Sunteți pe pagina 1din 18

1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan:

Pengertian dan Amalan untuk UMP

1 Malaysia, People First, Performance Now

Yang Hormat Dato’ Mohd Hilmey Mohd Taib,

Pengerusi Lembaga Pengarah, UMP;

Rakan-rakan saya barisan pengurusan,

Timbalan-timbalan Naib Canselor, Pendafar, Bendahari, Ketua


Pustakawan, Dekan-dekan, Ketua-ketua Jabatan, Profesor, ahli Majlis
Perwakilan Pelajar, pelajar-pelajar dan warga UMP yang saya
hormati sekalian.

Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan


keizinan-Nya, saya dapat bersama-sama tuan-tuan dan puan-puan
sekalian di majlis yang amat bermakna bagi saya ini. Hari ini
merupakan genap setahun saya diamanahkan untuk memimpin
UMP. 16 Mei 2008 adalah hari pertama saya melaporkan diri di UMP.
Kebetulan juga, hari itu adalah merupakan hari Jumaat.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih


di atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sekalian di majlis ini.
Ucapan terima kasih khas kepada Yang Hormat Dato’ Mohd Hilmey,
Pengerusi Lembaga Pebgarah UMP atas sokongan beliau dengan
kehadirannya.

1
Tuan-tuan dan puan-puan,

Izinkan saya menyingkap lagi slogan yang saya utarakan ketika di


awal-awal kedatangan saya – Berasaskan Nilai, Berfokuskan Strategi
dan Dipandui Prestasi (Values Based, Strategy Focused,
Performance Driven).

Tujuan saya mengetengahkan ungkapan sedemikian adalah supaya


ianya menjadi cara kita bertindak dan melakukan apa yang
diperlukan di dalam ungkapan itu. Dengan perkataan lain,
berasaskan nilai-nilai yang murni dan yang diterima di kalangan
warga UMP kita akan menggembleng minda, usaha dan dan tindakan
kepada Pelan Strategik UMP dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi
Negara (PSPTN). Strategi yang dilaksanakan harus sentiasa dinilai dari
segi pencapaian atau prestasinya. Dalam hal ini, pencapaian harus
dilihat dari segi hasilnya berbanding ouputnya.

Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamed pernah


mengatakan bahawa sesuatu yang kita ulangi berkali-kali, kita akan
dapat menguasainya. Maksud beliau ialah sekiranya kita melakukan
sesuatu seperti kerja yang memerlukan kemahiran, atau mempelajari
sesuatu seperti bahasa, atau berlatih untuk aktiviti sukan, akhirnya
kita akan dapat meningkatkan keupayaan kita untuk merealisasikan
apa yang kita hasratkan bagi usaha tersebut.

Begitu juga dengan sesuatu yang kita perkatakan; sekiranya diulangi


berkali-kali, ia akan dapat mempengaruhi keupayaan kita. Justeru,
beliau juga telah memulakan ungkapan Malaysia Boleh untuk
mengembleng tenaga dan kesungguhan rakyat Malaysia. Yang
2
penting lagi, Malaysia Boleh membangunkan keyakinan di kalangan
rakyat Malaysia yang mereka mampu melakukan apa saja sekiranya
mereka fokus dan fikirkan boleh.

Sebenarnya, kesan kepada ungkapan yang diulangi dapat dijelaskan


dari sudut akademik melalui Theory of Reasoned Action. Ungkapan
yang diulangi bertujuan untuk ia terpahat di minda sehingga menjadi
kebiasaan sesama kita. Pada ketika itu, ia akan menjadi apa yang
dikenali sebagai subjective norm. Subjective norm adalah merupakan
sesuatu yang menjadi kebiasaan yang dirujuk oleh sesuatu kumpulan
atau masyarakat sebagai pegangan. Seterusnya, subjective norm,
seperti rakyat Malaysia boleh akan mempengaruhi kepercayaan
(beliefs) kita. Mengikut teori ini, sesuatu kepercayaan (beliefs) akan
membentuk sikap (attitude) kita dalam sesuatu perkara. Sikap
seseorang itu adalah punca kepada hasrat beliau untuk melakukan
sesuatu (intention to act). Justeru, apabila kita mempunyai hasrat
baharulah tindakan sebenar akan berlaku.

