Sunteți pe pagina 1din 13

AMALAN 

  Ketika wanita sedang mengandung, maka ia WAJIB mengerjakan sesuatu yang diperintah oleh
Allah SWT. Selain daripada mengerjakan amalan WAJIB, para ibu ( bakal ayah ) digalakkan
melakukan amalan berikut.

 BANYAK BERTAUBAT
 MENUTUP AURAT

 BANYAK MEMBACA AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN

1. Membaca surah Al-Fatihah dan ayat Kursi

2. Membaca surah Yassin hingga akhir

3. Membaca surah Al-Taubah hingga akhir

4. Membaca surah Yusuf hingga akhir - agar memperolehi anak yang soleh,
sihat, cantik dan sempurna. Insya-Allah.

5. Membaca surah Luqman hingga akhir - agar memperolehi anak yang taat.

6. Membaca surah Maryam hingga akhir - agar memperolehi anak yang sabar
dan taat.

7. Membaca surah An-Nahl, ayat 78

8. Membaca surah Al-A'raf, ayat 189

 MEMBACA DOA ( senarai doa; akan datang )

ADAB

Isteri hendaklah menjaga adab serta menghormati suaminya terutamanya ketika mengandung.
Antara adab yang harus dipraktikkan oleh isteri terhadap suaminya adalah ;

 SAYANGILAH suami, kerana dia merupakan teman dan kekasih yang paling hampir
dengan kita.
 MENJAGA TUTUR-KATA @ perkataan terhadap suami. Jangan mengeluarkan
perkataan yang kotor dan sebagainya.

 MENASIHATI suami daripada menanggung bebanan hutang. Kita sebagai isteri


sepatutnya menerima suami dengan apa adanya. (apa yg suami mampu)

 JAUHI DARIPADA PERASAAN MENCINTAI ORANG LAIN, selain daripada suami


sendiri.
 JAUHI daripada membuat tuduhan buruk terhadap rumahtangga orang lain.

 JAUHI daripada sifat MENGUMPAT dan MENGHINA orang lain.

 JANGAN mencari kesalahan orang lain dan membuka aib mereka.

 JAUHI sifat menghina dan memandang rendah terhadap orang lain.

 Menghormati setiap kaum muslimin dan muslimat, serta berbuat baik kepada
mereka.

 Menghargai setiap pandangan dan nasihat yang diberikan oleh SUAMI, ORANG
TUA serta keluarga suami.

Bersenam perlu digalakkan semasa hamil, kalau ini memang merupakan amalan anda ketika sebelum
hamil. Senaman akan dapat membantu anda menenangkan diri serta menghadapi kelahiran dengan lebih
berkesan. Tetapi kalau anda tidak pernah bersenam selain melakukan kerja-karja rutin di rumah semasa
sebelum hamil, anda tidak perlu menukar tabiat ini semasa hamil.

Apa yang penting ialah dia boleh melakukan apa-apa riadah yang biasa dilakukannya sehinggalah
kandungannya yang semakinbesar itu menghalang pergerakkannya. Bagi orang Islam amalan sembahyang
juga boleh memberi kesan positif kepada mental dan fizikal kepada wanita hamil dan anak dalam
kandungan.

 Jangan bersenam atau beriadah sehingga anda berasa sangat letih atau kehabisan nafas.
 Elakkan sukan yang lasak yang boleh mengugat kandungan atau mencederakan abdomen anda.

 Berhati-hati pada minggu-minggu pertama kehamilan anda atau pada minggu akhir tempoh
kehamilan kerana anda mungkin akan terlalu meregangkan ligmen anda.

Kaedah Gerak Kerja :

1. Melakukan kerja di kedudukan yang rendah

Lakukan seberapa banyak kerja yang mungkin pada kedudukan lantai seperti melutut atau duduk
bersimpuh dan bukannya membongkok.

2. Mengangkat dan membawa barang

Apabila mengangkat sesuatu objek, bengkokkan lutut dan tegakkan belakang badan anda sedapat mungkin 
supaya objek tersebut dibawa dekat kepada badan anda. Jangan cuba mengangkat barang dari tempat yang
tinggi kerana anda mungkin hilang keseimbangan.

3. Berdiri selepas berbaring


Apabila anda hendak berdiri selepas berbaring, sentiasalah mengiring terlebih dahulu. Kemudian bergerak
kedudukan melutut. Gunakan kekuatan peha anda untuk menolak badan anda naik : pastikan belakang anda
tegak.

