Sunteți pe pagina 1din 6

Diskriminasi

Pada zaman kini diskriminasi bukan lagi merupakan perkara baru di dunia. Ia sudah
menjadi amalan yang biasa bagi semua. Diskriminasi dapat didefinasikan sebagai suatu
layanan yang tidak adil dan sangkaan buruk terhadap sesorang individu. Layanan
sedemikian selalunya disebabkan oleh perbezaan kelas, bangsa, ras, agama, dan gender.
Diskriminasi berpunca daripada sifat manusia yang suka membeza-bezakan antara satu
sama lain. Diskriminasi boleh terjadi daripada pelbagai aspek, antaranya oleh institusi,
firma, kerajaan, dan juga orang-perorangan.

Diskriminasi Kerja
Diskriminasi kerja adalah perbuatan kejam dan pengecualian yang berlaku berdasarkan
ras, agama, jenis kelamin, suku, orientasi seksual yang berlaku di tempat kerja.
Diskriminasi terhadap perempuan di alam pekerjaan sampai saat ini masih banyak
dijumpai di kebanyakan perindustrian.

Diskiriminasi Wanita Di Tempat Kerja


Ramai dalam kalangan golongan wanita kini yang terlibat di alam pekerjaan yang
merupakan suatu perkara yang amat membanggakan. Tetapi, apa yang menyedihkan
ialah, mereka terpaksa mengalami pelbagai cabaran serta halangan di dalam bidang
pekerjaan yang diceburi oleh mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa golongan wanita
terpaksa bersaing dengan golongan lelaki untuk merebut peluang pekerjaan yang
ditawarkan di pasaran kini. Cabaran ini terdiri daripada aspek mental dan juga fizikal.
Wanita kini diberi banyak peluang-peluang untuk menjawat jawatan yang tinggi dalam
sesebuah organisasi. Namun demikian pelbagai rintangan dan halangan yang harus dilalui
oleh mereka untuk menjawat jawatan tersebut. Kaum wanita harus mempunyai tahap
kesabaran yang amt tinggi untuk menghadapi semua ini.
Jenis-jenis Diskriminasi Wanita Di Tempat Kerja
Diskriminasi Gender
Persyaratan beberapa organisasi atau jabatan menempatkan pekerja wanita lebih kepada
tugas-tugas pendaftaran di kaunter pendaftaran disebabkan oleh penampilan mereka yang
menarik dengan bayaran gaji yang begitu rendah. Di situ mereka tidak akan ada prospek
untuk kenaikan pangkat juga. Penampilan wanita akan dipergunakan oleh organnisasi.

Diskriminasi Terhadap Wanita Hamil


Kebanyakan organisasi menetapkan syarat-syarat tertentu bagi wanita untuk melahirkan
anak yang merupakan suatu perkara yang melanggar hak asasi kehidupan seseorang
wanita. Peraturan sedemikian diwujudkan kerana organisasi beranggapan bahawa
pemberian cuti bagi wanita yang melahirkan anak akan merugikan organisasi. Terdapat
juga peraturan yang menyuruh wanita supaya menunda perkahwinan dan kehamilan
selama beberapa tahun setelah mereka diterima bekerja. Hal ini terjadi kerana organisasi
anggap bahawa wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak akan mengganggu
produktiviti dan keuntungan sesebuah organisasi.

Diskriminasi Agihan Pendapatan


Jurang perbezaan pendapatan di antara pekerja lelaki dan pekerja wanita adalah sangat
tinggi. Di kebanyakan organisasi, pekerja lelaki akan diberi gaji yang lebih tinggi
berbanding pekerja wanita, alasan yang sering diguna pakai oleh organisasi adalah
pekerja lelaki melakukan kerja-kerja yang lebih berat berbanding pekerja wanita. Hal ini
terjadi walaupun kedua-dua pekerja lelaki dan wanita melakukan kerja yang sama satiap
hari dan adalah dari jawatan yang sama. Perkara sebegini berlaku khususnya di sektor-
sektor perkilangan. Apa yang menyedihkan lagi ialah, walaupun kerajaan telah
mewujudkan peraturan pemberian gaji yang sama mengikut jawatan, namun perkara ini
masih banyak berlaku di sektor swasta.
Diskriminasi Agihan Jawatan
Golongan wanita masih dianggap sebagai golongan yang beremosi dan lemah, dan isu
ini dijadikan faktor utama mengapa mereka tidak dibenarkan jawatan yang penting dalam
sesebuah organisasi. Kaum wanita memang berpengetahuan tinggi dan mempunyai
kepimpinan dan kemahiran yang tinggi, tetapi kebanyakan organisasi mengenepikan
kaum wanita dan lebih gemar memilih pekerja lelaki yang kemahirannya adalah jauh
lebih rendah berbanding lelaki. Tidak dapat dinafikan bahawa, sebilangan kecil daripada
golongan wanita kini memegang jawatan yang berprofesional, tetapi masih ada juga yang
tidak dapat sekatan ini. Jika dilihat secara mendalam, gender tidak harus dipersoalkan
dalam isu sebegini, tetapi lebih perhatian harus diberi kepada siapa yang berkemahiran
tinggi.

