Sunteți pe pagina 1din 5

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN

Y.H DATO' AHAMAD SABKI MAHMOOD KETUA PENGARAH PERIKANAN MALAYSIA



MAJLlS PELANCARAN

SEMINAR PELABURAN AKUAKUL TUR NEGERI TERENGGANU KUALA TERENGGANU, 18 JANUARI 2011

Bismillah Hirrahman Nirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia,

Yang Berhormat Dato' Wira Mohd. Johari Bin Baharum Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia

Yang Berhormat Haji Asha'ari bin Idris Pengerusi

Jawatan Kuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Terengganu Mewakili Y.A.B Menteri Besar Terengganu

Yang Berbahagia Dato' Mohd Hashim bin Abdullah

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Yang Berhormat Dato' Haji Mazlan Bin Ngah Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu

Yang Berbahagia Dato' Haji Mat Razali bin Kassim Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu

Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri,

Dif-dif Kehormat

dan seterusnya Tuan-tuan/Puan-puan sekelian,

Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya majlis yang dirancang pada hari ini dapat dilaksanakan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran Y.B Dato' Wira Mohd. Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di

1

majlis pagi hari ini. Setinggi-tinggi perhargaan juga ditujukan kepada Yang Berhormat Tuan Haji Asha'ari bin Idris, Pengerusi Jawatan Kuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Terengganu yang mewakili Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu untuk merasmikan majlis kita ini. Kesempatan bersama Y.S dan Y.S Dato' pada hari ini amat besar maknanya, terutama kepada para pengusaha industri akuakultur untuk mendengar amanat daripada pemimpin-pemimpin yang bertanggung jawab memajukan sektor pertanian di peringka1 perseku1an dan negeri. Kepada para peserta seminar dan tuan-tuan sekelian, kami mengucapkan selamat datang ke Majlis Perasmian Seminar Pelaburan Akuakultur Negeri Terengganu dan berbangga di atas kesungguhan yang 1uan-tuan tunjukkan berdasar kepada jumlah kehadiran yang besar pada hari ini.

Y.B Dato' Tuan-tuan/Puan-puan sekelian,

Sektor perikanan di negara ini telah berkembang daripada satu usaha tradisional secara kecil-kecilan di perkampongan nelayan muncul sebagai sebuah industri penting dalam pengeluaran bahan makanan yang secara langsung mewujudkan peluang pelaburan dan pekerjaan serta mampu menjana pendapatan eksport negara. Pada tahun 2009 sub-sektor perikanan telah menghasilkan pengeluaran perikanan bernilai kira-kira RM5 bilion dan menjana eksport tidak kurang daripada RM2 bilion. Sesungguhnya kemajuan yang dicapai itu tidak berlaku secara kebetulan. Pembangunan ini tidak mungkin wujud tanpa pengembelingan usaha yang gigih para nelayan, penternak dan pengusaha di atas tapak projek dengan sokongan teknologi, pelaburan modal dan kesediaan mengambil risiko menerokai peluang pasaran. Para pengusaha perikanan di negara ini juga amat bertuah kerana sub-sektor perikanan terus diberi tumpuan dalam

2

dasar utama negara dan diskong dengan strategi, program dan budget pembangunan yang besar oleh kerajaan.

Oi dalam perlaksanaan program dan projek pembangunan perikanan di bawah Rancangan Malaysia Ke Sepuloh (RMK 10), kerajaan memberi tumpuan kepada bidang akuakultur. Akuakultur diberi penekanan kerana kerajaan mendapati aktiviti ekonomi ini mempunyai patensi pertumbuhan yang besar untuk meningkatkan pengeluaran ikan dan prod uk perikanan bernilai tinggi. Kerajaan telah menyenaraikan Pembangunan Bersepadu Zon Industri Udang, Ternakan Ikan Dalam Sangkar dan Estate Mini Rumpai Laut antara enam belas Projek Utama di dalam Bidang Utama Ekonomi Negara (atau National Key Economic Area - NKEA). Ketiga-tiga projek utama ini dijangka dapat menjana Pendapatan Kasar Negara (GNI) lebih daripada RM4 bilion dan mewujudkan kira-kira 35,000 peluang pekerjaan pada tahun 2020. Oi sam ping itu tiga bidang akuakultur utama iaitu, Ikan Hiasan, Pusat Eksport dan Pengilangan Makanan Akuakultur

.;)

pulaaikatogerikan sebagai program Peluang Pelaburan di bawah sektor pertanian.

Y.B Dato' Tuan-tuan/Puan-puan sekelian,

Perlaksanaan semua program dan maUamat yang saya sebutkan tadi memerlukan komitmen dan kerjasama tiga pihak iaitu, Jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, semua kerajaan negeri dan pihak swasta serta penternak.

Pada pagi ini Jabatan Perikanan menganjurkan majlis yang menghadirkan ketiga-tiga pihak berkenaan bagi menjayakan pembangunan industri akuakultur di negeri Terengganu bagi lima tahun akan datang. Untuk

3

tujuan ini kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan negeri Terengganu yang telah meluluskan 10 kawasan ZIA baru dengan jumlah keluasan 4,188 hektar .. Maklumat ZIA baru ini merupakan intipati Seminar Peluang Pelaburan Akuakultur bagi negeri Terengganu yang akan diadakan selepas makan tengahari nanti. Jabatan telah mencetak Dokumen Prospektus Perlaburan Akuakultur khas bagi Negeri Terengganu yang merangkumi maklumat kawasan ZIA, sistem ternakan, spesies akuakultur yang sesuai dan prosedur yang perlu dilalui untuk memohon kawasan tersebut. Para pelabur dan perserta seminar yang berminat bolehlah membeli dokumen tersebut di kaunter yang disediakan oleh Jabatan di luar dewan ini. Oi samping seminar, Jabatan juga ada menyediakan gerai-gerai pameranuntuk pihak swasta dan institusi kewanqan yang menawarkan produk dan dana pelaburan bagi memajukan kawasan ZIA di negeri ini.

VB Dato' Tuan-tuan/Puan-puan sekelian,

Saya ingin juga menyarnpaikan ucaparr terima kasih karni dan penghargaan kepada kepada para pengusaha dan syarikat swasta yang telah rnelabur modal dalam projek-projek akuakultur di Negara ini khususnya di negeri Terengganu. Karni -percaya kesediaan tuan-tuan melibatkan diri dalam bidang ini adalah keputusan yang bijak dan perlu terus diperkembangkan kerana sektor agro-makanan adalah amat strategik kepada servival negara hari ini dan masa rnendatang.

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran V.B Data', Dato-dato' tuan dan puan-puan sekelian. Jabatan berharap Seminar Pelaburan Akuakultur ini akan membuka peluang pelaburan baru para kepada pengusaha dan

4

syarikat swasta dari seluruh negara bagi memajukan industri akuakultur di negeri Terengganu. Kejayaan penganjuran seminar ini tidak terhasil tanpa pengelibatan dan pengembelingan usaha semua pihak yang terlibat memberi kerjasama sumbangan idea dan tenaga. Kerjasama seperti ini diharap akan terus menjadi satu budaya ke arah pencapaian matlamat pembangunan akuakultur di Malaysia menjelang tahun 2020.

Sekian, Wassallam Mualikum W.B.T.

5

S-ar putea să vă placă și