Sunteți pe pagina 1din 66

INSTITUT

PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT,


JOHOR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

EDU 3073

NAMA
NO. KAD

:
:

ATHIRAH BINTI ZAHARI


910520-12-7148

PENGENALAN
KUMPULAN

PISMP PSV/ PJ/ BM

AMBILAN
PENSYARAH

:
:

AMBILAN JANUARI 2012


TN HJ KHARIL BIN SULAIMAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT.


BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS
Nama:Athirah binti Zahari
AngkaGiliranPelajar:20113980084
TajukTugasan: EDU 3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK
Pensyarah: TN. HAJI KHAIRIL
Subjek/Kursus:PSV
BIN SULAIMAN
Tarikh Hantar:
Tarikh Diterima (Diisiolehpensyarah)
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan: __________________________ Tarikh: __________________________
(
)

BIL

KRITERIA
PENTAKSIRAN

TAHAP PENCAPAIAN
Cemerlang

Baik

Memuaskan

KurangMem
uaskan

PerincianMaklumBalasTugasan
Pemeriksa

Moderator

Kekuatan:

Kekuatan:

Aspek yang bolehdiperbaik:

Aspek yang bolehdiperbaik:

Tandatangan:

Tandatangan:

Tarikh:

Lemah

Tarikh:

Pengesahan Pelajar Terhadap Maklumbalas Yang Diberikan Pensyarah

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 2

Saya mengesahkan bahawa maklumbalas yang diberikan oleh pemeriksa telah saya
rujuk dan fahami.

TandatanganPelajar:

Tarikh:

PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat
menyiapkan kerja kursus pendek pengurusan bilik darjah dan tingkah laku dengan
jayanya.
Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih
kepada pensyarah pembimbing, Tuan Haji Khairil kerana membimbing saya dalam
melaksanakan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
rakanrakan sekelas saya yang banyak membantu dalam menghasilkan kerja
kursus ini. Tidak lupa saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih dengan warga S.K
Binjai kerana banyak membantu saya dalam menjalankan kajian kes ini. Saya juga
ingin mengucapkan terima kasih kepada individu yang membantu saya tidak kira
secara langsung dan tidak langsung. Jasa dan budi anda semua tidak saya lupakan.
Akhir kata daripada saya, semoga semua yang terlibat di dalam pelaksanaan
kerja kursus ini dirahmati Allah S.W.T. Saya berharap kerja kursus ini akan menjadi
satu medan buat saya sebagai seorang bakal guru untuk membentuk peribadi yang
sesuai sebelum bertugas dan saya juga mendoakan kepada rakan rakan saya
agar mereka dapat mengambil seberapa banyak ilmu pengetahuan yang semasa
proses menyiapkan tugasan ini. Insya-Allah. Sekian terima kasih.

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 3

PENGENALAN
Dewasa ini, masalah disiplin dalam kalangan murid-murid sekolah sama ada
sekolah rendah ataupun sekolah menengah semakin hangat diperkatakan dalam
media massa terutamanya di dada-dada akhbar, kaca televisyen dan lain-lain lagi.
Peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak ini
menimbulkan tanda tanya dan meresahkan semua pihak terutamanya ibu bapa,
pihak sekolah dan masyarakat. Semua pihak mula bingung memikirkan mengenai
punca sebenar berlakunya fenomena ini. Masalah ini semakin sukar untuk
dibendung terutamanya gejala ponteng sekolah. Gejala ponteng sekolah ini
mencatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain.
Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan
kadar yang serius bagai cendawan tumbuh selepas hujan walaupun berbagaibagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini. Gejala tidak sihat ini
juga telah menjadi penyebab kepada pembabitan utama murid-murid dalam pelbagai
kegiatan berunsur negatif seperti penagihan dadah, minuman keras, samseng, seks
bebas, buli dan judi.

Penguatkuasaan peraturan sekolah semata-mata tidak

memadai bagi menangani masalah gejala ponteng sekolah, namun masyarakat


khususnya ibu bapa dan murid juga perlu diberikan kesedaran mendalam
menangani masalah ini.
Tambahan pula pada era globalisasi ini, kemajuan dalam bidang teknologi
maklumat agak membimbangkan beberapa pihak terutamanya ibu bapa dan guru.
Hal ini kerana dengan adanya alat-alat teknologi yang canggih seperti internet dan
telefon bimbit, murid-murid akan lebih mudah terpengaruh dengan perkara-perkara
negatif. Mereka akan menjadikan alat-alat canggih ini sebagai medium untuk mereka
melakukan perkara negatif seperti menyebarkan gambar-gambar yang tidak
senonoh, melayari laman web lucah dan sebagainya. Memang tidak dapat dinafikan
bahawa gejala kemerosotan disiplin dan tingkah laku murid sering dikaitkan dengan
EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 4

teori psikologi perkembangan remaja. Remaja dalam lingkungan umur antara 10


hingga 18 tahun dianggap masa yang paling kritikal dalam peringkat perkembangan
manusia.

Oleh itu, semua pihak terutamanya ibu bapa, guru dan masyarakat perlu memainkan
peranan masing-masing bagi memastikan masalah disiplin murid-murid di sekolah
dapat diatasi daripada terus berlarutan, bukannya dengan menuding jari
menyalahkan antara satu sama lain.

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 5

KONSEP ASAS BIMBINGAN


Kaunseling bukan satu nasihat walaupun ianya banyak memberi
nasihat. Kaunseling mempunyai banyak maksud, menurut kamus dewan,
bermaksud nasihat dan pertukaran mental. kaunseling adalah salah satu
cabang psikologi. Perkhidmatan ini dijalankan oleh kaunselor professional
bagi membantu perkembangan dan penyesuian peribadi klien yang baik
dan menyeluruh. Pertemuan antara klien dan kaunselor adalah secara
sukarela dan berterusan bergantung keperluan klien tersebut. Kaunselor
tidak akan meberikan jawapan secara lansung malah membuatkan klien
berfikir dan memberikan mereka peluang untuk membuat keputusan yang
terbaik untuk mereka sendiri.
Oleh kerana kaunseling bukanlah satu nasihat, maka hubungan
kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami
dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik,
manakala

klien

meluahkan

masalah

mereka

dan

kaunselor

cuba

memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah klien itu.


Definisi Kaunseling
Kaunseling boleh didefinisikan sebagai satu interaksi yang berlaku
di antara dua orang individu yang dikenali sebagai klien dan kaunselor.
Situasi ini berlaku dalam keadaan yang formal dan professional serta di
mulakan dan di kekalkan dengan pertolongan perubahan tingkah laku.
Dalam

kedaan

ini

kaunselor

adalah

individu

yang

mempunyai

pengetahuan yang amat luas dan berkebolehan sehinggalah boleh


membuatkan seorang itu melakukan keputusan yang tepat.
Terdapat

dua

jenis

kaunsleing

iaitu

kaunseling

individu

dan

kaunseling kelompok. Kaunseling individu dikenali sebagai perhubungan


EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 6

yang bersemuka di mana seseorang klien mendapatkan bantuan daripada


seorang kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seprti
penerimaan

klien

secara

tulen,

saling

hormat

menghormati

dan

penekanan terhadap keperluan-keperluan dan perasaan klien. Selain itu,


kaunseling kelompok ialah perhubungan kanuselor dengan beberapa
orang ahli .
Kaunseling kelompok ini juga adalah suatu proses perhubungan
individu yang berasaskan akal fikiran dan kelakuan secara sedar. Nilai
terapinya

terletak

mempercayai,

pada

suasana

peransaan

saling

faham

memahami

dan

penerimaan,

percaya

sokongan

dan
yang

berpandukan pada kebenaran. Kauseling kelompok akan berlaku di dalam


kumpulan kecil yang halinya secara sukarela berkongsi masalah peribadi
dengan kaunselor dan ahli yang lain. Mereka juga ingin pendapat daripada
ahli yang lainnya. Sekiranya kaunseling kelompok ini berlaku maka ahli
tidak akan berasa malu kerana semua ahlinya mempunyai masalah yang
berlainan ataupun boleh juga menghadapi masalah yang sama.
Ramai juga ahli psikologi berpendapat kaunseling menekankan
kepada

perancangan

yang

lebih

rasional,

menyelesaikan

masalah,

membuat keputusan, mengelak masalah penyesuaian yang serius,


menyokong kepada situasi tekanan yang dihadapi oleh seseorang yang
normal di dalam kehidupan seharian. Kaunseling adalah proses yang
singkat berbanding psikoterapi.
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu
memahami

diri

dan

situasinya.

Proses

ini

akan

mengakibatkan

pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu


hingga

dia

dapat

menentukan

tindakan

yang

wajar

untuk

masa

depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka


antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku
perubahan pada klien.
Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan
diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang
sebenar serta apa kelebihan dan kekurangannya apa yang boleh

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 7

dilakukan dengan mudah apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi


masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung.
Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi
peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan
kesusahan atau masalah baginya.

Penerokaan ini akan menimbulkan

kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada


padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan
halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk
hidup dengan lebih sempurna.
Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik
dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan
falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan
tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran.
Di samping itu, ia juga kembang daripada situasi, faktor atau keadaan
yang kurang saintifik dan kurang objektif.
kepercayaan

Bahawa

setiap

individu

dapat

Ini berdasarkan kepada


menentukan

matlamat

hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing.


Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan
manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing.
Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien,
iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun
dirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling
sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di
samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh
klien atas keputusannya itu.
Difinisi Bimbingan
Bimbingan ialah satu proses membantu individu untuk membuat
keputusan

yang

akan

memberi

kesan

kepada

kehidupan

mereka.

Contohnya, seperti memilih gaya hidup yang diingini. Ini berbeza dengan
kaunseling kerana bimbingan lebih kepada membantu individu memilih
apa yang mereka sukai dan hargai. Sementara itu, kaunseling perlu focus

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 8

kepada

mambantu

klien

untuk

berubah.

Kebanyakan

tugas-tugas

bimbingan di peringkat awal berlaku di sekolah dan pusat kerjaya di aman


seorang yang lebih dewasa dan matang.
Definisi Psikoterapi
Psikoterapi adalah

proses

difokuskan

untuk

membantu

Anda

menyembuhkan dan konstruktif belajar lebih banyak bagaimana cara


untuk menangani masalah atau isu-isu dalam kehidupan Anda. Hal ini
juga dapat menjadi proses yang mendukung ketika akan melalui periode
yang sulit atau stres meningkat, seperti memulai karier baru atau akan
mengalami perceraian.
Umumnya

psikoterapi

dianjurkan

bila

seseorang

mempunyai

masalah dengan kehidupan, masalah hubungan atau kerja atau masalah


kesihatan mental tertentu, dan isu-isu atau masalah yang menyebabkan
banyak individu yang besar rasa sakit atau marah selama lebih dari
beberapa hari. Anda tidak sepenuhnya yakin Anda akan mendapat
manfaat dari itu. Jutaan orang mengunjungi psikoterapi setiap tahun, dan
sebagian

besar

penelitian

menunjukkan

bahawa

orang

yang

melakukannya manfaat dari interaksi. Kebanyakan terapi juga akan jujur


dengan

anda

jika

mereka

yakin

anda

tidak

akan

mendapatkan

keuntungan atau pendapat mereka, tidak perlu psikoterapi.


Perbezaan Di Antara Kaunseling, Bimbingan Dan Psikoterapi
Terdapat banyak persamaan di antara kedua-duanya. Kedua-duanya
adalah proses memberi bantuan yang bertujuan untuk kebajikan. Keduaduanya banyak menggunakan teknik dan kaedah yang sama dan
pendekatan yang sama.
Terdapat juga perbezaan yang ketara di antara kaunseling dan
psikoterapi. Antaranya ialah, matlamat dan kaedah. Dari segi matlamat
dan tujuan, kaunseling bertujuan untuk mempertingkatkan kabajikan
individu dan juga perkembangan psikologikal. Kaunseling juga bertujuan

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 9

untuk menggalakkan individu tidak bergantung dan mempunyai dalam


kehidupan.
Sementara itu, tujuan spikoterapi membantu klien yang mempunyai
masalah dan kesukaran dari perkembangan psikologikal yang biasa.

MATLAMAT BIMBINGAN DAN


KAUNSELING
Sesuatu yang berlaku pastinya mempunyai matlamatnya tersendiri.
Antara matlamatnya adalah dengan melalui sesi kaunseling klien diajar
bertanggungjawab atas dirinya sendiri. Sikap lepas tangan tidak akan
mendatangkan hasil yang baik. Jadi,klien hendaklah bertanggungjawab ke
atas dirinya dan akan beruasaha sambil berhati-hati di dalam mengatur
dan

merancang

perjalanan

hidupnya. Seandainya

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

timbul

sebarang
Page 10

masalah, klien akan bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri dan tidak


akan menyalahkan orang lain.
Selain daripada membantu klien betanggunagjawab ke atas dirinya,
namun terdapat juga matlamat lain yang boleh dilihat di sini. Matlamat
yang kedua ialah memperbaiki imej diri yagn negatif. Dengan adanya imej
diri yang negatif ini merupakan halangan bagi klien untuk mencapai citacita atau membuat sebarang tindakan. Klien seperti ini akan menyekat
perkembangan

dan

penggunaan

potensi

dirinya.

Kaunselor

akan

membimbing klien membentuk imej yang positif. Selain itu juga, klien
dapat belajar bagimana memupuk ciri-ciri yang baik dan mengurangkan
ciri-ciri yang negqtif. Imej diri yang positif menandakan kestabilan
pernolatinya. Pakar motivasi juga pernah mengatakan bahawa Kita
adalah apa yang kita fikirkan. Ini bermaksud sekiranya kita memikirkan
negatif, maka negatiflah yang kita perolehi. Sekiranya kita berfikir secara
positif maka positiflah apa yang kita dapati.
Walaubagaimanapun penyesuain diri sama ada dengan orang lain
atau persekitaran amat penting. Klien yang tidak tahu atau tidak mahu
belajar menyesuaikan diri akan mengalamai banyak konflik. Dengan kata
lain, klien hendaklah bergaul dengan orang lain agar klien dapat
mengenal hati budi orang di sekeliling dan dapat juga meninjau masalah
mereka dan mungkin juga dapat mendapat idea bagi menyelesaikan
permasalahan yang dihadapi oleh klien sendiri. Klien juga perlulah sedar
bahawa

tidak

boleh

bergantung

harap

kepada

orang

lain

atau

persekitaran berubah terlebih dahulu. Ada kalanya orang lain tidak akan
berubah. Maka apa yang penting di sini ialah, klien haruslah pandai
menyesuaikan diri dengan kedaan sebagai usaha mengurangkan konflik
yang dihadapi.
Matlamat

yang

seterusnya

ialah

dapat

memudahkan

atau

menggerakkan perubahan tingkah laku. Ada kalanya tingkah laku yang


sedia ada menjejaskan perjalanan hidup klien. Tingkah laku perlu
disesuaikan dengan siapa klien berinteraksi, bila, tujuan dan situasi di
mana klien berada. Kaunselor akan mengajar klien membuat perubahan

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 11

tingkah laku yang mampu dilakukannya. Perubahan tingkah laku tidak


semestinya besar. Ia juga boleh melakukan perubahan yang kecil. Ini juga
akan membantu klien membuat sesuatu perubahan tingkah laku yang
membolekan

klien

menjalani

kehidupan

yang

lebih

produktif

dan

memuaskan. Contohnya Ahmad, (seorang guru) selalu memberi respond


yang

negatif

kepada

pelajar

yang

lemah

dalam

kelas.

Ini

telah

menyebabkan pelajarnya enggan berinteraksi dengannya dalam kelas. Ini


menimbulkan

masalah

dan

menganggu

keberkesanan

pengajaran.

