Sunteți pe pagina 1din 9

Wahai orang-orang yang beriman !

Bertaqwalah kamu kepada Allah


dengan sebenar-benarnya dan janganlah kamu mati melainkan dalam
keadaan kamu beragama islam.

1
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan melaksanakan titah perintah-Nya dan
menjauhi segala larangan-Nya. Ketahuilah bahawa tidak ada sesuatu yang
diberikan Allah yang nilainya terlebih baik selain daripada taqwa.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Amanah merupakan satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Ia
menentukan masa hadapan sesebuah masyarakat. Semua peranan yang dimainkan
oleh setiap individu berkisar di sekitar dengan amanah yang telah diletakkan ke
atas dirinya. Manusia tidak boleh melepaskan dirinya dari menunaikan amanah
yang telah dibebankan kepadanya oleh kehendak-kehendak kehidupan. Setiap
orang mesti menunaikan amanah kepada Tuhan, diri, keluarga, masyarakat dan
negara.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Islam adalah agama yang sangat menitikberatkan soal hak, amanah dan
tanggungjawab. Ia dinyatakan oleh Allah S.W.T dalam surah An-Nisa’ ayat 58:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah


kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)….”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Amanah berasal daripada perkataan arab - amanah, yang bermaksud tenteram,


aman, selamat dan harmoni. Dalam pengertian nilai dan akhlak, amanah ialah
menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan
tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. Amanah dengan erti kata lain ialah
tanggungjawab yang diterima oloh seseorang yang kepadanya diberikan
kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut, tanpa
2
mengabaikannya. Apabila tanggungjawab itu ditunaikan dan kepercayaan yang
diberikan itu dihargai, maka orang yang menerima dan melaksanakannya
mendapati dirinya tenteram, aman, selamat dan harmoni. Amanah meliputi
pelbagai aspek, antaranya :

1. Amanah Terhadap Allah Dan Rasul

2. Amanah Terhadap Diri Sendiri

3. Amanah Terhadap Masyarakat Dan Perkhidmatan

1. Amanah Terhadap Allah Dan Rasul

Ia bermula daripada kedudukan manusia sebagai hamba Allah SWT. Dan fungsi
sebagai khalifahNya. Tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah ialah patuh,
taat dan tunduk kepadaNya. Tanggungjawab manusia sebagai khalifah pula ialah
membangun, memakmur dan melaksanakan islah di bumi ini mengikut kehendak
dan tuntutan yang terkandung dalam syariat dan ajaranNya seperti yang dibawa
oleh Rasulullah SAW.

Kedudukan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah dengan fungsinya untuk
taat, patuh dan mengimarahkan bumi Allah ini ialah satu amanah yang mesti
dilaksanakan sepenuhnya. Segala tuntutan agama dan kewajipan yang ditetapkan
hendaklah dipikul dan dilaksanakan seperti yang dikehendaki tanpa lalai, ragu dan
sambil lewa. Jika ini dilaksanakan, maka seseorang itu telah menunaikan
amanahnya kepada Allah SWT sepertimana firmanNya :

      


    
Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah


dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu,
sedangkan kamu mengetahui (salahnya).
(Al-Anfal : 27)
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Segala pemberian dan nikmat Allah SWT hendaklah dimanfaatkan untuk kebaikan
dan digunakan mengikut peraturan dan hukum yang telah ditetapkan. Apabila

3
amanah Allah ini ditunaikan, maka manusia akan merasai ketenangan, kedamaian
dan keselamatan jiwa yang tidak terhingga. Hilanglah kegelisahan dan kekacauan
dalam dirinya. Sebuah organisasi dan masyarakat yang anggotanya menjaga,
memelihara dan menghargai amanah Allah akan berada dalam suasana aman,
tenteram dan penuh harmoni. Dengan itu produktiviti akan bertambah dan
kebaikan akan berkembang.

Amanah terhadap Rasul ialah cabang daripada amanah terhadap Allah. Rasul
menyampaikan segala ajaran Allah SWT dan menunjukkan bagaimana ajaran itu
dilaksanakan. Rasulullah SAW telah menyediakan as-Sunnah dan Qudwah
(ikutan). Ia merupakan amanah Rasulullah SAW kepada umatnya yang perlu
dipelihara, dihargai serta dipatuhi.

Perkataan Rasulullah dalam bentuk perintah, nasihat dan saranan menjadi


sunnahnya. Begitu juga perbuatan dan pengakuannya merupakan sunnah yang
menjadi amanah untuk diterima dan dilaksanakan sebagai tanggungjawab yang
dituntut. Patuh dan taat kepada Rasulullah SAW merupakan sebahagian daripada
ketaatan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Seseorang dianggap mengkhianati
amanah Allah dan RasulNya jika kewajipan yang telah ditentukan, diabaikan.
Begitu juga jika ia tidak memelihara ketinggian dan maruah agama Allah, tidak
berjuang menegakkannya dan tidak berusaha untuk menghayatinya dengan penuh
keimanan dan keyakinan.

