Sunteți pe pagina 1din 14

SOALAN 1: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua

1.0 Pengenalan

Bahasa merupakan satu alat komunikasi yang penting di dalam sesuatu masyarakat. Di
negara kita, bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Seharusnya
segenap lapisan masyarakat perlu menguasai bahasa ini sebaik mungkin.
Walau bagaimanapun, kita juga tidak dapat menafikan bahawa masyarakat di negara ini
adalah terdiri daripada berbilang bangsa dan sudah tentunya mempunyai bahasa ibunda
masing-masing.

Jesteru itu, kebanyakan pelajar yang bukan berbangsa Melayu mempunyai masalah untuk
menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa Kedua. Mereka sudah tentunya menjadikan bahasa
ibunda sebagai bahasa pertama kerana bahasa pertama diperolehi secara perlahan dan
berterusan semenjak mereka kecil lagi. Manakala untuk menguasai bahasa melayu pula,
mereka terpaksa mempelajarinya secara formal di sekolah.

1.1 Pengertian Bahasa Kedua

Bahasa Kedua menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) “adalah bahasa yang kedua dipelajari
oleh seseorang itu di samping bahasa kandung yang dia peroleh. Bahasa kedua ini adalah
bahasa asing yang dipelajari untuk tujuan-tujuan tertentu.”
Penguasaan bahasa pertama biasanya berlaku secara semula jadi semenjak kecil lagi. Pada
tahap ini, pengetahuan bahasa diperolehi secara tidak langsung atau tidak formal. Menurut
Kamarudin Hj. Husin (1998) lagi :
“Mereka dapat menguasai bahasa itu dengan cara ‘memperoleh’ bukan melalui proses
pembelajaran. Mereka hanya perlu didedahkan kepada bahasa ibunda mereka dan secara
tidak disedari mereka akan pandai dengan sendirinya menggunakan bahasa itu.”

Manakala bahasa kedua mesti dipelajari secara formal dan hanya berkembang melalui latihan
dan pengukuhan. Ia juga memerlukan dorongan (rangsangan) dan perlu bersikap positif. 
Bagi pelajar Melayu, mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa pertama mungkin tidak
mendatangkan banyak masalah. Berbeza pula dengan bukan penutur jati seperti kaum lain

1
seperti kaum Cina, India dan sebagainya. Mereka perlu melalui rancangan-rancangan dan
aktiviti-aktiviti yang tersusun dengan kaedah-kaedah tertentu untuk menguasai bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua.

Menghuraikan masalah pembelajaran bahasa kedua, Abdullah Hassan (1980) menjelaskan :


“Mungkin salah satu masalah yang besar ialah bahasa Melayu yang diajar itu amat formal
dan tidak ada kegunaan atau persamaannya dengan bahasa yang digunakan hari-hari,
sehingga murid-murid terpaksa mempelajari suatu dialek yang berlainan yang tidak boleh
mereka tuturkan di luar kelas.”

Adalah jelas bahawa mempelajari bahasa kedua merupakan satu proses mempelajari
perlakuan baru. Justeru, dalam proses pembelajaran, gangguan daripada bahasa ibunda sering
terjadi. Lingkungan kebudayaan dan bahasa ibunda pelajar sering mempengaruhi proses
pembelajaran bahasa kedua mereka.

2.0 Latar Belakang Kajian

Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua di kalangan pelajar sekolah yang terdiri daripada bukan Melayu. Kajian ini juga
dilakukan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua oleh responden yang bukan penutur jati. Selain itu, kajian ini juga
diharap dapat mengenalpasti masalah-masalah dan kelemahan yang dihadapi oleh pelajar
bukan Melayu untuk menguasai bahasa Melayu. Aspek yang dikaji adalah dari segi,
penulisan, bacaan dan juga lisan. Responden yang dipilih adalah pelajar sekolah rendah jenis
kebangsaan.