Dengan sesi kaunseling, Ahmad dapat menenal pasti masalah sebenar


dan kaunselor boleh membantu Ahmad mengubah tingkah lakunya, iaitu
Ahmad sepatut memberi sokonagn kepada pelajar yang berinteraksi
dengannya dan membimbing mereka walaupun jawapan yang diberi
adalah salah.
Ramai

dikalangan

klien

yang

menhadapi

masalah

semasa

berinteraksi dengan orang lain. Ini berlaku kerana kurangnya klien


mempunyai kemahiran komunikasi dan mempunyai imej kendiri yang
negatif.

Matlamat

kaunselor

ialah

mencari

jalan

supaya

dapat

meningkatkan mutu cara klien berhubung dengan orang lain. Contohnya


Mona, seorang kerani ditegur oleh pengurusnya,Mona marah dan enggan
mendengar apa yang dikatakan ,lalu menyebabkan terputusnya aliran
komunikasi antara keduanya. Mona menganggap teguran itu adalah
kritikan. Kaunselor boleh membantu Mona untuk berhubung dengan lebih
baik dengan pengurusnya.
Kepada sesetengah orang, membuat sesuatu keputusan penting
amat menyukarkan. Matlamat kaunseling bagi klien sebegini ialah
membantunya membuat sesuatu keputusan penting dalam hidupnya.
Keputusan muktamad diambil oleh klien sendiri klien mesti memahami
dan tahu kenapa dan bagaimana ia mencapai keputusan yang diambil.
Contohnya Ah Seng berasa tidak puas hati dalam pekerjaannya. Dia takut
untuk membuat sebarang perubahan. Kaunselor dapat membatu Ah Seng
mencari punca tidak puas hatinya. dan mencungkil nilai hidupnya.
Kaunselor juga dapat membantu Ah Seng mencari pelbagai alternative

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 12

seperti menukar jabatan, berbincang dengan majikannya atau menukar


kerja.
Membantu mengembangkan potensi yang ada pada klien. Matlamat
ini bermaksud memberi peluang kepada klien umempelajari cara-cara
menggunakan kebolehan dan minatnya ketahap yang paling maksimum.
Matlamat kaunseling ialah mengurangkan atau mengatsi apa sahaja yang
menyekat dan membantutkan perkembangan potensi kebolehan dan
minat seseorang. Contohnya Indra mempunyai cita-cita untuk menjadi
seorang pelakon. Indra berasa tertekan apabila dia asyik gugup dan takut
semasa

berdiri

di

khalayak

ramai

Ini

memnbantutkan

cita-

citanya.Kaunselor boleh membantu Indra berasa selesa apabila berdiri di


depan khalayak ramai dan secara tidak langsung mencapai cita-citanya.
Setiap manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu situasi di
antara diri dan situasi yang menimbulkan masalah-masalah berkenaan,
difahami bagaimana, mengapa dan kenapa, supaya dapat diterima
hakikat yang sebenar dan dapat dibina tujuan-tujuan hidup yang lebih
realistik dan lebih bermakna. Jika dilihat dari segi ini, tujuan juga
merupakan suatu proses yang dinamik, di dalam perjalanan hidup di dunia
ini yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian. Masalah individu
yang

berhubung

dengan

kerunsingan,

psikologi,

peribadi

dan

ketidaksejahteraan, kebanyakannya berpunca dari dalam diri individu itu


sendiri kerana tidak memahami diri dan situasi serta tidak mempunyai
jangkaan atau harapan yang realistik terhadap hidup. Persoalan-persoalan
asas seperti siapakah aku, dari manakah asalku, apakah tujuan hidupku,
siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah aku dihidupkan dan
seumpamanya sepatutnya diberi perhatian yang wajar.
Selain itu, matlamat kaunseling juga membimbing klien supaya
menyedari bahawa hidup ini tidak statik. Apa yang penting ialah klien
perlu

berusaha

sedaya

upaya

seandainya

dia

ingin

hasil

yang

memuaskan. Klien tidak boleh berdiam sahaja sambil mengimpikan satu


kehidupan yang berkesan dan memuaskan.

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 13

Bagi mempertingkatkan kemampuan klien membuat keputusan


maka hendaklah beranikan diri dengan membuat keputusan. Klien sering
mengelakkan diri daripada membuat keputusan. Ini kerana proses
membuat keputusan bukanlah suatu perkara yang menyeronokkan atau
menyenangkan malah suatu yang berat bagi klien itu sendiri. Banyak
masalah yang timbul kerana klien tidak memberi kata putus. Kaunselor
juga akan membimbing klien membuat keputusan yang betul dan matang
yang mana memerlukan klien mengambil kira faktor pengorbanan
peribadi, masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya.

Diharapkan klien dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri


daripada pengalaman dalam proses dan perhubungan kaunseling. Dalam
proses kaunseling, klien belajar tetapi kaunselor tidak mengajar. Fungsi
kaunselor adalah sebagai pemandu yang pada mulanya diperlukan untuk
menunjuk jalan dan menemani klien dalam perjalanannya, memahami diri
dan situasinya serta mengenal pasti keperluannya. Setelah tujuan ini
tercapai,

barulah

fungsi

dan

peranan

kaunselor

tercapai

dengan

sempurnanya. Semakin berkurangan sehingga sampai klien tidak lagi


memerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskan perjalanannya
sendiri tanpa bantuan daripada kaunselor lagi.

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 14

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN


KAUNSELING
Guru bimbingan atau kaunselor yang ingin memberikan perkhidmatan
kaunseling yang baik perlu menguasai serta mengaplikasikan beberapa kemahiran asas
kaunseling. Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika berhadapan
dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan psikologi. Antara kemahiran
yang asas dalam membantu adalah kemahiran membina perhubungan, kemahiran
menggalakkan klien bercakap, kemahiran membalas, kemahiran penstrukturan, kemahiran
menyoal, kemahiran parafrasa, kemahiran mendengar, kemahiran memimpin secara langsung,
kemahiran berkomunikasi, kemahiran melakukan dorongan minima, kemahiran membuat refleksi
perasaan, kemahiran membuat interpretasi, kemahiran membuat klarifikasi, kemahiran
meneroka, kemahiran pemfokusan, kemahiran mencabar,kemahiran berempati, kemahiran
menghadapi kesenyapan, dan lain-lain lagi.
Kita perlu ingat bahawa tugas guru bukanlah untuk menyelesaikan masalah pelajar, tetapi
membimbing dan membantu pelajar membina sikap serta kemahiran yang baik untuk mengatasi
masalahnya. Oleh itu, secara tidak langsung guru dapat membina satu hubungan yang baik
dengan muridnya bagi menjelaskan satu kes yang telah dipilih kami telah memilih 5 kemahiran
asas kaunseling bagi membantu murid tersebut dalam menghadapai masalahnya. Antara
kemahiran-kemahiran asas bimbingan yang boleh digunakan ialah;

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 15

a) Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam
sesi kaunseling. Dalam hal ini, kaunselor atau guru bimbingan perlu lebih banyak meluangkan
masanya mendengar daripada menyampuk percakapan klien (Faizal). Untuk benar-benar
memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien, kaunselor perlu memberikan tumpuan dan
pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut. Selain dari
tutur kata, gerak geri klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama. Dikatakan
bahawa segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam
menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu. Merujuk kepada masalah yang dihadapai
oleh Faizal yang berasal daripada keluarga yang agak miskin dan mempunyai taraf
sosioekonomi yang rendah serta mempunyai adik beradik yang masih kecil lagi sebagai seorang
guru, perlulah mempunyai sikap mendengar dengan teliti dan memberi penuh perhatian
terhadap masalah yang telah disampaikan oleh murid kerana maklumat yang diberikan itu sedikit
sebanyak dapat membantu guru mengenalpasti masalah dan seterusnya membentu murid
tersebut.

b) Kemahiran Berempati
Empati adalah proses untuk memahami emosi dan perasaan seseorang. Dengan adanya
kemahiran berempati ini, kaunselor dikatakan berkeupayaan untuk memahami emosi dan dapat
merasai apa jua yang dirasai oleh murid/ klien tersebut. Dengan ini, klien akan merasakan
bahawa kaunselor itu memang seorang pendengar yang baik, memahami keadaannya serta
mengambil berat tentang dirinya kerana kaunselor berupaya untuk memahami situasi sebenar
yang dialaminya. Emosi seseorang tidak mudah difahami oleh pihak kedua. Jadi, untuk
menguasai kemahiran ini terlebih dahulu, kaunselor perlu berupaya untuk membezakan antara
emosi dan sikap.
Dalam isu yang dihadapi oleh Faizal, ayahnya perlu menampung perbelanjaan untuk
membayar rumah sewa sebanyak RM250 setiap bulan, menyara isi rumah seramai 5 orang
dengan adiknya yang berumur 2 tahun. Jadi, gaji ayahnya hanya cukup untuk membeli
keperluan sahaja. Sebagai seorang kaunselor atau guru bimbingan yang baik, perlulah
menunjukkan sikap empati yang sepatutnya ditunjukkan dan guru juga boleh membawa
pengalaman perasaan kliennya kepada pengalaman perasaannya sendiri bagi memahami
kliennya. ringkasnya, memahami diri klien memerlukan satu penilitian yang mendalam.

c) Kemahiran Refleksi Isi


Refleksi isi ialah pernyataan semula oleh kaunselor mengenai idea yang disampaikan oleh
klien. Idea ini dinyatakan semula oleh kaunselor dengan menggunakan perkataan yang ringkas,

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 16

padat dan tepat. Menurut kes yang dihadapi oleh Faizal yang mempunyai banyak masalah
disiplin dan juga masalah dalam akademik, sebagai seorang kaunselor perlulah mendengar
segala isi yang telah disampaikan oleh klien dengan teliti kerana dengan refleksi isi yang tepat
membolehkan klien berasa bahawa dia didengari dengan betul dan difahami. Akan tetapi
terdapat perhatian yang harus diketahui oleh kaunselor tersebut. Contohnya jangan membuat
refleksi isi yang terlalu panjang dan jangan menggunakan perkataan yang sama berulang-ulang
kali kerana klien akan berasa bosan.
d) Kemahiran Interpretasi
Kemahiran Interpretasi merupakan satu proses yangdigunakan oleh kaunselor untuk
memberikan maklum balas atau feedback kepada klien supaya klien berupaya untuk melihat
masalahnya dari satu sudut berbeza. Selain itu, interpretasi digunakan untuk merujuk dan
membuat tafsiran untuk maksud tersirat dalam mesej klien. Oleh yang demikian, kaunselor perlu
betul-betul menguasai kemahiran ini terlebih dahulu sebelum digunakan supaya ianya dapat
dilakukan dengan lebih tepat dan betul. Ini adalah kerana sekiranya kaunselor membuat
interpretasi yang salah, ia boleh menyebabkan gangguan dalam proses kaunseling yang sedang
berjalan itu. Interpretasi akan dikatakan berjaya sekiranya ia boleh meransang pemahaman dan
memberi fokus ke atas masalah klien.
Menurut kes yang dihadapi oleh Faizal gemar membuat kerja lain seperti bermain-main,
menganggu rakan-rakannya dan membuat bising, tidak membuat tugasan yang diberikan oleh
guru dan suka ke kafe cyber menghabiskan masa dengan melayari laman sosial facebook
kaunselor tidak boleh terus membuat tafsiran yang negatif sebaliknya berusaha untuk
mengetahui punca berlakunya masalah ini. Kaunselor juga perlu menggunakan kemahiran ini
untuk menghuraikan kepada klien tentang apa yang telah diceritakan oleh klien dengan melihat
peristiwa yang berlaku dari perspektif yang berlainan. Dalam kemahiran membuat interpretasi
ini, kaunselor akan menambah kenyataan yang dibuat oleh klien, terutamanya setelah kaunselor
dapat memahami perkara yang tersembunyi atau perasaan yang tersembunyi yang mana klien
sendiri mungkin tidak menyedarinya secara sengaja atau tidak sengaja.Apabila klien
memberikan maklumat kepada kaunselor mengenai masalah klien, tafsiran daripada kaunselor
boleh menimbulkan celik akal klien.
e) Kemahiran Menghadapi Kesenyapan
Kaunselor perlu bijak dalam mengendalikan kesenyapan semasa sesi kaunseling berjalan.
Kaunselor perlu tahu masa yang sesuai untuk sama ada menggalakkan klien terus bercakap
atau terus mengekalkan kesenyapan itu. Kesenyapan ini merupakan satu petanda yang baik
kerana ia memberikan masa kepada kaunselor dan klien untuk memikirkan tindakan apa yang
seharusnya diambil seterusnya.Selain itu, ia juga memberikan peluang kepada klien yang tidak
sempat menghabiskan hujahnya tadi berfikir kembali dengan tenang mengenai hujahnya itu atau
mengingat kembali sesuatu yang barangkali dia terlanjur mengatakannya atau mahu mengubah
fikirannya.

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 17

Seperti masalah disiplin yang dilakukan oleh Faizal, seperti ponteng sekolah dan bertindak
kasar terhadap guru, kaunselor tidak boleh terlalu terburu-buru untuk bertanya soalan atau
terburu-buru ingin mengetahui sebab berlakunya masalah kerana pada waktu ini kemahiran
kesenyapan digunakan sebagai alternatif untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut
daripada murid tersebut. Dikhuatiri jika guru terburu-buru akan menyebabkan ketenangan emosi
klien terganggu. Kaunselor juga perlu menghadapi sebarang keadaan dengan tenang dan
jangan panik. Ini adalah penting untuk mengekalkan keyakinan klien terhadap kaunselor.
Di samping itu, memberi peluang kepada kaunselor untuk mendengar apa yang dikatakan
oleh klien dengan lebih berkesan, dapat memerhatikan gerak geri klien dengan lebih teliti,
menilai hubungan pemikiran, perasaan dan tindakan kliennya dengan lebih baik serta lain-lain
lagi. Walaupun begitu, kaunselor haruslah mengelakkan kesenyapan yang terlalu panjang
kerana ia akan menghentikan terus pokok cerita yang diperbincangkan tadi.

PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU


BIMBINGAN
Proses

bimbingan

dan

kaunseling

menyediakan

satu

sistem

bertanggungjawab bersama antara guru bimbingan, guru kelas, pentadbir


sekolah, ibu bapa, rakan sebaya dan ahli-ahli dalam sistem sekolah. Akan
tetapi, bukan semua sekolah mempunyai seorang guru kaunselor dalam
sistem persekolahan. Justeru itu, kadang-kadang guru biasa juga perlu
menjalankan fungsi-fungsi seorang guru bimbingan dan kaunseling.
Peranan guru-guru biasa adalah sangat penting kerana mereka mengenali
murid-murid dalam bilik darjah dengan baik dan dapat membekalkan
maklumat yang berkaitan dengan tingkah laku bermasalah semua muridmurid mereka.
Peranan guru-guru biasa dalam bimbingan dan kauseling adalah
seperti meneliti kedua-dua keperluan intelektual dan psikologi muridmurid. Guru-guru juga perlu memahami pencapaian akademik muridmurid yang rendah yang berkaitan dengan konsep kendiri yang rendah.

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 18

Sebagai guru bimbingan, mereka perlu dibekalkan dengan kemahirankemahiran dan ilmu dalam bimbingan dan kaunseling supaya mereka
dapat membantu murid-murid yang menghadapi masalah vandalism atau
mereka yang tidak dapat menumpukan perhatian mereka dalam bilik
darjah.

Guru juga perlu bekerja dengan kumpulan klien spesifik dan


menggendalikan sesi-sesi konsultasi dengan ibu bapa. Selain daripada itu,
mereka perlu mengendalikan penyelidikan dalam sekolah yang membantu
mereka untuk membantu keperluan dan profil murid-murid mereka.
Mereka juga perlu menjadi individu-individu yang kritikal dan pembantupembantu yang efektif serta mempunyai kesedaran kendiri dalam aspek
nilai

dan

pandangan

dunia

berkaitan

dengan

prosedur-prosedur

bimbingan dan kaunseling.


