Sunteți pe pagina 1din 11

Soalan Tugasan:

4.

Sumber-sumber sejarah tidak pernah muktamad dan

adalah sukar untuk mencapai peringkat penulisan sejarah yang muktamad. Huraikan pendapat anda terhadap kebenaran pernyataan ini.

Bagaimana wujudnya sejarah? Mestilah adanya sumber, barulah sejarah dapat diwujudkan atas bukti itu. Disebabkan t anpa sumber sejarah, ahli sejarawan tidak dapat menjalankan kajian ataupun pentafsiran sejarah. Jadi, apa itu sumber?BerdasarkanOxford English Dictionary, sumber adalah merujuk kepada sebuah karya dan lain -lain yang menyediakan maklumat atau bukti khusus yang bersifat tulen atau asli berkenaan sesuatu fakta, peristiwa atau siri hal-hal tersebut. Berdasarkan Kamus Dewan, sumber sejarah juga digelar sebagai dokumen yang bererti keterangan iaitu bukti yang bertulis atau bercetak, surat seperti surat beranak, surat nikah dan lain -lain. Apa pula yang dimaksudkan oleh perkataan muktamad? Muktamad bermaksud pasti, tetap, tidak boleh dipinda -pinda lagi. Secara keseluruha n, tajuk soalan dapat didefinisikan sebagai bukti atau dokumen sejarah yang tidak pernah mempunyai kepastian ataupun kebenaran sehingga menjejaskan pencapaian peringkat penulisan sejarah yang muktamad. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan sumber sejarah tidak muktamad dan juga penulisan sejarah ?

Selanjutnya, sumber dibahagikan kepada dua jenis iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer yang juga dikenali sebagai sumber pertama merupakan sumber yang berada dalam keadaan asli yang belum dicetak dan diperlengkapkan lagi serta keadaannya sendiri adalah sumber pertama yang mencatatkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Contohnya manuskrip yang belum dicetak, surat rasmi kerajaan, warkah watiqah dan titah perintah. Sumber sekunder pula dapat difahami se bagai tulisan atau buku yang dihasilkan oleh seseorang penulis atau sejarawan tentang sesuatu peristiwa atau seseorang tokoh dengan berdasarkan kepada interpretasi atau tafsiran serta penyelidikan sumber primer. Sumber ini merangkumi majalah, jurnal, ensiklopedia, risalah, akhbar, latihan ilmiah, tesis, dan laporan tahunan serta merupakan bahan yang telah diolah, dicetak dan di sebarkan kepada masyarakat umum. Disebabkan sumber primer sering sukar dibaca, dikenalpasti, diperolehi dan kurang sempurna, ahli se jarawan selalunya menggunakan sumber sekunder yang telah banyak berubah daripada bentuk asalnya. Dalam hal ini, masalah akan timbul kerana kebanyakan sumber sekunder yang diproses dan ditapis oleh ahli sejarawan sudah di tolak isi
2

kandungan yang sebenarnya atau ditambahkan pentafsiranataupun pandangan ahli sejarawan sendiri secara tidak langsung.Akibatnya, wujudnya sumber sekunder yang tidak lagi tepat ataupun salah diterjemah kan. Hal ini telah menyebabkan sumber sejarah tidak muktamad.

