Sunteți pe pagina 1din 19

1.

0 PENGENALAN

Pendidikan ialah satu proses pemerolehan dan perbincangan pelbagai


idea yang dapat memajukan kehidupan manusia. Ia juga merupakan domain
penting untuk melahirkan generasi yang cemerlang selaras dengan kehendak
masyarakat dan negara. Dalam pada itu, pendidikan juga dapat membentuk
personaliti dan minda manusia dengan menyampaikan prinsip-prinsip, nilai-
nilai dan sikap yang betul. Merujuk Kamus Dewan ( 1993 ), di halaman 564,
iklim bermaksud suasana, keadaan manakala di halaman 212, budaya
bermaksud tamadun, kemajuan berfikir, akal budi ( cara berfikir, berkelakuan
dsb).
Sebagai sebuah organisasi dalam sistem sosial, sekolah mempunyai
budaya serta iklimnya yang tersendiri. Perbezaan budaya serta iklim antara
sekolah-sekolah telah menyebabkan perbezaan dalam pencapaian akademik,
sosial dan hubungan personal yang dicapai oleh sekolah terlibat serta
warganya.

1.1 DEFINISI IKLIM SEKOLAH

Litwin dan Stringer(dalam Gunbayi,2007:1)menjelaskan iklim sekolah


didefinisikan secara bervariasi oleh para ahli sebagai hasil dari persepsi
subjektif terhadap system formal gaya informal kepada sekolah dan faktor
lingkungan penting lainnya yang mempengaruhi sikap, kepercayaan, nilai dan
motivasi individu yang berada pada sekolah tersebut.
Halpin dan Croft(dlm Tubbs dan Garner, 2008:11)menjelaskan iklim
sekolah sebagai sesuatu yang intangible tetapi penting untuk sebuah
organisasi dan dianalogikan dengan keperibadian seorang individu.
Hoy dan Miskel(dalam Pretorius dan Villiers,2009:33)menjelaskan iklim
sekolah merujuk kepada hati dan jiwa dari sebuah sekolah, psikologis dan
atribut institusi yang menjadikan sekolah memiliki keperibadian, yang relative
bertahan dan dialami oleh seluruh anggota yang menjelaskan persepsi
kolektif dari perilaku rutin dan akan mempengaruhi sikap dan perilaku di
sekolah. 1
Mengikut Moss(1979)beliau mendefinisikan bahawa iklim sekolah sebagai
suatu sistem sosial yang membentuk persekitaran pembelajaran. Iklim
sekolah adalah suasana yang menggambarkan sekolah yang teratur,
terkawal, tenang dan tertib yang memungkinkan atau menyediakan satu
suasana yang kondusif kepada proses pengajaran dan pembelajaran
berkesan dan positif, bukan suasana sebaliknya seperti riuh rendah ikut suka,
kelam kabut, hingar-bingar dan seumpamanya.

1.2 DEFINISI BUDAYA SEKOLAH

Terry Deal dan Kent Peterson(1993)mentakrifkan budaya sekolah


sebagai “realiti dalaman”.
Robbins dan Alvy(1995) pula meluaskan definisinya sebagai “This
inner reality reflect what organizational members care about, what they are
wiling to spend time doing, what and how they celebrate and what they talk
about”.
Gary Philips(1993)menyatakan budaya sekolah sebagai “beliefs,
attitudes and behaviourius that characterizes a school interms of: how people
treal and feel about each other ; the extend to which people feel included and
appericiated ; rituals and traditions reflecting,collaborating and collegiality”
T.Marimuthu(1990)budaya sekolah terdiri daripada “…nilai-nilai,
kepercayaan, pengetahuan dan tradisi, cara berfikir dan tingkah laku yang
semuanya berbeza daripada institusi sosial yang lain”.

1.3 DEFINISI KONDUSIF DALAM BILIK DARJAH

Jere Brophy(1988)adalah tindakan untuk membina dan mengekalkan


persekitaran bilik darjah yang kondusif bagi mencapai matlamat daripada segi
arahan menyusun keadaan fizikal bilik darjah, membina peraturan serta
prosedur dan mengekalkan perhatian terhadap pengajaran dan
pembelajaran.
2
Julie P.Stanford dan Barbara S.Clement(1989)mendefinisikannya
sebagai konsep pengurusan bilik darjah yang lebih luas merangkumi disiplin
pelajar. Hal ini meliputi segala tingkahlaku guru dalam mendidik pelajar
menyertai dan bekerjasama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi
membina persekitaran yang produktif.
Lemlech(1988)mengibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai
orchestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan
kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran.
Anderson(1989)pula berpendapat pengurusan bilik darjah yang
berkesan terdiri daripada tingkahlaku guru yang menghasilkan penglibatan
pelajar yang maksimum dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Beliau
menegaskan bahawa peranan guru dan hubungan peranan tersebut dengan
pembelajaran sangatlah penting dalam pengurusan bilik darjah.

2.0 DEFINISI KONSEP IKLIM SEKOLAH, BUDAYA SEKOLAH,


KEPELBAGAIAN ETNIK DAN KELAS KONDUSIF

Di sini akan diperjelaskan lagi tentang konsep iklim dalam bilik


darjah,konsep budaya sekolah, konsep kepelbagaian etnik dan konsep kelas
kondusif.

