Sunteți pe pagina 1din 16

Pendekatan Pengajaran Bahasa

Pengenalan
Pendekatan dalam pengajaran bahasa ialah satu kumpulan andaian yang
saling berkaitan tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat
pembelajaran bahasa. Setiap pendekatan harus mencerminkan satu pandangan
tentang hakikat bahasa, iaitu apakah sebanarnya bahasa itu, bagaimana ia
dikuasai dan diperolehi, bagaimana pula ia dilahirkan dan difahami serta
dimanakah ia disimpan.
Selain daripada itu, pendekatan harus juga mencerminkan satu teori
bahasa, atau satu teori pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ini bermakna
sesuatu pengajaran harus dimulakan dengan cara mengamati keseluruhan dan
kemudian bahagian-bahagiannya.

Pendekatan Induktif
Pendekatan induktif merupakan satu pendekatan mengajar yang
melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi. Menurut John, M. Kierzek dan
Walker Gibson ( 1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab
atau contoh dan bergerak ke hadapan kepada satu generalisasi. Dalam hal ini,
guru-guru akan mengumpul contoh-contoh daripada teks, menunjukkan dan
menerangkan bagaimana ia bekerja dan berfungsi, dan membantu pelajar-
palajar untuk mengaitsimpul satu kesimpulan yang sesuai.
(Kamarudin Hj.Husin, Pedagogi Bahasa Perkaedahan ; 1998:83)

Dalam pengajaran bahasa pendekatan lebih dikenali sebagai pendekatan


gramatikal iaitu mendahulukan contoh-contoh struktur penggunaan unsur- unsur
tatabahasa yang dipelajari dan kemudian membuat kesimpulan mengenainya.
Kaedah pencarian digunakan iaitu melibatkan proses pemerhatian, kajian,
analisis tentang aspek bahasa pada awal pembelajaran. kemudian kesimpulan
umum dikaitsimpul daripada data yang dipelajari.Guru sama sekali tidak
digalakkan memberi definisi, menerangkan peraturan-peraturan, menerangkan
isi atau kandungan keseluruhan pelajaran.
Sebagai bakal guru yang akan mengajar subjek bahasa melayu, kita
seharusnya memahami konsep-konsep induktif dalam pengajaran bahasa.
Konsep Induktif dalam pengajaran bahasa yang pertama ialah murid-murid
mempelajari bahasa untuk mendapatkan hukum. Sekain itu, melalui pendekatan
pengajaran induktif Juga memperkenalkan pengetahuan dan memberi
pengalaman kepada murid. Murid kemudiannya mengakumulasi maklumat untuk
membentuk hukum. Selepas itu mereka membentuk kesimpulan umum daripada
contoh tertentudan membuat justifikasi yang khusu kepada yang umum. Di
samping itu, pendekatan pengajaran induktif merupakan kaedah penaakulan
yang bertujuan mendapatkan peraturan-peraturan umum daripada fakta-fakta
atau contoh-contoh tertentu.
Antara ciri-ciri bagi pendekatan pengajaran induktif ialah bermatlamatkan
kepada pembentukan kebiasaan yang menggunakan pengantara deria untuk
mendapatkan pengetahuan. Pendekatan Induktif memerlukan kekerapan
ulangan dalam beraneka konteks untuk mendapakan pengetahuan. Pendekatan
ini juga menekankan kepada pengajaran yang berbentuk konkrit. Dalam
pendekatan induktif, murid-murid diberi peluang untuk belajar sepenuhnya
dengan bimbingan guru. Hal ini menjadikan murid menjadi lebih aktig semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya, pendekatan induktif
menekankan aspek lisan serta menggunakan model contoh kepada generalisasi.

