Sunteți pe pagina 1din 6

TEKS UCAPAN

YB DATUK SERI NOH BIN OMAR


MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
SEMPENA MAJLIS AMANAT TAHUN BARU
DI DEWAN SERBAGUNA KEMENTERIAN PERTANIAN &
INDUSTRI ASAS TANI, WISMA TANI, PUTRAJAYA

ISNIN - 10 JANUARI 2011


WAKTU KETIBAAN - JAM 9.00 PAGI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Saudara/ri Pengacara Majlis

Yang Berhormat Dato’ Wira Johari Baharom


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Yang Behormat Chua Tee Yong


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Yang Berbahagia Datuk Haji Hashim Abdullah


Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industrib Asas Tani

Yang Berbahagia Dato’ Dr Baharom Bin Jani


Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan)

Yang Berbahagia Tuan Haji Raihan Bin Sharif


Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan

Yang Berbahagia Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Kementerian

Para pegawai Kanan Kementerian

Sahabat-sahabat media

Tuan-tuan, puan-puan, saudara dan saudari para pegawai dan kakitangan


Kementerian, jabatan dan agensi sekelian.....

1. Saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala yang telah merahmati


negara ini dengan nikmat keamanan dan kemakmuran yang berpanjangan. Dengan
nikmat itu juga rakyat berbilang kaum di negara ini dapat hidup dengan penuh
harmoni dan bersatu padu.

1
2. Hari ini kita sudah pun melewati tahun 2011, namun izinkan saya mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 kepada
semua hadirin sekelian. Adalah menjadi harapan kita semua agar tahun 2011 ini
keamanan dan keharmonian hidup yang kita kecapi selama akan berterusan. Pada
kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Datang dan Selamat
Bertugas kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Raihan bin Sharif sebagai Timbalan
Ketua Setiausaha Perancangan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Saya percaya ramai di kalangan saudara saudari mengenali Tuan Haji Raihan
kerana sebelum ini pun Tuan Haji pernah bertugas di Kementerian ini sebagai
Setiausaha Bahagian Penggalakkan, Pelaburan dan Penswastaan. Jadi, Tuan Haji
Raihan ibarat sirih pulang ke ganggang untuk terus menabur khidmat bakti di
kementerian ini.

Saudara-saudari sekelian....

3. Kita tinggalkan tahun 2010 dengan penuh kenangan dan bagi Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani pula, penganjuran MAHA International 2010 yang
telah mendapat sambutan yang diluar dugaan daripada para pengunjung adalah
kejayaan yang paling membanggakan sebelum kita menutup kalendar 2010.
Tahniah kepada semua warga kementerian, jabatan dan agensi yang telah
bertungkus lumus bagi memastikan kejayaan MAHA. Semoga kejayaan ini akan
memperkuatkan lagi keazaman dan semangat kita semua untuk meneruskan visi
dan misi kementerian demi untuk meningkatkan pencapaian sektor pertanian
makanan di negara ini.

4, Tahun 2011amat penting bagi Kementerian ini kerana selain daripada


bermulanya Rancangan Malaysia Ke Sepuluh sektor pertanian negara akan kita
perkasakan lagi dengan pengenalan Dasar Pertanian Negara ke 4 atau Dasar Agro
Makanan Negara.

BAJET 2011

Hadirin sekelian

5. Sebagai kelangsungan dari RMK-9, Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-


10) menetapkan satu lagi mercu tanda bersejarah dalam usaha melaksanakan misi
penting kearah mencapai Negara maju dan berpendapatan tinggi sebagaimana yang
dihasratkan dalam Wawasan 2020.

6. Maka dengan itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)
sendiri bagi tempoh dua tahun (2011-2012) di bawah RMK-10, memperuntukkan
sebanyak RM608 juta bagi tahun 2011 untuk Perbelanjaan Pembangunan iaitu
sebahagian daripada RM1.498 bilion yang diperuntukkan daripada siling
pembangunan. Tahun 2011 merupakan titik tolak pelaksanaan kebanyakan program
dan projek Kementerian iaitu projek-projek pembangunan utama di bawah MOA
seperti :-

