Sunteți pe pagina 1din 15

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak OUM dan


Kementerian Pelajaran Malaysia kerana memberi peluang kepada saya untuk
menimba ilmu. Terima kasih juga diucapkan kepada suami kerana sentiasa
memberi sokongan dan dorongan untuk saya menyiapkan tugasan ini. Juga tidak
dilupakan anak-anak yang tersayang yang begitu memahami. Untuk pensyarah yang
dikasihi lagi disanjungi, Puan Norhaslina Binti Nordin yang tidak jemu-jemu
membimbing saya dalam menyiapkan tugasan, jutaan terima kasih yang tidak
terhingga ingin saya rakamkan kepada beliau.

1
ISI KANDUNGAN

1. Penghargaan 1

2. Pendahuluan 3-4

3. Soalan (a) – Kewajaran penggunaan bahan sastera dalam


pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. 5-6

4. Soalan (b) – Tiga teknik penggunaan bahan sastera dalam


pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. 7-13

5. Bahan pengajaran – skrip 14-15

Bibliografi

Lampiran

2
PENDAHULUAN

Keseimbangan dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani pada setiap insan
adalah dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dipercayai akan dicapai
melalui pendidikan bahasa dan kesusasteraan. Pada tanggal 22 Jun 1999, Menteri
Pendidikan Malaysia mengumumkan bahawa semua pelajar sekolah menengah
aliran sastera, Sains, teknik, vokasional, dan Agama diwajibkan mempelajari
kesusasteraan Melayu dan bagi memastikan semua pelajar sekolah menengah
rendah dan atas mempelajari kesusasteraan, maka penggunaan karya diwajibkan
sebagai komponan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Komponan sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu (komsas) dilaksanakan


secara berperingkat-peringkat, bermula pada Mac 2000 untuk tingkatan satu dan
empat. Kemudian pada tahun 2001 Komsas diperluas ketingkatan dua dan lima.
Pengajaran Komsas dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2003 iaitu dari tingkatan
satu hingga tingkatan 5. Calon pertama yang menduduki peperiksaan SPM ialah
2001, manakala calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2002.

Sebelum Komsas dilaksanakan, pelajar telah didedahkan dengan pelbagai


unsur dan bahan sastera dalam pendidikan bahasa. Hasilan dari aspek penghayatan
dalam pendedahan ini tidak membanggakan. Kemungkinan besar adalah
disebabkan oleh pengajaran dan pembelajaran menjurus kepada aspek input bahasa
semata-mata.Aspek nilai estetik dan keindahan bahasa dan sosio budaya yang
tergarap diberi penekanan di samping untuk meningkatkan keupayaan pelajar
berbahasa.

Atas dasar bahasa dan sastera tidak dapat dipisahkan, maka Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah tidak memisahkan pengajaran dan pembelajaran
bahasa dan sastera. Kesedaran oleh guru dan murid adalah penting bagi mengikis
sikap penguasaan ilmu bahasa dan sastera untuk peperikst meluaskan pandangan .
Tetapi, penguasaan ilmu bahasa dan sastera untuk meningkatkan jati diri pelajar.
Mengajar kesusasteraan atau menggunakan bahan sastera dalam pengajaran
ialah proses memandu pelajar untuk berhibur, mentafsir dan menilai kehidupan dan
fenomenanya. Karya sastera yang baik dan indah dapat meluaskan pandangan dan

3
tinjauan di samping membina dan menyuburkan rasa ingin tahu terhadap sesuatu
fenomena (Mohd Kasim Ismail, 1994). Kesusasteraan juga dapat membina dan
menyuburkan wawasan terhadap perlakuan manusia.

4
SOALAN A

Menurut Dr. Sharifah Maimunah Syed Zin Komponen kesusasteraan Melayu


dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah bertujuan
untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang enam genre sastera yang meliputi
genre novel, cerpen, drama, prosa tadisional dan puisi moden ( sajak).

Pada akhir abad ini, ilmu sastera semakin luput akibat ledakan teknologi
maklumat dan ekonomi global sehinggakan memberikan satu gambaran bahawa
ilmu yang tidak berpaksikan sains, ekonomi dan teknologi tidak dapat menjamin
masa hadapan yang cemerlang dalam kehidupan manusia.

