Sunteți pe pagina 1din 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS BAHASA MELAYU

PENGURUSAN SUMBER
PENGKATALOGAN

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA : RAHIMAH BINTI HARUN

KAD PENGENALAN : 661226085528

AMBILAN : KDPM KDC SABK NOV ’08 (KUMP. B)

PENSYARAH : ENCIK A.ALADIN BIN CHE AMAT


PENDAHULUAN
Pusat Sumber atau perpustakaan merupakan satu tempat yang
mengandungi koleksi bahan-bahan pustaka yang disusun secara teratur untuk
memudahkan penggunaannya Perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan
telah bertambah dengan pantas seiring dengan perkembangan teknologi. Kini,
Sistem pengkelasan dan pengkatalogan lazim digunakan di kebanyakan
perpustakaan termasuklah perpustakaan di sekolah-sekolah di Malaysia.

Pengkelasan dan pengkatalogan amat penting dalam pengurusan Pusat


Sumber Sekolah. Rasional kenapa tugas pengkelasan dan pengkatalogan perlu
dilakukan dengan baik oleh perpustakaan-perpustakaan sekolah di Malaysia. Empat
jenis format katalog serta tiga jenis kad katalog yang biasa digunakan di
perpustakaan sekolah juga turut disentuh di sini. Kaedah mengkatalog buku dan
bukan buku serta skema pengkelasan perpuluhan Dewey (DDC) yang dilakukan
oleh perpustakawan di perpustakaan negara ini turut juga dibincang. Selain itu, turut
disentuh berkenaan pengautomasian pusat sumber.

Secara lebih terperincinya, pengkelasan boleh dinyatakan sebagai cara-cara


untuk mengelompokkan bahan pustaka, menurut susunan tertentu secara teratur
berdasarkan kepada perkara dan atau bentuk bahan pustaka. Kesimpulannya ,
pengkelasan dan pengkatalogan ini memberi faedah yang amat baik bagi
pengurusan perpustakaan dan pusat sumber sekolah.

.
DEFINISI PENGKATALOGAN

Pengkatalogan ialah proses merekodkan butiran maklumat mengenai pelbagai


media sama ada bahan bercetak, bahan tidak bercetak dan sumber elektronik yang
terdapat di pusat sumber. Untuk menggunakan bahan-bahan ini, satu indeks atau
senarai bahan-bahan pusat sumber perlu disediakan yang dikenali sebagai
katalog. Oleh itu pengkatalogan bermaksud proses menyediakan rekod katalog
bahan maklumat.Setiap rekod katalog perlu mempunyai nombor kelas, keterangan
deskriptif dan tajuk perkara.

TUJUAN PENGKATALOGAN

Tujuan pengkatalogan adalah untuk mengurus dan menyusun bahan-bahan


maklumat dengan sistematik. Ianya juga bertujuan memudahkan penyimpanan dan
capaian kepada bahan-bahan didalam sebuah perpustakaan.Apabila bahan di susun
dengan baik dan direkodkan secara teratur, maka ia memudahkan para pengguna
untuk mengakses sesuatu bahan di pusat sumber secara berkesan, mudah, pantas
dan tepat. Bagi pihak pengurusan pusat sumber, dengan adanya pengkatalogan ini
ianya memberikan satu pengurusan yang cekap dan dapat mengetahui maklumat
sesuatu koleksi yang terdapat dalam pusat sumber sekolah seperti bahan, jumlah
bahan, maklumat penerbitan dsb. Secara lebih terperincinya, pengkelasan boleh
dinyatakan sebagai cara-cara untuk mengelompokkan bahan pustaka, menurut
susunan tertentu secara teratur berdasarkan kepada perkara dan atau bentuk bahan
pustaka. Dalam hubungan ini,pengeklasan boleh diertikan sebagai menyusun buku
dan bukan buku di dalam perpustakaan sumber mengikut suatu sistem pengkelasan
tertentu. Sistem pengkelasan yang digunakan ialah Sistem Pengkelasan Perpuluhan
Dewey (Dewey Decimal Classification).
JENIS-JENIS KATALOG

