Documente Academic
Documente Profesional
Documente Cultură
ISI KANDUNGAN
muka surat
i. Isi Kandungan 1
ii. Sekapur Sirih 2
iii. Soalan Tugasan HBPS3103: Perkembangan Kognitif dan 3
Pembelajaran Kanak-kanak
1.0 Pendahuluan 9
9.0 Kesimpulan 25
Rujukan 26
Lampiran 28
1
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak
SEKAPUR SIRIH
Alhamdulillah, kami bersyukur kehadrat Ilahi yang mengabulkan hasrat kami untuk
menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan. Kami juga bersyukur kerana diberikan
kekuatan, ilham, ketekunan dan istiqamah dalam usaha kami menyiapkan tugasan ini.
Pada kesempatan ini, kami ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada Puan Sharifah Hanim Binti Syed Akhbar selaku Tutor bagi kursus
HBPS4103 Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak di atas bimbingan dan panduan yang
telah diberikan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah memberi kerjasama dan
bantuan dalam usaha menyiapkan tugasan ini.
Segala pertolongan dan kerjasama yang diberikan, akan dikenang sepanjang masa.
Seterusnya, kepada keluarga saya yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan
sepanjang pengajian di Universiti Terbuka Malaysia ini. Moga-moga segala bimbingan,
sumbangan, dan sokongan yang telah kalian diberikan dinilai sebagai ibadah di sisi Allah
SWT.
Sekian.
2
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak
ARAHAN
4. Tugasan ini terhad kepada 8-10 muka surat sahaja untuk setiap bahagian.
6. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan
yang diplagiat tidak akan diterima dan tiada markah akan diberikan untuk
bahan tersebut.
SOALAN TUGASAN
3
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak
Pilih tiga orang bayi berusia 3 bulan, 6 bulan dan 1 tahun untuk dijadikan kajian
kes. Bentukkan satu siri rancangan pengajaran muzik yang kreatif bagi mereka
berdasarkan kesesuaian tahap perkembangan.
Anda diminta untuk mengendalikan rancangan pengajaran yang telah anda bentuk
untuk setiap bayi tersebut dengan melibatkan bantuan ibu bapa mereka untuk
menjalankan kajian anda. Catatkan sejarah bayi dengan mengambil kira
pendedahan mereka terhadap bunyi dan muzik semasa dalam kandungan.
Jalankan pemerhatian dan laporkan kemajuan pembelajaran muzik ketiga-tiga
kanak-kanak tersebut selama 10 hari.
Bagi setiap kes yang dikaji, berikan latar belakangnya, ceritakan kemajuan kanak-
kanak tersebut dari segi tindak balas tersebut terhadap muzik, pemahaman
intonasi, kemajuan dalam pemahaman melodi dan perkembangan kemahiran
pergerakan rentak. Ringkaskan hasil kajian anda dalam bentuk jadual berikut.
(20 markah)
4
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak
Pilih empat orang kanak-kanak yang berusia 4 dan 6 tahun. Bawa salah satu
daripada kanak-kanak tersebut (pada setiap umur) untuk bersiar-siar di taman
sebelum menjalankan aktiviti.
Beri kertas kosong pada setiap kanak-kanak. Minta mereka melukis apa-apa
sahaja dan kemudian ceritakan apa yang telah dilukis.
Huraikan hasil kerja dari segi kandungan lukisan dan cerita, tahap kreativiti dan
elemen asas dalam seni visual kanak-kanak mengikut tahap perkembangan artistik
kanak-kanak masing-masing, dengan menggunakan jadual berikut:
(10 markah)
[Total: 30 Markah]
PANDUAN PELAJAR
5
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak
PANDUAN TUTOR
1. Tutor adalah diminta agar dapat membimbing para pelajar semasa penyediaan
tugasan amnya, memberi satu dua tapak web sebagai rujukan pelajar.
2. Tutor adalah diminta memeriksa dan menanda tugasan pelajar dan seterusnya
memberi markah dan memasukkan markah ke dalam OMES selewat-lewatnya
pada tarikh yang telah ditetapkan oleh OUM.
1.0 Pendahuluan
6
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak
kanak-kanak dalam aktiviti yang melibatkan seni seperti seni visual dan seni muzik
berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan kepada mereka dari pelbagai
aspek. Pembangunan tahap kreativiti kakank-kanak dapat dipertingkatkan selain
mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap alam sekelilingnya.
