Sunteți pe pagina 1din 6

PENGENALAN

Pada kurun abad ke-19, Malaysia telah pun menerima pengaruh ataupun
penjajahan oleh negara Barat iaitu British. Pada umumnya jelas menunujukan bahawa
hanya beberapa buah negeri sahaja yang dijajah secara rasmi oleh pihak British di
Malaysia. Namun pada hakikat yang sebenarnya, seluruh Malaysia telahpun dijajah oleh
pihak British. Hal ini dapat dibuktikan apabila berlakunya perubahan di dalam sistem
pentadbiran, ekonomi, dan juga sosial di Malaysia. Perubahan yang berlaku ini
menunjukkan bahawa wujudnya pengaruh British di negeri-negeri yang terdapat di
Malaysia. Pada masa tersebut kita hanya dapat melihat hanya beberapa buah negeri
sahaja yang dijajah oleh pihak British yang terdiri daripada Negeri-negeri Selat. Walau
bagaimanapun, aspek penjajahan yang wujud di dalam Negeri-negeri Selat ini telah
menyebabkan berlakunya pengaruh ke atas negeri-negeri lain yang terdapat di Malaysia.
Hal ini dengan jelas dapat menunjukkan bahawa wujudnya penjajahan secara langsung
dan tidak langsung oleh pihak British di Malaysia. Bukti kepada pernyataan tersebut ialah
wujudnya pengaruh dan perubahan di negeri-negeri yang yang tidak dijajah oleh pihak
British. Antara perubahan yang berlaku adalah meliputi aspek politik, ekonomi dan juga
sosial.

POLITIK

Politik negeri-negeri Melayu di Malaysia pada abad ke-19 dilihat mempunyai


pengaruh daripada pihak British walaupun penjajahan ke atas negeri tersebut tidak
dilaksanakan secara langsung keatas negari tersebut. Sistem pentadbiraan negeri-negeri
tersebut dilihat mempunyai persamaan dengan corak pentadbiran British di negari-negeri
yang dijajahnya. Pengaruh ini jelas dapat dilihat apabila sistem pentadbiran yang
diamalkan di negeri Kedah mempunyai pengaruh daripada sistem pentadbiran British di
negeri Perak. Hal ini jelas apabila perak telah mengaplikasikan corak pentadbiran yang
ditiru dari negeri Perak. Pengaplikasian corak pentadbiran ini adalah seperti
memperkenalkan sistem bergaji kepada jawatan pegawai kanan. Sistem bergaji pegawai
kanan ini sebenarnya bergantung kepada kerajaan pusat kerana golongan berjawatan
tersebut tidak mampu mengawal perbelanjaan peribadi dan terpaksa meminta bantuan
kerajaan pusat.1

Negeri Kedah juga dilihat mempunyai pengaruh daripada corak pentadbiran


British di Negeri Perak juga adalah melalui penubuhan pasukan polis. Penubuhan
pasukan polis ini adalah sebagai satu sifat permulaan untuk menjaga keamanan di negeri
Kedah. Selain itu, kerajaan Kedah turut melaksanakan sistem mahkamah yang
melibatkan pembicaraan yang berkaitan dengan kontrak, gadaian, pinjaman, perdagangan
dan juga kes-kes jenayah. Negeri kedah juga telah mengubal undang-undang tanah pada

1
Cheah Boon Kheng & Abu Talib Ahmad, Kolonialisme di Malaysia dan Negara-negara Lain, Selangor,
Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1990, Hlm.186.

1
tahun 1883 dan sterusnya pada tahun 1885, Sultan Abdul Hamid telah menggubal satu
undang-undang untuk mengawal tanah-tanah perlombongan bijih Timah di negeri Kedah.
Penggubalan undang-undang ini jelas menunjukkan bahawa kedah telah terpengaruh
dengan sistem pentadbiran British.2

Hubungan negeri Kedah dengan Pulau Pinang juga menyebabkan wujudnya


pengaruh pentadbiran daripada pihak British yang telah diserap masuk oleh negeri Kedah
dalam sistem pentadbiran. Penyerapan sistem pentadbiran tersebut adalah seperti
pembentukkan beberapa buah jabatan seperti jabatan perbendaharaan, tanah dan ukur,
audit, pos dan telegraf serta undang-undang.3 Negeri kedah juga dilihat turut menubuhkan
Majlis Mesyuarat Negeri seperti mana negeri-negeri yang telahpun dinaungi oleh pihak
British. Majlis ini merupakan badan pentadbiran yang terpenting selepas Sultan.

