Sunteți pe pagina 1din 6

UCAPAN

YH DATO’ HAJI MOHAD KHAZIN BIN HAMZAH,


KETUA PENGARAH LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA

SEMPENA
MAJLIS PENYAMPAIAN ELAUN SARA HIDUP NELAYAN
KAWASAN PARLIMEN TANJONG KARANG

BERTEMPAT DI DEWAN MCA PASIR PENAMBANG, KUALA SELANGOR

PADA 28 JANUARI 2011 (JUMAAT), JAM 4.45 PETANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

YB Datuk Seri Noh bin Haji Omar,


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

YB Dato’ Mohd Johari bin Baharom,


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

YB Tuan Chua Tee Yong,


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

YBhg Dato’ Mohd Hashim bin Abdullah,


Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

YH Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood,


Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia

YBrs Encik Abdul Rahman bin Haji Ellis,


Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LKIM

Encik Mohd Hanifiah bin Hussein,


Pengarah LKIM Negeri Selangor

Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Dato-Dato, Datin-Datin

Dif-Dif Kehormat

Wargakerja Jabatan/Agensi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Pengerusi dan Pengurus Besar Persatuan Nelayan

Seterusnya, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

1
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t dengan izin dan inayahNya, kita dapat
berhimpun pada petang ini bagi menyampaikan elaun sara hidup nelayan Parlimen
Tanjong Karang yang akan disempurnakan penyampaiannya oleh YB Datuk Seri Noh
bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

Bagi pihak nelayan di sini, sukacita saya merakamkan jutaan terima kasih kepada YB
Datuk Seri Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kerana sudi
melapangkan masa bersama-sama kita seterusnya menyampaikan elaun ini kepada 395
penerimanya pada hari ini. Sesungguhnya kehadiran YB Menteri serta pemimpin
Kerajaan dan ketua-ketua jabatan pada hari ini membuktikan betapa perihatinnya
pemimpin kita dan Kerajaan memberikan semangat dan sokongan kepada nelayan
dalam arus pembangunan negara khasnya sektor pertanian yang kian mencabar.

Terima kasih juga diucapkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia serta
Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi di bawah MOA. Jutaan terima kasih juga ditujukan
kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dato’ – Dato’, Tuan-Tuan dan Puan-Puan serta para
hadirin sekalian kerana sudi hadir bagi bersama-sama memeriahkan majlis pada petang
ini.

Saudara Saudari para hadirin Sekalian,

Pada tahun 2010, LKIM telah melaksanakan pelbagai program dalam usaha membantu
masyarakat nelayan di Parlimen Tanjong Karang ini. Antara yang telah dilaksanakan
adalah:

1. Insentif hasil tangkapan RM0.10/kg.


2. Pembinaan kemudahan nelayan di Kg. Sungai Yu, Tanjong Karang, Selangor.
3. Subsidi minyak diesel dan petrol.
4. Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan.
5. Pinjaman Dana Nelayan.
6. Program Basmi Kemiskinan.

2
1. Senarai Penerima Insentif 0.10/kg Di Kuala Selangor

Tahun 2010
Jumlah Penerima Nilai (RM)
Nov Dis
P.95 - Tanjung Karang 424 328 725
P.96 - Kuala
Selangor 211 159 370

JUMLAH 635 487 1122 135,095.25

2. Pembinaan Kemudahan Nelayan di Kg. Sungai Yu, Tanjong Karang, Selangor


Komponen Kos (RM) Tarikh Tarikh Siap Status Jumlah Penerima
Kemudahan Mula Asal Faedah
Nelayan
Chalet, Medan 500,000.00 2/8/2010 22/11/2010 Dalam Nelayan 40
Selera, Pejabat,
(16 minggu) Pembinaan Bot/ Sampan 30
Suaru, Tandas,
Elektrik, Air

3. Penerima Minyak Subsidi Kawasan Kuala Selangor Tahun 2010

Bil. Jenis Minyak Bil. Pemegang Kad Bil. Pusat Jualan Kuantiti (Lt) Nilai (RM)
1 Diesel 303 6 14,087,140.86 17,130,090.37
Petrol 324 8 3,825,324.02 14,666,703.00