2.1 KONSEP IKLIM BILIK DARJAH

Iklim sekolah ialah sifat dan suasana yang ada di sekolah yang
membezakannya dengan sekolah yang lain. Sifat dan suasana yang ada di
sekolah adalah hasil interaksi antara guru dan pelajar serta masyarakat yang
terdapat di dalam sekolah tersebut secara keseluruhannya. Iklim sekolah juga
adalah suasana yang menggambarkan sekolah yang teratur, terkawal, tenang
dan tertib yang memungkinkan atau menyediakan satu suasana yang
kondusif kepada proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dan positif
bukan suasana sebaliknya seperti riuh rendah ikut suka, kelam kabut , hingar
bingar dan seumpamanya. Memandangkan faktor iklim sekolah turut
membantu mewujudkan sekolah yang berkesan, maka terdapat beberapa
pengkaji yang mengetengahkan beberapa ciri iklim berkesan hasil daripada
kajian yang mereka lakukan.
Mengikut Halpin dan Croft(1963)iklim sekolah yang berkesan mempunyai
ciri-ciri berikut:-
1. Guru-guru merasa selamat,berpuas hati dan berkeyakinan.
2. Guru-guru tidak rasa tertekan dan mengawal perhatian.
3. Pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjanya serta bertimbang rasa.
4. Pelajar merasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh.
Selain itu, sekolah juga mampu mengurangkan perbezaan-perbezaan
sesama mereka. Pihak sekolah juga boleh mewujudkan kerjasama dengan
keluarga pelajar. Hubungan yang mesra di antara sekolah dan keluarga akan
membentuk pendidikan yang lebih sempurna bagi pelajar-pelajarnya. Ciri
iklim sekolah juga meliputi kawasan sekolah bersih, cantik,selamat dan cukup
tempat ruang belajar. Suasana sebegini akan mewujudkan rasa tenang,t
enteram dan sudah tentu guru-guru akan bersemangat untuk bekerja dan
para pelajar pula bersemangat untuk belajar.

2.2 KONSEP BUDAYA SEKOLAH

Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana


sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat. Semua pelajar sekolah terus
didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorak
masa depan mereka. Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh
sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti
pelajar dapat dikawal. Pendidikan nilai amat diutamakan .Pembudayaan di
sekolah dilaksanakan menerusi kurikulum formal dan kurikulum tidak formal.
Pemimpin instruksional yang mewujudkan budaya kondusif yang mampu
meningkatkan pencapaian murid dan sekolah.
Marimuthu(1990)menyatakan budaya sekolah wujud akibat daripada lima
faktor berikut:-
1. Polisi dan peraturan sekolah
2. Jangkamasa persekolahan
3. Interaksi di kalangan murid berdasarkan tahap umur 4
4. Wujudnya simbol sekolah (lencana)
5. Visi sekolah
Fungsi budaya sekolah ialah untuk membantu warga sekolah memahami
persekitaran sekolah dan membantu warga sekolah membina identiti mereka
sendiri. Seterusnya implikasi terhadap pencapaian murid ialah wujudnya
suasana yang harmoni, tahap kejelikitan yang tinggi, bekerja dalam satu
pasukan dan dapat menghasilkan kualiti produktiviti yang tinggi.

2.3 KONSEP KEPELBAGAIAN ETNIK

Etnik bermaksud satu kumpulan atau kelompok manusia yang hidup


saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara
kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin
hubungan antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang dinamakan
sebagai kebudayaan. Ianya juga boleh dimaksudkan sebagai satu kelompok
yang boleh dikaji hubungan persaudaraan mereka melalui nenek moyang
yang sama. Etnik boleh didefinisikan sebagai kelompok manusia yang
mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian,
bahasa dan kegiatan ekonomi.
Konsep kepelbagaian etnik pula ialah sebuah masyarakat yang
mempunyai pelbagai bangsa, budaya, agama dan bahasa.Kepelbagaian etnik
ini hendaklah kita menerima, menghormati dan meraikan kepelbagaian
budaya dan agama etnik lain. Contoh negara Malaysia adalah sebuah negara
yang mempunyai pelbagai etnik seperti etnik Melayu, etnik Cina, etnik India
dan lain-lain etnik lagi. Masyarakat pelbagai budaya etnik di Malaysia ini
sentiasa maklum tentang serta mengikuti perkembangan dunia Islam, China,
India dan Barat yang lebih luas. Ini mempunyai nilai kebudayaan serta
ekonomi yang akhirnya dapat mendatangkan faedah serta ekonomi yang
akhirnya dapat mendatangkan faedah kepada Malaysia secara
keseluruhannya.
Begitu juga jika di dalam bilik darjah terdapat kepelbagaian etnik, guru
haruslah memilih tajuk pembelajaran yang berkaitan kepelbagaian budaya
masyarakat di Malaysia. Sebagai contohnya, guru boleh memilih topik yang
berkaitan dengan perayaan di Malaysia. Setiap murid di dalam kelas yang
terdiri daripada pelbagai etnik perlu diberi peluang untuk berinteraksi dan
berbincang tentang perayaan tersebut. Dalam masa yang sama penerapan
budaya dan nilai-nilai murni dari etnik yang berlainan dapat diserapkan dalam
objektif pembelajaran. Setiap etnik perlu diberi peluang untuk mengambil
bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Guru seharusnya adil, tidak bersikap
pilih kasih,berat sebelah dan sentiasa peka terhadap budaya murid tanpa
mengira latar belakang mereka. Guru tidak boleh memburuk-buruk dan
merendah-rendahkan murid, walau apapun etnik mereka terutama sekali di
hadapan murid lain.

