Sunteți pe pagina 1din 5

Thursday, March 8, 2007

SONGKET

SejarahKain Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun
bersama-sama dengan benang emas atau perak. Ia telah terkenal di Malaysia sejak abad ke 15
yang lampau. Perkataan songket berasal daripada perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit.
Industri tenunan songket ini telah berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur
seperti di Terengganu dan Kelantan. Bunga atau hiasan di kepala kain di tenun mengikut citarasa
penenun. Corak atau ragam hias tersebut dikenali dengan nama-nama seperti tapak manggis,
pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya.

Tenunan songket ini dilakukan sebagai industri kecil, yang mana kemahiran seseorang penenun
itu mengambil masa selama enam minggu untuk menghasilkan sehelai kain songket yang
panjangnya di antara 20 hingga 40 meter. Sesuatu yang mengkagumkan tentang seseorang
penenun mahir ialah, dia tidak melakar corak songket di atas kertas sebelum kerja-kerja menenun
dilakukan sebaliknya ia tercetus daripada daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi lagi unik.

MotifMotif yang digunakan untuk menenun songket diilhamkan daripada alam semulajadi.
Antara motif-motif songket:
Motif Tumbuh-tumbuhan Motif Binatang Motif Alam/Benda Motif Kuih
CorakCorak kain songket lazimnya terdiri dari:
Susunan bunga penuh Susunan bunga bertabur Susunan bercorak
Proses Pembuatan
Secara ringkasnya proses menenun songket adalah dengan menggunakan teknik menyungkit
iaitu menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang loseng (warp) di permukaan alat
tenun yang dipanggil �kek tenun�. Proses menyungkit dilakukan setelah benang �karat
butang� disediakan. Benang karat butang digunakan untuk membuat reka corak atau sulaman
benang emas.
Mencelup benang
Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna. Setelah pewarnaan dibuat benang
perlu di keringkan, sebelum kerja selanjutnya dilaksanakan.
Melerai benang
Pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan untuk melilit benang. Proses ini
dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat.
Menganeng benang
Proses membuat benang loseng yang diregang di alat penenun bagi menentukan saiz panjang
atau jumlah helai kain yang akan ditenun.
Menggulung
Benang-benang yang diregang di alat menganeng (ianian) digulung dengan sekeping papan
loseng.
Menyapuk benang
Setelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera, kerja-kerja menyapuk
dilakukan. Dua urat benang loseng dikaitkan melalui setiap celah gigi jentera.
Mengarak benang
Karak dibuat daripada benang asing yang digelung. Benang loseng berangka genap dan ganjil
akan diangkat turun naik secara berselang seli sewaktu menenun.
Menyongket benang
Proses mereka corak di atas benang loseng dengan menggunakan alat yang di panggil lidi dengan
menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudian diikat dan dikenali
sebagai proses ikat butang.
Menenun
Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan kanan di
celah-celah benang loseng mengikut corak yang telah ditentukan hinggalah menjadi sekeping
kain. Kain yang telah siap ini dipotong mengikut saiz.
Posted by jamelahmdyasin at 5:27 AM 0 comments

Batik

Sejarah

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi
manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu,
masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah
diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita
khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari
perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud
melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik
Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang
perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

Motif

Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik.
Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif
Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan,
bunga-bungaan, dan haiwan.
Contoh Motif Organik.

Motif Ayam Motif Bunga Buluh Motif Bunga Kerak Nasi Motif Bunga Kotak Bercampur Motif
Bunga Orkid Motif Bunga Raya Motif Daun Sireh Motif Geometrik Motif Pucuk Rebung Motif
Rama-rama Motif Siput
Motif Ayam

Contoh Motif Geometrik.

Motif Pucuk Rebung Motif Bunga Kotak Bercampur


Motif Bunga Buluh
Motif Bunga Raya
Motif Siput
Motif Pucuk Rebung

Corak

Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik
tersebut.Antara corak-corak yang sering digunakan.
Corak Berdiri Corak Jalur Corak Melintang Corak Menyeluruh Corak Menyerong Corak
Tompok-tompok Corak Ulangan Batu-bata Corak Ulangan/Selang seli

Blok penerap batik


Proses Membuat

Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.


Blok penerap Campuran lilin Kain Pencelup Sebuah Meja
Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap
dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan
diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan
diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila
direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur
hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk
dipasarkan.

Penjenisan Kain Batik

Batik terbahagi kepada tiga jenis.

Batik Blok

Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak
diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut
susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke
dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.
Proses menerap kain menggunakan blok corak

Batik Conteng

Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah
kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan
menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan
meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan
tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.
Proses mencanting kain

Batik Skrin

Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya
kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di
atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas
kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan
sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan
corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.
PenggunaanPenduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk
membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal
terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis
keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar,
sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga
yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya
yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-
masing.

Posted by jamelahmdyasin at 5:03 AM 0 comments


Home
Subscribe to: Posts (Ato

S-ar putea să vă placă și