Sunteți pe pagina 1din 9

TAMADUN ISLAM

PENGENALAN

Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Kehebatan

tamadun Islam telah mengubah arah kegelapan tamadun barat menjadi sebuah

tamadun yang hebat hingga ke hari ini. Kajian demi kajian di buat terhadap tamadun

Islam telah melahirkan banyak ahli fikir Eropah. Secara kasar, tamadun Islam lebih

mementingkan akhlak keperibadian mulia setiap insan tanpa membezakan setiap

bangsa. Namun tamadun barat lebih mementingkan kepada keuntungan atau lebih

tepat materialistik (kebendaan) walaupun soal akhlak terbiar.

DEFINISI TAMADUN ISLAM

1) MENGIKUT BAHASA

 BAHASA ARAB

 Badarah dikaitkan dengan kehidupan berpindah – randah di pedalaman

yang jauh daripada kemajuan,serta lebih banyak bergantung kepada

pertanian dan ternakan bagi memenuhi keperluan hidup

 Umran adalah terbitan dari perkataan ‘Amara yang bererti ‘kawasan tanah

atau rumah yang didiami, diduduki orang, tinggal menetap, segolongan

penduduk yang menetap dan seumpamanya dalam suatu keadaan yang

berkembang subur lagi makmur dari keadaan kering tandus atau terbiar dan

binasa.
 Hadarat membawa erti ‘suatu wilayah, daerah atau bahagian dari ibukota-

ibukota atau bandar-bandar atau kampung-kampung dan dari kawasan yang

didiami’

 Maddana dan madana yang bermaksud membangunkan kawasan

(material) dan akhlak (kerohanian).

 BAHASA INGGERIS

 Perkataan “civilization” bermaksud Tamadun dalam bahasa Inggeris hanya

mula dipakai pada abad ke-19M dan abad ke-20M. Prof Franz Rosenthal telah

menterjemahkan istilah “Umran” ke dalam Bahasa Inggeris sebagai

“Urbanization” dengan maksud “perbandaran” dan Tamadun sebagai

civilization.

 BAHASA MELAYU

 Peradaban merujuk kepada keadaan masyarakat manusia yang dicirikan

oleh taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial,

budaya, politik dan lain-lain), negara dan penduduknya yang telah mencapai

taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran, budaya atau cara

hidup orang-orang ( negara, kawasan, atau sesuatu zaman), dan keadaan

pemikiran ( budaya dan moral yang halus). Kamus Dewan (Edisi Ketiga),

1994. Kuala Lumpur: DBP.

 Kebudayaan diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal

manusia.
2) MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

 IBNU KHALDUN

 Beliau -sebagai pengasas Ilmu Sains Kemasyarakatan- dalam bukunya

Pengajian Tamadun (The Study of Civilization) telah mengistilahkan

perkataan Tamadun dengan “hadarah” yang bermaksud : “suatu keadaan

yang melebihi keperluan biasa dari soal-soal pembangunan

yang menyebabkan lahirnya kemewahan dan keselesaan di dalam

kehidupan”.

 Manakala “Umran” pula beliau mentakrifkannya sebagai “satu perbandaran

yang diduduki oleh sekumpulan masyarakat yang hidup menetap dalam satu

keadaan berkembang subur lagi makmur, yang bertentangan dengan

keadaan kering, tandus, terbiar atau binasa”.

 ABU NASIR AL-FARABI

 Telah memperkenalkan istilah al-Madaniah dalam abad ke 11 Masihi dalam

kitabnya al-Sayasah al-Madaniah. Terminology ini diambil daripada akar kata

Madinah iaitu sebuah negara Islam yang pertama yang diasaskan oleh

Rasullulah s.a.w. madaniah yang digambarkan oleh Farabi ialah pencapaian

umat Islam di kota yang berasaskan wahyu iaitu akidah, syarak dan akhlak.

 ABDUL RAHMAN HASSAN

 Beliau mentakrifkan Tamadun –dalam bukunya “Usulul Hadharah al-Islmiah”

sebagai “sekumpulan manusia di kawasan yang maju samada di bandar atau

di kampung” yang diukur melalui tiga perkara berikut :-


i- Berkaitan dengan jasmani dan kemudahan hidup – termasuklah

kemewahan serta keselesaan hidup seperti kesihatan, perkilangan,

pertanian, penternakan, perlombongan dan sebagainya.

ii- Mengatur aktiviti masyarakat ke arah keamanan, keadilan dan kebenaran

agar dapat menjamin disiplin masyarakat dalam bidang pentadbiran,

perundangan, harta benda, kekeluargaan, akhlak, adat istiadat, muamalah

dan lain-lain.

iii- Ke arah pencapaian kebahagiaan yang berkekalan dengan mengenal diri,

alam sekitar, alam barzakh dan alam akhirat yang merupakan kemuncak

kesempurnaan. Dengan ini manusia akan kenal penciptanya dan mereka

akan tahu matlamat hidup dan kewajipan mereka terhadap agama.

3) MENGIKUT PERSPEKTIF BARAT

 E.B TAYLOR

 Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek – aspek

keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai – nilai moral, perundangan, tradisi,

bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat

 ARNOLD TOYNBEE

 Tamadun ialah suatu sistem yang dapat membantu manusia menambah hasil

pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen, iaitu bahan –

bahan ekonomi, system politik, pengetahuan dan seni


 J.K FIEBLEMAN

 Tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat.

Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atas material dengan sendiri

menjadikannya barang baru bagi sesuatu keperluan.

