Sunteți pe pagina 1din 10

PENGENALAN

APA ITU TAMADUN?

Perkataan tamadun sering diperkatakan bagi menjelaskan tahap pencapaian sesuatu bangsa atau negara dari pelbagai perspektif.Apakah yang dimaksudkan dengan tamadun? Tamadun seringkali dikaitkan dengan kemajuan kebendaan sesebuah masyarakat. Dari perspektif semasa pula, perkataan tamadun selalunya merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi.Ia jelas dilihat pada zaman ini dimana negara-negara maju yang moden lebih menonjol dengan pelbagai penemuan dan penciptaan terutamanya dalam Tamadun barat. Sebenarnya perkataan 'tamadun' dari sudut etimologi berasal dari perkataan Arab iaitu 'maddana' yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku. Daripada perkataan 'Maddana' ini diterbitkan pula perkataan 'Madani' yang merujuk kepada orang yang berkelakuan seperti orang bandar yang bersifat halus dalam berbudi bahasa dan beradab sopan dalam tingkah laku mereka. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, dapat disimpulkan bahawa tamadun bermaksud keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran(sosial, budaya, politik dll) yang tinggi .Ia juga merujuk kepada negara dan penduduknya yang telah mencapai kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dll ) yang tinggi.Ia juga meliputi budaya dan cara hidup masyarakat di sesuatu negara, kawasan atau zaman tertentu.malah tamadun turut menjadi lambang dan keadaan pemikiran yang meliputi budaya dan moral yang halus bagi sesuatu bangsa. Manakala Tamadun Islam pula ialah perkembangan ke arah yang lebih baik dari segi fizikal dan spiritual yang bersumberkan wahyu iaitu Al Quran dan Al Hadis (al Sunnah) yang ditegakkan oleh orang-orang Islam yang terdiri dari berbagai bangsa dan keturunan. Kemajuan tamadun Islam tidak hanya terbatas kepada kemajuan kebudayaan semata-mata,malahan ia merupakan kemajuan yang serentak dengan kerohanian.Tamadun Islam amat berbeza dengan tamadun dunia yang lain kerana ia meletakkan al-Din sebagai asas dalam membentuk tamadun berbanding dengan tamadun lain yang diasaskan oleh manusia. Kesimpulannya, istilah tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau negara bangsa. Ringkasnya, tamadun boleh dilihat sebagai pencapaian satu bentuk budaya tinggi.

PRINSIP-PRINSIP TAMADUN

Ransangan daripada keagamaan dan kerohanian kerana amalan daripada ajaran-ajaran agama mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan murni. Ini secara tidak langsung telah menjadikan manusia menuju kepada kehidupan yang bertamadun. Kemunculan Tamadun Islam umpamanya telah dipengaruhi oleh ransangan nilai-nilai murni berdasarkan cara hidup Islam yang sempurna.

Namun, sejak akhir- akhir ini masalah sosial dan keruntuhan akhlak umat Islam,terutama golongan remaja dan belia di rantau ini semakin jelas dan parah sehingga ia sampai ke tahap yang membimbangkan. Pelbagai ragam dan krisis akhlak dan moral kini terus menular, dan merebak dalam masyarakat Islam. Jika sebelum ini kita digemparkan dengan kes murtad yang semakin berleluasa, diikuti pula kes-kes melibatkan bohsia, rogol,sumbang mahram dan hamil luar nikah sehingga menyebabkan peningkatan kes pembuangan zuriat di dalam tong sampah.Begitu juga dengan kes-kes penderaan, gengsterisme dan vandalisme, ketagihan dadah, hinggalah kepada aktiviti merempit,lumba haram,meragut dan rasuah. Disebabkan itu apabila kita membincangkan masalah sosial umat Islam bererti kita membincangkan keruntuhan akhlak dan gejala-gejala negatif di kalangan golongan umat Islam tidak kira remaja mahupun dewasa. Ia disebabkan oleh segelintir umat Islam yang tidak lagi berpegang kepada prinsip-prinsip Islam.Hal ini terjadi kerana manusia merupakan makhluk yang lemah dan amat mudah terdorong untuk melakukan maksiat dan terpengaruh dengan hasutan syaitan jika tidak lagi mengamalkan prinsip Islam seperti firman Allah S.W.T : Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu menjadikan kamu kuat. Setelah itu menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah jua yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa. (Surah Al-Rum: 54)

Allah S.W.T telah meletakkan lima prinsip yang harus diikuti oleh umat Islam.

MEMELIHARA AGAMA MEMELIHARA AKAL PRINSIP-PRINSIP TAMADUN MEMELIHARA MARUAH

MEMELIHARA KETURUNAN

MEMELIHARA NYAWA

MEMELIHARA AGAMA

Pegangan agama menggambarkan keimanan dan nilai diri seseorang. Ia merupakan satuperkara yang tidak boleh dipermainkan. Demi menjaga kesucian Islam, maka Islam tidakmembenarkan penganutnya murtad, yakni keluar daripada agama Islam. Setiap penganutIslam wajib berpegang teguh kepada agama anutannya. Mereka yang meninggalkan Islam sedangkan ia baligh dan berakal maka hendaklah id diajak kembali kepada islam dan diberi peluang bertaubat sehingga tiga kali desertai dengan peringatan.Sekiranya ia kembali kepada islam selepas itu maka ia akan diterima.namun sekiranya mereka enggan, maka pemerintah Islamboleh mengenakan hukuman berat ke atas pesalah murtad seperti dibunuh.