2. Amanah Terhadap Diri Sendiri

Manusia dan segala anggotanya menjadi amanah Allah SWT. Akal, mata, telinga,
kaki, tangan dan lain-lain anggota merupakan amanah Allah. Setiap diri kita
mempunyai tanggungjawab dan kewajipan dari segi rohaniah dan juga lahiriah.
Menjaga kebersihan , kesihatan diri dan memberikan hak-hak anggota tubuh badan
merupakan sebahagian daripada amanah terhadap diri yang telah ditetapkan oleh
Islam.

Kebersihan rohaniah dan memelihara anggota daripada digunakan untuk perkara


yang dilarang oleh Allah SWT menjadi tanggungjawab dan tuntutan yang
terkandung dalam pengertian amanah. Mata yang dikurniakan oleh Allah adalah
amanah. Ia hendaklah digunakan untuk tujuan yang diredhai Allah dengan
menghindarkannya daripada melihat perkara yang dilarang. Telinga hendaklah
digunakan untuk tujuan yang baik dengan menghindarkannya daripada mendengar
perkataan yang terlarang seperti mendengar umpatan.

4
Lidah menjadi amanah Allah. Ia hendaklah dijaga dan dipelihara daripada segala
kejahatan. Lidah adalah lebih tajam daripada mata pedang. Jika disalahgunakan ia
amat berbahaya kepada diri dan masyarakat. Lidah yang tidak dijaga akan menjadi
pembawa fitnah yang boleh merosakkan hidup dan membinasakan diri sendiri.
Oleh itu, semua anggota tubuh badan dan pancaindera merupakan amanah Allah
kepada manusia yang perlu dijaga dan dipelihara dengan cara memanfaatkannya
untuk tujuan yang diredhai Allah.

3. Amanah Terhadap Masyarakat Dan Perkhidmatan

Manusia merupakan makhluk bermasyarakat yang saling bergantung dan


memerlukan antara satu sama lain. Tiada sesiapapun yang dapat memenuhi semua
keperluannya tanpa pengantungan kepada orang lain. Penduduk kota yang
memiliki pelbagai kemudahan memerlukan khidmat para petani dan nelayan untuk
mendapatkan keperluannya seperti beras, sayuran dan ikan. Mereka memerlukan
khidmat para penternak untuk mendapatkan daging.

Para peniaga memerlukan pelanggan manakala pengguna memerlukan khidmat


peniaga. Para pemimpin memerlukan pengikut. Pengikut memerlukan bimbingan
dan kepimpinan para pemimpin. Tegasnya, tiada siapa yang mampu hidup
bersendirian, kerana manusia itu makhluk bermasyarakat. Setiap orang
memerlukan perkhidmatan orang lain dan setiap yang dimiliki oleh seseorang
bukanlah pemilikan yang mutlak, tetapi menjadi amanah yang terpaksa diserahkan
kepada orang lain apabila tiba masanya. Penyerahan yang berlaku itu merupakan
perkhidmatan dalam hubungan kemasyarakatan dan kehidupan yang memerlukan
pergantungan antara satu dengan yang lain.

Apabila pergantungan itu diterjemahkan kepada perkhidmatan, bermakna setiap


orang dipertanggungjawabkan untuk memberikan perkhidmatan kepada yang lain
mengikut susunan dan kepentingan yang ditetapkan dalam kehidupan
bermasyarakat. Perkhidmatan yang dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas dalam
hubungan manusia bermasyarakat merupakan penghayatan amanah yang besar
ertinya dalam hidup dan penghayatan beragama.

Persoalan hak dan amanah itu pula tidak mengira sama ada ia besar atau kecil.
Cukup membimbangkan kita, amal-amal yang mulia pun akan terhalang dengan
pengkhianatan dalam perkara yang kita anggap remeh, tetapi besar di sisi Allah

5
S.W.T. Dalam hadith yang lain, Rasulullah S.A.W. telah menjelaskan hakikat ini.
Umar bin Al-Khattab R.A telah meriwayatkan bahawa:

”Ketika terjadi perang Khaibar, ada sekelompok dari sahabat-sahabat Nabi S.A.W.
datang menghadapi Baginda, kemudian mereka mengatakan: ” Si Polan itu mati
syahid dan Si Polan itu juga mati syahid”, sehingga akhirnya mereka menyebutkan
nama seseorang lalu mereka berkata; ” Si Polan itupun mati syahid pula”. Lalu
Baginda bersabda: ”Tidak sama sekali, Si Polan itu hanya saya lihat masuk ke
dalam neraka kerana sehelai baju dari hasil rampasan perang yang
disembunyikannya”.

