Sunteți pe pagina 1din 6

Tuesday, January 22, 2013

Peranan Sekolah Dalam Menjayakan Aspirasi PPPM

Seperti yang digariskan dalam Model Ekonomi Baru RMKe-10, negara kita berusaha
untuk berubah daripada negara berpendapatan pertengahan ke arah negara
berpendapatan tinggi. Perubahan ini perlu digerakkan oleh mereka yang berbakat,
khususnya pemimpin dan pekerja yang berpengetahuan disamping input lain
seperti tenaga kerja dan modal. Dalam keadaan persaingan pada peringkat global
negara kita memerlukan warganegara yang berbakat, kompetatif dan sistem
pendidikan yang berdaya saing.

Justeru itu kerajaan menerusi KPM telah merangka suatu tranformasi dalam sistem
pendidikan bagi membolehkan aspirasi negara ke arah negara berpendapatan
tinggi dapat direalisasikan. Aspirasi untuk menjayakan tranformasi sistem
pendidikan terdiri daripada dua aspek, iaitu aspirasi keseluruhan sistem pendidikan
dan aspirasi setiap murid.

ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN

Terdapat lima hasil yang ingin dicapai dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, iaitu;
akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Lima aspirasii ini muncul daripada
laporan pendidikan yang pernah dikeluarkan sebelum ini tetapi kandungannya
masih relevan iaitu Laporan Razak (1956), Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979)
dan PIPP (2006-2010).

Sekolah adalah barisan hadapan dan peringkat operasi dalam melaksanakan


tanggungjawab memastikan lima aspirasi sistem pendidikan dapat dicapai.

1. Akses Kepada Kejayaan

Sekolah mempunyai peranan untuk memastikan setiap murid di sekolah mendapat


akses yang sama kepada pendidikan berkualiti, tanpa mengira taraf ekonomi, kaum
atau latar belakang murid bagi membolehkan murid mencapai potensi masingmasing.

Prinsip pendidikan untuk semua, perlu dijadikan asas dalam memastikan akses dan
enrolmen setiap lapisan murid dari peringkat prasekolah ke peringkat sekolah

menengah dapat dipenuhi. Bagi tujuan ini pihak sekolah perlu memberi komitmen
demi memastikan tiada murid yang tercicir dan semua murid memenuhi standard
minimum iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran teras iaitu Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam atau
Pendidikan Moral pada akhir tingkatan 5.

Tujuannya adalah untuk meletakkan negara kita setanding dengan negara maju
yang lain di samping meningkatkan peratusan murid melanjutkan pelajaran pada
peringkat universiti, kolej, politeknik, vokasional dan program latihan kemahiran
yang berstruktur.

2. Kualiti Standard Antarabangsa Yang Tinggi.

Aspirasi kedua ini melibatkan peranan sekolah dalam meastikan setiap sekolah
memberikan proses pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid setanding
dengan negara maju yang lain mengikut standard antarabangsa. Langkah ini
termasuklah standard untuk bidang Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta
kemahiran berfikir aras tinggi.

KPM misalnya telah mensasarkan agar negara berada dalam kelompok sepertiga
teratas dari segi prestasi dalam TIMSS (Trends in Mathematics and Science Study)
dan PISA (Programme For International Student Assessment) dalam tempoh 15
tahun.

Oleh itu komitmen guru dan masyarakat yang mendukung sekolah yang tinggi
amatlah diharapkan. Pelaksanaan i-THINK dan Frog VLE perlulah dilaksanakan
secara serius kerana ia adalah kerangka asas yang dapat memenuhi keperluan
proses pembelajaran dan pengajaran berkualiti tinggi.

3. Ekuiti Untuk Semua Murid

Sekolah perlu memastikan sistem pendidikan yang dilaksanakan berada pada tahap
yang terbaik kepada setiap murid tanpa mengira etnik, tempat atau latar belakang
sosioekonomi. Sekolah perlu meberi peluang kepada setiap murid supaya jurang
yang ada dalam kalangan mereka dapat dirapatkan.