Dengan bermulanya kepimpinan baharu negara pada 4 April 2009,


Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menawarkan slogan 1
Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian (Prestasi) Diutamakan (1
Malaysia, People First, Performance Now).

Pada hari ini, saya ingin mengajak warga UMP untuk supaya
mengambil maklum sedalam-dalamnya konsep, pendekatan dan
falsafah negara yang diutarakan oleh kepimpinan kita. Sebuah
universiti semestinya dianggap sebagai agen perubahan untuk
masyarakat. Saya berhasrat untuk menjelmakan konsep dan slogan

3
ini kerana ia bukan sekadar respons penjawat awam kepada
kepimpinan hari ini, tetapi ia amat konsisten dengan saya sendiri
utarakan.

Di mana juga rakyat Malaysia berada di political divide, tidak boleh


dinafikan yang 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan menjanjikan yang terbaik untuk seluruh negara dan
rakyat Malaysia.

Kefahaman yang serius dan jelas amat diperlukan untuk slogan


tersebut dijelmakan oleh warga Malaysia di setiap pelosok negara,
dan menyerap di setiap lapisan masyarakat termasuk penjawat
awam serta unit/entiti yang wujud di negara ini. Pada saya, falsafah,
dasar dan konsep akan terus menjadi sekadar ungkapan retorik
sekiranya semangatnya gagal menyerapi ke dalam fabric masyarakat.
Dalam bahasa Inggeris ia disebut sebagai cascading down. Apatah
lagi sekiranya ia gagal berlaku di sebuah universiti. Justeru, UMP
terpanggil untuk menjelaskan pengertian slogan ini dan seterusnya
merangka pendekatan terbaik untuk merealisasikanya.

1 Malaysia

Saya berpendapat pada peringkat yang paling asas, konsep 1


Malaysia menuntut warga negara ini mengenal dirinya sebagai satu
bangsa Malaysia yang bebas dari belenggu perbezaan semula jadi,
seperti etnik, agama, budaya, bahasa, loghat, asal-usul dan apa juga
kepelbagaian. Lebih luas lagi ialah 1 Malaysia melambangkan
kesatuan di dalam kepelbagaian (unity in diversity). 1 Malaysia
membuka ruang untuk kita mempunyai impian yang sama dengan
4
hasrat untuk memperoleh yang terbaik bagi setiap warga Malaysia. 1
Malaysia menjanjikan peluang yang terbuka untuk seseorang warga
tanpa batasan sekiranya ia berbakat dan gigih berusaha. 1 Malaysia
mencadangkan rakyat yang amat selesa dengan nilai-nilai murni
sejagat dengan menitikberatkan kepentingan hal ehwal
kemanusiaan.

Menurut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, konsep 1 Malaysia


menuntut kita melihat negara ini bergerak sebagai satu pasukan
tanpa dibebani dengan masalah yang boleh timbul dari perbezaan
kaum, bangsa, budaya dan bahasa. Justeru, 1 Malaysia semestinya
memaparkan perubahan dalam cara rakyat Malaysia berhubung di
antara kaum. 1 Malaysia menuntut kita merobohkan apa juga
tembok dan alasan yang ada untuk memisahkan kita untuk bergerak
sebagai sebagai rakyat Malaysia yang bersatu-padu. Terlalu banyak
yang boleh memisahkan kita – bangsa, agama, bahasa, kedaerahan,
loghat, sosioekonomi, asal usul, darjat dan gelaran. Malah apa juga
perbezaan, sekecil manapun, tanpa disedari boleh dijadikan alasan
untuk memisahkan kita.

Tuan-tuan dan puan-puan,

1 Malaysia memerlukan pemikiran baharu yang diikuti dengan


anjakan paradigma. Ia melewati Malaysian Malaysia. Ia melewati
perpaduan, toleransi and harmoni. 1 Malaysia merangkumi saling
menghormati. 1 Malaysia ialah acceptance and convergent. Satu
identiti Malaysia.