Manakala, perbezaan pemilihan sumber juga dapat menyebabkan penulisan sejarah tidak muktamad. Dalam bidang sejarah, ahli sejarawan adalah bebas mentafsir dan menggunakan cara tersendiri dalam pemilihan sumber. Contohnya, terdapat beberapa teori atau pandangan tentang kedatangan agama Islam ke Asia Tenggara telah wujud iaitu, Islam berasal dari Semenanjung Tanah Arab, China dan Arab. Menurut John Crawford yang menyatakan bahawa Islam berasal dari Semenanjung Tan ah Arab adalah melalui aktiviti perdagangan. Catatan China yang mengatakan bahawa orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan dan petempatan di Canton atau Amoy telah digunakan oleh beliau sebagai satu bukti kedatan gan Islam dari Semenanjung Tana h Arab. Manakala S. Q. Fatimi memberikan bukti bahawa berlaku perpindahan beramai -ramai pedagang yang tinggal di Canton atau Amoy ke Asia Tenggara dalam teori kedatangan Islam dari China. Teori kedatangan Islam dari India yang dikemukakan oleh Snouck Hurgronje merupakan pendapat beliau tentang hubungan perdagangan yang begitu lama wujud antara India dengan Asia Tenggara sehingga membolehkan pedagang India yang beragama Islam menyebarkan Islam ke Asia Tenggara. Tiga teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara it u boleh membuktikan bahawa terdapat pelbagai jenis pen tafsiran yang boleh diwujudkan dalam kalangan ahli sejarawan terhadap sesuatu peristiwa sejarah disebabkan pemilihan sumber dan pandangan yang berlainan. Secara tidak langsung, penulisan sejarah menjadi tidak muktamad atas sumber-sumber yang tidak ada kepastiannya.

Seterusnya, proses heuristik juga menyebabkan sumber sejarah tidak muktamad. Perkataan heuristik adalah berasal daripada Greek "heuriskein. Konsep heuristik telah dipakai oleh ahli sejarawan sebagai usaha atau
3

kegiatan mencari dan mengumpulkan sumber -sumber sejarah yang berselerak. Proses ini dapat mewujudkan sesuatu sumber rujukan baru yang sahih atau lebih, serta akan memberikan maklumat atau fakta yang baru kepada sesuatu peristiwa yang telah sekian lama dianggap benar atau betul dari segi kesejarahannya. Akibatnya, sumber-sumber yang baru dijumpai itu akan menafikan kebenaran sejarah yang telah dikemukakan melalui sumber sumber yang lebih awal. Hal ini membuktikan bahawa sumber -sumber sejarah adalah tidak muktamad.

Bukan sekadar itu, proses kritikan su mber juga tidak dijalankan dengan sempurnanya lalu menyebabkan sumber-sumber tidak muktamad. Biasanya, kritikan sumber dilakukan untuk menentukan kesahihan dan kebenaran sumber sejarah dan boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu kritikan dalam dan kritikan luar. Kritikan dalam dilakukan untuk mengesahkan isi kandungan sumber-sumber manakalah kritikan luar pula dijalankan untuk mengesahkan ketulenan sumber -sumber. Proses kritikan sumber ini amat penting kerana ia dapat menghasilkan sejarah yang tulen. Walaupun demikian, ramai ahli sejarawan lebih suka mengkritik ahli sejarawan yang lain dan tidak bertanggungjawab serta kurang jujur dalam penulisan sejarah mereka. Mereka gagal melakukan kritikan yang membina terhadap persoalan sejarah kerana mereka sentiasa menegakkan prinsip yang dipegang oleh mereka sendiri tanpa mempedulikan panda ngan ahli sejarawan lain. Seperti yang dikatakan oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Khoo Kay Kim, tidak ada individu boleh mengatakan betul atau salah kerana ia tidak akan dapat menye lesaikan masalah yang wujud dalam bidang sejarah. Sekiranya kritikan sumber tidak dijalankan sepenuhnya dengan berhati -hati, sumber sejarah tidak akan dapat dipastikan ataupun disahkan ketulenannya. Hal ini disebabkan terdapat banyak jenis kepalsuan sumber seperti pemalsuan surat-surat Ratu Marie Antoinette dari Perancis dan Abraham Lincoln dari Amerika Syarikat. Tambahan pula, kebanyakan ahli sejarawan tidak memiliki kemahiran dan kepakaran dalam bidang kimia yang dikehendaki untuk mengesahkan sumber sejarah. Kekurangan salah satu kritikan sumber sama ada kritikan luar

ataupun kritikan dalam ataupun kedua -dua kritikan itu boleh mengakibatkan sumber sejarah tidak muktamad.