4. Bantuan Bencana Alam & Kebajikan Nelayan Kawasan Kuala Selangor Tahun 2010

Bil. Kawasan Jumlah Penerima Bantuan Nilai Bantuan


Kematian Kerosakan Harta Jumlah (RM)
1. Kuala Selangor 9 11 20 34,256.00

5. Pinjaman Dana Nelayan Kawasan Kuala Selangor Tahun 2010

Bil. PNK Bil.Peserta (Orang) Nilai Pinjaman (Rm) Tujuan


1 Kuala 22 488,120.00 Belian sampan, enjin
Selangor sangkut, pukat dan
peralatan menangkap
ikan

3
6. Program Basmi Kemiskinan Kawasan Kuala Selangor Tahun 2010

Bil. Kawasan Program Basmi Kemiskinan Peruntukan (RM)


(Orang)
e-Kasih SDSI
1 Kuala Selangor 6 41 67,000.00

Selain daripada program-program membantu masyarakat nelayan, Kementerian dan


LKIM juga turut melaksanakan program-program infrastruktur bagi kemudahan nelayan.
Antaranya adalah dibawah peruntukan Projek Rangsangan Ekonomi (PRE) yang telah
dilaksanakan sejak dari tahun 2009 dan 2010.

MAKLUMAT PEMBINAAN JETI PRE 2009 & 2010

Pembinaan Jeti Tahun 2009


Bil. Parlimen Jumlah Jeti Kos Projek (RM) Status
1 Tg. Karang 10 buah 2,150,000.00 Siap 100 %

Pembinaan Jeti Tahun 2010


Bil. Parlimen Jumlah Jeti Kos Projek (RM) Status
1 Tg. Karang 1 buah 200,000.00 Dalam Pembinaan

2 Kuala Selangor 2 buah 100,000.00 - Sebuah Jeti Siap 100


%
- Sebuah Dalam
Pembinaan

Pembinaan Jeti Tahun 2009


Bil. Negeri Jumlah Jeti Kos Projek (RM) Status
1 Selangor 25 buah 4,750,000.00 Siap 100 %

Pembinaan Jeti Tahun 2010


Bil. Negeri Jumlah Jeti Kos Projek (RM) Status
1 Selangor 10 buah 1,600,000.00 Dalam Pembinaan

4
Saudara Saudari para hadirin Sekalian,

Di Pasir Penambang ini, LKIM turut membina Kompleks LKIM Pasir Penambang, Kuala
Selangor dengan kos sebanyak 22.5 juta yang mana ianya dijangka siap pada April
tahun ini yang memberi manfaat kepada 1,200 nelayan dan kemudahan kepada 849
buah bot dan sampan.

Selain itu, bagi pihak nelayan juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB
Menteri di atas pengumuman yang dibuat agar kemudahan nelayan seperti kedai
makan, bilik mesyuarat, bilik solat, bengkel jentera, tempat membaiki pukat, tandas
awam dan batu penghadang hakisan bagi kemudahan nelayan dibina di jeti Kampung
Parit 3, Tanjong Karang Selangor dengan peruntukan sebanyak RM 500,000.00 dan
projek ini dijangka “take off” pada bulan Mac 2011. Ini jelas menunjukkan komitmen
Kementerian dan LKIM dalam memberikan kemudahan pendaratan ikan yang baik
kepada nelayan sekitar dan kita berharap agar infrastruktur yang diberikan ini akan
dijaga dan digunakan dengan sebaiknya.

Saudara Saudari para hadirin Sekalian,

LKIM akan terus berusaha untuk memperkasakan para nelayan. Harapan saya agar
saudara saudari menggunakan peluang dan bantuan yang diberikan oleh Kementerian
dan LKIM dengan sebaiknya dan menyokong segala usaha pembangunan yang
dilakukan serta bersama-sama menggerakkan sektor perikanan khususnya di negeri
Selangor ini.

Akhirnya, sukalah saya menyeru kepada saudara saudari di sini, marilah kita sama-
sama berikrar menyokong sepenuhnya kepada dasar, rancangan dan program
pertanian yang dijalankan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di bawah
kepimpinan Menteri Pertanian YB Datuk Seri Noh bin Haji Omar. Semoga sektor
pertanian terus mendapat nafas baru yang lebih berinovasi dibawah kepimpinan beliau.

Sekian, terima kasih.

5
6

S-ar putea să vă placă și