Sunteți pe pagina 1din 8

AMALKAN SIKAP CINTAKAN ALAM

SEKITAR
Memandangkan dunia sedang berdepan
dengan isu pemanasan global yang semakin
serius
masyarakat
diharapkan
dapat
menjadi pengguna yang perihatin terhadap
alam sekitar.

Persoalannya, sejauh manakah pencapaian


kita sebagai pengguna yang lestari? Setakat
ini, tidak ramai yang begitu menitikberatkan
perkara
seperti
penjimatan
elektrik,
pembaziran
tenaga,
pencemaran
alam
sekitar dan sebagainya. Tahap kesedaran
pengguna Malaysia masih rendah. Malah,
mereka boleh dikatakan masih berada di
peringkat awal dalam meletakkan diri
sebagai pengguna lestari.

Amalan pengunaan lestari sebenarnya amat


mudah untuk dipraktikkan oleh pengguna.
Antaranya, mereka boleh berbelanja secara
berhemat, menjimatkan pengunaan sumber
air, tenaga dan bahan bakar, menggunakan
bahan-bahan yang tidak mendatangkan
kesan negatif kepada alam sekitar serta
menggunakan teknologi bersih dan juga
mesra alam

- 1

Untuk menggalakkan amalan penggunaan


lestari
ini,
masyarakat
perlu
belajar
berbelanja mengikut keperluan mereka.
Rancang
dulu
perbelanjaan
anda.
Sebaiknya, buat senarai barangan yang
diperlukan dan belilah barangan hanya bila
ia diperlukan.

Satu kemestian apabila membeli barangan


ialah membaca lebel secara terperinci. Label
mengandungi
maklumat
asas
seperti
kandungan pemakanan, tarikh luput, logologo berkaitan alam sekitar ataupun sama
ada ia diperbuat daripada hasil bahan kitar
semula.

Apabila membeli, lihat pada pembungkusan


produk tidak kira bekas, botol atau kotak.
Beli
produk
yang
menyokong
pembungkusan yang boleh diguna semula
dan
dikitar
semula.
Cara
ini
dapat
mengurangkan terhasilnya sisa pepejal.

Ketika keluar membeli-belah juga amalkan


membawa bersama beg sendiri dari rumah.

Elakkan
menggunakan
beg
plastik
terutamanya yang memakan masa untuk
dilupuskan.
- 2-

Sebabnya, salah satu daripada sampah yang


sering
dibuang
adalah
pembungkus
barangan harian yang dibeli termasuk beg
plastik yang digunakan untuk membawa
barangan tersebut.

Mungkin tidak semua barangan perlu dibeli.


Contohnya, anda boleh menanam sendiri
sayuran di kawasan rumah termasuk
menggunakan teknik hidroponik yang tururt
menjurus kepada amalan pengunaan lestari.

Malah, cara ini bukan sahaja dapat


memastikan sayuran yang dimakan segar
dan bebas bahan kimia racun perosak,
tetapi boleh menjimatkan perbelanjaan
keluarga.
Selain
itu,
pengguna
juga
boleh
menjimatkan sumber bahan bakar dengan
berusaha
mengurangkan
pengunaan
kenderaan untuk ketempat-tempat yang
berdekatan.

Bercerita tentang penjimatan ini, pengguna


juga perlu mengambil kira pengunaan
peralatan elektrik di rumah kerana ia juga
merupakan antara penyumbang utama
kepada pembaziran tenaga dan turut
mempercepatkan pemanasan global.
- 3-

Mulakan dengan membeli peralatan elektrik


yang menjimatkan tenaga. Kini, banyak
jenama
telah
mengambil
langkah
mengeluarkan produk penjimatan tenaga
dalam
usaha
untuk
mengurangkan
pemanasan global.