2.4 KONSEP KELAS KONDUSIF

Mengikut Oxford Advance Learner’s Dictionary, “condusive”,


dikonotasikan sebagai making it easy,possible or likely for something to
happen. Begitu juga jikadikaitkan dengan kelas kondusif ianya bermaksud
satu suasana yang menyeronokkan dan sempurna dari segi persekitaran
fizikal, sosial dan emosi. Guru dan murid-murid yang berada di dalam kelas
tersebut akan sentiasa berada dalam keadaan menyeronokkan, ceria dan
selamat. Kelas yang kondusif memerlukan peranan guru yang kreatif dan
bijak dalam mengatur persekitaran fizikal yang sempurna dan kondusif
selaras dengan umur, tahap persekolahan, minat dan keperluan murid-murid
dalam kelas tersebut. Contohnya, penyusunan kerusi dan meja perlulah
mengikut kumpulan untuk memudahkan interaksi murid dengan murid dan
guru dengan murid. Begitu juga suasana bilik darjah harus diatur kemas
seperti carta, gambar, alat bantu mengajar, akuarium dan pokok berpasu
dapat menggalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dari aspek
kondusif sosial pula ialah membina peraturan dan menentukan perkara boleh
dan tidak boleh dilakukan di dalam bilik darjah. Guru perlu menyediakan
prosedur semasa menjalankan aktiviti dalam bilik darjah. Ini adalah supaya
perjalanan aktiviti akan lebih tersusun. Begitu juga interaksi sosial antara guru
dengan murid dan murid dengan murid hendaklah berlaku dengan aktif.
Dari aspek kondusif emosi pula, ianya lebih berfokus kepada gaya
kepimpinan, kawalan murid, pemberian ganjaran ddan hukuman. Guru
hendaklah bijak menguruskan perkara tersebut kerana secara tidak langsung
minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan.
Seterusnya jika guru bijak menangani emosi murid-murid maka suasana
tertekan terhadap pengajaran dan pembelajaran dapat dielakkan. Seterusnya
suasana yang ceria dan menyeronokkan telah diwujudkan di dalam kelas
tersebut. Selain dari itu, guru juga hendaklah berkongsi tanggungjawab
dengan murid-murid seperti membersihkan kelas, bertindak terhadap
masalah yang ada di dalam kelas dan sebagainya.
Guru dan murid sentiasa bersama-sama bertanggungjawab terhadap kelas
mereka untuk memastikan kelas sentiasa terurus dan selamat. Guru juga
hendaklah sentiasa memberikan motivasi untuk peneguhan dan galakan di
mana seterusnya dapat membina suasana ceria, melibatkan murid secara
aktif, hubungan yang baik dan dapat mewujudkan komunikasi dua hala.

3.0 MEMBEZAKAN BILIK DARJAH YANG KONDUSIF DENGAN YANG TIDAK


KONDUSIF

Bilik darjah yang kondusif ialah bilik darjah yang memberikan suasana
yang menyeronokkan dan selamat. Ianya melibatkan suasana yang ceria dan
selamat dari segi pengurusan fizikal, sosial dan emosi bilik darjah. Bilik darjah
yang kondusif mempunyai pengurusan fizikal yang cekap, komunikasi yang
berkesan dan pengurusan disiplin yang mantap. Ini adalah kerana bilik darjah
yang kondusif bukan sahaja melibatkan keceriaan bilik darjah dengan
penyusunan kerusi dan meja yang teratur, susun atur alat bantu mengajar
yang menarik dan hiasan yang menarik tetapi juga memerlukan kawalan
disiplin yang mantap oleh guru. Murid-murid mengetahui apa yang mereka
harus lakukan terhadap bilik darjah mereka dan bertanggungjawab terhadap
tugasan rutin yang telah ditetapkan. Begitu juga dalam menguruskan emosi
murid, hubungan yang positif antara guru dan murid hendaklah dibina terlebih
dahulu. Guru hendaklah mengamalkan kepimpinan yang demokrasi dan
sentiasa mengambil berat keperluan fisiologi dan akademik murid.
Seterusnya bilik darjah yang tidak kondusif adalah bilik darjah yang
mempunyai suasana yang muram, tidak menaikkan semangat belajar murid-
murid dan keadaan yang tidak selamat. Di dalam bilik darjah tersebut,
penyusunan kerusi dan meja tidak teratur, tidak dipamerkan alat bantu
mengajar dan hasil kerja murid dan kemudahan yang terdapat di dalam bilik
darjah tidak selamat untuk digunakan seperti kipas siling yang berbunyi,
lampu yang malap, tingkap yang tidak boleh dibuka dengan luas dan
sebagainya. Dari segi sosial pula hubungan antara guru dan murid tidak
mesra. Murid tidak bersikap proaktif semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Guru juga kurang mengambil berat perihal masalah
murid.
Dari segi suasana emosi pula, murid-murid kurang bermotivasi untuk
belajar. Murid-murid belajar dalam suasana yang tertekan dan terpaksa.
Murid-murid lebih suka bermain semasa proses pengajaran dan
pembelajaran, suasana bilik darjah yang hingar bingar dan murid tidak
berdisiplin. Secara keseluruhannya bilik darjah yang kondusif dan tidak
kondusif adalah bergantung kepada ciri-ciri seorang guru, iklim bilik darjah
dan kaitan antara pengurusan dan pengajaran.

