Sunteți pe pagina 1din 25

HBEC 2303

HBEC 2303
CURRICULUM DEVELOPMENT: THE MALAYSIAN PERSPECTIVE
JANUARY 2013

\
NAMA : LIYANA FARHANA BINTI MOHD ABU YANIN
NO MATRIK : 890120235486001
NO KAD PENGENALAN : 890120-23-5486
PUSAT PEMBELAJARAN : MELAKA CENTR
1.0 PENGENALAN

Sistem Pendidikan Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


yang memberi tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara
menyeluruh untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani,
emosi,

rohani

dan

intelek.

Falsafah

ini

digunakan

bagi

melahirkan

warganegara yang berketrampilan dan bertanggungjawab dalam segala


bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara.
Walaubagaimanapun, kurikulum pendidikan masih berteraskan kepada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana falsafah memainkan peranan
sebagai dasar yang menjadi arah tuju, panduan dan bimbingan. Tanpa
falsafah

sesuatu

kurikulum

pendidikan

itu

adalah

tanpa

asas.

Kurikulum yang berteraskan falsafah ini umumnya untuk membentuk pelajar


1

HBEC 2303
bagi perkembangan menyeluruh meliputi dimensii insrtrumental / sosial dan
dimensi intrinsik.
Kurikulum ialah segala rancangan pendidikan (akademik dan kokurikulum)
yang dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai
matlamat pendidikan. Ia suatu rancangan yang meliputi segala ilmu
pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan
kepercayaan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahlinya. Kurikulum
kebangsaan

yang

ditetapkan

hendaklah

menentukan

pengetahuan,

kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada
akhir tempoh persekolahan masing-masing (Akta Pendidikan 1996).
Oleh

itu,

kurikulum

amat

penting

dalam

sistem

Pendidikan

di

Malaysia. Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam


menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga
memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik
dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008).

1.0

DEFINISI KURIKULUM
Menurut Kamus Dewan (2005), kurikulum didefinisikan sebagai skop

dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah ataupun senarai


kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah mahupun di
institusi lain. Selain itu, kurikulum juga bermaksud isi atau kandungan dan
skop sesuatu mata pelajaran di sekolah dan lain-lain serta dikenali
sebagai senarai kursus atau mata pelajaran yang dirancang di bawah satu

HBEC 2303
sistem pendidikan yang digunakan

di sekolah-sekolah (Adli &

Khuzaihan 2008).
Selain

itu,

Amir

Hasan

(2006)

menyatakan

bahawa

kurikulum

melibatkan aspek-aspek perancangan dan penyampaian secara formal.


Kurikulum formal sekolah-sekolah Malaysia adalah dirancangkan secara
berpusat.
Istilah

kurikulum

dimaksudkan

sebagai

rancangan

aktiviti

dan

pengalaman yang disediakan untuk murid-murid di sekolah. Kurikulum ini


merangkumi aktiviti akademik seperti kursus atau mata pelajaran, dan
aktiviti luar bilik darjah seperti persatuan-persatuan di sekolah, sukan dan
permainan. Selain daripada itu, guru-guru, murid-murid, sekolah, disiplin,
kelengkapan pengajaran, komuniti dan pendapat masyarakat merupakan
unsur penting dalam kurikulum. Sekiranya hal terebut berubah, kurikulum
juga akan berubah (Musa 1992).
Menurut Abu Bakar & Ikhsan (2003), kurikulum mempunyai maksud
yang berbeza terpulang kepada cara pemikiran seseorang individu
ataupun masyarakat. Pada pandangan masyarakat, kurikulum ialah
pelajaran ataupun mata pelajaran yang disediakan oleh pihak sekolah.
Namun, bagi individu yang berfikiran lebih perspektif melihat kurikulum
sebagai program pendidikan bagi mencapai sesuatu matlamat tertentu.
Pandangan ini menganggap pelajaran yang disediakan sebagai satu
keadaan yang bersepadu dan terancang. Kumpulan ini terbahagi kepada
dua pandangan yang berlainan.
Pandangan pertama mengehadkan kurikulum sebagai rancangan yang
berlaku dalam masa sekolah sahaja dan ada yang lebih khusus, iaitu
dalam aktiviti di bilik darjah sahaja. Pandangan kedua pula tidak
mengehadkan kurikulum sebagai aktiviti dalam masa sekolah sahaja
sebaliknya menyatakan bahawa kurikulum juga merangkumi aktiviti-

