Sunteți pe pagina 1din 12

Isi Kandungan

No. Kandungan Muka surat


1. Pengenalan 3
2. Manifestasi Klinikal 3
3. Patafisiologi 4
4. Diagnosa Perbezaan 4
5. Ujian Makmal 5
6. Komplikasi 6
7. Pencegahan, Kawalan dan Rehabilitasi 7
8. Pengurusan dan Kawalan 10
9. Peranan Penolong Pegawai Perubatan 11
10. kesimpulan 11
11. Rujukan 13

2
Pengenalan

Bayi yang lahir pada tahun 1966 dan seterusnya yang belum mendapat 2 dos suntikan vaksin perlu

mendapatkannya di klinik-klinik yang terdekat secara percuma. Pada zaman sekarang, Measles adalah

terlalu umum di kalangan masyarakat dan penyakit ini mudah menjangkiti mereka dan sistem imuniti

badan mereka semakin berkembang. Kajian telah dibuat bahawa pemberian 2 dos suntikan MMR ini

dapat memberi perlindungan yang sepenuhnya.

Baru-baru ini, GlaxoSmithKline Pharmaceuticals (GSK) telah melancarkan sejenis vaksin baru

iaitu Priorix Tetra yang menggabungkan vaksin cacar air dengan dua dos mandatori yang diperlukan

untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak daripada demam campak, beguk dan rubela baru-baru

ini. Ini memudahkan ibu bapa dengan satu suntikan diberi kepada anak-anak mereka berbanding dua

suntikan diamalkan sekarang untuk melindungi anak-anak daripada penyakit MMRV(Measles, Mumps,

Rubella, Varicella).

Sebanyak 334 kes penyakit measles yang dilaporkan di Malaysia pada tahun 2008. Measles

(demam campak) merupakan inflamasi pada sistem respiratori yang disebabkan oleh virus iaitu

Morbillivirus. Penyakit berjangkit ini kerap menyerang golongan kanak-kanak dan boleh berlaku pada

semua peringkat umur dan ianya boleh membawa maut jika tiada rawatan susulan diberi. Penyakit ini

merebak daripada seseorang kepada individu lain melalui batuk dan bersin dan ia kekal aktif. Ianya

merebak di udara atau permukaan yang dijangkiti lebih daripada 2 jam. Seseorang boleh dijangkiti selama

1 hingga 2 hari sebelum tanda dapat dilihat dan sehingga 4 hari setelah ruam timbul. Mereka yang telah

dijangkiti measles akan membentuk imuniti semulajadi.

Manifestasi Klinikal

 Campak bermula dengan tanda-tanda seperti:-

i. Demam (melebihi 38°C dan boleh mencecah 40.6°C)

ii. ‘runny nose’ atau hidung berair

iii. Batuk

3
iv. Mata kemerahan

v. ‘Sore throat’

vi. ‘Coryza’

 Dalam 2-3 hari semasa demam, ruam merah mula timbul di sekitar kulit dan merebak ke muka,

dada, kaki dan tangan.

 Ruam ini berlangsung selama 5-6 hari;

i. Mata mungkin menjadi sensitif terhadap cahaya terang

ii. Bintik kecil putih mungkin muncul di dalam mulut (Koplik's spots).

iii. Tompok ruam kemerahan ini akan merebak ke seluruh badan.

 Dalam masa 10-11 hari, pesakit akan beransur pulih dan tanda-tanda ruam merah akan beransur

hilang.

Patofisiologi

 Virus campak mudah menjangkiti kanak-kanak yang masuk kedalam tubuh melalui salur

pernafasan semasa menarik nafas.

 Virus berkembang baik dan merebak di dalam sel-sel epitelium.

 Virus kemudian menyebar ke seluruh tubuh terutama terhadap sistem retikulo-endotelium

dimana ia akan berganda dan berada dalam sistem peredaran darah (melalui Leukosit).

 Virus tersebut akan menyerang limfosit dalam sistem imun.

 Lebih banyak multiplikasi berlaku; ini member kesan kepada sel epitelium.

 Virus terus berkembang baik di dalam sel limposit. Selepas 2/52 virus terdapat di dalam serum

darah dan menyebabkan kemunculan ruam makulopapul pada kulit.