2.1 Latar belakang Responden

Hanya seorang responden sahaja yang dipilih untuk menjayakan kajian ini. Responden yang
terlibat adalah seorang pelajar perempuan yang bernama Ewe Shiuan Yu yang merupakan
pelajar tahun empat di Sekolah Rendah (Jenis) Kebangsaan Cina Phooi Wah, Jelai. Beliau
merupakan anak tunggal dalam keluarga. Responden menggunakan bahasa Cina sebagai
bahasa pertama. Dalam kajian ini, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa kedua oleh
responden. Biodata responden dilampirkan (Lampiran 1).

2
2.2 Kaedah Kajian

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah melalui pemerhatian, tinjauan dan kajian kes.

2.2.1 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian dilakukan untuk melihat keadaan persekitaran responden. Pemerhatian


dilakukan di sekolah dan di kediaman responden untuk melihat sejauh mana pergaulan
responden dengan rakan sekolah dan masyarakat setempat. Ia juga perlu untuk melihat sejauh
mana responden menggunakan bahasa keduanya dalam pergaulan seharian.

Melalui pemerhatian di sekolah, didapati responden lebih banyak bergaul dengan rakan
sebangsanya. Terdapat 3 orang murid Cina sahaja daripada 18 orang murid. Selebihnya
adalah berbangsa Siam dan Melayu. Pergaulan responden agak terhad dengan rakan daripada
kaum lain.

Pemerhatian yang dilakukan di luar sekolah pula mendapati pergaulan responden dihadkan
oleh kedua ibu bapanya. Ini kerana beliau merupakan anak tunggal. Jadi responden lebih
banyak berkomunikasi dalam lingkungan keluarga sahaja.

2.2.2 Tinjauan

Tinjauan dilakukan dalam kajian ini untuk melihat sejauh mana penguasaan responden dalam
pertuturan dan penulisan bahasa Melayu. Kaedah yang digunakan adalah melalui temubual
bersama responden dan dengan melihat buku latihan bahasa Melayu responden (Lihat
Lampiran 2).

Selain itu, responden juga diminta membaca sebuah petikan (Lampiran 3). Penguji akan
bertanya soalan berkaitan dengan petikan. Semasa responden membaca petikan, penguji akan
mencatat kesalahan sebutan, intonasi dan sebagainya untuk melihat di mana kelemahan
responden. Soalan di kemukakan untuk memastikan responden memahami apa yang dibaca
atau sebaliknya. Ia penting kerana sekiranya responden menghadapi masalah dalam
pemahaman ia akan memberi kesan dalam pembelajaran bahasa Melayunya.

3
Tinjauan ini perlu dilakukan untuk melihat masalah berbahasa sama ada secara lisan atau pun
dalam bentuk penulisan.

2.2.3 Soal Selidik

Kaedah seterusnya adalah melalui soal selidik (lihat lampiran 4). Soal selidik ini melibatkan
guru bahasa Melayu yang mengajar responden, responden itu sendiri dan juga ibu bapa
responden. Soal selidik ini perlu untuk mengesan masalah dan mengenal pasti faktor yang
menyebabkan responden sukar menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

3.0 Dapatan Kajian

Daripada kajian yang dijalankan, beberapa masalah telah dapat dikenal pasti. Dia antaranya
adalah seperti berikut:
a) Kelemahan daripada aspek Fonologi dan Struktur ayat
b) Kelemahan daripada aspek penulisan
c) Kurang keyakinan diri
d) Kurang pendedahan (pergaulan) dan bahan rujukan dalam bahasa Melayu

3.1 Kelemahan daripada aspek fonologi dan struktur ayat.


Kelemahan dari aspek fonologi yang dikenal pasti adalh dari segi sebutan perkataan dan juga
binaan struktur ayat.

3.1.1 Sebutan perkataan.


Semasa responden membaca petikan yang diberi, penguji telah mencatat kesalahan sebutan
yang dilakukannya. Lihat jadual di bawah.
Bil. Perkataan Sebutan oleh responden Catatan

1. Merupakan, negara, kira, Melupakan, negala, kila, ‘r’ menjadi ‘l’


seseorang, cerdik, diri seseolang, celedik, dili

2. Banyak Manyak ‘b’ menjadi ‘m’

3. Terdapat Telapat ‘r’ dan ‘d’ menjadi ‘l’

4. Besar busat ‘e’ menjadi ‘u’,

4
‘r’ menjadi ‘t’

Daripada jadual di atas, menunjukkan responden mempunyai kelemahan yang amat ketara
dalam sebutan yang melibatkan beberapa huruf terutamanya huruf ‘r’. Responden boleh
membaca petikan dengan lancar tetapi mempunyai masalah dalam sebutan dan intonasi.