HBEC 2303
aktiviti yang berlaku di luar masa sekolah sekiranya aktiviti tersebut
dirancangkan terlebih dahulu.
Abu Bakar & Ikhsan (2003) juga menyatakan bahawa maksud
kurikulum

adalah

berbeza

bagi

setiap

individu

yang

berlainan

pendiriannya. Justeru, bagi mengelakkan perselisihan di antara individuindividu tersebut, satu definisi yang luas dan mencakupi pelbagai aspek
telah diguna pakai. Kurikulum telah ditafsirkan sebagai pengalaman
ataupun satu siri pengalaman yang dirancang bagi mencapai sesuatu
matlamat tertentu. Oleh itu, tingkah laku yang tidak dirancang tidak akan
dijadikan tumpuan utama. Walau bagaimanapun, aktiviti-aktiviti yang
tidak dirancang yang berlaku semasa sesuatu program itu berjalan adalah
dianggap sebagai kurikulum terpendam.
Menurut MC Donald (1965) dalam Abu Bakar & Ikhsan (2003)
mencadangkan perpisahan di antara kurikulum dan pengajaran kerana
beliau berpendapat kurikulum merupakan rancangan untuk tindakan
selanjutnya manakala pengajaran ialah tindakan sebagai yang telah
dirancang.
Menurut kajian Razmah (2004 ), definisi kurikulum boleh dibahagikan
kepada dua iaitu kurikulum luas dan umum, serta kurikulum khusus.
Kurikulum luas dan umum pula terbahagi kepada empat definisi mengikut
bahagian tersendiri iaitu kurikulum sebagai sistem, pengalaman, bidang
kajian dan mata pelajaran.
Razmah

(2004)

menyatakan

definisi

kurikulum

sebagai

sistem

bermaksud kurikulum merupakan satu sistem dalam mana manusia dan


proses atau organisasi kakitangan dan prosedur berinteraksi secara linear
ataupun bukan linear. Definisi kurikulum sebagai pengalaman dapat
dilihat apabila Caswell dan Campbell (1935) menyatakan bahawa
kurikulum ialah kesemua pengalaman yang diperolehi di bawah panduan
guru atau sekolah (Razmah 2004). Tanner & Tanner (1980) menyatakan
4

HBEC 2303
bahawa

kurikulum jua ialah proses membina semula pengetahuan dan

pengalaman secara sistematik


universiti

supaya

pelajar

di bawah penyeliaan sekolah atau

dapat

meningkatkan

pengetahuan

dan

pengalaman mereka (Razmah 2004).


3.0 KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting
dalam dunia persekolahan kepada seseorang kanak-kanak. Pengalaman
prersekolahan

dan

pembelajaran

yang

berkesan,bermakna

dan

menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan


diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam
persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat. (Pusat Perkembangan
Kurikulum 2003).
Peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak-kanak
tanpa mengira latar belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan
kesihatan mentall dan fizikal kanak-kanak serta perkembangan intelek
mereka. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas mereka diberi peluang untuk
belajar dalam kelas biasa atau kelas khas sesuai dengan keadaan dan
keperluan mereka.Program pendidikan prasekolah hendaklah sesuai dengan
tahap

perkembangan

kanak-kanak

supaya

dapat

merangsang

pemikiran,membina sikap positif dan akhlak yang baik, meningkatkan


kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang optimum.
Oleh itu, kurikulum pendidikan prasekolah memberi fokus kepada
usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan
bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Fokus
utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan
kanak-kanak,menekankan