Pendekatan Deduktif

Pendekatan deduktif merupakan satu pendekatan mengajar yang


mengasaskan pengajaran dan pembelajaran pelajar kepada hukum-hukum
tertentu. Dalam pengajaran kaedah deduktif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi
iaitu Teori, hukum, atau masalah tertentu perlu didedahkan dahulu. Kemudian
bimbingan diberi bersama dengan contoh yang sesuai. Dalam kaedah ini
pemahaman pelajar adalah amat dipentingkan. Prosedur pengajaran dimulakan
dengan pengenalan rumus yang baru, pemilihan rumus haruslah berdasarkan
rumus yang diketahui umum oleh pelajar dan penggunaan contoh yang berkaitan
dan pengukuhan pemahaman konsep sesuatu rumus. Guru hanya perlu
membimbing pelajar menjalankan aktiviti melalui soalan-soalan terarah yang
terancang.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, pendekatan ini melibatkan
murid mempelajari peraturan-perturan dan dibber maklumat tertentu tentang
bahasa yang hendak dipelajari itu, Murid kemudiannya mengaplikasikan
peraturan-peraturan itu apabila mereka menggunakan bahasa tersebut.
Pendekatan ini menyarankan supaya analisis rumus tatabahasa diperkenalkan
terlebih dahulu sebelum guru menunjukkan pengaplikasian rumus tersebut
melalui contoh-contoh. Hal ini bermaksud dalam pendekatan pengajaran deduktif
ini, guru akan memberikan rumus terlebih dahulu kepada murid dan
kemudiannya baru lah contoh, bertentangan dengan pendekatan pengajaran
induktif.
Konsep-konsep yang perlu dikuasai oleh seorang guru dalam pendekatan
pengajaran deduktif ialah seperti mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu
hukum. Selain itu, pendekatan pengajaran ini adalah satu proses penaakulan
dan bertujuan untuk mendapatkan fakta serta contoh tertentu daripada satu
pernyataan umum. Dalam pendekatan ini juga, murid akan menganalisa fakta
atau isi yang bakal membentuk generalisasi dan kemudiannya mereka akan
membuat satu pencerakinan iaitu daripada yang umum kepada yang lebih
khusus.
Ciri-ciri pendekatan deduktif adalah seperti bermatlamatkan pemerolehan
struktur kognitif. Ini bermakna pembelajaran sentiasa mementingkan
pengetahuan yang akan diperolehi dan bukan pembentukkan kebiasaan.
Pendekatan ini juga menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan. Dari segi penyusunan isi pelajaran pula mestilah dimulakan
daripada yang dipermudah kepada yang lebih kompleks sifatnya. Pendekatan ini
adalah selaras dengan linguistik tradisional dan transformasi generatif. Oleh hal
yang demikian, secara keseluruhannya, pendekatan deduktif lebih menekankan
kepada aspek tulisan dan pengajaran dan pembelajarannya pula dimulakan
dengan generalisasi dan diikuti oleh contoh-contoh.
Pendekatan Elektik

Elektik merupakan kaedah yang menggabungkan kedua-dua pendekatan


awal yang sudah dibincangkan di atas dan kaedah ini mengambil kelebihan yang
ada pada kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif. Guru tidak perlu terlalu
terikat dengan mana-mana pendekatan tetapi pengajarannya mestilah lebih luas
dan mudah diubahsuai mengikut keperluan pelajar.
Pendekatan ini boleh bermula dengan guru memberikan contoh-contoh
dahulu, galakkan pelajar berfikir mengenai rumusannya dan selepas itu
mengemukakan contoh-contoh lain sebagai pengukuhan.Guru boleh juga
memulakan pengajarannya dengan menyatakan hipotesis terlebih dahulu
kemudian diikuti dengan contoh-contoh khusus. Selepas pelajar membuat
perkaitan di antara generalisasi dengan contoh, barulah guru mengukuhkan
pemahaman pelajar dengan mengemukakan generalisasi lain yang berkaitan.
Pendekatan ini dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan yang
terdapat pada kedua-dua pendekatan iaitu pendekatan induktif dan
deduktif.Melalui pendekatan ini, guru akan lebih fleksibel dan mampu
mengendalikan kelas mengikut kehendak dan keperluan pelajar.