Diagnosis Perbezaan

1. Rubella ( german measles )

2. Sifilis sekunder

3. Pneumonia
4
4. Ruam hipersensitif terhadap ubat.

5. Kawasaki syndrome

6. Varicella.

7. Defteria

Ujian Makmal

Interpretasi hasil serologi:

Status keimunan seseorang berperanan dalam menentukan ujian serologi. Berikut adalah gambaran

ringkas:

1) Pada orang yang tidak mempunyai pelali (unimmunized)

 Spesimen dikumpulkan kurang dari 72 jam selepas tarikh bermulanya ruam:

Uji untuk IgM.

IgM positif = campak disahkan

IgM negatif = campak tidak boleh disingkirkan

Kumpulkan spesimen lain 72 jam atau lebih selepas bermulanya ruam

 Spesimen dikumpulkan 72 jam atau lebih selepas tarikh bermulanya ruam:

Uji untuk IgM dan IgG

IgM positif / IgG positif atau negatif = campak disahkan

IgM negatif / IgG negatif = campak telah disingkirkan

2) Pada orang dengan sejarah imunisasi tidak diketahui atau pada orang dengan sejarah

didokumentasikan pertama atau lebih dos vaksin campak yang mengandungi

5
 Spesimen dikumpulkan kurang dari 72 jam selepas tarikh bermulanya ruam:

Uji untuk IgM dan IgG

Positif IgM / IgG positif atau negatif = campak disahkan

IgM negatif / IgG negatif = tidak boleh menyingkirkan campak

Kumpulkan spesimen lain 72 jam atau lebih selepas bermulanya ruam

Tidak memberi respon kepada vaksinasi atau tidak pernah diberi vaksinasi

IgM negatif / IgG positif = campak telah disingkirkan

 Spesimen dikumpul lebih dari 72 jam atau lebih selepas tarikh bermulanya ruam:

Uji untuk IgM dan IgG

Positif IgM / IgG positif atau negatif = campak disahkan

IgM negatif / IgG negatif = campak telah disingkirkan

Imunisasi disyorkan

IgM negatif / IgG positif = campak telah disingkirkan

Komplikasi

Komplikasi daripada Measles boleh berlaku bagi sesetengah kanak-kanak yang:-

i. Kanak-kanak yang lemah akan sistem imunuti (leukaemia atau AIDS)

ii. Kanak-kanak yang mendapat nutrien yang tidak mencukupi

iii. Kanak-kanak berumur 5 tahun kebawah.

Komplikasi ini juga dihadapi oleh golongan dewasa melebihi 20 tahun.

Komplikasi yang biasa berlaku:-

i. Diarrhoea

ii. Vomiting

iii. ‘Conjunctivitis’

6
iv. ‘laryngitis’

Komplikasi yang kurang berlaku:-

i. Meningitis

ii. Pneumonia

iii. Hepatitis

iv. Encephalitis

v. Thrombocytopenia (kandungan platelet adalah rendah dimana menjejaskan pembekuan

darah)

vi. ‘Bronchitis’ dan ‘Croup’ (characterised by a hacking or barking cough)

vii. ‘Squint’(jika virus menjejaskan saraf dan otot mata)

Komplikasi yang jarang berlaku:-

i. Gangguan mata yang serius, seperti jangkitan pada saraf optik (saraf yang menghantar

impuls dari mata ke otak), yang dikenali sebagai neuritis optik, yang boleh menyebabkan

pesakit buta;

ii. Masalah hepar dan sistem saraf;

iii. Komplikasi kepada otak yang serius yang dikenali subacute sclerosing panencephalitis

(SSPE), dimana kadang-kadang berlaku beberapa tahun selepas mendapat Measles.

Walaupun keadaan ini fatal dan ianya sangat jarang berlaku, ia mungkin terjadi pada 1 dari

setiap 100,000 kes campak.

Pencegahan, Kawalan dan Rehabilitasi Measles

Pencegahan

 Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan imunisasi MMR (Measles, Mumps

and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. Para ibubapa

memainkan peranan yang penting dalam memberi imunisasi kepada kanak-kanak dan
7
membenarkan anak mereka menerima suntikan vaksin pada usia 7 tahun semasa pasukan

perubatan melawat sekolah.

 Apabila seseorang mendapat measles, badan kita akan bertindak balas menghasilkan sistem

imuniti tubuh untuk melawan virus yang masuk dalam tubuh badan.

 Apabila Morbillivirus menyerang tubuh manusia, kita tidak akan mendapat penyakit Measles

kerana tubuh kita mempunyai antibodi untuk melawan virus tersebut.