Dalam

proses

bimbingan

dan

kaunseling,

guru-guru

biasa

perlu

menjalankan prosedur-prosedur berikut:

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 19

Pertama

sekali,

mengenalpasti

murid-murid

yang

memiliki

konsep kendiri yang rendah atau mereka yang menunjukkan tingkah lalu
bermasalah di dalam bilik darjah.

Kedua, mengumpul data mengenai murid-murid bermasalah yang


berkait dengan kebolehan dan pengalaman lampau dan

Akhir sekali, memberikan sesi bimbingan dan kaunseling kepada


murid-murid yang menunjukkan tingkah laku bermasalah secara individu
atau pun secara kumpulan.

Rajah 1: Prosedur dalam proses bimbingan dan kaunseling

Peranan pertama: Sebagai Pengurus Bilik Darjah


Di dalam bilik darjah , selain mengajar , guru juga memainkan
peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah
mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan
tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah
EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 20

dan menyusun meja-kerusi, mengurus murid-murid supaya mematuhi


segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah
supaya

menjadi

pembelajaran,

lebih

kondusif

mengurus

untuk

bahan-bahan

aktiviti

pengajaran

pengajaran

supaya

dan
dapat

digunakan dengan lebih berkesan, dan mengurus aktiviti kumpulan


supaya

dapat

mejalankan

dilaksanakan

tugas

sebagai

mengikut

rancangan.

pengurus

akan

Kecekapan

mewujudkan

guru

suasana

sosioemosi yang sihat, disiplin kelas yang mantap dan keadaan bilik
darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.
Pengurusan Keadaan Fizikal Bilik Darjah:
Pengurusan keadaan fizikal bilik darjah berkaitan dengan penyusunan
kerusi-eja murid, alat-alat, ruang, sudut pembelajaran dan kebersihan bilik
darjah.

Tujuan

pengurusannya

ialah

supaya

mewujudkan

suasana

pembelajaran yang selesa serta keadaan fizikal bili darjah yang bersih
kemas dan teratur. Di antaranya ialah kerja yang boleh guru membimbing
murid-murid ialah:
1) Menyapu lantai dan beranda.
2) Membersihkan papan kapur.
3) Menyusun kerusi-meja.
4) Mengemas ruang dan sudut pembelajaran.
5) Menyusun buku-buku dan majalah di sudut bacaan.
6) Menghias dan menjaga alat-alat yang dipamerkan.
7) Menjaga penggunaan lampu dan kipas.
8) Mengelap cermin tigkap dan menghias meja kerusi.
Untuk menjamin murid-murid menjalankan tugas-tugas tersebut, guru
hendaklah menyediakan satu jadual kerja supaya setiap murid dapat
melibatkan diri dalam pelaksanaan tugas menjaga kebersihan dan

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 21

kekemasan bilik darjah. Prinsip pembahagian kerja-kerja tersebut ialah


tanggungjawab untuk setiap murid hendaklah adil dan saksama supaya
mereka dapat menjalankan kerja tanpa sebarang rungutan.
Pengurusan Persekitaran Pengajaran-Pembelajaran:
Organisasi

bilik

darjah

KBSR

dan

KBSM

mengandungi

satu

keistimewaan iaitu di samping ruang aktiviti pembelajaran secara kelas,


ruang-ruang aktiviti pembelajaran yang lain, khasnya ruang digunakan
untuk aktiviti kumpulan pula disediakan. Sehubungan itu, banyak aktiviti
kumpulan adalah dijalankan dalam ruang-ruang pembelajaran seperti
sudut Matematik, Pendidikan seni, ruang bacaan dan sebagaiya.
Aktiviti-aktiviti

yang

biasa

dijalankan

dalam

sudut

atau

pembelajaran ialah aktiviti pengayaan dan pemulihan, aktiviti sokongan ,


aktiviti bacaan tambahan, perbincangan dan sebagainya. Di samping itu,
ruang-ruang pembelajaran juga digunakan untuk mempamerkan bahanbahan pelajaran dan hasil kerja atau murid-murid dalam kelas.
Dalam kerja pengurusan sudut dan ruang pembelajaran , guru
haruslah membimbing dan memastikan bahawa sudut dan ruang itu
adalah dikelolakan dalam keadaan yang kemas dan teratur serta
dilengkapkan dengan bahan-bahan pelajaranyang sesuai digunakan oleh
murid-murid yang menjalankan aktiviti pembelajaran. Untuk mencapai
tujuan ini, guru boleh melantik seorang ketua daripada kumpulan murid
untuk membantunya supaya menjaga dan membimbing rakan-rakan
sedarjah menggunakan ruang dan sudut pembelajaran dengan cara yang
betul.

Penguruan Peraturan Bilik Darjah:

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 22

Peraturan bilik darjah yang ditetapkan hendaklah jelas, ringkas


serta

mudah

diikuti.

Untuk

memastikan

semua

pelajar

mematuhi

peraturan bilik darjah, guru hendaklah membimbing dan bersikap tegas


dan adil semasa melaksanakan peraturan tersebut. Sekiranya semua
murid bekerjasama dan rela mematuhi segala peraturan bilik darjah yang
ditetapkan, masalah disiplin dalam bilik darjah akan dapat dikurangkan.

Peranan Kedua: Sebagai perancang


Guru

perlu

merancang

pembelajarannya

secara

sistematik

sebelum memasuki ke bilik darjah. Perancangan pembelajaran yang


dibuat oleh guru perlu menimbangkan terhaap objektif pelajaran, isi
pengajaran, bahan-bahan elajaran dan pengurusan kemudahan.
Objektif
perancangan

pelajaran

haruslah

pembelajaran.

ditentukan

Penentuan

objektif

semasa

membuat

pelajaran

haruslah

berdasarkan kepada sasaran sukatan pelajaran, pengetahuan sedia ada


murid dan kebolehan mereka. Objektif pelajaran biasanya disediakan
berdasarkan prinsip bertingkah laku, iaitu perubahan tingkah laku murid
dapat

dikesan

secara

eksplisit

selepas

aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran telah selesai dijalankan. Pemilihan isi pelajaran yang telah


dipilih untuk disampaikan hendaklah boleh membantu murid murid
mencapai objektif pelajaran mereka.

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 23

Pemilhan strategi dan kaedah megajar pua berkait rapat dengan


pencapaian objektif pelajaran. Strategi dan kaedah pengajaran yang
sesuai membolehkan guru merancang isi pelajaran secara sistematik dan
menarik, memastikan murid-murid mencapai objetif pelajaran yang
dikehendaki.
Aktiviti merancang pengajaran jaga meliputi usaha memilih dan
menyediakan bahan-bahan pelajaran untuk digunakan oleh guru atau
murid-muridnya. Dengan adanya bahan-bahan pengajaran ini, aktiviti
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi menarik , lebih bermaknadan
lebih berkesan.
Kerja

merancang

pengajaran

pula

meliputi

pengurusan

kemudahan. Kemudahan dalam bilik darjah, misalnya menyusun kerusimeja dalam bentuk yang sesuai dengan strategi dan kaedah mengajar
dalam sesuatu pelajaran.
Perlakuan mengajar guru dalam segala proses perancangan
adalah penting dari segi pencapaian objektif pelajaran yang ditentukan.
Sekiranya perancangan guru adalah sesuai dan sistemaik, ia akan
melicinkan proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang positif
justerunya mencapai objektif pelajaran yang diharapkan.
Peranan ketiga: Bantu dan bimbing murid mengatasi masalah
Di bilik darjah, murid-murid sering menghadapi pelbagai masalah
sama

ada

masalah

tersebut

adalah

berkaitan

dengan

masalah

pembelajaran, sosioemosi serta keluarga. Oleh itu, selain mengajar , guru


dikehendaki memainkan peranan sebagai pemimpin untuk membantu
murid-murid mangatasi masalah yang mereka hadapi. Misalnya, guru
boleh membimbing sekumpulan murid melaksanakan sesuatu projek,
membimbing menjalankan aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan,

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 24

membimbing menyelesaikan masalah matematik yang kompleks dan


sebagainya.
Bagi murid yang menghadapi masalah sosioemosi, seperti rasa
kecewa, bosan dan sebagainya, guru hendaklah membimbing muridmurid berkenaan supaya mereka dapat membina sifat keyakinan diri
semula dan menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif dengan muridmurid yang lain.
Sekiranya murid menghadapi masalah kelurga, guru perlu cuba
menasihati

dan

berbincang

dengan

murid

untuk

mencari

punca

berlakunya masalah keluarga. Guru boleh membimbing murid sekiranya


murid tidak mampu menyelesaikan masalah sendiri .Jika masalah adalah
serius dan perjumpaan ibu-bapa perlu dilaksanakan..
Guru perlu sentiasa peka dan mengambil berat tentang setiap
pergerakan dan tingkah laku murid-murid. Sekiranya mendapati muridmurid

menghadapi

masalah

guru

perlu

sebagai

pembimbing

membimbing murid mencari cara menyelesaikan masalah secara positif


supaya masalah disiplin bilik darjah tidak wujud seperti tidak menumpu
perhatian semasa p& p dijalankan, tidur di dalam kelas, bergaduh dan
membuli murid lain dan sebagainya. Ini telah membuktikan bahawa
peranan guru untuk membantu murid menyelesaikan masalah adalah
penting dan perlu dipraktiskan oleh semua guru supaya proses p& p dapat
dilaksanakan dengan lancar dan berkesan justerunya sasaran dan objektif
pembelajaran dapat dicapai.
Peranan keempat: Mengembangkan kebolehan murid
Dalam satu kelas, murid-murid mempunyai tahap kebolehan yang
berlainan. Secara umumnya, kebolehan muid dapat dibahagikan kepada
tiga kategori, iaitu pintar, sederhana dan lemah. Maka, guru perlu

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 25

menyediakan pelbagai aktiviti pengayaan untuk mencabar pemikiran


mental mereka.Ini telah menggalakkan urid-murid secara aktif dalam
pembelajaran. Bagi murid yang lemah dalam matematik, guru perlu
menjalankan aktiviti pemulihan serta memberikan bimbingan matematik
yang lebih banyak kepada mereka. Di samping itu, guru haruslah memberi
peluang kepada murid-murid yang lebih lemah untuk melibatkan diri
dalam pengajaran dan pembelajaran supaya mereka berasa disayang dan
akan

melibatkan

diri

secara

aktif

semasa

pengajaran

dijalankan.

Tambahan pula, guru boleh menggunakan teknik atau kaedah menyoal,


teknik peneguhan, , serta memberi dorongan kepada para murid supaya
kebolehan dapat dikembangkan. Kebolehan murid mestilah dikembang
dengan seimbang iaitu daripada semua aspek JERIS ( Jasmani, Emosi,
Rohani, Intelek dan sosial).

Peranan Kelima: Bimbing murid membuat keputusan


Guru

mempunyai

pengalaman

yang

lebih

banyak

jika

dibandingkan dengan murid-murid. Maka guru perlu membimbing murid


untuk membuat keputusan yang bijaksana dan rasional dalam pelbagai
situasinya dalam kehidupan mereka supaya mereka tidak kehilangan jalan
dalam kehidupan. Guru hanya memberikan cadangan kepada murid,
tetapi hak untuk membuat keputusan adalah di tangan murid sendiri.
Guru perlu memastikan keputusan yang dibuat oleh murid adalah
berpandukan

dengan

nilai-nilai

moral,

agama,

terminal

dan

juga

instrumental. Ini disebabkan nilai-nilai adalah penting dalam memberikan


panduan dalam kehidupan manusia.
Guru-guru biasa juga boleh membantu murid-murid untuk memilih
mata

pelajaran

mata

pelajaran

yang

mereka

ingin

belajar

dan

berkomunikasi dengan mereka secara kerap untuk berfikir tentang


bidang-bidang kerjaya yang mereka akan ceburi pada masa depan kelak.

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 26

Sebagai

kesimpulannya

jelas

memperlihatkan

bahawa,

guru

mengambil pelbagai peranan yang penting di bilik darjah. Beliau


bertanggungjawab

menyediakan

suatu

persekitaran

yang

kondusif.

Sebagai pembimbing murid-murid, guru bertindak sebagai pengurus bilik


darjah, sebagai perancang, membantu dan membimbing murid mengatasi
masalah, mengembangkan kebolehan murid, dan membimbing murid
membuat keputusan. Guru membimbing anak menjadi manusia dewasa
susila yang cekap dan mandiri.

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 27

STRATEGI KAUNSELING DALAM


PENYELESAIAN MASLAH DISIPLIN MURID.
Selepas meneliti laporan orientasi khidmat bimbingan dan kaunseling, kita
sebagai guru biasa juga boleh memainkan peranan sebagai guru pembimbing untuk
mengenalpasti masalah yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Bak kata
pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Saya bimbang jika masalah
pelajar ini dibiarkan akan berlarutan sehingga mereka memasuki sekolah menengah
dan ke peringkat lebih tinggi.
Masalah yang dikenal pasti di sekolah saya ialah kes ponteng sekolah.
Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah bermula oleh
masalah keluarga seseorang murid itu sendiri. Timbulnya pertelingkahan antara ibu
dan bapa menyebabkan kebajikan anak-anak terabai. Segala tindak-tanduk anakanak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ketandusan kasih
sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga
bermasalah akan menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah. Ini menunjukkan
keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah disiplin di kalangan pelajar.
Selepas meneliti satu per satu permasalahan berkaitan pelajar, saya
merasakan bahawa kita sebagai guru biasa juga boleh berperanan sebagai guru
pembimbing. Jangan terlalu mengharapkan kepada guru bimbingan dan kaunseling
sahaja apabila masalah seperti ponteng sekolah ini berlaku di sekolah yang kita
mengajar. Antara cara mengatasi masalah ini ialah menggunakan pendekatan
penyayang sepertimana yang dinyatakan oleh Abdul Rahman al Nahlawi bahawa
sifat kasih sayang terhadap kanak-kanak merupakan kecenderungan asasi dalam
fitrah manusia dan binatang. (http://i-epistemology.net/attachments/1133_jp-v9n3%20Strategi%20Pendekatan%20Penyayang%20Dalam%20Pendidikan
%20%20Mahyuddin%20Ashaari.pdf). Pendekatan penyayang ini mungkin boleh
membantu murid untuk berubah kepada lebih baik kerana melalui perbincangan
bersama guru bimbingan dan kaunseling. Saya berpendapat bahawa hukuman yang
dikenakan ke atas murid dengan merotan di khalayak ramai tidak sewajarnya kerana
hal ini boleh mengakibatkan emosinya terganggu walaupun tujuan sebenar pihak
EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 28

sekolah adalah untuk memberikan pengajaran kepadanya sekali gus kepada muridmurid yang lain. Sepatutnya pihak sekolah harus memberikan perhatian kepada
murid tersebut dengan membuat siasatan penyebab murid itu tidak hadir ke sekolah
dan sebagainya. Bukan dengan mengambil tindakan yang drastik tanpa usul periksa
iaitu merotan di depan semua orang. Tindakan ini boleh juga dikatakan menjatuhkan
maruah seseorang. Dalam hubungan kasih sayang guru kepada muridnya, Ibnu
Khaldun telah menegaskan dalam kitabnya Al Muqaddimmah hukuman yang terlalu
keras ketika mengajar membahayakan murid, lebih-lebih lagi kanak-kanak kecil,
murid-murid hamba atau khadam (orang suruhan) yang tidak berbakat, jika diasuh
dengan cara menggunakan kekerasan dan paksaan akan sebati dengan kekerasan
pula. Ibnu Khaldun berpendapat bahawa kesan pendidikan dengan kekerasan akan
merosakkan sifat-sifat kemanusiaan pada diri kanak-kanak, sama ada perseorangan
atau

social,

bila

mereka

dikasari

timbul

dalam

diri

kanak-kanak

untuk

mempertahankan diri, menjaga maruah dan kehormatan. Seperti kes murid yang
ponteng sekolah ini, selepas dikasari dengan merotannya, telah timbul dalam dirinya
untuk mempertahankan diri, menjaga maruah dan mendapat kehormatan orang lain
dengan menunjukkan sikap gangsterisme serta membuli rakan-rakan-rakan lain.
Guru biasa boleh mengaplikasikan pendekatan penyayang ini untuk membantu
murid berubah kepada arah kebaikan kerana pendekatan ini mudah untuk
dilaksanakan dengan menjadi pendengar secara empatik. Secara tidak langsung,
guru dapat mendekatkan diri dengan murid dan mengenal lebih mendalam. Murid
akan merasakan bahawa sebenarnya orang sekelilingnya sangat mengambil berat
terhadap dirinya dan menyayanginya. Murid itu juga akan meletakkan kepercayaan
sepenuhnya terhadap kita sebagai gurunya untuk dia meluahkan perasaan.
Seterusnya, cara yang boleh diambil untuk mengatasi masalah murid yang
ponteng sekolah ialah dengan membuat perjumpaan waris. Melalui perjumpaan
waris, guru boleh membincangkan masalah yang dihadapi oleh murid ini. Guru
haruslah menjelaskan bahawa murid ini mempunyai masalah yang berkaitan dengan
latar belakang keluarga dan perlu diberi perhatian serius oleh ibubapa mereka
sendiri. Kita perlu sedar bahawa kewujudan bimbingan dan kaunseling ini bukanlah
sekadar untuk memberikan bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid, namun
kita boleh menjadikan sebagai medium untuk guru, ibu bapa duduk bersama-sama