Penggunaan bahan sastera di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa


Melayu sedang hangat diperkatakan pada masa sekarang. Beberapa kewajaran
tentang pengajaran dan pembelajaran bahan sastera ini diketengahkan,

Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa


Melayu berperanan dalam membentuk masyarakat madani. Masyarakat madani
tidak akan berjaya ditegakkan dengan nilai-nilai kebebasan warganya berfikir,
kemajuan ekonomi dan dagang, sains dan teknologi, kemajuan seni dan budaya ,
kecintaan yang tinggi terhadap keluarga,masyarakat dan negara. Kesemuanya ini
boleh tercerna dalam hasil-hasil kesusasteraan yang ditulis begitu rupa hingga
menjadi karya madani yang dapat mencernakan nilai-nilai perpaduan bangsa dan jati
diri sesebuah masyarakat.

Menurut Napie Mat dan Noraini Abdullah (1988) penggunaan bahan sastera
yang penuh dengan ilmu pengetahuan dan keindahan dari segi persembahan dan
bahasanya bukan sahaja dapat memperkayakan pelajar dengan ilmu pengetahuan
dengan hal-hal kemasyarakatan dan kebudayaan, tetapi juga dapat menolong
mengembangkan daya fikiran pelajar ke tahap yang kritis dan analitis.

Menurut Lutfi Abas (1987:1), terdapat beberapa kewajaran untuk


menggunakan bahan sastera dalam pendidikan bahasa, antaranya termasuklah
seperti memberi keseronokkan kepada pelajar. Ini adalah kerana karya sastera itu

5
karya yang indah dan mempunyai huraian-huraian tentang hal-hal yang aneh dan
ajaib yang telah disusun dalam keselarasan yang jitu dan sekali gus menyeronokkan
pelajar kerana kelucuannya.

Menurut Subadrah Nair (1989:135), penggunaan bahan sastera dalam


pengajaran bacaan dan kefahaman secara langsung dapat memupuk semangat
membaca dijiwa pelaar-pelajar. Oleh sebab pelajar ingin mengetahui kesudahan
sesuatu kisah atau cerita yang dibaca di dalam kelas, mereka akan membaca novel,
cerpen atau drama di perpustakaan atau di rumah dengan penuh minat. Dalam
jangka panjang, pembacaan yang luas akan menambahkan kemahiran mereka
dalam aspek bacaan dan kefahaman.

Menurut Samat Buang (1994), penggunaan bahan sastera dalam pengajaran


bahasa mampu membolehkan pelajar memahami maksud kata dan penggunaanya
dalam pelbagai konteks dan situasi membolehkan pelajar memahami, menggunakan
intonasi yang betul dan jelas mengikut pola ayat yang tertentu bagi menghasilkan
sebutan baku dan melatih pelajar menggunakan kata dan ayat dalam pelbagai
situasi.

Abdul Ghalib Yunus (1996), menyatakan dalam sastera yang berbentuk prosa
moden dan klasik banyak terdapat gambaran tentang adat istiadat,”world view” dan
kebudayaan masyarakat Melayu.Begitu juga, bahan sastera yang ditulis dalam dan
mempunyai hubungan dengan masyarakat cina atau India jika didedahkan kepada
masyarakat Melayu, akan membolehkan mereka mengenali dan memahami
kebudayaan kaum-kaum tersebut.

Berdasarkan kepada wajaran-wajaran yang dikemukakan di atas,


prenggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa mampu
mendedahkan pelajar kepada pelbagai maklumat berkaitan dengan segala yang
berlaku di dunia sebenar.