Ataupun, pilih barangan yang bersesuaian


seperti pengunaan lampu kalimantang yang
empat kali lebih cerah daripada mentol
walaupun
kedua-duanya
menggunakan
kuasa watt yang sama. Malah ia juga tahan
lapan kali lebih lama berbanding mentol.

Sekiranya semua ini diamalkan, ia bukan


sahaja
dapat
menyumbang
ke
arah
persekitaran yang lebih sihat malah mampu
mengekalkan
kehijauan
alam
serta
menjimatkan perbelanjaan.

Jadi, ubahlah sikap bermula hari ini. Jadilah


penguna yang bertanggungjawab terhadap
alam sekitar bagi memastikan ia dapat terus
diwarisi oleh generasi akan datang.
Sumber : Utusan Malaysia

Amalan 3R DI RUMAH
( REDUCE , REUSE , RECYCLE )
Dengan mengamalkan 3R (pengurang, guna semula dan kitar semula),
kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia.
Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil sumber-sumber
terbatas.
Sebagai contoh, jumlah minyak adalah terhad dimana daripadanya
kita boleh buat plastik dan bijih aluminium bagi membuat tin
minuman. Dengan mengamalkan 3R kita dapat menjimat sumbersumber terbatas pada masa hadapan di samping dapat mengurangkan
jumlah pembaziran dengan tip-tip yang berikutnya.
1.Reduce Pengurangan
Hanya beli apa yang diperlukan:
Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan

yang jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan.


1. Beli produk yang boleh diguna semula:
Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas
semula.
2. Beli pencuci serbaguna:
Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk
setiap kegunaan.
3. Beli barangan yang kurang bungkusan:
Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang
dibuang. Sokonglah bungkusan kertas.

4. Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang


tidak digunakan:
Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak
digunakan.
5. Beli produk tidak bertoksik:
Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan
racun serangga tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahanbahan toksik sebelum membuang bekasnya.
6. Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan
berbahaya/toksik:
Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak
zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.
Reuse Guna Semula
1. Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan
menyimpan barangan di rumah.
2. Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat

baru di atas alamat lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas


skrap.
3. Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di
rumah.
4. Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan
menyimpan barangan di rumah. Kertas yang telah digunakan boleh
dijadikan kertas conteng. Jangan lupa kitar semula jika tidak boleh
digunakan lagi.
5. Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain
perca.
6. Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan
membakar kayu-kayu ini. Pembakaran terbuka adalah salah di sisi
undang-undang.
7. Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar
semula.
Recycle Kitar Semula
1 Kitar semula di rumah:
o

Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semula.


Asingkan bahan-bahan ini mengikut jenis. Gunakanlah tong-tong kitar
semula yang terdapat untuk membuang bahan-bahan yang boleh
dikitar semula.

Cuba mencari cara untuk kitar semula setiap bahan seperti


kertas, plastik, loam dan kaca. Bahan-bahan lain seperti perabot,
barangan elektronik, bahan pembinaan dan kenderaan juga boleh
dikitar semula.

Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar


semula.

Mengitar semula di laman anda:


o

Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh


memperbaiki alam laman anda. Mengkompos, iaitu proses pereputan
bahan-bahan boleh reput, dapat digunakan semula sebagai baja di
laman. Ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan sisa dapur.

Mengitar semula rumput merupakan cara yang ringkas


untuk mengembalikan zat-zat kepada tanah apabila rumput yang
dipotong ini dibiarkan mereput.
Mengitar semula di sesebuah komuniti:

Pusat kitar semula: memberi ruang dan kemudahan kepada


sesuatu komuniti untuk menghantar bahan-bahan bagi pengitaran
semula.

Sekolah dan perniagaan: boleh memainkan peranan yang


penting. Kedua-duanya boleh menjadi tempat rujukan dan
memberikan kesedaran tentang kitar semula.

Projek-projek komuniti: jalankan aktiviti-aktiviti untuk


memperbaiki dan meningkatkan aktiviti- aktiviti mengitar semula.

S-ar putea să vă placă și