Pendekatan Komunikatik

Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan pelajar


iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikatif seperti meminta maaf,
bercerita, melapor dan lain-lain. Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat
sehari-hari.Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk
gramatikal adalah bagi tujuan komunikasi.
Pendekatan ini wujud disebabkan didapati pendekatan yang lain lebih
mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang
betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana. Hasilnya, pelajar
tidak menguasai kecekapan berkomunikasi.Penguasaan komunikasi adalah
perlu agar pelajar dapat membuat pemilihan struktur ayat yang betul mengikut
konteks bahasa.
Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh
guru agar pelajar dapat menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi
antaranya ialah murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah
merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid menggunakan bahasa dalam
berkomunikasi. Prinsip kedua ialah pengajaran bahasa dibuat dalam konteks
wacana dan guru perlu megajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar
dapat berkomunikasi secara berkesan. Seterusnya ialah pengajaran bahasa
mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti perbualan dalam kehidupan
sehari-hari.

Pendekatan Oral

Pendekatan Oral ialah satu kaedah yang memberi penekanan kepada


penguasaan aspek lisan dalam aktiviti pembelajaran bahasa. Ini kerana
kemahiran lisan merupakan kemahiran yang harus dikuasai murid terlebih
dahulu sebelum menguasai kemahiran membaca dan menulis.
Pembendaharaan kata merupakan aspek yang utama dalam pendekatan ini.
Selain itu, kawalan tatabahasa juga diberi perhatian.
Antara ciri pendekatan pengajaran oral ialah pengajaran ini dimulakan
dengan bahasa pertuturan. Bahan hendaklah diajarkan secara lisan terlebih
dahulu sebelum ia diperkenalkan dan dipersembahkan dalam bentuk tulisan.
Seterusnya, dalam pendekatan oral bahasa sasaran adalah bahasa yang
digunakan dalam bilik darjah. Pemilihan perbendaharaan kata dibuat mengikut
prosedur yang sesuai agar ia benar-benar dapat berfungsi dengan betul dan
mengandungi makna yang tepat. Item-item tatabahasa pula diperingkatkan
mengikut tahap yang sesuai, yang bermula daripada bentuk yang mudah kepada
yang lebih rumit dan kompleks. Aktiviti bacaan dan penulisan akan diperkenalkan
sebaik sahaja asas leksikal dan tatabahasa dapat dikuasai oleh murid.
Objektif kaedah pembelajaran oral adalah supaya murid dapat menguasai
keempat-empat kemahiran asas dalam bahasa, iaitu mendengar, bertutur,
membaca, dan menulis. Kemahiran-kemahiran ini didekati dengan pembelajaran
struktur. Ketepatan dalam sebutan dan tatabahasa dianggap sangat penting dan
kesalahan tatabahasa mestilah dielakkan dengan apa cara sekalipun.
Penguasaan struktur asas serta pola-pola ayat merupakan asas untuk
kemahiran membaca dan menulis dan semua ini boleh dicapai melalui aktiviti-
aktiviti pertuturan. Begitu juga dengan kemahiran menulis karangan. Hal ini
demikian kerana, karangan bertulis didahului oleh perbincangan karangan
secara lisan.Kesimpulannya, pelaksanaan aktivit-aktiviti lisan adalah latihan yang
paling utama dan penting dalam pendekatan oral.