(Hadith ini diriwayatkan oleh Muslim)

Justeru, Rasulullah S.A.W. sendiri telah menunjukkan contoh sifat amanah yang
tinggi, walaupun kepada golongan bukan Islam yang tinggal dalam masyarakat
Quraisy yang memusuhi Baginda S.A.W. Ulama’ mencatatkan bahawa sebelum
Rasulullah S.A.W. berhijrah ke Madinah, Baginda telah mewasiatkan kepada
Saidina Ali bin Abi Thalib supaya memulangkan barang-barang Wadi’ah dan
amanah dalam jagaan Baginda kepada pemiliknya di kalangan penduduk Makkah.

Sifat jujur dan amanah inilah yang amat ditekankan dalam Islam kerana amanah
sangat berkait rapat dengan iman. Sabda Rasulullah S.A.W. seperti diriwayatkan
oleh Anas bin Malik R.A:

" Tiada sempurna iman bagi orang yang tidak amanah dan tiada agama bagi
orang yang tidak berpegang dengan janji ”.
(Riwayat Ahmad)

Sekarang, marilah kita menilai diri kita pula. Setakat manakah kita menghormati
hak orang lain sama ada pada tubuh badannya, hartanya atau maruah dirinya.
Adakah di kalangan kita yang pernah memukul atau mencederakan orang lain,
walaupun hanya kerana kesilapan kecil di jalanraya? Adakah kita mengambil hak
orang, hak majikan, hak kerajaan atau hak syarikat

6
walaupun hanya sekadar sebatang pen? Bagaimana pula orang yang memanipulasi
atau menyalahgunakan gambar orang lain untuk menjatuhkan maruahnya hanya
dengan mudah memetik tetikus komputer beberapa kali?.

Sidang Jumaat Sekalian,

Banyak hadith Rasulullah S.A.W. yang mengingatkan kita tentang soal hak dan
amanah pada jiwa, harta dan maruah. Antaranya adalah hadith yang bermaksud:

” Sesiapa yang kami lantik di antara kamu semua sebagai petugas atas sesuatu
pekerjaan, kemudian dia menyembunyikan dari kami sebatang jarum, apalagi yang
lebih besar dari jarum itu, maka hal itu adalah pengkhianatan yang ditanggung
sendiri pada hari kiamat”. Kata perawi hadith: Kemudian ada seorang lelaki
berkulit hitam dari kaum Ansar berdiri. Saya rasa seolah-olah terbayangkan susuk
tubuh lelaki tersebut. Dia berkata: ”Ya Rasulullah! Ambillah kembali tugas yang
Tuan serahkan kepadaku dahulu (dia mohon ditamatkan tugas)”.

Rasulullah S.A.W. bertanya: ”Mengapa engkau mohon berhenti?”. Ia menjawab:”


Saya mendengar Tuan bersabda begitu dan begini”. Baginda S.A.W. lalu bersabda
pula: ” Saya tegaskan sekali lagi: ”Sesiapa yang kami lantik sebagai petugas untuk
melaksanakan sesuatu pekerjaan, maka hendaklah menemui kami dengan
menyerahkan hasil kutipan sama ada sedikit atau banyak. Apa-apa yang diberikan
padanya, ambillah itu dan apa-apa yang dilarang, janganlah ambil”.

(Riwayat Muslim)

Manakala hadith kedua dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W
bersabda yang bermaksud:

” Adakah engkau semua tahu, siapakah orang yang muflis itu?” Para sahabat
menjawab: ” Orang muflis di kalangan kita ialah orang yang sudah tidak memiliki
lagi sesuatu benda apapun.” Baginda S.A.W. lalu bersabda: ” Orang muflis dari
kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa
amalan solat, puasa dan zakatnya ketika di dunia dahulu, dia pernah mencaci,
menuduh, memakan harta dan membunuh seseorang (tanpa alasan yang benar).
Maka orang yang dianiaya itu diberikan pahala orang tadi. Mangsa yang lain pun
diberikan pahalanya juga. Jikalau pahala-pahalanya sudah habis sebelum terlunas
tanggungan kezalimannya, maka ambillah dari dosa-dosa orang-orang yang

7
dianiayanya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, kemudian orang tersebut
dilemparkanlah ke dalam neraka”.
(Riwayat Muslim)

Kesimpulannya, marilah kita meningkatkan kepekaan dan sensitiviti kita terhadap


soal hak dan amanah ini. Semoga kita mendapat keselamatan di dunia dan akhirat
dari segala kesengsaraan dan azab Allah S.W.T.

8
9

S-ar putea să vă placă și