Sunteți pe pagina 1din 9

1.

Lakaran Grafik dan rumusan teori


(a) Teori Pembelajaran Pembentukan Kebiasaan (Bloomfield)

Dikenali juga dengan aliran ‘taxonomic’ atau


‘bloomfeildian’
Muncul akibat bertentangan dengan aliran tradisional

tentangan utama ialah dasar nosional yang digunakan oleh


aliran tradisional untuk membentuk kategori-kategori tatabahasa
dan anggapan bahawa semua bahasa mempunyai kategori
universal.

Bahasa ialah satu tingkah laku manusia yang sama dengan tingkah
laku manusia yang lain.
Bahasa dilahirkan akibat gerak balas daripada rangsangan.
Aliran ini berpendapat bahawa pengukuhan dalam pengajaran dan
pembelajaran sangat penting iaitu dengan memberi ganjaran kepada
kanak-kanak apabila mereka memberikan gerak balas yang betul.

Rumusan
 Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan sehingga ia membentuk satu
kebiasaan atau tabiat. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar
dianggap kegagalan mereka membantuk biasaan yang betul atau tepat.

1
 Bahasa dianggap sebagai alat komunikasi yang terhasil apabila adanya
rangsangan dan gerak balas. Aspek lisan, iaitu percakapan dan pertuturan amat
dipentingkan.
 Kebiasaan berbahasa dapat diperolehi melalui latih-tubi diikuti dengan
pengukuhan dan ganjaran. Ganjaran dapat menwujudkan pengulangan dan
menggalakkan pelajar memberi gerak balas yang betul.
 Bahasa dihuraikan secara deskriptif atau struktural. Ia dihuraikan mengikut
peringkat-peringkat tertentu seperti fonetik atau fonologi, morfologi dan sintaksis.

2
(b) Teori Kod-kognitif (Piaget)

Teori Kod-kognitif
teori ini menekankan fungsi otak/fikiran dalam proses pembelajaran
kanak-kanak sejak dilahirkan dibekalkan dengan satu alat dalam otak
yang membolehkan mereka memahami bahasa yang didengar.
terdapat empat faktor yang membezakan penguasaan bahasa kanak-
kanak.

Peringkat deria motor (sejak lahir hingga berumur 2 tahun)


belum mampu menggunakan otaknya
belum menguasai lambang-lambang bahasa untuk memberi
norma atau nilai kepada benda-benda.
menggunakan deria motornya untuk berinteraksi

2) Peringkat olahan ( 2 tahun hingga 6 tahun)


dapat menguasai bahasa dan konsep dengan cepat
menggunakan bahasa untuk pernyataan diri dan berinteraksi
dengan persekitaran.
umur 4-6 tahun sudah dapat bertutur dengan fasih dan
perbendaharaan bahasa mereka seperti orang dewasa

3
3) Peringkat olahan konkrit (6 tahun –12 tahun)
sudah boleh menggunakan pemikiran logik,warna dan
memahami konsep pembalikan.
mula membaca,menulis dan mengira serta suka bertutur/
bertanya
perlu kepada objek dan peristiwa konkrit dalam
menyelesaikan masalah
mereka sudah dapat menerima pendapat orang lain melalui
pengunaan bahasa yang lebih luas

4) Peringkat olahan formal (12 tahun ke atas)


peringkat kognitif kanak-kanak mencapai kemuncak
memahami banyak perkara dan menyelesaikan masalah
secara logik dan abstrak juga dpat menyelesaikan masalah
verbal yang kompleks dan mengkaji perasaan dan pemikiran

Rumusan

 Teori ini lebih menekankan penggunaan akal fikiran dan otak bagi proses

pembelajaran. Dalam teori ini, Piaget memperkenalkan 4 peringkat iaitu

bagaimana otak memberi respon terhadap sesuatu pelajaran. Proses pemikiran

manusia dikatakan berperingkat mengikut tempoh umur dan perkembangan

otak.

4
(c) Teori Pembelajaran Interaksionalis (Halliday)

kanak-kanak perlu didedahkan


kepada interaksi linguistik

kanak-kanak menguasai bahasa kerana


keperluan untuk beinteraksi dalam
situasi sosial dan persekitaran untuk
memenuhi keperluan mereka

situasi sosial penting dalam pemerolehan


bahasa kanak-kanak dan interaksi sosial
pula penting untuk membentuk kanak-
kanak menguasai peraturan-peraturan
bahasa.