kepada

pendekatan

dan

pengajaran

inkuiri

penemuan,dan

pembelajaran

menggunakan

bersepadu,bertema,belajar
5

HBEC 2303
melalui bermain,pembelajaran kontekstual dan pembelajatan berasaskan
projek.
Prinsip utama yang digunakan adalah pendekatan dan kandungan
pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak
dan mengambil kira perbezaan antara individu. Melalui proses pengajaran
dan pembelajaran ini,kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran
asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah
rendah kelak.. Pendekatan pembelajaran yang fleksibel dan suasana
pembelajaran yang selesa, selamat dan ceria dapat menggalakkan naluri
ingin tahu, perasaan suka meneroka dan menjelajah
pengalaman

baru

kepada

kanak-kanak.Dengan

ini

serta memberi

adalah

diharapkan

program pendidikan prasekolah dapat menjadi asas untuk melahirkan murid


yang mempunyai keyakinan diri, bercita-cita tinggi, daya tahan, semangat
juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri. Semua asas yang dibina
dalam diri murid akan menyumbangkan kepada

kemajuan keluarga,

masyarakat, bangsa dan negara.


Perancangan

dan

penggubalan

Kurikulum

Standard

Prasekolah

Kebangsaan berlandaskan prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan

sebagai

pendokong

matlamat

dan

wawasan

negara.

Perancangan dan penggubalan kurikulum ini juga mengambil kira pandangan


dan

falsafah

serta

teori

pendidikan

awal

kanak-kanak,psikologi

dan

perkembangan kanak-kanak serta trend pembelajaran terkini seperti teori


pelbagai kecerdasan, teori kecerdasan emosi dan konsep e-pembelajaran.

HBEC 2303

Rajah 1 : Latar

Belakang Kurikulum Pra Sekolah

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) diperkenalkan pada


2010 bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur
empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek
jasmani,emosi,rohani,intelek dan social melalui persekitaran pembelajaran
yang

selamat

serta

menyuburkan

melalui

aktiviti

yang

menyeronokkan,kreatif dan bermakna. Melalui kurikulum ini kemahiran


literasi dan numerasi asas murid dipertingkatkan,keyakinan dibangunkan
dan konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak dipupuk. Ini adalah
untuk menyediakan murid agar mereka berupaya menyesuaikan diri dengan
persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran bagi
kelangsungan pembelajaran seterusnya.
Kurikulum

Standard

Prasekolah

Kebangsaan

terbina

berdasarkan

rekabentuk kurikulum berasaskan standard dan berbentuk modular. Standard


Kandungan dan Standard pembalajaran yang patut diketahui dan boleh
dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.. Standard

HBEC 2303
Kandungan

dan

Standard

pembalajaran

adalah

berpaksikan

kepada

pengetahuan,kemahiran asas serta nilai dalam enam tunjang pembelajaran


berikut :
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Komunikasi
Kerohanian,Sikap dan Nilai
Kemanusiaan
Sains dan Teknologi
Perkembangan Fizikal dan Estetika
Perkembangan Ketrampilan Diri

Rajah 2 : Tunjang Dalam Kurikulum Standard Prasekolah


Untuk

tujuan

kesinambungan,tunjangini adalah sama dengan

tunjang
tunjang

pembelajaran
yang

difokuskan dalam

pendidikan sekolah rendah.


8

HBEC 2303
Pada

peringkat

prasekolah,proses

pengajaran

dan

pembelajaran

berdasarkan kepada Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanakkanak (ABP) Developmentally Appropriate Practices. Pendekatan pengajaran
dan pembelajaran bersifat fleksibel tetapi terancang di mana semua murid
terlibat secara aktif melalui pelbagai aktiviti individu,kumpulan dan kelas
sama asa di dalam atau di luar bilik darjah. Suasana pembelajaran yang
selesa, ceria, dan selamat dapat menggalakkan naluri ingin tahu dan
gemarkan cabaran yang seiring dengan fitrah semulajadi kanak-kanak.