Merehatkan Minda

Sambil merehatkan badan, cuba tenang dan


kosongkan minda anda. Tarik nafas dengan perlahan
dan seimbang, kemudian lepaskan nafas juga dengan
perlahan-lahan. Jangan bernafas terlampau kuat.

Kepada orang Islam amalan berzikir dan membaca


Al Quran cukup berkesan untuk menenangkan diri
dalam kontek mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Proses pendidikan mula berlaku ketika bayi masih berada dalam kandungan ibunya. Pendidikan pada
peringkat ini lebih bercorak kerohanian, iaitu:

 Bagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan Al-Quran terutama
surah Yusuf, Mariam, Luqman dan At-Taubah.

 Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti
menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.

 Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal
dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang halal.

 Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya.
Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin kesihatan anak-anak dalam kandungan.
Faktor kesihatan amat dititikberatkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada
ibu yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan kesihatan
diri dan anaknya.

 Ketika mengandung, ibu perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan perubahan yang berlaku
kepada dirinya. Pada waktu begini sememangnya keadaan ibu agak berbeza dari waktu - waktu
biasa, terutamanya bagi ibu yang bakal melahirkan anak yang pertama. Mungkin selera makannya
hilang, perasaan agak terganggu(sensitif) dan hatinya boleh berdebar-debar kerana bayi dalam
kandungannya itu adalah sebahagian daripada dirinya. Ketika ini para suami hendaklah lebih
memahami keadaan isteri serta memberi dorongan yang kuat kepadanya.

AMALAN SUNAT SEMASA MENGANDUNG & SELEPAS BERSALIN

Semasa mengandung merupakan masa yang banyak mengalami perubahan emosi dan fizikal. Di samping
itu mengandung juga merupakan suatu harapan dan cita-cita sebuah perkahwinan. Oleh itu banyak amalan-
amalan yang sunat dilakukan semasa mengandung agar zuriat yang bakal lahir itu nanti menjadi generasi
yang cemerlang, baik di dunia dan di akhirat.

Dalam mencapai matlamat tersebut, anak itu mestilah ditarbiyah sejak dia masih janin lagi atau semasa di
dalam kandungan. Tingkah laku ibu bapa yang baik semasa ibu itu sedang hamil merupakan satu
pendidikan awal. Di antara amalan-amalan yang sunat dilakukan ketika sedang hamil ialah
memperbanyakkan membaca ayat-ayat Al-Qur‘an dan berdoa, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu
Sunni daripada Fatimah Radhiallahu ‘anha yang maksudnya :

“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila (Fatimah) hampir melahirkan,


Rasulullah memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsyin menghampir Fatimah maka
Baginda membaca ayat Al-Kursi dan surah Al-‘Araf (ayat 54) di sisi Fatimah dan memohon
perlindungan kepada Allah dengan membaca surah Al-Falaq dan An-Nas”.

Doa yang sunat dibaca ketika hamil itu termasuklah doa Nabi Yunus ‘alaihissalam yang tafsirnya :

“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan engkau (Ya Allah!) Maha Suci engkau
(daripada melakukan aniaya, tolonglah aku!) Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang
menganiaya diri sendiri”.

(Surah Al-Anbiya‘: 87)

Begitu juga bagi ibu-ibu yang sukar bersalin, Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda yang maksudnya :

“Apabila seorang perempuan itu sukar bersalin, tuliskan di dalam bejana surah Al-Ahqab (ayat 35) dan
surah Al-Nazi‘at (ayat 46), kemudian air itu disapukan dan diminum serta disapukan di perut dan
kemaluannya”.

(Hadis riwayat Ibnu Sunni)

Pada kebiasaannya selepas melahirkan anak, Islam telah menggariskan cara yang sebaik-baiknya
menyambut kelahiran anak tersebut. Antaranya ialah memberikan ucapan tahniah dan merasa gembira di
atas kelahiran anak tersebut, menyerukan azan dan iqamah, mentahniq, mencukur rambut, memberi nama, 
aqiqah dan sebagainya yang telahpun dikeluarkan dalam ruangan Irsyad Hukum terdahulu.

MANDI KERANA WILADAH DAN NIFAS

Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana
beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.

Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di
dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan
tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali
daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya
berbentuk seketul daging (mudhghah).

Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka
dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan
mandi.

Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak
kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak
sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah
seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa
selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia
merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.

Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami
keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging
(mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran
atau keguguran sebagaimana disebutkan.

Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan
wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu
empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh
malam.

Sayugia diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum
berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya
mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing.