Manakala di negeri Sarawak pula, pengaruh British dilihat telah dilaksanakan


melalui individu iaitu James Brooke. Walaupun campur tangan James Brooke di Sarawak
adalah atas dasar individu namun jelas menunjukkan bahawa wujudnya penjajahan secara
tidak langsung British di negeri tersebut. Penglibatan James Brooke adalah bermula
apabila Pageran Muda Hashim meminta bantuan beliau untuk mengawal kekacauan
akibat pemberontakan di Sarawak. Selepas berjaya mengatasi masalah tersebut James
Brooke telah dilantik sebagai Raja Putih Sarawak. Melalui perlantikan ini James Brooke
telah melaksanakan perubahan dalam sistem pentadbiran Sarawak. Perubahan yang
dilakukan adalah berpandukan sistem pentadbiran di Britain. James Brooke juga telah
menggubal kod undang-undang yang berasaskan Britain.4

Rentetan penyebaran pengaruh British di Sabah adalah bermula apabila Charles


Lee Moses telah memajak Sabah pada tahun 1865 daripada kesultanan Brunei dengan
bayaran sebanyak $9500 selama satu tahun. Sabah kemudiannya dijual dan dipajak
kepada orang perseorangan dan syarikat British. Sabah menerima pengaruh British
bermula apabila Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad mendapat piagam
diraja daripada kerajaan British. Piagam tersebut merupakan tanda permulaan kepada
pengaruh British di Sabah. Melalui pemberian piagam tersebut adalah dikatakan dapat
menghalang pengaruh kuasa-kuasa lain daripada bertapak di negeri tersebut.5

Selepas itu, persatuan tersebut telah dikenali sebagai Syarikat Berpiagam Borneo
Utara (SBBU). Di bawah pentadbiran SBBU ini corak pentadbiran di Sabah telah diubah
suai melalui perlantikan gabenor untuk mengetuai sistem pentadbiran di Sabah. Di bawah
Gabenor tersebut telah ditubuhkan Majlis Penasihat dan Sabah telah dibahagikan kepada
beberapa kawasan yang dikenali sebagai residensi. Setiap residensi tersebut akan ditadbir
oleh seorang pegawai yang terdiri daripada bangsa Inggeris.6
2
Ibid, Hlm. 186-189.
3
Mohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, Kuala
Lumpur, 2002, hlm. 106.
4
Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia Warisan dan Perkembangan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 1996, hlm. 212.
5
Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia Edisi Kedua , Selangor, Fajar Bakti Sdn Bhd 2003, Hlm. 235.
6
Malaysia Warisan dan Perkembangan, hlm. 218.

2
Perjanjian-perjanjian yang ditandatangani oleh pihak British juga menunjukkan
bahawa penjajahan British telah berlaku secara tidak langsung di negeri-negeri di
Malaysia. Antara perjanjian yang telah ditandatangani oleh pihak British pada abad ke-19
ialah Perjanjian Burney (1826), Perjanjian Sulit Inggeris-Siam (1897) dan Perjanjian
Sempadan Inggeris-Siam (1899). Ketiga-tiga perjanjian tersebut menunjukkan bahawa
wujudnya pengaruh British secara tidak langsung di negeri-negeri Meleyu seperti
Kelantan dan Terengganu. Melalui perjanjian Burney tersebut British secara tidak
langsung telah berupaya memperluaskan perdagangannya di Negeri-negeri Melayu Utara.
Ini kerana, di dalam perjanjian tersebut ada menyatakan bahawa pihak Siam tidak boleh
menghalang dan menganggu perdagangan yang dijalankan oleh pihak British di negeri-
negeri tersebut.7

Manakala Perjanjian Sulit Inggeris-Siam pula dapat dilihat dengan jelas bahawa
pihak British ingin menghalang penempatan kuasa lain di Malaysia pada abad ke-19 di
negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Isi kandungan perjanjian tersebut dilihat
memperkukuhkan pengaruh British di negeri-negeri tersebut. Hal ini adalah kerana
adanya jaminan bahawa pihak Siam tidak akan meyerahkan negeri-negeri tersebut kepada
kuasa barat yang lain dan perdagangan di negeri-negeri tersebut tidak akan diserahkan
kepada kuasa barat yang lain tanpa adanya persetujuan oleh pihak British. Perjanjian
Sempadan Inggeris-Siam pula menunjukkan bahawa British telah mewujudkan
persempadanan yang baru dengan pihak Siam. Hal ini adalah penting kerana adanya
penentuan kawasan yang membolehkan pihak British campur tangan kelak.
EKONOMI

Faktor ekonomi merupakan sebab utama yang menyebabkan pihak British begitu
teruja untuk menguasai Malaysia pada abad ke-19. Kepentingan ekonomi seperti
perdagangan telah menjadi pendorong utama penjajahan British. British yang ingin
memonopoli perdagangan telah memperluaskan kawasan jajahan takluknya di Asia
Tenggara dan ini menunjukkan bahawa penjajahan British di Malaysia adalah berpunca
daripada perkembangan ekonomi dunia.8