Terdapat lima jenis kad katalog iaitu kad senarai rak, kad pengarang, kad judul, kad
perkara dan kad rujukan. Namun terdapat dua jenis kad katalog yang biasa
digunakan ialah kad pengarang, kad judul dan kad perkara. Ketiga-tiga jenis kad ini
dikenali sebagai entri pengarang, entri judul dan entri perkara.“Tajuk” adalah nama,
perkara atau rangkai kata yang tercatat pada baris teratas sesuatu entri supaya
menjadi titik rujukan dalam katalog perpustakaan. Ini bermakna sesuatu entri akan
disusun atau difailkan dalam katalog menurut tajuknya. Jika tajuk yang tercatat di
baris teratas ialah nama pengarang, entri itu dinamakan entri pengarang dan
difailkan menurut nama pengarang, jika tajuknya ialah judul, maka entri itu dikenali
sebagai entri judul dan difailkan menurut judul dan begitulah juga dengan entri
perkara. Cara menyediakan katalog yang digunakan adalah berdasarkan peraturan
Angka American Cataloguing Rules ( AACR ).

APAKAH BENTUK-BENTUK KATALOG YANG DIKENALPASTI?

Dari segi fizikal, katalog itu dapat disediakan dalam beberapa bentuk. Jenis
bentuk itu termasuklah kad, buku, kertas, mikrofis dan pita komputer. Di antara jenis-
jenis katalog ini, bentuk yang lazim digunakan dikebanyakan perpustakaan
termasuklah perpustakaan sekolah di negara ini ialah katalog kad. Namun di sini
bentuk katalog yang akan dibincangkan adalah katalog berbentuk kad, mikrofis dan
komputer sahaja.

a) Katalog Kad
Ukuran katalog kad ini adalah 7.7 cm ´ 12.7 cm (3” ´ 5”) tiap-tiap
satunya dengan lubang kecil di bahagian tengah di bawah. Dalam
pengkatalogan, kad-kad itu diberi nama tertentu dan yang biasa
disediakan ialah kad pengarang, kad judul dan kad perkara. Kad-kad
ini disusun dan disimpan dalam kabinet katalog yang berlaci di mana
dalam tiap-tiap laci terdapat sebatang besi yang dimasukkan ke dalam
lubang kad supaya kad itu boleh disususn dengan teratur. Pada
bahagian luar laci ditandakan dengan huruf yang menunjukkan
susunan kad-kad itu.

b) Katalog Mesin (Mikrofis)


Untuk sistem katalog mikrofis, maklumat-maklumat buku
diperkecilkan dan dicetak pada kad-kad lutsinar. Maklumat mikrofis
diperbesarkan semasa ditayangkan oleh alat baca mikrofis. Namun,di
sini,penggunaan katalog jenis ini jarang digunakan dikebanyakan
perpustakaan sekolah sama ada peringkat rendah mahupun peringkat
sekolah menengah.

c) Katalog Komputer (OPAC – Katalog Atas Talian)


Katalog merupakan kunci kepada koleksi perpustakaan, dan
menguasai kegunaannya dapat memahami penggunaan
perpustakaan. Sistem katalog komputer pula menyimpan katalog
dalam komputer yang ditulis khas. Pengguna perlu mendaparkan
maklumat secara bersemuka dengan papan kekunci komputer. Sistem
komputer mempunyai kebaikan kerana maklumat tentang status
pinjaman buku dapat dipaparkan. Ini bermakna, jika buku tersebut
telah dipinjam oleh pengguna lain, pangkalan data akan memaparkan
maklumat bahawa buku tersebut telah dipinjam. Selain itu, pengguna
juga boleh membuat tempahan untuk meminjam buku melalui sistem
katalog komputer ini. Sistem ini banyak digunakan terutamanya di
pusat-pusat pengajian tinggi seperti mana yang digunakan di Universiti
Sains Malaysia iaitu sistem krisalis.

Katalog Atas Talian memudahkan pengguna dalam usaha


mencari maklumat yang dikehendaki dengan cepat dan mudah.
Berbanding dengan penggunaan kat katalog, proses pencarian katalog
atas talian lebih menjimat masa khususnya pihak pengurusan.
Melaluinya rekod statistik pencarian bahan mengikut jam pada satu-
satu terminal, berapa ramai pengguna, jenis carian sama ada carian
pengarang, judul atau perkara, dan aktiviti lain mudah dikesan.
Satu perisian pengendalian sistem katalog menggunakan
komputer di mana sebuah buku dapat diproses dalam jangka waktu
yang singkat. Melalui cara ini, pengguna hanya perlu memasukkan
data buku dan klik butang tertentu. Tujuan penghasilan katalog
berformat komputer ini adalah untuk memudahkan kakitangan Pusat
Sumber memproses buku dan mengendalikan sistem pengkatalogan
pusat sumber sekolah dan memudahkan carian buku dan bahan yang
terdapat dalam pusat sumber. Perisian ini mudah dikendalikan sebab
semua arahan diberikan satu persatu dan yang istimewanya pengguna
cuma perlu sedikit pengetahuan dalam bidang pengendalian komputer.

