Sunteți pe pagina 1din 2

Alam sekitar mempunyai banyak peranan dan pengaruh dalam pembentukan

cara hidup masyarakat berkebudayaan pada zaman prasejarah.


Ulaskan kenyataan ini dengan merujuk kepada contoh-contoh yang khusus.
(25 markah)
PENDAHULUAN (3 markah)

1. Zaman prasejarah ialah zaman yang belum ada rekod bertulis tentang kehidupan
manusia dan masyarakatnya.
2. Pengkaji sejarah membahagikan zaman prasejarah kepada tiga zaman iaitu
- Zaman Paleolitik (500,000 SM hingga 10,000 SM)
- Zaman Mesolitik (10,000 SM hingga 7,000 SM)
- Zaman Neolitik (7,000 SM hingga 3,500 SM)

3. Zaman ini juga dikenali juga sebagai zaman batu.


4. Kehidupan masyarakat pada zaman ini dikesan daripada bukti arkeolgi seperti fosil
dan peralatan yang diperbuat daripada batu.

ISI (5 isi X 4 markah)

1. Penempatan
Penempatan masyarakat zaman prasejarah dipengaruhi oleh alam sekitar
- Zaman Paleolitik, pergantungan sepenuhnya ke atas alam sekitar menyebabkan
mereka berpindah-randah untuk mencari makanan dengan memburu dan memungut
hasil hutan. Persekitaran yang sejuk dan keadaan yang selamat menyebabkan
mereka tinggal dalam gua.
- Zaman Mesolitik, pencairan air batu akibat daripada kenaikan suhu dunia telah
mempengaruhi penempatan masyarakat pada zaman ini tertumpu di kawasan yang
iklim sederhana iaitu di kawasan lingkaran tanah rata di Eropah, Asia dan Afrika.
- Zaman Neolitik, kehidupan masyarakat yang tidak bergantung kepada hasil hutan
dan telah mula bertani menyebabkan mereka membentuk penempatan kekal
sehingga wujudnya perkampungan neolitik. Perkampungan neolitik tertumpu di
kawasan lembah sungai dan tasik kerana mereka bergantung kepada kesuburan
tanah dan saliran semula jadi untuk kegiatan pertanian. Contohnya perkampungan
Neolitik di Jermo, Jerica (Iraq) dan Pan Ismail

2. Kegiatan Ekonomi
Keadaan persekitaran mempengaruhi kegiatan ekonomi manusia dan masyarakat
zaman prasejarah.
- Zaman Paleolitik, manusia mendapat makanan daripada sumber alam
sekitar melalui kegiatan memburu binatang, menangkap ikan dan mengumpul hasil
hutan.
- Zaman Neolitik, manusia telah mula menghasilkan sumber makanan sendiri tanpa
bergantung kepada sumber alam sekitar melalui kegiatan pertanian dan menternak
binatang Walau bagimanapun mereka masih bergantung kepada kesuburan tanah
secara semulajadi untuk membolehkan mereka bertani. Kawasan pertanian
tertumpu di lembah-lembah sungai yang terdiri daripada tanah lanar. Lebihan hasil
pertanian mendorong kepada berlakunya aktiviti perdagangan.

3. Peralatan
- Bagi menyesuaikan diri dan pergantungan dengan persekitaran manusia di zaman
Paleolitik telah menghasilkan peralatan yang ringkas dan mudah. Mereka
menggunakan peralatan daripada tulang dan batu. Kapak tangan dihasilkan untuk
melapah dan memotong binatang buruan.
- Revolusi pertanian di zaman neolitik telah mempengaruhi peralatan yang
digunakan. Peralatan batu masih lagi digunakan pada awal zaman neolitik tetapi
buatan lebih halus. Penemuan logam telah membolehkan mereka menggunakan
logam seperti besi, timah dan tembaga menggantikan peralatan batu sebagai
peralatan di sawah dan senjata.

4. Teknologi
- Masyarakat zaman Paleolitik menghasilkan peralatan batu menggunakan
teknik merepeh. Kebakaran hutan akibat daripada petir dan proses menghasilkan
peralatan batu telah menemukan masyarakat zaman ini dengan penggunaan api.
Pakaian zaman ini diperbuat daripada kulit binatang dan kayu.
- Masyarakat pada zaman neolitik mempunyai kreativiti dan inovasi untuk mecipta
teknologi dalam usaha menguasai persekitaran mereka. Mereka telah mencipta
roda, menghasilkan peralatan tembikar dan memenun kain daripada gentian
tumbuhan. Bajak dicipta yang menggunakan tenaga haiwan untuk memudahkan
kerja-kerja di ladaing.

5. Kepercayaan
Persekitaran banyak mempengaruhi sistem kepercayaan masyarakat zaman
prasejarah. Ketidakupayaan masyarakat zaman paleolitik dan neolitik mengatasi
bencana alam menyebabkan mereka percaya kepada kuasa ghaib yang mempunyai
kaitan rapat dengan persekitaran mereka. Mereka menyembah Tuhan yang
mempunyai kaitan dengan persekiran mereka seperti Tuhan matahari, sungai dan
binatang. Banjir dan kemarau yang berlaku membawa kepada kepercayaan kepada
tuhan dan semangat tanaman. Ia membawa kepada upacara pemujaan dan
keagamaan.

6. Kesenian
Alam sekitar menjadi sumber kepada hasil seni masyarkat zaman pra
sejarah. Manusia paleolitik melukis gambar binatang di gua yang mempunyai kaitan
dengan kepercayaan. Pada zaman neolitik unsur alam dilihat sebagai simbol dalam
hasil lukisan mereka yang mempunyai kaitan rapat dengan sistem kepercayaan.

KESIMPULAN (2 markah)

Kehidupan masyarakat zaman prasejarah banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Penemuan
dan kreativiti masyarakat di zaman neolitik telah membawa perubahan besar bagi mereka
menyesuaikan diri dan menguasai alam sekitar.

S-ar putea să vă placă și