5
Kalau Martin Luther King pernah mengatakan yang beliau
mempunyai impian melalui laungannya ‘I Have A Dream’, 1 Malaysia
adalah impian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia
untuk membawa negara kita ke era baharu.

Apakah pengertian 1 Malaysia untuk UMP?

Memanjangkan konsep 1 Malaysia ke kampus kita memerlukan


warga UMP memahami faktor-faktor tersedia ada membezakan
antara kita. Dari segi kepelbagaian kaum, UMP tidak melambangkan
komposisi negara Malaysia. Malah UMP berciri hampir monoethnic
sama ada di kalangan staf mahupun pelajar. Statistik terkini
menunjukkan dari segi populasi staf terdiri daripada 1,127 orang
Melayu, 14 orang Cina, seorang India dan lain-lain bangsa seramai 16
orang. Populasi pelajar pula menunjukkan komposisi yang mana
Melayu adalah seramai 3,881 orang, Cina 321 orang, India 133 orang
dan yang lain 18 orang.

Sekiranya konsep 1 Malaysia hanya merujuk kepada pendekatan


untuk mengatasi cabaran kepelbagaian etnik, maka kita boleh
mengandaikan yang UMP tidak perlu dengan konsep itu kerana isu
kepelbagaian di UMP tidak timbul. Namun demikian, sejarah dan
peristiwa lampau tidak menyokong andaian yang keadaan
monoethnic akan melepaskan sesebuah negara atau organisasi itu
dari pergolakan sosial. Malah, ada yang berpendapat keadaan
monoethnic ini ada masalah-masalahnya tersendiri yang agak serius.

6
Tuan-tuan dan puan-puan,

1 Malaysia di UMP harus diertikan yang warganya mempunyai satu


tujuan (one purpose), satu tekad dan komitmen, berkongsi nilai
sejagat lagi murni demi mencapai impian organisasi dan individu.
Warga UMP tidak akan tersempang dan terleka melalui perkara kecil
dan remeh-temeh. Tidak akan timbul perasaan kedaerahan,
kenegerian atau apa juga yang boleh digunakan untuk membezakan
kita sesama kita.

Sebagai sebuah organisasi kerajaan, skim perkhidmatan penjawat di


UMP diklasifikasikan: N, S, F, J, B, U, DS, DG, KP dan sebagainya.
Pangkat pula dikategorikan dengan dari 1 hinggalah 54. Kepakaran
dan pengkhususan juga banyak membezakan kita. Ini semua tidak
seharusnya menjadi punca kepada kurangnya permuafakatan
sesama kita.

Tuan-tuan dan puan puan,

Pentingnya sesebuah organisasi mempunyai kesefahaman yang


tinggi di kalangan warganya tidak boleh diperkecilkan. Terlalu banyak
kajian, cerita dan berita kejayaan yang menunjukkan bahawa
perpaduan yang tinggi adalah faktor utama dalam kejayaan sesebuah
organisasi. Keberkatan perpaduan dan satu hati antara warga
organisasi tidak boleh kita nafikan. Malah baru-baru ini telah
diingatkan kepada saya dan rakan-rakan pihak pengurusan bahawa
Allah SWT tidak memandang kepada kumpulan yang tidak bersatu
hati. Sebab itu amat penting sekali, 1 Malaysia di UMP seharusnya
dijadikan satu perkara yang semula jadi.

7
Tuan-tuan dan puan,

Perpaduan dan bersatu hati tidak bermaksud yang kita tidak ada
ruang untuk perbezaan pendapat. Sebaliknya, UMP sebagai sebuah
institusi yang berteraskan pengetahuan dan menjunjung tinggi para
ilmuan, buah fikiran, perbezaan pendapat dan kepelbagaian
pandangan adalah satu kelaziman dan sihat. Pendapat adalah punca
kepada kreativiti, inovasi dan kebijaksanaan di dalam keputusan.