Selain itu, aktiviti galicari dalam bidang arkeologi juga merupakan salah satu faktor sumber sejarah tidak muktamad. Arkeologi adalah berasal dari perkataan Greek iaitu arkhaiologia yang bermaksud barang -barang purba. Menurut pendapat Frank Hole dan Robert F. Heizer, arkeologi ialah suatu susunan kaedah dan tatacara penyelidikan masa lalu dan menggambarkan data-data yang diperolehi dan latihan akademik serta orientasi teori ahli arkeologi. Menurut Hasan Muarif Ambary pula, arkeologi berfungsi untuk memberi penjelasan terhadap benda -benda peninggalan manusia yang sudah terkubur sehingga benda -benda tersebut kemudian boleh berfungsi sebagai sumber penulisan sejarah. Selain itu, bidang arkeologi merupakan satu bidang yang bertujuan untuk mencari data -data baru dengan menjalankan pemerhatian monumen -monumen purba dan aktiviti galicari supaya pengetahuan sejarah yang sedia wujud dapat ditingkatkan lagi. Contohnya, seorang ahli arkeologi tempatan iaitu Zurina Majid telah berjaya menemui satu rangka manusia yang dianggap pernah hidup pada zaman prasejarah melalui aktiviti galicari di Gua Gunung Runtuh, Lenggong Perak. Penemuan rangka manusia yang dikenali sebagai Perak Man tersebut telah membuktikan bahawa kehidupan manusia terawal sudah wujud di Malaysia kira-kira 10,000-11,000 tahun yang lalu. Selain itu, terdapat banyak sumber sejarah yang lain telah diperolehi melalui aktiviti galicari seperti pecahan tembikar, repihan batu batan , seramik dan lain-lain. Hasil daripada aktiviti galicari, sumber-sumber sejarah yang baru dapat dijumpai dari semasa ke semasa lalu menyebabkan berlakunya percanggahan penafsiran fakta-fakta ahli sejarawan terhadap sesuatu sumber yang lama dengan bukti sumber yang baru dijumpai itu. Tambahan pula, kewujudan sumber-sumber yang baru dapat menjejaskan keputusan ahli sejarawan yang a wal dan ahli sejarawan perlu menjalankan semula proses kritikan sumber untuk mengenal pasti ketulenan sumber-sumber yang baru dijumpai. Proses ini akan dijalankan secara berterusan tanpa henti disebabkan wujud lagi sumber sumber yang baru.Sumber-sumber yang tidak muktamad itu telah
5

mengakibatkan penulisan sejarah tidak dapat mencapai peringkat yang muktamad.