4.0

KANDUNGAN

KURIKULUM

STANDARD

PRASEKOLAH KEBANGSAAN
i. Tunjang Komunikasi
ii.
Tunjang Kerohanian,Sikap dan Nilai
iii.
Tunjang Kemanusiaan
iv.
Tunjang Sains dan Teknologi
v. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
vi.
Tunjang Perkembangan Ketrampilan Diri

HBEC 2303

4.1 TUNJANG KOMUNIKASI


Kemahiran

bahasa

dan

komunikasi

merupakan

nadi

kepada

pembelajaran murid. Seseorang murid sudah menguasai kemahiran asas


bahasa

apabila

mereka

mempunyai

kemahiran

mendengar,bertutur,membaca dan menulis serta boleh berinteraksi dengan


orang

lain.

Kebolehan

berbahasa

dan

berkomunikasi

dengan

baik

meningkatkan keyakinan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam


pembelajaran. Ini akan menjadi asas kepada pembelajaran sepanjang hayat.
Tunjang ini terdiri daripada Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris,Bahasa
Cina dan Bahasa Tamil. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris adalah wajib
dipelajari oleh semua kanak-kanak prasekolah. Bahasa Cina dan Bahasa
Tamil dipelajari oleh kanak-kanak di prasekolah yang beraliran bahasa Cina
dan

bahasa

Tamil.

Bahasa

Malaysia

perlu

diajar

selama

dua

jam

seminggu,manakala Bahasa Inggeris diajar selama dua jam seminggu di


prasekolah yang bahasa pengantarnya bahasa Malaysia dan satu jam
seminggu di prasekolah yang bahasa pengantarnya bukan Bahasa Malaysia.

10

HBEC 2303
Fokus utama pengajaran Tunjang Komunikasi adalah kemahiran Bahasa
dan seni Bahasa. Kemahiran Bahasa ialah menyepadukan empat kemahiran
iaitu kemahiran mendengar,kemahiran bertutur,kemahiran membaca dan
kemahiran menulis dalam bahasa yang mereka pelajari.
I.

Kemahiran mendengar Kanak-kanak boleh membezakan bunyi dan


boleh memahami

II.

Kemahiran bertutur

apa yang didengar.


Murid dapat menyebut bunyi dan perkataan

dengan betul serta


dapat menyatakan pemikiran dan perasaan
mereka secara
III.

berkesan dan bertatasusila.


Kemahiran membaca Murid boleh mengucapkan apa yang tertulis
dan bercetak serta
memahami makna perkataan atau ayat yang

IV.

dibaca.
Kemahiran Menulis

Murid dilatih untuk menguasai motor halus

sehingga boleh
menulis huruf dan perkataan dan seterusnya
menulis ayat
mudah.
Seni Bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap kenindahan
bahasa melalui kepelbagaian aktiviti dan permainan bahasa seperti drama
dan sajak.
4.2 TUNJANG KEROHANIAN,SIKAP DAN NILAI
Tunjang kerohanian,sikap dan nilai merangkumi pendidikan Islam dan
pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama Islam
selama dua jam seminggu. Pendidikan Moral dipelajari oleh murid lain
selama dua jam seminggu. Tunjang kerohanian,sikap dan nilai amat penting
bagi pemupukan nilai islam dan nilai murni masyarakat berbilang kaum bagi
melahirkan

rakyat

Malaysia

yang

percaya

kepada

Tuhan,berperibadi

11

HBEC 2303
mulia,bertanggungjawab

dan

berkeupayaan

mencapai

kesejahteraan

diri,keluarga,masyarakat dan Negara.