6
Soalan B

Kami memilih sebuah bahan sastera iaitu cerpen yang bertajuk Hadiah Hari
Guru. Cerpen ini mengisahkan Ramli iaitu seorang murid yang miskin. Beliau
merupakan seorang anak yang baik dan sentiasa membantu ibunya. Beliau ingin
menghadiahkan sesuatu kepada gurunya sempena Hari Guru. Namun begitu, oleh
sebab kemiskinannya, ditambah pula dengan keadaan ibunya yang sedang sakit
Ramli tidak mampu untuk berbuat demikian. Akhirnya Ramli menghadiahkan
gurunya sebungkus ulam pucuk janggus bersama sepucuk surat. Cikgu Fatimah
sungguh terharu sehingga mengalirkan air mata di atas keikhlasan Ramli.
Dalam pengajaran ini, kami memilih Teknik Teater Pembaca, Teknik Kerusi
Panas dan Teknik Main Peranan.

Teknik Teater Pembaca

Teater Pembaca dijalankan dengan cara menghimpunkan sekumpulan murid


dalam satu barisan. Murid-murid dikehendaki menghayati dan membaca skrip cerita
dengan menggunakan sebutan, nada dan intonasi yang betul bagi menggambarkan
suatu cerita yang dipersembahkan. Seorang murid akan membaca cerita dengan
lancar dan nada serta intonasi yang betul. Mereka juga melakukan gerak aksi yang
sesuai dengan isi atau suasana cerita. Penggunaan suara, sebutan dan gerak badan
dan mimik muka paling diutamakan bagi membantu murid dan penonton memahami
dan menghayati cerita tersebut.

Melalui teknik ini, kemahiran yang diberi penekanan ialah kemahiran


membaca iaitu bacaan mekanis. Bacaan mekanis ini bertujuan untuk membolehkan
murid membaca dengan irama membaca yang betul, membaca dengan cekap dan
pantas, membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca. Di
samping itu juga, murid-murid mahir dan cekap dalam kemahiran membaca secara
kuat.

7
Langkah-langkah pelaksanaan

1. Guru menyediakan skrip bagi watak-watak dalam cerita dan memberikannya


kepada murid-murid. Murid-murid dikehendaki membaca dan memahami watak
masing-masing.
2. Pelakon memahami watak supaya dapat membaca dan beraksi mengikut
dialog.
3. Pembaca dapat membaca dengan menggunakan nada dan intonasi yang
sesuai.
4. Pelakon berbincang untuk mencari penyelarasan semasa persembahan.
5. Guru membimbing pelakon menjayakan lakonan.
6. Pelakon melakonkan watak mengikut skrip yang dibaca.
7. Pelajar-pelajar lain diberikan tugasan tertentu.

Teknik Teater Pembaca ini bersesuaian dengan Teori Behaviourisme. Teori


ini dipelopori oleh Bloomfield, Edward Sapir, Fries,Boas dan Brooks. Menurut teori ini
bahasa dikuasai melalui proses pengulangan. Oleh itu proses penggunaan bahasa
haruslah menekan latihan dan pengulangan yang banyak ataupun proses
penguasaan bahasa melalui latihan memerlukan mekanisme yang bersistem.

Berdasarkan teori ini, pelakon-pelakon hendaklah melakukan perbincangan


yang teliti supaya lakonan mereka lebih berkesan. Semasa perbincangan dilakukan,
skrip dibaca dan dilakonkan berulang kali. Ini menepati dengan Teori Behaviourisme
yang menekankan proses pengulangan. Secara tidak langsung, murid dapatkan
mempertingkatkan penggunan bahasa yang betul seperti sebutan, nada, intonasi
dan penggunaan tanda baca.

Langkah Pengajaran

1. Guru memberi skrip . Murid diberi masa membaca, memahami dan menghayati
skrip.
2. Sekumpulan murid yang dipilih berada dalam satu barisan dan memulakan aktiviti
Teater Pembaca.

8
3. Pelakon membaca mengikut nada dan intonasi yang sesuai mengikut watak-watak
yang diberi.
4. Guru memberi teguran dari segi intonasi, gaya, nada dan sebutan yang dilakukan
tadi.
5. Murid yang melakukan kesilapan diminta mengulang kembali bacaannya.
6. Guru memberikan contoh cakap ajuk daripada skrip yang diberi.
7. Guru memberikan contoh cakap pindah bagi cakap ajuk di atas.
8. Murid diminta membuat latihan memindahkan cakap ajuk kepada cakap pindah
berdasarkan latihan yang diberi di dalam lembaran kerja.

Berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran di atas, didapati bahawa


prinsip pengajaran yang dijalankan adalah bercorak deduktif. Prinsip pengajaran
secara deduktif ini dimulakan dengan generalisasi (umum) kepada yang lebih
spesifik. Dalam situasi ini guru akan memberi secara umum beberapa contoh cakap
ajuk yang biasa didengar oleh murid. Guru mengajar murid bagaimana hendak
menukarkan cakap ajuk tersebut kepada cakap pindah.
Seterusnya, guru beralih kepada cakap ajuk yang terdapat di dalam teks.
(Hadiah Hari Guru). Murid dikehendaki menukarkan cakap ajuk tersebut kepada
cakap pindah.

Teknik Kerusi Panas

Kami memilih teknik “kerusi panas” untuk teknik kedua. Teknik ini berasaskan
penghayatan terhadap watak dan perwatakan dengan menyoal pelakon yang
melakonkan suatu watak dari sebuah cerita yang telah dibacanya dengan teliti untuk
mendapatkan kejelasan tentang watak dan perwatakan dalam cerita tersebut. Bahan
sastera yang dipilih masih lagi cerpen bertajuk Hadiah Hari Guru.

9
Langkah Perlaksanaan

1. Setiap kumpulan memilih satu watak yang telah ditetapkan.


2. Kumpulan berbincang tentang watak dan perwatakan dengan merujuk kepada
teks.
3. Kumpulan membina soalan berdasarkan perwatakan tersebut.
4. Setiap kumpulan membuat persembahan .
5. Seorang wakil kumpulan memegang watak yang ditetapkan duduk di kerusi di
hadapan kelas. Kemudian dia menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
Penonton juga dibenarkan menyoal.
6. Jika pemegang watak tidak dapat menjawab soalan, rakan-rakan dalam
kumpulannya boleh membantu.
7. Rakan yang menonton akan mencatat perwatakan dalam borang grafik
banding-beza watak dan perwatakan yang ditetapkan.

Berdasarkan cerpen Hadiah Hari Guru, setiap kumpulan memilih satu watak yang
telah ditetapkan. Contohnya, kumpulan A memilih watak sebagai emak Sopiah,
kumpulan B pula sebagai Ramli, kumpulan C sebagai Cikgu Fatimah, dan kumpulan
D memilih watak Cikgu Harun.
Setiap kumpulan cuba berbincang mengenai watak dan perwatakan yang
mereka dapat dengan merujuk kepada buku teks. Selain daripada membincangkan
tentang perwatakan tersebut, mereka juga berbincang tentang soalan yang akan
dikemukakan kepada kumpulan lain yang akan membuat persembahan.
Setiap kumpulan akan membuat persembahan di mana wakil kumpulan akan duduk
di atas kerusi sambil memegang watak kumpulan yang telah ditetapkan. Manakala
murid-murid dari kumpulan lain akan bertanyakan soalan. Ahli kumpulan tersebut
boleh membantu menjawab soalan-soalan jika wakil kumpulan tadi tidak dapat
menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
Kami memilih kemahiran lisan untuk melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran ini. Kemahiran lisan ialah kemahiran mendengar dan bertutur.
Kemahiran mendengar yang dimaksudkan untuk menjalankan aktiviti ini ialah
kemahiran mendengar secara aktif di mana pendengar bertanggungjawab secara
giat untuk memahami isi kandungan dan perasaan yang dizahirkan. Pelakon
berbincang untuk menghasilkan persembahan yang baik dengan cara mencari

10
penyelarasan semasa persembahan. Pelakon-pelakon mempersembahkan lakonan
mereka dengan membaca skrip dengan baik dan nada serta intonasi yang sesuai.
Pelakon melakonkan watak mengikut skrip yang dibaca manakala pelajar-pelajar lain
dikehendaki memerhati dan mencatat tentang kekuatan dan kelemahan yang
terdapat di dalam lakonan serta memberi cadangan-cadangan bagi
penambahbaikan.