Dalam semangat 1 Malaysia pendekatan UMP

Dalam kita menjalankan tugas, jangan kita membenarkan status kita


melalui pangkat jawatan (umpamanya 41, 48, VK7) mempengaruhi
cara kita berurusan sesama kita. Sering pegawai kita, umpamanya di
tahap 41, 44 atau 48, mendapati sukar melaksanakan tugas yang
memerlukan tindak balas dari mereka yang berada di tahap 52, 54
apatah lagi dengan VK7 dan VK6. Pegawai-pegawai yang lebih rendah
pangkatnya pernah saya dengar mengeluh yang mereka sekadar N44
saja, justeru, kurang mendapat layanan serius dari mereka yang
berjawatan lebih tinggi apabila cuba mendapatkan kerjasama seperti
maklum balas, maklumat dan tindakan susulan, sedangkan kita
semua di sini adalah penjawat yang mempunyai peranan yang unik
untuk mencapai objektif organisasi. Dalam konteks yang sama,
jangan sekali-kali mereka yang berjawatan tinggi memperlekehkan
rakan-rakan dengan cara kita berinteraksi di dalam mesyuarat dan
perbincangan.

Pada saya, 1 Malaysia adalah satu cara untuk kita melihat diri kita.
Kalau itu diertikan di UMP, maka UMP yang bersatu melihat entiti ini
tanpa sempadan psikologi yang direkanya sendiri. Jabatan, fakulti

8
dan unit adalah wujud untuk menyumbang khidmat kepakaran
bukan untuk menjadi penghalang. Latar belakang kita yang
sememangnya berbeza seharusnya digunakan sebagai
penggemblengan bakat di antara kita bukannya untuk memecah-
belahkan kita.

Tindak-tanduk kita akan dirujuk kesannya kepada UMP bukan


sekadar diri kita, unit kita dan jabatan atau fakulti kita. Kita akan
melihat gambar yang besar dan luas untuk UMP. Baik buruk tindakan
adalah impaknya kepada UMP. Kita akan lakukan yang terbaik untuk
UMP dan akan menolak prosedur yang membawa impak negatif
kepada UMP. Dengan demikin, kita lebih apa yang kita percaya (what
we believe in), apa yang boleh kita terima dan apa tidak boleh
diterima.

Tuan-tuan dan puan-puan, sebenarnya inilah nilai. Nilai inilah yang


yang menjadi asakan kita. Nilai inilah antara nilai-nilai yang secara
langsung atau tidak langsung harus diserapkan di dalam nilai teras
kita. Maka kita akan tindak secara values-based.

Rakyat Didahulukan

Kebijaksanaan penggunaan pendekatan ini semestinya lahir dari


kesedaran yang kewujudan pihak berkuasa sesebuah negara adalah
kerajaan rakyat, untuk rakyat dan oleh rakyat, dikenali dengan
ungkapan (government of the people, for the people and by the
people). Definisi rakyat di peringkat negara merangkumi pemegang-
pemegang taruh yang luas, kerana apa juga pun paras analisis (unit

9
of analysis), akhirnya ia wujud untuk menyejahterakan kehidupan
rakyat.

Mendahulukan kepentingan rakyat mencerminkan sensitiviti


kepimpinan negara kepada tanggungjawabnya. Ia juga satu paparan
sikap berakauntabiliti kerajaan terhadap mereka yang memberikan
kuasa kepada kerajaan hari ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Saya melihat yang mendahulukan rakyat dalam apa keadaan


sekalipun adalah merupakan satu nilai yang diuar-uarkan kepimpinan
negara untuk mengiringi konsep 1 Malaysia. Adalah dipercayai, mulai
sekarang, nilai mendahulukan rakyat akan mendasari apa juga
tindakan pihak berkuasa di negara kita. Mendahulukan rakyat
semestinya membawa negara kepada era baharu dalam
penggubalan dasar mahupun keputusan rutin. Kita boleh berbangga
yang kaedah pentadbiran negara akan bertitik-tolak dan sentiasa
merujuk kepada kesan dan kepentingan rakyat dalam apa juga
keputusannya.

Mendahulukan rakyat boleh juga dilihat sebagai pelaburan dalam


akaun bank emosi (emotional bank account), iaitu satu konsep yang
diperkenalkan oleh Steven Covy. Pelaburan ini diharap akan
membina kepercayaan antara satu sama lain melalui perkaitan yang
saling kebergantungan dua pihak, iaitu kerajaan dan rakyat. Nilai
mendahulukan rakyat, pada saya, adalah kunci kepada tadbir urus
yang baik dan berlestari, sama ada di peringkat kerajaan pusat,

10
kerajaan negeri, kerajaan tempatan mahupun agensi-agensi
kerajaan.