MENGURUS TEMBUNI

Mengikut Kamus Dewan tembuni atau uri ialah sampul tian atau uri yang bersambung dengan tali pusat
yang keluar sesudah bayi dilahirkan. Ia juga disebut tebuni oleh sebilangan orang tempatan.

Bagi mereka yang melahirkan anak di rumah sakit, pada kebiasaannya, tembuni diserahkan kepada pihak
keluarga perempuan yang telah bersalin. Berbagai cara pengendalian tembuni yang dilakukan oleh
masyarakat kita. Pada kebiasaannya, tembuni tersebut terlebih dahulu dibersihkan. Selepas itu tembuni
akan disimpan dalam bayung atau dibungkus dalam suatu bekas untuk ditanam. Ada sebahagian orang
menggantungkannya di tiang atau pohon pokok dan didapati juga menyimpannya. Selain itu ada juga orang
membuangkannya ke dalam tong sampah atau menghanyutkannya di sungai-sungai.

Menurut ulamak Syafi‘e anggota-anggota badan yang haram dilihat sama ada daripada anggota lelaki
seperti bulu ari-ari atau daripada anggota perempuan seperti rambut dan kuku, apabila benda-benda
tersebut bercerai daripada badan maka wajib benda-benda tersebut ditanam.

Maka tembuni atau uri selepas bersalin itu tidak wajib ditanam kerana ia bukan daripada anggota badan.
Walau bagaimanapun cara yang elok (sunat) dalam mengurus tembuni itu ialah dengan menanamnya.
Sepertimana juga kuku atau rambut lelaki sunat ditanam kerana ia merupaka anggota badan yang tidak
haram dilihat. Berlainan halnya dengan rambut atau kuku, ia merupakan anggota badan yang haram dilihat
oleh lelaki yang bukan mahram, maka anggota-anggota tersebut wajiblah ditanam.

Oleh yang demikian sewajarnya orang Islam mengetahui adab-adab Islam dan tidak mengabaikannya
kerana Islam mengajarkan umatnya dari semua sudut kehidupan termasuk menjaga kebersihan diri dan
anggota tubuh badan hinggalah kebersihan rumah dan halaman. Hal ini telah disabdakan oleh Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam maksudnya:

“Sesungguhnya (Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda: “Bersihkanlah halaman (rumah)


kamu”.

(Hadis riwayat Al-Tarmizi)

 
SAKIT PINGGANG

PUNCA

Tindakan hormon yang melembutkan ligamen-ligamen ( berkas gantian yang menghubungkan


bahagian-bahagian badan; sperti tulang dengan tulang dan sebagainya ) ada yang tegang,
kerana gaya atau posisi tubuh yang tidak baik.

Bahu yang tegang atau belakang dan oto-otot abdomen yang lemah berkemungkinan juga
menyebabkan sakit belakang.

LANGKAH PENCEGAHAN

Kuatkan otot-otot anda dengan gerakan tulang punggung secara perlahan-lahan, renggangkan
kaki dan bengkokkan lutut, ketatkan punggung dan halakan tulang punggung ke atas kemudian
ke bawah dengan gerakan yang perlahan.

Tidurlah di atas tilam yang teguh, pusing tubuh ke sisi sebelum bangun.

Elakkan daripada memakai kasut bertumit tinggi kerana kasut tersebut akan mengubah
kedudukan pelvis atau tulang punggung. Ini akan mengakibatkan kedudukan tubuh dan
menyebabkan ketegangan.

LANGKAH PENYELESAIAN

Jika sakit di bawah tulang bahu, cuba pakai coli yang lebih besar atau buka cangkuknya.
Pusingkan bahu anda secara perlahan untuk mengurangkan ketegangan dan mengendurkan
otot-otot di belakang.

Jika sakit jauh ke bawah, terutama pada satu sisi, maka jagalah postur atau bentuk tubuh anda.

Jika sakit di pelvis atau tulang punggung, cuba gunakan bengkung (girdle) penyokong kehamilan
jika terasa sangat sakit atau apabila anda terpaksa berdiri lama. Menggerakkan pelvis atau tulang
punggung boleh juga membantu sakit pinggang anda.

AMALAN KETIKA MENGANDUNG


Mengandung adalah suatu harapan dan cita-cita sesebuah perkahwinan. Ia adalah
suatu anugerah. Oleh sebab itu banyak amalan-amalan yang harus kita lakukan
semasa mengandung agar zuriat yang bakal kita lahirkan itu nanti akan menjadi
generasi yang cemerlang, baik di dunia mahupun di akhirat. Untuk mencapai matlamat
itu, anak tersebut mestilah ditarbiyah sejak dia masih janin lagi atau di dalam
kandungan ibunya. Tingkah laku ibu bapa yang baik semasa ibu sedang hamil
merupakan satu pendidikan awal.