Setiap kanak-kanak yang normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa, deria
bau, deria dengar, deria lihat dan deria sentuh. Penggunaan deria yang baik akan dapat
melahirkan kanak-kanak yang mampu membuat pemerhatian secara aktif, dan ianya
menggalakkan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alam, alat dan bahan. Kanak-
kanak perlu diberi peluang untuk melahirkan perasaan dan mengembangkan daya
kreativiti mereka melalui lukisan, kraf tangan, muzik, nyanyian, pergerakan kreatif,
puisi dan drama. Penglibatan aktif dan proses aktiviti yang berkesan berupaya
menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak, di
samping memupuk kreativiti, dan nilai estetika.
2.0 Kreativiti
7
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak
8
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak
Torrance juga adalah orang pertama yang mencipta kaedah untuk menguji
kreativiti yang dikenali sebagai Torrance Tests Of Creative Thinking. Kaedah yang
dicipta pada tahun 1976 ini meliputi empat aspek iaitu:
Keaslian bermakna penghasilan idea yang unik atau luar biasa. Keaslian juga
merupakan kebolehan menyusun semula maklumat tentang sesuatu topik
dengan cara baru dan berlainan. Aplikasinya ialah memikirkan cara
menunggang basikal yang berlainan daripada kebiasaan.
9
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak
kepada idea yang baru lalu melahirkan satu idea lain yang lebih bermakna. McFee
melihat bahawa idea boleh dimanipulasi menjadi sesuatu yang baru dan mampu
diolah.
Selain itu, Carl Rogers dalam teori terapinya telah menggariskan lima faktor
yang menjadi asas kepada individu yang sihat, yang dapat berfungsi dengan
sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada
pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang dialaminya, menghargai diri sendiri,
mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi individu kreatif. Beliau mempunyai
takrifan yang unik tentang kreativiti percaya bahawa individu yang bebas dan
mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk
lain di persekitarannya.
fleksibel, (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi), keaslian
(mencari idea baru dan asli kepekaan) dan kepekaan (Penggunaan deria pancaindera
seperti melihat, merasa, mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara
sepenuhnya sebagai proses pengamatan dan merekod.)
3.0 Muzik
10
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak
( Suseela Balakrishnan, Norliah Kasim, Amali Ibrahim & Kamisah Buang, 2008 )
satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan
atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan
dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran, dan
emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu.
Menurut Campbell 1995, Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada
aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan
kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen bunyi.
11
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak
Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi di mana getaran tenaga bunyi bergetar
pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda
kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam
badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.
Epik India juga telah membuktikan bahawa muzik adalah punca orang paling
berkuasa yang seringkali bergema seiringan dengan alunan alam semula jadi. Nota
muzik yang berbeza juga dikatakan mampu untuk mencipta perubahan dalam keadaan
alam semula jadi. Kehidupan botani juga memberikan reaksi kepada muzik. Apalagi
jika ia dikaitkan dengan manusia yang boleh bertindak balas dengan muzik pada
tahap-tahap tertentu.
Muzik bukan sahaja digemari oleh golongan remaja dan dewasa, malahan bayi
dan kanak-kanak juga amat senang dan tenang dengan muzik apabila muzik yang
digemari dipasang semasa mereka hendak tidur atau dalam kereta ketika dalam
perjalanan untuk menuju ke sesuatu destinasi. Anak-anak selalunya akan memberikan
reaksi yang berbeza terhadap pelbagai jenis bunyi muzik. Faktor ini bergantung
kepada tahap umur, keadaan dan emosi mereka pada waktu itu. Justeru, penggunaan
muzik tidak hanya dihadkan kepada satu jenis muzik sahaja, sebaliknya biar mereka
mendengar pelbagai bentuk muzik yang ada.
12
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak
Baru-baru ini, ibu bapa di Malaysia telah dibanci tentang dua soalan
berhubung muzik dalam perkembangan awal anak mereka melalui Tinjauan Pendapat
Ibu Bapa Bijak yang dikendalikan oleh Mead Johnson Nutritional. Salah satu soalan
yang dikemukakan mengehendaki ibu bapa memberikan pendapat mereka sama ada
muzik membantu anak mereka belajar dengan lebih baik. 91 peratus ibu bapa yang
dibanci bersetuju dengan persoalan tersebut dan memberikan kesimpulan bahawa
lebih ramai ibu bapa kini yang terdedah kepada sumber-sumber yang membantu
dalam perkembangan awal anak-anak mereka termasuk muzik.
Satu lagi soalan yang dikemukakan adalah pilihan ibu bapa terhadap muzik
klasikal atau muzik pop untuk anak mereka. Ia memberikan tindak balas bercampur
kerana 57 peratus memilih muzik klasik manakala 43 peratus memilih muzik pop.
Walaupun majoriti ibu bapa menjawab ya, terdapat golongan ibu bapa yang
berpendapat bahawa muzik pop juga bersesuaian. Ini mungkin boleh dikaitkan dengan
bagaimana cara ibu bapa pada masa ini menggunakan muzik sebagai alat
pembelajaran.