Ini jelas dinyatakan dalam beberapa firman Allah S.W.T..Antaranya ialah: dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya(agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan diakhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya). (al-Baqarah:217)

Hadis Rasulullah S.A.W pula mensabitkan hukuman kepada orang yang murtad. ImamBukhari telah meriwayatkan dari Ikrimah yang berkata, Dihadapkan kepada Amirul MukmininAli orang-orang zindiq, lalu beliau membakar mereka. Maka berita itu disampaikan kepada IbnuAbbas dan beliau berkata, Seandainya aku, tidaklah aku bakar mereka kerana larangan NabiS.A.W yang bersabda Jangan kamu menyiksa dengan siksaan Allah. Akan tetapi pasti akanaku bunuh mereka kerana sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa yang menukar agamanya,hendaklah kamu bunuh akan dia.

Dalam riwayat Imam Ahmad disebutkan, Allah danRasulNya telah menetapkan, bahawa orang yang murtad dari agamanya maka dia mestidibunuh.

Selain itu, setiap individu perlulah berpegang teguh dengan ajaran islam, menghindari daripadasebarang perbuatan, fahaman dan percakapan yang boleh membawa kepada riddah ( berpaling dan seterusnya keluar dari islam) serta mendalami ilmu-ilmu agama secar membabi buta tanpa merujuk kepada pihak-pihak yang lebih arif dan bertauliah.Ia amat penting bagi mengelakkan terjadinya kekeliruan serta kekusutan yang bolehmembawa kepada masalah yang lebih rumit.Pemahaman dan bimbingan yang sempurna tentang akidah adalah intipati utama bagi memastikan seseorang muslim itu berpegang teguh serta taa tkepada perintah ajaran agama Islam terutamanya bagi mereka yang igin mendalami agama Islam apatah lagi bagi

kumpulan yang baru memeluk agama Islam agar mereka dapat mendalami Islam dengan secukupnya .Ini jelas dilihat berlaku kepada beberapa kumpulan ajaran sesat yang berkembang pesat beberapa tahun yang lalu.

Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang di bawa oleh orang-orang Islam ataubukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atauberdasarkan kepada ajaran Islam, sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertantangan daripada Islam yang berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah serta bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Antara kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang terdapat di negara kita ialah:

Ajaran Empat Sahabat ( Kota Bharu pada tahun 1974) 2.Ajaran Cerang melilin ( Terengganu pada tahun 1976 ) 3.Ajaran Husin Ali ( Kuala Terengganu pada tahun 1976 ) 4.Ajaran Crypto ( Kluang Selangor pada tahun 1978 ) 5.Tarikat Aurad Islamiah( Kedah pada tahun 1979 ) 6.Tarikat Zikrullah( Hasan Anak Rimau / Ayah Pin, Kota Bharu.1983 ) 7.Ajaran Haji Mohd Yamin Ab. Rahman ( Kota Bharu Pada tahun 1990 ) 8.Ajaran Tok Ayah Selamat ( Kota Bharu pada tahun 1989 ) 9.Al- Arqam. ( Seluruh negeri 1988 ) 10. Golongan Anti Hadis ( wilayah Persekutuan !992 )

Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa penyelesaian bagi masalah ini ialah ibadat khusus umat Islam iaitu solat lima waktu yang menjadi tiang kepada agama Islam.Islam telah menetapkan bahawa setiap umatnya perlulah memelihara dan melaksanakan kewajipan agama seperti solat lima waktu. Jika solat itu diabaikan,maka akan terancamlah pegangan dan kepercayaan terhadap agama Islam.

Kepentingan mengerjakan dan menjaga solat telah diterangkan seperti sabda Rasulullah S.A.W:

"Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka ( kerana enggan sembahyang ) apabila umur mereka sepuluh tahun". (Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud)

Ibu bapa juga perlu mengambil peranan untuk mendidik anak-anakd engan didikan agama sejak mereka kecil lagi. Namun, apabila merekameningkat remaja, didikan agama juga tidak boleh diabaikan kerana padaperingkat itulah mereka terdedah kepada masalah sosial.

Memelihara Agama . Allah amatmelaknat umat Islam yang murtad dimana murtad tergolong dalam golongandosa besar. Firman Allah S.W.T,

TAMBAHAN ISU MURTAD.KALAU NAK.

Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga hak-hak asasi manusia diketepikan. 3. Keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutama di kalangan pemimpin. 4. Wujud sikap tertutup dan tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi sains dan teknologi, struktur politik, ekonomi dan sosial. Ini kerana sikap tertutup ini menghalang kepada peningkatan daya kreativiti dan seterusnya menyebabkan masyarakat tersebut hidup dalam kemunduran. Tamadun Islam Uthmaniyyah misalnya, runtuh kerana sikap tertutup mereka yang tidak mahu menerima perubahan teknologi dan sosial. 5. Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan besar-besaran. Bagaimanapun, faktor ini adalah diluar kemampuan manusia untuk menghalangnya daripada terjadi.

. Gambar 2: Gejala bunuh diri Gambar 3: Gejala rempit Seterusnya, gejala sosial yang kian menular ialah gejala bunuh diri,membunuh dan merempit. Gejala-gejala sosial seperti ini sepatutnya tidakberlaku sekiranya umat Islam berpegang teguh kepada prinsip Tamadun Islamyang kedua iaitu Memelihara Nyawa. PRINSIP PRINSIP TAMADUN ISLAM BESERTA CONTOH . HUKUMAN KE ATAS GOLONGAN MURTAD

4 Banyak lagi hadis yang seumpama ini yang menunjukkan dengan jelas bahawahukuman bagi orang - orang yang murtad adalah dibunuh. Mereka tidak dibakar. Inidisebabkan adanya larangan dari Rasulullah untuk mengazab seseorang dengan azab Allah,iaitu api (dibakar). Selain itu, keumuman hadis, Barangsiapa murtad maka bunuhlah ia,menunjukkan bahawa hukum bagi mereka yang murtad adalah dibunuh. Sedangkan apa yangdiperbuat oleh Saidina Ali tidak boleh dijadikan dalil, sebab yang menjadi pegangan kita di siniialah perkataan Rasulullah, bukannya perbuatan Saidina Ali. Apa yang dilakukan oleh SaidinaAli adalah berdasarkan ijtihadnya yang mungkin pada waktu itu dibuat sebelum beliaumendengar hadis yang melarang mengazab seseorang dengan azab Allah (membakar).Berkaitan pembahasan orang yang murtad dianjurkan untuk bertaubat dalam tempohtiga hari adalah berdasarkan hadis dari Marwan, bahawa Rasulullah S.A.W memerintahkanagar menasihati orang yang murtad. Saidina Abu Bakar juga pernah melakukan hal seperti ini.Daruquthniy dan Baihaqiy mengeluarkan hadis, Bahawa Saidina Abu Bakar menganjurkanwanita yang murtad untuk bertaubat. Wanita itu bernama Ummu Qurfah, di mana dia kafir setelah masuk Islam. Wanita itu tidak mahu bertaubat, sehingga beliau

(Abu Bakar) membunuhwanita itu.Anjuran taubat selama tiga hari, bukanlah qayyid (batasan). Tiga hari adalah batasminima yang umumnya memungkinkan terjadinya insaf. Jika dalam tempoh itu masih juga tidakmahu insaf, maka tempoh itu boleh dilanjutkan (oleh Qadhi). Sebab, maksud dari anjuranbertaubat adalah menyedarkan dia tentang Islam, dan supaya dia kembali kepada Islamsehingga dia mesti diberikan masa yang mencukupi untuk bertaubat. Diriwayatkan bahawaAbu Musa memberi kesempatan bertaubat seorang yang murtad di mana kemudian Muazmemerintahkan untuk membunuhnya. Kemudian Abu Musa membunuh orang murtad tersebut,setelah member kesempatan taubat selama dua bulan sebelum kedatangan Muaz.Walaubagaimanapun, taubat hanya diterima jika dia tidak mengulangi murtad. Jika ternyata diamengulanginya, maka taubatnya tidak diterima dan dia mesti dibunuh segera tanpa diberitempoh lagi (tidak dikira lagi samada dia bertaubat atau tidak).

5 Diriwayatkan oleh Asyram dari Thibyana bin Umarah, Bahawa seorang lelaki dari BaniSaad melintas ke Masjid Bani Hanifah, sedangkan mereka sedang membaca sajak Musailamahal Kadzab. Kemudian lelaki itu pergi kepada Ibn Masud dan menceritakan kejadian itu.Kemudian mereka didatangi dan mereka disuruh bertaubat. Semuanya telah meninggalkanjalan keyakinan mereka kecuali seorang lelaki, di mana Ibn Nuwahah berkata kepadanya,Sungguh aku melihat engkau satu kali, dan aku menduga engkau telah bertaubat, dan akumelihatmu mengulangi lagi perbuatanmu itu. Maka lelaki tersebut dibunuh.Seperkara yang perlu diperhatikan ialah dari segi perlaksanaan hukum di mana merekayang dibenarkan untuk membunuh orang murtad adalah negara (pemerintah) atau orang yangditugaskan oleh negara (Qadhi). Mana-mana individu atau jemaah tidak boleh melakukannya.Tugas individu atau jemaah hanyalah sebatas memberi peringatan, ancaman danmemuhasabah pemerintah yang tidak menerapkan hukum Islam.

S-ar putea să vă placă și