Sekolah bertanggungjawab untuk memastikan setiap murid yang mempunyai


pelbagai latarbelakang dan sosioekonomi di sekolah mendapat hak dan ekuiti yang
sama terhadap kemudahan dalam menyokong pembelajaran dan pembangunan
sahsiah mereka.

Program Pendidikan Khas, Kelas Rancanagan Khas dan Program Kawalan yang
terdapat disekolah perlulah diurus dengan berkesan bagi membolehkan murid
dibangunkan mengikut kebolehan dan potensi masing-masing.

4. Memupuk Perpaduan Dalam Kalangan Murid

Sejak merdeka aspirasi negara yang utama ialah mewujudkan perpaduan dalam
kepelbagaian kaum yang ada. Sesebuah negara yang menghargai kepelbagaian dan
mengutamakan keterangkuman sosial yang unik akan mempamirkan perpaduan
yang lebih kuat. Kajian yang dilakukan oleh OECD pula menunjukkan bahawa
perpaduan yang kuat mempunyai kaita yang rapat dengan rakyat yang sihat,
masyarakat yang selamat dan kadar guna tenaga yang tinggi.

Murid menghabiskan masa lebih seperempat daripada mereka di sekolah semasa


mereka berusia 7 hingga 17 tahun, maka sekolah merupakan medan yang subur
untuk pemupukan semangat perpaduan. Oleh itu sekolah perlu mewujudkan
interaksi dalam kalangan murid-murid agar mereka belajar saling memahami,
menerima dan menghargai kepelbagaian.

Gerak kerja kokurikulum perlu dioptimumkan dan dasar 1 murid 1 sukan perlu
dimantapkan agar penerapan nilai dan pengalaman dapat diterapkan ke arah
pembinaan identiti nasional yang seterusnya memupuk perpaduan.

5. Pelaksanaan Berkecekapan Tinggi

Aspirasi pendidikan nasional yang kelima ialah elemen kecekapan. Kerajaan


menerusi bajet tahunan telah memperuntukan perbelanjaan besar kepada sektor
pendidikan (16%), yang secara jelas menunjukkan komitmen tinggi kerajaan
terhadap pendidikan. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab guru-guru dan warga
pendidikan di sekolah untuk memastikan pulangan dalam bentuk keberhasilan
murid dimaksimumkan untuk setiap ringgit yang dibelanjakan.

Pelaksanaan program pendidikan perlu dibuat secara lebih bertanggungjawab dan


menggunakan sumber yang ada secara cekap, berkesan dan memberi impak yang
maksimum.

ASPIRASI MURID

Adalah menjadi aspirasi KPM untuk memastikan setiap murid mencapai potensi
yang ada pada diri mereka sepenuhnya. Oleh yang demikian setiap pemimpin di
sekolah, guru, ibu bapa dan masyarakat mempunyai peranan penting dalam
memastikan generasi muda ini mencapai aspirasi yang diharapkan.

Dalam PPPM, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembangunan


murid secara menyeluruh dan seimbang telah diterjemahkan kepada enam elemen,
iaitu penekanan kepada elemen Pengetahuan dan Kemahiran; membangunkan
Pemikiran Kritis, Kreatif dan Inovatif; Kemahiran Memimpin; Kemahiran Dalam
Dwibahasa (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris); Sahsiah dan Nilai serta
semangat Identiti Nasional yang kuat. Setiap elemen ini turut memberi penekanan
kepada usaha bagi membolehkan semua murid memberi sumbangan bermakna
terhadap institusi keluarga, masyarakat dan negara.

1. Pengetahuan

Pada peringkat yang paling asas, adalah menjadi tanggungjawab sekolah untuk
memastikan setiap murid mempunyai keupayaan literasi dan numerasi. Perkara ini
amatlah penting kerana murid perlu mempunyai kemahiran hidup yang asas serta
bagi membolehkan mereka berfungsi secara berkesan dalam masyarakat.
Keupayaan dalam literasi dan numerasi juga membolehkan muird memupuk nili diri
untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.