Pendekatan Berfikir

Pendekatan berfikir adalah satu pendekatan mengajar yang melibatkan


operasi kognitif. Apabila hendak mempraktikkan pendekatan ini, beberapa aspek
penting akan terlibat. Antaranya ialah proses berfikir, strategi berfikir, kemahiran
berfikir, dan kaedah serta teknik berfikir.Proses berfikir merupakan tindak balas
mental dalam satu lakuan pemikiran. Ia melibatkan beberapa peringkat iatu
peringkat mengenal dan memahamkan masalah, peringkat membuat hipotesis,
peringkat merumus hipotesis, peringkat menilai hipotesis dan peringkat membuat
dan menerima keputusan. Dalam pendekatan berfikir, dicadangkan supaya
langkah-langkah pengajaran dibina berdasarkan urutan proses berfikir hyang
sebenar. Strategi berfikir pula adalah cara yang dapat dilakukan untuk
menggerakkan pelajar berfikir. Hal ini boleh dilakukan melalui tiga cara iaitu
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, dan membina konsep.
Terdapat dua kemahiran berfikir iaitu kemahiran pemikiran mikro yang
merupakan keupayan mengingat semula, menterjemah, mentafsir, membanding
dan membeza, mengekstrapolasi, mengaplikasi, menganalisis, mensintesis,
meramal, menilai dan membuat kesimpulan. Manakala kemahiran pemikiran
kritikal pula ialah melibatkan pelbagai aktiviti seperti membezakan fakta dengan
tuntutan nilai, membezakan maklumat dan menentukan ketepatan sesuatu
pendapat. Antara kaedah dan teknik berfikir pula ialah seperti kaedah PMI (pls,
minus, interesting points), kaedah APC ( alternatives, possibilities, choice),
kaedah CAF ( consider all factors), kaedah C&S ( consequences and sequels),
kaedah OPV ( other peolpe’s view) dan kaedah AGO ( aim, goal, and objectives).
Dalam pengajaran pendekatan berfikir pengajaran dirancang dalam tiga
bahagian iaitu permulaan, langkah-langkah, dan penutup. Untuk bahagian
permulaan, guru bersoal jawab berdasarkan bahan-bahan tertentu untuk menarik
minat, menggerakkan daya pemikiran, dan memotivasikan murid. Guru
kemudian menstruktur dengan memberikan arahan yang diperlukan. Dalam
bahagian yang kedua iaitu langkah-langkah, beberapa langkah pelajaran
bergantung kepada masa yang diperuntukkan. Antara aktiviti atau kegiatan yang
boleh digunakan dalam pengaplikasian pendekatan berfikir ialah kegiatan
memerhati, mentafsir, meramal dan membuat inferensi. Seterusnya dalam
bahagian ketiga pula iatu penutup, guru akan merumus semula apa yang telah
dipelajari dan menyatakan keyakinan dan penghargaan terhadap kerja-kerja
yang telah dihasilkan. Guru kemudiannya memberi tugasan lanjutan kepada
murid sebagai peneguhan dan pengayaan.
Kaedah suggestopedia

Kaedah sugestopedia atau dikenali dengan ‘superlearning’ di Amerika


telah menarik perhatian ramai pakar psikologi pendidikan di barat. Pelopor
pendekatan ini, Dr. Georgi Lozanov telah menjalankan eksperimennya di
Bulgaria dan mendapati ia sangat berjaya.Pelopor lain ialah Robert Bushman
antara tahun 1975 hingga 1977 di Kanada.
Suggestopedia adalah satu set pembelajaran khusus yang menurut
lazanov merupakan sains yang menitikberatkan pembelajaran yang terdiri
daripada pengaruh yang tidak rasional atau yang tidak disedari, yang kerap
terdapat dalam tindakbalas perlakuan kita. Suggestopedia cuba
memperkukuhkan pengaruh ini dan mengarahkannya bagi mengoptimumkan
hasil pembelajaran.
Pembelajaran suggestopedia dianggap sebagai pembelajaran
dramatik.Menurut lazanov (1978), tiada satu pun bahagian dalam kehidupan
masyarakat yang tidak boleh menggunakan suggestopologi.Menurutnya,kaedah
ini dapat menyimpan ingatan daripada oembelajaran sebanyak 25 kali ganda
daripada kaedah biasa.
Suggestopedia merupakan salah satu rangkaian teori yang berguna
dalam membincangkan bagaimana penumpuan boleh dimanipulasikan bagi
mengoptimumkan pembelajaran dan ingatan.Beberapa orang pengkaji telah
mengenal pasti tahap optimum mental bagi memudahkan daya penghafazan dan
daya ingatan.Lazanov percaya cara pembelajaran yang baik adalah dalam
keadaan tenang yang membolehkan kita memberi tumpuan khusus.
Satu ciri yang paling nyata bagi kaedah ini ialah melalui tumpuan
penggunaan muzik dalam terapi yang dianggap mempunyai persamaan dengan
konsep suggestopedia.Fungsi-fungsi itu ialah supaya mudah mewujudkan
kemantapan dan pengekalan hubungan peribadi, untuk meningkatkan kepuasan
diri daripada persembahan muzik, mengguna muzik sebagai sumber tenaga dan
penggerak.
Kaedah askar / tentera