4.0 FOKUS PERBINCANGAN TUGASAN

Fokus perbincangan tugasan ini ialah lima perkara atau aktiviti yang saya
lakukan sepanjang masa menjadi guru yang di dalamnya terdapat pelbagai
budaya. Rangka-rangka yang akan dibincangkan adalah seperti berikut :-
a. Guru mesti peka mengolah pengajaran dan pembelajaran dengan
mengambil kira sensiviti pelbagai budaya.
b. Proses pengajaran dan pembelajaran menyatukan budaya dan ilmu
c. Kaedah dan teknik yang sesuai
d. Penggunaan bahan bacaan
e. Pembelajaran komputer

a.Guru mesti peka mengolah pengajaran dan pembelajaran terhadap


sensiviti pelbagai budaya

Di dalam kelas yang terdapat pelbagai budaya, seseorang guru itu


semestinya mengambil berat terhadap sensiviti pelbagai budaya. Semasa
pengajaran dan pembelajaran berlaku, sudah semestinya seseorang guru
akan menghadapi situasi sosial budaya yang pelbagai maka pertimbangan
yang bijak supaya pengelolaan. pengurusan dan pengajaran perlu di beri
keperihatinan. Untuk mengatasi masalah ini, maka seseorang guru itu harus
berinteraksi dengan lebih positif agar dapat memupuk kebanggaan budaya
masing-masing.(Lee 1992)Pengajaran relevan budaya membantu
kesefahaman dan permuafakatan antara guru dan murid supaya kesepaduan
ilmu, kemahiran dan sikap yang holistic boleh mencapai hasrat dikehendaki
oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukunegara. Semasa pengajaran
dan pembelajaran berlaku, seseorang guru seharusnya menjadi pengantara
persekitaran fizikal sekolah dan rumah murid. Seseorang guru itu juga harus
menggunakan ciri-ciri perbezaan budaya, latar belakang,pengetahuan dan
pengalaman pelajar untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran.
Misalnya, seseorang guru itu perlu mengetahui adat budaya sesuatu etnik itu
supaya kita tidak menyentuh sensiviti adat resam mereka.

b. Proses pengajaran dan pembelajaran menyatukan budaya dan ilmu

Selain dari itu, pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan jika
semasa guru mengajar, murid dapat menyebati pengetahuan, konsep,
prosedur, kemahiran dan strategi yang mereka pelajari daripada situasi
pelbagai budaya ke dalam kesepaduan ilmu dan nilai tanpa prejudis budaya
lagi. Ini amatlah mustahak bagi murid memahami latar belakang mereka yang
berlainan budaya, proses aktif pembelajaran rentasi budaya walau pun
belajar dalam kepelbagaian tetapi ia menyatupadukan ilmu pengetahuan.
Misalnya dalam matapelajaran Kajian Tempatan terdapat topik Perayaan
Malaysia, maka murid boleh berbincang dalam satu kumpulan yang terdapat
pelbagai etnik untuk satu perayaan. Guru boleh menilai tahap kefahaman
murid mengenai pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia. Murid-murid
boleh bertukar-tukar pendapat atau bersoal jawab tentang pelbagai perayaan
yang terdapat di Malaysia.

c. Kaedah dan teknik yang sesuai

Guru yang mengelolakan pedagogi dalam bilik darjah pelbagai budaya


harus melihat pengajaran sebagai “an art rather than a science” supaya guru
seperti kita berfikiran kreatif dan boleh menyesuaikan diri dengan murid
pelbagai budaya. Guru juga perlu mempunyai pandangan bahawa semua
murid boleh belajar dan berjaya. Guru juga perlu berhubung dan
berkomunikasi dengan ibubapa murid berlainan budaya. Mempunyai sifat
mudah mesra dengan murid dan sentiasa bersedia dan berkongsi
maklumat,pengetahuan,kemahiran dengan murid pelbagai budaya. Sebagai
seorang guru yang mengajar kelas yang tedapat murid pelbagai budaya perlu
mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran anda dengan mengambil kira
konsep perbezaan individu.