 Jika belum mendapat jangkitan Measles, adalah lebih baik tidak berhubung atau

berkomunikasi dengan pesakit yang mendapat jangkitan Measles untuk menggelakkan

jangkitan berlaku.

 Jika pesakit measles dirawat dalam klinik semasa fasa ‘contagious’, kenalpasti kakitangan

klinik yang mempunyai potensi tinggi menerima jangkitan. Jikalau mereka hanya pernah

menerima satu suntikan dos tambahan vaksin measles, suntikan dos tambahan perlu diberi

dalam masa 72 jam.

 Kakitangan di klinik yang mendapat fasa ‘contagious’ measles perlu elak dari berhubung

dengan pesakit selama 4 hari untuk menggelakkan jangkitan berlaku keatas pesakit.

 Hanya kakitangan klinik yang telah menerima dos tambahan vaksin (Measles) yang layak

merawat atau berhubung dengan pesakit yang mendapat Measles, untuk menggelakkan

jangkitan dari pesakit ke kakitangan klinik yang belum mendapat suntikan dos tambahan.

Kawalan

 Pencegahan standard, pesakit yang dirawat di hospital harus dirawat dengan tindakan

pencegahan terhadap airborne sampai 4 hari sejak permulaan ruam (atau untuk tempoh

penyakit itu jika pesakit tersebut adalah ‘immunocompromised’).

 Pemberian vaksin percuma iaitu suntikan MMR kepada semua individu mengikut jadual

imuniti dapat membantu sedikit sebanyak dalam mengawal penyakit ini daripada mendapat

komplikasi yang teruk. Suntikan vaksin diberikan kepada bayi yang berumur 12 bulan dan

kanak-kanak berusia 7 tahun.

8
 Melalui pendidikan kesihatan, ibubapa digalakkan membawa anak mereka yang mendapat

measles berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Ini bertujuan menggelak

sebarang komplikasi-komplikasi berlaku jika tidak dirawat.

 Melalui pendidikan dan promosi kesihatan dari doktor, orang ramai akan mengetahui proses-

proses pemulihan kerana melalui proses tersebut, perebakan jangkitan Measles dapat

dielakkan.

 Mereka yang disyaki mendapat Measles dinasihatkan untuk perkara dibawah semasa

‘contagious period’:-

o Berehat dan berada di dalam rumah dan tidak pergi ke sekolah, tempat kerja, tempat

awam atau sebarang aktiviti sosial;

o Tidak berhubung dan bersentuhan dengan kanak-kanak yang mudah terdedah

(terutama bayi), ibu mengandung atau individu yang ‘immunocompromised’ (memiliki

sistem imum yang telah dilemahkan oleh suatu penyakit atau rawatan);

o Elakkan berhubungan dengan ahli keluarga dan pelawat yang mudah dijangkiti;

o Elakkan berhubungan dengan mereka yang bekerja di tempat prnjagaan kesihatan

dengan menelefon dan membuat temu janji untuk menggelakkan berhubungan dengan

orang lain.

 Pesakit ini digalakkan mendapat rehat secukupnya di rumah sehingga sembuh selain

menggelakkan merebaknya penyakit ini. Selain itu, ia mengurangkan jumlah pesakit yang

mendapat jangkitan Measles.

 Jika terdapat manifestasi klinikal yang serupa dengan Measles, digalakkan untuk berjumpa

dengan doktor untuk penilaian.

Rehabilitasi

 Pesakit yang mendapat penyakit ini perlu berehat secukupnya di rumah dan tidak melakukan

sebarang aktiviti berat. Ini juga bertujuan untuk menurunkan suhu badan ke paras normal dan

pesakit akan sembuh dalam masa yang singkat. Sebarang komplikasi Measles dapat dielakkan.

9
 Kebersihan diri perlu diutamakan seperti kebersihan kulit dan mulut bagi menggelakkan

sebarang jangkitan atau komplikasi sekunder berlaku.

 Pengambilan diet yang seimbang dan makanan yang lembut agar badan mendapat sumber

nutrien yang diperlukan untuk metabolisma badan.

 Meminum air dengan banyak bagi menggelakkan demam berpanjangan.

Pengurusan dan Rawatan

Tiada rawatan yang khusus untuk merawat penyakit Measles ini. Sebaliknya, ubat-ubatan akan diberikan

kepada pesakit untuk menggelakkan mendapat jangkitan skunder.

1) Anti purisis diberikan untuk mengurangkan kegatalan pada kulit.

 Losyen Calamine (TDS) disapu pada kulit terlibat.