3.1.2 Struktur ayat


Semasa penguji menyoal responden berkaitan dengan petikan. Responden dapat mencari
maklumat, tetapi mempunyai masalah untuk menyusun kata menjadi ayat yang betul. Lihat
contoh di bawah.

Soalan guru : Mengapakah gajah tidak boleh ditangkap atau dibunuh sesuka hati?
Jawapan responden : Gajah tidak boleh ditangkap sesuka hati atau di bunuh kerana kerajaan
melindungi.
Jawapan yang tepat: Gajah tidak boleh ditangkap atau dibunuh sesuka hati kerana ia adalah
hidupan liar yang dilindungi oleh kerajaan.

Ini menunjukkan responden memahami petikan tetapi menghadapi kesukaran untuk


menyusun perkataan yang sesuai dan tepat.

3.2 Aspek penulisan

3.2.1 Tatabahasa – tanda baca


Daripada kajian yang dibuat melalui pemerhatian buku tulis responden, didapati responden
mempunyai masalah dalam tatabahasa iaitu tanda bacaan. Responden melakukan kesalahan
yang sama dalam aspek penggunaan huruf besar ( rujuk lampiran). Responden tidak
menggunakan huruf besar pada permulaan ayat dan juga kata nama khas.

3.2.2 Ejaan
Responden juga mempunyai kelemahan dalam latihan ejaan (rujuk lampiran). Responden
dipengaruhi oleh sebutannya dan mengeja mengikut sebutan tersebut. Contoh perkataan yang
dieja salah dan mengikut sebutannya sendiri ialah ‘teksi’ dieja menjadi ‘takci’.

5
3.3 Keyakinan diri / motivasi
Melalui perbualan dan soal selidik bersama guru, ibu bapa dan responden, didapati responden
kurang selesa menggunakan bahasa Melayu dan lebih gemar berbahasa ibunda. Responden
juga dilihat kurang yakin untuk bertutur dalam bahasa Melayu dan tidak mempunyai motivasi
untuk berusaha lebih gigih bagi menguasai bahasa Melayu. Responden berasa malu untuk
menjawab soalan yang ditanya dan lebih banyak berdiam diri, gagap dan menundukkan
kepala.

3.4 Kurang pendedahan terhadap penggunaan bahasa Melayu.


Kajian yang dijalankan menunjukkan responden tidak diberi pendedahan yang sepatutnya
terhadap penggunaan bahasa Melayu. Melalui maklumat yang diberi oleh keluarganya,
responden jarang menonton rancangan berbahasa Melayu. Begitu juga dengan siaran radio
dan alat audio visual yang lain. Bahan bacaan seperti majalah, komik dan akhbar juga
kebanyakannya adalah dalam bahasa Cina. Selain itu, komunikasi dalam keluarga juga
adalah dalam bahasa ibundanya semenjak kecil. Walaupun keluarga ini dikelilingi oleh
masyarakat Melayu, responden jarang berkomunikasi dengan mereka kerana pergaulannya
dijaga oleh keluarganya. Ini mungkin disebabkan beliau satu-satunya anak dalam keluarga
tersebut.

Responden hanya bergaul dengan masyarakat Melayu di sekolah semata-mata. Disebabkan


sekolah tersebut adalah sekolah jenis kebangsaan Cina, bahan-bahan dalam bahasa Melayu
tidak sebanyak seperti yang terdapat di sekolah kebangsaan. Malah pusat sumbernya juga
agak kecil, bersesuaian dengan sekolah tersebut yang mempunyai 18 orang murid sahaja.