Sebagai contoh guru digalakkan menggunakan kaedah dan teknik


berikut :-

1. Kaedah pembelajaran kolaboratif dan koperatif

Guru yang menggunakan strategi pemusatan murid ini, menggalakkan


murid berbincang dan sesi buzz melibatkan ahli-ahli kumpulan pelbagai
budaya. Contohnya dalam kumpulan perbincangan ahli kumpulan terdiri
daripada Ali, Ah Chong dan Raju.Murid digalakkan berinteraksi dan
bekerjasama dalam suasana hormat-menghormati. Sesi pembentangan
perlu mempamerkan kejayaan semangat pasukan dan setiakawan. Guru
perlu memudahcara letusan idea kumpulan, memberi penghargaan secara
kolektif melambangkan harmoni sesuatu kumpulan budaya.Kolaboratif dan
koperatif perlu dipupuk di peringkat sekolah rendah lagi bagi mendapat
persekitaran pembelajaran yang sihat dan boleh menyatupadukan murid
pelbagai budaya dalam kelas.

2. Penemuan

Guru merancang pengajaran melalui penemuan, contohnya bagi Tajuk :


Budaya masyarakat majmuk. Siti dan Jamilah diberi tajuk : Budaya Orang
China, Ah Moi dan Mei Lan diberi tajuk : Budaya Orang India dan Sarojini
dan Sarania diberi tajuk : Budaya Orang Melayu. Strategi rentas budaya
mengkehendaki pelajar meneroka dan membina pengetahuan serta
pengalaman supaya faham budaya orang lain, sesi pembentangan
mereka dikukuhkan dengan terdapat perkongsian maklumat dengan murid
lain dari pelbagai budaya memberi maklumat, huraian atau memperbaiki
persepsi budaya masing-masing.

3. Projek

Kaedah ini memerlukan pembinaan kumpulan yang terdiri daripada murid


pelbagai kaum dan budaya. Tajuk yang sesuai dan melambangkan
kepelbagaian budaya diberi keutamaan. Contohnya murid diberi tajuk:
Adat Perkahwinan.Ahli kumpulan terdiri daripada bangsa berbeza supaya
mereka boleh kongsi pengalaman dan buat kerja lapangan di komuniti
yang berbeza. Murid boleh mendapat sumber pengetahuan terus daripada
kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Apa yang selalu kita
perhatikan murid kaum tertentu hanya akan buat projek berkaitan dengan
bangsa sendiri tanpa ada rentasan budaya.

d. Penggunaan bahan bacaan

Sebagai seorang guru yang mengajar, murid yang pelbagai budaya, maka
kita perlu menerima konsep perbezaan individu dan menterjemahnya
semasa pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru itu perlu membuat
persediaan yang rapi dan prihatin terhadap bahan bacaan terutama
mengajar kemahiran tersebut yang semestinya perlu mesra budaya.Murid
akan mengalami konflik pemikiran jika guru tidak memberikan pengajaran
yang bercorak sama rata untuk kefahaman pelbagai budaya. Sesuatu
program bacaan yang berkesan harus merapatkan perbezaan budaya dan
member murid ruang berfikir secara positif perbezaan budaya. Sebagai
seorang guru yang menjiwai pedagogi pelbagai budaya harus :-
1. Memilih bahan bacaan yang boleh dikaitkan dengan pengalaman
setiap murid dalam bilik darjah anda.
2. Menguasai pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran.
3. Mengetahui dan memahami perkataan dan ayat yang boleh
menyinggung budaya murid. 11
4. Wujudkan atau cari bahan bacaan sesuai dengan budaya setiap murid.
5. Galakkan murid membaca dan memahami bahan rentas budaya.
Semestinya seseorang guru yang mempunyai kelas pelbagai budaya akan
lebih berfikiran terbuka dan positif melaksanakan pengajaran di bilik darjah
dengan mengambil perhatian terhadap perkara-perkara tersebut.

e. Pembelajaran komputer

Perkembangan teknologi mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran,


integrasi teknologi maklumat ke dalam pengajaran dan pembelajaran juga
harus mengambil kira perbezaan individu terutama dari segi sosial dan
budaya. Tekonologi amat membantu pengajaran dan pembelajaran, guru
peka terhadap pengajaran berasaskan komputer sesuai dengan budaya
pelajar. Pembelajaran berasaskan kumpulan perlu memaparkan
persekitaran budaya pelajar secara mesra. Murid-murid perlu dibentuk
dalam satu kumpulan yang mengandungi pelbagai budaya agar mereka
dapat bertukar-tukar pandangan. Di dalam kelas pelbagai budaya guru
perlu memanfaatkan pelbagai teknologi kerana ianya boleh mengubah
corak pengajaran dan pembelajaran dan membantu pengajaran guru
dengan lebih berkesan.

Guru juga perlu menyediakan bahan berasaskan kumpulan sesuai


dengan budaya pelajar. Guru juga perlu memberi peluang dan ruang
untuk meneroka alam siber secara luas tetapi guru perlu menerapkan
perbezaan individu dan budaya secara positif. Seseorang guru itu perlu
menguasai teknologi untuk membolehkan teknologi membantu
menguruskan perbezaan demi memanfaatkan pembelajaran murid.
Sebagai contoh, apabila seseorang guru itu membawa masuk perisian
pembelajaran ke dalam bilik darjah ianya perlu disemak kandungan
perisian tersebut supaya tidak menjejaskan budaya seorang murid.