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 29

anak-anak mereka mendapatkan bimbingan dan kaunseling. Bukan menjadi satu


kesalahan jika ibu bapa juga meminta untuk dibimbing dan mendapatkan nasihat
daripada orang yang lebih berpengalaman seperti guru bagi mengatasi masalah
mereka dengan anak-anak mereka. Tambahan pula, anak-anak ini lebih banyak
meluangkan masa di sekolah bersama-sama guru mereka berbanding berada di
rumah. Oleh itu, guru sering dikatakan sebagai ibu bapa yang kedua kepada muridmurid di sekolah. Berbalik kepada masalah ponteng sekolah ini, dengan membuat
perjumpaan waris, guru boleh menceritakan bahawa perubahan murid di sekolah
begitu ketara lebih-lebih lagi kehadirannya ke sekolah. Melalui perjumpaan ini, guru
boleh cuba untuk selongkar dengan lebih mendalam mengenai keadaan situasi
keluarga murid, seterusnya memberikan nasihat yang sepatutnya kepada ibu bapa
ini

supaya

mereka

sedar

mereka

masih

perlu

bersama-sama

memikul

tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada murid tersebut dalam mendidiknya ke arah
kebaikan. Maka, hasil daripada perbincangan ini sedikit sebanyak boleh membantu
untuk mengatasi masalah murid ini. Selain itu, secara tidak langsung, ibu bapa akan
menyedari bahawa institusi sesebuah kekeluargaan adalah merupakan wadah
penting dalam membantu ahli-ahlinya menghadapi pancaroba dalam kehidupan.
Menurut Everts (1994), terdapat tiga tugas dan peranan keluarga iaitu membantu
ahli-ahli

keluarga

dalam

memenuhi

kehendak-kehendak

individu

serta

perkembangan diri, membimbing dan mengawasi tingkah laku ahli-ahlinya, dan akhir
sekali ialah mendidik individu menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Oleh
itu, peranan yang dimainkan oleh kedua ibu bapa perlu diberi perhatian kerana ianya
penting bagi menentukan keberkesan sesebuah institusi keluarga.
Selain itu, cara yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ponteng
sekolah ini ialah dengan memanggil murid untuk mengadakan sesi kaunseling
secara individu. Menurut Cottle dan Downie (1970), kaunseling di bawah bimbingan
secara individu merujuk kepada proses perbincangan antara seorang kaunselor dan
seorang kliennya, yang mana kaunselor berusaha menolong kliennya memahami diri
sendiri dan menerima masalah yang dihadapinya, sehingga dia membuat
pertimbangan dan mengambil keputusan daripada pilihan-pilihan yang boleh
membantunya mengatasi masalah. Kita harus sedar bahawa sesi kaunseling tidak
semestinya boleh dikendalikan oleh guru bimbingan dan kaunseling sahaja, tetapi

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 30

sebaliknya kita sebagai guru biasa juga boleh memainkan peranan tersebut dalam
mengatasi masalah yang berlaku dalam kalangan murid-murid di sekolah seperti kes
ponteng sekolah ini. Berkemungkinan daripada sesi kaunseling secara individu ini
boleh dapat membantu murid daripada terus-menerus bekelakuan negatif di
sekolah. Hal ini kerana sesi kaunseling individu ini akan membuat murid itu membina
kemahiran dan keyakinan untuk menyelesaikan masalah diri sendiri serta membantu
murid supaya membuat keputusan secara rasional dan praktikal. Secara tidak
langsung akan menjalinkan hubungan baik di antara kita dan murid berkenaan sekali
gus mengubah pemikiran tidak rasionalnya yang mana murid membuat andaian
dengan mengatakan bahawa semua guru telah membenci dan tidak menyayangi
dirinya. Maka, di sekolah tiada seorang pun yang dia boleh bergantung harap dan
percayai. Merujuk kepada Pietrofesa (1971) telah menyenaraikan empat jenis
kaunseling individu iaitu kaunseling krisis, kaunseling pembekal kemudahan,
kaunseling pencegahan dan kaunseling perkembangan. Berdasarkan permasalahan
oleh murid tersebut, saya merasakan jenis kaunseling yang sesuai adalah
kaunseling perkembangan yang mana kaunseling ini akan menolong murid itu
membina konsep diri dan perkembangan individu dalam hubungannya dengan orang
lain dan persekitaran.
Cara yang seterusnya yang akan mengatasi masalah murid yang ponteng
sekolah ini adalah peranan guru mata pelajaran bagi kelas subjek ini. Sebagaimana
yang kita tahu, tugas sebagai seorang guru adalah memberikan proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P) yang terbaik kepada murid-murid. Oleh itu, bagi murid ini,
saya berpendapat berkemungkinan keinginannya untuk ke sekolah ini terbantut
kerana semua guru mata pelajaran di kelas tersebut telah menjadikannya sasaran
semasa P&P dijalankan. Hal ini sedikit sebanyak boleh mengganggu emosinya
untuk belajar. Murid tersebut merasakan guru-gurunya sengaja menjadikan dirinya
sebagai bahan untuk ditertewakan oleh rakan-rakan kerana murid itu sedia maklum
pencapaiannya dalam bidang akademik tidak cemerlang seperti rakan yang lain.
Selain itu, melalui pemerhatian, P&P yang dijalankan dalam kelas murid itu agak
membosankan bagi kelas yang muridnya lemah seperti subjek ini. Berdasarkan
pembacaan dan pengalaman yang ada, murid-murid ini lebih mudah faham sesuatu
jika mereka belajar daripada aktiviti yang menarik seperti bermain. Maka, sebagai

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 31

seorang guru, kita haruslah merancang sesi pengajaran dan pembelajaran yang
mungkin akan menarik minat subjek ini untuk datang ke sekolah dan akan merasa
satu

kerugian

jika

ketinggalan

di

dalam

kelas.

Guru

perlu

merancang

pembelajarannya secara sistematik sebelum memasuki ke bilik darjah. Perancangan


untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dibuat oleh guru perlu
mengambil pertimbangan dari segi objektif pembelajaran, isi pengajaran, bahanbahan bantu mengajar, aktiviti pembelajaran dan pengurusan kemudahan. Semasa
membuat perancangan P&P ini, perkara yang paling utama yang perlu diambil
perhatian ialah objektif pembelajaran yang mana guru haruslah memastikan bahawa
ianya ditentukan berdasarkan kepada sasaran sukatan pelajaran, pengetahuan
sedia ada murid dan tahap kebolehan mereka. Objektif pembelajaran biasanya
disediakan berdasarkan prinsip bertingkah laku, iaitu perubahan tingkah laku murid
dapat dikesan secara eksplisit selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah
selesai dijalankan. Pemilihan isi pembelajaran yang telah dipilih untuk disampaikan
hendaklah boleh membantu murid-murid mencapai objektif pembelajaran mereka.
Pemilihan strategi dan kaedah mengajar pula berkait rapat dengan pencapaian
objektif pembelajaran. Strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai membolehkan
guru merancang isi pembelajaran lebih sistematik dan mampu menarik minat murid
ini meneruskan pembelajaran di dalam kelas termasuklah murid-murid yang lain
sekali gus mencapai objektif pembelajaran yang

dikehendaki. Selain itu,

perancangan pengajaran ini meliputi usaha memilih dan menyediakan bahan bantu
mengajar yang akan digunakan semasa sesi P&P dijalankan di dalam kelas oleh
guru ataupun murid-murid. Dengan adanya bahan bantu mengajar ini, sesi P&P
yang dijalankan akan bertambah menarik dan menyeronokkan murid-murid untuk
belajar.(http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/lima-peranan-guru-sebagaipembimbing-di.html).
Sebagai guru biasa dan bukannya guru bimbingan dan kaunseling yang
terlatih, kita boleh juga membantu, membimbing murid-murid mengatasi masalah
dan membuat keputusan. Guru hendaklah sentiasa peka dan mengambil berat
tentang setiap pergerakan dan tingkah laku murid-murid terutamanya murid-murid di
dalam kelas yang kita mengajar. Sebagai contoh, guru kurang memberikan
perhatian terhadap tingakah laku murid di dalam kelas selama ini dan telah bertindak

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 32

secara drastik dengan terus membawa masalah ponteng sekolah ini ke pihak
atasan. Kita sedia maklum bahawa murid-murid yang bermasalah disiplin ini akan
dikenakan hukuman yang keras seperti dirotan jika dibawa ke pihak atasan iaitu
Lembaga Disiplin Sekolah dan Guru Besar. Hal ini kerana pihak atasan
beranggapan murid ini telah melakukan kesalahan disiplin yang teruk sekiranya
mereka ini telah dibawa untuk dirujuk ke pihak atasan untuk diambil tindakan.
Tindakan yang sepatutnya diambil oleh kita sebagai guru biasa untuk murid ini ialah
mengenal pasti perubahan yang ketara yang dapat dilihat daripada tingkah laku
murid ini, sebagai contoh murid tersebut mula tidak menumpu perhatian semasa
P&P dijalankan, kerap tidur di dalam kelas, bergaduh dan membuli murid-murid lain
dan sebagainya. Selepas membuat beberapa pemerhatian terhadap murid ini, guru
boleh beranjak kepada langkah yang seterusnya iaitu memainkan peranannya
sebagai pembimbing, dengan menyelami masalah yang menyebabkan subjek
bertindak

sedemikian

dan

seterusnya

membimbing

subjek

mencari

cara

menyelesaikan masalah secara positif supaya murid ini tidak mengulangi sikap
negatifnya itu. Bagi murid yang telah mengalami masalah sosioemosi ini, seperti
rasa malu, kecewa, marah dan sebagainya, kita hendaklah membimbing murid ini
supaya dapat membina sifat keyakinan diri semula dan menyertai aktiviti
pembelajaran secara aktif dengan murid-murid yang lain.
Memang tidak dapat dinafikan, kita sebagai guru mempunyai pengalaman
hidup yang lebih banyak jika dibandingkan dengan murid-murid. Maka, guru boleh
menggunakan pengalamannya yang lepas dan pengetahuan yang sedia ada tentang
asam garam kehidupan ini, untuk membimbing murid tersebut membuat keputusan
yang

bijaksana

dan

rasional

dalam

mengatasi

masalah

seperti

masalah

keluarganya. Namun, kita perlu ingat dan tahu bahawa kita hanya memberikan
cadangan kepada murid ini mengenai cara mengatasinya, tetapi hak untuk membuat
keputusan adalah di tangan murid itu sendiri. Guru perlu memastikan keputusan
yang dipilih oleh murid ini perlulah berasaskan nilai-nilai murni dan agama.

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 33

Teori adalah satu andaian yang mengandungi beberapa idea untuk


menjelaskan sesuatu kejadian atau sesuatu fenomena. Fungsi sesuatu teori itu ialah
untuk:
(a) menjelaskan sesuatu kejadian yang berlaku setelah membuat beberapa
pemerhatian;
(b) menggunakan sesuatu teori untuk menguasai keadaan tertentu; dan
(c) menggunakan sesuatu teori untuk membuat ramalan.
Sama ada kaunseling memerlukan teori atau tidak bergantung kepada
individu pengamal profesion kaunseling itu sendiri. Misalnya, Arnold Lazarus (1981)
mengatakan bahawa kaunselor atau terapis tidak memerlukan teori. Ada pula yang
mengatakan bahawa pandangan sesuatu teori itu diberikan taraf kepentingan yang
begitu tinggi yang tidak sepatutnya (Smith & Glass, 1977). Pandangan begitu
berasaskan dakwaan bahawa semua kaunselor dan ahli terapis melakukan aktiviti
yang sama, mendapat keputusan yang sama, malah ada yang menggunakan teknikteknik yang tidak bersangkut paut dengan teori yang didukungnya. Ini bermakna
teori yang didukungnya itu nampaknya tidak memberi apa-apa faedah.
Jerome Frank (1971), pula berpendapat bahawa teori amat penting kepada
orang yang mengamalkannya. Baginya, teori itu penting sebab ia memberi erti,
keyakinan, dan halatuju kepada kaunselor. Jadi, kita boleh membuat kesimpulan
daripada keterangan Frank bahawa teori memberi fokus kepada kaunselor tentang
apa yang dilakukannya terhadap kliennya. Dengan demikian, kaunselor dapat
memberi sepenuh perhatian dan tenaga terhadap apa yang difikirkannya menjadi
punca masalah yang dialami oleh kliennya.