4.2.1 PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam memberi pengetahuan dan kemahiran asas
tentang

Rukun

Iman,Rukun

Islam,Sirah

Rasulullah

dan

Kalimah

Syahadah. Kanak-kanak prasekolah belajar bersuci,berwuduk,melakukan


pergerakan

solat,mencontohi

beberapa

akhlak

Rasulullah

dan

melakukan amalan harian mengikut adab. Pada masa yang sama kanakkanak ini juga mengenal asas bahasa Al-Quran,huruf hijaiyah dan jawi
serta menghafaz beberapa surah pendek dan doa pilihan. Pengajaran
dan pembelajaran pendidikan Islam dijalankan melalui aktiviti seperti
bercerita,simulasi,menyanyi,bernasyid,aktiviti hands-on,meneroka dan
bermain.
4.2.2 PENDIDIKAN MORAL
Pendidikan Moral prasekolah memberi focus kepada perlakuan
moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa murid berada di
prasekolah. Pendidikan Moral tidak dijalankan melalui aktiviti yang
spesifik tetapi diterapkan melalui kesemua aktiviti yang dijalankan
dalam

prasekolah.Nilai-nilai

murni

Kurikulum

Standard

Prasekolah

Kebangsaan adalah seperti berikut :


i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.
xi.
xii.

Kepercayaan kepada Tuhan


Baik hati
Bertanggungjawab
Berterima kasih
Hemah tinggi
Hormat-menghormati
Kasih saying
Keadilan
Keberanian
Kejujuran
Kerajinan
Kerjasama
12

HBEC 2303
xiii.
xiv.
xv.
xvi.

Kesederhanaan
Toleransi
Berdikari
Berdisiplin

4.3 TUNJANG KETRAMPILAN DIRI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI


Pendidikan prasekolah memberi penekanan kepada penguasaan emosi
dan kemahiran social yang matang. Penguasaan kemahiran ini membolehkan
kanak-kanak belajar mengawal emosi,pemikiran dan tindakan supaya dapat
menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat.

13

HBEC 2303
Perkembangan emosi dan social yang sihat,sangat penting dalam
kehidupan seseorang. Aspek ini akan mempengaruhi pembelajaran murid.
Kanak-kanak akan menghadapi masalah di prasekolah dan juga di sekolah
rendah kelak jika sosioemosi mereka kurang stabil dan mantap.
Perkembangan

sosioemosi

merangkumi

aspek

mengenali

dan

pengurusan emosi sendiri,pencapaian emosi yang positif,pembinaan konsep


kendiri positif serta pembinaan kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial.
Perkembangan sosioemosi berlaku sepanjang masa kanak-kanak berada di
prasekolah,ia tidak dicapai melalui aktiviti spesifik tetapi menerusi kesemua
aktiviti sama ada aktiviti rutin,semasa rehat,semasa makan dan juga aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang lain.

4.4 TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA

14

HBEC 2303
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika merangkumi Perkembangan
Fizikal dan Penjagaan Kesihatan serta Perkembangan Kreativiti.
4.4.1 PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PENJAGAAN KESIHATAN
Kanak-kanak pada peringkat prasekolah memerlukan aktiviti
yang menguatkan kawalan otot mereka. Aspek perkembangan fizikal
adalah amat penting di prasekolah kerana tanpa perkembangan fizikal
yang

mantap

kanak-kanak

akan

menghadapi

masalah

dalam

melakukan aktiviti seperti memegang pensel atau berus untuk menulis


dan melukis ,penglibatan dalam aktiviti sukan,aktiviti memainkan
peralatan muzik serta pengendalian peralatan. Pendidikan prasekolah
menyediakan peluang pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran
motor halus,kemahiran motor kasar serta koordinasi mata-tangan di
kalangan kanak-kanak ini. Perkara yang dirangkumi termasuk teknik
yang betul untuk melompat,menyambut objek,membaling objek serta
postur yang betul semasa duduk.
Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pembinaan amalan
penjagaan

kesihatan

fizikal

diri,kebersihan

persekitaran

dan

pemakanan yang berkhasiat. Tabiat yang dibina akan memanfaatkan


kanak-kanak ini sepanjang usia mereka. Secara lazimnya,kanak-kanak
yang mempunyai badan yang sihat dapat memberi tumpuan yang
lebih baik kepada pembelajaran dan mempunyai konsep kendiri yang
positif. Tunjang ini juga mendedahkan penyebab kemalangan dan
bahaya kepada diri mereka termasuk langkah menjaga kehormatan
diri.
4.4.2 PERKEMBANGAN KREATIVITI
Perkembangan kreativiti merangkumi seni visual,pendidikan muzik
serta drama dan gerakan kreatif. Tunjang ini lebih menekankan proses