Kaedah askar telah muncul dalam masa perang dunia kedua. Semasa
zaman tersebut, kaedah askar ini digunakan untuk kakitangan askar yang
memerlukan kemahiran dalam beberapa bahasa . Hal ini adalah bagi
memudahkan operasi tentera dalam peperangan tersebut.
Dalam kaedah askat terdapar beberapa kemahiran yang diutamakan
seperti kemahiran lisan. Biasanya, dalam kaedah ini, pembelajaran mengambil
masa selama 6 hingga 9 jam setiap hari. Dari segi pemilihan murid pula, kaedah
ini menekankan beberapa perkara seperti murid mestilah mempunyai segala
kualiti yang membolehkan pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak
mengalami kesusahan. Selain itu, sikap, motif, umur dan aptitud terhadap
pembelajaran bahasa murid tersebut mestilah baik.
Semua progres yang dicapai oleh murid melalui kaedah ini akan
dirakamkan. Hal ini kerana, tahap pencapai murid akan dikaji dengan kepersisan
tentera. Kaedah askar merupakan satu kaedah yang menyerupai kaedah terus.
Latih tubi digunakan dengan kerap oleh instruktor yang terdiri daripada penutur
jati.Kaedah ini lah yang menjadi tiruan Peace Corp. Kaedah ini menggunakan
teori Behaviorisme atau mengikut tanggapan bagaimana kanak-kanak
mempelajari bahasa mereka dengan cara semulajadi. (Abdullah Hassan, 1976)
(Kamarudin Hj.Husin, Pedagogi Bahasa Perkaedahan ; 1998:185)
Kaedah ini dilaksanakan dengan beberapa cara iaitu yang pertama
adalah melalui latihan yang diberi perhatian kepada sesi latih tubi, mimik dan
menghafaz. Kemudian, guru menyediakan kumpulan 10 orang, mendengar
pembacaan, mengadakan soalan-soalan mudah, menggunakan skrip.Senarai
yang disediakan diulang-ulangkan beberapa kali secara beramai-ramai.Kelas
dibahagikan kepada dua dan masing-masing menyoal di antara satu sama lain.
Seterusnya, murid-murid berpasang-pasangan, menyoal antara satu sama yang
lain. Pada masa ini, penyelia latih tubi berjalan ke tiap-tiap kumpulan dan
membetulkan atau membaiki bunyi sebutan.
Kaedah ajuk hafaz

Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara demonstrasi dan


latih tubi. Pengajaran demonstrasi harus berkaitan dengan tatabahasa,
pertuturan, perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati. Sesudah
ayat dibacakan murid-murid dikehendaki mengajukkannya sehingga ayat
tersebut tidak lagi dilupakan.
Kaedah ajuk hafaz tercipta dalam Rancangan Bahasa Intensif oleh
Persatuan Cendekiawan Majlis Amerika (American Council Of Learned
Societies). Kaedah ini digunakan oleh angkatan bersenjata amerika syarikat
dalam masa perang dunia kedua bagi mengajar bahasa kepada pegawai tentera
secara intensif.Kaedah ini amat berhasil kerana dorongan yang amat kuat,
latihan intensif, kelas kecil dan modelnya yang baik.
Tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui
ajukan.Maknanya diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda. Murid
tidak dikehendaki menterjemah perkataan demi perkataan. Apabila semua ayat
sudah dipelajari secara terperinci, murid akan membaca deskripsi bahasa
sasaran itu dalam bahaa ibunda pula. Contohnya diberi dalam bahasa sasaran
dengan persamaannya dengan bahasa ibunda. Kemudian, dia terus mendengar
lagi ayat-ayat daripada pertuturan yg menyambungkan ayat-ayat asas tadi bagi
latihan mendengar. Akhirnya, dia berlatih dalam dialog dengan menggunakan
ayat dasar dan gabungan bahagian-bahagiannya.
Guru harus menyediakan aktiviti yang bersesuaian seperti latihan dalam
pertuturan, karangan-karangan lisan, latihan cara menyebut sesuatu perkataan,
menyebutkan dengan betul tiap-tiap bunyi dalam bahasa sasaran dan tahu pula
menggunakannya dalam bentuk-bentuk ayat yang betul.
Kaedah linguistik