Pengertian mendahulukan rakyat amat mudah dipanjangkan di


sebuah universiti. Malah, ianya sewajarnya satu pendekatan yang
lazim untuk kita sebagai sebuah universiti. Bukankah kewujudan
universiti ini dan kehadiran kita sebagai penjawat di UMP semata-
mata kerana adanya pelajar. Pelajar adalah satu segmen rakyat
Malaysia yang akan menentukan masa depan negara kita.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Urusan teras (core business) beroperasi di dalam perkhidmatan


awam. Kita menawarkan perkhidmatan dan juga produk yang
dianggap sebagai public good. Semestinyalah public good yang
dibekalkan is good for the people. Walaupun universiti sedikit
sebanyak menganjurkan usaha menjana dan menyampaikan ilmu
pengetahuan adalah untuk keilmuan itu sendiri (knowledge for
knowledge sake), ilmu itu sebaik-baiknya dimanfaatkan.

Dalam semangat mendahulukan rakyat, pendekatan UMP boleh kita


laksanakan dengan merujuk kepada pemegang-pemegang taruh kita
yang secara agregat adalah rakyat Malaysia.

1. Kepada pelajar, pentadbiran UMP akan berorientasikan student


centred. Keutamaan ialah kaedah pengajaran dan
pembelajaran. Perkhidmatan pelajar perlu diperkemaskan
supaya kebajikan pelajar sentiasa mendapat perhatian utama
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) khususnya,

11
pentadbitan UMP amnya. Pembangunan pelajar diuruskan
secara berhemah dengan memberi ruang untuk mereka
membuat pertimbangan yang baik dalam konteks nilai-nilai
murni. Tiada kekangan yang bukan-bukan harus dikenakan.
Kampus UMP tidak seharusnya dijadikan seolah-olah satu
makmal yang artificial untuk kehidupan pelajar.

2. Kepada masyarakat setempat, UMP akan lebih gigih


menentukan kehadiran kita di Gambang mahupun di Pekan
akan lebih dirasai. Dalam hal ini, JHEPA mempunyai keupayaan
untuk menggembleng bakat pelajar supaya UMP lebih
mendekati masyarakat. CENFED pula mampu mencetus aktiviti
pembangunan insan melalui misi pembelajaran sepanjang
hayatnya. Sesetengah daripada aktiviti ini adalah berbentuk
khidmat masyarat yang tidak mungkin menjana pendapatan
untuk universiti. Menurut perancangan jangka panjang negeri
Pahang, kawasan Gambang akan berkembang dengan pesat
sehingga tahun 2015. Persediaan kita untuk menyumbang
kepada kawasan yang mempunyai teknologi tinggi dan aktiviti
yang memerlukan infrastruktur pengetahuan (knowledge
infrastructure) perlu dimulakan. Sesuai dengan fasa mengukuh
asas dan menjanakan kecemerlangan, kapasiti untuk
kewujudan bersama (co-exist) dengan penghuni-penghuni
kawasan sekitar Gambang adalah di dalam perancangan kita.
Kedatangan UMP di Pekan bakal disusuli dengan cabaran
baharu. Tidak keterlaluan sekiranya saya mengatakan yang
kawasan sekitar kampus Pekan agak mencabar dari segai sosial
dan ekonomi. Tanpa saya mengulas panjang lebar bakal tindak
balas yang mungkin berlaku dan kesannya kepada kedua-dua
pihak – UMP dan masyarakat setempat - UMP harus bersedia

12
menjadi agen perubahan di sekitar kampusnya bukan
sebaliknya.