12
5.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGHASILKAN KELAS YANG
KONDUSIF YANG ADA PELBAGAI BUDAYA

Di sini dijelaskan dengan lebih terperinci lima langkah-langkah untuk


menghasilkan kelas yang kondusif yang di dalamnya terdapat pelbagai
budaya.Langkah-langkah yang akan dihuraikan adalah seperti berikut:-

5.1 SUSUN ATUR TEMPAT DUDUK DALAM BILIK DARJAH

Marzano(2003)menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai


impak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding dengan polisi sekolah
berkenaan kurikulum, penilaian, kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat.
Oleh kerana tindakan guru boleh memberikan impak yang besar, maka menjadi
tanggunjawab besar bagi guru untuk menyediakan persekitaran fizikal yang efektif
bagi membantu perkembangan murid dalam pembelajaran. Seseorang guru perlu
bijak menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah dari
pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam
satu kumpulan. Apabila ada perbincangan kumpulan, ahli-ahli kumpulan mesti terdiri
dari pelbagai kaum etnik. Ini secara tidak langsung dengan wujudnya kepalbagaian
kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan akan memupuk satu suasana yang mesra
budaya. Murid-murid dalam setiap kumpulan yang terdiri dari pelbagai kaum etnik ini
akan bekerjasama tanpa mengira etnik untuk menyelesaikan sesuatu masalah
dalam pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga dapat bertukar-tukar pendapat
dan mengeratkan lagi hubungan sesama mereka agar suasana dalam bilik darjah
juga akan menjadi aman dan harmonis. Guru perlu mengekalkan suasana yang
harmonis ini dan bijak menyelesaikan permasalahan kaum yang timbul.

5.2 MENYEDIAKAN AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH

Selain dari itu, guru boleh menyediakan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah seperti
membuat mural. Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural-mural yang pada
kebiasaannya dilakukan oleh guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi
pembantunya. Guru boleh memikirkan tema yang bersesuaian berkisar mengenai
perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini.
Aktiviti sedemikian juga merupakan salah satu aktiviti yang boleh dilakukan oleh
murid-murid dari pelbagai latar belakang kumpulan etnik supaya dapat memupuk
perasaan kekitaan dalam kalangan mereka. Perbincangan serta persediaan untuk
lukisan mural secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai serta belajar untuk
bertoleransi dan bekerjasama. Secara tidak langsung guru telah berjaya secara tidak
langsung untuk mewujudkan persekitaran mesra budaya. Seterusnya, untuk
memupuk nilai kerjasama dan tolong menolong antara murid dari pelbagai latar
belakang dan budaya ialah penyediaan ruang untuk bekerja. Di ruang bekerja
ini,segala tugasan yang diberikan oleh guru dapat dibincang di ruang ini. Ini secara
tidak langsung murid yang terdiri daripada pelbagai etnik ini dapat berbincang untuk
mendapatkan jawapan atau berbincang menyelesaikan tugasan.

5.3 MENYEDIAKAN SUDUT-SUDUT PEMBELAJARAN DAN BACAAN

Selain dari sudut-sudut pembelajaran dan bacaan yang biasa terdapat di


dalam kelas biasa, seseorang guru perlu mewujudkan sudut baru seperti sudut
budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Dengan adanya sudut-sudut aeperti ini
murid-murid akan didedahkan dengan bahan-bahan pelbagai agama, adat resam,
kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Dengan
adanya sudut-sudut tersebut murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti
sabar, toleransi serta hormat menghormati yang merupakan komponen penting
untuk mewujudkan perpaduan kaum. Untuk menarik perhatian murid-murid tersebut,
maka guru perlu menyediakan pelbagai aktiviti-aktiviti multimedia atau interaktif.
Contohnya di sudut budaya murid-murid dapat mengetahui tentang kebudayaan dan
agama sesuatu kaum agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan tidak
prasangka agar tidak menyentuh isu-isu sensitif serta menjaga sensiviti sesuatu
kaum etnik. Begitu juga dengan murid-murid dari Sabah dan Sarawak. Tindakan
mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong oleh Morrow dan
Weinstein(1982)yang menyatakan sedemikian “keep in mind to include a literacy
center in your classroom to allow pupils to explore,investigate and discover
knowledge”.

Untuk mewujudkan lagi suasana kelas yang kondusif pelbagai budaya ini
maka guru juga perlu mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik.Sudut-sudut ini
akan menyedarkan betapa pentingnya perpaduan antara kaum dari pelbagai latar
belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur.Secara
tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik darjah.

Selain daripada sudut-sudut pembelajaran,guru juga boleh menyediakan


sudut bacaan di mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau risalah dari
Sabah dan Sarawak atau sebaliknya yang mengandungi informasi mengenai
sesuatu kaum atau kumpulan etnik. Manakala sudut pembelajaran elektronik adalah
penting di mana murid dari pelbagai latar belakang etnik dapat menggunakan
perisian ‘software’yang disediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia
untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan. Semasa membuat
tugasan,murid-murid dapat memupuk serta menghayati nilai-nilai seperti
bekerjasama, tolong-menolong serta toleransi.