 PROF. CLYDE KLUCHOHN

 Beliau berpendapat “sesuatu masyarakat itu dianggap bertamadun jika

mempunyai dua dari unsur-unsur berikut :-

i- Perbandaran yang mempunyai penduduk lebih daripada 5000 orang.

ii- Penggunaan bahasa bertulis

iii- Pusat-pusat upacara penting.

 RIBERIO

 Seorang ahli antropologi telah mentakrifkan tamadun sebagai revolusi bandar

yang mengakibatkan pertumbuhan bandar, negara dan penyusunan

masyarakat ke dalam bentuk kelas sosial, perusahaan pertanian, penggunaan

logam dan tulisan , di mana bandar memancarkan tamadun ke kawasan

sekitarnya dengan menawarkan kemajuan spiritual dan material.


CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Namun ia bersifat terbuka iaitu

boleh menerima Tamadun asing selagi Tamadun tersebut tidak bercanggah dengan

dasar-dasar Islam.

 Edward L. Farmer berpendapat ciri-ciri tamadun iaitu:

 revolusi pertanian, penempatan kekal, stratifikasi sosial

 amalan beragama, urbanisasi, pengkhususan pekerjaan, inovasi

 teknologi dan pengenalan sistem tulisan.

 M.A.J. Beg berpendapat ciri-ciri tamadun ialah adanya:

 Penyebaran teknologi pertanian

 Penternakan yang mengubah tradisi kehidupan nomad

 Revolusi dalam perbandaran yang menekankan aspek - kemunculan bandar dan

negeri.

 Hubungan sosial yang baik.

 Kewujudan sistem pengairan.

 Teknologi tembaga dan besi

 Sistem penulisan.
 Ibnu Khaldun berpendapat bahawa ciri tamadun ialah kehidupan bandar yg

merangkumi:

 Agama yang lebih tinggi

 Sistem perundangan yang teratur

 Sistem negara yang teratur

 Sistem tulisan yang mantap

 Bentuk seni yang jelas

 Jurzi Zaydan pula mengatakan ciri-ciri tamadun ialah memberi perhatian kepada

pemerintahan Islam termasuklah:

 sistem pentadbirannya

 bandar-bandar Islam

 susun lapis masyarakat sosial yang teratur rapi.

 perkembangan ilmu sains dan

 pendidikan yang tinggi.

 bangunan-bangunan yang mempunyai ciri Islam dan kesenian Islam yang halus.

 Pembangunan dan pertumbuhan bandar telah diterima oleh kebanyakan sarjana

sebagai ramuan utama dalam melihat kelahiran Tamadun Islam.

 Bandar-bandar Islam ini telah mengembangkan Islam dan ada ikatan dengan

kemantapan ekonomi.
 Lucien Goldmann, berpendapat bahawa unsur utama yang menjadi pembeza

antara sesebuah tamadun yang lain ialah pandangan semesta.

Berdasarkan konsep pandangan semesta, tamadun manusia secara tipologi dapat

dibahagikan kepada empat ciri yang utama : 

i.  tamadun materialistik

ii.  tamadun intelektual

iii.  tamadun mistik

iv.  tamadun berasaskan wahyu

Namun dalam perkembangan sesebuah tamadun, terdapat tahap-tahap

peningkatannya yang boleh diukur berdasarkan dua asas utama iaitu;

a)     pencapaian fizikal ; boleh dilihat dari segi penubuhan sebuah kerajaan atau  

empayar yang luas  melalui penggabungan beberapa pusat perbandaran yang

berdekatan, peluasan sempadan atau melalui penaklukan.

b)     pencapaian intelektual ; boleh diliaht dari segi penemuan fikiran yang baru

ataupun penemuan, penyuburan dan penafsiran kembali fikiran yang lama yang

membuahkan sistem falsafah, pemikiran, sains dan teknologi.

 Syed Naquib yang menekankan kepada kehalusan tatasusila bagi mencerminkan

masyarakat bertamadun. Layanan orang Ansar terhadap orang Muhajirin di

Madinah semasa era Nabi Muhammad s.a.w. menunjukkan orang Ansar memiliki

tingkahlaku yang terpuji.


 Gordon Childe menegaskan bahawa peradaban lahir apabila manusia menetap

dalam kumpulan-kumpulan besar dan menjalankan pengkhususan di bandar.

Bagaimanapun dalam era dunia tanpa sempadan, konsep bandar mungkin boleh

dilihat dengan lebih luas kerana peranan kota telah diambilalih oleh negara bangsa

atau kerajaan atau benua. Masyarakat mungkin bersetuju mengiktiraf Jepun

sebagai negara bertamadun (tidak bandar-bandar Tokyo, Hiroshima dan

sebagainya) dan ramai akan menyetujui bahawa benua Eropah atau tamadun

Barat menguasai tamadun lain.

 Al-syirazi mengatakan perbincangan tentang sesuatu kekuasaan, kekebatan,

kemakmuran dan kemajuan sesuatu bangsa dan pemerintahan yang menjerus

kepada perbahasan mengenai sejarah keilmuan, peradaban, kemajuan industri

dan pembangunan ekonomi.

 Abu Bakar Hamzah membincangkan sesuatu yang lahir dan berkembang

bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan-perkembangan yang

lahir daripadanya sama ada sesuatu yang berupa niskala atau abstrak, mahupun

yang berupa sekala material.

 Teuku Iskandar menegaskan keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh

atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran

yakni sosial, budaya, politik dan lain-lain yang tinggi.

S-ar putea să vă placă și