15

HBEC 2303
daripada produk. Kanak-kanak diberi peluang untuk menzahirkan idea
mereka secara kreatif dan melibatkan diri dalam akiviti kreativiti.
Fokus seni visual adalah pada aplikasi seni,ekspresi kreatif dan
apresiasi. Aplikasi seni merujuk kepada proses mengenal dan memilih
bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya. Ekspresi
kreatif adalah proses penghasilan karya. Apresiasi seni melibatkan
proses menceritakan hasil kerja sendiri dan juga menunjukkan
penghargaan terhadap keindahan persekitaran serta hasil kerja orang
lain.
Pendidikan Muzik merangkumi aktiviti menyanyi,pengalaman awal
untuk memainkan perkusi,penghasilan muzik menerusi bahan atau
objek improvisasi,dan apresiasi muzik.
Drama dan Gerakan kreatif merangkumi aktiviti drama dan gerakan
kreatif

di

mana

murid

diberi

peluang

untuk

main

peranan,berlakon,menari dan membuat gerakan secara kreatif.


Aktiviti tunjang ini bukan sahaja digunakan untuk meningkatkan daya
kreativiti tetapi juga digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran
tunjang lain. Aktiviti menyanyi dan pergerakan kreatif sentiasa
digunakan semasa pembelajaran bahasa,matematik dan lain-lain.

16

HBEC 2303

4.5 TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI AWAL SAINS DAN AWAL


MATEMATIK
Tunjang Sains dan Teknologi merangkumi awal sains,awal matematik,aktiviti
pembinaan menggunakan objek seperti blok dan penggunaan ICT.
4.5.1 AWAL SAINS
Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk
meneroka alam sekitar mereka menggunakan
peralatan

organ deria dan

mudah. Dalam proses penerokaan ini,sikap saintifik yang

positif seperti sifat ingin tahu,sistematik dan teliti akan terbentuk.


Semasa proses penerokaan ini,kemahiran asas proses sains seperti
kemahiran

memerhati,mengukur

piawai,membanding
Penerokaan

dan

dijalankan

menggunakan

mengelas
ke

atas

juga
alam

akan
hidupan

unit

bukan

dikembangkan.
(

contoh

tumbuhan,haiwan), alam bahan ( contoh : objek yang tenggelan dan


timbul,air,magnet) dan alam fizikal ( contoh : pelangi,cuaca). Tunjang ini
lebih mementingkan penguasaan kemahiran daripada pemerolehan
pengetahuan. Guru perlu bersikap terbuka terhadap pandangan dan
dapatan daripada hasil penerokaan murid.
Awal sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak empat
hingga enam tahun untuk membuat pembinaan menggunakan objek
17

HBEC 2303
seperti blok. Aktiviti pembinaan ini bukan sahaja member peluang
kepada kanak-kanak untuk mempelajari konsep penghubung,lingkungan
serta awal matematik tetapi untuk meningkatkan daya kreativiti murid
dan kemahiran motor halus.
4.5.2 AWAL MATEMATIK
Awal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik
kepada

kanak-kanak

ini.

pranombor,nombor,operasi

Pengalaman
nombor

yang

ini

termasuk

mudah,nilai

konsep

wang,konsep

waktu,bentuk dan ruang. Konsep matematik ini dipelajari pada masa


yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran
bertema menggunakan kaedah yang menyeronokkan.
Tunjang sains dan Teknologi juga menyediakan peluang kepada
kanak-kanak

menngunakan

komputer

untuk

melakukan

tugasan

tertentu. Penggunaan komputer adalah di tahap kemahiran asas sahaja.