Kaedah ini dianggap sebagai satu kaedah mengajar bahasa secara


saintifik . Kaedah ini pada dasarnya membandingkan dua bahasa iaitu bahasa
yang dipelajari dan bahasa yang telah diketahui sama ada bahasa ibunda
araupun bahasa-bahasa lain.Pengetahuan bahasa murid harus tertumpu kepada
bentuk dan fungsi bahasa disamping aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk ayat,
makna dan lain-lain. Dalam kata lain, kaedah ini mementingkan pertuturan dan
membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui oleh murid.
Dalam kaedah linguistik, bentuk didahulukan daripada makna. Pemilihan
bunyi-bunyi dilakukan terhadap bunyi-bunyi yang sama dalam kedua-dua bahasa
itu. Dalam hal ini pengetahuan fonetik adalah sangat mustahak.Dari segi
pemilihan bentuk-bentuk ayat pula, guru hendaklah memilih berdasarkan bentuk-
bentuk ayat yang ada dalam bahasa ibunda mereka dahulu. Selepas itu
baharulah dipilih bentuk ayat yang berlainan atau tidak ada dalam bahasa ibunda
mereka.Ayat yang sama bentuk dapat dilihat dalam jadual 1.

Subjek Predikat objek


saya Pergi ke sekolah.
I go to school.
Dia Minum susu.
He drinks milk.
Jadual 1
Dalam pemilihan kata pula, kaedah ini mendahulukan perkataan-
perkataan yang serupa atau hampir-hampir sama bunyi daripada kedua-dua
bahasa.Contohnya,
Bahasa inggeris Bahasa melayu
Cofffe Kopi
School sekolah
Bicycle basikal
Jadual 2
Kaedah linguistik bertujuan untuk membolehkan murid-murid
menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru
dari segi bunyi.Selain itu, kaedah ini menerangkan bahan-bahan nahu
berdasarkan perbandingan di antara tatabahasa yang dipelajari dengan bahasa
yang diketahui.
Sebagai panduan, seseorang guru mestilah mengetahui cara
mengaplikasikan kaedah ini dalam sesi pengajarannya.dalam kaedah ini, guru
mendahulukan pengajarannya dengan mengajar sebutan bunyi perkataan-
perkataan bahasa yang dipelajari yang ada persamaan dengan bahasa yang
diketahui.Kemudian, guru melatihtubikan bunyi-bunyi bahasa yang dipelajari
yang mempunyai perbezaan bahasa yang diketahui.Apabila mengajar
perbendaharaan kata, mulakan dengan perbendaharaan kata yang senang
manakala ketika mengajar struktur ayat pula, ajarkan struktur ayat- struktur ayat
yang ada persamaan dengan bahasa diketahui dahulu.
Antara kebaikan kaedah linguistik ialah guru dapat menyediakan bahan-
bahan pengajaran itu dengan lebih tersusun dan teratur.Kaedah ini juga tidak
membuang masa dan dapat mengelakkan salah faham kanak-kanak terhadap
bahasa yang dipelajari. Murid dapat bertutur dengan cepat dan membuat ayat
dalam bahasa yang dipelajari mengikut bentuk dan corak yang ada dalam
bahasa ibunda mereka.Namun demikian, kaedah ini juga mempunyai kelemahan
seperti hasil yang dijangka tidak akan tercapai kerana kaedah ini berdasarkan
penyiasatan secara ilmu sains.Kaedah ini juga mementingkan bahasa
pertuturan (lisan).Oleh hal yang demikian, murid-murid hanya dapat menuturkan
apa yang diajar sahaja tetapi tidak dapat memperkembangkannya dengan baik.