4. Cadangan Mengatasi Masalah


Melalui kajian yang telah dilakukan, masalah besar yang dihadapi sebenarnya adalah bahasa
Melayu yang diajar di sekolah-sekolah bersifat amat formal dan kurang penggunaannya
berbeza dengan bahasa yang digunakan dalam kehidupan seharian. Selalunya bahasa Melayu
yang diajar adalah berbentuk bahasa persuratan dan tidak digunakan dalam perbualan harian.
Bahasa pertama boleh dikuasai melalui proses tidak formal. Manakala bahasa kedua pula
mesti diperolehi melalui pembelajaran. Jadi mahu atau tidak, untuk memudahkan pelajar
memahami dan menguasai bahasa Melayu dengan baik beberapa langkah atau strategi yang
sesuai perlu dirancang antaranya adalah melalui latih tubi, dorongan dan motivasi dan masa.

6
4.1 Penguasaan kemahiran bahasa
Pembelajaran bahasa kedua adalah merupakan satu proses mekanis yang membentuk lakuan
baru, iaitu lakuan kemahiran bahasa. Kemahiran bahasa boleh diperolehi dengan latihan-
latihan peneguhan untuk membentuk tabiat bahasa. Contohnya, kanak-kanak memerhati dan
menangkap sebarang bahasa daripada penutur lain. Dalam kajian yang melibatkan responden
tadi, responden sepatutnya perlu diberi peluang untuk bergaul dengan lebih luas dengan
masyarakat Melayu yang terdapat disekelilingnya oleh keluarganya. Selain itu, keluarganya
juga perlu mengubah tabiat daripada menggunakan bahasa ibunda untuk berkomunikasi
kepada bahasa Melayu dengan responden.

4.2 Penguasaan Aspek Bahasa


Pengajaran bahasa kedua mesti didahului dengan kemahiran lisan barulah diikuti dengan
penulisan. Aktiviti pengajaran seharusnya bermula daripada kemahiran mendengar diikuti
kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan ahhir sekali barulah kemahiran menulis. Pelajar
perlu diajar menyebut sesuatu perkataan dengan betul dan tepat. Setelah itu barulah meminta
pelajar tersebut menulis semula perkataan. Ia boleh dilakukan secara berulang contohnya bagi
responden yang mempunyai masalah dengan ejaan yang berkaitan dengan huruf ‘r’. Ia perlu
mengatasi masalah tersebut terlebih dahulu.

4.3 Penguasaan bahasa


Penguasaan bahasa termasuklah penggunaan tanda baca, ejaan dan tatabahasa. Semasa
mengajar, guru perlulah mencari konteks makna bagi menjelaskan makna perkataan tersebut.
Pelajar perlu diberi latihan dan latih tubi pemakaian makna dan perkataan yang betul.
Pembelajaran kontekstual boleh digunakan supaya murid lebih faham dan dapat mengaitkan
sesuatu perkataan dengan agama, adat, adab dan budaya hidupnya. Ia lebih berkesan dalam
memberikan makna bagi sesuatu perkataan baru yang dipelajarinya. Pelajar juga diajar dan
digalakkan menggunakan kamus Dewan bagi membolehkan ia lebih memahami perkataan
yang dipelajarinya.

4.4 Motivasi/Dorongan
Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di kalangan pelajar bukan Melayu
memerlukan motivasi diri yang tinggi. Selain itu, masyarakat sekeliling juga perlu
memberikan dorongan dan galakan kepada mereka. Mereka juga perlu diberi peluang untuk
menunjukkan kebolehan mereka berbahasa melalui aktiviti-aktiviti terancang. Contohnya

7
melalui aktiviti minggu bahasa. Mereka perlu diberi galakan walaupun kejayaan mereka tidak
seberapa. Mereka juga perlu diransang untuk melibatkan diri secara lebih aktif dalam aktiviti
yang melibatkan bahasa Melayu.

5.0 Penutup/ Rumusan


Rumusan yang boleh dibuat daripada kajian yang dijalankan ialah semua individu berpeluang
mempelajari bahasa kedua tanpa mengira bahasa apa yang ingin dipelajari. Kerana bahasa
kedua diperolehi melalui proses pembelajaran. Ini kerana bahasa pertama dapat dikuasai
melalui pengalaman dan pergaulan semenjak kecil.

