dikenali sebagai
Casas dei Bambini untuk kanak-kanak dari rumah miskin dan kanak-kanak yang kurang
berupaya. Beliau telah dipengaruhi oleh Rousseau, Locke, Itard dan Sequin. Beliau bersetuju
dengan Rousseau bahawa kebebasan adalah penting bagi kanak-kanak dan konsep kelas sebagai
sebuah komuniti. Beliau mempelajari pentingnya pengalaman awal, ketertiban, dan deria dari
Itard dan Sequin. Itard dan Sequin adalah pelopor awal dalam penilaian ke atas kanak-kanak,
terutamanya kanak-kanak dengan keperluan khasnya. Montessori mengembangkan bahan sensori
untuk belajar yang merefleksikan kegiatan yang konkrit sepertimana yang digunakan oleh
Sequin dan itard untuk penilaian. Seperti Piaget, teori perkembangan Montessori juga adalah
konstruktivis. Beliau mengambarkan peringkat dalam perkembangan atau tempoh sensitif untuk
belajar. Chattin-McNichols (1992) dalam Sue C. Wortham (2010) menyatakan, seperti Piaget dan
Vygotsky, Montessori percaya dalam alam pembelajaran yang aktif dimana guru berkhidmat
sebagai pembimbing kepada perkembangan kanak-kanak.

2.3 Kaedah Pengajaran


Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Montessori kita dapat melihat semua kanakkanak yang berusia 3 hingga 6 tahun mempunyai ciri-ciri yang universal dalam kehidupan
mereka (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).
Ciri-ciri berikut adalah :

Semua kanak-kanak mempunyai absorbent mind.


Semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang sensitif.
Semua kanak-kanak ingin belajar.

Semua kanak-kanak belajar melalui bermain dan bekerja.


Semua kanak-kanak melalui berbagai peringkat perkembangan.
Semua kanak-kanak ingin berdikari.
Montessori menekankan kepada :

Kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak-kanak. Alatan mengajar yang
disediakan perlulah mempunyai sifat-sifat khas supaya kanak-kanak boleh menggunakan
deria mereka.

Kaedah Montessori dan bahan pengajarannya menekankan Sensory Teaching And


Learning. Kaedah mengajar di sekolah Montessori mengutamakan latihan daya
penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Ini bertujuan agar kanak-kanak mendapat
pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap.

Beliau membuat kesimpulan bahawa tingkahlaku kanak-kanak ini merupakan satu usaha
untuk mempelajari mengenai persekitaran dengan menggunakan tangan mereka. Idea ini
iaitu The part to intellectual development is through the hand,merupakan tema yang
penting dalam kaedahnya.

2.4 Matlamat Pendidikan Montessori


Matlamat pendidikan Montessori yang terpenting ialah perkembangan individu secara
menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, sosial, emosi dan intelek. Persatuan Montessori
Amerika pada tahun 1984, dalam Brewer pada tahun 1998 menyatakan bahawa matlamat
program Montessori adalah untuk memperkembangkan aspek-aspek berikut (Nor Nurulhayati et
al., 2009) :

Penumpuan
Kemahiran membuat pemerhatian
Kesedaran dan segi susunan dan urutan
Koordinasi
Kesedaran dari segi tanggapan dan kemahiran amali
Konsep matematik
Kemahiran bahasa

Kemahiran menulis dan membaca


Kebiasaan dari segi seni kreatif
Kefahaman tentang alam semulajadi
Pengalaman dalam memahami sains sosial
Pengalaman dari segi kemahiran berfikir secara kritikal melalui teknik
penyelesaian masalah

2.5 Aspek Pendidikan Montessori


Berikut adalah aspek yang dititikberatkan dalam model pendidikan Montessori:
Persekitaran Pusat Prasekolah.
Suasana persekitaran pendidikan Montessori haruslah mempunyai kawasan yang luas untuk
kanak-kanak bergerak dengan bebas serta dilengkapi dengan taman permainan dan juga kebun
bunga untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan. Peralatan asas seperti kerusi, meja,
almari, sinki basuh tangan, papan hitam dan pelbagai lagi haruslah sesuai dengan umur mereka,
bagi memudahkan kanak-kanak menggunakan kemudahan tersebut di samping dapat mengelak
daripada berlaku kecederaan sewaktu proses pembelajaran. Falsafah Montessori adalah
berdasarkan logik, teratur, sistematik dan indah (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).