13
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak
Bagi melahirkan anak bijak, seseorang ibu bermula dari peringkat kehamilan,
perlu memulakan langkah pertama merangsang minda bayi. Di awal trimester
kehamilan, otak bayi sudah mula berkembang dan kemudiannya berterusan
sehinggalah dia berusia dua tahun. Dalam pada itu, terdapat pelbagai teknik yang
boleh dilakukan untuk merangsang bayi dalam kandungan. Antaranya ialah
rangsangan bunyi (alunan muzik atau suara ibu), pergerakan, tekanan, getaran dan
komunikasi antara ibu dan kandungan. Melalui teknik-teknik ini, bayi akan bertindak
balas dengannya. Ini secara tidak langsung dapat menggalakkan perkembangan
fizikal, mental dan penglihatannya agar anak menjadi seorang yang bijak.
Telah banyak bukti menunjukkan bahawa bayi yang masih berada dalam
rahim boleh memberi tindak balas terhadap muzik yang mereka dengar. Menurut satu
kajian, sekumpulan bayi yang ibunya mendengar muzik setiap hari sehingga pada saat
kelahiran lebih mudah dipujuk dengan mendengarkan irama bertema selepas beberapa
minggu dilahirkan. Perkara ini amat berbeza dengan bayi yang tidak mendengar
muzik di mana mereka kurang menunjukkan tidak balas.
Muzik adalah salah satu elemen yang boleh digunakan untuk merangsang
kepintaran bayi. Ini adalah kerana bayi memang gemar dengan alunan bunyi. Malah
bunyi-bunyi seperti denyutan jantung dan pernafasan ibu juga turut memberi
ketenangan kepada bayi yang masih di dalam kandungan ibunya. Contohnya, bayi
akan bertindak balas dengan melakukan tendangan ataupun membuat pergerakan
apabila muzik klasik dimainkan. Sehubungan itu, sewaktu trimester ketiga, bayi sudah
boleh memberi tindak balas sekiranya anda meletakkan alat rangsangan yang banyak
terdapat di pasaran di perut sambil berbaring. Pada waktu ini, bayi akan bertindak
balas apabila mendengar nyanyian atau bunyi muzik.
14
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak
terbukti berkesan sebagai satu alat yang baik sebagai rangsangan untuk
mengembangkan kepintaran bayi.
Oleh kerana itulah, Muzik-muzik yang keras dilarang sama sekali digunakan
untuk merangsang bayi. Hal ini dikhuatiri akan menimbulkan kebingungan dan
akhirnya menjejaskan kepintarannya. Untuk itu, adalah digalakkan untuk
memperdengarkan bayi dengan muzik klasik pada waktu yang khusus. Alunan muzik
klasik yang harmoni dan lembut tentu sahaja akan membuat bayi berasa tenang dan
gembira. Oleh itu, bayi yang memperoleh rangsangan muzik dapat mengembangkan
kemahiran penglihatan dan motornya pada tahap yang berbeza sepanjang tempoh
berada di dalam kandungan ibunya.
15
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak
Menurut satu kajian, sekumpulan bayi yang ibunya mendengar muzik setiap
hari sehingga pada saat kelahiran lebih mudah dipujuk dengan mendengarkan irama
bertema selepas beberapa minggu dilahirkan. Perkara ini amat berbeza dengan bayi
yang tidak mendengar muzik di mana mereka kurang menunjukkan tidak balas.
Bayi selalunya gemar berbaring dan anda boleh menggerakkan anggota badan
mereka sambil menyanyi, malah penggunaan instrumen muzik seperti loceng
digalakkan untuk merangsang pendengaran dan penglihatan mereka. Sehinggalah
mereka memasuki zaman kanak-kanak, muzik dan alatan muzik sangat disukai oleh
mereka dan mereka begitu gembira jika dapat mengikut beberapa perkataan yang
dinyanyikan oleh anda serta boleh menggunakan alat muzik yang terdapat di sekitar
mereka.
16
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak
Jenis muzik yang sesuai dan digemari oleh bayi dapat ditentukan dengan
memastikan muzik tersebut mesti dipasang ketika bayi dalam keadaan sedar dan jaga.
Ini kerana pada waktu ini ibu bapa dapat melihat reaksi mereka apabila muzik itu
dipasangkan sama ada mereka suka atau tidak terhadap muzik tersebut. Bayi
selalunya gemar berbaring dan anda boleh menggerakkan anggota badan mereka
sambil menyanyi, malah penggunaan instrumen muzik seperti loceng digalakkan
untuk merangsang pendengaran dan penglihatan mereka.