Kaedah psikologi
Kaedah ini ada perkaitannya dengan kaedah terus.Ia berdasarkan kapeda
penggambaran fikiran dan asosiasi idea.dalam hubungannya dengan proses
pembelajaran, kaedah ini mementingkan alat-alat bantu seperti objek, diagram,
carta, gambar-gambar untuk membantu mewujudkan gambaran mental dan
menghubungkaitkannya dcengan bahan yang hendak diajar.
Kaedah ini tidak menghalang penggunaan bahasa ibunda malah ia boleh
digunakan jika perlu.Penyampaiaan pelajaran pada permulaan dibuat secara
lisan dan pengakhiran dibuat melalui buku teks. Kaedah ini menetapkan bahawa
mengarang harus dimulakan setelah diajarkan beberapa pelajaran lain dan
tatabahasa pula perlu dimulakan lebih awal sebelum pelajaran membaca
dilakukan.

Kaedah kod kognitif

Kaedah ini berasaskan pendapat golongan mentalis yang memandang


bahasa sebagai satu kreativiti mental.Dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa kaedah ini menekankan bentuk dan makna.Seseorany yang hendak
mempelajari sesuatu bahasa itu harus mengetahui sistem bahasa yang
didasarkan pada hukum-hukum dan norma-norma tertentu dalam ilmu
tatabahasa.Dengan adanya pengetahuan sedemikian barulah seseorang itu
dapat mempelajari bahasa itu dengan berkesan.
Kaedah kod kognitif mengutamakan ciri-ciri penting.Antaranya ialah dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa, lisan tidak ditekankan sangat.Perkara
yang diberi perhatian ialah bacaan dan tulisan. Oleh kerana itu, aspek yang
menjadi tumpuan utama ialah sintaksis dan diikuti oleh morfologi dan
fonologi.Pembelajaran tatabahasa diterapkan secara langsung dan ia boleh
dilakukan melalui pendekatan deduktif.Seterusnya, proses pembelajaran dan
pengajaran mestilah berupaya menggalakkan murid menggunakan sebanyak
mungkin kemampuan kreativiti. Makna amat dipentingkan oleh kaedah ini.Dalam
menghuraikan bahasa, menggunakan aplikasi tatabahasa transformasi genaratif.
Kaedah ini merupakan salah satu kaedah tradisional dan kerana itu ia
mempunyai kebaikan dan kelemahan yang serupa dengan kaedah-kaedah
tersebut.

Kaedah fonetik

Kaedah ini berkait rapat dengan kaedah lisan,kaedah reform,dan kaedah


terus. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa kaedah ini memulakan
aktiviti ini dengan latihan pendengaran kemudian diikuti oleh aktiviti menyebut.
Biasanya, penyebutan dilakukan berperingkat agar ayat yang digabungkan
menjadi dialog atau cerita.Pengajaran tatabahasa mengikut kaedah ini dilakukan
secara induktif sementara pengajaran dan pembelajaran karangan didasarkan
kepada apa yang didengar atau dibaca. Walaubagaimanapun,kaedah ini agak
lebih jelas ealam pengajaran.

