Sunteți pe pagina 1din 2

Guru yang berkualiti ialah guru yang dapat menunaikan tanggungjawab menyediakan sumber

manusia terlatih dan berpengetahuan, berperanan membentuk identiti warga, menyemaikan


perasaan kenegaraan dan membina perpaduan nasional di kalangan warga. Pemahaman terhadap
perkara yang saya sebutkan ini adalah penting kerana guru perlu menyedari bahawa mereka adalah
paksi kepada segala usaha dan harapan untuk mencapai wawasan negara, wawasan 2020.

Sifat dan Ciri-ciri Seorang Guru Yang Perkasa


 
Terhadap Murid: Guru ini menunjukkan
 punyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain (iaitu anak didik,
ibu bapa dan rakan sejawat) dalam mengejar hasil dari segi afektif dan juga kognitif
 hubungkan 'mata plajaran' dengan kehidupan murid-murid
 kenal, hormati dan percayai murid-murid
 mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa dan berfikir secara
kritis
 menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir mengenainya
 menggalakkan murid-murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran
 hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat seperti sukan, persembahan
muzikal dn kebudayaan.
 
 Terhadap Mengajar: Guru Yang Perkasa
 melakukan refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda profesionalisme seorang guru
 berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada pengalaman
 adil dalam menilai dan menggred
 fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran
 bersemangat dalam mengajar , murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran
 seorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan idea-idea yang kompleks
mudah difahami dengan itu murid-murid dapat memahami dan menghargainya
 sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-murid
 merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk, dan
menyepadukan mata pelajaran
 secara berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujian-ujian bagi memastikan
kurikulum yang sentiasa 'baru dan segar' serta relevan
 menyertai jawatankuasa-jawatankuasa bagi menambahbaik sekolah, jabatan atau
dirinya sendiri.
 
 Terhadap Disiplin: Guru Yang Perkasa
 seorang yang pakar dalam bidang yang dia ajar
 seorang yang 'dahagakan' ilmu; sentiasa up to date dalam bidangnya dengan
membaca; menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan seminar; dan mengikuti
kursus-kursus dalam perkhidmatan
 juga seorang yang suka 'belajar' perkara-perkara di luar bidangnya
 aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat menyertainya
 menjadi ahli kepada komuniti yang belajar
 bina dan mengekalkan perhubungan profesional
 bekerja dalam organisasi sekolah yang luas
Kajian juga menunjukkan hubungan antara pendekatan pengajaran guru
dengan pendekatan pembelajaran pelajar (Trigwell et al., 1999). Terdapat hubungan
yang signifikan antara pendekatan pengajaran guru dengan pendekatan pembelajaran
pelajar. Malah mereka juga mengatakan pentingnya meningkatkan kualiti
11
pembelajaran pelajar dengan mengurangkan pengajaran berpusatkan guru dan
menggalakkan pengajaran berpusatkan pelajar yang berkualiti tinggi.

S-ar putea să vă placă și