British telah membuat pelaburan dalam sektor ekonomi di Malaysia dalam bidang
perlombongan bijih timah. Kegiatan perlombongan yang dijalankan dilihat amat
menguntungkan pihak British kerana memberi pulangan tinggi kepada mereka. Pada abad
ke-19 pihak British telah membenarkan pedagang Negeri-negeri Selat untuk
mengeluarkan modal dan melabur secara langsung dalam perdagangan bijih timah di
Malaysia. Pedagang-pedagang Negeri-negeri Selat ini dikatakan mempunyai pengaruh
yang kuat dalam kerajaan British. Keadaan ini menunjukan bahawa wujudnya pengaruh
British dalam bidang ekonomi di Malaysia.9

7
Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, Macmillan Publishers
(M) Sdn. Bhd., 1983, Hlm. 135-136.
8
Sejarah Malaysia Edisi Kedua , Hlm. 135.
9
Sejarah Malaysia (1800-1963), Hlm. 191.

3
Di Sarawak pula jelas menunjukkan bahawa wujudnya pengaruh British dalam
sistem ekonominya, di mana telah James Brooke telah mewujudkan sistem mata wang10
yang hampir sama dengan British. James Brooke juga menggalakan kemasukan orang
Cina ke dalam sektor perlombongan antimoni di Sarawak. Keadaan ini jelas
menunjukkan bahawa wujudnya pengaruh British di seluruh Malaysia pada abad ke-19.

Keadaan ekonomi di Selangor juga menunjukan bahawa wujudnya pengaruh


British di dalam system ekonominya. Pelaburan asing dalam bidang perlombongan jelas
dapat menunjukan bahawa British telah campur tangan secara tidak langsung di negeri
tersebut. A. L Johnson & Co (W.H Read & Tan Kim Cheng) telah berusaha mendapatkan
kawasan perlombongan yang lebih besar di negeri tersebut. Bagi memenuhi keadaan
tersebut, pada Mac 1886 Read & TKC telah mengadakan perjanjian dengan sultan
Abdullah dan akhirnya mereka berjaya memperolehi monopoli pengutipan cukai
sebanyak 2/10 daripada keseluruhan kawasan dan mereka juga memperolehi hak pajakan
wilayah Klang dan kawasn tersebut tidak akan diganggu oleh pihak pedagang lain.

Di negeri Johor, sektor ekonomi juga dilihat mempunyai pengaruh daripada pihak
British melalui pengenalan kepada sistem Kanchu. Sistem Kanchu ini merupakan hasil
nasihat W. W. Ker iaitu pengasas kepada firma Paterson, Simons and Company. Sistem
ekonomi ini adalah dilihat dikuasai oleh saudagar-saudagar negeri Selat. Kegiatan
pertanian berasaskan sistem Kanchu ini merupakan satu sistem penempatan dan
pemegangan tanah yang bermula apabila pemerintah Johor mengambil dasar
menggalakkan orang Cina membuka kebun gambir dan lada di Johor.11 Sistem ini juga
adalah untuk mengawal orang Cina yang terdapat di Johor dan kegiatan pertanian ini
adalah merupakan gabungan masyarakat Melayu, Cina dan Inggeris.12 Dengan ini jelas
menunjukan bahawa adanya penglibatan British dalam sector ekonomi di Malaysia.

SOSIAL

Masyarakat Majmuk
Aspek sosial yang mana dengan jelas dapat menunjukan bahawa semasa pengaruh
British di Malaysia telah menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia.
Masyarakat majmuk tersebut adalah terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.
Kemasukan buruh Cina dan India ini adalah bertujuan untuk menampung keperluan
tenaga buruh dalam sektor ekonomi di Malaysia. Kadar migrasi orang Cina adalah tinggi
dan menyebabkan bilangan orang Cina di Malaysia semakin meningkat sehingga telah
menyebabkan pada tahun 1890 secara tidak langsung orang Cina telah menyumbangkan
sebanyak 89% daripada hasil pungutan cukai di negeri Selangor. Pada tahun 1891,
bilangan orang Cina telah bertambah lebih kurang separuh daripada penduduk Perak,