2
i. meningkatkan Infrastruktur IADA Ketara bagi meningkatkan produktiviti
pengeluaran padi melalui pembinaan Empangan Paya Peda,
Terengganu dengan peruntukan RM150 juta ;

ii. menyediakan kemudahan pinjaman bagi menggalakkan penglibatan


dalam aktiviti pengeluaran makanan melalui peruntukan sebanyak
RM120 juta kepada TEKUN ;

iii. membangunkan modal insan dalam sektor pertanian melalui


pembinaan Kolej Pertanian Malaysia dengan peruntukan sebanyak
RM70 juta ;

iv. meneruskan pelaksanaan Zon Industri Akuakultur (ZIA) di Kediak,


Merchong, dan Pulau Permatang Pauh di Pahang, Bukit Baka di
Kelantan, Gelami Lemi di Negeri Sembilan dan Setiu di Terengganu.
Melalui projek ZIA rantaian nilai bagi pengeluaran produk akuakultur
daripada bidang pembenihan, pengeluaran, pemprosesan, pemasaran
domestik dan global akan dikukuhkan ;

v. membina Pusat Penyelidikan Antarabangsa Tanaman Masa Hadapan


di Semenyih, Selangor dengan peruntukan sebanyak RM15.72 juta ;

vi. melaksanakan projek-projek kecil pertanian di bawah Majlis


Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) dengan
peruntukan sebanyak RM13.2 juta. Projek-projek ini adalah untuk
memenuhi keperluan golongan sasar pada peringkat akar umbi ; dan

vii. membina Makmal Diagnostik Bersepadu di Besut, Terengganu


sebanyak RM10 juta bagi meningkatkan kawalan penyakit dan perosak
tanaman.

7. Di samping itu, MOA juga akan disediakan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion
dalam tempoh 2 tahun (2011-2012) di bawah RMK10 daripada EPU bagi
pelaksanaan NKEA Pertanian. Daripada jumlah tersebut, RM821.4juta
diperuntukkan pada tahun 2011 bagi melaksanakan 11 projek seperti berikut :

i. Membangunkan Zon Akuakultur Bersepadu berskala besar di Pitas,


Sungai Telaga, dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan
Tanjung Manis di Sarawak yang menepati piawaian untuk
menghasilkan produk berkualiti dengan peruntukan sebanyak RM252.6
juta ;

ii. Meningkatkan produktiviti pengeluaran padi di kawasan jelapang


dengan peruntukan sebanyak RM135.9 juta bagi penyediaan
prasarana pengairan dan saliran ;

iii. Meningkatkan produktiviti pengeluaran padi di Kawasan Pembangunan


Pertanian Muda, Kedah dengan peruntukan sebanyak RM89.8 juta

3
untuk meningkatkan pengurusan sawah dan menaik taraf sistem
pengairan ;

iv. Meningkatkan integrasi ternakan dengan tanaman kelapa sawit


dengan peruntukan sebanyak RM84 juta ;

v. Menggalakkan jalinan kerjasama di antara pengeluar buah-buahan dan


sayur-sayuran berskala kecil dengan syarikat peneraju dengan
disediakan peruntukan sebanyak RM80.1 juta ;

vi. Melaksanakan projek penternakan ikan dalam sangkar secara


bersepadu dengan menggunakan teknologi baru seperti HDPE polar
circle cages sebanyak RM47.3 juta ;

vii. Membangunkan produk herba bernilai tinggi melalui penjenamaan


RAMUAN. Peruntukan sebanyak RM73.4 juta disediakan bagi
membangunkan produk nutraceuticals dan botanical drugs serta
menggalakkan petani menanam jenis-jenis herba yang dikenal pasti ;

viii. Membangunkan kluster tenusu bagi meningkatkan pengeluaran tenusu


untuk menyokong program pemberian susu kepada pelajar sekolah
dengan peruntukan sebanyak RM32 juta ;

ix. Menggalakkan petani menceburi industri sarang burung walit yang


merupakan produk bernilai tinggi dengan peruntukan sebanyak RM5.8
juta ;

x. Membangunkan industri benih dengan penubuhan Pusat Pengesahan


dan Marker Discovery untuk menggalakkan pengeluaran benih
berkualiti melalui penggunaan teknologi dan inovasi dengan
peruntukan sebanyak RM5.5 juta ; dan

8. Manakala MOA memperuntukkan sebanyak RM2.77 bilion bagi Perbelanjaan


Mengurus (2011). Daripada RM2.77 bilion perbelanjaan mengurus, sebanyak
RM1.2 bilion disediakan bagi meningkatkan pengeluaran padi negara yang
melibatkan bantuan kepada pesawah padi iaitu :

• Subsidi Baja (RM275 juta),


• Subsidi Harga Padi (RM448 juta),
• Subsidi Benih Padi Sah (RM85 juta),
• Insentif Pengeluaran Padi (RM150 juta)
• Insentif Peningkatan Hasil Padi (RM40 juta)
• Subsidi Harga Beras (RM400 juta).

9. Manakala bagi membantu mengurangkan beban nelayan, kerajaan


memperuntukkan sebanyak RM206 juta disediakan bagi insentif hasil tangkapan
nelayan.