Kaedah khusus

Terdapat tiga kaedah dalam kaedah khusus iaitu kaedah lisan ,kaedah
membaca dan kaedah tatabahasa.Kaedah lisan lebih dikenali sebagai “reform”
berkait rapat dengan kaedah terus Kaedah ini dimulakan dengan latihan
mendenar, kemudian bergerak ke latihan sebutan.Latihan sebutan mengikut
kaedah ini, dilakukan mengikut susunan iaitu daripada bunyi kepada perkataan ,
daripada perkataan kepada rankai kata dan daripada rangkai kata kepada ayat-
ayat.Semua ini kemudiannya digabungkan menjadi dialog dan cerita.
Tatabahasa disampaikan secara induktif dan karangan pula berupa penghasilan
semula bahan yang telah didengar atau di baca.
Kaedah ini menegaskan latihan mendengar pada peringkat
permulaan.Kaedah ini dimulakan dengan latihan mendengar,kemudian bergerak
ke latihan sebutan .Dalam kaedah ini kemahiran mendengar dianggap paling
berkesan dalam membuat persediaan untuk bertutur.
Dalam kaedah kedua pula iaitu kaedah membaca pula kaedah ini
diperkenalakan oleh Dr.Michel West.Kaedah ini merupakan kaedah yang paling
mudah.Ia tidak memerlukan menghafaz atau menggunakan tatabahasa, idiom
dan sebagainya secara kreatif..Kaedah ini hanya menggunakan
bacaan.Membaca hanya perlukan murid kenal perkataan yang tertulis dan
membacanya. Kaedah ini mementingkan sebutan dan ini mudah kerana ia
memerlukan murid menghafaz hukum-hukum tatabahasa tatabahasa yang rumit.
Membaca kuat hanya perlu untuk latihan ini selalunya menggunakaan
perbendaharaan kata yang dirancangkan teratur menurut frekuensi .bahan
bacaan dibuat secara saintifik , disusun mengikut gred atau diperingkatkan
dengan baik. Biasanya senarai perkataan digunakan untuk pemilihan bahan.
Kaedah ini tidak mementingkan terjemahan Ia sering dilaksanakan oleh guru-
guru di dalam kelas tanpa disedari dan ia juga merupakan sebahagian daripada
kaedah –kaedah yang lain.
Antara tujuan dalam kaedah ini ialah untuk memperkembangkan kebolehan
murid-murid membaca dan mempelajari bahasa kedua tanpa terjemahan.bagi
cara mengajar dalam kaedah ini pula murid-murid dilatih menyebut sebutan-
sebutan dengan betul dan gunakan pola-pola pertuturan yang mudah.Bacaan
senyap dan kuat dijalankan selepas itu dan ini adalah untuk membolehkan
mereka memahami teks yang dibaca.seterusnya, latihan bertulis didasarkan
kepada latihah-latihan yang bolehkan murid ingat struktur dan pembendaharaan
kata.Penghasilan struktur ayat secara aktif lebih diutamakan.Seterusnya, kaedah
ini memulakan pelajaran bahasa dengan bahagian lisan,murid diperkenalkan
dengan sistem bahasa melalui mendengar dan bertutur.
Kaedah khusus yang ketiga ialah kaedah tatabahasa.Kaedah ini sangat
mementingkan peraturan-peraturan tatabahasa yang dipelajari bersama-sama
kumpulan perkataan. Perkataan yang digunakan hendaklah disusun mengikut
peraturan dan ini adalah latihan untuk membiasakan murid dengan peraturan
tatabahasa tersebut.
Kaedah ini menganggap perturan tatabahasa itu adalah penting daripada
penggunaannya .Oleh kerana itu, tidak ada latihan lisan dan pengajaran sebutan
ditegaskan.Antara kebaikan kaedah ini ialah ia dianggap sebagai satu disiplin
mental.Ia juga mudah digunakan dan tidak memerlukan seseorang guru yang
fasih bercakap atau menggunakan bahasa itu.Kaedah ini juga mudah diuji den
mudah pula dikawal.Kelemahannya pula, kaedah ini mementingkan peraturan
tatabahasa dan oleh kerana itu ini kana melahirkan murid yang begitu mahir
tentang peraturan tatabahasa tetapi tidak cekap menggunakan bahasa itu.

S-ar putea să vă placă și