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 34

Teori Behavioris, Teori Rasional Emotif dan Teori Pemusatan Perorangan


adalah antara teori-toeri kaunseling yang sering diperbincangkan. Kamus Dewan
(1986) telah mendefinisikan teori sebagai pendapat yang dikemukan untuk
menerangkan sesuatu ilmu pengetahuan ataupun asas-asas kasar yang menjadi
dasar pembentukan sesuatu pengetahuan. Hal ini bermakna teori merupakan suatu
penerangan terhadap sesuatu perkara dan akibatnya boleh didasarkan kepada
tindakan masa hadapan. Muhd Mansur Abdullah ( dalam Sapora Sipon & Hapshah
Yusof 1987) pula mengatakan bahawa hampir keseluruhan teori kaunseling
membicarakan tentang manusia mengubah tingkah laku yang juga meliputi teori
pembelajaran dan teori keperibadian, maka ia menjadi saling berkaitan antara satu
sama lain.
Teori dalam kaunseling juga memainkan peranan yang sangat penting kerana
kaunseling yang berlandaskan teori yang baik akan dapat menghasilkan rawatan
yang berkesan dan diterima ramai. Perkara ini diperkuatkan lagi oleh pandangan Gill
dan Johnson (1977) yang menjelaskan sekiranya kelompok ingin menjadi lebih
kreatif, ia memerlukan asas teoritikal yang kuat dan perlu diterjemahkan dan
dipraktikkan dalam latar belakang sesi kelompok yang sebenar.
Setiap teori yang dinyatakan diatas mempunyai keunikan dan pendekatan
yang berbeza-beza mengikut klien. Teori-teori ini dapat dibezakan dari pelbagai
aspek seperti pandangan sesuatu teori terhadap manusia, pendekatan yang
digunakan oleh kaunselor dan kekuatan serta kelemahan teori tersebut. Saya telah
memilih untuk mengulas 2 daripada 3 teori yang telah dinyatakan iaitu teori
Bahavioris dan teori Rasional Emotif( Kognitif ) mengenai 3 aspek iaitu;
a) pandangan teori terhadap manusia
b) pendekatan yang digunakan kaunselor
c) kekuatan dan kelemahan teori

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 35

Teori Behavioris
Teori behavioris ini bermula dalam tahun 50-an dan awal 60-an. Pengasas
teori ini ialah Burrhus Frederick (B.F.) Skinner. Beliau dilahirkan pada tahun 1904 di
Susquehana, Pennsylvania. Beliau mempunyai latar belakang kawalan tingkah laku
yang ketat. Pada masa kecil, Skinner mempunyai tarikan kepada benda-benda yang
mekanikal.
Apabila dewasa, beliau mempunyai minat mereka cipta alatan. Beliau berpen
dapat bahawa tingkah laku dan personaliti ditentukan oleh keadaan atau kejadian
yang lalu dan yang ada pada masa sekarang dan bukan terpengaruh oleh tarikan
dalaman.Beliau juga berpendapat bahawa pakar psikologi patut memberi perhatian
kepada tingkah laku yang dilihat dan diterangkan.
Mereka

yang

bertanggungjawab

dan

memperluaskan

terhadap

teori

kaunseling tingkahlaku ini ialah Dolland & Miller, 1950; Wolpe, 1958, 1969; Ullmann
& Krasner, 1965;Phillips & Wiener, 1966; Stampfl & Levis, 1967; Lazarus, 1968;
Bandura, 1969;Krumboltz & Thoresen, 1969; Beck, dan Eysenck. Teori ini
bersandarkan kepada teori pembelajaran yang mana ia memberi tumpuan kepada
tingkah laku berdasarkan kepada prinsip-prinsip pembelajaran manusia.
Kaunseling behavioris ini adalah satu proses yang memerlukan pengenepian
pembelajaran yang tidak diterima serta mengilatkan lagi pengalaman pembelajaran
yang membolehkan klien mempelajari tindak balas yang tepat.Tujuan pendekatan
tingkah laku ini adalah menolong manusia sama ada memilikitingkah laku yang telah
diubahsuai bertindak balas atau menghapuskan segala respon yang salah itu agar
dia lebih efektif atau semakin berkurangnya tingkah laku ketewasan-kendirinya
sebagai hasilnya. Justeru itu disyorkan agar ahli psikologi patut memberikan
perhatian dan penumpuan kepada tingkah laku yang dapat dilihat dan boleh
diterangkan.
Teori kaunseling ini secara relatifnya adalah pendekatan baru yang
berlandaskan kepada teori-teori terdahulu, iaitu teori pembelajaran yang dikenal
sebagai fahaman tingkah laku. Berdasarkan teori inilah tingkah laku pada dasarnya
mempunyai kaitan dengan perubahan tingkah laku seseorang. Selagi tidak

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 36

mengetepikan cara klien merasai dan memikirkannya, kaunselor tingkahlaku


menekankan kepada beberapa tingkah laku yang khusus, dan menumpukan
bahawa ia adalah perubahan tingkah laku dalam cara manusia itu berfikir dan
merasai tentang diri.
Pendekatan ini berpendapat bahawa tingkahlaku dan personaliti adalah
ditentukan oleh keadaan ataupun kejadian masa lalu dan juga kejadian yang terjadi
mengubah

tingkah

laku

yang tidak

terselindung kliennya.

Matlamat

utama

pendekatan ini ialah menekankan kepada tanda yang beralih; kadang-kadang


diandaikan bahawa perubahan terhadap tingkah laku tanpa berselindung ituakan
mengakibatkan tindak balas berfikir, tetapi ramai kaunselor tingkah laku yang
tidakmemikirkan tentang tingkah laku subjektif kliennya. Tanda-tanda peralihan
dirujukkan kepada penghapusan masalah tingkah laku klien.
Oleh yang demikian, kaunseling atau terapi tingkah laku menekankan kepada
dimensi kognitif manusia dan memberi beberapa cara berorientasikan tindakan
dalam mengambil langkah tertentu bagi mengubah tingkah laku mereka yang tidak
wajar.

PANDANGAN TEORI TERHADAP MANUSIA


Teori behavioris menganggap manusia sama sahaja, tidak ada yang baik dan
tidak ada yang jahat. Semasa lahirnya mereka adalah saksama, masing-masing
mempunyai potensi seimbang ke arah menjadi sama ada baik ataupun jahat.
Hasilnya,ahli-ahli teori behavioris tidak sepenuhnya memberikan definisi tabiat asas
kemanusiaan

itu

yang

boleh

membantu

teori-teori

mereka

sendiri.

Bagaimanapun,Dustin dan George menyenaraikan empat andaian berhubung


dengan tabiat kemanusiaan dan bagaimana manusia berubah yang menjadi inti
kepada kaunseling behavioris itu sendiri.
1.Manusia

itu

dilihat

sebagai

manusia

biasa,

tidak

ada

yang

sepenuh-

penuhnya jahat atau sepenuhnya baik, tetapi adalah sebagai organism


berpengalaman yang mempunyai potensi kepada semua jenis tingkah laku.

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 37

2.Manusia berkeupayaan memaham konsep serta mengawal tingkah lakunyasendiri.


3.Manusia berupaya memperolehi tingkah lakunya yang baru.
4.Manusia

mempunyai

keupayaan

untuk

mempengaruhi

tingkah

laku

lainsebagaimana ia dipengaruhi oleh orang lain terhadap tingkah lakunya sendiri.


Bagi kaunselor behavioris, individu adalah hasill daripada pengalaman. Ahliahli behavioris melihat tingkah laku yang salah terima itu sebagai seseorang yang
mempelajari tingkah lakunya, perkembangan dan pembaikannya adalah sama
dengan sebarang tingkah laku lain. Satu implikasi daripada pandangan begini ialah
tidak adanya tingkah laku yang salah terima bagi diri mereka itu. Selain itu sesuatu
tingkahlaku itu menjadi wajar disebabkan seseorang itu menganggapnya tidak
begitu.Setengah-setengah tingkah laku mungkin dianggap wajar di rumah, tetapi
tidak wajar disekolah, begitu juga sebaliknya.
Implikasi kedua terhadap tingkah laku salah terima begini ialah sebagai
pembelajaran bahawa sesuatu idea yang dibawakan oleh tingkah laku bagi satu
hasil yang memuaskan atau menolong mengurangkan hasil-hasil yang tidak
memuaskan itu daripada terus meningkat. Oleh kerana tingkah laku salah terima ini
dipelajari, mungkin juga tidak perlu di pelajari.
Dalam hubungan dengan tingkah laku begini bagi terapi, ahli-ahli tingkah laku
selalunya menganggapkan paradigma-tindak balas-pendorong merupakan corak
asas pembelajaran bagi semua manusia. Setiap manusia itu bertindak secara
teorinya meramalkan cara untuk apa juga pemberian rangsangan, bergantung
kepada pengalaman-pengalaman masa lalunya serta gerak rangsangnya.
Dalam hal ini, seseorang manusia tidak berbeza daripada haiwan melainkan
tindak balasnya terhadap rangsangannya sahaja yang lebih kompleks dan ia terjadi
pada tahap lebih tinggi daripada sudut organisasinya dan pengkonsepsiannya.
Perlakuan

atau

tingkah

laku

itu

adalah

berfungsi

daripada

rangsangan.

Pengurangan ini merupakan faktor-faktor kompleks yang mempengaruhi tindak


balas manusia terhadap rangsangan serta membenarkan ahli-ahli tingkah laku
menumpukan masalah-masalah yang khusus seperti tindak balas terhadap set
rangsangan yang tersedia itu.
EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 38

PENDEKATAN / TEKNIK-TEKNIK YANG


DIGUNAKAN KAUNSELOR
Adalah penting bagi seseorang kaunselor itu menentukan tingkah laku yang
manakah yang tidak boleh diubahsuaikan dan dalam situasi bagaimana pula tingkah
laku begitu boleh berlaku. Kebanyakan perangai salah laku mempunyai perasaan
resah dan gelisah di peringkat pangkalnya. Perasaan takut ataupun resah adalah
merupakan satu emosi yang dialami dan merupakan tindak balas terhadap
penggerak nuetral yangdiberikan oleh kaunselor dan ia dibuat beberapa kali dengan
rasa kesakitan.
Mengikut kaunseling Wolpe, penumpuan terhadap membasmi tindak resah
pada kelemahan dilakukan dengan cara memperkenalkan satu tindak balas yang
lebih bersaingan. Menurutnya lagi jika tindak balas penentang kepada tindak balas
resah boleh dibuat dan diwujudkan dalam bentuk mendorongkan terhasilnya
keresahan, ini mungkin akan melemahkan tindak balas penggerak kebimbangan itu
sendiri. Ada beberapa tindak balas yang boleh digunakan dalam proses kaunseling
mengikut Osipow & Walsh (1970) dan Patterson (1973).
1.Mengenal pasti kawasan penggerak yang berkaitan dengan tidak balas resah dan
salah laku berikutnya.
2.Klien diajarkan merelakskan tubuhnya serta menggalakkan dia mempraktikkan
tatacara releks di luar temu bual. Tindak balas releks digunakan untuk bersemuka
dan melemahkan tindak balas penggerak-resah.
3.Dalam satu keadaan releks, kaunselor menyuruh kliennya menggambarkan urutan
kejadian atau peristiwa yang berkaitan dengan tindak balas resah.
4.Perkembangan proses selanjutnya dihentikan apabila klien mengalami resah.
5.Klien mampu mengawal tindak balas resah dengan melawannya semula bersama
releksasi yang diperolehi, asertif ataupun tindak balas seksual.

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 39

Kaunselor behavioris selalunya kurang mengambil berat terhadap proses,


sebaliknya memusatkan segalanya pada matlamat kaunselingnya. Apabila matlamat
kaunseling sudah dikenal pasti semasa proses terapinya oleh klien, keadaan baru
bagi pembelajaran tercipta. Rasionalnya, semua tingkah laku adalah dipelajari
termasuk juga tingkah laku yang tidak diterima itu sendiri.
Kaunseling

behavioris,

suatu

proses

yang

memerlukan

pengetepian

pembelajaran yang tidak diterima serta mengilatkan lagi pengalaman pembelajaran


yang membolehkan klien mempelajari tindak balas yang betul dan tepat. Blackham
dan Silberman (1975) telah memberikan enam langkah bagi menambahkan
frekuensi atau meneguhkan lagi tingkah laku yang diingini.
1.Mengenalpasti dan mencatatkan tingkah laku yang akan diubahnya dalam bentuk
pelaksanaan.
2.Mencapai garis dasar hasrat tingkah laku yang diingini.
3.Mengatur suasana di mana sasaran tingkah laku iu boleh wujud.
4.Mengenalpasti

potensi

rangsangan

dan

perkara-perkara

yang

boleh

memperkuatkan dorongan.
5.Memperkuatkan keinginan sasaran tingkah laku atau penganggaran sesuatu
kejayaan.
6.Menilai kesan peraturan rawatan dengan melihat pembaikan pada rekod
perubahan pada sasaran tingkah laku itu.
Walau hampir semua para ahli kaunselor behavioris mempercayai matlamat
kaunseling mesti diperbaiki mengikut individu kliennya, terapi ini boleh dikatakan
mempunyai lima matlamat umum:
1.Meminda tingkah laku yang tidak diterima oleh semasa berterapi.
2.Membantu klien mempelajari dengan lebih berkesan akan proses membuat
keputusan.

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 40

3.Mencegah dan melindungi dari masalah masa depan.


4.Menyelesaikan tingkah laku yang bermasalah khas, seperti yang diminta oleh
klien.
5.Mencapai perubahan-perubahan tingkah laku yang diterjemahkan kepada tindakan
dalam hidup seseorang.

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 41

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN TEORI


Kelebihan teori behavioris ini adalah menggalakkan klien untuk sedar akan
tingkah laku yang perlu diubah. Melalui teori ini juga, klien mampu untuk menilai
perubahan tingkah laku untuk menjadikannya satu yang lazim dalam kehidupan
harian. Contohnya apabila klien sedar akan perlakuannya yang negatif dan
menyebabkan impak kepada orang lain, klien akan mengubah tingkah lakunya
menjadi positif dan diterima oleh orang lain. Justeru itu, klien akan mula menyedari
kekuatan pengukuhan dalam kelompok sebagai satu sumber sokongan psikologi
dan sosial. Klien akan mudah untuk berusaha membentuk, meneguh, meninggalkan
atau mengubahsuai tingkah laku mereka dalam persekitaran
Kelemahan yang paling kerap didengar ialah teori behavioris hanya sesuai
mengubah tingkah laku biasa yang belum berakar umbi dalam diri seseorang.
Kaunseling behavioris tidak menganalisa dengan mendalam tingkah laku tersebut, ia
hanya bersifat sementara. Dalam setengah kes, perubahan tingkah laku mungkin
hanya terjadi dalam jangka masa yang singkat sahaja, selepas itu masalah akan
berulang semula. Kaunseling behavioris pada dasarnya boleh mengawal dan
mengubah tingkah laku, andainya kebolehan ini dimiliki oleh orang yang tidak sesuai
ia akan digunakan dan dimanipulasi untuk kepentingan sesuatu golongan dan ini
pasti akan mengancam kesejahteraan masyarakat.Bagaimanapun seperti yang kita
maklum kaunseling tingkah laku bukanlah hanya satu pendekatan kaunseling yang
ada, ia hanya salah cara yang boleh digunakan bagi mencapai matlamat murni
kaunseling dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang sejahtera dan seimbang.

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 42

TEORI RASIONAL EMOTIF


Teori Rasional Emotif telah diasaskan oleh Albert Ellis. Beliau dilahirkan pada
tahun 1913 di Pittsburgh, Amerika Syarikat. Teori ini terbina apabila beliau
mendapati bahawa teori Psikoanalasis yang dipelopori oleh Freud tidak mendalam
dan adalah satu bentuk pemulihan yang tidak saintifik. Pada awal tahun 1955, beliau
telah menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan, fisolofikal dan tingkah laku dan
dikenali sebagai teori emosi-rasional (RET). Semenjak itu beliau terkenal sebagai
bapa kepada teori RET dan datuk kepada teori tingkah laku kognitif.
Ellis berpendapat pendekatan yang dibawakan oleh Freud kurang lengkap
kerana ada individu yang bertambah teruk selepas menjalani pendekatan
psikoanalisis. Hipotesis RET berdasarkan bahawa emosi berpunca daripada
kepercayaan, penilaian, interpretasi dan tindakan daripada situasi kehidupan. Di
dalam proses teraputik emosi-rasional, klien mempelajari kemahiran yang akan
digunakan untuk mengenal dan memerangi kepercayaan yang telah tertanam lama
di dalam diri seseorang. Ini disebabkan oleh teori ini lebih bersifat pendidikan
daripada perubatan yang direka dalam keadaan di mana kaunselornya aktif terarah
dengan tepat dan mengajar.
RET juga dikenali sebagai Terapi A-B-C yang mana merupakan suatu teori
yang mempunyai kelainan dengan teori-teori yang lain terutamanya Teori
Psikoanalisis, Teori Pemusatan Insan, Gestalt dan lain-lain lagi. Ini disebabkan oleh
teori ini mementingkan tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan aspek tingkah laku.
Teori ini memberi penekanan kepada pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan
dan membuat keputusan. Pendekatan teori ini bercorak deduktif atau mengajar,
mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan yang tidak
rasional.
Terapi ini yakin bahawa setiap individu mempunyai sistem kepercayaan yang
tidak rasional. Kepercayaan ini perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat
mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan rasional. Dalam konteks ini ia
merupakan satu sistem pendidikan semula yang mengajar individu untuk melihat
semula

sistem

kepercayaan

yang

membuatkan

dirinya

menderita

dengan

menggantikan semula dengan satu set kepercayaan yang membawa kesejahteraan


EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 43

dan kebahagiaan pada diri seseorang individu dan seterusnya kepada orang yang
signifikan dengannya.
Prinsip terapi RET boleh digunakan kepada masalah semasa, masalah yang
lain dalam kehidupan dan juga masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan
datang. Fokus prinsip ini adalah kepada pemikiran dan tindakan, bukan hanya
mengikut perasaan. Terapi ini dianggap sebagai satu proses pembelajaran kerana
fungsi kaunselor yang berbagai-bagai. Kadang kala kaunselor bertindak sebagai
seorang guru, yang memberi tugasan kepada pelajar iaitu klien dalam konteks terapi
ini.
Teori Ellis ini berasaskan andaian bahawa individu-individu mempunyai
keupayaan bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahupun tidak rasional.
Tingkah laku rasional ialah dilihat sebagai keberkesanan dan kemungkinan produktif,
manakala tingkah laku yang tidak rasional pula hasilnya dalam keadaan tidak
gembira dan menghasilkan output.