Kanak-kanak
Berdasarkan kepada aktiviti individu, kanak-kanak pelbagai umur melibatkan diri dalam aktivitiaktivtiti yang berbentuk individual. Kanak-kanak bebas memilih mana-mana projek yang mereka
sukai. Aktiviti biasanya dilakukan di atas tikar atau di atas meja. Kanak-kanak mengikut arahan
kendiri bekerja bersendirian atau berdua-duaan. Kanak-kanak yang lebih muda mempelajari
aktiviti tertentu dengan cara memerhati dan meniru rakan-rakan yang lebih tua (Nor Nurulhayati
Aris et al., 2009).

Guru
Kawalan orang dewasa sangat minimal. Guru memerhati kanak-kanak dari jauh dan hanya
melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi kepada kanak-kanak tentang bagaimana
menggunakan alat-alat atau bahan yang baru. Guru-guru tidak memuji kanak-kanak kerana
matlamat aktiviti ialah untuk mendapat self rewarding, motivasi intristik. Guru-guru
Montessori mempelajari kaedah dan kurikulum dengan mengikuti kursus intensif di peringkat
ijazah (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).
Bahan
Mempunyai ciri-ciri khusus iaitu bahayanya didaktik iaitu dibentuk untuk mengajar pelajaran
tertentu.berbentuk (self correcting). Mereka akan mendapat maklumat balik setelah berjaya atau
tidak dalam menyempurnakan tugas berdasarkan bahan tersebut. Bahan dibina daripada mudah
kepada yang lebih susah dan bahan-bahan dibina dengan cermat seperti bahan-bahan semulajadi
contohnya kayu yang divarnish (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).
Kurikulum
Terdapat beberapa set aktiviti, diantaranya ialah :
a) Aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan harian.
Aktiviti ini berbentuk praktikal seperti:

Mengenakan butang baju


Memasang tali kasut
Menggilap kasut
Menyikat rambut
Menyiram pokok
Mencuci tingkap dan menyapu sampah dan mengelap meja.

b) Aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan deria (Sensorial Material)


Untuk memperkembangkan kemahiran kanak-kanak, Montessori telah mencipta
berbagai alat bantuan mengajar seperti :

Pink Tower
Brown Stairs

Red Rods
Cylinder Block
Smelling Jar
Baric Tablets
Latihan Mengecam Warna
Sound Boxes
Temperature Jugs
Pelbagai Jenis Kain

c) Aktiviti yang bercorak akademik


Menggunakan pelbagai bahan, Montessori turut melaksanakan aktiviti yang bercorak akademik
bagi mengembangkan kognitif kanak-kanak. Dengan ini kanak-kanak berkeperluan khas tidak
akan ketinggalan dalam pelajaran seterusnya dapat berdikari dalam kehidupan seharian. Konsep
penggunaan bahan maujud ini juga turut dilaksanakan dalam pendidikan awal kanak-kanak
prasekolah hari ini.
2.6 Perkembangan Pendidikan Montessori di Malaysia
Sebut sahaja tentang pendidikan Montessori tentu masih ramai lagi yang tidak mengetahui
mengenai pendidikan ini. Pendidikan ini telah diasaskan oleh Maria Montessori pada tahun 1906.
Pada awalnya pendidikan ini hanyalah untuk pelajar yang terencat namun perubahan telah
berlaku apabila pendidikan ini didapati telah mampu membantu perkembangan minda pelajar.
Pada masa kini, pendidikan ini telah digunakan di seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Menurut Proffessor Puan Sri Dr. Rohaty Mohd Majzub iaitu pensyarah di Fakulti
Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), beliau menyatakan bahawa pendidikan
Montessori yang diaplikasikan kepada kanak-kanak adalah lebih fleksibel berbanding dengan
corak pendidikan yang lain.
Di Malaysia, tadika yang mengaplikasikan pendidikan ini berbeza dengan tadika biasa.
Hal ini kerana, dari segi pembelajaran mereka lebih fleksibel dan anjal kerana lebih memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka sesuatu dengan sepenuhnya tanpa bergantung

