Sunteți pe pagina 1din 5

5.

0 Refleksi

Pertama sekali, saya Jee Ming Hoi ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pensyarah Pengurusan Gerko saya, Tn. Haji Ahmad Jasmi Don.
Kerja kursus ini merupakan kali yang pertama bagi saya. Tajuk yang saya
pilih ialah SPI Bil 8/1988 Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah.

Dalam kerja kursus ini, saya telah memahami bahawa surat pekeliling
ikhtisas (SPI) merupakan satu rujukan oleh pihak pengurusan sekolah bagi
menjadikan bidang pengajaran dan pembelajaran sebagai aktiviti utama di
sekolah. Tanpa SPI, keadaan dalam sekolah akan menjadi huru-hara dan
pelbagai masalah juga akan berlaku. Dalam SPI, hak-hak sebagai seorang
cikgu telah dinyatakan dengan jelas serta perwatakan sebagai seorang guru
besar.

Sebelum ini, saya tidak memahami tujuan SPI dengan sepenuhnya.


Sekarang saya telah memahami tujuan SPI diadakan iaitu untuk memastikan
proses pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan dengan lancar dan
merupakan satu panduan kepada pihak pengurusan sekolah. Pelbagai
masalah dapat diselesaikan dengan merujuk surat pekeliling supaya tidak
menjejaskan keharmonian dalam sekolah.

Melalui tugasan ini, saya telah mempelajari penggunaan kuasa budi bicara
dalam menyelesaikan masalah yang sensitif serta keselamatan diri pelajar
dalam sekolah amat penting. Dalam menggunakan kuasa budi biacara,
pertimbangan dan perhatian hendaklah diberikan kepada ketepatan membuat
keputusan atau membuat tindakan. Di samping itu, sikap yang terbuka,
bersedia mendengar pandangan dan tidak bersifat defensif juga amat
diperlukan.

Secara kesimpulannya, saya telah mendapat banyak ilmu dalam proses


menjalankan kerja kursus ini. Saya berasa bangga dan gembira kerana dapat
menyiapkan tugasan kerja kursus ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Sekian, terima kasih.


PENGHARGAAN

Saya Jee Ming Hoi, pelajar PISMP semester satu, kelas pengajian
sosial ingin mengucap ribuan terima kasih kepada Tn. Haji Ahmad Jasmi Don
kerana dengan tunjuk ajar dan bimbingan beliau membolehkan saya berjaya
menyiapkan tugasan yang diberikan

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para
kawan saya yang telah banyak memberi sokongan kepada saya dari segi
emosi dan memberi maklumat yang berguna kepada saya. Melalui tugasan
ini, saya memahami terhadap tanggungjawab seorang guru.

Di samping itu, saya juga mengucap ribuan terima kasih kepada ibu
bapa saya kerana memberi sokongan dari segi kewangan dan juga emosi.

Sekian , terima kasih.


Tajuk : Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1988
(Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah)

1.0 Pengenalan

Dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1988 ini menyatakan bahawa semua
pihak sekolah harus sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya
kejiadian-jadian yang tidak diingini ke atas diri pelajar.

Selain itu, dalam SPI Bil. 8/1988 juga menyatakan beberapa langkah
keselamatan yang pihak sekolah boleh dilaksanakan untuk mengawasi
keselamatan pelajar di sekolah. Keselamatan dan kebajikan diri pelajar
seharusnya sentiasa diutamakan. Setiap warga sekolah mestilah mempunyai
kesedaran tentang keselamatan dan diterjemahkan melalui sikap dan tingkah
laku sensitif, prihatin dan tanggungjawab profesional untuk menjamin
suasana pembelajaran dapat berjalan dengan baik.

2.0 Objektif Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1988


2.1 Memastikan Keselamatan Di Sekolah Dititikberatkan

Pada tahun 2005 September, telah berlakunya satu kejadian yang amat
mengejutkan di Alor Setar iaitu keruntuhan bilik darjah yang dimakan oleh
anai-anai dan ini telah menyebabkan seorang cikgu meninggal dunia. Pada
hari ini yang penuh dengan teknologi tinggi, masih terdapat banyak bangunan
sekolah yang sudah rosak dan dimakan oleh anai-anai. Bagunan-bangunan
tersebut tidak selamat digunakan lagi. Kelengahan menyediakan prasarana
untuk keselamatan pelajar akan menjadi penyebab utama mengakibatkan
lebih banyak kecederaan dan nyawa terkorban pada masa yang akan datang.
Pihak sekolah haruslah mengambil tindakan secepat mungkin untuk
mengelakkan perkara yang sama berlaku lagi.