Diskriminasi Terhadap Wanita Muslim


Kes diskriminasi terhadap wanita muslim juga banyak berlaku di dalam sesebuah
organisasi. Kes sedemikian rupa banyak berlaku di negara-negara Eropah khusunya.
Kebanyakan wanita muslim yang berkalibel didiskriminasi di negara Eropah hanya
kerana mengenakan ’busana muslim’. Kadar pengangguran di negara-negara seperti
Pakistan dan Bangladesh adalah sangat tinggi, ini kerana mereka tidak diberi peluang dan
bayaran gaji juga adalah jauh lebih rendah berbanding yang lain. Ada beberapa organisasi
juga yang tidak membenarkan pekerjanya untuk memakai tudung.

Faktor-faktor Diskriminasi
Polisi Negara
Polisi negara turut memainkan peranan dalam wujudnya diskriminasi tehadap golongan
wanita yang bekerja. Kecantikan paras rupa yang menjadi tumpuan utama sesebuah
organisasi untuk mengambil pekerja wanita. Diskriminasi sebegini turut berlaku terhadap
wanita yang telah berkahwin, hamil, warna kulit, berat badan yang lebih serta yang telah
berumur. Contohnya syarikat penerbangan menetapkan terma kecantikan paras rupa
dalam pengambilan pekerja wanita. Aspek ini adalah sangat penting bagi yang ingin
memohon dan manyambung pekerjaan.
Nilai Sosial Budaya
Nilai sosial juda turut memainkan peranan dalam wujudnya diskriminasi. Nilai sosial
masyarakat serta organisasi yang lebih mementingkan kaum lelaki daripada wanita dalam
alam pekerjaan. Terdapat juga golongan yang menyatakan bahawa wanita hanya layak
untuk menguruskan rumahtangga dan terpendam di dalam rumah.

Kualiti Wanita
Terdapat anggapan bahawa kualiti wanita masih belum mencukupi. Mereka beranggapan
bahawa tarf pendidikan, kualiti, serta kemampuan wanita masih sangat rendah dan tidak
memberangsangkan dan tidak dapat menaikkan imej sesebuah organisasi. Dianggap juga
bahawa wanita adalah kaum yang lemah dan lebih rendah daripada lelaki.

Kepercayaan Diri Sendiri


Terdapat juga dalam kalangan wanita yang tidak percaya akan kebolehan diri mereka
sendiri. Mereka beranggapan bahawa hidup mereka hanya sesuai untuk untuk bekerja di
dapur sahaja dan hanya sekadar menguruskan anak-anak serta rumahtangga. Sebaliknya
mereka tidak sedar bahawa masih terdapat bakat yang masih belum dicungkil keluar dari
diri mereka.

Langkah Mengatasi Diskriminasi


Pihak organisasi perlu memainkan peranan yang drastik bagi mengatasi isu diskriminasi
terhadap golongan wanita di tempat kerja. Perusahaan harus memberi kesempatan bagi
golongan wanita memperoleh pendidikan serta latihan menerusi program yang sepatutnya
bagi mengurangkan jurang gender. Melalui latihan ini bakat yang ada pada pekerja
wanita dapat dilihat oleh organisasi.
Kerajaan juga harus mengenakan hukuman yang lebih berat bagi perusahaan yang
melakukan diskriminasi terhadap golongan wanita. Hukuman tidak hanya harus
diwujudkan hanya kerana nama, tetapi harus dilaksanakan secara serius. Organisasi yang
dikenalpasti melakukan diskriminasi terhadap golongan wanita harus dibubarkan serta-
merta.
Golongan wanita yang bekerja juga harus menjadi lebih berani dalam mengatasi masalah-
masalah sebegini. Golongan wanita harus berani menentang. Golongan wanita harus
berani berbincang atau melaporkan sagala masalah kepada perusahaan.

S-ar putea să vă placă și