Sunteți pe pagina 1din 3

Definisi Set Induksi dan komponen-komponennya

Definisi Set Induksi

Omardin Ashaari (1997) mendefinisikan set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu
pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu.

Ee Ah Meng (1987) menyatakan set induksi ialah kemahiran yang berkaitan dengan cara
untuk menyediakan pelajar anda bagi mengikuti sesi pengajaran iaitu orientasi prapengajaran.

Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian permulaan dalam
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah
untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat
memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.

Berdasarkan kepada ketiga-tiga definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa set induksi
ialah satu cara memulakan pengajaran dimana kemahiran memulakan pengajaran amat
penting kerana di sini guru meyampaikan ideanya kepada pelajar dan menanamkan ke dalam
fikiran pelajar bahan-bahan pengajaran yang hendak disampaikannya. Sementara itu, guru
juga perlu menumbulkan minat dan menggerakkan para pelajar supaya mereka sedia belajar
dan memikirkan pengetahuan serta kemahiran yang dipersembahkan oleh guru mereka.

 Prinsip-prinsip Panduan

Ee Ah Meng (1987) menyatakan bagi mencapai kejayaan dalam set induksi atau permulaan
pelajaran, guru hendaklah mematuhi prinsip-prinsip berikut:

I. Bermakna
Permulaan pelajaran sepatutnya bermakna kepada murid-murid dari segi minat,
pengalaman, kebolehan dan umur.

II. Perkaitan
Permulaan pelajaran sepatutnya berkaitan dengan isi dan objektif pelajaran.

III. Perkaitan
Permulaan hendaklah berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.
Objektif-objektif Set Induksi 

Antara objektif-objektif kemahiran Set Induksi adalah seperti yang berikut:

1. Mendapatkan perhatian murid.

2. Memotivasikan murid-murid.

3. Mencadangkan cara-cara menjalankan tugas.

4. Menyatakan had tugas yang akan dilaksanakan.

5. Membuat perkaitan antara yang telah dialami dengan yang di luar pengalaman murid-
murid.

 Komponen-komponen Set Induksi.

Komponen-komponen utama dalam kemahiran Set Induksi ialah menarik perhatian,


mewujudkan motivasi, perkaitan kognitif dan menstruktur.

1. Menarik Perhatian

Untuk menarik perhatian murid-murid, guru boleh mengubah unsur-unsur ketegangan,


menunjukkan sesuatu yang menghairankanm mengadakan aktiviti-aktiviti yang
menyeronokkan atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid.

2. Mewujudkan Motivasi

Sebelum mengajar, guru perlu memastikan murid-murid dalam keadaan yang sedia dan
bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar memberi perhatian, barulah pelajaran sebenarnya
boleh dimulakan dengan senang dan mudah. (Omardin Ashaari,1997).

3. Perkaitan Kognitif

Guru yang membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid
akan dapat menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan. Misalnya, guru yang
mengajar ciri-ciri segitiga sama kaki boleh membincangkan ciri-ciri umum sesebuah segitiga
terlebih dahulu.

4. Menstruktur
Dalam proses menstruktur, guru memberitahu tugas yang akan dijalankan atau cara-cara
menjalankan tugas itu. Contohnya, “Kita akan cuba menamakan lima bahagian Bunga Raya
ini setelah melihat bahagian-bahagian itu dengan teliti”.

Kesan Kemahiran Set Induksi ke Atas Pengajaran dan Pembelajaran.

 Kesan-kesan penggunaan Set Induksi adalah seperti yang berikut:

a. Motivasi murid tinggi. Mereka ingin belajar dengan lebih tekun lagi.

b. Perhatian murid-murid terhadap pelajaran lebih baik. Ini memudahkan pembentukan


konsep.

c. Murid-murid akan berusaha kea rah jangkaan prestasi yang ditetapkan dan
diumumkan oleh guru.

d. Pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan kerana perkaitan dibuat antara


pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.

e. Naluri ingin tahu murid dapat dipenuhi.

f. Corak interaksi antara guru dan murid akan berubah-ubah. Ini akan mewujudkan
suasana pengajaran-pembelajaran yang lebih menggalakkan.

S-ar putea să vă placă și