kepada jadual waktu dan peraturan tadika. Kaedah pembelajaran dalam pendidikan Montessori
ini lebih mendedahkan kanak-kanak kepada persekitaran yang menyeronokkan dengan bantuan
alat-alat autentik dan natural. Pendekatan kaedah pembelajaran mereka lebih kepada konsep
kemahiran hidup.
Menyentuh mengenai perlaksanaan pendidikan ini kepada kanak-kanak, beliau berkata
antara unsur dan elemen yang digunakan ialah kelas pelbagai umur (multi gred) bahan
pengajaran yang khusus dan tiada gred atau markah. Selain itu, elemen yang diterapkan dalam
pembelajaran ini juga adalah belajar secara individu atau kumpulan kecil untuk membolehkan
kanak-kanak lebih berdikari dalam melakukan sesuatu aktiviti yang disediakan. Persekitaran
pembelajaran yang selamat, menarik dan mempunyai kebebasan untuk melakukan sebarang
aktiviti juga merupakan unsur pembelajaran yang terdapat dalam pembelajaran ini yang
membolehkan kanak-kanak menggunakan deria mereka dengan cekap dan sesuai dengan
persekitaran yang telah disediakan.
Kelebihan pendidikan Montessori ini kepada kanak-kanak adalah membolehkan mereka
pandai bersosial dan juga lebih kreatif. Hal ini demikian kerana mereka telah didedahkan
dengan persekitaran pembelajaran yang menarik untuk membantu perkembangan minda kanakkanak. Oleh kerana tidak bergantung kepada jadual dan peraturan, pendidikan ini dilihat mampu
memberikan keseronokan kepada pelajar. Justeru itu, dari segi emosi mereka lebih stabil dan
lebih cekap dalam menguruskan diri sendiri.
Menurut beliau terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan bagi mengukur
keberkesanan pendidikan ini dari sudut positif dan negatif. Lazimnya kajian yang bersifat
demikian bercorak tidak meyakinkan, iaitu ada kelemahan dan kekuatan. Hasil kajian yang telah
dijalankan mendapati bahawa, kekuatan pendidikan Montessori ini ialah dapat mendedahkan
kanak-kanak untuk belajar pengawalan kendiri, penggunaan perbendaharaan kata yang tinggi
dan juga proses pembelajaran yang menarik untuk meningkatkan memori kanak-kanak. Selain
itu, melalui pembelajaran ini juga dapat meningkatkan meta kognitif kanak-kanak iaitu mereka
sedar dan belajar tentang kekuatan dan kelemahan diri.
Menurut beliau lagi pendidikan Montessori yang asli telah berkurangan. Hal ini demikian
kerana terdapat perubahan yang dibuat dalam pendidikan ini yang pada asalnya digunakan untuk