5.4 PENGURUSAN SOSIO-EMOSI YANG STABIL

Peranan guru sangat penting dalam pengurusan sosio emosi dengan


memberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinan murid untuk berinteraksi
dengan rakan di dalam kelas terutamanya bagi sebuah kelas yang mempunyai
murid yang berbeza budaya dan latar belakang. Oleh itu, strategi Belajar Melalui
Bermain adalah antara strategi yang boleh digunakan oleh seorang guru untuk
menggalakkan interaksi sosial dan mengawal emosi murid secara semula jadi.
Bermain adalah proses spontan yang dapat menghasilkan pengalaman,
pembelajaran dan kemahiran. Bermain membenarkan kanak-kanak melakukan
aktiviti yang kreatif. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu
keperluan. Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan ia
dikenali sebagai pembelajaran tidak formal.

Kebijaksanaan seseorang guru menguruskan emosi murid-murid di dalam


kelas yang pelbagai budaya ini mereka tidak akan berada dalam kebimbangan
dengan guru semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku. Jika murid
mempunyai emosi yang stabil, mereka akan mempunyai minat yang mendalam
terhadap pengajaran dan pembelajaran, disenangi kawan karib, boleh menerima
demokrasi secara terbuka, suka berjenaka dan yang paling utama mereka boleh
menanggung konflik yang berlaku di dalam bilik darjah.

5.5 PENYEDIAAN PERATURAN DALAM BILIK DARJAH

Pengurusan fizikal bilik darjah yang kondusif juga meliputi aspek keselamatan
iaitu menyediakan peraturan dan amalan dalam bilik darjah. Peraturan yang
disediakan oleh guru perlulah disesuaikan dengan murid-murid yang pelbagai
budaya yang ada di dalam kelas tersebut. Peraturan diwujudkan bukan untuk
menyekat kebebasan murid tetapi bagi mengawal dan mencorak tingkah laku yang
positif dan mencegah perlakuan yang tidak diingini. Murid sepatutnya bukan sahaja
diingatkan kepada perlakuan yang tidak boleh dilakukan, sebaliknya mereka harus
sedar bahawa lebih banyak lagi tingkahlaku dan perbuatan yang boleh dilakukan
dan disenangi oleh rakan ketika mereka berada di sekolah.

Guru perlu menyediakan satu peraturan kelas berpandukan pekeliling dan


peraturan sekolah. Intipati peraturan mencakupi amalan menepati masa, amanah,
rasa tanggungjawab, menjaga kebersihan, hormat-menghormati, bertolak ansur dan
bekerjasama. Guru perlu memberi penjelasan dengan bahasa yang mudah dan
senang difahami oleh semua murid yang pelbagai etnik. Begitu juga dengan tugasan
di dalam bilik darjah seperti jadual tugasan harian hendaklah guru membentuk
kumpulan yang bercampur pelbagai etnik. Murid-murid ini hendaklah mematuhi
tugasan tersebut dan bersama-sama bekerjasama melakukannya. Guru juga perlu
memberikan nasihat, amaran dan tindakan kepada murid yang melanggar peraturan
dengan tujuan untuk mendidik dan bukan untuk menghukum. Peraturan yang
disediakan juga mestilah difahami oleh murid-murid yang terdiri daripada pelbagai
etnik dan budaya.

6.0 RUMUSAN

Budaya dan iklim sekolah yang positif boleh memainkan peranan yang
besar terhadap kesihatan, perkembangan emosi dan kemajuan akademik
pelajar-pelajar. Peranan budaya dan iklim sekolah yang positif juga
memberikan sumbangan yang besar terhadap hubungan interpersonal. 16
Dalam kawasan sekolah, pengajaran dan pembelajaran di sekolah-
sekolah yang budaya serta iklimnya positif dapat berjalan dengan lancar
tanpa ada gangguan. Walaupun sukatan pelajaran telah dikeluarkan oleh
pihak kerajaan, tetapi warga pendidik tidak terikat dengan sesuatu stail
pengajaran. Mereka bebas menggunakan stail yang difikirkan sesuai
berdasarkan kreativiti mereka sendiri. Budaya formal dan tidak formal sekolah
memberikan sumbangan kepada pembentukan sekolah berkesan ( Sharifah,
2000 ). Dalam hal ini, budaya formal dan tidak formal menguasai matlamat
sekolah, teknologi “core” dan pelajar. Imej sekolah akan meningkat apabila
budaya dan iklim sekolah berada dalam keadaan baik.
Sesebuah sekolah yang baik atau kurang baik adalah berkait rapat
dengan pembentukan iklim persekolahan tertentu. Pada kebiasaannya,
organisasi sekolah yang sihat atau baik akan melahirkan iklim persekolahan
yang kondusif untuk aktiviti-aktiviti pendidikan. Berdasarkan elemen-elemen
yang telah dinyatakan tadi, jelaslah dapat membuktikan betapa perubahan
radikal yang berlaku perlu dalam dunia pendidikan dalam usaha memastikan
kejayaan sistem ini menjadikan sistem pendidikan yang bertaraf dunia.
Usaha-usaha tersebut adalah susun atur kedudukan pelajar di dalam bilik
darjah, penggunaan alat bantu (ABM) di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, penggunaan multimedia dan internet sebagai alat komunikasi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kaedah pembelajaran koperatif,
corak kepimpinan sekolah, motivasi sebagai rangsangan emosi dan bilik
darjah semuafakat.
Dalam usaha memastikan kejayaan sistem pendidikan baru ini,
terdapat pendekatan baru telah diperkenalkan menerusi institusi pendidikan
dalam usaha memperkenalkan aktiviti yang lebih menarik, bermakna dan
menyeronokkan. Kerajaan telah membuktikan kesungguhan mencapai hasrat
ini melalui usaha yang telah ditunjukkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM). KPM telah berjaya mewujudkan Sekolah Bestari. Di bawah program
ini, kerajaan telah berjaya menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan
akan sistem pendidikan terbaru negara ini.