Dalam konteks bahasa Melayu sebagai bahasa kedua, ia dapat dipelajari dengan mudah
dengan adanya pelbagai bantuan serta strategi yang teratur. Guru memainkan peranan penting
dalam membantu pelajar-pelajar ini mempelajari bahasa Melayu dengan mudah dan
berkesan. Peranan keluarga, rakan dan masyarakat juga tidak kurang pentingnya dalam
membantu pelajar-pelajar ini menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

8
SOALAN 2 : Peristiwa Bahasa

1.0 Pengenalan
Bahasa merupakan suatu perkara penting dalam kehidupan seharian manusia yang hidup di
muka bumi ini. Kita tidak dapat lari daripada membincangkannya. Bersesuaian dengan sifat
bahasa itu sendiri yang perkembangannya tidak pernah terhenti. Ia bersifat dinamik dan
sentiasa bergerak maju ke depan selaras dengan perkembangan dunia masa kini.

Walau bagaimanapun, kita juga tidak dapat lari dari membincangkan tentang sejarah dan
peristiwa yang berkaitan dengan bahasa. Selari dengan perkembangan ini, telah muncul
pelbagai perkataan dan ungkapan baru mengikut kreativiti pengguna bahasa itu sendiri.
Apabila perkara ini berlaku, ia merupakan satu perkembangan yang baik kerana ia dapat
menunjukkan potensi sebenar sesuatu bahasa tersebut.

Di sini, penyusun kamus memainkan peranan penting untuk mencatatkan segala ungkapan-
ungkapan baru termasuk semua jenis kata yang timbul dan merakamkannya untuk digunakan
pada masa akan datang. Kerana ini akan membuktikan bahawa bahasa sentiasa berkembang
dari masa ke semasa sama ada secara alamiah ataupun terancang.

2.1 Peristiwa Bahasa

2.1.1 Maksud peristiwa bahasa


Setiap peristiwa yang berlaku di sekeliling kita atau dalam kehidupan kita biasanya dijelma
dan diterjemahkan melalui penggunaan bahasa. Bahasa digunakan sebagai wahana untuk
mengungkapkansesuatu idea. Selain itu, ia juga digunakan untuk mengungkapkan pemikiran
dan cetusan perasaan bagi sesuatu peristiwa yang dialami.

Bahasa memainkan peranan penting dalam sesuatu peristiwa bahasa. Ia dapat dilihat dengan
kemunculan kata atau ungkapan baru. Ungkapan-ungkapan ini lahir daripada pengguna
bahasa yang kreatif. Selain itu ia juga menggambarkan kehebatan dan potensi yang dimiliki
oleh bahas tersebut.

9
Hanya individu yang peka dengan perkembangan bahasa sahaja yang menyedari akan
peristiwa bahasa yang berlaku. Segelintir lagi hanya menyedarinya apabila ianya menjadi
bahan perbincangan umum. Contoh peristiwa bahasa yang sering mencetuskan kemunculan
ungkapan-ungkapan baru ini ialah pelaporan acara sukan dan kempen pilihan raya.

2.2 Contoh-contoh peristiwa bahasa

2.2.1 Penggunaan ungkapan baru - contohnya kempen pilihan raya


Pilihanraya umum adalah merupakan satu peristwa besar bagi sesebuah negara. Baru-baru ini
kita juga telah melalui satu lagi proses pilihanraya iaitu pilihanraya DUN Galas. Dalam
peristiwa besar seperti ini, pengguna yang terlibat ( pemimpin dalam konteks pilihanraya)
memanfaatkan semaksimum mungkin bahasa bagi melahirkan apa jua yang terlintas di hati
sama ada yang positif atau yang negatif. Lihat petikan di bawah.