kanak-kanak khas kepada kanak-kanak biasa. Modifikasi juga telah dibuat dari segi bahan
khusus yang digunakan iaitu dari bahan asli telah ditukar kepada bahan yang bukan asli,
(contohnya dari sudu sebenar diganti dengan sudu plastik). Modifikasi yang berlaku ini
disebabkan kos yang mahal untuk membeli alat pembelajaran tersebut.
Di Malaysia dari segi kokurikulum pendidikan juga telah diubahsuai supaya seiring
dengan kriteria-kriteria kurikulum tempatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (Kurikulum Standard Prasekolah Malaysia). Sebagai contoh, di Malaysia tadika yang
mengaplikasikan kaedah pendidikan Montessori ini ialah tadika Tunas Bestari di Kolej Islam
Antarabangsa (UIA). Kaedah Montessori di tadika ini turut dimodifikasi dengan menerapkan
nilai-nilai Islam sesuai dengan fitrah kanak-kanak. Namun modifikasi yang dibuat di sesebuah
tadika menurut beliau adalah bergantung kepada penganjur tadika tersebut.
Justeru itu, telah terbukti bahawa masih ada lagi kaedah pembelajaran Montessori yang
digunakan di Malaysia untuk pendidikan awal kanak-kanak. Terdapat pelbagai kelebihan yang
dapat diperolehi daripada kaedah pembelajaran ini untuk perkembangan minda kanak-kanak.
2.7 KESIMPULAN
Usaha memajukan kanak-kanak di peringkat awal merupakan asas pembentukan modal insan
yang berkualiti yang memberi pulangan tertinggi dalam kemajuan ekonomi kerana ia merupakan
cara berkesan untuk mengurangkan kemiskinan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
Kanak-kanak yang dipelihara dan dididik hari ini perlu dilengkapkan bukan sahaja bagi
menghadapi cabaran yang biasa masa kini tetapi juga kerumitan yang mungkin dihadapi masa
akan datang. Oleh itu, mendidik anak-anak kita dengan betul adalah sesuatu yang perlu kita
lakukan, bukan sahaja untuk faedah mereka tetapi juga bagi masa depan negara. Kualiti modal
insan negara merupakan elemen penting bagi mencapai aspirasi negara untuk menjadi negara
maju menjelang 2020. Pembangunan modal insan perlu holistik, yang merangkumi usaha
menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran termasuk sains dan teknologi, keupayaan
keusahawanan selain menyemai sikap progresif, positif dan beretika melalui pelajaran, latihan
dan pembelajaran seumur hidup.

Proses menyemai nilai-nilai yang baik dan kemahiran yang sesuai bagi pembentukan
menyeluruh sebagai individu perlu bermula sejak kanak-kanak itu masih bayi. Kita tidak patut
membiarkan aspek pembangunan kanak-kanak itu apabila mengetahui bahawa kualiti jagaan dan
pendidikan awal kanak-kanak boleh menghasilkan kesan positif jangka panjang. Kerajaan
Malaysia sentiasa secara konsisten memperuntuk sejumlah besar wang bagi bajet pembangunan
untuk kemajuan pendidikan bagi memastikan sasaran dalam pelan pendidikannya mencapai
matlamat. Oleh sebab itu pengajaran dan pembelajaran berpandukan kurikulum yang digariskan
oleh KPM perlu dilaksanakan oleh guru secara kreatif dengan menggabungkan pelbagai
pendekatan supaya pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.

SENARAI RUJUKAN
Kamarudin Bin Hj. Hussin (1996). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak, K.L :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Nurulhayati Aris, Zalila Ismail, Lee Nien Zee, Asitah Puniran, Sugunavathy, kalponah &
Noorbaya Othman. 2009. Model Pendidikan Montessori. Diperoleh pada 16
Disember 2015, dipetik dari http://www.scribd.com/doc/24902467/Model-Montessori.
Rohaty Bt. Mohd Maizub dan Abu Bakar B Nordin (1994). Pendidikan Prasekolah,
K.L : Fajar Bakti.

Saayah Bt Abu. 2008. Perlaksanaan Aktiviti Belajar Melalui Bermain Di Tadika- tadika
Kawasan Tengah Melaka, Melaka. Jabatan Ilmu Pendidikan Islam,Maktab Perguruan
Islam
Sue C Wortham. 2010. Early Childhood Curriculum: Developmental Bases for
Learning and Teaching, United State of America: Pearson Education.
Suppiah nachappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor. 2008. Psikologi pendidikan.
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd

LAMPIRAN

Contoh alatan pembelajaran Montessori berkaitan penggunaan deria

S-ar putea să vă placă și