Di antara amalan yang sunat dilakukan ketika sedang hamil ialah dengan
memperbanyakkan membaca ayat-ayat suci al-Qur'an, beristighfar dan berwirid setiap
kali selepas mengerjakan sembahyang.

Di antara surah-surah yang digalakkan dibaca ialah:

a) Surah Yaasiin, kerana ia mempunyai banyak fadhilat.


b) Surah Yusuf, agar mendapat anak yang saleh, sempurna dan mempunyai rupa
paras yang elok.
c) Surah Luqman, agar mendapat anak yang taat kepada kedua ibubapa.
d) Surah Maryam.
e) Surah at-Taubah.
f) Surah al-Ikhlas.

Sementara wirid-wiridnya pula ialah:

1.

2.

AMALAN SEMASA HAMPIR BERSALIN:

Untuk memudahkan ibu-ibu yang hendak bersalin, hendaklah banyak membaca surah-
surah seperti berikut:

1. Surah al-Fatihah.
2. Surah al-Nahl ayat 78.
3. Surah al-Hasyr, Ayat 21.
4. Selawat Syifa:

5. Do'a:
Ertinya: "Ya Allah! Dengan hak Maryam, juga dengan hak hamba yang
diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (nama pesakit
dan ibunya penderitaan bersalin, dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat
mengasihani dari segala-galanya."

6. Wirid:

Ertinya: "Tuhanku, permudahkanlah dan jangan kau sukarkan, kerana


sesungguhnya memudahkan sesuatu itu mudah bagiMu. Tuhanku
sempurnakanlah dengan kebaikan."

7. Dan sunat memperbanyakkan membaca do'a Nabi Yunus (Surah al-Anbiya


ayat 87):

Tafsirnya: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan


Engkau (ya Allah!) Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya,
tolongkanlah daku daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang
menganiaya diri sendiri."

8. Disunatkan juga memperbanyakkan do'a menghilangkan kebimbangan dan


ketakutan:
Bagi ibu-ibu yang sukar bersalin:

Dibaca pada air kemudian diminum dan disapukan pada mukanya insya Allah
mudah bersalin dengan izin Allah.

Ayat yang dimaksudkan ialah:

Dan disambung dengan surah al-Hasyr ayat 21-24 (sebagaimana yang


disebutkan di atas) dan ditambah dengan:

Dan satu cara lagi sebagaimana kata Ibni Abbas Radhiallahu' Anhuma, jika
seorang perempuan susah hendak bersalin maka hendaklah dituliskan pada
satu kertas dan direndamkan kemudian diberi minum dan disapu pada
mukanya insya Allah mudah bersalin, iaitu:
Ditambah dengan:

Sementara bagi orang yang berada disamping perempuan yang hampir


melahirkan itu disunatkan membaca ayat-ayat berikut untuk membantu
memudahkannya bersalin. Di antara ayat-ayat tersebut ialah:

i. Ayat al-Kursiy dalam surah al-Baqarah ayat 255.


ii. Surah al-A'raf ayat 54-55.
iii. Surah al-Falaq dan an-Nas:

Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Sunni daripada
Fatimah Radhiallahu Anha:

Maksudnya: "Apabila dia (Fatimah) telah hampir melahirkan, Rasullullah telah


menyuruh Ummu Salamah dan Zainab bte Jahash agar datang melihat
Fatimah, maka Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam membaca ayat al-Kursiy
dan surah al-A'raf di sisi Fatimah dan memohon perlindungan daripada Allah
dengan membaca surah al-Mu'awidzatain." .

MAKANAN

PENTING !! :

MAKANAN SEIMBANG SANGAT PENTING UNTUK PERTUMBUHAN JANIN DI DALAM


KANDUNGAN.

 Zat Makanan

Apabila wanita muda hamil, pertambahan berat badan adalah dalam lingkungan 10-15 kilogram.
Pada minggu ke-20, berat badan naik sebanyak lebih kurang 3 - 5 kilogram, dan pada minggu
ke-20 terakhir, berat akan naik sebanyak 9 - 11 kilogram.

Namun begitu, sesetengah wanita mengalami berat badan yang kurang dan sesetengahnya
terlebih (berat badan berlebihan).

Ikutilah pandangan doktor anda.