PANDANGAN TEORI TERHADAP MANUSIA


Hubungan emosi dan pemikiran adalah berhubung rapat dan tidak boleh
untuk dipisahkan. Oleh sebab itu segala pemikiran dan kepercayaan yang tidak
rasional itu berpunca daripada proses dan pengaruh budaya dan pembelajaran .
Menurut George

dan Cristiani (1995)

telah

mengandaikan

bahawa

manusia

bertindak sebagai penilai, perunding dan pengawal diri. Gangguan emosi dan
tingkah laku akan bermula apabila manusia menganggap beberapa keutamaan
seperti keinginan untuk disayangi, diperakui kejayaan dan menganggap keutamaan
tersebut sebagai keperluan yang utama. RET juga memandang bahawa manusia
dilahirkan

dengan

pengiktirafan

diri

beberapa
tetapi

kecenderungan

mereka

akan

ke

arah

perkembangan

mengkhianatinya

disebabkan

dan
oleh

kecenderungan untuk berfikir tidak rasional dan contoh-contoh mengalah diri yang
telah mereka pelajari.

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 44

Menurut Gerald

Corey (1996)

pula

mendapati

bahawa

terapi

RET

berlandaskan kepada andaian bahawa manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk


berfikiran secara rasional dan tidak rasional. Manusia berupaya untuk memelihara
dirinya,

bergembira,

berfikir,

menterjemahkan

diri,

sayang

menyayangi,

berkomunikasi dengan orang lain, berkembang dan mengiktiraf diri sendiri. Manusia
juga berkecenderungan untuk merosakkan dirinya, tidak mahu berfikir, suka
menangguh

untuk

membuat

sesuatu,

mengulangi

kesilapan,

tidak

sabar,

mementingkan kesempurnaan semata-mata, selalu menyalahkan diri sendiri, cuba


mengelakkan pengikhtirafan dan pertumbuhan potensi.
Hackey dan Cormier (1995) berpendapat bahawa RET, membuat andaian
tentang gangguan emosi manusia adalah disebabkan oleh pemikiran yang tidak
rasional. Hubungan antara emosi dan pemikiran terlalu rapat sehingga tidak boleh
dipisahkan kedua-duanya. Manusia juga dilahirkan dengan suatu potensi untuk
berfikiran secara lurus dan rasional dan juga secara tidak rasional. Manusia
sendirilah yang menyebabkan dirinya merasa terganggu dan gangguan itu bukanlah
disebabkan oleh sumber-sumber luaran tetapi berpunca dari diri individu itu sendiri.
Ee Ah Meng (1991) berpendapat bahawa terapi RET yang dikembangkan
oleh Ellis dalam tahun 1950 an adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa
manusia perlu mengubah cara berfikir supaya boleh memperbetulkan pemikiran
yang tidak rasional. Baginya manusia dilahirkan dalam dunia yang tidak rasional dan
manusia menjadi semakin tidak rasional apabila berada dalam sistem kepercayaan
mereka.
Menurut teori RET, seseorang yang bermasalah akan mempunyai suatu
sistem kepercayaan atau suatu belief system yang penuh dengan kepercayaan
yang tidak rasional mengenai perkara yang dilihat atau dialaminya. Albert Ellis telah
memberikan beberapa idea tentang pemikiran yang tidak rasional, antaranya adalah
seseorang individu mempercayai bahawa ia mesti disayangi oleh orang-orang
penting atau signifikan kepada dirinya seperti ibubapa, adik-beradik dan rakanrakan. Individu juga percaya bahawa ia mesti membuktikan bahawa ia seorang yang
berkebolehan dan berkemampuan. Seseorang individu juga mempercayai bahawa
jika terdapat individu yang lain melakukan kesalahan atau tidak berlaku adil, maka

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 45

seharusnya ia dikutuk dan menyalahkan dirinya dan dilihat sebagai orang yang tidak
baik. Masa lampau juga dianggap sangat penting kerana ia mempengaruhi hidup
seseorang individu. Ellis mempercayai bahawa masa lampau itulah yang akan
menentukan perasaan seseorang individu pada masa kini.

PENDEKATAN / TEKNIK-TEKNIK YANG DIGUNAKAN KAUNSELOR


Teori Emosi Rasional telah memberikan beberapa teknik kepada kaunselor
iaitu teknik kognitif, teknik emotif dan teknik behavioral. Teknik kognitif iaitu
menstruktur semula pemikiran dan kepercayaan tak rasional melalui A-B-C-D-E. A
bermaksud peristiwa yang menggerakkan, B pula sistem kepercayaan manakala C
bermaksud akibat seterusnya D bermaksud mencabar kepercayaan tidak rasional
dan E mempunyai maksud kesan. Contohnya, seorang murid yang telah gagal
dalam peperiksaan UPSR berasa amat kecewa (C) kerana dia mempercayai (B)
bahawa masa depannya sudah terjejas dan bukan kerana peristiwa gagal dalam
UPSR (A). Dalam hal ini kaunselor hendaklah membetulkan sistem kepecayaan (B)
yang tidak rasional itu iaitu dengan mengatakan masa hadapan tidak terjejas
selama-lamanya kerana dia boleh mengambil peperiksaan PMR dan mendapat
kecemerlangan jika berusaha.Kepercayaan baharu ini adalah lebih rasional dan
situasi ini dinamakan D. Setelah mencapai D (kepercayaan rasional) klien akan
mengalami perasaan E iaitu kesan di mana klien berasa tenang dan lega.
Suasana empatiy6 perlu disediakan agar klien dapat merasai kaunselor
sedang mendengar apa yang disampaikan. Terapi RET biasanya menjelaskan tujuan
terapi sebelum meneroka kepada masalah. Kaunselor juga perlu mewujudkan
suasana yang selesa kepada klien dan meminta klien mencerita mengenai
persoalan yang ingin dibincangkan. Selepas bertanya klien apa yang hendak
dibincangkan, kaunselor seterusnya kenalpasti peristiwa yang berlaku A, sistem
kepercayaan klien, kesan kepada emosi dan tingkahlaku.
Terapi RET membenarkan kaunselor megngunakan teknik secara fleksibel.
Kaunselor boleh menggunakan teknik dan prosedur secara elektrik. Kesemua teknik
EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 46

tingkahlaku boleh digunakan oleh kaunselor RET. Tambahan itu Ellis menggunakan
berbagai kaedah megajar klien seperti menggunakan pamlet, buku, perakam kaset,
filem, projektor, komputer danlainnya. Untuk menunjukkan pemikiran tidak rasional
klien yang mengganggu kehidupannya. Ellis merasakan teknik seperti kartarsis,
analisis mimpi, perkaitan bebas, interpretasi penentangan dan analisis transferen
berjaya membantu klien mengenali pemikirannya yang tidak rasional tetap
mengambil masa yang lama.

Selepas itu kaunselor RET mula memainkan peranan yang aktif dari segi
mengajar semula klien. Kaunselor menunjukkan punca ketidak rasionalan pemikiran
yang menjadi gangguan hidupnya. Klien ditunjukkan ayat-ayat yang tidak rasional
dan tidak logik yang selama ini telah dihayati oleh klien. Kaunselor akan cuba
membuangkan idea-idea ini dari pemikiran klien, menunjukkan bagaimana berfikir
semula.
Ellis juga menekankan penggunaan tugasan kerja rumah yang diberi oleh
kaunselor. Kerja rumah ini termasuk memberi kerja untuk dicuba oleh klien di luar
sesi, menggalakkan klien mengambil risiko atau membiarkan klien merasa gagal
semasa mencuba sesuatu tingkahlaku.

Kerja rumah juga termasuk melakukan kerja-kerja kognitif seperti membaca


bahan khusus seperti borang menolong sendiri untuk menganalisis konsep ABC dan
bekerja kearah mempertikaikan pemikiran yang tidak rasional. Hasilnya klien
diharapkan dapat mengantikan falsafah yang tidak rasional kepada yang rasional
dan logik. Tambahan itu kaunselor mengarah klien kepada idea-idea utama yang
tidak rasional yang telah menjadi budaya pemikiran masyarakat dan memberikan
idaea yang rasional serta menewrkan perlindungan kepada gangguan pada masa
akan datang.

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 47

KELEBIHAN & KELEMAHAN TEORI


Teori Rasional Emotif bermatlamat untuk mengajar klien berfikir dan
bertingkahlaku secara rasional. Walau bagaimanapun, mereka bebas untuk memilih
antara tingkah laku negatif dan tingkah laku positif. Dengan kata lain mereka diajar
untuk bertanggungjawab atas pemikiran masing-masing dan konsekuen tingkah laku
yang berikutan. Secara amnya, dapat dilihat pendekatan ini cepat sampai kepada
masalah yang dihadapi oleh klien. Oleh itu, penyelesaian masalah juga dapat
dilakukan dengan segera. Kaedah pemikiran logik yang diajarkan kepada klien dapat
digunakan dalam menghadapi gejala yang lain dan kebiasaannya klien akan
merasakan diri mereka mempunyai keupayaan intelektual dan kemajuan dari cara
berfikir. Hal ini kerana melalui Teori Rasional Emotif klien diajar untuk menerima diri
sendiri. Khayalan rasional emotif melatih klien untuk berfikir, berasa dan bertindak
sama seperti dalam realiti kehidupan masing-masing.
Walaupun Teori Rasional Emotif mempunyai banyak kekuatan, ia juga tetap
memiliki kelemahan yang tersendiri. Antaranya teori ini kurang sesuai bagi klien
yang tidak mampu melibatkan diri dalam proses kognitif seperti mereka yang
mengalami kerencatan akal, kecederaan otak, psikosis atau mania. Walau
bagaimanapun terdapat klien yang boleh ditolong melalui analisa logik dan falsafah,
biarpun terdapat juga klien yang tidak begitu sesuai untuk dibantu dengan kaedah
yang sedemikian yang berasaskan kepada logik kerana aras kognitif mereka yang
rendah. Seperti sesetengah kes pula, terdapat setengah klien yang begitu terpisah
dari realiti sehingga usaha untuk membawanya ke alam nyata sukar sekali untuk
dicapai. Klien juga ada yang terlalu berprasangka terhadap logik, sehingga sukar
untuk mereka menerima analisa logik dengan baik. Berbeza pula dengan setengah
klien yang memang suka mengalami gangguan emosi dan bergantung kepadanya di
dalam hidupnya, dan tidak mahu membuat apa-apa perubahan lagi dalam hidup
mereka.

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 48

Bimbingan dan kaunseling merupakan satu kaedah atau pendekatan yang


digunakan untuk membimbing murid-murid dalam mendapatkan panduan atau jalan
penyelesaian yang baik seandainya menghadapi masalah. Namun demikian, tidak
semua sekolah rendah di negara ini disediakan dengan khidmat guru kaunseling.
Apa pun bimbingan dalam pendidikan adalah sangat perlu diberi perhatian oleh
semua pihak disesebuah sekolah sama ada pihak pentadbir,guru kaunseling serta
guru biasa juga turut memainkan peranannya jua.
Bimbingan membawa erti memberi panduan atau nasihat kepada seseorang. Dalam
konteks pendidikan bimbingan ini merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang
diberikan dengan betul kepada murid-murid. Kaunseling pula, merupakan satu
proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya.
Kaunseling sebenarnya bukan sahaja bertujuan menolong klien menyrsuaikan diri
dengan keadaan alam social di sekolah, tetapi turut menolong memahami kelebihan
dan kelemahannya, potensi serta keupayaannya.
Kesimpulannya, di peringkat sekolah bimbingan dan kaunseling ini merupakan
proses pertemuan secara bersemuka di antara guru bimbingan yang memainkan
peranan sebagai guru kaunselor. Murid pula, dipanggil atai di istilahkna sebagai klien
atau orang yang menghadapi masalah peribadi contohnya masalah dalam bidang
akademik dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku yang baik kepada murid
tersebut. Perubahan ini juga seterusnya membawa kepada penyelesaian masalah
yang dihadapinya.

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 49

JENIS-JENIS TERAPI DALAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Menurut Patterson dan Eisenberg (1983) menyatakan bahawa kaunseling sebagai
satu proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan
kliennya yang akhirnya membawa perubahan kepada klien tersebut. Setiap individu
mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk memperkembangkan diri mereka.
Berdasarkan kepercayaan ini maka terapi dalam bimbingan dan kaunseling
diwujudkan untuk meneroka perkembangan tersebut. Terapi dalam bimbingan dan
kaunseling bagi sistem sekolah berdasarkan ciri-ciri seperti ia merupakan satu
proses yang berterusan, bersifat pendidikan, berdasarkan tingkah laku dan konsep
kendiri serta peranan klien yang mempunyai hak untuk memilih. Fokus utamanya
berdasarkan prinsip-prinsip berikut iaitu :

Harga diri individu adalah paling mutlak ;


Setiap individu adalah unik;
Sikap dan persepsi kendiri individu ialah asas dimana seorang individu bertindak;
Individu-individu bekerja untuk meningkatkan konsep kendiri mereka;
Individu-individu mempunyai kebolehan dalaman untuk belajar dan boleh dibantu
untuk membuat keputusan ke arah proses arah kendiri agar serasi dengan
persekitaran mereka.
Individu-individu memerlukan proses bantuan bimbingan daripada peringkat
perkembangan kanak-kanak kepada peringkat dewasa.
Harga diri individu adalah paling mutlak. Ini kerana, harga diri seseorang adalah
sesuatu yang perlu dijaga dan dihormati. Murid perlu dilatih untuk menghargai diri
mereka. Hal ini kerana, setiap individu adalah yang unik. Individu itu dikatakan unik
dari segi baka, bakat, minat serta kebolehan yang ada. Sikap dan persepsi kendiri
individu ialah asas dimana seorang individu itu bertindak. Ini disebabakan oleh sikap
seseorang mampu mendorong mereka melahirkan pandangan yang mungkin tidak
sama dengan orang lain. Pandangan itu lahir mungkin disebabkan oleh persepsinya
dalam berhadapan dengan masalah. Contohnya seorang murid menghadapi
masalah ponteng kelas. Murid ini berpandangan masuk kelas merupakan satu
keaadaan yang membosankan. Maka sikap serta persepsi yang tertanam di dalam
pemikirannya itu telah membawa murid tersebut ke arah satu tindakan demikian.
Dengan itu, sikap serta persepsi secara tidak langsung adalah asas kepada tindakan
yang dibuatnya.