17
REFLEKSI

Pada 15 Disember 2009, saya telah menerima tugasan EDU 3106 Budaya
dan Pembelajaran daripada Pn. Hanisah bt. Zakaria selaku pensyarah yang
mengajar subjek ini. Tugasan ini menghendaki saya menghasilkan esei yang bersifat
kritikal bagi membincangkan tentang usaha-usaha yang dilakukan untuk menjadikan
budaya dan iklim sekolah yang kondusif yang mampu meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.
Semasa permulaan untuk menyediakan tugasan ini, saya telah menyediakan
satu perancangan awal bagi memastikan tugasan saya ini berjalan dengan lancar.
Bagaimanapun, disebabkan banyak komitmen lain yang menanti serta kekangan
masa, maka, tugasan saya ini tidak menepati seperti yang dirancang. Walaupun
tidak berlaku seperti yang diharapkan, saya terus mencuba sedikit demi sedikit untuk
menyiapkannya.
Menjadi lumrah hidup kepada setiap insan, dalam menyiapkan tugasan,
berlaku perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan seperti kekangan masa, dan
percanggahan pendapat mengenai sesuatu tugasan. Begitu juga keadaannya
berlaku ke atas diri saya. Banyak perkara yang saya kurang faham serta kekangan
masa telah menyulitkan serta melambatkan proses menyiapkan tugasan ini. Namun,
saya bernasib baik kerana memiliki pensyarah yang baik di samping rakan-rakan
yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.
Setelah beberapa kali bertemu dengan Pn. Hanisah dan juga pensyarah-
pensyarah lain untuk mendapatkan tunjuk ajar dan komen daripada mereka tentang
esei serta maklumat-maklumat yang telah saya gariskan, barulah saya mampu untuk
menyiapkan. Namun, ada juga masalah lain yang dihadapi iaitu semasa proses
menyiapkan tugasan ini kerana saya tidak begitu arif tentang cara untuk menyiapkan
esei yang bersifat kritikal serta bagaimana untuk mengolahnya. Tetapi setelah
berbincang bersama rakan-rakan, barulah saya dapat membayangkan cara untuk
menyiapkannya.
Setelah berhempas-pulas akhirnya dapatlah juga saya menyiapkannya.
Walaupun tugasan ini amat memerah pemikiran dan keringat namun, saya amat
berpuashati kerana dapat menyiapkannya dengan hasil usaha saya sendiri di
samping tunjuk ajar pensyarah serta bantuan rakan-rakan.
Sekian, terima kasih. 18
RUJUKAN
Abu Bakar Nordin (1994). Reformasi Pendidikan Dalam Menghadapi
Cabaran 2020. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.

Admin (2008). Pendidikan Bertaraf Dunia.


http://mazlan66.wordpress.com/2008/02/13/pendidikan-bertaraf-dunia

Coombs, Bryan (2004). Mengajar Secara Efektif. Terjemahan Siti


Aishah Mohd Elias. Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara Malaysia
Berhad. Cetakan asal 1995.

Hill, Susan & Hill, Tim (1997). Suatu Panduan Pembelajaran Bersama :
Bilik Darjah Semuafakat. Terjemahan Saliah Abdul Aziz. Kuala Lumpur :
Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Mok Soon Sang (2008). Siri Pendidikan Psikologi Pendidikan dan


Pedagogi Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur : Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.

Sharifah Md. Nor (2000). Keberkesanan Sekolah Satu Perspektif


Sosiologi. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Syuhada Choon Abdullah (2 Januari 2008). Empathy aspek utama


pertingkat pendidikan : Pentadbir sekolah, guru perlu kerjasama pacu
kecemerlangan. Berita Harian. Ms. 5

Tajul Ariffin Nordin (1992). Pendidikan dan Wawasan 2020. Kuala


Lumpur : Arina Ilmu Sdn. Bhd.

Ting Len Siong, Muhamad Sidek Said (2007). Ingin Menjadi Guru.
Puchong : Ilmu Media Trade.

19

S-ar putea să vă placă și