2.2 Menyediakan suasana pembelajaran yang harmonis

Sekolah merupakan tempat yang kedua lama pelajar-pelajar berada dan juga
merupakan sebuah institut yang membekalkan ilmu pengetahuan kepada
pelajar. Sekiranya sekolah menjadi sebuah sekolah yang tidak selamat dan
penuh dengan kes-kes jenayah, pelajar tidak akan dapat menumpu sepenuh
perhatian terhadap pembelajaran dan pengajaran. Maka, sekolah sudah
menjadi satu tempat yang tidak tenang dan keharmonian tidak lagi muncul.
Dalm keadaan yang tenang dan harmoni, pelajar barulah boleh menerap ilmu
pengetahuan yang disampaikan oleh guru.

3.0 Impak-impak Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1988


3.1 Keselamatan Pelajar Di Sekolah Terjamin

Surat Pekeliling ini menekankan pihak sekolah seharusnya mengawasi


keselamatan pelajar di dalam kawasan sekolah. Keselamatan pelajar terjamin
sekiranya pihak sekolah menjalankan tugas. Bukan di dalam kawasan
sekolah sahaja malah di kuar kawasan sekolah juga hendak diawasi supaya
perkara yang tidak diingini boleh dielakkan. Pada tahun 2008 telah
berlakunya beberapa kes kemalangan dan telah mengakibatkan kematian.
Oleh itu, keselamatan diri pelajar di sekolah perlu diutamakan dan diawasi
supaya tidak berlakunya kisah tragis.

Selain daripada kes kemalangan, kes rogol juga berlaku di sekolah dan
pemangsa ialah seorang guru. Sekolah merupakan satu tempat untuk pelajar
mendapatkan ilmu pengetahuan tetapi pada hari ini sekolah telah menjadi
sebuah tempat yang boleh menggugat keselamatan pelajar dan dipenuhi
dengan perlakuan ganas. Pihak sekolah boleh melaksanakan langkah-
langkah yang telah dinyatakan dalam SPI supaya perlakuan ganas dapat
dikurangkan.

Dengan adanya SPI ini, keselamatan pelajar akan terjamin dalam sekolah
mahupun di luar kawasan sekolah. Maka pelajar dapat belajar dalam keadaan
yang harmonis dan sejahtera.

3.2 Impak Terhadap Pihak Sekolah

Sekiranya pihak sekolah menjaga dan mengambil berat terhadap


keselamatan pelajar-pelajar di sekolah bukan sahaja dalam sekolah malah di
luar kawasan sekolah, kes-kes jenayah dan keselamatan pelajar juga dapat
dikurangkan serta dapat dibasmikan dan ini terus memberi kesan yang positf
terhadap warga sekolah sebab ketakutan dan kebimbangan telah
dihapuskan, ini membolehkan pelajar menuntut ilmu dalam yang tenang dan
harmoni. Jika berlaku sebarang suatu kemalangan atas kecuaian pihak
sekolah, maka pihak sekolah akan didakwa atas kecuaian. Pihak sekolah
mempunyai tanggungjawab untuk mengawasi keselamatan pelajar dan
sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan yang boleh berlaku kejadian
yang tidak diingini.

SPI ini memberi impak yang ketara kepada sekolah sebab sekolah selamat,
pelajar sihat dan ini terus mempengaruhi keputusan pembelajaran pelajar.
Sekolah yang tidak selamat akan menyebabkan pelajar ponteng sekolah dan
ini memberi kesan yang amat negatif terhadap pelajar dan juga masyarakat.
Sekiranya kes ponteng sekolah bertambah, kes jenayah juga akan bertambah
sebab pelajar-pelajar mempunyai masa lapang yang terlebih dan berkawan
dengan orang jahat.

3.3 Impak Terhadap Masyarakat


Sekolah merupakan satu tempat yang membekalkan ilmu pengetahuan
kepada pelajar, satu tempat yang suci serta satu tempat untuk seorang
pelajar belajar menjadi seorang yang berguna dan menjadi seorang yang
berbakti kepada negara. Jika sekolah juga berlakunya perlakuan ganas dan
kes jenayah, apatah lagi masyarakat kita. Dengan adanya SPI ini, sekolah
akan lebih mengambil berat terhadap keselamatan pelajar dan ini akan
mengurangkan kes jenayah berlaku. Maka, kehidupan masyarakat menjadi
harmonis dan sejahtera.

4.0 Penutup
Pihak sekolah mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mendidik pelajar-
pelajar dan mengawasi keselamatan mereka. Keselamatan pelajar dalam
seolah adalah di bawah tanggungan pihak sekolah. Jika keselamatan pelajar
dapat dijaga, maka keharmonian dapat dikekalkan.

S-ar putea să vă placă și