3. Beberapa kategori pihak-pihak luar termasuk di dalam senarai


pemegang taruh UMP, sekaligus mereka adalah segmen rakyat
Malaysia. Kontraktor, pembekal, perunding adalah antara
mereka yang memperoleh rezeki dengan kewujudan UMP.
Pertalian secara profesional dan semangat saling bantu-
membantu harus digunakan dalam kita berurusan dengan
mereka. Alhamdulillah, kita telah melihat semula terma dan
syarat kontrak tender dan beberapa lagi supaya pihak
berkenaan dapat melakukan yang terbaik untuk UMP dan tidak
tertekan denagn syarat-syarat yang ketat dan membebankan.
Ini semua akan kita terus lakukan dengan penuh berhemah dan
berintegriti tanpa mengkrompomi kepentingan UMP.

4. Warga kerja UMP juga tergolong di dalam kategori pemegang


taruh. Mendahulukan rakyat semestinya menjaga kebajikan
staf UMP. UMP menuntut yang terbaik dari warga kerjanya.
Semestinyalah kebajikan asas warga tidak boleh diabaikan.
Saya mahu Bahagain Sumber Manusia menanda aras tahap
kebaikan yang diberi di universiti lain. Namun begitu,
pentadbiran universiti tidak perlu secara langsung memainkan
tugas ini. Badan Kebajikan & Sukan Staf UMP juga perlu
berkreatif untuk menambah nilai pengalaman staf di kampus.

Pencapaian Diutamakan (Performance Now)

Mengutamakan pencapaian atau prestasi sememangnya dituntut


dan ianya bukannya satu yang baharu. Hanya dengan prestasi
13
sesebuah entiti itu berhak untuk terus beroperasi. Prestasi
semestinya dilihat dari segi penambahan nilai yang dihasilkan dari
semasa ke semasa dengan merujuk kepada misi sesebuah organisasi.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberi nafas baharu


kepada elemen prestasi ini. Malah, perkataan yang digunakan ialah
pencapaian. Yang baharu ialah desakan pencapaian. Pencapaian
lebih bermakna dan bernilai tinggi sekiranya ia diperoleh dalam masa
yang sesingkat mungkin. Tuntutan hari ini ialah pencapaian yang
secepat mungkin. Organisasi harus melakukan lompatan berganda
untuk bersaing. Satu lagi yang baharu ialah maksud pencapaian itu
sendiri. Penekanan pada hari ini dikira bukan sekadar output, tetapi
outcomenya. Usaha itu penting dan perlu dihargai, tetapi hasil, kesan
dan impaknya adalah lebih utamakan. Inilah yang dianjurkan oleh
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Hari ini kita telah mendengaer semula KPI (Key Performance


Indicators) disebut-sebut semula. Sebenarnya KPI is about 15 years
old. KPI yang merujuk kepada Balanced Scorecard saja adalah sekitar
10 tahun. Namun, kepimpinan negara kita menekannya. Bacaan saya
dalam perkara ini ialah: mungkin selama ini KPI lebih kepada bentuk
dan kurang dengan pengisian (a lot of form than substance); KPI-KPI
yang telah digunakan kurang mencerminkan outcome; KPI-KPI yang
telah digunakan terlalu banyak sedangkan ia boleh dikurangkan
kepada beberapa yang benar-benar signifikan (KPIs that matter!);
dan KPI di peringkat yang berkaitan dengan perkhidmatan awam

14
kurang dimuatkan dengan semangat 1 Malaysia dan rakyat
didahulukan.

Performance Now di UMP pada saya satu-satunya option kita - it is


the only option we have. Kita tiada banyak masa untuk menunggu
pencapaian yang akan menjelma di kemudian hari. Walaupun kita
berumur tujuh tahun, tetapi kita berada di dalam zaman yang
diberwatakan jaminan kualiti, persaingan, akauntabiliti, rating,
ranking, public opinion yang vocaly dan juga suara pembangkang
(sebagai mekanisme perceptions explicit) yang lebih lantang. Sebab
itu, saya pernah mengajak tuan-tuan dan puan-puan supaya kita
bertindak sebagai insan-insan yang dalam keadaan bergegas. Lets act
like we are mean and women in a hurry. Kita tidak mempunyai masa.