 Makanan Tambahan Yang Perlu

1. Protein

Cth; Daging, susu, keju, ikan, telur, biji-bijian, tauhu atau tempe.

Tambahan protein penting untuk pembentukan otot, kulit, rambut dan kuku.

2. Kalsium

Cth; Susu, biji-bijian, kacang dan sayuran.

Kalsium diperlukan untuk membentuk tulang dan gigi. Jika janin tidak mendapat kalsium yang
mencukupi, dia akan memperolehinya daripada tulang si ibu. Ini boleh menyebabkan ibu
kekurangan kalsium. Gejala bakal timbul; gigi rosak dan hilang, sakit tulang belakang.

Susu mempunyai protein, lemak, kalsium, fosfat, zat besi, sodium, potassium serta vitamin C.
Oleh itu, untuk mendapat nilai terbaik daripada susu, PILIHLAH susu segar atau susu tepung
yang tidak berkrim. Susu pekat TIDAK SESUAI kerana proteinnya sedikit sahaja.

3. Kalori

Cth; Nasi, mee, roti

A piece of advice : Di akhir peringkat kehamilan, makanan yang kaya dengan kanji seperti
nasi, tidak perlu terlalu banyak kerana nilai zatnya rendah. Lebihkan makanan banyak protein,
vitamin dan mineral.

4. Vitamin

Vitamin diperlukan untuk melancarkan perjalanan darah dalam tubuh si ibu.

Vitamin A : kuning telur, susu, hati, sayuran, buah-buahan berwarna hijau dan kuning
kemerahan.
Vitamin B Kompleks : Kekacang

Vitamin C : sayur-sayuran dan buah-buahan.

IBU JUGA HARUS MEMASTIKAN MAKANAN YANG DIMAKANNYA HALAL DAN


DIREDHAI ALLAH. HINDARILAH SESUATU MAKANAN YANG DIHASILKAN OLEH RIBA'.
INGATLAH PARA IBU, BARANG YANG HARAM MASUK KE DALAM TUBUH KITA, IA
AKAN MENJADI DARAH DAGING. IA AKAN MEMPENGARUHI SIKAP DAN FIKIRAN
KITA, LEBIH-LEBIH LAGI, IA AKAN MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN.

Firman Allah SWT;

"Hai orang-orang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik, yang Kami
berikan kepadamu dan bersykurlah kepada Allah, jika benar-benar kepadaNya sahaja
kamu menyembah."

NASIHAT  

Nasihat untuk para ibu mengandung.

 Berusalah agar selalu berada dalam keadaan SIHAT dengan memakan makanan
bersesuaian, melakukan senaman setiap hari (lebih-lebih lagi waktu menjelang
melahirkan - senaman bersesuaian). Cth; berjalan kaki adalah senaman yang paling
sesuai untuk wanita hamil tua (wanita berusia) . Lakukan senaman berikut;

Telentang, kemudian, satu-persatu kaki diangkat ke atas. Ini untuk memudahkan kelahiran kelak.

 Rehat mesti mencukupi dan jangan biarkan diri terlalu letih.

 Bila mandi, gunakan air suam. Mandi dengan air yg terlalu sejuk ataupun terlalu panas
akan mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan. Jangan mandi berendam terutama
pada usia kehamilan 8 bulan ke atas.

 Pada bulan-bulan terakhir kehamilan, ibu memerlukan ketenangan.

 Jaga PAYUDARA dengan baik, dengan menyapu minyak zaitun atau losyen bersesuaian
pada puting susu. Ini dapat mengelakkan terjadinya pecah-pecah pada puting susu
terutama jika anda ingin menyusui anak anda kelak. Ingat : MOM's MILK IS THE
BEST.

 Selalu menjalani pemeriksaan doktor terutamanya kehamilan pertama. Periksa tekanan


darah, kesihatan janin dan sebagainya.

 DILARANG meminum alkohol, merokok.


 JANGAN menganiaya makhluk sama ada manusia atau binatang.

 Elakkan berhibur di tempat-tempat yang tidak dipandang baik dalam Islam.

 Elakkan diri daripada perasaan marah kerana marah itu sifat TERCELA.

 Jauhi daripada sifat benci-membenci.

 Hindari daripada sifat dendam, sebaliknya mudah memaafkan orang lain.

 Hindari daripada perasaan dengki-mendengki, iri hati.

 Jauhi daripada perasaan cemburu buta terhadap suami. Ini dapat merosakkan
keharmonian rumahtangga anda.

S-ar putea să vă placă și