Selepas itu, pentafsiran sejarah yang berbagai jenis itu juga menyebabkan penulisan sejarah tidak muktamad. Dalam bidang sejarah, tafsiran atau interpretasi adalah bermaksud men tafsirkan fakta sejarah dan merangkai fakta tersebut hingga menjadi satu kesatuan yang harmonis dan masuk akal. Dari berbagai fakta yang ada ahli sejarawan perlu menyusun ia agar mempunyai bentuk dan struktur. Fa kta yang ada ditafsirkan sehingga ditemukan struktur logisnya berdasarkan fakta yang ada, untuk menghindari suatu pentafsiran yang sewenang-wenangnya akibat pemikiran yang sempit. Tafsiran tidak akan berlaku tanpa kritikan yang berterusan untuk mengetahui maksud sumber. Proses pentafsiran merupakan satu proses yang amat penting dan harus dilakukan oleh kalangan ahli sejarawan agar mereka dapat mengenal pasti kandungan sumber dalam penyelidikan. Dalam hal ini, terdapat beberapa tahap tafsiran sumber yang per lu dilakukan oleh ahli sejarawan iaitu tafsiran verbal, tafsiran teknikal, tafsiran logik, tafsir an psikologi dan tafsiran fakta. Tafsiran logik bermakna ahli sejarawan dapat mentafsir dan memberi pemikiran bagi menyambung id ea yang kurang jelas berdasarkan logik atau kebenaran . Namun kebenaran tersebut boleh dikatakan tidak muktamad. Dalam kesemua tafsiran itu, a hli sejarawan perlu memiliki banyak kemahiran dan pengetahuan seperti penguasaan pelbagai jenis bahasa, perbendaharaan kata dan terjemahan dalam kesemua tahap tafsiran itu. Selain itu, ahli sejarawan juga perlu bersikap rasional tanpa berat sebelah dan terbuka terhadap sumber -sumber sejarah yang digunakan sama ada benar ataupun palsu. Namun begitu, ahli sejarawan mempunyai kemahiran, pendirian dan pandangan yang tersendiri serta cara pemilihan sumber yang berbeza di samping ada segelintir ahli sejarawan yang bersikap berat sebelah. Apatah lagi kewujudan sumber -sumber yang baru telah menimbulkan pelbagai pentafsiran dan persoalan yang tidak mempunyai pengakhirannya. Oleh demikian, penulisan sejarah tidak dapat mencapai peringkat yang muktamad.

Selain itu, terdapat juga penulisan sejarah yang bersifat subjektif sehingga penulisan sejarah susah mencapai peringkat yang muktamad. Penulisan sejarah yang subjektif itu adalah disebabkan faktor semula jadi manusia sendiri, yang memiliki naluri dan kecenderungan memilih dan memihak kepada sesuatu yang diminatinya atau dianggapnya sebagai penting dan utama. Selain itu, penulisan yang bersifat subjektif juga dap at dilihat dengan jelas dalam penulisan ahli sejarawan yang bersikap berat sebelah, yang bertujuan untuk menyanjung atau memperbesarkan tokoh atau peristiwa yang mereka kaji, menyerapkan nilai budaya atau world -view, ideologi dan unsur kesusasteraan. Di sa mping itu terdapat pula faktor agama dan ideologi yang membentuk pegangan dan tindakan seseorang ahli sejarawan. Contohnya, ahli sejarawan yang terpengaruh oleh pendekatan vulgar Darwin telah membahaskan perkembangan sejarah tanpa sedar berasaskan konsep evolusi yang bermula dengan Zaman Prasejarah atau Zaman Batu. Manakala bagi sejarawan yang menggunakan pendekatan Islam pula, walaupun faktor ekonomi tidaklah ditolak sebagai di antara sebab berlakunya sesuatu, namun sebab asasinya ialah Allah sendiri. Dan permulaan sejarah manusia pula bukannya dari peringkat manusia -haiwan pada Zaman Batu, tetapi dan manusia istimewa yang berpangkat nabi, iaitu Adam.Sejarah objektif akan membiarkan dokumen bercakap dengan sendirinya, tanpa memerlukan sebarang penjelasan la gi. Tetapi dapatkah sumber menjelaskan segala-galanya, tanpa penglibatan sejarawan? Tentunya, sumber tidak boleh bercakap dengan sendirinya. Yang jelas, sejarawan bukan sahaja terpaksa menghadapi bukti sejarah yang terbatas, bahkan juga bukti-bukti yang sudah dipilih atau ditentukan coraknya sejak awal lagi. Realiti sejarah menunjukkan betapa banyaknya bukti sejarah yang telah mengalami penapisan atau kerosakan. Kesemua hal ini telah menyebabkan penulisan sejarah tidak muktamad.