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 50

Individu mempunyai kebolehan dalaman untuk belajar dan bolh dibantu untuk
membuat keputusan kea rah kendiri yang baik. Hal ini kerana setiap individu pada
dasarnya mempunyai satu tingkahlaku yang baik dan unik yang boleh dibimbing,
dibentuk atau digilap dengan pendekatan dan cara yang betul. Keupayaan
membimbing murid-murid ini dengan gaya yang betul akan membuatkan mereka
lebih serasi dengan persekitaran disekolah pada amnya.
Dalam pada itu juga, setiap individu memerlukan proses bantuan bimbingan
daripada peringkat perkembangan kanak-kanak kepada peringkat dewasa. Ini
kerana, dalam membentuk satu tingkahlaku yang baik dikalangan kanak-kanak iaitu
murid sekolah mereka ini perlu diberi pendedahan berkaitan dengan tingkahlaku
yang baik. Ini bertujuan supaya mereka dapat membanding beza di antara sikap
yang positif dan negatif dalam kehidupan seharian. Pendedahan kepada masalah
tingkahlaku juga secara tidak langsung membimbing mereka apabila dewasa kelak
telah mampu mendisiplinkan diri dengan sikap yang baik ynag disenangi oleh semua
orang.
Setiap individu mungkin memerlukan maklumat dan bantuan kendiri daripada
seorang kaunselor yang cekap dan professional maka menjadi tugas seorang ahli
kaunselor untuk menolong individu terbabit untuk menjadi manusia yang seimbang
dan mencapai potensi mereka. Kesimpulannya, bimbingan dan kaunseling
membolehkan seseorang individu mencapai potensinya dengan sepenuhnya. Jika
dibimbing dengan baik maka setiap individu dapat mencapai potensi dirinya secara
optimum. Untuk mencapai tujuan tersebut maka terapi dalam bimbingan kaunseling
diwujudkan melalui jenis- jenis terapi berikut iaitu :

1.
2.
3.
4.

Terapi Perkembangan
Terapi Pencegahan
Terapi Pencegahan
Terapi Intervensi Krisis

1) Terapi Perkembangan
Tujuan utama terapi ini diadakan ialah untuk membantu dan membimbing muridmurid untuk mencapai kejayaan dalam sistem sekolah. Oleh itu satu program telah
dirangka untuk mencapai tahap perkembangan potensi individu secara menyeluruh.
Antara kemahiran-kemahiran yang boleh dicapai melalui program terapi ini ialah
melalui mod pengajaran bilik darjah,kaedah bimbingan secara kumpulan dan
EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 51

program atau projek sekolah seperti hari kerjaya,kursus motivasi serta seminarseminar untuk mencapai kecemerlangan akademik. Hasil daripada kemahiran yang
telah dicapai boleh dilihat melalui tiga bidang iaitu perkembangan kendiri/sosial,
perkembangan pendidikan dan perkembangan kerjaya murid-murid.
Bimbingan terapi perkembangan ini merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang berusaha
untuk memotivasikan individu supaya dapat membentuk personality dan konsep
kendiri yang positif. Tujuannya adalah untuk membawa klien ke arah mencapai
prestasi diri yang lebih baik. Contohnya, guru kaunseling melakukan satu aktiviti
mengedarkan satu borang personaliti bagi untuk kenalpasti potensi diri serta bakat
yang tersembunyi. Borang ini boleh diberi semasa sesi seminar mengenal
personality diri. Secara tidak langsung klien atau murid tertarik untuk mengetahui
ciri-ciri personality yang mereka ada, yang sebelum ini tidak pernah diketahuinya.
Guru bimbingan dan kaunseling boleh menggunakan pelbagai alat penilaian untuk
mengukur pencapaian murid-murid yang terlibat dalam terapi perkembangan.
Antaranya ialah seperti berikut :
Hasil pembelajaran perkembangan yang berintegrasi dan berperingkat;
Penilaian yang berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah;
Resos-resos profesional;dan
Pendidikan pos sekolah menengah dan bahan-bahan dan program-program yang
berkaitan dengan kerjaya.
Hasil pembelajaran perkembangan yang berperingkat. Melalui terapi perkembangan
yang dibuat secara berperingkat ini guru kaunseling dapat melihat perubahan
tingkahlaku yang dialami oleh kliennya itu. Seterusnya penilaian boleh dibuat
berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui
pemerhatian di dalam bilik darjah guru kaunseling boleh bertanyakan guru kelas
berkaitan dengan perkembangan perubahan tingkahlaku murid berkenaan sama ada
baik atau pun sebaliknya. Selain daripada itu, guru kaunseling juga boleh merujuk
kepada resos-resos profesional dengan bantuan teori yang bersesuaian.

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 52

2) Terapi Pencegahan
Tujuan utama bimbingan terapi pencegahan ialah untuk mencegah murid-murid
daripada menghadapi masalah penyesuaian. Bimbingan atau terapi pencegahan ini
juga merujuk kepada penggunaan pendekatan untuk mencegah atau menyekat
kemungkinan berlakunya aktiviti yang tidak diingini. Contohnya seperti aktiviti
penyalahgunaan dadah, AIDS, kelakuan tidak bermoran dan sebagainya. Oleh itu
kaunselor bimbingan akan melibatkan diri dalam satu program bimbingan dan
kerjaya pencegahan komprehensif dengan menggunakan strategi strategi berikut :
1. Intervensi awal; dan
2. Memberikan respon dengan serta-merta kepada murid-murid yang sedang
menghadapi masalah atau krisis yang mengganggu pembelajaran mereka.
Intervensi awal atau lebih dikenali sebagai pemulihan awal. Bak kata pepatah cegah
sebelum merebak. Guru kaunseling boleh mengadakan sesi kaunseling untuk
mencegah masalah yang dihadapi oleh murid. Sebagai contoh segalanya bermula
dengan proses pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah.
Melalui cara ini guru kelas dapat mengenalpasti sebarang masalah yang dihadapi
oleh murid di dalam kelas. Hanya guru kelas merupakan orang yang paling hamper
dengan muridnya ketika berada di dalam kelas. Seandainya masalah sudah dapt
dikenalpasti dengan cepat maka dengan itu intervensi awal boleh dilaksanakan.
Secara tidak langsung juga dapat meberi satu respon dengan serta- merta kepada
murid yang menghadapi masalah atau krisis diri.
Bagi mencapai matlamat tersebut, kaunselor juga menggunakan strategi-strategi
seperti menyediakan maklumat lengkap mengenai masalah-masalah yang dihadapi
klien, bimbingan dan kaunseling individu dan kumpulan, konsultasi dengan guruguru lain dan ibu bapa serta merekodmendasikan masalah klien kepada pakar-pakar
lain dan ibu bapa. Alat penilaian yang digunakan oleh kaunselor dalam terapi
pencegahan ialah penilaian individu, aktiviti sokongan pembelajaran yang
dikordinasikan oleh murid-murid dan perancangan sistematik dari sekolah rendah ke
sekolah menengah. Bagi murid-murid yang menghadapi masalah akademik dan
penyesuaian yang serius maka kaunselor perlu menggunakan terapi pemulihan
untuk membantu mereka.

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 53

3) Terapi Pemulihan
Terapi bimbingan pemulihan ialah satu integrasi strategi bimbingan dan kaunseling
dengan aktiviti bilik darjah. Tujuan utama adalah menggunakan teknik-teknik
bimbingan dan kaunseling untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah
dalam proses pendidikan. Selain itu, untuk mengurangkan masalah pendidikan
antara murid-murid dan sekolah. Bimbingan penyediaan kemudahan juga boleh
diketengahkan dengan merujuk kepada kes-kes penempatan dalam bidang kerjaya,
penyelesaian masalah kemudahan yang berkaitan dengan bidang kurikulum dan
kokurikulum.
Di antara beberapa aktiviti sokongan pendidikan oleh ahli-ahli kaunselor dalam
proses terapi pemulihan ialah merancang aktiviti-aktiviti kelab, menstrukturkan
rancangan pengajaran untuk meningkatkan pencapaian murid dan pengajaran
pemulihan yang biasanya dijalankan sama ada masa sistem persekolahan ataupun
di luar masa persekolahan.

Pengajaran pemulihan biasa digunakan dalam terapi bimbingan ini kerana ia


berbeza dari pengajaran biasa. Antara aspek-aspek penting dalam proses terapi
pemulihan ialah :
Membekalkan kemahiran belajar;
Menyiasat dan menyemak kehadiran murid-murid ke sekolah;
Meningkatkan ilmu kendiri;
Membincang kemungkinan untuk pendidikan masa depan;dan
Membincang profesion, kerjaya dan kehidupan bekerja.
Membekalkan kemahiran belajar kepada murid. Contohnya menyatakan kebaikan
serta kelebihan kaedah belajar secara individu ataupun secara berkumpulan. Ini
membantu murid mengetahui kecenderungan mereka untuk mempersiapkan diri
apabila mengahadapi ujian mahupun peperiksaan. Seterusnya menyiasat dan
menyemak kehadiran murid-murid ke sekolah. Dengan berbuat demikian, guru
kaunseling dapat mengenalpasti mana-mana murid yang bermasalah untuk datang
atau hadir ke sekolah.
Meningkatkan ilmu kendiri. Bantuan daripada guru kaunseling untuk membimbing
murid meningkatkan ilmu kendiri yang beraitan dengan diri murid itu sendiri.
Peningkatan ilmu kendiri di kalangan murid membantu mereka menerima baik buruk
tingkahlaku yang telah sedia ada di samping berusaha untuk memupuk satu sikap
yang baik dari semasa ke semasa dengan terapi yang ada.
EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 54

Dalam membimbing murid-murid yang lemah dalam bidang akademik kaunselor


mesti mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan doktor, ibubapa atau pakarpakar pendidikan yang dapat menyumbang kepada penelesaian spesifik yang
dihadapi oleh murid-murid. Sesunggunya kelemahan dan kekurangan ini dapat di
atasi dengan cara yang baik seandainya semua orang di sekeliling bergabung
bersatu hati dan peka dengan perkembangan perubahan tingkalaku anak masingmasing.
4) Terapi Intervensi Krisis
Terapi ini diadakan untuk membantu kaunselor menghadapi serta mengendalikan
situasi-situasi kritikal atau kejadian-kejadian yang berlaku dalam kehidupan klienkliennya. Sebuah krisis didefinisikan sebagai datu situasi atau kejadian di mana
seorang individu rasa tertekan atau mempunyai masalah menyesuaikan diri dalam
sesuatu situasi. Sebuah krisis mungkin disebabkan oleh kejadian seperti kamatian
ahli keluarga,kehilangan pekerjaan atau terputusnya hubungan persahabatan. Pada
masa inilah pelbagai perasaan akan dialami dan respon yang berbeza terhadap
sesuatu krisis.
Bimbingan krisis adalah satu pendekatan bimbingan yang merujuk kepada kes-kes
kritikal. Contohnya adalah seperti bertumbuk dengan tujuan untuk mencederakan
seseorang, percubaan membunuh orang atau diri sendiri, mengalami masalah
mental atau terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Tujuan utama terapi kaunseling krisis ini ialah :

Untuk mengurangkan stres/ketegangan dan kekecewaan di sekolah


Untuk meningkatkan keyakinan mengenai kemahiran dan kebolehan di tempat kerja
Menstabilkan emosi
Meningkatkan produktiviti
Mengurangkan kebimbangan dan tingkah laku yang tidak di ingini.
Mengurangkan dan mengikis sikap dan perasaan negatif
Mengurangkan penderitaan emosi disebabkan krisis
Kebanyakan guru bimbingan dan kaunseling mendapati bahawa murid-murid yang
mengalami krisis mental menunjukkan ciri-ciri seperti tidak boleh menyebut
perkataan dengan tepat, tidak boleh menyusun perkataan untuk membina
ayat,membaca dengan kadar lambat,tidak boleh membaca langsung dan
penumpuan terhadap pengajaran guru yang singkat.
EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 55

Justeru itu para kaunselor telah menyediakan sembilan langkah untuk yang boleh
digunakan dalam terapi intervensi krisis iaitu :
1. Pendidikan
Kaunselor akan memberikan maklumat,aktiviti dan struktur yang akan membantu
individu memulih dan bergerak daripada krisis.
2. Pemerhatian dan Kesedaran
Kaunselor akan meningkatkan pemerhatian dan kesedaran terhadap individu dan
menggalakkan pemulihan melalui pilihan yang diberi kepada individu tersebut.
3. Menggunakan Potensi Individu
Kaunselor akan membimbing murid-murid untuk memahami potensi individu bagi
menghadapi krisis bagi pertumbuhan kendiri serta member peluang kepada mereka
untuk menemui potensi kendiri tertinggi.
4. Memahami Masalah
Kaunselor akan membantu klien-klien untuk memahami cara-cara yang paling
penting dalam menyelesaikan masalah peribadi dengan resos-resos dan kebolehan
yang ada semasa sesuatu krisis berlaku.
5. Mewujudkan Struktur yang Berkaitan
Kaunselor akan membantu individu
menamatkan sesuatu krisis.

menjadi

aktif

dalam

cara-cara

untuk

6. Mencabar Kepercayaan yang Tidak Rasional


Kaunselor akan meyakinkan murid-murid untuk menerima kenyataan bahawa krisis
ialah masa kesedihan dan caramereka respon adalah penting. Murid-murid akan
merasa yakin jika mereka dapat mengatasi masalah.
7. Menghapuskan Tingkah Laku Adiktif
Kaunselor boleh menasihati klien tidak terjebak gejala negatif kerana setengah dari
sesuatu krisis adalah hasil daripada (adiksi)
8. Mencipta Penggantungan Sementara
Kaunselor boleh membimbing individu-individu untuk membina hubungan ringkas
yang sementara kerana penggantungan sihat ini boleh menolong mereka berkongsi
kesedihan dan kesakitan mereka.
EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 56

9. Menghadapi Ketakutan dan Kesakitan Emosi


Kaunselor akan mengingatkan klien bahawa menghadapi kesakitan emosi adalah
respon yang paling sihat semasa krisis berlaku.

PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING.


Tidak semua sekolah mempunyai guru bimbingan dan kaunseling,maka guru biasa
juga boleh memainkan peranan sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling
bagi menghindari masalah-masalah dalam sistem persekolahan. Ini kerana guru
biasa lebih mengenali murid-murid mereka dalam bilik darjah dengan baik dan dapat
membekalkan maklumat yang berkaitan dengan tingkahlaku murid-murid mereka.
Antara peranan guru biasa sebagai guru bimbingan dan kaunseling ialah meneliti
kedua-dua keperluan intelektual dan psikososial murid-murid, memahami
pencapaian akademik murid-murid yang rendah berkait dengan konsep kendiri yang
rendah, bekerja dengan kumpulan klien spesifik dan mengendalikan sesi-sesi
konsultasi dengan ibu bapa serta mengendalikan penyelidikan dalam sekolah untuk
menyediakan keperluan dan profil murid-murid. Guru biasa juga perlu dibekalkan
dengan ilmu dan kemhiran-kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling seupaya
mereka dapat membantu murid-murid yang menghadapi masalah vandalism atau
mereka yang tidak dapat menumpukan perhatian dalam bilik darjah.
Dalam proses bimbingan dan kaunseling, guru-guru biasa perlu menjalankan
prosedur tertentu untuk membimbing murid iaitu :
1. Mengenalpasti murid-murid yang bermasalah atau menunjukkan kendiri yang
rendah
2. Mengumpul data-data mengenai murid-murid yang bermasalah yang berkait
dengan kebolehan dan pengalaman lampau
3. Memberikan sesi kaunseling kepada murid-murid tersebut sama ada secara
individu atau berkumpulan.
Selain itu, guru biasa juga perlu menggunakan strategi bimbingan dan kaunseling
untuk memberi bimbingan dan kaunseling kepada murid iaitu membantu muridmurid mengenali kekuatan mereka dan menjadi lebih terbuka serta berkeyakinan,
EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 57

membantu murid-murid lebih jelas mengenai diri mereka sebagai seorang individu,
membantu murid-murid lebih kuat dan yakin, membantu murid-murid mengatasi isuisu seperti stres,buli,kebimbangan menghadapi peperiksaan, persahabatan,
masalah keluarga dan sebagainya serta membantu murid-murid memilih mata
pelajaran yang ingin mereka belajar.
Kesimpulannya, peranan guru biasa sebagai guru pembimbing ini ialah berusaha
untuk menolong murid membuat penyesuaian dalam peribadi, sosial, emosi,
akademik, perkembangan mental dan akhlak. Selain itu, menolong murid
menyediakan perancangan persekolahan bersesuaian dengan kebolehan, minat,
dan perkembangan masing-masing. Guru ini juga turut memberi kesedaran kepada
murid di peringkat awal lagi tentang kepentingan pelajaran di dalam kehidupan untuk
menjadi seorang insan yang berjaya dalam kehidupan. Bahkan bukan itu sahaja,
menolong murid dalam proses menyelesaikan masalah pembelajaran di samping
membimbing membuat keputusan yang rasional. Akhirnya guru biasa juga menolong
murid dalam membentuk tabiat yang baik, menghargai diri di samping berusaha
untuk bekerjasama dengan ibu bapa dalam mengawasi perkembangan murid dari
semasa ke semasa.