Exco kerajaan Selangor, Xavier Jayakumar pada ucapannya di sebuah ceramah malam
semalam mendakwa P Kamalanathan sebagai pengundi hantu di parlimen Sungai Siput.
Petikan daripada www. Malaysiakini.com

Daripada petikan di atas perkataan pengundi adalah merupakan kata kunci. Dalam
pilihanraya pengundi bermaksud individu yang berhak memilih atau mengundi. Apabila
peristiwa bahasa berlaku, perkataan pengundi telah menerbitkan ungkapan baru iaitu
pengundi hantu seperti dalam petikan di atas.

Selain pengundi hantu, istilah pengundi pos dan pengundi awam juga telah muncul.
Walaubagaimanapun, pengundi hantu adalah yang paling popular, di mana ia membawa
maksud pengundi yang diupah untuk mengundi di sesuatu kawasan yang bukan tempat ia
mendaftar dengan menggunakan kad pengenalan orang tempatan yang telah meninggal dunia.

Berdasarkan penilaian SUPP, parti itu boleh mencapai kemenangan di empat kawasan majoriti masyarakat
Bidayuh yang disifatkannya sebagai kerusi selamat iaitu Opar, Bengoh, Simanggang dan Engkilili.Baki 15
kerusi lagi diletakkannya dalam kategori "hitam" atau "kelabu", dengan kebanyakan kawasan yang
mempunyai majoriti penduduk Cina diletakkan dalam dalam kategori "kawasan hitam", manakala kawasan
pengundi bercampur pula digolongkan sebagai kawasan "kelabu".

10
Petikan daripada M.Star online

Perkataan kawasan memang popular apabila menjelang pilihanraya. Dalam petikan di atas,
kata kunci kawasan telah menghasilkan ungkapan baru iatu kawasan hitam, kawasan kelabu
dan kawasan putih. Kawasan hitam bermaksud kawasan yang mempunyai penyokong yang
kurang bagi sesebuah parti. Kawasan kelabu pula bermaksud pengundi atas pagar. Pengundi
aialah pengundi yang belum mempunyai komitmen dan pilihan terhadap mana-mana parti.

2.2.2 Penggunaan perkataan banyak makna ( homonim)


Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid seringkali berhadapan dengan masalah
salah tafsir bagi perkataan yang mempunyai banyak maksud atau istilah bahasanya disebut
homonim. Homonim ialah kata yang sama ejaan dan/atau sebutannnya, tetapi mempunyai
makna yang berbeza.

Contoh:Perkataan perak
1. perak (logam) : perak (terpinga-pinga) : Perak (negeri)
Contoh ayat: Ali membeli barangan perak di Perak.
Sebutan yang sama tetapi mempunyai maksud yang berbeza. Bagi pelajar yang kurang
perbendaharaan kata, ia mungkin salah tafsir dan tidak memahami maksud ayat tersebut.

2. ketam (nama haiwan) : ketam (alat pertukangan)


Contoh ayat: Beberapa ekor ketam merayap di atas papan yang baru diketam oleh ayah.
Lazimnya, pelajar lebih memahami maksud ketam sebagai haiwan. Mereka kurang
didedahkan dengan penggunaan perkataan ketam yang bermaksud alat pertukangan.

2.2.3 Konteks bahasa


Konteks dalam bahasa merujuk kepada situasi penggunaan sesuatu ujaran dalam satu-satu
keadaan. Konteks merupakan satu faktor yang amat penting untuk memudahkan berlakunya
komunikasi yang jelas. Dalam situasi tertentu, salah tafsiran boleh berlaku apabila ujaran
tersebut kurang maklumat kontekstual.
Sebagai contoh:
“ Ayah! Monyet !” dalam pengucapan dengan penggunaan intonasi yang sesuai akan mudah
difahami. Iaitu ia mungkin membawa maksud seorang anak yang ternampak monyet dan
ingin memberitahu kepada ayahnya. Tetapi sekiranya diungkapkan dengan intonasi yang

11
salah ia boleh disalah ertikan sebagai mengejek ayahnya. Begitu juga dalam penulisan,
sekiranya ia tidak diletakkan dengan tanda bacaan yang sesuai ia akan membawa maksud
yang berlainan. Menurut Wittgenstein (1953), seorang ahli falsafah yang terkenal, ‘makna
kata tidak dapat diketahui kecuali dilihat dalam penggunaannya atau dalam konteks
penggunaannya.