Pada masa yang sama, pengalaman ahli sejarawan yang ti dak sama pada zaman yang berlainan juga mengakibatkan berlakunya penulisan sejarah yang tidak muktamad. Perubahan zaman boleh menyebabkan berlakunya perubahan pemikiran ataupun pandangan masyarakat zaman baru
7

dengan zaman dulu. Sepertipendapat Carl Becker,penulisan sejarah adalah ditentukan oleh ahli sejarawan sendiri yang mempunyai akal fikiran, tujuan, pemilihan dan kecenderungan yang berasaskan pengalamannya pada zam an tertentu. Oleh disebabkan keadaan sosial sentiasa mengalami perubahan, maka kebenaran sejarah pun tidaklah mutlak tetapi relatif atau berubah -ubah. Demikianlah, penulisan sejarah tidak mempunyai keputusan yang muktamad.

Kesimpulannya, sumber adalah elemen yang terpenting berbanding dengan penulisan karya kreatif bagi penulisan sejarah . Sumber merupakan suatu keperluan yang hakiki dan mesti wujud dalam penulisan sejarah. Disebabkan tanpa sumber, sejarawan tidak dapat menghasilkan pensejarahannya. Hal ini telah menunjukkan bahawa sumber -sumber sejarah adalah unsur yang terpenting dalam penulisan sejarah dan tidak boleh dikecualikan.Walaupun sumber-sumber sejarah berperanan penting, tetapi sumber-sumber itu tidak boleh bercakap. Begitulah, wujudnya peranan ahl i sejarawan dalam menjalankan penyelidikan dan pentafsiran supaya orang ramai dapat memahami. Seperti yang kita sedia maklum, semua orang mempunyai cara pemahaman dan aliran pemikiran yang berlainan. Begitu juga halnya dengan ahli sejarawan, sudah tentunya masing -masing mempunyai cara ataupun teknik mendapatkan sumber-sumber, menganalisis dan menulis yang tersendiri serta mempunyai perbezaan pendapat di antara satu sama lain. Selain itu, Charles Beard turut menegaskan bahawa sejarah ialah pemikiran sezaman mengenai masa lampau. Ia merupakan hasil penulisan ahli sejarawan yang mempunyai kepercayaan, nilai -nilai atau prasangka yang dipengaruhi oleh pengalaman zaman tertentu . Hal ini menyebabkan tidak ada pencapaian yang muktamad dalam peringkat penulisan sejarah. Akhir sekali, memang tidak berkemungkinan untuk mencapai taraf sejarah muktamad. Hal ini disebabkan melalui proses heuristik dan aktiviti galicari, ahli sejarawan akan menemui sumber-sumber baru yang dapat mengubah keputusan awal. Manakala melalui proses kritikan sumber pula, apa yang dulunya dianggap asli dan tulen, kemudiannya didapati palsu dan tiruan belaka. Lagipun ahli sejarawan yang menjalank an pentafsiran terhadap sumber sejarah itu pula akan mengubah pemikirannya
8

mengikut perubahan zaman. Justeru itu, hal ini mengukuhkan hakikat tentang sukarnya mencapai konsep sejarah muktamad.

Bibliografi

Abdul Rahman Haji Abdullah. (1994). Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Pulau Pinang: Pusat Pengajian Luar Kampus.

E.H. Carr. (1988). Apakah Sejarah? (terjemahan Ab. Rahman Haji Ismail). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd. Yusof Ibrahim. (1997). Ilmu Sejarah Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd. Yusof Ibrahim. (1986). Pengertian Sejarah Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman, Muhd. Yusof bin Ibrahim, Muhamad Bukhari bin Ahmad, Rosnanaini binti Sulaiman. (2005). Sejarah Tingkatan 4 Buku Teks. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

R.G. Collingwood. (1985). Idea Sejarah. (terjemahan Muhd. Yusof Ibrahim). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

R. Suntharalingam. (1985). Pengenalan Kepada Sejarah. Marican & Sons (M) Sdn. Bhd.

10

Rozeman Abu Hassan. (2004). Mengenali dan Mentafsir Sumbersumber Sejarah. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

11

S-ar putea să vă placă și