10
Ibid, hlm. 267.

11
Sejarah Malaysia, hlm. 161.
12
Ahmad Fauzi Basri, Johor 1855-1912 Pentadbiran dan Perkembangannya, 1988, hal.10.

4
Selangor, dan Sg. Ujong dan Kuala Lumpur pada tahun yang sama terdapat 79% adalah
terdiri daripada orang cina.13

Pada akhir abad ke-19, berlaku kemasukan buruh India ke Malaysia. Kemasukan
buruh India ini telah menyebabkan kaum utama yang terdapat di Malaysia ialah Melayu,
Cina, dan India. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya pemisahan kaum di
Malaysia, di mana kaum Melayu ditempatkan di kampung-kampung, kaum cina di
kawasan lombong dan bandar manakala kaum India pula ditempatkan di ladang-ladang. 14
Di negeri Johor, kemasukan buruh Cina dapat dilihat melalui sistem Kanchu yang
menempaykan buruh Cina di kawasan pertanian. Kemajuan Johor pada tahun 1885, telah
menyebabkan banyak tanah telah dibuka oleh golongan Melayu dan Cina untuk
penanaman gambir dan lada hitam. Pembukaan tanah untuk penanaman tersebut telah
menyebabkan bilangan buruh Cina semakin bertambah.15 Keadaan ini dapat menunjukan
bahawa pengaruh British di Malaysia telah menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk
di Malaysia. Dengan ini jelaslah menunjukan bahawa terdapatnya pengaruh British di
seluruh Malaysia pada abad ke-19.

Pembaratan Johor
Johor adalah dikatakan merupakan satu-satunya negeri yang mampu mengekalkan
kemerdekaannya daripada dijajah oleh pihak British dan merupakan sebuah negeri yang
paling akhir menerima pelindungan oleh pihak British secara keseluruhan. Walaupun,
negeri Johor merupakan sebuah negari yang tidak dijajah oleh pihak British secara rasmi
pada abad ke-19, negeri tersebut turut menerima pengaruh daripada pihak British.
Pengaruh British di negeri Johor dapat dilihat melalui proses pemodenan yang dijalankan
di negeri Johor oleh pemerintahnya. Oleh kerana kebijaksanaan yang dimiliki oleh
pemerintah Johor pada waktu itu telah membolehkan Johor berupaya mengekalkan
kemerdekaan negeri tersebut. Pemerintah Johor pada masa itu ialah Temenggung Daeng
Ibrahim yang memerintah negeri Johor dari tahun 1825 hingga1862 telah melaksanakan
pemodenan Johor dalam pelbagai aspek. Pemodenan yang dilaksanakan olehnya itu telah
diterus dan diperkukuhkan oleh pengganti beliau iaitu Temengung Abu Bakar antara
tahun 1862 sehingga tahun 1895.16

Pembaratan Johor jelas dapat dilihat melalui penubuhan Majlis Mesyuarat yang
mengandungi peraturan kerja yang mirip dengan pihak British. Majlis yang ditubuhkan
ini adalah dilihat bercorak Pusat Parlimen dan Kerajaan Inggeris yang mana mengikut
bentuk seperti yang terdapat di Westminster. Selain itu, peraturan tanah mengikut adat
resam Melayu juga telah digantikan dengan sistem moden iaitu Undang-undang Tanah
yang dibentuk mengikut konsepsi Inggeris. Sistem ini telah diterima dan diluluskan oleh
Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor pada 17 September 1910 atas gesaan daripada D. G.

13
Sejarah Malaysia, Hlm. 204-205.
14
Ibid, Hlm. 207-208.
15
Rahimah Abdul Aziz, Pembaratan Pemerintahan Johor (1800-1945) Suatu Analisis Sosiologi sejarah,
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, Hlm. 153-157.
16
Sejarah Malaysia Edisi Kedua , Hlm. 372.

5
Campbell iaitu Penasihat Am Inggeris.17 Melalui pembaratan Johor ini jelas menunjukan
bahawa wujudnya pengaruh British di negari tersebut.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya jelas menunjukan bahawa seluruh Malaysia telah dijajah


oleh pihak British pada abad ke-19. Walaupu secara rasminya British hanya menjajah
beberapa buah negeri secara rasmi tetapi pihak British telah berupaya meletakan
pengaruh kuasanya diseluruh Malaysia. Peluasan kuasa ini dapat ditafsirkan menerusi
pengaruh yang wujud di seluruh negeri di Malaysia yang telah membawa kepada
perubahan yang telah berlaku dalam aspek politik, ekonomi dan sosial di negeri-negeri
Melayu. Perubahan yang berlaku ini telah menyebabkan kuasa-kuasa mutlak sultan yang
sekian lama diamalkan oleh masyarakat Melayu telah terhapus dan sultan hanya dilihat
mempunyai kuasa dalam aspek adat istiadat Melayu dan agama Islam sahaja. Penjajahan
British di Malaysia pada akhir abad ke-19 dan abad ke-20 telah membawa kepada
pemberontakan oleh masyarakat tempatan oleh kerana timbulnya perasaan tidak puas
hati.

17
Pembaratan Pemerintahan Johor (1800-1945) Suatu Analisis Sosiologi Sejarah, hlm. 167.

S-ar putea să vă placă și