4
Saudara-saudari sekelian,

10. Kementerian sentiasa berusaha dari semasa ke semasa untuk meningkatkan


kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan ke tahap yang lebih baik. Sebagai
salah satu mekanisme untuk mempelbagaikan saluran penyampaian perkhidmatan
bagi memudahkan orang ramai mendapat perkhidmatan termasuklah melalui Sistem
Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

11. Saya berharap agar Pelancaran Komuniti Rakan Agro pada 5 Disember tahun
lepas dapat meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan seterusnya
memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan Kementerian atau Jabatan
dan Agensi di bawah Kementerian ini melalui satu nombor yang sama iaitu 15888
dan memastikan caj SMS yang dikenakan kepada pengguna adalah seragam dan
munasabah.
12. Sehingga minggu lepas, saya dimaklumkan keahlian Komuniti Rakan Agro
adalah seramai lebih kurang 24,000 orang dan saya harap ia terus mencapai
sasaran sehingga sejuta keahlian pada penghujung tahun ini. Sehubungan itu,
promosi dan publisiti perlulah dipergiatkan dengan lebih kerap pada setiap masa
bagi mencapai sasaran tersebut. Ini kerana, terdapat banyak kelebihan yang
diperolehi oleh golongan sasar kita sebagai ahli Komuniti Rakan Agro seperti
menerima informasi hebahan atau makluman dan jemputan menyertai aktiviti-aktiviti
anjuran Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian ini serta mendapat
maklumat terkini mengenai amaran penyakit berjangkit yang berkaitan selain
membolehkan mereka mengiklankan produk berkaitan ke dalam portal Rakan Agro
secara percuma.

Saudara-saudari sekelian,

13. Kejayaan dalam mencapai hala tuju Kementerian memerlukan sokongan


padu semua pihak. Saya menyeru kepada semua kakitangan Kementerian, Jabatan
dan Agensi ini agar memberi tumpuan dan berperanan sebagai pemudah cara agar
struktur baru di bawah kepimpinan YBhg Dato’ Mohd Hashim Abdullah selaku Ketua
Setiausaha Kementerian yang baru ini dapat meneruskan aspirasi Kementerian.
Sejajar dengan itu juga pembangunan modal insan akan kita perkukuhkan lagi.

14. Bagi tahun 2010, sebanyak 28 siri kursus pembangunan modal insan telah
dilaksanakan di mana seramai 1390 pegawai Kementerian, Jabatan Agensi telah
menghadiri kursus tersebut. Kementerian juga telah menaik taraf Institut
Pengurusan Veterinar (IPV) di Cheras sebagai Pusat Pembangunan Modal Insan
MOA agar segala program dan aktiviti berkaitan program pembangunan modal
insan berjalan lancar. Oleh itu, pelaksanaan kursus pembangunan modal ini akan
diteruskan lagi pada tahun 2011 dalam membangunkan potensi serta meningkatkan
profesionalisme pegawai Kementerian.

15. Selain itu, saya dimaklumkan juga bahawa program team-building bagi tahun
2011 juga akan di pertingkatkan bagi mewujudkan semangat berpasukan dan
kekitaan di kalangan pegawai Kementerian. Program-program sebegini amat
penting bagi mendorong perpaduan dan persefahaman pekerja ke arah
kecemerlangan organisasi.
5
16. Di samping itu, program mentoring dan coaching juga telah dilaksanakan bagi
meningkatkan pembangunan modal insan di kalangan warga MOA khususnya bagi
pegawai yang baru dilantik dan dinaikkan pangkat. Bagi tahun 2010 melibatkan 13
orang mentor dan 25 orang mentee. Selain itu juga peranan Ahli Pembimbing Rakan
Sekerja (AKRAB) turut di perkukuhkan di peringkat Kementerian di mana mereka
merupa medium unit pengurusan psikologi PSM dalam membantu meningkatkan
kendiri rakan sekerja. Program Psikologi yang telah di jalankan sepanjang 2010
seperti ceramah motivasi, intervensi dan program peningkatan kendiri adalah
berdasarkan keperluan psikologi semasa warga kementerian. Secara umumnya
objektif program yang dilaksanakan oleh Unit Psikologi adalah ke arah
kesejahteraan minda, emosi serta tingkah-laku warga MOA ke arah mencapai
kecemerlangan Minda Kelas Pertama.

17. Akhir kata, saya ingin mengucap jutaan terima kasih kepada para pegawai
dan kakitangan kerana sudi melapangkan masa untuk berhimpun disini pada hari ini.
Besarlah harapan saya agar saudara dan saudari sekelian dan meneruskan tugas
dan tanggungjawab masing-masing dengan kecemerlangan agar apa yang ingin kita
tuju dalam menjayakan pembangunan sektor pertanian negara akan tercapai
hendaknya.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassala mualaikum warrahmatullahi


wabartokatuh....

S-ar putea să vă placă și