3.0 Faktor yang mempengaruhi salah tafsiran dalam peristiwa bahasa


Terdapat beberapa faktor dan punca berlakunya salah tafsiran di kalangan pengguna bahasa.
Di antaranya adalah:
a) kurang perbendaharaan kata
b) Kemunculan ungkapan-ungkapan baru
c) konteks penggunaan bahasa yang kurang jelas

a) Kurang perbendaharaan kata


Apabila seseorang itu mempunyai perbendaharaan kata yang kurang, ia akan mengalami
kesukaran untuk memahami maksud yang ingin disampaikan. Apalagi, dalam bahasa Melayu
terdapat banyak perkataan yang mengandungi banyak makna. Apabila perkara ini tidak di
atasi, berlakulah salah tafsir terhadap perkara yang ingin disampaikan. Malah adakalanya ia
boleh menimbulkan salah faham di antara individu-individu yang terlibat.

Cara mengatasi:
Seseorang individu boleh mengayakan perbendaharaan katanya dengan perbanyakkan
membaca pelbagai bahan dan pelbagai sumber. Selain itu, kamus Dewan yang dikeluarkan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka adalah merupakan bahan rujukan yang paling tepat dalam
mencari makna-makna sesuatu perkataan.

b) Kemunculan ungkapan-ungkapan baru


Ungkapan-ungkapan baru timbul daripada kreativiti segelintir dari pengguna bahasa dalam
sesuatu peristiwa bahasa. Ungkapan ini timbul dari kata dasar yang biasa digunakan menjadi
ungkapan baru bagi merujuk sesuatu perkara. Adakalanya ungkapan-ungkapan baru ini lahir
daripada laras bahasa yang tertentu seperti laras politik, laras sukan dan sebagainya. Bagi
individu yang kurang pendedahan dengan laras-laras bahasa ini, salah tafsir mungkin berlaku.

Cara mengatasinya:

12
Untuk mengatasi masalah ini, seseorang individu disaran agar mengikuti perkembangan
bahasa melalui pelbagai media. Selain itu, pemahaman terhadap penggunaan laras-laras
bahasa amat perlu. Setiap individu harus menyedari bahawa bahasa sentiasa berkembang dan
bersifat dinamik. Jika kita lalai, serta tidak mempedulikan perkembangan bahasa ini, tidak
mustahil kita akan sentiasa ketinggalan.

c) Konteks penggunaan bahasa yang kurang jelas


Masalah salah faham atau salah tafsir wujud apabila seseorang gagal memahami konteks
dalam penggunaan bahasa dengan situasi. Individu terbabit perlu mengaitkan sesuatu ujaran
dengan konteks atau situasi penggunaan bahasa dalam sesuatu keadaan. Penggunaan intonasi
dan tanda baca amat penting bagi menunjukkan konteks bahasa dengan situasi.

Cara mengatasi:
Seseorang individu harus peka dengan keadaan atau situasi di mana berlakunya ujaran-ujaran
ini. Selain itu, ujaran-ujaran yang dilahirkan juga mesti di analisis dan difikirkan dari
pelbagai sudut dengan melihat situasi di mana ia berlaku.

4.0 Penutup
Kesimpulannya ialah segenap lapisan masyarakat perlu mengikuti perkembangan bahasa
untuk mengelakkan berlakunya salah faham ataupun salah tafsir. Pada masa kini, masyarakat
mudah mendapatkan maklumat daripada pelbagai media dan sumber. Hanya yang perlu
diambil peduli adalah faktor keesahan bahan tersebut terutamanya bahan-bahan yang
diperolehi daripada laman web.

Setiap lapisan masyarakat juga perlu peka terhadap perubahan-perubahan yang berlaku dalam
penggunaan bahasa. Rujukan yang paling baik adalah dengan mengikuti laporan atau
halaman yang ditulis dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

13
14

S-ar putea să vă placă și