Teknik Kerusi Panas ini bersesuaian dengan Teori Konstruktivisme. Teori ini
mementingkan pembelajaran yang murid perolehi semasa berinteraksi dalam bilik
darjah samada dengan rakan mahupun dengan guru.

Berdasarkan cerpen Hadiah Hari Guru ini, murid dikehendaki membina soalan
untuk diajukan kepada murid yang duduk di kerusi panas. Manakala murid yang
duduk di kerusi panas pula hendaklah memikirkan jawapan yang bersesuaian.
Sekiranya murid yang duduk di ‘kerusi panas’ tidak dapat memberikan jawapan, ahli-
ahli kumpulan yang lain boleh membantu berdasarkan hasil perbincangan mereka
tadi.

Langkah Pengajaran
1. Guru mengedarkan skrip kepada murid.
2. Murid diminta melihat penggunaan tanda baca dalam skrip tersebut dengan
teliti
3. Guru menerangkan tentang penggunaan tanda baca yang betul di samping
memberikan contoh-contoh ayat yang bersesuaian.
4. Murid – murid diberi lembaran kerja. Murid- murid menyalin semula ayat
dengan menggunakan tanda baca yang betul.
5. Guru berbincang bersama murid serta memberikan jawapan yang betul.
6. Murid menyalin semula ayat dengan penggunaan tanda baca yang betul.

Berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran di atas, didapati bahawa


prinsip pengajaran yang dijalankan adalah bercorak induktif. Prinsip pengajaran
secara induktif ini ialah pengajaran bahasa yang melibatkan proses penaakulan yang
tinggi. Murid-murid tidak diajarkan sesuatu bahan pengajaran secara langsung tetapi

11
digalakkan mencari, meneliti dan mempelajarinya sendiri. Selepas itu, mereka akan
mengemukakan satu rumusan hasil daripada kajian yang telah mereka lakukan.

Teknik Main Peranan

Bagi teknik yang ketiga, kami memilih teknik main peranan. Main peranan
ialah teknik melakonkan dan menjiwai sesuatu watak cerita daripada teks sastera
yang dikaji. Ia memberi peluang kepada murid memegang peranan sama ada
sebagai dirinya atau orang lain dan beraksi sebagaimana yang dikehendaki oleh
watak tersebut. Jenis main peranan yang dipilih ialah latihan. Contohnya dalam
teknik main peranan jenis latihan ini, kemahiran berkomunilkasi antara satu watak
dengan watak yang lain diberi penekanan.

Langkah perlaksanaan

1. Guru menjelaskan objektif dan tujuan.


2. Guru menentukan latihan itu saling berkaitan.
3. Guru menjelaskan main peranan adalah sebagai alat untuk membantu
menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran.

Dalam menentukan latihan ini, kemahiran berkomunikasi di antara satu watak


dengan satu watak mestilah berkaitan. Contohnya, dialog di antara Ramli dan ibunya
dilafazkan berturut-turut seperti :

Ramli : “Eh, mak dah sudah makan? Sikit sangat mak makan hari ni.”
Emak : “Kau makanlah, mak dan kenyang.”

Teknik main peranan ini adalah alat yang penting supaya murid-murid dapat
menguasai pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Dengan
menggunakan teknik latihan ini, aktiviti-aktiviti dijalankan secara berulang-ulang
supaya dapat mengukuhkan lagi kemahiran murid di dalam berkomunikasi.

12
Teknik Main Peranan ini bersesuaian dengan Teori Interaksionalis. Teori ini
mementingkan aktiviti komunikasi. Menerusi aktiviti main peranan, murid berinteraksi
di antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa. Perkembangan bahasa
melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Melalui interaksi, ayat
penyata dan ayat perintah dihasilkan. Hasil interaksi yang dilakukan akan
mempengaruhi kanak-kanak untuk mempelajari sistem bahasa. Murid menghafal
skrip yang diberikan untuk dilakonkan dengan menggunakan intonasi, nada dan
sebutan yang betul. Contohnya, watak sedih, marah mahupun gembira. Secara tidak
langsung, perkembangan bahasa berlaku di dalam diri murid tersebut