2) Analgesik utk. melegakan kesakitan dan demam.

 Tab. Paracetamol 500 - 1gm (Dewasa) PRN/ TDS.

 Syrup PCM: 120mg/5ml (Kanak-kanak)

3) Antibiotik jika perlu untuk merawat jangkitan sekunder.

 Cap/syrup Cloxacillin, 250mg - 500mg

 Dewasa. 125mg/5ml 6 hourly, X 5 - 7/7

4) Ubat titisan, Gutt Chloramphenicol 0.3% TDS mungkin perlu diberikan untuk rawatan

konkuntivitis

5) Anti-histamines dan antialiergics

 Tab. Chlorpheniramine Maleate 4mg.

i. Dewasa: 4 - 16mg setiap hari (divided doses.)

 Syrup. Chlorpheniramine Maleate 2mg/5ml

i. Paediatrics ( Untuk menghilangkan kegatalan ):

 Kanak-kanak lebih 1 year: 2.5ml BD

 1 – 5 yrs: 2.5 – 5ml. TDS

 6 –12 yrs: 10ml. TDS

10
6) Dos vitamin A perlu diberikan kepada kanak-kanak yang mendapat jangkitan Measles akibat

kurangnya pengambilan vitamin A di kawasan tersebut.

Peranan Penolong Pegawai Perubatan

i. Memeriksa, mendiagnosis dan merawat kanak-kanak yang mendapat jangkitan Measles agar

tindakan rawatan dapat dibuat dan kanak-kanak tersebut tidak mendapat sebarang jangkitan

sekunder.

ii. Memberikan pendidikan dan promosi kesihatan kepada ibubapa agar anak mereka yang mendapat

jangkitan mematuhi garis panduan kesihatan dalam usaha pemulihan. Memberi penerangan mengenai

penyakit Measles tersebut dan komplikasi-komplikasi jika tidak mengikuti nasihat para medikal.

iii. Menyimpan semua rekod pesakit Measles sebagai bahan rujukan dimasa akan datang. Ini

membantu Penolong Pegawai Perubatan membuat kiraan statistik agar tindakan sunsulan dapat

dibuat jika terdapat banyak kes.

iv. Jika terdapat banyak kes dan kebarangkalian mendapat jangkitan sekunder adalah tinggi, penolong

pegawai perubatan tersebut perlu memesan ubat-ubatan tertentu agar masalah tidak timbul semasa

merawat pesakit dan keperluan ubat-ubatan di dalam klinik adalah mencukupi.

v. Memberi rawatan awal bagi mereka yang mendapat komplikasi-komplikasi Measles agar

komplikasi tersebut dapat dirawat dan tidak bertambah teruk.

vi. Merujukkan kes-kes Measles untuk pengendalian selanjutnya kepada Pegawai Perubatan.

vii. Mengadakan lawatan ke kampung yang mempunyai banyak kes mengenai jangkitan Measles dan

memberi pendididikan dan promosi kesihatan kepada mereka agar mereka dapat mengambil

langkah yang sewajarnya sekiranya mendapat jangkitan.

viii. Membuat notifikasi jika terdapat peningkatan kes jangkitan Measles.

Kesimpulan

Penyakit berjangkit Measles yang disebabkan oleh virus iaitu Morbillivirus sering melanda di

negara dan menyerang manusia kita tidak kira golongan usia lebih-lebih lagi golongan kanak-kanak.

Tanda-tanda klinikal yang paling ketara kelihatan apabila seseorang mendapat Measles adalah ruam

11
merah pada kulit pesakit. Jika tidak dirawat pada peringakat permulaan, ini kadang-kala boleh

mendatangkan komplikasi-komplikasi terhadap pesakit sehingga boleh membawa maut. Maka, adalah

menjadi tanggungjawab seorang Penolong Pegawai Perubatan untuk memberi pendidikan dan promosi

kesihatan kepada masyarakat agar mereka sedar akan betapa seriusnya penyakit ini. Setiap pelajar yang

berusia 7 tahun perlu diberi suntikan vaksin MMR dos tambahan. Selain itu, seorang Penolong Pegawai

Perubatan perlu mengesan pelajar yang tercicir suntikan vaksin tersebut agar tidak mendapat jangkitan.

12
Rujukan

1. www.articlesbase.com

2. www.kosmo.com.my

3. www.merck.com

4. www.nhs.uk

5. www.wrongdiagnosis.com

13

S-ar putea să vă placă și