Sunteți pe pagina 1din 4

PENGENALAN

Pengertian

Konsep

Pembatasan kajian

PERANAN TOKOH-TOKOH

Za’ba

Nama sebenar Za’ba ialah Zainal Abidin bin Ahmad. Beliau dilahirkan 16 September 1895 di Kampung

Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Bapanya Ahmad bin Ibrahim adalah seorang yang alim dan

warak.  Oleh itu, sejak berumur 5 tahun lagi Zainal Abidin telah diajar oleh bapanya membaca Al-Quran

terus-menerus siang dan malam.  3 tahun kemudian beliau tamat mengaji Al-Quran dan mahir dalam

rukun-rukun sembahyang serta beliau diajar berzanji.     Pendidikan rasminya bermula pada tahun 1907

di Sekolah Menengah Linggi, beliau turut juga belajar Bahasa Arab di sebelah petang.  Pada tahun 1910,

beliau melanjutkan pelajaran di St. Paul's Institution di Seremban hingga lulus Senior Cambridge dalam

tahun1915.     Zaba mula-mula bertugas sebagai guru Bahasa Melayu di English College, Johor Bahru

dalam tahun 1916.  Pada tahun ini juga, beliau bertugas sebagai guru Bahasa Melayu dan penterjemah

di Maktab Melayu, Kuala Kangsar.  Disini beliau mula berminat dalam bidang karang-mengarang. Beliau

telah menghasilkan beberapa karyanya untuk akhbar dan majalah tempatan terutamanya dalam Bahasa

Inggeris.     Pada tahun 1939, Zaba bertugas di Pejabat Penerangan Singapura. Ketika itu beliau menulis

buku-buku mengenai pendidikan Melayu.  Semasa zaman Jepun, Zaba bertugas sebagai juruhebah

perang dalam Bahasa Inggeris di radio Singapura.  Pada tahun 1946, Zaba bertugas pula sebagai

Penterjemah Kanan Bahasa Melayu di Pejabat Pelajaran Kuala Lumpur.  Di samping ini juga, beliau

banyak mengarang buku-buku untuk sekolah-sekolah Melayu.  Sumbangannya di dalam bidang bahasa
melayu memang tidak dapat dinafikan dan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa beliau adalah salah

seorang pemacu utama dalam perkembangan bahasa melayu sehingga bahasa melayu menjadi tersusun

dan hebat seperti sekarang. Antara sumbangan beliau yang terbesar ialah apabila beliau menggubal

ejaan sistem ejaan jawi. Antara tujuan beliau ialah untuk menyelaraskan sistem ejaan dan

menghilangkan kekacauan yang ada pada sistem ejaan jawi. Kesungguhan beliau dalam ini dapat dilihat

apabila beliau menubuhkan badan yang salah satu objektifnya ialah untuk membantu usaha

penyelarasan jawi. Tindakan yang dilakukan Za’ba telah menjadi titik tolak kepada revolusi bahasa

melayu sehingga menjadi hebat seperti hari ini. Bahasa melayu terus berevolusi berdasarkan asas yang

telah dibina oleh pendeta Za’ba. Ramai pakar bahasa melayu yang semasa terus menerus menjadi

penyumbang kepada revolusi bahasa melayu kepada lebih baik dan ini terbina di atas asas permulaan

yang dilakukan oleh Za’ba. Seperti yang ditegaskan sendiri oleh za’ba bahawa apa yang dilakukan oleh

beliau pada masa itu bukan untuk menjadikan bahasa melayu terus sempurna kerana beliau yakin untuk

menjadikan bahasa melayu itu sempurna tidak boleh mengambil masa yang singkat, akan tetapi

memerlukan masa yang panjang dan tugas ahli-ahli bahasa selepas itulah untuk mencorakkan bahasa

untuk terus berevolusi menjadi lebih baik dan hal itu telah terbukti pada masa kini. Ramai ahli-ahli

bahasa bertungkus lumus memperkemaskan bahasa melayu dari semasa ke semasa berlandaskan asas

permulaan yang telah dicetuskan oleh Za’ba.

Awang sariyan

Dr. Awang Sariyan merupakan seorang tokoh bahasa melayu yang tidak asing lagi di Negara kita.

Sumbangannya dalam bidang bahasa melayu sangat besar. Beliau berkelulusan Doktor Falsafah dari

Sarjana Muda Persuratan dan Diploma Pendidikan (Universiti Kebangsaan Malaysia). Beliau pernah

menjawat jawatan sebagai pensyarah di Universiti Pertanian Malaysia 1 dan Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia, pensyarah kanan di Universiti Brunei Darussalam dan professor madya di
1
Sekarang dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia.
Universiti Perguruan Sultan Idris. Kini beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Bahasa di

Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.

Nik Safiah karim

PERANAN KERAJAAN

Sesungguhnya kerajaan juga memainkan peranan yang sangat besar dalam perkembangan

bahasa melayu. Secara mudahnya, sumbangan kerajaan dalam menggalakan perkembangan bahasa

melayu boleh dibahagikan kepada dua iaitu dasar kerajaan dan penubuhan dewan bahasa dan pustaka.

Dasar kerajaan

Dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan berkenaan bahasa melayu ini sangat memainkan

peranan yang besar untuk memperkembangkan dan menjadikan bahasa melayu itu sentiasa berevolusi

kearah yang lebih baik. Dasar kerajaan bagi menjamin bahasa melayu terus berkembang menjadi bahasa

yang unggul ialah dasar bahasa kebangsaan, dasar bahasa rasmi, dasar bahasa pendidikan dan dasar

bahasa penggunaan bahasa.

Dasar bahasa Kebangsaan

Kerajaan mewartakan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Ini bermaksud bahasa melayu

ialah bahasa kebangsaan atau bahasa kebangsaan ialah bahasa melayu.

Dasar Bahasa Rasmi


Bahasa rasmi ialah bahasa melayu dijadikan bahasa rasmi. Ini bermakna didalam majlis-majlis

rasmi digunakan bahasa melayu sebagai bahasa perantaraan.

Dasar Bahasa Pendidikan

Dasar pendidikan yang diwartakan oleh kerajaan jelas iaitu bahasa melayu menjadi bahasa

pengantar bagi system pendidikan atau pembelajaran formal di peringkat sekolah rendah, menengah

dan pengajian tinggi.

Dasar penggunaan bahasa

Dasar penggunaan bahasa ialah bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan, tetapi tiada

sesiapa pun yang boleh dihalang atau dilarang daripada menggunakan, belajar atau mengajar apa-apa

bahasa lain.

Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka

S-ar putea să vă placă și