Langkah Pengajaran

1. Guru memberikan skrip kepada murid.


2. Murid diminta membaca secara senyap dan menghayati watak-watak dalam
skrip.
3. Murid melakonkan watak masing-masing.
4. Guru memberi ulasan tentang lakonan yang dijalankan dan beberapa
penambah baikan dicadangkan oleh guru.
5. Guru minta murid merujuk semula kepada skrip dan menyenaraikan
perkataan yang berhuruf tebal.
6. Guru memberi contoh perkataan yang sinonim.
7. Berdasarkan perkataan yang berhuruf tebal, guru meminta murid mencari
sinonim dengan merujuk kamus.

Proses pengajaran di atas bersesuaian dengan prinsip pembelajaran secara


deduktif. Guru memulakan pengajaran dengan memberikan contoh-contoh
perkataan yang sama maksud terlebih dahulu. Murid dikehendaki mencari
perkataan sinonim berdasarkan perkataan di dalam skrip.

13
Soalan C

Keratan Skrip Hadiah Hari Guru

Mak Sopiah : Kau dah pulang, Ramli? Bukalah kasut itu. Letakkan baik-baik
di tempat letak kasut. Eh! Masih bersih kasut kau tu. Anak yang
baik macamtu lah
Kata ibunya di muka pintu.
Ramli : Emak, esok Hari Guru di sekolah Ramli. Ramli ingin hadiahkan
sesuatu kepada Cikgu Fatimah mak. Dia baik kat Ramli.
Harapan itu disampaikan kepada ibunya ketika ia sedang makan
bersama ibu dan adik-adiknya.
Ramli : Ramai kawan-kawan Ramli bercakap-cakap di sekolah tadi.
Mereka nak hadiahkan pen baju, kain, kasut. Ada pula yang nak
hadiahkan jam tangan. Ramli nak hadiahkan apa mak?
Tanya anak itu lagi. Mak Sopiah menuangkan air ke dalam
pinggannya sambil membersihkan tangannya. Wajahnya menunduk
keharuan. Air mata bergenang di pelupuk matanya. Dia mengesat
air mata itu dengan lengan bajunya.
Ramli : Eh! Mak dah sudah makan? Sikit sangat mak makan hari ini.
Mak Sopiah : Kau makanlah. Mak dah kenyang.
Ujar Mak Sopiah. Ramli tahu ibunya tidak kenyang, akan tetapi
terharu kerana tidak dapat memberikan apa-apa hadiah untuk
gurunya.
Ramli : Tak apa mak. Kalau mak tak boleh bagi hadiah pada cikgu
Ramlitu. Cikgu Fatimah dah pesan beberapa kali kepada kami.
Jangan susahkan ibu bapa memberi hadiah kepadanya.
Jelas Ramli dengan harapan menenangkan perasaan ibunya. Mak
Sopiah tersenyum. Dia bangun sambil membawa pinggannya ke
pelantar untuk dibersihkan.
Mak Sopiah : Bila kau dah selesai makan, tolong bawa pinggan-pinggantu ke
pelantar.
Pinta ibunya.
Ramli : Baik mak

14
Katanya.
Ramli : Rizal nak nasi lagi?
Tanya Ramli.
Rizal : Tak hendak bang. Ijai dah kenyang.
Jawab adiknya membahasakan Ijai sebagai nama
timang-timangannya.
Ramli : Salmah?
Tanya Ramli kepada adik kecilnya pula. Salmah mengangguk –
angguk.
Mak Sopiah : Kau dah kenyang Ramli?
Tanya Mak Sopiah apabila Ramli mengangkat pinggan kosong
kepadanya.
Ramli : Kenyang mak.
Jawab Ramli amat beersungguh-sungguh.
Mak Sopiah : Petang karang kau pergi ke rumah Pak Mustapa. Mintak beras
secupak. Katakan padanya, esok mak nak tolong tanam padinya
tu.
Suruh Mak Sopiah.
Ramli : Baik mak.
Kata Ramli sambil mengangguk-angguk.

15

S-ar putea să vă placă și