JENIS KATALOG BUKU DAN BUKAN BUKU:

Penkatalogan buku terdiri daripada penkatalongan buku fiksyen dan buku bukan
fiksyen.

( a ) Penkatalogan Buku:

Penkatalogan buku fiksyen tiga kad perlu disediakan jika buku tersebut dikarang
oleh seorang pengarang. Kad katalog perkara tidak diperlukan. Jika fiksyen dikarang
oleh lebih seorang pengarang, satu kad pengarang disediakan oleh setiap
pengarang.

Untuk buku bukan fiksyen yang dikarang oleh lebih daripada seorang pengarang,
satu kad pengarang disediakan untuk setiap pengarang. Untuk buku yang tidak
diketahui pengarangnya, kad pengarang tidak perlu disediakan. Kad judul
dijadualkan kad utama. Dengan itu, butir minggu dicatat pada kad judul.

( b ) Penkatalogan Bahan bukan Buku:

Pada umumnya, bahan bukan buku dapat digolongkan kepada lima jenis utama iaitu
:

( I ) Penglihatan ( visual ) : Filem tanpa suara, OHP, Slaid, Jalur filem, carta, poster,
gambar, peta, kad kerja, kad imbasan dan sebagainya.

( II ) Pendengaran ( audio ) : Piring hitam, pita kaset dan rel, dan sebagainya.
( III ) Penglihatan, pendengaran ( audio visual ) : Filem bersuara, susulan, pita slaid,
susulan pita-jalur filem, gambar-pita, rakaman video dan sebagainya.

( IV ) Kit : merupakan koleksi radio yang tersebut di atas atau jenis media lain yang
disepadukan dan disimpan dalam satu kotak dengan tujuan untuk digunakan secara
keseluruhan atau secara berasingan.

( v ) Objek tiga dimensi : Glob, Model, permainan dan lain-lain.

Bahagian Rekod Katalog.

1. Pengkelasan

 nombor kelas dihasilkan menggunakan sistem-sistem pengkelasan yang


dicipta.

 nombor kelas adalah untuk bagi setiap bahan maklumat dan berfungsi
sebagai alamat kepada bahan maklumat.

 dengan merujuk kepada nombor kelas ini, kita dapat mengetahui kedudukan
bahan itu dirak perpustakaan dan dapat mencarinya dengan mudah.

 dikenali sebagai nombor panggillan atau call number.

2.Pengkatalog deskriptif

 menyatakan maklumat bibliografik bahan maklumat.

 maklumat bibliografik adalah pengarang,tajuk,edisi,penerbit,tempat & tahun


terbitan,muka surat serta saiz bahan.
 3 peralatan yang perlu digunakan bagi menyediakan maklumat deskriptif:

i) ISBN (International Standart Bibliografic Description)


ii) AACR2r (Anglo-American Cataloguing Rules,Second Edition, 1988
Revision)
iii) Dublin Core (Dublin Metadata Core Element Set)

3.Pengkatalogan tajuk perkara.

Sistem Pengekelasan (yang utama di dunia)

 Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey / Dewey Decimal Classification


(DDC).