Murid-murid juga perlu dipastikan menguasai mata pelajaran teras seperti Bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Murid-murid juga perlu
digalakkan untuk menguasi bidang seni, muzik dan sukan supaya kemahiran dalam
bidang ini membolehkan mereka mengaplikasikan dalam kehidupan.

2. Kemampuan Memimpin

Sekolah adalah medan yang terbaik untuk memupuk kepimpinan dan kemahiran
bekerja secara berpasukan secara berkesan dalam kalangan murid-murid selaku
pewaris kepimpinan negara. Oleh yang demikian pihak sekolah seharusnya peka
terhadap keperluan murid untuk membangunkan potensi dan bakat kepimpinan
yang ada pada diri mereka. Dalam konteks ini kepimpinan yang perlu dibangunkan
melibatkan empat unsur iaitu;

Keusahawanan; mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan membangunkan


penyelesaian diri, sanggup membuat pelaburuan dari sumber sendiri.
Berdaya Tahan; membangunkan cara berfikir yang konstruktif serta mampu
menghadapi rintangan.
Kecerdasan Emosi; berupaya memahami dan bekerja secara berkesan dengan
orang lain serta mampu mempengaruhi mereka secara positif.
Keterampilan Komunikasi; berupaya memberikan pendapat dan hasrat secara lisan
dan bertulis dengan jelas.
Sekolah perlu memastikan persekitarnnya dan iklimnya menyokong kepada
pembangunan keempat-empat unsur di atas sama ada dalam aktiviti di bilik darjah,
mahu pun di luar bilik darjah seperti kegiatan sukan dan kokurikulum.

3. Kemahiran Dwibahasa

Setiap murid perlu mengusai bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan dan
bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa.
Murid- murid juga diberi peluang dan galakkan untuk menguasai bahasa
tambahanseperti bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Arab serta bahasa ibunda
lain seperti bahasa Iban dan Kadazan-Dusun.

Penguasaan kemahiran berbahasa ini amatlah penting bagi membolehkan muridmurid bersosialisasi merentas sempadan budaya dan etnik, yang seterusnya
menyubnag kepada pemupukan kerjasama dan komunikasi pada peringkat global.

4. Etika dan Kerohanian

Pihak sekolah perlu berperanan dalam memastikan setiap murid mempunyai sifat
berani menghadapi cabaran masa hadapan, menyelesaikan konflik secara aman
serta membuat keputusan yang wajar dalam situasi kritikal, dan mempunyai
keberanian melakukan apa yang betul.

Sekolah perlu berusaha untuk mewujudkan nilai bersama yang kukuh berteraskan
kepada satu set prinsip, iaitu;
Kerohanian; memastikan murid mempunyai pegangan agama yang kuat dan
mengamalkannya sebagai asas hidup, serta mempunyai asas moral yang tinggi.
Integriti; memastikan murid dibimbing agar mempunyai keberanian, disiplin dan
semangat untuk melakukan perkara yang betul.
Tanggungjawab Sivik; murid dibimbing ke arah sikap yang positif dan bertindak
untuk kebaikan negara, mengambil berat terhadap orang lain dan alam sekitar.
5. Identiti Nasional

Aspirasi kelima terhadap murid dalam PPPM adalah berkaitan usaha membina
identiti nasional dalam kalangan murid-murid. Aspirasi ini antara lain adalah untuk
melahirkan murid yang mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti
nasional, berpegang teguh kepada prinsip Rukunegara dan sentiasa mengutamakan
perpaduan.

Sekolah perlu berperanan sebagai tempat semaian yang subur semangat


patriotisme dalam kalanagan murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf
sosioekonomi atau tempat. Sebaliknya murid mempunyai sifat berbanga sebagai
anak Malaysia, memahamii dan menerima perbezaan, menghormati orang lain dan
bersedia untuk hidup bersama dalam kepelbagaian budaya.

Dicatat oleh AZMAN BIN SAFII

S-ar putea să vă placă și