Sunteți pe pagina 1din 3

 

22 Januari 2011
 Laman Utama
 Negara!
 Hiburan!
 Sukan!
 Dunia!
 Kosmo2
Rencana Utama
o

Stailo
o

Horizon
o

Akademi
o

Pemotoran
o

Varia
o

Infiniti
o

Pesona
o

GenK
o

Urban
o

Komuniti Kita
o

Kesihatan
o

 Arkib Berita
 Iklan
 Hubungi Kami
 

RENCANA UTAMA

Cabaran bahasa di pedalaman


Oleh RIZALMAN NOR
rizalmannor@kosmo.com.my

SEBAHAGIAN guru dari Semenanjung Malaysia yang menumpahkan bakti di Bumi Kenyalang.

MALAYSIA kaya dengan pelbagai bangsa, agama dan budaya yang unik. Bahasa adalah salah satu
cabang yang memperlihatkan kepelbagaian budaya masyarakat majmuk Malaysia.

Yang menariknya, bahasa bukan sahaja divariasikan mengikut bangsa, bahkan adakalanya
dibezakan menerusi loghat mengikut daerah.
Sabah dan Sarawak yang terdiri daripada pelbagai etnik juga mempunyai bahasa mereka mengikut
suku kaum masing-masing.

Penggunaan loghat mengikut negeri dan etnik itu melambangkan identiti sesebuah masyarakat yang
membolehkan seseorang individu itu dikenali apabila berkomunikasi dengan orang lain.

Namun, penggunaannya yang agak keterlaluan termasuk sewaktu mengikut kelas formal di sekolah
amat membimbangkan.

Ini kerana keadaan itu menyebabkan segelintir pelajar sekolah tidak tahu menggunakan bahasa
Melayu yang standard, bahkan menyukarkan proses pengajaran.

Perkara itu lazimnya berlaku kepada masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar dan
pedalaman.

Bagi guru-guru dari Semenanjung Malaysia (Semenanjung) yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak,
bahasa merupakan salah satu cabaran yang perlu ditempuhi kerana penguasaan bahasa berlainan
mengehadkan proses pembelajaran antara murid dan guru.

Jika di Semenanjung, masalah komunikasi mungkin tidak begitu ketara, namun kepelbagaian etnik di
Bumi Kenyalang contohnya membuatkan guru-guru di sana mengalami sedikit kesukaran untuk
berinteraksi apabila para pelajar lebih selesa menggunakan bahasa ibunda mereka di sekolah.

Murid-murid dari kaum Iban umpamanya menggunakan bahasa ibunda mereka yang belum pernah
didengar oleh guru-guru dari Semenanjung, apatah lagi untuk memahaminya.

Ini menyebabkan murid-murid gagal menguasai bahasa Melayu dengan baik kerana mereka sentiasa
bercakap dalam bahasa Iban di rumah dan sekolah.

Hakikat itu diakui oleh guru-guru dari Semenanjung yang sedang bertugas di Sarawak terutama
mereka yang baru berkhidmat di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Ditertawakan pelajar

SEORANG guru sedang mengajar murid-murid daripada etnik Iban di Song, Sarawak.

Menceritakan masalah komunikasi itu, seorang guru dari Kedah, Azuad Chek Morat, 32, berkata,
sejak tinggal di Song, Sarawak beliau seolah-olah berada di bumi asing kerana budaya hidup yang
berlainan.
"Minggu pertama saya bertugas di sini, saya rasa agak janggal kerana tidak faham apa yang ditanya
murid.

"Mereka bertanya dalam bahasa Iban, saya tidak faham tetapi saya cuba jelaskan dalam bahasa
Melayu, namun saya ditertawakan kerana tidak menjawab soalan murid," katanya yang telah
berkhidmat empat tahun di daerah terpencil itu.

Menurutnya, murid-murid tahap satu (tahun satu hingga tiga) kebiasaannya adalah kelompok yang
tidak dapat berinteraksi dalam bahasa Melayu dengan baik.

Lebih teruk apabila ada ibu bapa yang datang ke sekolah untuk sesuatu urusan bertanya dalam
bahasa Iban kepada guru-guru dari Semenanjung.

Bagi guru Sains, Norasyikin Dasuki, 26, masalah lain yang turut memberi cabaran kepada para guru
termasuklah apabila berinteraksi dalam bahasa Inggeris.

"Saya tunjukkan gambar pepatung kepada murid tetapi mereka memberi jawapan chechawil
(pepatung dalam bahasa Iban).

"Selepas menjelaskan dalam bahasa Inggeris, saya terpaksa memberi penerangan dalam bahasa
Malaysia pula. Itu pun masih ada murid yang menghadapi masalah untuk memahaminya," kongsi
Norasyikin.

Beliau berkata, guru-guru dari Semenanjung juga terpaksa meminta bantuan guru-guru tempatan
atau pembantu pembangunan murid untuk menjelaskannya dalam bahasa Iban agar murid
memahami apa yang diajar.

Sementara itu, Mohd. Yusoff Ibrahim, 27, memberitahu, masalah penggunaan bahasa ibunda di
sekolah sukar dibendung kerana kebanyakan murid menetap di rumah panjang.

"Penduduk rumah panjang tidak menggunakan bahasa Melayu standard dalam pertuturan mereka,
jadi ia memberi kesan kepada murid-murid sekolah," jelas beliau.

Walaupun dihambat dengan banyak cabaran sewaktu bertugas di pedalaman, namun ujar Mohd.
Yusoff, ia tidak melemahkan semangat mereka untuk mendidik anak bangsa.

Apatah lagi sempena sambutan Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun, semangat
mereka tetap berkobar-kobar.

"Lantaran tidak mahu terlalu terikut-ikut membiarkan pelajar larut dengan bahasa ibunda masing-
masing di kelas, seboleh-bolehnya kami menekankan interaksi dalam bahasa Melayu di sekolah,"
katanya.

S-ar putea să vă placă și