 Sistem Pengkelasan Perpustakaan Kongres / Library of Congress


Classification (LCC)
CONTOH KAD KATALOG BUKU FIKSYEN (ENTRI UTAMA – NAMA
PENGARANG)

MF
053599
ABD ABDULLAH SIDEK
ESOK HARI BAHAGIA, Cetakan ke 7, Kuala
Lumpur , DBP, Kementerian Pelajaran Malaysia,
1993
83m.s.
ISBN 983-62-0610-8

MF
064060
ARI ARIPIN SAID
JUARA YANG TEWAS, Cetakan ke 5, Kuala
Lumpur , DBP, Kementerian Pelajaran Malaysia,
1994
117m.s.
ISBN 983-62-0412-4

MF
054282
SAT SATIMAN NAWANG
TUK TUKANG, Shah Alam, Selangor; Marwillis
Publisher and Distribur Sdn. Bhd. ; 1992
134m.s.
ISBN 983-831-245-2
CONTOH KAD KATALOG BUKU FIKSYEN (ENTRI UTAMA JUDUL)

FM
076399
SHA EDISI KHAS SASTERAWAN NEGARA ,TONIL
PURBAWARA, KUMPULAN CERPEN PILIHAN;
SHAHNON AHMAD Dato Haji 1933; Kuala Lumpur,
DBP , 2006
333m.s.
ISBN 983-62-9363-9
1. Short stories
I. Judul

FM
076399
SHA MALAM DI GINZA ,( KUMPULAN CERPEN PILIHAN
ABAD KE 20) Wijaya Mala Kuala Lumpur, DBP ,
2005
183m.s.
ISBN 983-62-8420-6
1. Short stories, Malay
2. Malay Fiction
I. Judul
II. Siri

FM
076399
SHA TITIAN GELORA, (KUMPULAN CERPEN PILIHAN
ABAD KE 20); Azmah Nordin; Kuala Lumpur, DBP ,
2005
285m.s.
ISBN 983-62-8419-2
1.Short Stories
2. Malay Fiction
I.Judul
II. Siri
CONTOH KAD KATALOG BUKU BUKAN FIKSYEN (ENTRI UTAMA
PENGARANG)

499.238
LAP Nik Safiah Karim, Hamdan Ariffin
Laporan Kajian Sosiologistik Penggunaan, Penguasaan dan Pelaksanaan Bahasa
Malaysia baku di Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri/Persekutuan, Badan-badan
Berkanun/ Swasta; Nik Safiah Karim, Hamdan Ariffin; DBP Cawangan Sabah: Selangor;
Percetakan DBP ,1992
180m.s
Bibliografi – m.s 169
ISBN 983-62-2546-3
1.Bahasa Malaysia-Sabah-Usage
2. Bahasa Malaysia-Social Aspects-Sabah
3.Sociologistic - Sabah
I.Dewan Bahasa dan Pustaka ( Sabah)
II. Sabah, Jabatan Ketua Menteri

R
297.272
ABD Abdul Aziz Mat Ton
Politik Al Imam / Abdul Aziz Mat Ton, Edisi 2,
Selangor, Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka,2000 I
521m.s
Bibliografi – m.s 497-503
ISBN 983-62-5926-0
1.Islam and Politics - Malay
2. Imperialisme- Middle East
3.Nationalism-Middle East
4. Imperialisme -Malay
I.Judul

R
297.4
ZUL Zulkifli Mat Isa
Kemuliaan Para Wali , Zulkifli Mat Isa, Johor, Perniagaan Jahabersa, 1996,
782 m.s
ISBN 983-077-137-7
CONTOH KAD KATALOG BUKU BUKAN FIKSYEN (ENTRI UTAMA
JUDUL)

R
332.6322209595
MOH STOCK PRICING IN MALAYSIA : Corporation Financial and Investment Malaysia ,
Mohamed Ariff, Shamsher Mohamad, Annuar M.Nasir
Selangor, Universiti Malaysia Putra Press, 1998
Bibliography : 336-354
386 pages
ISBN 983-9319-32-9
1.Stock Prices – Malaysia
2.Corporation – Malaysia-Finance
I.Shamsher Mohamed
II.Annuar M. Nasir
III.Title

R
338.4791
MCI TOURISM : PRINCIPLES, PRACTICES, PHILOSOPIES -7 TH ed, Robert W.McIntosh, Charles
R.Goldner, J.R. Brent Ritchie ; New York, John Wiley & Sons. Inc. 19955
572 pages
ISBN 0-471-01557-1
1.Tourist trade
I. Goldner, Charles R
II.Ritchie, J.R.Brent
III.Title
R
624.171
WAN ANALISIS STRUKTUR PERTENGAHAN /GK. WANG; PENTERJEMAH Kamsiah bte Mohd
Ismail, Zainab bt Arman, Yusuf bin Ahmad , Kuala Lumpur, Universiti Teknologi Malaysia,
1997
895 m.s.
ISBN 983-52-0080-7