4.6 TUNJANG KEMANUSIAAN
Tunjang kemanusiaan memberi peluang kepada kanak-kanak supaya
lebih memahami diri sendiri,lebih memahami perhubungan antara diri
dengan keluarga,rakan,komuniti dan alam sekitar. Kanak-kanak juga akan
lebih memahami tanggungjawab diri dalam perhubungan-perhubungan ini.
Tunjang ini juga member penekanan kepada pemahaman budaya dan tradisi
pelbagai kaum di Malaysia serta menggalakkan penglibatan dalam perayaan
pelbagai kaum ini.
Tunjang kemanusiaan menggariskan skop dan konteks pembelajaran di
prasekolah. Kandungan dalam tunjang ini boleh digunakan untuk membina
tema-tema pembelajaran.

18

HBEC 2303

5.0

RANCANGAN PENGAJARAN TUNJANG KEMANUSIAAN

RANCANGAN SLOT 30 MINIT


Kelas

: Tabika Kemas serom 4

Tarikh

: 22 Februari 2013 ( Jumaat)

Masa

: 9.00-9.30 pagi (30 minit )

Bil. Murid

: 12/18 orang

Modul

: Bertema

Tema

: Diri Saya
19

HBEC 2303
Subtema

: Jiran Saya

Tunjang Utama

: Kemanusiaan

Standard Kandungan

: KM 5.1 mengamalkan semangat bermasyarakat

Standard Pembelajaran

: KM 5.1.4 Bergaul mesra dan tolong menolong

Kesepaduan Tunjang

: PSE 3.2.7 Berkongsi idea,barang dan peralatan

seperti
permainan,makanan.
BI 1.4.4 Listen to and perform actions based on
instructions in
activities and games
Objektif Pembelajaran

: Pada akhir pembelajaran,murid-murid dapat :


i.

Bergaul mesra dan tolong menolong dalam


menghasilkan

bentuk

kuih

dengan

cermat

secara berkumpulan.
pengetahuan Sedia Ada

: Murid-murid pernah melihat bentuk-bentuk kuih

di majalah

KBKK

: Meneliti bahagian dan keseluruhan,menerangkan

sebab,
membuat keputusan
Penerapan Nilai
BBM
Masa

: Kebersihan,kerjasama,semangat bermasyarakat
: Doh,piring kertas,laptop,tikar getah

/ Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Catatan


20

HBEC 2303
Langkah
Set Induksi

Mari Menonton

(3 minit )

Soalan :

Pembelajaran
1. Guru menayangkan BBM
video

i. Apakah

yang

kamu

lihat

pada

video

tadi?

dengan

berkaitan -CD
kehidupan -Laptop

berjiran.
2. Guru
bersoaljawab
dengan

murid

tentang video yang

KBKK
-Membuat
keputusan

ditayangkan.
3. Guru
mengaitkan
sert induksi dengan
Langkah 1

Kotak Bertuah

Penyampai

isi pelajaran.
1. Guru menceritakan BBM
tentang jiran.
-Kotak
2. Murid
dikehendaki
beracun
membuat bulatan.
-Laptop
3. Murid
dikehendaki
-CD
memberikan
kotak

an
(5 minit )

kepada

rakan

apabila

muzik

KBKK
-Membuat

dimainkan.
4. Apabila

muzik keputusan

diberhentikan,murid
yang

terakhir Nilai

memegang

kotak -Keberanian

dikehendaki

untuk -Hormat

menceritakan
tentang
Langkah 2

Kuih 1 Malaysia

Pelaksanaa

mereka.
1. Guru membahagikan BBM
murid

Kuih Bulan

(20 minit)