Apa jua jenis rangsangan yang digunakan, seseorang itu perlu mengetahui
teknik rangsangan yang betul agar dapat menyediakan persekitaran yang selamat,
penuh kasih sayang dan menyeronokkan. Ketiga-tiga aspek ini amat penting untuk
menggalakkan bayi membesar dengan sihat dan dapat belajar banyak perkara sewaktu
masih di dalam kandungan.
Kajian kes kali ini adalah berkaitan dengan pengajaran muzik kreatif terhadap
tiga orang kanak-kanak yang berusia 3 bulan, 6 bulan dan 1 tahun. Satu rancangan
pengajaran muzik dibentuk bagi menjalankan pemerhatian ke atas bayi-bayi ini.
Biodata Bayi 1
17
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak
Biodata Bayi 2
18
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak
Biodata Bayi 3
19
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak
Masa : 30 minit
Muzik yang dugunakan : Muzik Beethoven & Mozart
20
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak
Kanak-kanak Kanak-kanak
Bayi (3 bulan)
(6 bulan) (1 tahun)
21
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak
Watak
Sejarah Ibunya seorang yang Tidak pernah didedahkan Biasa mendengar muzik
pendedahan gemar menyanyi dan dengan muzik atau bunyi- sejak dalam kandungan lag
terhadap bunyi berkaraoke. Selain itu, ibu bunyian secara langsung di kerana bapanya seorang
dan muzik Mohd Nadim Azim mana ibunya seorang yang guru muzik. Bapanya
ketika dalam menjadi ahli kumpulan amat pendiam dan tidak sering bermain ‘keyboard’
kandungan marhaban di tempat suka mendengar radio atau dan gitar di rumah.
tinggalnya. Ibunya sentiasa lagu. Ibunya hanya akan
mengikuti program bercakap apabila ditanya, itu
marhaban di majlis kenduri pun sekadar menjawab
perkahwinan, majlis cukur dengan dua atau tiga patah
jambul, atau majlis-majlis perkataan.
kesyukuran.
Tindak balas Nadim Azim memberi Kurang menghiraukan bunyi Berminat dan peka
tersebut tindak balas yang positif muzik perlahan seolah-olah terhadap bunyi muzik yang
terhadap terhadap muzik yang tiada apa-apa yang berlaku diperdengarkan.
muzik diperdengarkan. di sekelilingnya. Ainina
mula menunjukkan sedikit
pergerakan apabila muzik
lebih pantas dimainkan.
Pemahaman Bayi ini akhirnya tertidur Ainina seolah-olah kurang Memahami intonasi muzik
intonasi apabila diperdengarkan memahami akan bunyi- iaitu dia akan bergerak
dengan muzik perlahan bunyian di sekelingnya secara aktif apabila muzik
ciptaan Beethovan. walaupun berusia lebih 7 pantas dimainkan dan
Tambahan pula waktu bulan seolah-olah tiada apa melakukan pergerakan
kajian dijalankan adalah yang berlaku padanya. perlahan bila muzik
waktu kebiasaan bagi perlahan dimainkan.
Nadim tidur.
kemajuan Nadim berkeupayaan Menunjukkan sedikit Kanak-kanak ini sudah
dalam melakukan pergerakan di perubahan apabila muzik pandai mengikut rentak
pemahaman mana semasa muzik pantas diperdengarkan. melodi yang dimainkan
melodi perlahan dimainkan, dia Pergerakannya agak pasif dengan menari dengan cara
dilihat hanya mendengar dan kurang sensitif pada menghenjutkan badannya
22
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak
Seni lukis merupakan sebahagian daripada elemen yang terdapat dalam Seni
Visual. Kanak-kanak dilahirkan dengan sifat dinamik serta berkembang mengikut
fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan
berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemkiran kanak-kanak.
Refleksi ini akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga mereka
membesar. Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri. Melukis merupakan
aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan,
23
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak
kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan
otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.
24
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak
Soalan 2
Penghasilan karya terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang
berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa, seni
visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak-
kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif (Lowenfeld, 1975).
Penutup
Seni merupakan asas perkembangan kreativiti individu yang jika diajar dengan baik,
dapat merangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi
pembelajaran.
Rujuk sdp ms 29
RUJUKAN
http://www.creativechild.com/
25
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak
http://roskang.blogspot.com/search/label/kreativiti
http://www.yadim.com.my/Keluarga/KeluargaFull.asp
http://id.shvoong.com/humanities/1640982-anak-cerdas-dan-kreatif-berkat/
http://www.scribd.com/doc/14066683/Terapi-Muzik-Dan-Seni-Suaian
http://mysoul-edukids.blogspot.com/2009/07/peranan-muzik-kepada-kanak-
kanak.html
26