1.Structural Analysis (Engineering)


I. Kamsiah Mohd Ismail
II.Yusuf Ahmad
III. Zainab Arman Ali
IV. Judul

CONTOH KAD KATALOG BAHAN-BAHAN BUKAN BUKU


KASET

371.422
HAG Hazel Hagger, Katherine Burn and Donald McIntyre
The School Mentor Handbook
Reprinted 1994 (three times)
London, Kogen Page Ltd.,1993
A cip recorder
ISBN 0-7494-1018-3

KASET

781
HAR Lois N.Harrison
Getting Started in Music, New Jersey, Prentice Hall, Inc, 1989
Tape Recorder
ISBN 0-13-354911-9
1.Music –Theory , Elementary
2.Music-Handbooks
KIT

570.7124
BUL Teacher’s Handbook (F1)
Rob Kearsley Bullen, Andrew Edmondson, Tony Ward,
Edinburgh, Pearson Edmonton Limited, 2000
ISBN 0-582-338561-1

KIT

R
658.40
WOOL Gower
50 Activities Team Building
Mike Woodcode, Hampshire, UK, Gower Publishing, 1995
ISBN 1-85904-012-8
1. Organization Team Management
I.Title

TRANSPARENSI

RUJ
R
372.89
GOL Kajian Tempatan
Transparensi Kajian Tempatan Tahun 6 KBSR, Goh Cheng
Leong, Chong Mee Loon, Shah Alam , Selangor, Fajar Bakti
, 1996
ISBN 967-653647-4

TRANSPARENSI
RUJ
372.89
CHO Kajian Tempatan, Transperansi KBSR Tahun 4,
Shah Alam, Selangor, Fajar Bakti, 1996
ISBN 967-653521-4
PENUTUP
Sistem pengkelasan dan pengkatalogan yang lazim digunakan di
kebanyakan perpustakaan termasuklah perpustakaan di sekolah-sekolah di
Malaysia. Dalam penulisan ini ianya menyatakan tentang pengkelasan dan
pengkatalogan serta tujuan masing-masing dalam pengurusan Pusat Sumber
Sekolah. Ia memberikan rasional kenapa tugas pengkelasan dan pengkatalogan
perlu dilakukan dengan baik oleh perpustakaan-perpustakaan sekolah di Malaysia.
Empat jenis format katalog serta tiga jenis kad katalog yang biasa digunakan di
perpustakaan sekolah juga turut disentuh di sini. Kaedah mengkatalog buku dan
bukan buku serta skema pengkelasan perpuluhan Dewey (DDC) yang dilakukan
oleh perpustakawan di perpustakaan negara ini turut juga dibincang. Selain itu, turut
disentuh berkenaan pengautomasian pusat sumber.

Sebagai kesimpulan, pengkatalogan ini memberikan ramalan tentang


halatuju sistem pengkelasan dan pengkatalogan PSS di Malaysia pada masa akan
datang. Ianya memberikan banyak manafaat kepada pengurusan dan penyusunan
segala bahan bacaan buku dan bukan buku bagi memudahkan kita mencari bahan
di Malaysia. Kesimpulannyanya pengkatalogan ini banyak member kebaikan kepada
rakyat Malaysia terutama perpustakaan dan pusat sumber sekolah.
RUJUKAN

ABDULLAH SIDEK, ESOK HARI BAHAGIA, Cetakan ke 7, Kuala Lumpur , DBP,


Kementerian Pelajaran Malaysia, 1993

ARIPIN SAID ,JUARA YANG TEWAS, Cetakan ke 5, Kuala Lumpur , DBP,


Kementerian Pelajaran Malaysia, 1994

SATIMAN NAWANG, TUK TUKANG, Shah Alam, Selangor; Marwillis Publisher and
Distribur Sdn. Bhd. ; 1992

SHAHNON AHMAD Dato Haji EDISI KHAS SASTERAWAN NEGARA ,TONIL


PURBAWARA, KUMPULAN CERPEN PILIHAN; Kuala Lumpur, DBP
, 2006

Azmah Nordin TITIAN GELORA, (KUMPULAN CERPEN PILIHAN ABAD KE 20);


Kuala Lumpur, DBP , 2005

S-ar putea să vă placă și