(kumpulan

jiran

kepada

3 -Acu kuih

kumpulan.
-Tikar getah
2. Setiap
kumpulan
-Piring kertas
memainkan peranan
21

HBEC 2303
1)

sebagai

jiran

yang -Doh

saling
bekerjasama,dan
Kuih Raya
(kumpulan 2)

Maruku
(kumpulan 3)

tolong menolong.
-Meneliti
3. Setiap
kumpulan
bahagian dan
dikehendaki
untuk
keseluruhan
menghasilkan
bentuk kuih dengan
menggunakan
yang

Penutup

Kongsi Kuih

(2 minit )

KBKK

doh
telah

disediakan.
1. Guru mengarahkan NILAI
setiap

kumpulan -Hormat

untuk bertukar-tukar -Kasih


bentuk kuih dengan sayang
kumpulan yang lain.
2. Guru
merumuskan
aktiviti

yang

telah

dijalankan.

6.0 RUMUSAN
22

HBEC 2303
Secara

keseluruhannya,

perancangan
pengajaran

yang
dan

dirancang

pembelajaran.

kurikulum
dan
Para

merupakan

dibangunkan
guru

satu

untuk

akan

unit
tujuan

merujuk

dan

menjadikan panduan dalam merangka pengajaran dan pembelajaran


seharian kepada murid-murid. Melalui kurikulum, para guru boleh
merancang dan menyusun rancangan dan aktiviti pembelajaran sama
ada di dalam kelas atau di luar kelas.
Kurikulum ini dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
selaras dengan tahap keupayaan, serta tahap pemikiran kognitif
murid. Sepertinya yang kita tahu, kandungan kurikulum yang dibina
adalah

berlainan

berdasarkan

tahap

umur

murid,

serta

tahap

pemikiran minda murid.


Kandungan kurikulum yang dibangunkan adalah terkini dan
menepati keperluan dan kehendak semasa. Zaman kini, sains dan
teknologi merupakan satu keperluan utama dalam membangunkan
negara. Kandungan kurikulum ini bukan sahaja merangkumi unit
perancangan yang menjurus kepada perkembangan intelek, malah
kandungan kurikulum ini telah diterapkan unsur kerohanian dan spiritul
untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi akademik dan moral
(Pusat perkembangan Kurikulum 2003). Kandungan kurikulum juga
akan sentiasa dikemaskini dan ditambahbaikkan menepati keperluan
semasa.
Cadangan untuk pembangunan kurikulum ini ialah, setiap
kurikulum yang akan dibina harus menimbangkan aspek latar belakang
murid. Ini kerana, murid-murid seluruh Malaysia adalah mempunyai
latar belakang yang berbeza.
Selain
beorientasikan

itu,

kandungan

kemahiran

dan

kurikulum
bukannya

yang

dibina

adalah

beroreintasikan

kepada

peperiksaaan semata-mata. Lebih banyak kurikulum yang menjurus


23

HBEC 2303
kepada aktiviti mengembangkan minda dan mengasah kemahiran
murid,jadi pendekatan kurikulum ini tidaklah menjurus kepada murid
berfokuskan kepenuhnya kepada buku semata-mata.

24

HBEC 2303

7.0 BIBLIOGRAFI
Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. 2003. Falsafah Pendidikan Dan
Kurikulum. Kuala Lumpur : Quantum Books.
Amir Hasan Dawi. 2006. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan, edisi
ketiga.
Kuala Lumpur : Quantum Books.
Adli Hj. Yacob & Khuzaizan Zakaria. 2008. Kamus Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur Cresent News Sdn Bhd.
Draf. 2003. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur :
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kamus Dewan, edisi keempat. 2005. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan
Pustaka.
Mok Soon Sang. 1995. Pendidikan Di Malaysia . Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman Sdn.Bhd
Pusat Perkembangan Kurikulum.

2003.

Kurikulum

Prasekolah

Kebangsaan.
Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
www.scribd.com/doc/4853638/Definisi-Kurikulum
www.moe.gov.my/bpk/.../index.php?
http://www.ptm.org.my/about_preschool.html

25

S-ar putea să vă placă și