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 58

MEREKAYASA PERKHIDMATAN
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
LATAR BELAKANG

Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal


insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia,
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju
2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis
dan

kreatif,

berkemahiran

menyelesaikan

masalah,

berkeupayaan

mencipta

peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan


dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.

Mengimbau sejarah perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B & K) di Malaysia,


ianya telah bermula sejak tahun 1939. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ketika
itu dikenali sebagai EDUCATION DEPARTMENT OF THE STRAITS SETTLEMENTS
AND THE FEDERATED MALAY STATES telah menerbitkan sebuah buku panduan
kerjaya untuk murid sekolah yang berjudul A Guide to Careers in Malaya for Parents,
Teachers and Pupils. Langkah penerbitan buku berkenaan diambil sebagai meniru
sistem pendidikan di Amerika Syarikat yang mewujudkan unit bimbingan dan
kaunseling kerjaya di sekolah.

Kemudian

pada

tahun

1966,

KPM

melalui

Bahagian

Sekolah-Sekolah

menerbitkan pula buku yang berjudul SCHOOL GUIDANCE SERVICES. Buku tersebut
telah dibiayai oleh Unesco dan telah ditulis oleh pakar bimbingan dan kaunseling
kerjaya bernama

RK McKenzie daripada Kanada. Beliau

dibantu oleh 11 orang

pegawai Hal Ehwal Murid daripada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) seluruh negara
untuk menulisnya.

Sejak itu, perkhidmatan B & K di sekolah telah diberi pengiktirafan oleh KPM di
mana sebagai contoh pada awal tahun 1960an hingga tahun 1980an, daripada tidak
mempunyai bilik khas B & K telah dipastikan perkhidmatan ini ada mempunyai bilik
EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 59

khas untuk menjalankan perkhidmatan tersebut di sekolah pada tahun 1996.


Sebelum tahun 1996, tidak ada perjawatan sepenuh masa guru bimbingan dan
kaunseling, namun bermula pada tahun 1996, kerajaan telah bersetuju meluluskan
perjawatan tersebut secara sepenuh masa.

Dalam hal ini, semua guru B & K mesti memahami bahawa perkhidmatannya
adalah secara over and above di sekolah. Kuota guru B & K di sekolah tidak sama
dengan guru mata pelajaran akademik. Enrolment kelayakan untuk setiap sekolah
adalah bagi sekolah menengah, 500 orang murid nisbah seorang guru dan bagi
sekolah rendah, 350 orang murid bagi seorang guru. Perkhidmatan guru B & K
secara sepenuh masa

membawa maksud guru B & K

(sekolah rendah dan

menengah) memberikan perkhidmatan sepenuh masa dengan waktu bertugas


mengikut waktu persekolahan sama seperti guru mata pelajaran biasa.

Kesemua

yang

dilakukan

seperti

yang

disebutkan

tadi

adalah

kerana

kepercayaan dan keyakinan KPM bahawa perkhidmatan ini akan benar-benar dapat
membantu usaha-usaha membangunkan sahsiah dan disiplin murid di peringkat
sekolah.

Jemaah

Menteri

pula

pada

tahun

2001

semasa

menimbangkan

memorandum bagi mewujudkan jawatan guru kaunseling sepenuh masa juga


menekankan bahawa aspek pembangunan sahsiah dan disiplin murid perlu diberi
penekanan dan keutamaan dengan wujudnya jawatan ini.

Setelah hampir lima belas tahun perkhidmatan tersebut diberi peranan secara
sepenuh masa, apakah perkhidmatan tersebut telah mencapai objektifnya. Harapan
yang telah diamanahkan kepada guru-guru B & K, apakah telah dapat ditunaikan
dengan jayanya? Kesemua persoalan ini perlu kita analisa secara konstruktif dan
mendalam.

Sekiranya

harapan

tersebut

belum

mencapai

kejayaan

seperti

diharapkan, maka kita perlu melakukan perubahan yang dikira drastik bagi
memulihkan kepercayaan stake holder KPM terhadap perkhidmatan ini.

Hari ini, isu yang melibatkan disiplin murid secara keseluruhannya masih belum
dapat diatasi sepenuhnya. Sungguh pun data yang dikumpul oleh KPM masih
EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 60

dikatakan boleh dikawal, di mana dalam tempoh 5 tahun (2007 hingga 2011)
menunjukkan ianya berada

pada kadar purata 2.07%, namun dari segi jumlah

yang terlibat masih besar.

Sebagai contoh, pada tahun 2011 sahaja, kes-kes melibatkan disiplin murid adalah
berjumlah seramai 110218 atau 2.05%. Kes-kes ini termasuklah kes-kes yang berat
seperti memukul, bergaduh, ponteng sekolah serta kes-kes disiplin yang ringan
seperti kekemasan diri.

Hal ini menunjukkan bahawa sekitar 2 hingga 3 peratus

bilangan murid yang masih perlu diberi perhatian sewajarnya. Daripada jumlah
tersebut, seramai

72,873 (66.1%) orang

adalah

melibatkan

murid

sekolah

menengah dan seramai 37,345 (33.9%) orang adalah murid sekolah rendah.

Berdasarkan maklumat tersebut, KPM masih berhadapan dengan isu yang


melibatkan sahsiah dan disiplin murid.

Ternyata bahawa KPM perlu membuat

perubahan terhadap perkhidmatan ini. Ditambah pula isu yang sedang dihadapi
sekarang bertambah kompleks kerana latar belakang puncanya yang pelbagai.

Generasi anak muda kita hari ini yang dikenali sebagai generasi Y, mereka ini
celik IT. Perhubungan dalam kalangan mereka berasaskan twitter, facebook, sms
dan daya imaginasi pahlawan mereka berimejkan robot.

Istilah Robocop,

Transformers dan The X-Men menyaksikan zaman ini, manusia dilihat hebat kerana
menggunakan kecanggihan sains, teknologi dan telekomunikasi yang global.

Sungguh pun hukuman dan penguatkuasaan merupakan sebahagian daripada


usaha membendung permasalahan ini, namun ia juga terbukti dewasa kini kurang
berkesan sepenuhnya. Anak-anak kita hari ini telah semakin terbuka dan
mengetahui hak-hak mereka. Hukuman secara tradisional telah mula dipertikaikan
dan ironinya disokong pula oleh ibu bapa mereka. Lagi pun hukuman sahaja tanpa
diikuti dengan langkah-langkah berkesan dalam usaha intervensi terhadap salah
laku tersebut tidak akan membawa apa-apa makna kepada pembangunan sahsiah
yang disebutkan tadi.

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 61

Hari ini, disebabkan isu-isu yang disebutkan tadi masih berterusan, maka
kewajaran perkhidmatan B & K secara sepenuh masa di sekolah telah mula
dipertikaikan. Hal ini disebabkan perkhidmatan ini yang sepatutnya memberi fokus
kepada membangunkan sahsiah dan disiplin murid telah kurang diberi perhatian.
Guru-guru B & K pula sering diberi persepsi yang negatif, misalnya sering
menjalankan tugas di luar sekolah. Tanggung jawab memberikan perkhidmatan
kaunseling

dalam

membendung

isu

tersebut

juga

telah

mula

kedengaran

dipertikaikan keberkesannya.

Kesemua ini menuntut agar KPM melaksanakan perubahan bukan sahaja dari segi
konsep pelaksanaan perkhidmatan ini tetapi juga dari segi fokus operasinya agar
dapat

direkayasa

semula

dalam

membendung

permasalahan

yang

disebutkan tadi.

Dalam hal ini, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) telah meminta
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), KPM untuk mengambil langkah
berkesan dalam usaha merekayasa Perkhidmatan B & K di sekolah. KPPM telah
meminta agar perkhidmatan ini memberi fokus sepenuhnya kepada usaha
pembangunan sahsiah serta membendung permasalahan disiplin dalam
kalangan murid di sekolah. Hal ini disebabkan guru B & K merupakan guru yang
telah dilepaskan daripada tanggungjawab dalam P&P dan mereka diharap boleh
memberi tumpuan sepenuhnya bagi menangani permasalahan tersebut.

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 62

REFLEKSI INDUVIDU
NAMA

ATHIRAH BINTI ZAHARI

NO. K/PENGENALAN

910520-12-7148

Pada semester ketujuh ini, saya telah ditugaskan untuk menyiapkan tugasan
Kerja Kursus Pendek yang melibatkan mata pelajaran Bimbingan dan Kaunseling
Kanak-Kanak (EDU 3073). Tugasan ini mengenai jenis-jenis kemahiran asas
kaunseling serta kepentingannya dalam membantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Seterusnya, menyediakan satu penulisan kritis tentang penggunaan
kemahiran-kemahiran ini dalam proses. Tugasan ini telah dilaksanakan sepanjang
menjalani praktikum fasa III di Sekolah Kebangsaan Seri Binjai.

Semasa proses melaksanakan tugasan ini, saya telah mempertimbangkan


cara perlaksanaan tugasan dengan membahagikan tugas agar menjadi lebih mudah.
Saya juga berpeluang mendapatkan komen dan tindakan spontan daripada pelajar
dan guru mengenai hasil pengumpulan data yang telah saya lakukan. Saya banyak
mendapatkan cadangan dan panduan-panduan asas bimbingan dan kaunseling
daripada guru kaunseling iaitu Encik Asmad. Beliau tidak lokek untuk berkongsi ilmu
dengan saya.

Manakala refleksi selepas melakukan tugasan ini, saya dapati ada perubahan
pada diri saya terutamanya pada sikap iaitu dapat membina sikap positif dalam
keperluan untuk menjadi guru yang beretika, beradab, berilmu dan berakhlak. Saya
dapat

meningkatkan

pengetahuan

dalam

topik

kemahiran-kemahiran

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

asas

Page 63

kaunseling dan kaunseling kanak-kanak terutamanya. Saya telah menunjukkan


komitmen yang tinggi dalam melaksanakan kerja kursus ini dengan berkolaborasi
dengan pensyarah, guru dan turut berkesempatan berbincang dengan rakan-rakan
lain. Seterusya, saya dapat menjalinkan hubungan yang baik antara pensyarah, guru
kaunseling, guru-guru,

rakan-rakan dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri

Binjai
Bercakap mengenai perasaan terhadap pelaksanaan tugasan ini, saya ingin
berkongsi bersama yang mana saya berasa sangat bangga kerana berjaya
menyiapkan tugasan ini mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Selain itu
saya

turut

berasa

gembira

kerana

berpeluang

mengambil

pengalaman

melaksanakan dan mengendalikan sesi kaunseling bersama murid dengan sendiri.


Pengalaman semasa melaksanakannya banyak membantu saya untuk menjadi guru
yang lebih baik contohnya dari aspek pengawalan kelas. Selain itu saya turut berasa
terharu dengan keprihatinan yang telah diberikan oleh guru kaunseling, Encik Asmad
yang tidak pernah jemu membetulkan kesalahan yang telah saya lakukan dan tidak
kedekut dalam berkongsikan ilmu dan pendapat beliau. Juga kepada pensyarah
pembimbing iaitu Encik Khairil yang banyak membantu menambahkan idea-idea
bernas dalam menyiapkan tugasan ini.

Walaupun begitu terdapat juga beberapa kelemahan yang telah saya kenal
pasti semasa melaksanakan tugasan ini. Antaranya, saya kurang mencari maklumat
dan info-info yang berkaitan daripada buku-buku rujukan. Saya banyak merujuk
nota-nota internet dan pendapat serta panduan daripada guru-guru di sekolah. Saya
akui wujudnya masalah ini disebabkan kekangan masa menjalani praktikum.
Seterusnya saya akan memperbaiki kelemahan ini dan berusaha untuk tidak
mengulanginya lagi.

Apakah pengajaran yang telah diperoleh hasil daripada tugasan ini? Hasil
keseluruhan daripada tugasan ini saya dapat menguasai beberapa sikap sebagai
seorang guru yang reflektif antaranya seperti berfikiran terbuka. Ini dapat dilihat
apabila saya mendapat komen dan kritikan terhadap soalan yang dihasilkan. Saya
telah beranggapan bahawa komen ini adalah nasihat yang berguna daripada orang

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 64

yang lebih berpengalaman. Selain itu, saya dapat meningkatkan kesungguhan


semasa pelaksanaan ini. Saya berusaha mencari jalan penyelesaian bagi setiap
masalah yang terjadi seperti mendapatkan nasihat daripada guru dan pensyarah
pembimbing dan membuat rujukan daripada buku-buku dan hasil pembelajaran
dalam kelas. Akhirnya, saya akui bersedia untuk melihat sesuatu masalah daripada
pelbagai perspektif dengan penuh kesungguhan dan tanggungjawab.

Setelah berusaha menyiapkan tugasan yang diberikan ini, dapat saya


rumuskan bahawa seseorang guru yang bertindak sebagai kaunselor yang ingin
memberikan

perkhidmatan

kaunseling

yang

baik

perlu

menguasai

serta

menggaplikasikan beberapa kemahiran-kemahiran asas kaunseling. Kecekapan


menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika berhadapan dengan
klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan psikologi.
Secara umumnya, untuk menjadi seorang kaunselor yang berjaya adalah
tidak mudah kerana ia memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Kaunselor
harus memahami segala kemahiran yang dipelajari dan tahu mengaplikasikan ke
atas klien pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai.
Intihanya, kerja kursus pendek ini dapat membantu saya dalam meperolehi
pelbagai input atau informasi tentang proses pembelajaran seseorang kanak-kanak
dan kemahiran-kemahiran yang berkesan dalam menguasai kemahiran bimbingan
dan kaunseling. Hal ini penting kepada saya kerana saya akan ditempatkan di
sekolah pada suatu hari nanti. Maka, dengan input-input ini saya akan
mengaplikasikannya ke dalam suasana pembelajaran yang saya wujudkan kelak.
Melalui kerja kursus ini juga, saya dapat meningkatkan tingkah laku dan nilai-nilai
etika keguruan yang positif kelak.

Sekian.

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 65

BIBLIOGRAFI
Strategi Pendekatan Penyayang dalam Pendidikan, Haji Mahyuddin bin
Ashaari.
http://i-epistemology.net/attachments/1133_jp-v9n3-%20Strategi
%20Pendekatan%20Penyayang%20Dalam%20Pendidikan%20%20Mahyuddin%20Ashaari.pdf. Dilayari pada 11 Februari 2013.
Peranan Ibu Bapa dalam Menangani Masalah Sosial Remaja, Sapora Sipon.
http://ddms.usim.edu.my/bitstream/handle/123456789/2729/Peranan%20Ibu
%20Bapa%20Dalam%20Menangani%20Masalah%20Sosial%20Remaja.pdf?
sequence=1. Dilayari pada 14 Februari 2013.
Lima

Peranan

Guru

Sebagai

Pembimbing

di

Bilik

Darjah.

http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/lima-peranan-guru-sebagaipembimbing-di.html. Dilayari pada 14 Februari 2013.


Mook Soon Sang. (2010). Bimbingan & Kaunseling Kanak-kanak. Selangor :
Siri Pengajian Profesional.

EDU 3073 BIMBINGAAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Page 66

S-ar putea să vă placă și