Rumusan

 pembelajaran merupakan proses mental dan linguistik. Kebolehan menggunakan

struktur bahasa yang betul dalam aspek tatabahasa dan makna diutamakan

untuk membolehkan kanak-kanak berinteraksi. Guru perlu menyediakn situasi

dan bahan pengajaran yang bermakna dan berkesan.

 struktur bahasa akan dikuasai dengan berkesan jika pelajar menjalankan aktiviti

dengan berkesan dan berkaitan dengan kehidupan sehari-hari.

 teori ini menekankan komunikasi lisan berasaskan pendekatan komunikatif.

5
(d) Teori Pembelajaran Fungsionalis (Halliday)

i. Model bahasa yang sesuai


 Mendapat interpretasi fungsional kepada
perkembangan bahasa awal kanak-kanak.
 Membantu menguasai fungsi bahasa

Teori Fungsionalis
ii. Asas fungsi bahasa
 Bahasa berkeupayaan
 Fungsi perkembangan bahasa kanak-kanak
menyampaikan maklumat
dalam menguasai pengajaran dan
tentang penuturnya.
pembelajaran bahasa daripada penjaga
(individu yang paling dekat) sebagai model
komunikasi.

iii. Bahasa dalam persepsi sosial


 Pada peringkat awal – memindahkan budaya
dari 1 generasi ke generasi yang lain melalui
beberapa jenis konteks social seperti interaksi
ibu dan anak.

iv. Fungsi semantik dan linguistik


 Pengajaran bahasa: memberi pengetahuan
tentang prinsip struktur bahasa.
 Merangkumi bidang tatabahasa seperti
fonologi, morfologi, sintaksis, semantic dan
laras bahasa.

6
Rumusan

 Bahasa dikatakan sebagai satu fungsi kerana bahasa merupakan alat

komunikasi yang menghubungkan individu antara satu sama lain. Ianya boleh

menyampaikan maklumat yang dapat memberi faedah kepada penuturnya.

 Dalam pembelajaran, bahasa dikatakan dapat memberi pengetahuan tentang

penggunaan tatabahasa yang betul sama ada dalam pertuturan mahupun dalam

penulisan. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan penggunaan bahasa yang

betul agar mereka dapat mengaplikasikannya dalam pertuturan seharian.

7
2. Perbandingan dan Perbezaan Teori-teori Pembelajaran Bahasa

Teori-teori Pembelajaran
Pembentukan Kod-kognitif (Piaget) Interaksionalis Fungsionalis
Kebiasaan (Halliday) (Halliday)
(Bloomfield)
Bahasa dikuasai melalui Menekankan fungsi Bahasa yang dikuasai Struktur bahasa
proses pengulangan otak/fikiran dalam dijadikan sebagai alat mempunyai unsur
sehingga ia membentuk interaksi dalam situasi dalaman berdasarkan
proses pembelajaran.
satu kebiasaan atau sosial dan persekitaran. fungsi struktur tersebut
tabiat. sebagai alat
berkomunikasi.
Kebiasaan berbahasa Pembelajaran sebagai Kanak-kanak boleh Dua perkara yang
dapat diperolehi melalui satu proses pemikiran menilai tentang diutamakan iaitu:
latih-tubi diikuti dengan dan bukan sekadar penggunaan bahasa a. Fungsi
pengukuhan dan satu pembentukan bukan sahaja sebagai b. Sistem
ganjaran. kebiasaan (mekanikal) alat interaksi malah tatabahasa
sebagai alat untuk
menyampaikan sesuatu
maklumat.
Bahasa dihuraikan Proses pemikiran Boleh membantu Penggunaan variasi
secara deskriptif atau manusia melibatkan kanak-kanak dalam bahasa yang pelbagai
struktural. Ia dihuraikan operasi mental dengan menguasai peraturan- dapat mempertingkat
mengikut peringkat- tujuan untuk peraturan bahasa. tahap kemahiran
peringkat tertentu seperti menghubungkan berbahasa pelajar
fonetik atau fonologi, berbagai-bagai idea,
morfologi dan sintaksis. memahami konsep,
membuat kesimpulan
atau mendapatkan
pengertian baru.

Rujukan

8
Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti.

Kamarudin., Siti Hajar Hj. A.Aziz., dan Arba’ie., (1997). Teori Pembelajaran

http://www.scribd.com/doc/pandanganbloomfield

S-ar putea să vă placă și