Memang kita tidak mempunyai banyak masa. Dengan masa yang ada
ini, kita membangunkan kampus – dua kampus. Kelengkapan kita
perlu ditingkatkan sesuai dengan misi kita untuk menawarkan
proframe futuristic yang bertaraf supaya kita mampu menjangkau
kehendak pelanggan kita. Universiti teknikal berasaskan kompetensi
memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berinovatif. Ia juga menuntut UMP mempunyai tenaga pengajar yang
berkelayakan akademik setinggi mungkin seperti Ph.D dan pada
masa yang sama cukup dengan pendedahan industri. Kurikulum kita
juga perlu terkini dan relevan industri agar mampu menghasilkan
graduan yang berpengetahuan tinggi untuk menyumbang kepada
perkembangan ilmu dalam bidang-bidang tertentu tetapi bersedia
untuk dilatih dan menguasai kemahiran tinggi. Untuk melakukan ini,
kita memerlukan pentadbiran dan pengurusan universiti yang kemas,
membantu dan menyokong. Kita memerlukan pentadiran yang

15
berfikir secara baharu kerana masalah hari ini tidak boleh
diselesaikan dengan cara pemikiran dan penyelesaian yang lama.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pencapaian yang perlu kita hasilkan semestinya pencapaian yang luar


biasa. Pencapaian biasa akan meletakkan kita di tempat yang biasa.
Untuk itu, satu kaedah untuk mengurus prestasi (performance
management) adalah dicadangkan. Setiap KPI yang dibangunkan
melalui 10 CSF seperti di dalam Pelan Strategik UMP perlu elemen
outcome. Mengikut karya pengurusan, ada tiga dimensi yang sering
membezakan organisasi mendahului yang lain.

1. Product leadership. Memaparkan kepemimpinan (mendahului


yang lain) di dalam penawaran program yang futuristik,
unconventional, innovative dan yang lebih berbentuk
collaborative. Dari segi penyelidikan, UMP seharusnya mampu
menjadi rujukan kepada industri bagi ujian dan pengesahan.
Makmal kita harus berakreditasi. Pusat kecemerlangan kita
perlu mendapat pengiktirafan dari segi keunggulannya, mampu
menarik postdoc yang penyelidik terkemuka dunia untuk
berkunjung. Dapatkan pusat kecemerlangan dan fakulti kita
menjadi melting pot kepada bakat-bakat di dunia. Graduan kita
juga adalah produk UMP. Di organiasi di mana mereka berada
juga menjadi ukuran outcome kepada nilai tambah yang telah
berlaku kepada bekas-bekas pelajar ini.

2. Operational excellence. Keunggulan dalam operasi. Ujian asid


pencapaian ini ialah: adakah pihak-pihak yang berurusan
dengan kita kagum dengan kecekapan dan keberkesanan kita

16
dalam memenuhi kehendak mereka. Keunggulan operasi akan
memberi keselesaan (level of confort) kepada sesiapa juga yang
berurusan dengan kita.

3. Customer Intimacy. Perhubungan yang intim dengan pelanggan


dan pemegang taruh juga akan membezakan keunggulan kita
dengan universiti yang biasa sahaja. Apabila apa yang kita
berikan melebihi yang dijanjikan atau yang diharapkan, lama
kelamaan kita akan mengukir jenama untuk universiti ini.

Tuan-tuan dan puan-puan, 1 Malaysia di UMP menuntut kita


bergerak dengan memahami purpose atau tujuan kewujudan UMP.
Agak sukar untuk bertindak secara bersatu sekiranya kita mempunyai
mimpi masing-masing yang berlainan. Lebih sukar lagi, sekiranya kita
lebih cenderung mencari punca perbezaan berbanding punca yang
menyamakan kita.

Mendahulukan rakyat menuntut kita memandang penting tugas kita


bukannya diri kita. Mendahulukan kepentingan pemegang taruh
memerlukan passion untuk membantu, menyumbang, berkhidmat
dan memberikan yang terbaik.

Untuk merealisasikan slogan beliau, Yang Amat Berhormat Perdana


Menteri menggariskan ciri peribadi dari pelaku-pelaku di dalam
kerajaan (termasuk kita di universiti).

1. Integriti (Integrity)
2. Keboleh (Capability)
3. Kesungguhan (Dedication)

17
4. Kesetiaan (Loyalty)

18